Showing posts with label isteri kematian suami. Show all posts
Showing posts with label isteri kematian suami. Show all posts

Friday, August 24, 2018

KISAH BALU - WAKTU YANG TEPAT UNTUK MOVE ON

Waktu manakah yang tepat untuk MOVE ON? 
(Khas buat para BALU)


Assalam duhai teman.. Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama Mak Dara.. Ketika Mak Dara sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat untuk Mak Dara move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa Mak Dara akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37 tahun.. Bila Mak Dara mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan Mak Dara mulai merasa yang Mak Dara terlalu cepat "MOVE ON" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah Mak Dara dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui tentang hal Mak Dara.. Mak Dara dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Mak Dara dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau.. like seriously?? Yang pergi itu bukanlah kucing atau haiwan peliharaan.. how to FAKE all this thing when you loose your spouse, your husband, the father of your child, the man of your life, your imam??

Bertapa "BERDOSANYA" Mak Dara pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan Mak Dara.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE ON..? Tiga tahun setengah terlalu cepat? Mungkin 30 tahun baginya baru mencukupi?

Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..Dan selama lebih tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa...

"MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Thursday, July 19, 2018

BILA BALU BERHIAS

 BILA BALU BERHIAS

Image may contain: 1 person, smiling, text

Si A : Kau tengok balu tu berhias.. bukan main lagi..
Si B : Dulu masa laki dia masih hidup dia selekeh gila.. Kenapa sekarang nak pasang badan pulak
Si C : Nak cari laki baru la tu..

Haaaa rata rata dialog macam dalam drama melayu akan keluar tatkala ada mata melihat si Balu mula menjaga ketrampilan diri setelah kematian sang suami. Tapi takde la semua yang akan berikir macam ni Ada juga yang positif dan bersangka baik terhadap si Balu . Namun situasi begini pasti tak lari lah dari makcik dan pakcik bawang di luar sana.

Kenapa harus bersangka buruk kepada Balu. Habis tu takkan korang nak lihat mereka ni kelihatan "menyedihkan" "depressed" sampai bila bila. Nak tengok si balu selebet, selekeh, buruk ala ala hantu kak limah. Karang keluar pulak dialog. "sampai bila nak jadi macam ni" . "yang pergi dah pergi kita yang hidup kena teruskan hidup" "move forward la.."


bayangkan kalau semua bali di dunia kelihatan macam ni?
Nak ke?

Bagi Mak Dara. Bukan sebab lepas arwah suami meninggal baru nak fikirkan pasal kecantikkan ke ketrampilan secara sengaja. Tapi sesuatu yang harus dilakukan untuk meneruskan kehidupan.

Kenapa "Harus" ? Cuba bayangkan selepas sahaja kehilangan suami, si isteri terpaksa kembali bekerja.. Kalau tak kerja siapa yang akan tanggung kehidupan si balu dan anak anak. Dah tu takkan la nak kembali bekerja kena kelihatan buruk dan selekeh ? Mau terkejut bos , rakan sekerja atau client nanti. Maka mereka haruslah kelihatan presentable . Itu kepada balu yang bekerjaya. Bagi balu yang merupakan suri rumah tangga pulamacam mana? Maka setelah kematian suami dan setelah tamatnya edah selama 4 bulan 10 hari maka si balu harus keluar untuk mencari kerja. Cuba bayangkan kalau si balu pergi interview macam nak pegi pasar? Rasanya adakah syarikat yang mahu mengambil si balu untuk bekerja? Maka sebab itulah Mak Dara rasa harus dan perlunya untuk si balu menjaga ketrampilan diri.

Namun kepada si balu sekalian. Janganlah pula kita TERLEBIH BERHIAS . Dari segi kelakuan, perbuatan , percakapan, penampilan, gaya, pakaian ataupun bermakeup. Jangan pula dulu semasa kita masih menjadi isteri pakaian kita macam biasa, sekarang menjadi semakin sendat dan padat, makeup dulu normal sekarang dah merah menyala sampai 3 batu boleh nampak, Kena "BESEDERHANA" selalu ok.. Kita kena selalu ingat. Balu seperti kita akan selalu diperhatikan dan amat mudah untuk disalah ertikan oleh masyarakat. Biarlah bersederhana dalam segala hal, Semoga teman balu sekalian pandai membawa diri dalam mengharungi hidup sebagai Balu ini..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK