Showing posts with label kisah balu. Show all posts
Showing posts with label kisah balu. Show all posts

Monday, November 26, 2018

Kisah Balu - Kenapa Mak Dara Mahu Menulis Kisah Tentang Balu



Beberapa hari yang lalu , Mak dara dapat mesej daripada seorang teman balu .. adoiiii nak sedih pun ada nak tergelak pun ada dgn mesej dia.. sedih sebab ya betul Mak Dara dah lamaaaa stop buat video atau post mengenai balu.. hmmm entah le Mak dara pun tak sure sbb apa Mak stop.. 
haaaa apasal aku stop ek 🤔 haaaa kau .. mcm nk jawab soklan spm kekdahnya hehe.. tp surely not becoz Mak Dara dah tak balu lagi .. still masihhhhh memegang title tu hahahaha .. nahhhh lps berbalas msg terus call dia n kami pon meroyan bersama haha

Image may contain: text that says '10:35 online saya pernah contact saya pernah wa sis video balu tu. Tp thn lps la entah sis igt lg ke video video dan sis pasal balu byk tolong saya masa suami saya passed away thn saya ucapkan tq saya ok skit. Alhamdulillah tp kdg lonely jugak. Saya scroll cari video atau post ttg balu di sis to takde. Takde yg baru ke sis. buatla baru. Sis byk tlg balu. Jgn stop. Takde org nk cakap bg pihk kita Ke sis dah tak balu lagi ke sorry sis gurau je.. ok sis tc ok Bila blh jumpa sis kann'
Insyaallah nnt ada masa masa terluang skit saya akan buat posting dan video baru ya..
sis N**** haaaa dah kene upload ur soalan panas u hahahaha .. u yg izinkan i share le kekeke.. igt tau u setuju i nak masukkan u dlm video i nnt . Meh kita dua balu membebel sama sama pasal life kita 🤣😝😘😘😘

Thursday, November 22, 2018

KISAH BALU DAN KASIHAN

Kisah BALU dan "KASIHAN"

Tiap kali perkataan "BALU" terbit dari mulut .. tidak lari satu lagi perkataan akan menyusul selepas itu. Perkataan apa? "KASIHAN" . Oh perkara ini yang saya nak sangattttt jauhkan dari teman teman balu saya sekalian. Jauhkan diri dari terus dikasihani, dari terus dibelas , dari terus mengundang perkara negatif mahupun fitnah. Saya mahu setiap kali perkataan BALU terpacul dari mana mana bibir dan perkataan yang akan menyusul selepas itu ialah "KUAT" "HEBAT' , "KAGUM dan perkataan yang positif sahaja.

Tahukah anda teman balu sekalian..Tiada apa kebaikan yang akan kita terima jika kita terus dipandang dengan rasa KASIHAN dipandang seolah telah HILANG ARAH TUJUAN ataupun insan yang telah BERPUTUS ASA!! Anda rasa ada orang yang mahu terus berkawan dengan kita jika kita terus terusan dengan sikap sebegitu? TIDAK!!! Kesemua mereka akan cuba menjauhkan diri dari kita.. Kenapa? Kerana mereka letih untuk terus mendengar keluh kesah kita yang tiada kesudahan, letih untuk memberi nasihat setiap kali bertemu muka , letih untuk memberi bantuan walaupun kita tidak pernah meminta.

Beberapa hari yang lepas , Mak Dara telah live di FB dan mahu berkongsi tentang topik ini bersama semua teman dan follower Mak Dara. Tak sangkka terdapat beberapa perkongsian yang benar benar menyentuh perasaan Mak Dara. ANtaranya tentang kisah kakak ipar kepada Blogger terkenal Che Mat Gebu di mana Che Mat telah berkonngsi tentang kakak iparnya yang telah menjadi balu apabila abang kepada Che Mat telah pulang ke rahmatuullah semasa kakak iparnya sedang mengandung 2 bulan dan pada masa yang sama mereka mempunyai baby yang baru berumur 10 bulan.

Subhanallah tak dapat Mak Dara bayangkkan bagaimana Kakak ipar Che Mat terpaksa lalui dugaan yang maha hebat itu. Kisah yang amat amat menyentuh perasaan Mak dara. Sehingga membuatkan Mak tak dapat tidur selama berharii hari. Mak hanya mampu melayangkan doa buat kakak ipar Che Mat itu semoga dia terus tabah dan kuat demi anak anaknya itu.

Dan pelbagai topik lagi yang keluar semasa live fb tu. Kalau nak tahu boleh nonton video di bawah ini ya.


Memang mudah berbicara dari melakukan. Namun saya pasti kita boleh.. Kita INSAN YANG TERPILIH. bukan semua orang dipilih oleh ALLAH swt. Maka teruskan hidup jangan sesekali MENGALAH. Allah swt tidak pernah kejam pada hambaNya. Pasti ada pelangi yang menanti kita suatu hari nanti In Syaa Allah.. Dengan izin Allah swt.

Wednesday, November 21, 2018

Kisah Balu & Putus Asa

Pernah ada hari-hari, minggu atau bulan di mana anda merasa seperti letih untuk berjuang dan hanya ingin menyerah?
Kadang-kadang perkara tidak menjadi lebih mudah. Ada hari dan perkara dimana kita amat amat berharap agar pasangan kita tetap ada bersama kita supaya kita dapat selesaikan sesuatu bersama.
Tetapi itu tidak bermakna kita perlu berhenti berusaha bila mereka dah tiada. Ia mungkin memerlukan lima bulan, mungkin juga lima tahun , lima belas tahun ataupun lebih untuk kembali “normal”.. Tetapi kunci adalah untuk tidak pernah berputus asa.
Tetapkan matlamat, buat rancangan, dan teruskan berjalan.

Image may contain: cloud, sky, text, outdoor and nature



Kisah Balu - Foto Dan Kenangan

Sebagai balu.. saya tau 1 perkara WAJIB yang akan dilakukan oleh teman balu sekalian iaitu.... menatap gambar bersama arwah setiap hari.. betul tak??
Walaupun perit tapi kita kena akui, walau ditatap di ratap di kenang pada yang telah tiada.. mereka tetap tidak akan ada lagi bersama kita.. we need to stop being in denial.. kita tak boleh terus hidup dalam bayangan atau kenangan semata mata.. Walau tak menatap gambar mereka setiap masa setiap hari namun mereka tetap ada dalam hati dan jiwa kita . I know its not easy but we can!!
Tiba waktu kita harus bangun dan kuatkan diri untuk mencipta kenangan baru bersama yang masih ada..

Image may contain: cloud and sky, text that says 'Berhenti melihat semua foto lama atau terus mengenang perkara yang telah tiada Mula mencipta foto dan kenangan baru bersama mereka yang masih ada adza Irdawati'

Tuesday, November 20, 2018

Kisah Balu dan Tanggapan Orang Terhadap Balu


Kisah Balu dan Tanggapan Orang Terhadap Balu

Foto Adza Irdawati Adenan.

Menjadi seorang balu seakan secara automatis terlekatnya sebuah magnet pandangan orang ramai terhadap kita.. apa saja kita buat , lakukan , katakan akan diperhati.. Ada yang memandang dengan perasaan tumpang gembira dan lega kerana kita telah dapat harungi dugaan ini dan tidak dinafikan ada juga sebaliknya.. antara contoh pandangan yg kita terima ialah..

1. Bila Balu tunjuk kegembiraan 
positif : alhamdullilah dia dah dapat teruskan kehidupan
negatif : seronok sangat tu mesti dah ada pengganti


2. Bila Balu perpenampilan lebih cantik dari biasa 
posiif: Alhamdullilah. penampilan baru untuk hidup baru
negatif: pakai lawa lawa nak cari jodoh baru le tu.


3. Bila Balu tak jaga penampilan langsung dan semakin tak terurus .
positif: Berikan dia masa nanti dia akan ok
negatif: tak redha dengan kehilangan dan dugaan Allah


4. Bila balu tunjukkan kesedihan
Positif: Doakan semoga dia dapat atasi kesedihannya
negatif: ishh tak move on move on lagi ke?


5. Bila balu dah move on dan dah dapat pengganti 
positif: Alhamdullilah semoga dia dapat kecapi kebahagiaan kembali.
negatif: dah dapat pengganti? dah lupa arwah suami/isteri ke?


Itu hanya sebahagian contoh.. jadi apa yang perlu kita buat bila terdapat pandangan pandangan positif atau negatif terhadap kita? Pada saya cuma dua perkara yang kita boleh lakukan. Pernah dengar ungkapan buang yang keruh ambil yang jernih? Yesss itu yg kita harus lakukan.

1. BUANG YANG KERUH - Abaikan semua pandangan negatif orang pada kita.
Abaikan dan terus berprasangka baik kepada yang memandang negatif kepada kita.. Kita harus faham bahawa mereka tidak alami apa yang kita alami maka mereka tidak akan faham sefaham fahamnya akan apa yang kita harus hadapi day by day.
Namun tak adil untuk kita menyalahkan orang atas pandangan negatif mereka tu.. Semuanya pasti datangnya dari kita sendiri juga. kita juga harus berhenti memaparkan perkara negatif supaya tidak dianggap serong dan dipandang negatif oleh orang ramai.. asyikkkk tunjuk sengsara derita 24/7. Macam mana orang tak tengok kita dengan penuh negativity betul tak? Jadi JANGAN MENGUNDANG tanggapan negatif orang pada kita..

2. AMBIL YANG JERNIH - ambil semua pandangan positif sebagai semangat untuk terus perbaiki diri dan kehidupan
Cuba jangan amalkan . “Masuk telinga kiri keluar telinga kanan” setiap pandangan , nasihat dan kata kata positif yang diberikan kepada kita harus kita kutip satu persatu tanpa meninggalkan satu hama pun dan jadikan semangat dan kekuatan kita untuk teruskan hidup tanpa pasangan.
Mereka yang beri kita nasihat adalah mereka yang ambik berat , yang sayang pada kita. Uols ingat semua pun suka suka ke luang masa untuk nasihat itu ini jika diorang tak sayangkan kita? Lepas dan dengar nasihat tu , pratikkan la mana yang mampu jangan terus buang segala nasihat dan niat baik mereka tu.. Baik diorang buat kerja lain yang lebih bermanfaat dari buang masa mereka jika kita langsung tak dengar nasihat mereka..

Walau apapun pandangan orang terhadap kita , baik atau buruk.. we need to be true to ourselves. Jangan jadi apa yang kita bukan . Dan jangan tidakkan apa sebenarnya diri kita hanya semata mata untuk puaskan hati mereka yang lain .

Apa apapun percayalah bahawa kita adalah insan terpilih. Insyallah ada pelangi menanti kita nanti insyaallah..



Friday, August 24, 2018

KISAH BALU - WAKTU YANG TEPAT UNTUK MOVE ON

Waktu manakah yang tepat untuk MOVE ON? 
(Khas buat para BALU)


Assalam duhai teman.. Entah kenapa tiba tiba pagi ni teringat kembali kisah lama Mak Dara.. Ketika Mak Dara sedang berduka atas kehilangan suami semua berbisik dan memberi semangat untuk Mak Dara move on.. move forward.. fikirkan anak anak.. fikirkan masa depan.. Yelah tak pernah terfikir bahawa Mak Dara akan menjadi balu dan seorang ibu tunggal kepada empat org cahayamata di usia 37 tahun.. Bila Mak Dara mulai perlahan lahan mengikut nasihat mereka untuk move on.. move forward.. tiba tiba ada saudara yg paling terdekat dengan Mak Dara mulai merasa yang Mak Dara terlalu cepat "MOVE ON" terlalu cepat "meneruskan kehidupan" . Kisah Mak Dara dijaja keseluruh ahli keluarga yang lain hinggakan keluarga yg bermastautin di luar negara juga telah mengetahui tentang hal Mak Dara.. Mak Dara dicemuh dan difitnah bukan hanya di kalangan keluarga namun turut disinis di dalam blognya.. Mak Dara dikatakan FAKE.. berlakon sedih atas kehilangan suami dan bermacam lagi. FB dan whatsapp semua telah di BLOCK beliau.. like seriously?? Yang pergi itu bukanlah kucing atau haiwan peliharaan.. how to FAKE all this thing when you loose your spouse, your husband, the father of your child, the man of your life, your imam??

Bertapa "BERDOSANYA" Mak Dara pada pandangannya kerana telah meneruskan sisa kehidupan Mak Dara.. Adakah terdapat waktu yang ditetapkan untuk seseorang BALU untuk MOVE ON..? Tiga tahun setengah terlalu cepat? Mungkin 30 tahun baginya baru mencukupi?

Cepat atau lambatnya kita melakukan waima apa sekalipun bukanlah ditangan kita tapi telah ditentukan oleh Allah swt. Tidakkah dia tahu bahawa tidak ada satupun daun yang gugur kecuali atas izin-Nya .. Apakah dia mahu melihat aku terus berduka seumur hidup..

Mereka melihat aku ketawa.. melihat lihat aku gembira.. Tapi tahukah mereka apa tersirat disebalik ketawaku.. disebalik kegembiraanku.. Tidakkah mereka tahu sakit yang aku tanggung Tahukah mereka setiap hari aku merindu.. CInta yang akan ku gengam sehingga hujung nyawa walaupun aku telah meneruskan kehidupan ku ini..Dan selama lebih tiga tahun aku tidak pernah meluahkan perasaan yang terpendam ini.. Namun hari ini aku terpanggil untuk berkongsi dengan anda yang "senasib denganku" para BALU sekalian.. Jika ini berlaku kepada anda... Jangan berkecil hati.. jangan tersinggung.. jangan putus asa...

"MEREKA" tidak berada di tempat kita.. "MEREKA tidak rasa apa yang kita rasa.. Tiada antara kita yang mahu kehilangan suami.. Tiada antara kita yang mahu hidup sendirian.. Biarkan mereka dengan pendapat mereka.. Biarkan mereka terus berkata kata.. Doakan semoga mereka tidak menerima nasib seperti kita.. Doakan mereka kekal bahagia selamanya.. Yang penting adalah diri kita dan anak anak kita.. Percayalah kita insan terpilih.. Percayalah apa jua yang ditakdirkan kepada kita adalah satu NIKMAT.. Dan jika kita benar REDHA tunggu sahaja pelangi yang akan diturunkan khas untuk kita .. KITA INSAN TERPILIH...


Thursday, July 19, 2018

BILA BALU BERHIAS

 BILA BALU BERHIAS

Image may contain: 1 person, smiling, text

Si A : Kau tengok balu tu berhias.. bukan main lagi..
Si B : Dulu masa laki dia masih hidup dia selekeh gila.. Kenapa sekarang nak pasang badan pulak
Si C : Nak cari laki baru la tu..

Haaaa rata rata dialog macam dalam drama melayu akan keluar tatkala ada mata melihat si Balu mula menjaga ketrampilan diri setelah kematian sang suami. Tapi takde la semua yang akan berikir macam ni Ada juga yang positif dan bersangka baik terhadap si Balu . Namun situasi begini pasti tak lari lah dari makcik dan pakcik bawang di luar sana.

Kenapa harus bersangka buruk kepada Balu. Habis tu takkan korang nak lihat mereka ni kelihatan "menyedihkan" "depressed" sampai bila bila. Nak tengok si balu selebet, selekeh, buruk ala ala hantu kak limah. Karang keluar pulak dialog. "sampai bila nak jadi macam ni" . "yang pergi dah pergi kita yang hidup kena teruskan hidup" "move forward la.."


bayangkan kalau semua bali di dunia kelihatan macam ni?
Nak ke?

Bagi Mak Dara. Bukan sebab lepas arwah suami meninggal baru nak fikirkan pasal kecantikkan ke ketrampilan secara sengaja. Tapi sesuatu yang harus dilakukan untuk meneruskan kehidupan.

Kenapa "Harus" ? Cuba bayangkan selepas sahaja kehilangan suami, si isteri terpaksa kembali bekerja.. Kalau tak kerja siapa yang akan tanggung kehidupan si balu dan anak anak. Dah tu takkan la nak kembali bekerja kena kelihatan buruk dan selekeh ? Mau terkejut bos , rakan sekerja atau client nanti. Maka mereka haruslah kelihatan presentable . Itu kepada balu yang bekerjaya. Bagi balu yang merupakan suri rumah tangga pulamacam mana? Maka setelah kematian suami dan setelah tamatnya edah selama 4 bulan 10 hari maka si balu harus keluar untuk mencari kerja. Cuba bayangkan kalau si balu pergi interview macam nak pegi pasar? Rasanya adakah syarikat yang mahu mengambil si balu untuk bekerja? Maka sebab itulah Mak Dara rasa harus dan perlunya untuk si balu menjaga ketrampilan diri.

Namun kepada si balu sekalian. Janganlah pula kita TERLEBIH BERHIAS . Dari segi kelakuan, perbuatan , percakapan, penampilan, gaya, pakaian ataupun bermakeup. Jangan pula dulu semasa kita masih menjadi isteri pakaian kita macam biasa, sekarang menjadi semakin sendat dan padat, makeup dulu normal sekarang dah merah menyala sampai 3 batu boleh nampak, Kena "BESEDERHANA" selalu ok.. Kita kena selalu ingat. Balu seperti kita akan selalu diperhatikan dan amat mudah untuk disalah ertikan oleh masyarakat. Biarlah bersederhana dalam segala hal, Semoga teman balu sekalian pandai membawa diri dalam mengharungi hidup sebagai Balu ini..



Sunday, December 31, 2017

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH

INGAT HANYA YANG BAIK TERHADAP ARWAH
Tiba tiba hari ni teringat pula kisah seorang teman kepada sepupu saya yang telah kehilangan suami pada tahun lalu. Bayangkan di sebuah tanah perkuburan sedang majlis pengkebumian berlangsung.. si anak , saudara mara , sahabat , kenalan dan si Balu sedang bersedih mendengar talkin yang sedang dibacakan. Tiba seorang wanita yang tidak pernah dilihat atau dikenali tiba. Kelakuannya amat ganjil. Dia mengaminkan setip doa yang dibacakan dengan penuh kusyuk sambil air mata bercucuran tanpa dapat dibendung. Kelakuannya seoalah dia dan arwah amat saling mengenali. Namun tiada seorang pun yang berada disitu mengenali wanita misteri ini. Kini semua mata memandang kearahnya dan dia mula rasa tidak selesa dan perlahan lahan meninggalkan kubur itu dengan berat hati. Si balu terkesan dengan kehadiran wanita itu. Sepulangnya dia dari kubur. Pertama yang dilakukannya adalah membuka handphone suaminya dan mula membaca semua mesej yang terdapat di dalam telefon itu namun tiada yang meragukan. Tidak puas hati, si Balu membuka pula akaun sosial (Facebook) dan memeriksa semua mesej arwah suaminya.. dan di sana semua sangkaannya benar belaka. Tak perlu saya nyatakan lah rasanya anda juga dapat mengagak.
Memang berat dugaan yang diterima oleh si balu. Mendengarkan kisah ini dari sepupu saya juga membuatkan saya sedih kepadanya. Ya semua manusia tidak sempurna. Pasti ada khilaf yang dilakukan. Memang perasaan ingin tahu akan membuak buak namun apa kebaikan yang akan dia dapat setelah mengetahui "segala galanya" . Dalam hal ini si Balu telah hilang semua kasih , sayang, cinta pada arwah dengan sekelip mata. Perasaan sedih bertukar benci, perasaan sayang berubah kepada sakit dikhianati.
Bagi pendapat saya..Sesungguhnya arwah telah pergi dan takkan kembali. Lebih baik jika kita tidak mencari atau mengorek kisah silamnya. Biar semua kisahnya dibawa bersama. Apa yang perlu kita lakukan setelah ketiadaannya ialah mengenang semua kebaikan, kasih dan cinta yang dipupuk selama bersama. Sentiasa berdoa semoga Allah swt mengampuni segala salah silap selama hayatnya. Ingat dan kenanglah hanya yang baik terhadap arwah...

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK