Showing posts with label nikah murah. Show all posts
Showing posts with label nikah murah. Show all posts

Friday, July 20, 2018

Hanya RM200 Untuk Perkhidmatan Perkahwinan di Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan

Assalam duhai teman.. Hari ni Mak Dara nak bercakap pasal nikah.. Bukan Mak Dara nak bernikah ye.. Tapi Mak nak khaborkan.. Kalau ada anak anak , saudara mara atau sesiapa saja yang anda kenali telah meluahkan niatnya untuk bernikah.. Mohon mereka yang terdekat dengan individu itu sama sama membantu permudahkanlah urusannya.. 

Terutamanya khas buat ibubapa. Janganlah dibebani anak anda yang ingin bernikah tu dengan pelbagai syarat. Meletakkan wang hantaran yang tak masuk dek akal. meminta dulang hantaran berbelas atau penuh satu lori.. barang kemas serba berdiri.. Mau terduduk bakal pengantin. Takut terus kansel niat nak bernikah pula nanti..

Imam Ahmad serta Ibn Hibban meriwayatkan satu hadith yang sangat menarik dalam urusan perkahwinan. Sabda Rasulullah:


إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ : تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا ، وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا ، وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا


Maksudnya: “Sesungguhnya antara kebaikan (keberkatan/kebahagiaan) seorang wanita itu adalah pada mudahnya urusan pertunangannya, rendahnya (mudah) urusan maharnya serta senangnya dalam menghubung silaturrahim.” (Ahmad, Musnad, 2001; Ibn Hibban, Sahih, 1988) Hadith ini mengajar kita bahawa memudahkan urusan perkahwinan itu adalah antara sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah.
Maka dengan itu PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN telah mengambil inisiatif bagi mempermudahkan urusan para bakal pengantin untuk urusan pernikahan.

Pihak Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan menyediakan perkhidmatan perkahwinan dengan hanya RM 200.00 Sahaja. ya...

RM200 SAHAJA!!!!!!!

Perkhidmatan Yang Disediakan ialah:

1. Jurunikah 
2. 2 Orang Saksi 
3. Hiasan Ringkas Bilik Nikah 
4. Termasuk Bayaran Borang Pendaftaran Nikah 




Alhamdullilah...Pujian harus diberikan kepada semua pegawai dan juga Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan atas inisiatif ini. Bertuahlah bagi bakal pengantin di daerah Kuantan. Boleh simpan  wang untuk perkara perkara yang lebih mustahak selepas dah bernikah nanti. 

Ada yang berminat untuk dapatkan perkhidmaatan ini? Boleh hubungi no dibawah.


Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan: 
09 5126770 

Terima kasih kepadaa Tuan JAJA ISHAK kerana telah berkongsikan info ini. Sharing Is Caring, Membantu Yang Memerlukan... 

SELAMAT PENGANTIN BARU UOLS....

pic kredit JAJA ISHAK.

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK