Showing posts with label tuah tertipu. Show all posts
Showing posts with label tuah tertipu. Show all posts

Thursday, February 17, 2011

Mak Dara Di Lokasi Penggambaran Drama Tuah Tertipu

semalam Mak Dara dan suami ke Mak Dara Di Lokasi Penggambaran Drama Tuah Tertipu di wangsa maju. Malam semalam merupakan malam terakhir shooting tu.

Bagai nak pecah perut Mak Dara bila di location tu dek kerana lakonan Yus Raja Lawak yang best, selamba dan kelakau bila memegang watak sebagai Tuah.

Mak Dara @ Lokasi shooting drama Tuah Tertipu

Mak Dara @ Lokasi shooting drama Tuah Tertipu


Bertambah kelakar bila suami Mak Dara, Martias Ali turut dijemput berlakon dalam drama ni dan memegang watak sebagai Tuan Director.

My hubby sedang di touchup oleh Sherry sebelum dia berlakon.


Kiranya macam hari ini dalam sejarahlah, ini first time suami Mak Dara berlakon dalam skrip yang Mak Dara tulis.. Cayalah yang hehe..

oklah Mak Dara nak upkan few pic dan video sekitar shooting Tuah Tertipu untuk tatapan uols =)





Suami Mak Dara dalam babaknya bersama Yus Raja Lawak

scene dimana penyampai berita sedang membaca berita tentang kes kecurian

Abang Misnin & Ucop cecupak @ Lokasi shooting drama Tuah Tertipu




Beginilah ghopenyer salah satu set penggambaran Tuah Tertipu. tahniah kepada semua cast dan crew terutamanya pengarahnya Bob Fitri dan producer En Jurey Rosli kerana telah menjayakan shooting drama ini dengan jayanya.

Pada sesiapa yang nak menonton TUAH TERTIPU.. Tungguuuuu... =)

Wednesday, February 16, 2011

Mak Dara nak pegi Ke Set Penggambaran Tuah Tertipu

Waduhh baru je habis tolong hubby mak dara siapkan skrip terbarunya berjudul "AKU, DIA DAN DIA.. mmg best citer dia.. Kelakau giler.. kisah percintaan antara minah tomboy dan mat lembut.

Sekarang Mak Dara nak siap siap untuk pergi menjenguk ke set lokasi drama sebuah skrip drama yang Mak Dara tulis berjudul "TUAH TERTIPU" di Hulu Langat.

Nanti malam Mak Dara kasi upload sekitar lokasi penggambaran tu yer.. tunggu =)

Thursday, February 10, 2011

Penggambaran "TUAH TERTIPU" kini bermula

Syukur alhamdullilah setelah hampir 6 tahun Mak Dara menulis skrip komedi Mak Dara yang berjudul "TUAH TERTIPU" akhirnya hari ini TUAH TERTIPU telah memulakan penggambarannya. Skrip ini sebenarnya Mak Dara tulis sebagai sebuah skrip filem namun sayangnya takde rezeki dan filem itu tidak menjadi kenyataan.

Namun akhirnya En Jurey Rosli seorang pengarah dan producer terkenal telah membeli skrip Tuah Tertipu Mak Dara tu. Hanya dalam masa seminggu lebih jer skrip tu diluluskan oleh RTM dan hari ni telah memulakan penggambaran di Langat Selangor. pendek kata Abang Joe ni memang producer dan pengarah yang terbaikk lah dan sesiapa yang dapat shooting dengan syarikatnya World Evolution Sdn Bhd (WEB) amat bertuah! (ini bukan nak bodek tp mmg kenyataan hehe)


Ucop cecupak dan abang sedang melakonkan watak di mana mereka
sedang merancang untuk merompak kedai emas.


shooting time!!

Semasa Mak Dara menulis post ni, Mak Dara dapat tahu bahawa mereka tengah shoot scene/adengan yang terakhir untuk hari ni.Dengar cerita juga yang semua di lokasi penggambaran pecah perut dengan adengan adengan yang dijalankan. Nampaknya semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdullilah.

Mak Dara mendoakan agar penggambaran drama Tuah Tertipu berjalan lancar sehingga ke akhirnya.. amin..

Terima kasih kepada En Aizad Rosli diatas gambar gambar di atas

Wednesday, February 2, 2011

TUAH TERTIPU



Melancong sudah, melencongpun sudah.. Dah seminggu berehat di India sekarang Mak Dara kenelah sambung buat kerja. Kali ni Mak Dara nak kena siapkan skrip drama berjudul TUAH TERTIPU yang akan mula shooting Isnin depan. Dateline? esok.. perghhh..

kiranya job ni job yg pertama untuk tahun 2011 ni lah. Skrip drama ni sebenarnya dah lama siap, cuma sekarang Mak Dara nak kena repair sikit. Al maklumlah, TUAH TERTIPU ni planing dulunya nak dijadikan filem bersama Saiful Apek namun tak jadi. So kena kasi repair bagi sesuai untuk sebuah telemovie.

Drama ini akan diproducekan oleh WORLD EVOLUTION BRAIN SDN BHD (WEB) dan akan diarahkan oleh En Jurey Rosli.

Doa doakanlah semoga penggambaran drama ni berjalan lancar... =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK