Showing posts with label tutorial sticky post. Show all posts
Showing posts with label tutorial sticky post. Show all posts

Thursday, November 8, 2012

Tutorial Membuat STICKY POST New Interface

Sejak kebelakangan ni ramai teman teman blogger Mak Dara banyak yang menyertai GA dan juga contest..Dan ada beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak penganjur dan di antaranya ialah meletakkan entry contest itu sebagai "STICKY POST" selama beberapa tempoh waktu yang ditetapkan oleh pihak penganjur itu sendiri.. Dan ramai juga yang tidak tahu bagaimana untuk membuat sticky post.. Almaklum lah Blogspot sekarang dah diperbarui dengan "New Interface" .. Ok moh Mak Dara sharekan cara untuk membuat "STICKY POST" ya..

LANGKAH PERTAMA
Tulis lah entry seperti yang biasa anda lakukan. 

LANGKAH KEDUA
Setelah masukkan semua isi isi kandungan yang ingin anda sampaikan 
dalam entry anda tekan butang publish.



LANGKAH KETIGA
Setelah aje publish entry anda. Kembali ke entry itu dan edit semula dengan menekan butang "edit".



LANGKAH 4
Klik pada "schedule", kemudian set kan tarikh kepada tarikh yang anda inginkan

Sebagai contohnya tarikh entry anda adalah hari ini iaitu 8 November 2012 namun anda mahu entry anda itu terus melekat sebagai sticky post sehingga 15 November, maka anda tukar sahajakah tarikh baru itu pada schedule tu kepada tarikh 15 November 2012. Lepas tu anda UPDATE semula entry anda itu dannnnn SIAP!!!! SELAMAT MENCUBA!!!

"hehehehe ok ke tutorial Mak Dara ni ke ada yang terus 
meroyan macam Mak lepas baca tutorial Mak Dara ni hehehe"


Wednesday, April 6, 2011

Belajar Cara Membuat AUTOPOST

Mungkin ramai dah tau cara cara nak buat autopost ni. Tapi bagi blogger yang "senja" macam Mak Dara ni yang mengalami kerabunan IT baru jer nak belajor buat autopost..

Itupun lepas seorang blogger bernama Roi blogwalking ke blog Mak Dara dan tinggalkan komen di kotak menjerit Mak Dara semalam..

Jadi apa lagi... Mak Dara terus le terjah ke blognya iaitu Blog REMAJA BOROI @ http://mibas.blogspot.com/

Rupanya lagi senang pakai autopost ni.. Jadi kita boleh plan untuk publishkan entry entry kita.. Jangan kasi rapat rapat sangat.. Kang tak terbaca dek blogger blogger yang datang menjenguk blog kita.. Mak Dara memang amat amat memerlukan autopost ni.. Yer lah idea untuk buat entry kadang kadang mencurah curah banyaknyer.. Bayangkan ini adalah entry Mak Dara yang ke 213 dalam masa 2 bulan 3 minggu Mak Dara bersiaran di blog ni hahaha. Maknanya dalam sehari lebih dari 3 entry mak dara post entry terbaru hehe

Jadi malam ni 4.4.2011, Mak Dara buat 3 entry terbaru dan dah kasi autopost esok 5.4.2011.. Harap harap menjadi hehe

3 entry yang dah di scheduled untuk diautopost esok 5.4 2011


Pada yang satu kawasan ngan Mak Dara maksudnya yang agak rabun IT dan tak tau macam mana nak buat autopost sila le ke blog adik Remaja Boroi ini  klik aje link disebelah ni yer.. http://mibas.blogspot.com/2011/04/panduan-menuju-kebenaran-auto-post.html 

Dan bagi blogger yang memang terang IT tu kalau tau tips tips terbaru tentang blog ni share share le dengan mak dara yer.. tengkiuuu jasamu ku kenang =)

Monday, March 21, 2011

MAK DARA & STICKY POST

STICKY POST.. Apa yang melekat.. Apa yang nak dilekat.. Hehehe memula tu memang ler tak baper paham dengan benda alah ni.. Almaklumlah Mak Dara dah semakin lama semakin tua dan semakin rabun IT hehe..

Tapi benda ni memang penting bagi blogger yang buat Giveaway, Contest, Segmen, Lucky Draw atau apa apa lagi yang memerlukan entry khasnya tu berada di atasss sekali dan tidak melunjur kebawah setiap kali terdapat new entry.. ceweahhh macam nak berucap pulak aih..

Maka inilah yang terjadi pada Mak Dara. Masa Mak Dara buat Mak Dara punya 1st GA.. Jenuh ler buat entry terbaru bagi setiap kali entry tentang GA Mak Dara tu semakin kebawah dek kerana entry entry baru. lepas tu masa blogwalking ada terlihat rakan rakan blogger buat sticky post maka berdesup le Mak dara google cara cara nak buat sticky post bagi LUCKY DRAW Mak Dara ni..

Syukur alhamdullilah menjadi bila Mak dara ikut tutorial step by step dan terus menjadikk.. sukerr Mak hahaha. Bagi yang dah tahu macam mana nak buat Sticky Post tu besttt kan benda ni boleh melekat jer entry kita sampai bila yang kita mahu..

Bagi yang belum tahu tu meh Mak Dara nak tunjukkan tutorial yang Mak Dara ikut kejap tadi.. Tapi ini bukan maknanya Mak Dara nak buat tutorial pulak.. Mak Dara share apa yang mak dara googlekan aje yer.. Sharing is Caring kan =)

Memula tu uols tekan ler kat NEW POST pastu buat le apa apa entry yang mahu . Lepas dah habis tu publish aje macam biasa.

Lepas tu pergi ke EDIT POST dan tekan "Post Options" yang macam tertera di bawah ni


Lepas tu pergi ke Set date and time seperti dalam gambar dibawah pastu edit le tarikh dan masa di situ mengikut tarikh yang uols nak sticky post tu menjadi entry pertama dalam blog uols tu


Habis tu publish balik entry uols tu.

Sekarang entry itu akan menjadi entry pertama dalam blog uols sehinggalah tamat tarikh yang telah anda tetapkan sebentar tadi.

Mak Dara harap Mak Dara tak memeningkan kepala anda . Kalau pening jugak sediakan panadol ya heheheeh. Selamat mencuba dan renung renungkan =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK