Maka semalam Puan Raja Azmi nak belanja semua rakan rakan yang menyertai Master Class untuk melihat filemnya ... DALAM BOTOL. Maka suami Mak Dara bawa le Mak Dara bersama sama. Semua berjumpa di TGV Wangsa Walk Mall dan terus masuk kedalam panggung dan menonton filem terbaru dari Raja Azmi ini.
Memang lain dari yang lain. Filem ini penuh dengan mesej mesej. Di setiap bait bait dialog yang diucapkan terdapat mesej tersirat dan tersuratnya. Memang kenalah filem ni dengan masalah gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Semoga yang menontonnya mendapat pengajaran dari filem ni.
Banyak juga yang review dan mengkritik tentang filem ni. Bagi Mak Dara itu semua pendapat masing masing dan kita harus hormati pendapat mereka. Namun bagi peminat "art movie" macam Mak Dara pasti akan menyukai filem ni. Lain orang lain citarasanya kan =) Mak Dara rasa filem ini memang filem terbaik dari Raja Azmi. Tahniah kepada Raja Azmi all the cast and crew juga..
Mak Dara bersama hubby, Raja Azmi producer filem ... DALAM Botol, Raja Wan, pelakon ... DALAM BOTOL, Gambit, Joko Anuar penrah filem "JANJI JONNY" dan teman teman hubby yan lain sedang diner selepas menonton filem ... DALAM BOTOL di TGV di Wangsa Walk Mall.
hubby Mak Dara with Raja Azmi dan Wan Raja
penerbit dan pelakon filem ... DALAM BOTOL



