Showing posts with label wawasan 2020. Show all posts
Showing posts with label wawasan 2020. Show all posts

Saturday, March 1, 2014

Bila Jue Aziz Petik Nama Somi Mak Dara

Walaweiii hehehe bangga seketika Mak dara apabila tiba tiba sedang baca surat khabar di satu artikel yang membicarakan tentang kerjaya Jue Aziz dan perkembangan terkininya di dalam dunia seni.. Tup tup ada terselit nama somi Mak Dara , Martias Ali di situuuuu

"terbaru Kapsul arahan Martias Mohd Ali"

Somi Mak Dara (kanan) bersama penerbit En Amru (kiri)
ketika sedang mengarahkan filem KAPSUL
tak lama dulu :)

Hehehe tumpang bangga la bagi pihak somi mak hehehe.. Memang somi mak Martias Ali banyak memuji tentang lakonan Jue Aziz dalam filem KAPSUL ni.. Dan somi mak ada tunjuk beberapa video yang dirakamnya di set penggambaran di mana Jue sedang melakonkan babak yang sangat berat dan mak benar benar kagum dengan lakonan yang dilakonkan oleh Jue Aziz itu.. Meremang bulu roma tengok lakonan Jue itu i tell youuuu.. SHE IS AN AWESOME ACTRESS!!! Fuhh tak sabar nak lihat filem KAPSUL ni ditayangkan di pawagam.. 

Nantikan ya Filem kapsul terbitan En Amru Najmi dan TWO TONES SDN BHD di pawagam tidak lama lagi.... Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/




Friday, February 21, 2014

Teaser FILEM KAPSUL

Assalam duhai teman.. Rasanya rata rata telah mengetahui tentang filem KAPSUL yang baru sahaja tamat penggambarannya pada beberapa minggu yang lalu. Somi Mak Dara , Martias Ali merupakan penulis skrip dan pengarah bagi filem ini dan En Amru Najmi Osman dan syarikat Two Tones Sdn Bhd merupakan penerbit bagi filem ini.. Pada tika dan saat ini filem KAPSUL dalam proses editing. Namun pihak Two Tones telah mengeluarkan beberapa teaser sebagai promo untuk filem ini. Mari Mak Dara kongsikan antara teaser filem KAPSUL ini ya..




Haaa macam mana??? Gempakkk kan teaser filem KAPSUL ini.. Itu baru teaser belom betul betul full lengh film lagi.. Nantikan filem KAPSUL akan datang!

SINOPSIS FILEM KAPSUL
Sebuah kapsul masa wawasan 2020 yang ditanam oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad telah dicuri dan telah membawa Zohri kembali ke zaman silam. Zohri kini terperangkap di tengah pergolakan bangsa melayu untuk mencapai kemerdekaan serta membawa bangsa Melayu keluar dari kancah kemiskinan. Zohri melihat dan merasa sendiri akan erti sebuah perjuangan bangsanya yang tidak pernah dia bayangkan selama ini. Dia melihat, dia merasai dan kini dia mulai memahami betapa peritnya liku-liku rentetan sejarah negara dan bangsa. Kembara Zohri berterusan dari satu era ke era seterusnya dan tiada siapa yang mampu membawanya pulang ke zamannya sekarang kecuali dirinya sendiri.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai FILEM KAPSUL boleh ke FB PAGE @ https://www.facebook.com/kapsulthemovie atau ke webpage @ http://www.filemkapsul.com/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK