Wednesday, February 2, 2011

TUAH TERTIPU



Melancong sudah, melencongpun sudah.. Dah seminggu berehat di India sekarang Mak Dara kenelah sambung buat kerja. Kali ni Mak Dara nak kena siapkan skrip drama berjudul TUAH TERTIPU yang akan mula shooting Isnin depan. Dateline? esok.. perghhh..

kiranya job ni job yg pertama untuk tahun 2011 ni lah. Skrip drama ni sebenarnya dah lama siap, cuma sekarang Mak Dara nak kena repair sikit. Al maklumlah, TUAH TERTIPU ni planing dulunya nak dijadikan filem bersama Saiful Apek namun tak jadi. So kena kasi repair bagi sesuai untuk sebuah telemovie.

Drama ini akan diproducekan oleh WORLD EVOLUTION BRAIN SDN BHD (WEB) dan akan diarahkan oleh En Jurey Rosli.

Doa doakanlah semoga penggambaran drama ni berjalan lancar... =)

SELAMAT HARI RAYA CINA

dvc happy chinese new year
imikimi - sharing creativity

Sempena hari raya Cina tahun ni. Mak Dara ingin mengucapkan GONG XI FA CAI kepada semua kawan kawan Mak Dara yang berbangsa Cina. Dan alang alang dah bagi ucapan.. tetiba tangan Mak dara gatal nak tulis pantun untuk anda.. (mood terlebey idea haha)

Hali busak sula mali,
Beli nimau satu loli,
satu tahun satu kali,
Selamat Hari Raya cina.. Xong Xi.. Gong Xi



Gong Xi Fat Chai,
Shen Ti Jian Kang,
Wan Shi Ru Yi,
Nian Nian You Yu...

Hong Pao Na Lai.....

Selamat menjadi kaya,
Badan sihat,
Segala urusan berezzz,
Setiap tahun ada tabungan...

Ang Pau nya kemarikan..

SELAMAT TAHUN BARU CINA!!!

Tuesday, February 1, 2011

Bila Mak Dara Pakai Saree



Waaa akhirnya Mak Dara berjayo belajar pakai sari.. habis satu pekan Kerala Cochin Mak Dara berjalan dengan sari merah Mak Dara ni.. Nasib baik tak dak lembu menanduk Mak Dara hehehe.. Bila kita tengok orang pakai saree kita ingat senang je nak memakainya kan? kita ingat kain sari tu pusing pusing lilit satu badan..siap..well think again!! Pakai saree ni memang tak mudah macam kita fikirkan.. Kira macam satu jenis art juga cara memakainya.


Mak Dara tengah belajar cara pakai saree

Syukur alhamdullilah Mak Dara lega sesangat sebab semua khabar angin yang kata India ni kotor.. dan banyak penyakit semuanya hanyalah khabar angin.. India bukanlah seburuk yang kita sangka.. Orang orangnya sangat friendly.. kecuali few otto driver lebey kurang macam toot toot kat siam tu.. sebab banyak jugak yang kencing harga sewa .. tapi adatlah kan kat malaysia pun kalau nampak pelancong akan cekik darah kaw kaw..

Berbalik pada memakai saree. Alhamdullilah orang di Kerala Cochin India peramah dan baik baik adanya. Contohnya di kedai Mak Dara membeli Saree ni. Diorang siap tanya tahukah Mak dara nak pakai saree.. Bila Mak Dara tersengih diorang paham yang Mak dara mmg takde clue macam mana nak pakai. Tanpa diminta terus diaorang bukak kain sari dari plastik dan terus ajarkan pada Mak Dara. Memang pening juga tapi dapatlah tangkap sikit sikit caranya.


Mak Dara@ di Film Screening di SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL


Mak Dara atas bot house

Lepas 2-3 hari dok try melilit lilit saree di badan akhirnya mak dara pandailah sikit pakai saree.. Apa lagi .. mau lebih sepuluh helai saree Mak Dara
borong. Dan merata tempat jugak yang Mak dara pergi dengan memakai saree ni..


kuch kuch hotta hai kat tepi sawah bersama hubby


NAMASTE


Namaste.. Mak Dara telah ke Kerala Cochin India dari 26hb-31hb Januari lepas. Mak dara ke sana kerana menemankan suami Mak Dara dimana filem pendeknya berjudul "ANAK" telah berjaya masuk ke pertandingan SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL. Syukur alhamdullilah.. akhirnya suami Mak Dara berjaya membawa pulang GOLDEN HOLA AWARD.


Suami Mak Dara menerima hadiah Golden HALO AWARD di
SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL @ Cochin India

Seminggu disana macam macam pengalaman yang Mak Dara alami. Dan kebanyakkannya semuanya kenangan indah indah. Pengalaman berada di sana memang lain dari apa yang Mak Dara dengar. Sebelum ke India macam macam orang bagitau Mak Dara.. Yang India ni kotor, susah nak dapat makanan halal and so on and so on..

jadi bila saja Mak dara samapi di sana , semua khabar khabar angin tu memang hanya satu khabar angin. India taklah sekotor yang Mak Dara dengar.. actually di Cochin Kerala, bandarnya bersih. Orang orangnya memang friendly dan banyak membantu semasa Mak dara dan suami di sana.


Mak Dara di tengah bandar Cochin Inida

tapi walau apa pun.. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.. Malaysia tetap juga terbaik!!!!!

Mak Dara akan update semua tempat tempat menarik di India yang telah Mak Dara lawati.. tunggu ya..

Wednesday, January 26, 2011

Majlis Anugerah PROFIMA



Mak Dara dan suami telah ke Majlis Anugerah Profima di Hotel Palace Of The Golden Horses malam semalam (25 Jan 2010). ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pekerja tabir dan pengiat industri filem tanah air.

Mak Dara dan suami ke majlis anugerah tu kerana filem pendek arahan suami Mak Dara, Martias Ali telah tercalon didalam kategori Short Filem terbaik dan kategori animasi 3D terbaik yang telah diterbitkan oleh syarikat Two Tones Production. Dan dua telemovie hasil skrip Mak dara dan suami iaitu "DOA KE SYURGA" dan juga Drama berjudul "SONGKOK" turut tersenarai dalam pertandingan itu.



Tuah ayam nampak dikaki, tuah Mak Dara dan suami tak nampak malam tu hehehe.. Walaupun tewas, kami berbangga sebab sekurang kurangnya hasil kerja kami turut tersenarai dalam pertandingan itu.

Kebanyakkan anugerah di rangkul oleh Rashid sibir dan producer Zainudin Enuja tidak ketinggalan juga Norman KRU untuk filem Magika.

Apa apa pun Presiden PROFIMA En Khir Mohd Nor harus diberi pujian. Malam anugerah itu berjalan lancar dengan jayanya. Tahniah. Tahniah juga Mak dara kepada semua pemenang dan pada yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan.

Tuesday, January 25, 2011

MAK DARA NAK KE INDIA

Masa anda membaca post ni, Mak Dara tengah dok packing baju untuk ke India esok (26 jan).. cewahh mukadimah mcm nak tulis wasiat pulak haha.

Mak Dara ke sana utk temankan suami Mak Dara. Filem pendek hasil arahannya dan yang diproduce oleh syarikat Two Tones Production yang bertajuk ANAK akan dipertandingkan di SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL di Cochin Kerala.





Mak Dara tak pasti pulak kalau kek sana nanti ada tenet ke idak.. Tapi kalau ada akan Mak Dara updatekan blog dari sana.. Doa doakan lah untuk filem pendek ANAK ni yer..

Sapa sapa ada pengalaman ke India tu bagi lah tips sikit untuk Mak Dara yer..

Monday, January 24, 2011

BILA MAK DARA SAMBUT BIRTHDAY



Yeayyy hari ni 24hb Januari 2011 maka bertambahlah umur Mak Dara menjadi 34Align Center tahun.. huish dah tuo rasonyo eh.. Namun aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh tuhan kepadaku..Ibu Bapa yang amat kucintai, Seorang suami yang penyayang.. 4 orang cahayamata yang sempurna buatku dan kesemua 5 orang adik beradikku yang sekepala gila seperti ku.. syukur..

Semalam Mak Dara dikejutkan dengan Surprise Birthday Party di rumah parents Mak Dara. Siap ada BBQ lagi.. pergh meriah sungguh! Seronok betul meraikan hari jadi dengan family ni. Yelah 2 tahun berturut turut Mak dara celebrate birthday di luaq negeri hehe.. hadiah dari husband Mak dara.

Semalam riuh rendah le umah rumah Pak Nan dan Mak Leha.

Me & my sista Tuty tgh ber bbq
err kalau kami meniaga bbq rasanya laku tak hehe =)



sekitar majlis harijadi Mak Dara

Bermacam macam hadiah yang Mak Dara terima. Dari patung giant monkey, mug, design t-shirt, set kecantikan muka, perfume, set dapur bbq dan macam macam lagi.

Bertambah teruja Mak dara bila mendapat birthday wish hampir 280++ and still counting di wall facebook Mak Dara.. tq all nnt malam Mak Dara balas semua bday wish tu yer.. Yang membuat Mak Dara teruja bila mendapat birthday wish dari Blogger terhebat BEN ASHAARI tks Ben.. really appreciate it =)

Tapi hadiah terulung yang amat Mak Dara terharu adalah dari suami Mak Dara iaitu MARTIAS ALI . Cik Abang Mak Dara menghadiahkan tiket ke India!!! Dan kami akan berlepas ke Cochin India pada 26hb nnt. Tks sayang... luvss you so much!! Masih teringat pada birthday Mak Dara ke 32, cik abang Mak Dara menghadiahkan tiket pelancongan ke Hadyai dan pada birthday Mak Dara ke 33 tiket melancong ke Bangkok. Tak sangka tahun ni dapat ke India pulak.. syukur alhamdullilah.. sayang abang...

Bukan tu saja. Mak Dara juga teruja bila menerima ucapan selamat Hari jadi yang dihantar oleh cik Abang Mak dara in private kepada our friend DJ Radio Era si Reza.. dan Reza telah menyampaikan ucapan suami Selamat Hari Jadi kepada Mak Dara dan keudara secara langsung di Radio Era semalam. Tks Reza!!!! nanti kak ida belanja reza k hehe..

so pendek cerita memang seronok menyambut harijadi ku yang ke 34 ni. Panjang tak boleh cakap sebab panjang cerita kang hehe..


BERDIALOG BERSAMA IBU MAK DARA

Semalam Mak Dara telah dikejutkan oleh satu Surprise Birthday Party oleh family Mak Dara. Nak kata surprise tu tak la jugak.. ini kerana gara gara Ibu Mak Dara. Kisahnyer macam ni..



Semalam Mak Dara telah dikejutkan oleh satu Surprise Birthday Party oleh family Mak Dara. Nak kata surprise tu tak la jugak.. ini kerana gara gara Ibu Mak Dara. Kisahnyer macam ni..

MAMA
Ida.. Esok Ida pi mana mana ka?

MAK DARA
Esok Ida keluaq ngan yazz kot mak.

MAMA
Laa jangan keluaq la sebab esok depa semua nak buat birthday
party kat ida..

MAK DARA
laa.. ya ka..

Hahaha tiba tiba Mak dara dapat idea nak korek rahsia tentang surprise birthday party dari Mak dara..

MAK DARA
Tu Emie(adik Mak Dara) cakap nak beli hadiah baju warna putih kat ida kan
mak? dia dah beli belom?

MAMA
Ish sapa kata warna putih dia pi beli warna merah.

MAK DARA
Err Rina kata dia nak beli t-shirt kat ida kan mak?

MAMA
ish dak aih dia beli cawan kat Ida.. Semua hadiah depa
dah siap balut dah aih.. ada kat bilik.

MAK DARA
Ooo.. Tu depa beli cake apa tak tau kat Ida rasanya mak.

MAMA
Depa dah beli dah kek secret resepi kat Ida. rasa coklat. Esok semua depa nak buat
surprise kat Ida. Mai tau..

Hehehe Mama Mak Dara ni memang susah nak simpan rahsia.. Lebih lebih lagi dari Mak dara yang dah masak mcm mana nak korek rahsia dari dia.. hehehe.. Walaupun semalam dah dapat information awal tentang surprise birthday party ni tapi Mak Dara buat buat surprise jugak.. kesian kat suami anak anak dan adik beradik yang dah bertungkus lumus sambil membakar bbq utk Mak Dara. Terima kasih semua.. Sayanggggggg semua.. muahhhhhh!!!!!!!

Sunday, January 23, 2011

Rumah tangga Jimmy Shanley Bermasaalah

Terkejut Mak Dara tadi bila tengah sedap sedap layanzzz melodi bila berita tentang pergolakan perkahwinan antara Jimmy Shanley pengacara rancangan Trek Selebriti di Astro dan isterinya Nursuhaila iaitu anak kepada pengasa produk kecantikan Natasya umpama belah dihujung tanduk. Kalau tak silap Mak Dara Jimmy dan isteri baru jer melangsungkan perkahwinan beberapa bulan yang lepas.



Dengar khabarnya mereka tidak lagi duduk sebumbung. Hmm... kesian juga mak Dara mendengarnya. Tapi melihat dari ketenangan Jimmy menjawap soalan soalan pedas lagi panas wartawan melodi, Mak dara pasti Jimmy sedang cuba untuk menangani masalah ni sebaik mungkin. Ye lah dengan kedatangan bakal cahayamata oleh si isterinya pasti akan meredakan kembali segala pergolakan yang terjadi. Sedangkan lidah lagi tergigit.. inikan pula suami isterikan..

Mak Dara mendoakan semoga Jimmy dan isteri kembali berbahagia. Demi masa depan bakal anak tu nanti. kepada yang lain lain tu.. janganlah keruhkan lagi keadaan dengan menokok tambah gosip mengatakan jimmy nak bolot hartalah apa lah.. Kita doakan yang terbaik sahaja untuk mereka ok.. amin insyaallah...

Perut Buaya Berdering Selepas Ia Tertelan Telefon Bimbit

Adoi.... dalam banyak banyak makanan apasal lah yang cheq pi telan telepon bimbit cik buaya oi.. Tapi itulah hakikat yang berlaku pada seekor buaya di sebuah akuarium di Ukraine.


Khabarnya ada seorang pengunjung wanita nak ambik gambar Gena si buaya yang berusia 14 tahun tu melalui kamera di telefon bimbitnya.. tapi belum sempat capture buaya tu terus ngap telefon bitbit itu. Takpa jugak dia ngap telefon bimbit tu aje.. kalau dia ngap sekali dengan tangan wanita tu.. kan lagi naya. Pada mulanya penjaga aquarium tu tak percaya bila wanita tu buat aduan tentang handphonenya dimakan oleh gena buaya tu. Tapi bila pergi kepada Gena mereka terdengar bunyi deringan telefon darii perut Gena barulah mereka percaya.



sekarang dengar cerita Gena si buaya tu dah berminggu minggu tak nak makan. Maybe dia fobia untuk makan kot. Apa apapun Mak Dara harap pihak akuarium berjayalah keluarkan telefon bimbit dari perut si Gena tu..

Ingatkan buaya darat jer yang gila bermain cinta dengan menggunakan telefon buaya yang betul buaya pun suka jugak handphone rupanya yer..

blogger untung RM1 juta

Fullammak... terkejut Mak dara bila baca paper Berita Harian pagi ni.. Blogger boleh jana pendapatan dari menulis blog ajer.. memang respect le pada yang berjaya mendapat pendapatan dari menulis blog ni.



Mak Dara sokong sangat untuk kaum kaum wanita kaum hawa ni terutama suri rumah tangga. Apa kata lepas dah habih kerja rumah, dah habis masak moh ler menulis blog mungkin boleh dapat pendapatan dari situ tanpa keluar gi kerje pun. Boleh menolong suami kan hehe. Bagi Mak Dara belum lagi kesitu sebab Mak dara baru jer berjinak jinak dengan dunia blog ni. Tapi kalau betul boleh dapat income.. kompommm Mak Dara bersara dari dunia menulis skrip drama dan filem dan terus lompat kedunia penulisan blog. Senang tak payah gi pitching kat RTM. Tak payah pening kepala dengan permintaan producer, tak pening kepala dengan nak cadangkan pelakon.. Pakai hantam jer tulis apa yang terbuku, tersurat di hati.. kan bestt tu..

Apa apa pun Mak dara respek pada anak saudara Mak Dara iaitu si AimieHarmelia aka teman wanita kepada penjaga gol pertama Malaysia Khairul Fahmi Che Mat dengan blognya
http://jejariruncing.blogspot.com/ . Blognya mempunyai ramai followers dan sebuah blog yang memang besttt dan sempoiii.. Aimie ni bukan saja buat blog tapi juga ada online butik Closet Of AmyAMy kalau free2 tu gi le melawat yer.. banyak pakaian dan bag cantik cantik kat butik dia..


Walau apa apapun. Mak Dara nak ucapkan tahniah kepada yang berjaya dalam dunia blogging ni. dan pada yang baru nak berjinak jinak dalam dunia blog ni macam Mak Dara .. Mak Dara ucapkan kita sama sama selamat berjaya.. =)

MAK DARA TUA!!!

Huhuhuhuhu tarikh keramat 24hb Januari makin dekat.. tepat pukul 12.00 malam esok maka meningkat ler usia Mak Dara menjadi 34.. Huhuhu dah tua diriku ini.. Namun aku bersyukur dengan segala yang dikurniakan oleh tuhan kepadaku.. Seorang suami yang penyayang.. 4 orang cahayamata yang sempurna buatku.. syukur..



Mak Dara amat teruja walaupun esok lusa harijadi Mak dara tapi Mak Dara terima banyak ucapan selamat hari jadi dari teman teman di Facebook.. Terima kasih kalian.. U really make my day.. Dah tuo pun tuolah.. Den terimo denge hati ye terbuko hehehehe..

Yang best tu tadi Ibu Mak Dara call.. dengar suara yang berbisik bisik dia cakap esok adik beradik Mak dara nak buat surprise party untuk Mak dara.. so nnt buat surprise tau.. Aduiii mak haha.. ok mak insyaallah ida buat muka terkejut berok esok ye mak... hehehehe
Align Center

Saturday, January 22, 2011

SEGMEN & BLOG CONTEST!!!

Sejak dua menjak ni Mak Dara ada join few segment dan contest yg dianjurkan oleh rakan rakan blogger Mak Dara.

Segmen pertama yang Mak Dara join adalah segmen dari Ben Ashaari iaitu JOM GEGAR BLOG . Memang beratus ratus blogger yang join segmen ni dan Mak dara adalah peserta yang ke 41.



Segmen kedua yang Mak Dara join ialah JOM KONGSI PENGALAMAN (ZAMAN SEKOLAH RENDAH) yang dianjurkan oleh Cik Blogger. Dalam segmen ni Mak dara peserta ke 2 yang join.. Memang menarik sebab Mak Dara boleh berkongsi pengalaman Mak dara bertukar tukar sekolah sebanyak 11 buah sekolah semuanya sejak dari darjah 1 sampai
tingkatan 5.


Dan yang terbaru, Mak Dara baru jer join contest Siapa Punya Header Paling Cool?! anjuran Ohh Mejuez . Pada sesiapa yang nak join contest ni still open lagi. Tarikh tutup boleh check di page Ohh Mejuez ni yer =)



So.. pendek kata Mak Dara sekarang nak join ler segmen segmen dan contest contest yg Mak dara terserempak semasa jelajah blog jogging Mak Dara ke blog blog uols.. Kalau ada sesiapa yang buat segmen atau contest khaborkan ler pada Mak Dara yer =)


Siapa Punya Header Paling Cool?!



Sejak dua menjak ni Mak dara suka ikut contest yang diadakan oleh beberapa kawan blogger Mak Dara. Terbaru Mak Dara terbaca di blog kawan Mak Dara lekatlekitgurl pasal contest "Siapa Punya Header Paling Cool?!" anjuran Ohh Mejuez. so apalagi pendek kata Mak dara nak pertaruhan Header di blog Mak Dara ni.. Itu pendek yang kata.. hehe

5 blogger yang Mak Dara nak tag ialah

Lekat lekit

Martias
anishaway

Yeayyyy!!! MQ follower Mak dara yg ke 50!!



Yeayyyy!!! MQ aka LAUTAN RABBANI merupakan follower Mak dara yg ke 50!! Alhamdullilah.. Mak Dara amat teruja bila hari ni genap seminggu membuka blog BICARA MAK DARA dan dah ada 50 Followers yang mengikut Blog Mak Dara ni..

Mungkin ada yang nak gelakkan Mak dara sebab baru ada 50 follower dah kecoh..Tapi hakikatnya Mak Dara rasa amat berbesar hati dengan dan berterima kasih kepada semua followers Mak Dara tak kiralah berapa pun bilangannya..

Mak Dara rasa bangga apabila ke page saudara MQ ni. Di dalamnya penuh dengan ilmu ilmu ilmiah agama yang mahu dikongsinya bersama pembaca. Alhamdullilah jarang jarang bertemu dengan remaja yang begini..

antara post post entrynya yang menarik..
Manusia Sebenarnya Lemah ~
Kesedaran Al-Quran ~
Anak yang baik itu ~
Ceria ; Akhlak Mereka Indah ~
~ Melangit kesunyian ~
dan banyak lagi...

jomlah menjengah ke blog saudara MQ ini di http://lautanrabbani.blogspot.com/yer..

to adik MQ.. terima kasih =)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK