Monday, February 7, 2011

ZOMBIE ULTIMATUM Sambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Petang tadi Mak Dara dan adik adik Mak dara pegi jalan jalan kat Ikano dekat The Curve @ Mutiara damansara. Tapi kami jadi hampa bila jualan di "THE STREET" yang selalu dibuka pada setiap minggu itu tidak beroperasi perniagaannya. wahh beraya sakan diorang ni sampai tak bukak kedai.. jadi kamipun jalan jalan ler area2 situ.

Tiba tiba Mak Dara dan adik adik Mak Dara terserempak dengan "Ayang" atau nama yang lebihdikenali ramai iaitu penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ezlyn. Dia menegur adik Mak Dara. Dipendekkan cerita Adik adik Mak Dara Tuty & Rina ni dulu pernah menyanyi bersama dalam Band D'ADZA sebelum dia dilamar menjadi penyanyi oleh KRU.. Walaupun dah terkenal tapi "ayang" tetap macam dulu.. peramah, rendah diri, lemah lembut tak sombong langsung.. Memang sikap yang Mak Dara respect.



Bila ditanya perkembangan terbarunya, Ezlyn menyatakan dia berlakon dalam filem terbaru iaitu sebuah filem sambungan kepada filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. Kalau tak silap Mak dara tajuknya ZOMBIE ULTIMATUM Perghhhh besttt tu.. Tahniah kepada pengarahnya Mamat khalid keran telah berjaya membuat sambungan kepada filemnya yang telah Box Office itu.

Mak Dara pasti filem ini pun akan meletopzz di pawagam nanti.. all the best ya ..

Sunday, February 6, 2011

Anugerah Sri Angkasa Kembali!!!

Kali terakhir Anugerah Seri Angkasa diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pada 10 Mac 2006. Kali ni setelah berehat selama 4 tahun Anugerah Sri Angkasa Kembali!!! Anugerah Sri Angkasa akan berlangsung pada 19 Februari secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Siaran yang akan bermula pada 8.30 malam ini boleh diikuti serentak menerusi TV1, TV9 dan Astro Prima.

Anugerah Seri Angkasa 2010

Teringat Mak Dara masa Mak Dara dan suami ke Majlis Anugerah Sri Angkasa 2006 yang lalu. Masa tu dua drama hasil skrip suami mak Dara, Martias Ali iaitu ANAK PENARIK BECA & HARI HARI TERAKHIR SEORANG PEREMPUAN telah dipertandingkan di malam anugerah itu.

Mak Dara dan suami, Martias @ ANUGERAH SERI ANGKASA 2006

Di akhir malam anugerah itu suami Mak Dara Martias telah memenangi Penulis Skrip Terbaik utk drama ANAK PENARIK BECA.

Jurey Latif Rosli producer untuk drama Hari Hari seorang Wanita juga telah merangkul piala untuk PEngarah Terbaik untuk drama Hari Hari Terakhir seorang wanita.

Wan Hanafi Su memenangi Pelakon Lelaki Terbaik utk drma aANAK PENARIK BECA

Safura memenangi Pelakon Wanita Terbaik untk Drama Hari Hari Terakhir seorang wanita.

Dan akhir sekali drama HARI HARI TERAKHIR SEORANG WANITA telah dinobatkan sebagai DRAMA TERBAIK ANUGERAH SRI ANGKASA...


Suami Mak Dara Ketika memenangi ANUGERAH SKRIP TERBAIK di ANUGERAH SRI ANGKASA 2006 bagi skrip berjudul "Hari - Hari Terakhir Seorang Perempuan"

Pada Anugerah Sri Angkasa 2010 kali ni, suami Mak Dara telah dijemput untuk menjadi presenter/penyampai anugerah untuk kategori Skrip Drama Terbaik.. terujaaa Mak..

sama sama kita nantikan siaran langsung Anugerah Sri Angkasa nanti ya

Saturday, February 5, 2011

POCONG Menyerang AU2!!

Nope ini bukan tajuk drama atau tajuk filem skrip terbaru Mak Dara. Ini jugak bukan gimik atau cara Mak Dara nak tarik trafik untuk ke blog Mak Dara dan ini bukan COBAANNN.. Ini benar benar kejadian.

Kisah dia macam ni.. Tadi dalam pukul 12 tgh malam lebih tetiba Mak dara terasa lapar nak makan burger kfc tapi memandangkan malas nak kuar jauh jauh , Mak dara mintak satu satunya adik lelaki Mak Dara belikan burger yang yang sedap yang dijual di AU2. Selalunya warung burger tu selalu tutup lambat. Kadang kadang sampai ke pagi. tapi kali ni adik Mak dara hairan bila dia kesana tapi kedai tu dah ditutup.

nak dijadikan cerita sepupu Mak Dara datang rumah. Dia yang duduk di kawasan AU2 cakap, kedai burger tu memang tutup awal sejak kebelakangan ni sebab pemiliknya diganggu POCONG! terkejut juga dengar cerita tu.. Dia kata sejak minggu lepas memang kecoh dikawasan tu dengan kemunculan Pocong. Bukan setakat seorang dua aje yang terserempak dengan makhluk tu tapi ramai.. termasuk le peniaga kedai burger tu.. Masyaallah.. Naik seram Mak Dara dibuatnya terus nafsu makan Mak Dara terbantut. Betul ke ni atau khabar angin.. huh tapi sepupu Mak Dara ni cakap betul.. Wallahhualam..



Kepada penduduk AU2 lembah Keramat.. Mak dara doakan semoga kejadian ini tak berulang lagi.. Tapi kalau ada yang terserempak tu.. ceritalah pengalaman korang kat Mak Dara kek sini yer.. suspen jugak nih huhuuhu

Ish meremang juga bulu roma Mak Dara masa tengah tulis ni.. Mata pun dah asyik gatal tengok keliling bilik ni.. rasa tak sedap hatipun ader...Errr Mak Dara sign out dululah..

Friday, February 4, 2011

YEAY!!!!! 100th Followers

Terujaaaaaa Mak Dara hari ni.Maunya tak. Bukak jer blog hari ni dah ada 100 followers!!! Mak Dara baru jer buka blog BICARA MAK DARA ni pada17hb Januari 2011 lepas dan hari ni 4.2.2011 mak dara dah ada 100 followers.. pergh!!! bagi uols maybe sikit tapi bagi Mak Dara kira banyak le tu bagi blog Mak Dara yang baru jer 3 minggu ni kan.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Intan Suraiya yang juga merupakan salah seorang dari BFF Mak Dara kerana telah menjadi 100th Followers di blog Bicara Mak Dara ini. Tks bebeh. Tahniah diucapkan juga sebab baru selamat melahirkan baby girl yang comel Qaseh Batrisya. She is sooo cuteeee macam mama dia jugak.



Tahniah dan terima kasih Intan.. Muahhhhhhhh xoxo. Intan baru saja membuka blognya . jemputlah menjenguk ke blognya @ http://intansuraiya.blogspot.com/

semasa Mak Dara menulis post ni, followers mak dara telah pun mencecah 105. Terima kasih Mak dara ucapkan pada setiap seorang followers Mak Dara.. thank you all.. muahhh

CUCI JANGAN TAK CUCI


Tengah layan FB tiba tiba teruja bila drama CUCI CUCI SERVICES ditayangkan di RTM pagi pagi buta ni hehe.. Skrip ni skrip ke 53 yang telah saya tulis bersama suami saya Martias Mohd Ali dan teman sepenulis MF Kencana. Drama ni dah banyak kali diulang tayang.

Dari sumber yang boleh dipercayai, rating drama ni tinggi. alhamdullilah.. Tapi sayangnya Mak Dara dengar cerita yang skrip CUCI CUCI SERVICES musim kedua akan menggunakan khidmat penulis skrip lain dan bukan lagi Mak Dara dan geng huhuhu.. sedey gak.. tapi nak buat macam mana dah bukan rezeki Mak dara.. Semoga drama CUCI CUCI SERVICES maju jaya..

Drama : CUCI CUCI SERVICES
Arahan : HARUN SALIM BACHIK
Skrip : MARTIAS MOHD ALI ADZA IRDAWATI M F KENCANA
Terbitan : HANS ISAAC - TALL ORDER SDN BHD.
Lakonan: Joey Daud, Zed Zaidi, Beego, Syariman Yaakob, Faizal Husein dan Fasha Sandha

Thursday, February 3, 2011

BENGKEL PENULISAN SKRIP oleh MARTIAS ALI



Pada yang baru mengenali Mak Dara. Mak Dara dan suami Mak Dara, Martias Mohd Ali bekerja sebagai Penulis Skrip Drama dan Filem . Tapi suami Mak Dara dah 20 tahun lebih berkecimpung dalam bidang penulisan ni. Mak Dara baru 15 tahun jer. Suami Mak Dara jugak ada mengarah beberapa buah drama dan tidak lama lagi insyaallah dia akan mengarahkan Filemnya yang pertama bertajuk "PAKCIK KAYO"



Suami Mak Dara memang selalu mengendalikan bengkel penulisan skrip di Finas. Tapi sejak kebelakangan ni sebabkan terlalu sibuk bekerja di Astro dia tak berkemsempatan berbuat demikian. Tapi alhamdullilah kini lepas ada masa lapang sikit suami Mak Dara mengambil keputusan untuk mengadakan sebuah bengkel intensif penulisan skrip dan ia terbuka kepada mereka-mereka yang mahu belajar cara untuk menghasilkan skrip yang bagi terbitan produksi TV dan kalau cukup hebat, insyaallah boleh diangkat menjadi sebuah filem.



Kalau ada yang nak belajar secara persendirian, boleh juga. Bagi yang berminat boleh le mendaftar nama anda dengen klik di sini. yer

Job pertama Mak Dara dalam 2011



Yeay!!! Mak Dara baru saja selesai menulis skrip drama Mak Dara yang ke 60 berjudul "TUAH TERTIPU" tks to adik Mak Dara Adza Emie kerana menolong Mak Dara.

Skrip drama ni hanya ambik masa selama 2 hari saja untuk Mak Dara dan adik Mak dara siapkan.

pada yang baru mengenali Mak Dara. Inilah kerja Mak Dara sejak 15 tahun lalu. Mak dara ni bekerja sebagai penulis skrip drama . Hampir 55++ buah drama termasuk drama bersiri dan beberapa buah Filem telah Mak Dara tulis dan co write bersama suami dan team penulis Mak Dara.. Dibawah adalah senarai skrip drama dan Filem yang telah keudara, belum keudara dan sedang keudara di kaca Televisyen..

DRAMA
======

1. Openfile RTM Telemovie

2. Secangkir Air RTM Telemovie

3. Kronik RTM Telemovie

4. Kerana Ramli RTM Telemovie

5. Jonet RTM 13 Episod

6. Kirmizi Senja RTM 13 Episod

7. Restoran Mak Piah RTM Telemovie

8. Masa Tambahan RTM Telemovie

9. Cahayamata TV3 13 Epis

10. Ratu VCD Telemovie

11. Kambingku Tom Kurus TV3 Sitkom Senario

12. Merdeka Ajit Medeka Ajis TV3 Telemovie

13. Cinta Taksi Bermeter

13. 5 Jam Sebelum Syawal TV3 Telemovie

14. Qudut & Qatit VCD Nizarman

15. OK VCD Gitu-Gitu Production

16. Keranamu Ibu VCD FMC

17. Zaharul VS Zarina ASTRO Telemovie

18. Aidilfitri Dibulan Syaaban ASTRO Telemovie

19. Pulau Kasih TV3 Telemovie

20. Buku Lama Diari Baru RTM Telemovie

21. Lagu Untuk Dewi RTM Telemovie

22. Gitulah Raya ASTRO Telemovie

23. FOBIA (Musim 1) RTM 13 X 30 min

24. FOBIA (Musim 2) RTM 13 X 30 min

25. Express Kasih RTM Telemovie

26. Manaf Astro ASTRO Telemovie

27. Pabila Cahaya Bersinar

28. Suasana RTM Sitkom 13 ep

29. Cinta Kali Ke Dua RTM Telemovie

30. Pulau Kasih tv3 Telemovie

31. Biar Rahsia RTM 13 x 45 min

32. Idris Beca (the series) RTM 13 X 30 min

33. Agent 016 TV3 13 ep

34. Nek Nak (musim pertama) ASTRO 13 Episod

35. HUA HUA HUA ASTRO Sitcom

36. Surat Cinta RTM 13 Episod

37. Selamat Hari raya Cinta RTM1 Telemovie

38. Nek Nak (musim kedua) ASTRO 13 Episod

39. Saka ASTRO 13 Episod

40. Radio Astro Ria 13 episod

41. Malaysia's Sweetheart - filem digital

42. Rabunnya Cinta RTM 13 Episod

43. Makmal Forensik D:10 ASTRO 13 Episod

44. PR NANI RTM2 13 episod

45. Mak Yong 5 Episod

46. Fitrah Sabrina RTM Telemovie

47. Klon Teja ASTRO 13 Episod

48. Selamat Hari Raya Cinta RTM Hari raya special 2008

49. Raya Alone RTM Hari Raya 2008

50. Cinta yang Terindah ASTRO Hari Raya 2008

51. Pintu Taubat ASTRO OASIS 13 Episod 2009

52. Dendam Kesuma - 5 episod Astro Citra 2010

53. Cucu Seorang Primadona RTM Telemovie 2010

54. CUCI CUCI SERVICES RTM 26 episod 2010

55. Bola Cinta RTM 30 episod 2010

56. Aku Budak Kampung RTM Telemovie 2010

57. Doa Ke Syurga Telemovie RTM1 2010

58. LORONG ASTRO 13 Episod 2010

59. Along Gedebe Telemovie Astro Citra 2010

60. TUAH TERTIPU 2011

Filem hasil tulisan Mak Dara yang ditulis bersama suami ialah

1. SHHY..DIA DATANG
2. SERREM
3. LIBAS (yang akan ditayangkan di pawagam pertengahan tahun ini)

p/s: Mak Dara nak ucapkan semoga berjaya dan semoga penggambaran drama ni berjalan lancar kepada pengarah, all cast and crew yang akan memulakan penggambaran drama ini pada isnin depan.. Selamat!!

Keunikan House Boat di Kerala India

Saja jerr Mak Dara nak kongsi cerita pasal Mak Dara dan suami ke india 2 minggu lepas. Terutama pengalaman Mak Dara menaiki "HOUSE BOAT" yang menjadi tarikan utama pelancong ke Kerala India.



Mak Dara dansuami byk menghabiskan masa kami di Kerala. Mungkin ada yg tak pernah pun dengar pasal kerala di India kan.. yang selalu dengar Mumbai New Delhi, Taj Mahal. Jangan tak tahu menurut dlm majalah kapal terbang yg kami naiki tu, kerala adalah antara 50 tempat 'wajib' yg mesti dilawati di dlm dunia ni hehe..

Mak Dara di perlabuhan house boat di Kerala dan sedang menju

Akhirnya setelah 3-4 hari di bandar Cochin Mak dara dan suami ambik keputusan untuk menyewa sebuah Boat house. Ni kira macam hotel bergerak lah. Sewanya dalam duit kita dalam RM500 semalam. tapi tengok pada boat tu jugak.. ada yang mewah sewanya pun mewah ler.. ada 2 tingkat.. ada 2 bilik, 3 bilik yang boleh menempatkan sampai 3 keluarga. Tapi disebabkan hanya Mak Dara dan suami jer ke India kami sewa boat house yang satu bilik ajer.. Ini kira Honeymoon Mak Dara dan suami yang keempat selepas Tasik kenyir, Bangkok, Hat Yai dan Bali..

Yang bestnya pasal Boat House tu kami disediakan seorang kapten boat dan seorang chef. Kiranya mcm VVVIP lak rasanya hehe. Maunya tak.. ada orang pandu boat.. ada orang tolong masakkan bfast, lunch, makan petang dan dinner.. Makanan pulak perghhh tak payah cakap ler.. mmg sodappppp...


Bilik di dalam house boat


Mak Dara di ruang tamu atas house boat tu

Hubby Mak dara sedang melayan perasaan atas house boat ahaha


Mak Dara sedang belajar memasak udang dengan chef di atas kapal tu


Mak dara di ruang tamu dalam house boat sambil menikmati lunch
yg dimasak oleh chef di atas kapal itu


Mak Dara atas boat house


Hubby Mak Dara si Pelayar bahtera hehehe

Pelayaran kami bermula dari pukul 11:30 pagi. Mak dara dah prepair buah limau takut takut kalau loya dan rasa nak termuntah. tapi sangkaan mak dara meleset sebab naik boat di tasik ni lain dari naik boat di laut. Takdelah nak terumbang ambing sangat.. Macam biasa jer.. Sepanjang tasik tu banyak rumah rumah, sawah padi dan kebun kebun.

Mak Dara terpegun melihat sepanjang tasik tu yang lebih kurang beratus kilometer, keadaan sungguh bersih. Mak dara dapat lihat ramai wanita wanita india keluar mencuci baju cara tradisional. mereka juga mencuci kawasan rumah dan sekitar tasik tu. memang pembersih diorang ni.. pada siapa yang selalu kutuk Inida dengan khabar angin yg mereka ni kotor memang tak patut.

Nak dipendekkan cerita. boat tu membawa kami lebih kurang seratus kilometer lebih dan berjalanan mengambil masa selama lebih 6 jam. dan akhirnya kami berlabuh di satu tempat di pinggir tasik. Ini kerana kerajaan India ada peraturan di mana semua boat house dilarang beroperasi lebih dari pukul 5 petang bagi memberi laluan kepada boat boat nelayan . memang bagus kerajaan diorang ni.

So mak dara dan suami pun bermalamlah di tepi tasik tu. Dan keesokkan harinya, Mak Dara dan suami dibawa pulang .

Memang satu pengalaman yang tak dapat lupakan berada di house boat ni..mmg superb!! kalaulah ada kat malaysia house boat macam ni sure bestt punya =)

Macam Macam Boleh Jadi Dalam Seminggu

Mak Dara baru jer pulang dari Kerala Cochin India 2 hari lepas. Terkejut juga Mak Dara bila balik jer ke sini macam macam yang terjadi di Malaysia dan di Mesir. Ya lah macam mana Mak dara nak tahu perkembangan dunia bila di sana kebanyakkan stesen TV pakai bahasa diorang disana aje =).

Mak Dara terkejut bila tahu pasal kes banjir . ramai mangsa dipindahkan ke tempat yang lebih selamat dan sampai ada yang terkorban. Masyaallah..





Satu lagi berita yang menggemparkan Mak Dara ialah keadaan huru hara yang melanda di Mesir. kasihan Mak Dara pada semua pelajar kita yang masih berada di sana. Macam manalah mereka sekarang. Terkejut juga bila baca surat khabar dan membaca bahawa ada pelajar wanita kita telah dirompak dan dirogol . Masyaallah..




Mak Dara harap semoga keadaan banjir di negara kita beransur pulih dan keadaan huru hara di Mesir kembali tenang dan semua pelajar kita selamat dibawa pulang.

Semasa di India pun keadaan di sana pun penuh dengan keganasan jugak. Di sana seorang pemimpin politik mereka telah dibakar hidup hidup di hadapan orang ramai kerana pemimpin itu telah membongkar kes kecurian minyak oleh sekumpulan mafia yang menggelarkan diri mereka "Oil Mafia". Hari hari juga boleh dilihat di berita tentang kes cubaan membunuh pemimpin politik.

Walau apapun yang terjadi kita semua harus bersyukur jadi rakyat Malaysia. semoga tiadalah perkara perkara buruk macam tu berlaku di negara kita.. insyaallah..fuhhhhh Macam Macam Boleh Jadi Dalam Seminggu kan...

Wednesday, February 2, 2011

TUAH TERTIPU



Melancong sudah, melencongpun sudah.. Dah seminggu berehat di India sekarang Mak Dara kenelah sambung buat kerja. Kali ni Mak Dara nak kena siapkan skrip drama berjudul TUAH TERTIPU yang akan mula shooting Isnin depan. Dateline? esok.. perghhh..

kiranya job ni job yg pertama untuk tahun 2011 ni lah. Skrip drama ni sebenarnya dah lama siap, cuma sekarang Mak Dara nak kena repair sikit. Al maklumlah, TUAH TERTIPU ni planing dulunya nak dijadikan filem bersama Saiful Apek namun tak jadi. So kena kasi repair bagi sesuai untuk sebuah telemovie.

Drama ini akan diproducekan oleh WORLD EVOLUTION BRAIN SDN BHD (WEB) dan akan diarahkan oleh En Jurey Rosli.

Doa doakanlah semoga penggambaran drama ni berjalan lancar... =)

SELAMAT HARI RAYA CINA

dvc happy chinese new year
imikimi - sharing creativity

Sempena hari raya Cina tahun ni. Mak Dara ingin mengucapkan GONG XI FA CAI kepada semua kawan kawan Mak Dara yang berbangsa Cina. Dan alang alang dah bagi ucapan.. tetiba tangan Mak dara gatal nak tulis pantun untuk anda.. (mood terlebey idea haha)

Hali busak sula mali,
Beli nimau satu loli,
satu tahun satu kali,
Selamat Hari Raya cina.. Xong Xi.. Gong Xi



Gong Xi Fat Chai,
Shen Ti Jian Kang,
Wan Shi Ru Yi,
Nian Nian You Yu...

Hong Pao Na Lai.....

Selamat menjadi kaya,
Badan sihat,
Segala urusan berezzz,
Setiap tahun ada tabungan...

Ang Pau nya kemarikan..

SELAMAT TAHUN BARU CINA!!!

Tuesday, February 1, 2011

Bila Mak Dara Pakai Saree



Waaa akhirnya Mak Dara berjayo belajar pakai sari.. habis satu pekan Kerala Cochin Mak Dara berjalan dengan sari merah Mak Dara ni.. Nasib baik tak dak lembu menanduk Mak Dara hehehe.. Bila kita tengok orang pakai saree kita ingat senang je nak memakainya kan? kita ingat kain sari tu pusing pusing lilit satu badan..siap..well think again!! Pakai saree ni memang tak mudah macam kita fikirkan.. Kira macam satu jenis art juga cara memakainya.


Mak Dara tengah belajar cara pakai saree

Syukur alhamdullilah Mak Dara lega sesangat sebab semua khabar angin yang kata India ni kotor.. dan banyak penyakit semuanya hanyalah khabar angin.. India bukanlah seburuk yang kita sangka.. Orang orangnya sangat friendly.. kecuali few otto driver lebey kurang macam toot toot kat siam tu.. sebab banyak jugak yang kencing harga sewa .. tapi adatlah kan kat malaysia pun kalau nampak pelancong akan cekik darah kaw kaw..

Berbalik pada memakai saree. Alhamdullilah orang di Kerala Cochin India peramah dan baik baik adanya. Contohnya di kedai Mak Dara membeli Saree ni. Diorang siap tanya tahukah Mak dara nak pakai saree.. Bila Mak Dara tersengih diorang paham yang Mak dara mmg takde clue macam mana nak pakai. Tanpa diminta terus diaorang bukak kain sari dari plastik dan terus ajarkan pada Mak Dara. Memang pening juga tapi dapatlah tangkap sikit sikit caranya.


Mak Dara@ di Film Screening di SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL


Mak Dara atas bot house

Lepas 2-3 hari dok try melilit lilit saree di badan akhirnya mak dara pandailah sikit pakai saree.. Apa lagi .. mau lebih sepuluh helai saree Mak Dara
borong. Dan merata tempat jugak yang Mak dara pergi dengan memakai saree ni..


kuch kuch hotta hai kat tepi sawah bersama hubby


NAMASTE


Namaste.. Mak Dara telah ke Kerala Cochin India dari 26hb-31hb Januari lepas. Mak dara ke sana kerana menemankan suami Mak Dara dimana filem pendeknya berjudul "ANAK" telah berjaya masuk ke pertandingan SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL. Syukur alhamdullilah.. akhirnya suami Mak Dara berjaya membawa pulang GOLDEN HOLA AWARD.


Suami Mak Dara menerima hadiah Golden HALO AWARD di
SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL @ Cochin India

Seminggu disana macam macam pengalaman yang Mak Dara alami. Dan kebanyakkannya semuanya kenangan indah indah. Pengalaman berada di sana memang lain dari apa yang Mak Dara dengar. Sebelum ke India macam macam orang bagitau Mak Dara.. Yang India ni kotor, susah nak dapat makanan halal and so on and so on..

jadi bila saja Mak dara samapi di sana , semua khabar khabar angin tu memang hanya satu khabar angin. India taklah sekotor yang Mak Dara dengar.. actually di Cochin Kerala, bandarnya bersih. Orang orangnya memang friendly dan banyak membantu semasa Mak dara dan suami di sana.


Mak Dara di tengah bandar Cochin Inida

tapi walau apa pun.. Hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri lebih baik di negeri sendiri.. Malaysia tetap juga terbaik!!!!!

Mak Dara akan update semua tempat tempat menarik di India yang telah Mak Dara lawati.. tunggu ya..

Wednesday, January 26, 2011

Majlis Anugerah PROFIMA



Mak Dara dan suami telah ke Majlis Anugerah Profima di Hotel Palace Of The Golden Horses malam semalam (25 Jan 2010). ini bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan pekerja tabir dan pengiat industri filem tanah air.

Mak Dara dan suami ke majlis anugerah tu kerana filem pendek arahan suami Mak Dara, Martias Ali telah tercalon didalam kategori Short Filem terbaik dan kategori animasi 3D terbaik yang telah diterbitkan oleh syarikat Two Tones Production. Dan dua telemovie hasil skrip Mak dara dan suami iaitu "DOA KE SYURGA" dan juga Drama berjudul "SONGKOK" turut tersenarai dalam pertandingan itu.



Tuah ayam nampak dikaki, tuah Mak Dara dan suami tak nampak malam tu hehehe.. Walaupun tewas, kami berbangga sebab sekurang kurangnya hasil kerja kami turut tersenarai dalam pertandingan itu.

Kebanyakkan anugerah di rangkul oleh Rashid sibir dan producer Zainudin Enuja tidak ketinggalan juga Norman KRU untuk filem Magika.

Apa apa pun Presiden PROFIMA En Khir Mohd Nor harus diberi pujian. Malam anugerah itu berjalan lancar dengan jayanya. Tahniah. Tahniah juga Mak dara kepada semua pemenang dan pada yang tidak berjaya, cuba lagi tahun depan.

Tuesday, January 25, 2011

MAK DARA NAK KE INDIA

Masa anda membaca post ni, Mak Dara tengah dok packing baju untuk ke India esok (26 jan).. cewahh mukadimah mcm nak tulis wasiat pulak haha.

Mak Dara ke sana utk temankan suami Mak Dara. Filem pendek hasil arahannya dan yang diproduce oleh syarikat Two Tones Production yang bertajuk ANAK akan dipertandingkan di SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL di Cochin Kerala.





Mak Dara tak pasti pulak kalau kek sana nanti ada tenet ke idak.. Tapi kalau ada akan Mak Dara updatekan blog dari sana.. Doa doakan lah untuk filem pendek ANAK ni yer..

Sapa sapa ada pengalaman ke India tu bagi lah tips sikit untuk Mak Dara yer..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK