Saturday, February 12, 2011

Mak Dara menyertai Persatuan SWAM

Setelah 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip dan akhirnya Mak Dara terpanggil untuk masuk ke dalam persatuan SWAM (SCREENWRITERS GUILD OF MALAYSIA). Ini adalah persatuan kedua yang Mak Dara sertai selain dari persatuan KARYAWAN.

Mak Dara @ Mesyuarat Agung SWAM di RTM
antara yang hadir ialah Dato' Yusof Haslam (berbaju ungu)


Suami Mak Dara, Martias Ali bersama Shahriman (penulis skrip filem Ngangkung)

Pagi tadi merupakan pertama kali Mak Dara menyertai mesyuarat agung persatuan SWAM ni.. Namun Mak Dara terkedu bila keahlian Mak Dara dibekukan walaupun Mak dara dah bayar yuran ahli dan dah isi borang keahlian dari bulan lepas lagi. Namun hanya atas sebab Mak dara tak sertakan gambar semasa menghantar borang keahlian maka Mak Dara tidak dibenarkan mengundi calon calon yang bakal menerajui SWAM di mesyuarat agung tu.



Hmm.. kecoh jugak dewan di RTM tu dengan kes Mak Dara dan seorang lagi rakan penulis yang senasib dengan Mak Dara. Namun akhirnya Mak Dara terpaksa akurlah dengan kata kata tuan pengerusi majlis. Maka Mak Dara hanya dibenarkan menjadi pemerhati sahaja . Tapi yang tak bestnya Mak Dara dengar ada ahli yang baru masuk.. lagi lambat mendaftar keahliannya dari Mak Dara tp boleh pulak dibenarkan mengundi..siap dicalonkan dan siap menang lagi.. hmmmm takpelah.. Mak Dara memang tak reti dengan teknik teknik "permainan" ni so Mak Dara senyum je le..


sesi mengira undi

Apa apapun apa .. Dapat mengundi ke tak, keahlian diterima atau keahlian dibeku ke tak, tak kisahlah.. Mak Dara senyumkan aja lah.. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang rimau mengaum.. Tak kisahlah apa yang berlaku pada Mak Dara pagi tadi yang penting Mak Dara harap semoga SWAM dapat mengangkat martabat seorang penulis..

1st video Mak dara via 1tube

testing testing.. Mak Dara try test cuba 1Tube.. hehe ni video masa Mak Dara di Hokaido Jepun tak lama dulu. Mak Dara belajar cara nak pakai kimono.. perghhh memang susah.. sama susah macam nak pakai sari.. =)



memang besttt time Mak dara di Hokaido Jepun tu.. maunya tak tengah 3rd honeymoonlah katakan ahaks..

hmmm.. besttt jugak 1Tube ni ek.. =)nanti nak godek godek lagi video yg ada di pc nak kasi upload >_*

Friday, February 11, 2011

Bila Mak Dara join 1tube



Selama ni Mak Dara hanya tahu akan kewujudan youtube. Tapi siapa sangka Malaysia juga sekarang dah ada "1Tube"sebuah komuniti Video Klip Malaysia. perghhh cayalah.. Mak Dara terus sign up tadi. Rasanya lebih baik kita sokong produk nagara kita sendiri betul tak =)

Hmm... video apa nak kasi upload kat acc 1Tube Mak Dara ni ek.. hmmm masa untuk menggodek godek file video di dalam pc.. tunggu ek.. bila Mak dara dah upload Mak Dara habaq mai na...hehehe

apa kata kita ramai ramai memeriahkan 1Tube.. sign up ler sekarang . klick jer kat logo kat atas untuk ke website 1Tube tu yer =)

Urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara ni memang kaki berurut.. boleh kata sebulan-dua bulan sekali mesti Mak Dara gi berurut. Lenguh lenguh badan dan stress stress boleh hilang bila gi berurut ni. Yang bestnya suami Mak Dara pun suka berurut jugak. Tapi kalau dia nak berurut Mak Dara pastikan yang tukang urutnya lelaki le hehe. Tapi kami selalunya pergi couple massage. Senang nampak dia diurut di depan mata hehe.. Bukan tak percaya suami, tapi tak percaya pada yang mengurutnya tu wakakakaka..

Suami Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Nak dijadikan cerita, Mak Dara ke Kerala India 2 minggu lepas. Apa lagi.. kepala Mak Dara pikir nak merasa urutan cara orang india pulak.. Sebab sebelum ni di percutian Mak dara yang lepas lepas Mak Dara dah rasa Thai Massage di Bangkok , dan Mak Dara juga dah merasa Balinesse Massage masa Mak Dara ke Bali dulu.

Mak Dara dan suami pun pergilah ke tempat urutan Ayurveda yang terkenal di Kerala India. Tempatnya di tepi tasik dan hanya boleh kesana melalui house boat.

Setibanya kami disana, Kami ditanya apa yang sakit oleh seorang Doktor Ayurveda . Rupanya lain penyakit lain cara urutannya. urutan dia ada yang sejam, 2 jam dan ada sampai berhari hari. Nasib baiklah Mak Dara dan suami takde penyakit jadi kami ambik pakej yang sejam aje. bayangkan kalau ambik pakej yang berhari hari punya, mau lenyau badan kami haha


Mak Dara di bilik Doktor Ayurveda.
Lupa pulak nak ambik gambor doktor tu sekali hehe

Mak Dara dan suami di masukkan ke dalam bilik yang berasingan. Maka bermulalah sesi urutan ayurveda.

Perghhhhhhh satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan mengerikan bila "minachi' yang nak mengurut Mak dara tu meminta Mak Dara membuka semua pakaian Mak dara dan diberikan sehelai kain kechikkkkk untuk menutup apa apa yang patut. pada mulanya mak Dara rasa macam nak lari keluar dari bilik urutan tu.. tapi pikir balik lantak lah.. Mak dara takkan jumpa lagi minachi yang mengurut Mak Dara tu. So Mak dara turutkan jua.

Mak Dara kemudian dibaringkan di atas satu katil kecik khas untuk mengurut. Sekali lagi Mak Dara dikejutkan bila badan Mak Dara penuh dilumur minyah. Mak oiii rasanya macam 2 atau 3 paket minyak yang disapu kat seluruh badan Mak Dara ni. Pendek cerita Mak Dara ni diuli uli selama satu jam bagai menatang minyak yang penuh.. terasa badan ni nak kena salai jer bila penuh dengan minyak haha.

(ini bukan Mak Dara yer hehe) tapi macam ni lah minyak
yang disapukan di badan mau 3 kilo minyak untuk badan Mak dara yang gebu nih haha

Lepas sejam disalai err diurut hehe Mak Dara di bawa masuk kedalam bilik mandi. Mak Dara dikejutkan sekali lagi bila minachi tu memandikan Mak Dara. Mak oiiiii terasa macam budak budak pulak. Gamaknya, ni lah perasaan anak anak Mak Dara bila Mak Dara mandikan diorangkan..


Mak dara bersama tukang urut ayurveda

Bila semuanya dah selesai, Mak Dara dan suami naik semula ke house boat. Di sana kami bantai gelak sakan dengan pengalaman kami diurut. Tapi bagai orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk ladang rimau mengaum.. masuk pusat perubatan ayurveda meminyak hehe.



Thursday, February 10, 2011

Penggambaran "TUAH TERTIPU" kini bermula

Syukur alhamdullilah setelah hampir 6 tahun Mak Dara menulis skrip komedi Mak Dara yang berjudul "TUAH TERTIPU" akhirnya hari ini TUAH TERTIPU telah memulakan penggambarannya. Skrip ini sebenarnya Mak Dara tulis sebagai sebuah skrip filem namun sayangnya takde rezeki dan filem itu tidak menjadi kenyataan.

Namun akhirnya En Jurey Rosli seorang pengarah dan producer terkenal telah membeli skrip Tuah Tertipu Mak Dara tu. Hanya dalam masa seminggu lebih jer skrip tu diluluskan oleh RTM dan hari ni telah memulakan penggambaran di Langat Selangor. pendek kata Abang Joe ni memang producer dan pengarah yang terbaikk lah dan sesiapa yang dapat shooting dengan syarikatnya World Evolution Sdn Bhd (WEB) amat bertuah! (ini bukan nak bodek tp mmg kenyataan hehe)


Ucop cecupak dan abang sedang melakonkan watak di mana mereka
sedang merancang untuk merompak kedai emas.


shooting time!!

Semasa Mak Dara menulis post ni, Mak Dara dapat tahu bahawa mereka tengah shoot scene/adengan yang terakhir untuk hari ni.Dengar cerita juga yang semua di lokasi penggambaran pecah perut dengan adengan adengan yang dijalankan. Nampaknya semuanya berjalan dengan lancar.. Alhamdullilah.

Mak Dara mendoakan agar penggambaran drama Tuah Tertipu berjalan lancar sehingga ke akhirnya.. amin..

Terima kasih kepada En Aizad Rosli diatas gambar gambar di atas

Wednesday, February 9, 2011

Bunuh Diri Selepas Mengumumkannya Di Facebook

Terkejut Mak Dara bila mendengar cerita tentang seorang pelajar di Melaka, Sally Lee Qian Chun, 17, dari SMK Seri Kota Ayer Leleh, telah membunuh diri selepas mengumumkan niatnya itu di Facebook.


Sally Lee Qian

Dengar cerita Sally telah meluahkan perasaannya tentang hubungannya yang gagal dan telah meluahkan niatnya untuk membunuh diri. Pastu yang tak seronoknya, tiada seorang pun dari kawan kawan mendiang mahupun kawan di FB yang cuba menghalang atau memujuknya malah mereka tidak percaya dan ada yang mencabarnya untuk melakukan apa yang dikatakan oleh mendiang. Apa punya kawan lah ni.. memang tak boleh pakai betul.

Sebelum membunuh diri, Sally Lee Qian sempat menghantar post di FB mengingatkan kawan kawannya untuk membelikannya sebuah patung dan keranda untuknya dan meminta semua rakan rakannya tidak merinduinya bila dia telah tiada nanti.

Sally telah membunuh dirinya dengan duduk dengan bahaya di koridor di hadapan kelasnya lalu terjatuh dan terus meninggal di tempat kejadian.


Di sinilah Sally Lee Qian jatuh dari tingkat kedua di sekolahnya.

Hairan betul Mak Dara.. Takkan lah takde seorang pun dari kawan atau saudara yang terbaca dan rasa perlu bersemuka dengan mendiang ni. Tapi benda dah berlaku. Cuma apa yang boleh kita lakukan ialah mengambil cerita ini sebagai satu ikhtibar. Kita perlu lebih peka dengan hati dan perasaan setiap orang disekeliling kita. Kalau ada rasa yang tak kena cubalah untuk membantu yang semampu. Manalah tahu kalau kalau kita dapat membantu mereka kan..

Bila Mak Dara bertemu Dato Jimmy Choo

Belek punya belek punya belek.. Mak Dara terjumpa gambor lama Mak Dara bersama Dato Jimmy Choo.

Tak lama dulu Mak Dara bertemu dengan Dato Jimmy Choo semasa beliau menonton persembahan D'ADZA di Hotel Shangri La KL . D'ADZA adalah sebuah band yang terdiri dari adik beradik Mak Dara iaitu Iyanie, Tuty dan Rina, serta abang Ipar Mak dara Tengku Norkhizam dan pemain gitar teknal Amri Malik.

Berbalik pada Dato Jimmy Choo. Dia memang sorang yang very humble. Langsung tak berlagak. Nampak dia enjoy dengan persembahan band D'ADZA. Mak Dara berkesempatan berjumpa dan berbual bersama Dato Jimmy Choo. Memang sangat gentleman dan baikkk.. Tak sombong langsung. Mak Dara sempat menyerahkan sebuah album single D'ADZA kepada Dato Jimmy Choo sebelum dia pulang.


Mak Dara dan suami bersama Dato Jimmy Choo.
(ditangan Dato Jimmy Choo tu ialah album D'ADZA) =)

My sister's with Dato Jimmy Choo

Luvsssss your shoes Dato.. I will get a pair sooooonn . I hope =)

Bila Mak Dara masuk Persatuan..

Mak Dara tengah meeting =)

Bila baca title post Mak dara ni jangan ingat mak Dara join "Persatuan Mak Dara Semalaysia" pulak.. ehhh tapi best pulak nama persatuan tu kan hehe.. tapi Mak Dara nak cerita tentang Mak Dara join persatuan "GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA"


Persatuan ini bukan sahaja untuk penulis skrip tv/filem tetapi perkongsian dengan semua penulis skrip Malaysia dalam medium lain iaitu penulis skrip teater, filem pendek, drama radio, dokumentari, animasi, iklan, promo, video korporat, bidang pengacaraan dsb dalam apa jua.


ahli ahli GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA



Petang tadi Mak Dara dan suami menghadiri perjumpaan yang kedua bagi Mak dara sejak join persatuan ni di KL Sentral. Memang best.. Semua rata rata penulis skrip yang berjaya.. Mak Dara teruja bila dapat berbual dan mendengar cerita mengenai kerjakerja sebagai penulis skrip bersama mereka.

Semoga persatuan GABUNGAN BEBAS PENULIS SKRIP MALAYSIA ni dapat mengangkat martabat seorang penulis seperti yang selayaknya suatu hari nanti insyaallah . Dan pada sesiapa yang minat dalam bidang penulisan join boleh ler group ni yer =)

Tuesday, February 8, 2011

Mak Dara @ HOUSE BOAT Kerala India

Saja jerr Mak Dara nak kongsi cerita pasal Mak Dara dan suami ke india 2 minggu lepas. Terutama pengalaman Mak Dara menaiki "HOUSE BOAT" yang menjadi tarikan utama pelancong ke Kerala India.

Mak Dara dansuami byk menghabiskan masa kami di Kerala. Mungkin ada yg tak pernah pun dengar pasal kerala di India kan.. yang selalu dengar Mumbai New Delhi, Taj Mahal. Jangan tak tahu menurut dlm majalah kapal terbang yg kami naiki tu, kerala adalah antara 50 tempat 'wajib' yg mesti dilawati di dlm dunia ni hehe..

Mak Dara di perlabuhan house boat di Kerala dan sedang menju

Akhirnya setelah 3-4 hari di bandar Cochin Mak dara dan suami ambik keputusan untuk menyewa sebuah Boat house. Ni kira macam hotel bergerak lah. Sewanya dalam duit kita dalam RM500 semalam. tapi tengok pada boat tu jugak.. ada yang mewah sewanya pun mewah ler.. ada 2 tingkat.. ada 2 bilik, 3 bilik yang boleh menempatkan sampai 3 keluarga. Tapi disebabkan hanya Mak Dara dan suami jer ke India kami sewa boat house yang satu bilik ajer.. Ini kira Honeymoon Mak Dara dan suami yang keempat selepas Tasik kenyir, Bangkok, Hat Yai dan Bali..

Yang bestnya pasal Boat House tu kami disediakan seorang kapten boat dan seorang chef. Kiranya mcm VVVIP lak rasanya hehe. Maunya tak.. ada orang pandu boat.. ada orang tolong masakkan bfast, lunch, makan petang dan dinner.. Makanan pulak perghhh tak payah cakap ler.. mmg sodappppp...


Bilik di dalam house boat


Mak Dara di ruang tamu atas house boat tu

Hubby Mak dara sedang melayan perasaan atas house boat ahaha


Mak Dara sedang belajar memasak udang dengan chef di atas kapal tu


Mak dara di ruang tamu dalam house boat sambil menikmati lunch
yg dimasak oleh chef di atas kapal itu


Mak Dara atas boat house


Hubby Mak Dara si Pelayar bahtera hehehe

Pelayaran kami bermula dari pukul 11:30 pagi. Mak dara dah prepair buah limau takut takut kalau loya dan rasa nak termuntah. tapi sangkaan mak dara meleset sebab naik boat di tasik ni lain dari naik boat di laut. Takdelah nak terumbang ambing sangat.. Macam biasa jer.. Sepanjang tasik tu banyak rumah rumah, sawah padi dan kebun kebun.

Mak Dara terpegun melihat sepanjang tasik tu yang lebih kurang beratus kilometer, keadaan sungguh bersih. Mak dara dapat lihat ramai wanita wanita india keluar mencuci baju cara tradisional. mereka juga mencuci kawasan rumah dan sekitar tasik tu. memang pembersih diorang ni.. pada siapa yang selalu kutuk Inida dengan khabar angin yg mereka ni kotor memang tak patut.

Nak dipendekkan cerita. boat tu membawa kami lebih kurang seratus kilometer lebih dan berjalanan mengambil masa selama lebih 6 jam. dan akhirnya kami berlabuh di satu tempat di pinggir tasik. Ini kerana kerajaan India ada peraturan di mana semua boat house dilarang beroperasi lebih dari pukul 5 petang bagi memberi laluan kepada boat boat nelayan . memang bagus kerajaan diorang ni.

So mak dara dan suami pun bermalamlah di tepi tasik tu. Dan keesokkan harinya, Mak Dara dan suami dibawa pulang .

Memang satu pengalaman yang tak dapat lupakan berada di house boat ni..mmg superb!! kalaulah ada kat malaysia house boat macam ni sure bestt punya =)

Monday, February 7, 2011

Bila Hubby Mak Dara & "ANAK" Kuar Harian Metro

Perghhh.. patut ler malam tadi Mak Dara tidur asyik senyum jer sampai ke pagi.. Rupa rupanya pagi ni dapat tahu yang suami Mak Dara nak keluar surat khabar Harian Metro hari ni (7/2/11).. Bukan bahagian muka depan artikel pasal "Cekup Isteri Khalwat" ok.. tapi di segmen RAP msR11.

Artikel yang ditulis adalah mengenai "PENGHARGAAN UNTUK ANAK".. tapi bukan cerita pasal anak anak kami tapi "ANAK" adalah sebuah judul filem pendek arahan suami Mak Dara Martias Ali dan producernya iailah En Amru Najmi dan syarikat miliknya iaitu TWO TONES SDN BHD =)




Artikel ni juga mengetengahkan kemenangan "ANAK" dalam pertandingan SCRIPT SHORT FILM FESTIVAL di Kerala Cochin India 2 minggu lalu. Yang buat Mak Dara bertambah senyum tu bila gambar yang Mak dara tangkap turut dimuatkan dalam artikel tu.. Perghhhh terasa macam profesional photographer pulak bila karya dimasukkan dalam surat khabor.. walhal satu apa pun tak tahu pasal kamera dslr tu.. Mak dara main picit dan tekan jer hehehehe

Dibawah adalah sedutan dr artikel berita harian.

Filem pendek Anak arahan Martias Mohd Ali pula berjaya meraih anugerah khas juri pada pertandi�ngan filem pendek dikenali Festival Social & Corporate Responsibility International Promotional Theatre (Script 2011) diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Gokulam, Cochin Metropolis, India selama dua hari pada 28 Januari lalu.

Martias yang menjadi wakil tunggal negara ke sana berkata, acara julung kali anjuran Rotary Club of Cochin Metropolis dengan kerjasama Public Broadcasting Service Trust dan Indian Documentary Producers Association (IDPA) ini menyaksikan enam karya bertanding untuk kategori Antarabangsa termasuk Sepanyol sebanyak tiga penyertaan, Australia (1) dan Austria (1).

Walaupun filem Sepanyol, Boy In The Closet menang anugerah Filem Pendek Terbaik tetapi Anak, terbitan Two Tones Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) tetap berbang�ga dengan kejayaan Golden Halo Awards.

“Sambutan yang diterima daripada karyawan mahupun penonton di sana terhadap Anak memang cukup hebat. Ada antara mereka bukan saja bertepuk tangan apabila Anak selesai dipertontonkan tetapi ada yang berjumpa saya menyatakan filem ini mampu menang.

“Bagi saya, kejayaan anugerah ini menjadi pencapaian awal untuk penyertaan
di festival seterusnya. Maklum balas yang diterima, penonton menyatakan Anak adalah suatu karya yang menarik perhatian ramai dan tidak pernah terfikir mengenai subjek pemanasan global yang ingin diperjuangkan.

“Malah, juri berkata, Anak mencetuskan tanda tanya pada penonton pada peringkat awal dan akhirnya memberi kesedaran pada semua penonton.

“Pada pertandingan ini, ada juga subjek lain diketengahkan seperti kelaparan, pembunuhan gajah dan ikan paus, sebaliknya hanya Anak membawa kisah mengenai kepentingan menjaga pokok.

“Jika dilihat, karya lain yang bertanding memang cukup hebat pada aspek penceritaan dan penyampaian. Saya turut kagum hasil Boy In The Closet membawa kisah budak lelaki menyelamatkan adiknya ketika peperangan seolah-olah filem cereka,” katanya.

Kata Martias, enam juri dipertanggungjawab mengadili karya bertanding iaitu bekas pemenang Aktres Terbaik, Revathy Menon; wartawan dan juga pemenang anugerah International Journalist Author & Documentary Film Maker, Anita Pratap; editor filem, Bina Paul Venugopal; bekas Naib Presiden IDPA, Ajithan G Kurup; wakil akhbar Indian Express, E P Unny dan juruaudit, Jose Dominic.

“Saya melihat penganjuran acara ini juga mencatat kejayaan. Menariknya, ada produser di sana yang berhasrat menjalin kerjasama untuk projek seterusnya.

“Dari aspek CGI, mereka juga kagum. Malah, Anak bukan saja mencatat kemenangan tetapi secara tidak langsung mempromosikan Malaysia apabila membuatkan mereka tertarik melancong ke sini.

“Daripada 17 penyertaan Anak yang dihantar ke pertandingan seluruh dunia, Jepun dan Barcelona sudah memberi maklum balas filem ini disenarai pendek. Begitu juga, Festival Filem Cannes masuk peringkat kedua proses pemilihan.

“Biarpun Anak gagal menang pada Anugerah Profima, baru-baru ini tetapi kejayaan di Script 2011 tetap me�ngubat kekecewaan. Langkah seterusnya, saya masih berusaha ingin menayangkan Anak sempena Hari Bumi pada 22 April nanti.

“Untuk itu, saya ingin mengajak syarikat korporat untuk bekerjasama. Saya juga berhasrat mengadakan pertandingan filem pendek atas tujuan korporat, sosial dan tanggungjawab (CSR).

“Harapan saya, jika Anak dapat ditayangkan sekurang-kurangnya di 10 negara, ia sudah menjadi kebanggaan pada saya dan produksi ini,” katanya.

p/s: untuk keterangan yang lebih terang, Mak Dara cadangkan supaya anda bukak lampu.. kalau nak lagi senang dapatkan harian metro arini yer hehehe

ZOMBIE ULTIMATUM Sambungan filem Hantu Kak Limah Balik Rumah

Petang tadi Mak Dara dan adik adik Mak dara pegi jalan jalan kat Ikano dekat The Curve @ Mutiara damansara. Tapi kami jadi hampa bila jualan di "THE STREET" yang selalu dibuka pada setiap minggu itu tidak beroperasi perniagaannya. wahh beraya sakan diorang ni sampai tak bukak kedai.. jadi kamipun jalan jalan ler area2 situ.

Tiba tiba Mak Dara dan adik adik Mak Dara terserempak dengan "Ayang" atau nama yang lebihdikenali ramai iaitu penyanyi dan pelakon terkenal iaitu Ezlyn. Dia menegur adik Mak Dara. Dipendekkan cerita Adik adik Mak Dara Tuty & Rina ni dulu pernah menyanyi bersama dalam Band D'ADZA sebelum dia dilamar menjadi penyanyi oleh KRU.. Walaupun dah terkenal tapi "ayang" tetap macam dulu.. peramah, rendah diri, lemah lembut tak sombong langsung.. Memang sikap yang Mak Dara respect.



Bila ditanya perkembangan terbarunya, Ezlyn menyatakan dia berlakon dalam filem terbaru iaitu sebuah filem sambungan kepada filem HANTU KAK LIMAH BALIK RUMAH. Kalau tak silap Mak dara tajuknya ZOMBIE ULTIMATUM Perghhhh besttt tu.. Tahniah kepada pengarahnya Mamat khalid keran telah berjaya membuat sambungan kepada filemnya yang telah Box Office itu.

Mak Dara pasti filem ini pun akan meletopzz di pawagam nanti.. all the best ya ..

Sunday, February 6, 2011

Anugerah Sri Angkasa Kembali!!!

Kali terakhir Anugerah Seri Angkasa diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pada 10 Mac 2006. Kali ni setelah berehat selama 4 tahun Anugerah Sri Angkasa Kembali!!! Anugerah Sri Angkasa akan berlangsung pada 19 Februari secara langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Siaran yang akan bermula pada 8.30 malam ini boleh diikuti serentak menerusi TV1, TV9 dan Astro Prima.

Anugerah Seri Angkasa 2010

Teringat Mak Dara masa Mak Dara dan suami ke Majlis Anugerah Sri Angkasa 2006 yang lalu. Masa tu dua drama hasil skrip suami mak Dara, Martias Ali iaitu ANAK PENARIK BECA & HARI HARI TERAKHIR SEORANG PEREMPUAN telah dipertandingkan di malam anugerah itu.

Mak Dara dan suami, Martias @ ANUGERAH SERI ANGKASA 2006

Di akhir malam anugerah itu suami Mak Dara Martias telah memenangi Penulis Skrip Terbaik utk drama ANAK PENARIK BECA.

Jurey Latif Rosli producer untuk drama Hari Hari seorang Wanita juga telah merangkul piala untuk PEngarah Terbaik untuk drama Hari Hari Terakhir seorang wanita.

Wan Hanafi Su memenangi Pelakon Lelaki Terbaik utk drma aANAK PENARIK BECA

Safura memenangi Pelakon Wanita Terbaik untk Drama Hari Hari Terakhir seorang wanita.

Dan akhir sekali drama HARI HARI TERAKHIR SEORANG WANITA telah dinobatkan sebagai DRAMA TERBAIK ANUGERAH SRI ANGKASA...


Suami Mak Dara Ketika memenangi ANUGERAH SKRIP TERBAIK di ANUGERAH SRI ANGKASA 2006 bagi skrip berjudul "Hari - Hari Terakhir Seorang Perempuan"

Pada Anugerah Sri Angkasa 2010 kali ni, suami Mak Dara telah dijemput untuk menjadi presenter/penyampai anugerah untuk kategori Skrip Drama Terbaik.. terujaaa Mak..

sama sama kita nantikan siaran langsung Anugerah Sri Angkasa nanti ya

Saturday, February 5, 2011

POCONG Menyerang AU2!!

Nope ini bukan tajuk drama atau tajuk filem skrip terbaru Mak Dara. Ini jugak bukan gimik atau cara Mak Dara nak tarik trafik untuk ke blog Mak Dara dan ini bukan COBAANNN.. Ini benar benar kejadian.

Kisah dia macam ni.. Tadi dalam pukul 12 tgh malam lebih tetiba Mak dara terasa lapar nak makan burger kfc tapi memandangkan malas nak kuar jauh jauh , Mak dara mintak satu satunya adik lelaki Mak Dara belikan burger yang yang sedap yang dijual di AU2. Selalunya warung burger tu selalu tutup lambat. Kadang kadang sampai ke pagi. tapi kali ni adik Mak dara hairan bila dia kesana tapi kedai tu dah ditutup.

nak dijadikan cerita sepupu Mak Dara datang rumah. Dia yang duduk di kawasan AU2 cakap, kedai burger tu memang tutup awal sejak kebelakangan ni sebab pemiliknya diganggu POCONG! terkejut juga dengar cerita tu.. Dia kata sejak minggu lepas memang kecoh dikawasan tu dengan kemunculan Pocong. Bukan setakat seorang dua aje yang terserempak dengan makhluk tu tapi ramai.. termasuk le peniaga kedai burger tu.. Masyaallah.. Naik seram Mak Dara dibuatnya terus nafsu makan Mak Dara terbantut. Betul ke ni atau khabar angin.. huh tapi sepupu Mak Dara ni cakap betul.. Wallahhualam..



Kepada penduduk AU2 lembah Keramat.. Mak dara doakan semoga kejadian ini tak berulang lagi.. Tapi kalau ada yang terserempak tu.. ceritalah pengalaman korang kat Mak Dara kek sini yer.. suspen jugak nih huhuuhu

Ish meremang juga bulu roma Mak Dara masa tengah tulis ni.. Mata pun dah asyik gatal tengok keliling bilik ni.. rasa tak sedap hatipun ader...Errr Mak Dara sign out dululah..

Friday, February 4, 2011

YEAY!!!!! 100th Followers

Terujaaaaaa Mak Dara hari ni.Maunya tak. Bukak jer blog hari ni dah ada 100 followers!!! Mak Dara baru jer buka blog BICARA MAK DARA ni pada17hb Januari 2011 lepas dan hari ni 4.2.2011 mak dara dah ada 100 followers.. pergh!!! bagi uols maybe sikit tapi bagi Mak Dara kira banyak le tu bagi blog Mak Dara yang baru jer 3 minggu ni kan.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Intan Suraiya yang juga merupakan salah seorang dari BFF Mak Dara kerana telah menjadi 100th Followers di blog Bicara Mak Dara ini. Tks bebeh. Tahniah diucapkan juga sebab baru selamat melahirkan baby girl yang comel Qaseh Batrisya. She is sooo cuteeee macam mama dia jugak.



Tahniah dan terima kasih Intan.. Muahhhhhhhh xoxo. Intan baru saja membuka blognya . jemputlah menjenguk ke blognya @ http://intansuraiya.blogspot.com/

semasa Mak Dara menulis post ni, followers mak dara telah pun mencecah 105. Terima kasih Mak dara ucapkan pada setiap seorang followers Mak Dara.. thank you all.. muahhh

CUCI JANGAN TAK CUCI


Tengah layan FB tiba tiba teruja bila drama CUCI CUCI SERVICES ditayangkan di RTM pagi pagi buta ni hehe.. Skrip ni skrip ke 53 yang telah saya tulis bersama suami saya Martias Mohd Ali dan teman sepenulis MF Kencana. Drama ni dah banyak kali diulang tayang.

Dari sumber yang boleh dipercayai, rating drama ni tinggi. alhamdullilah.. Tapi sayangnya Mak Dara dengar cerita yang skrip CUCI CUCI SERVICES musim kedua akan menggunakan khidmat penulis skrip lain dan bukan lagi Mak Dara dan geng huhuhu.. sedey gak.. tapi nak buat macam mana dah bukan rezeki Mak dara.. Semoga drama CUCI CUCI SERVICES maju jaya..

Drama : CUCI CUCI SERVICES
Arahan : HARUN SALIM BACHIK
Skrip : MARTIAS MOHD ALI ADZA IRDAWATI M F KENCANA
Terbitan : HANS ISAAC - TALL ORDER SDN BHD.
Lakonan: Joey Daud, Zed Zaidi, Beego, Syariman Yaakob, Faizal Husein dan Fasha Sandha

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK