Wednesday, February 16, 2011

Mak Dara nak pegi Ke Set Penggambaran Tuah Tertipu

Waduhh baru je habis tolong hubby mak dara siapkan skrip terbarunya berjudul "AKU, DIA DAN DIA.. mmg best citer dia.. Kelakau giler.. kisah percintaan antara minah tomboy dan mat lembut.

Sekarang Mak Dara nak siap siap untuk pergi menjenguk ke set lokasi drama sebuah skrip drama yang Mak Dara tulis berjudul "TUAH TERTIPU" di Hulu Langat.

Nanti malam Mak Dara kasi upload sekitar lokasi penggambaran tu yer.. tunggu =)

Segmen : Saya punyai 100 hingga 500 FOLLOWERS



Mak Dara kagum dengan Ben Ashaari ni . Memang kreatif sungguh. Banyak segmen anjuran beliau yang dah Mak Dara dah join. Hari ni Mak Dara Nak join pulak segmen terbaru beliau
SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS..

Kalau ada yang nak join segmen ni cepat le klick di sini.. SAYA PUNYAI 100 - 500 FOLLOWERS.. Jom le memeriahkan majlis =)

Sekian

Ilham!!!! Dimana kau!!

Mak Dara bukan tengah cari orang yang bernama Ilham tapi sebenarnya Mak Dara Tengah cari Ilham untuk membuat Giveaway pertama untuk Bicara Mak Dara ni.. Memandangkan Mak dara terlebey kreatif macam macam jenis idea pelik Mak dara nak buat untuk first GA Mak Dara ni. Tapi bila mendapat tip2 dari jiran jiran AJK mesyuarat tingkap Mak Dara seperti THE LEKAT LEKIT STORY,JUNKO-EL-HIDA,Sharifah nor & LyNn'Azlina . Mak Dara rasa elok kalau Mak Dara mulakan yang senang2 dulu..


Dah tak boleh pakai lampu kecik ni lagi.. Kena carik
lampu kalimantang nampak gayanya huhuhu

Tapi apa ek. hmmm.. Ilham!! oh Ilham!! Mana kau nih.. Lama nunggu ni huhuhuhu.

Mak Dara dan Batu Keras

Tidak.. Mak dara bukannya kena baling dengan batu yang keras. Dan tidak juga.. Mak dara tak kena penyakit batu karang hehehe.. batu Keras tu bahasa berlapik kepada HARD ROCK sebenarnya.

Mak Dara @ HARD ROCK CAFE KL

Mak Dara ni bukanlah kaki clubbing . Tapi Mak Dara memang suka menonton live band. Sebab Mak Dara dolu dolu pun salah sorang anggota Band juga. Band Mak Dara dulu namanya D'ADZA. Dimana Mak Dara main keyboard dan adik beradik Mak Dara yang lain menyanyi. Tapi sejak dah beranak pinak dan sejak spare tyre dah semakin menimbun nimbun maka Mak dara bersara dari dunia band ni sebelum roboh pentas dek sebab Mak Dara yang dah semakin gebu nih hehe.


Mak Dara bersama D'ADZA suatu masa dolu huhu

Jadi Mak Dara selalu lah pegi layan tengok band band perform. Terbaru Mak Dara dan adik Mak Dara gi layan Band Hydra yang perform kat Hard Rock Cafe KL. perghh memang besttt betul band tu. Yang bestnya bila diorang perform lagu lama lama zaman Mak Dara iaitu lagu2 dari Boyz 2 Men . Perghh menusuk kalbu bila dengar lagu The End Of The Road.. huhu

D'ADZA BAND

Tapi apa apapun seminggu sekali, Mak Dara pasti akan pergi menengok Band D'ADZA yang sekarang dianggotai oleh kakak Mak Dara iaitu Adza Adzriyati, Adik2 Mak Dara Adza Tutyrianti dan Adza Rinawati, serta abang ipor Mak Dara Tengku Noor(pemain keyboard) dan Amri (pemain gitar) yang sekarang perform di Crossroad Concord Shah Alam. Kalau uols pun suka tgk Band check out ler Band D'ADZA yer =)

Tuesday, February 15, 2011

Layakkah Mak Dara Untuk Buat Segmen, Review atau GA

Sejak baru masuk dalam dunia blogging ni Mak Dara banyak tengok rakan rakan blogger buat pelbagai jenis Segmen dan ada juga yang buat giveaway dan ada juga yang buat review tentang rakan rakan bloggers yang lain. Tergerak hati Mak dara untuk membuat satu GA yang agak sempoi..




Tapi terdetik jugak di hati Mak Dara ni.. Layakkah Mak Dara Untuk Buat Segmen atau Give away nih.. Blog Bicara Mak Dara ni belum pun cukup sebulan..Tapi tak kisah ler.. Mak Dara rasa nak buat jugaklah.. bukan apa, saja nak belajar belajar.. kalau tak cuba tak tahu kan? ;)

Pada rakan rakan blogger yg pernah buat segmen, GA atau review kasilah tips2 utk Mak Dara boley.. tankiuu jasamu ku kenang ahaks..

Gambar Mak Dara Semasa Baby


dari kiri Abah Mak Dara Adenan bersama Kakak Mak Dara Adza Adzriyati
Mak Dara yang gebu tu didukung oleh Ibu Mak Dara Pn Zaleha

Hehe selama 34 tahun Mak Dara hidup ni Mak Dara hanya ada beberapa keping jer gambar masa Mak Dara masih baby. Almaklumlah zaman dolu dolu mana nak sangat tangkap gambor kan..

Rambut Mak Dara tak yah cakap lah kan memang lebat sejak dulu sampai sekarang hahaha.. masa ni umor Mak Dara dalam 6 bulan. Ibu Mak Dara kata kakak Mak Dara dulu suka main tarik tarik rambut Mak Dara. Ada satu hari tu sampai tangan dia terlekat dek rambut Mak Dara yang curl dan lebat sampai abah Mak Dara terpaksa potong rambut Mak Dara untuk lepaskan tangan kakak Mak Dara tu hahahaha..

Amacam gebu tak Mak Dara masa baby hehehe.

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Tiada Harapan Selain Allah
Tiada Idola Selain NABI
Tiada Kata Seindah QURAN
Tiada Jalan Seluruh SUNNAH
Tiada Perjuangan Selain ISLAM


Salam Maulidur Rasul 1432H/2011 dari Mak Dara untuk semua...

Monday, February 14, 2011

Tayang ANAK kat Finas

Hahaha.. jangan salah sangka dengan title post Mak Dara kali ni ek. Bukan Mak Dara tayang anak anak Mak Dara untuk ditonton tapi ANAK adalah judul sebuah filem pendek yang telah diarahkan oleh suami Mak Dara iaitu Martias Mohd Ali dan oleh producer Cik AMru Najmi yang telah ditayang untuk kali keduanya di Finas pada Hari Terbuka Finas beberapa hari lalu.

Sambutan penonton amat menggalakkan. Antara VVIP yang hadir adalah dato Yusoff Haslam. Terima kasih Dato kerana sudi meluangkan masa menonton filem pendek ini =)

Mak Dara, suami serta anak anak bersama Dato Yusoff Haslam
@ ANAK SCREENING at Finas


Poster filem pendek ANAK

Ramai jugak teman teman dan para pelakon yang menjayakan filem pendek ini yang turut hadir semasa tayangan ANAK ni. Terima kasih atas support kalian.

Mak Dara, Suami , rakan dan para pelakon yang menjayakan ANAK
@ ANAK SCREENING at Finas

Selesai aje dari tayangan ANAK kami semua terus ke Syed Bistro AU5 dimana hubby Mak dara belanja MAKAN BESAR kepada semua rakan rakan dan para pelakon yg hadir menjayakan tayangan itu. terima kasih atas sokongan uols ..

after screening.. acara maka busar =)

Alhamdullilah "ANAK" telah memenangi anigerah GOLDEN HALO AWARD di SHORT SCRIPT FILM FESTIVAL di Kerala India. Dan sekarang anak telah disenarai pendek di beberapa festival juga diluar negara. Doa doakanlah kejayaan ANAK yer. To my hubby Martias Ali, producer En Amru Najmi dan syarikat Two Tones Production.. Tahniah!!!

VALENTINE'S DAY.. Sambut Ker??

Hari ni 14 feb adalah Hari Valentine's Day atau hari memperingati kekasih.. Rata rata bila Mak Dara jalan jalan nampak ramai orang jual dan jugak beli bunga, kad dan berbagai bagai very the romantic itemlah.. Di Facebook jugak ramai kawan kawan Mak Dara wish Happy Valentine's Day pada kekasih, hubby dan jugak kengkawan.. Dan ada jugak yang sakan berkempen supaya jangan sambut hari Valentine's Day..


Amacam Mak dara ada macam Kak Ramlah Ram tak..
kau kunci cintaku dalam hatimu hahaha
banyak betul love love di sana sini ek..

Mak Dara masa muda dolu dolu pun macam tu lah.. baru belasan tahun baru nak mengenal erti cinta memang gatai pi sambut Hari Valentines ni. Ya lah tak tahu apa apa.. Dah kawan kawan semua sambut takkan kita tak kan..

Tapi bila dah usia semakin dok pi kearah senja ni dan sejak dah 14 tahun berkahwin dan dah beranak pinak ni barulah dah faham dan matang tentang hari Valentines ni.. Mak dara dan suami tak sambut hari ni..

Bila dipikir pikir balik.. rugii oo sambut hari valentines day ni.. Setahun cuma sekali.. Mak dara lagi prefer bila berkasih sayang setiap hari.. Rasanya lagi besttt hehe..

Ini pendapat mak dara aje.. Pada yang nak sambut sambutlah.. pada yang nak boikot.. boikotlah yer..tapi yang pastinya pada setiap 14 feb Mak dara dan seluruh ahli keluarga Mak Dara pasti akan menyambut... birthday anak buah Mak Dara Adza Zara Danisha. Hari ni genap birthday dia ke 3.. Happy birthday sayang.. Mak tih luvss you so much..

Sunday, February 13, 2011

YEAY!!!!! 200th Followers

Perghhh seronoknya Mak Dara hari ni.Maunya tak, Blog Bicara Mak Dara dah ada 200 followers!!! Mak Dara baru jer buka blog BICARA MAK DARA ni pada17hb Januari 2011 lepas dan hari ni 13.2.2011 mak dara dah ada 200 followers.. pergh!!! bagi uols maybe sikit tapi bagi Mak Dara kira banyak le tu bagi blog Mak Dara yang baru jer nak masuk sebulan ni kan.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Adqayyum Mohd Zaini kerana telah menjadi 200th Followers di blog Bicara Mak Dara ini. Tks Adqayyum!! yang juga merupakan orang sekampung dengan Mak Dara. Orang Kulim Kedah!!! hidup hijau kunin hehe..



Tahniah dan terima kasih Adqayyum Mohd Zaini . Jemputlah menjenguk ke blognya @ http://duniatanpabanyangan.blogspot.com/


Saturday, February 12, 2011

Mahu Blog Anda Direview?

Menjadi satu rutin harian bila Mak Dara bukak jer blog.. kalau ada idea yang best best.. Mak Dara akan buatkan updatekan satu post baru..Itupun kalau ada idea tapi selalunya kalau idea tara mari Mak Dara terus jer membalas sumer kunjungan yang menjenguk blog Mak Dara ni.. Pastu Mak Dara akan menziarah pulak jiran jiran dan beberapa AJK mesyuarat tingkap Mak Dara terutama sekali blog yang akan Mak Dara singgah hampir setiap hari adalah blog Ben Ashaari. Memang macam macam segmen menarik dari Ben hampir setiap hari.

Terbaru Mak Dara teruja bila Ben membuat post terbaru tentang seorang blogger bernama AYU. Kalau anda nak tahu Puan Ayu ni sedang membuat segmen terbarunya iaitu segmen Jom Gegar Blog anda!!!!

Maknanya jika anda mahu blog anda direview apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan link url anda di segmen tu.. tu saja..

Yang bestttnya tentang Puan Ayu ni.. Dia tak minta pun supaya Blognya di follow oleh anda seperti yang selalu dilakukan oleh bloggers2 lain yang mengadakan segmen mereka.. Tapi kalau ada yang sudi nak follow tu baguslah alhamdullilah... Memang tulus dan ikhlas Cik Ayu ni.

Walau apa apun Mak Dara salute Puan Ayu.. Walaupun bergelar isteri, majikan, ibu, anak dan menantu namun belialu sanggup mengadakan segmen yang sungguh ikhlas ni..

so kepada sesiapa yang nak blog anda direview dan nak join segmen beliau silalah klick di sini : Jom Gegar Blog anda!!!!
tarikh tutup sebelum 3.32011

Mak Dara menyertai Persatuan SWAM

Setelah 15 tahun Mak Dara berkecimpung dalam dunia penulisan skrip dan akhirnya Mak Dara terpanggil untuk masuk ke dalam persatuan SWAM (SCREENWRITERS GUILD OF MALAYSIA). Ini adalah persatuan kedua yang Mak Dara sertai selain dari persatuan KARYAWAN.

Mak Dara @ Mesyuarat Agung SWAM di RTM
antara yang hadir ialah Dato' Yusof Haslam (berbaju ungu)


Suami Mak Dara, Martias Ali bersama Shahriman (penulis skrip filem Ngangkung)

Pagi tadi merupakan pertama kali Mak Dara menyertai mesyuarat agung persatuan SWAM ni.. Namun Mak Dara terkedu bila keahlian Mak Dara dibekukan walaupun Mak dara dah bayar yuran ahli dan dah isi borang keahlian dari bulan lepas lagi. Namun hanya atas sebab Mak dara tak sertakan gambar semasa menghantar borang keahlian maka Mak Dara tidak dibenarkan mengundi calon calon yang bakal menerajui SWAM di mesyuarat agung tu.



Hmm.. kecoh jugak dewan di RTM tu dengan kes Mak Dara dan seorang lagi rakan penulis yang senasib dengan Mak Dara. Namun akhirnya Mak Dara terpaksa akurlah dengan kata kata tuan pengerusi majlis. Maka Mak Dara hanya dibenarkan menjadi pemerhati sahaja . Tapi yang tak bestnya Mak Dara dengar ada ahli yang baru masuk.. lagi lambat mendaftar keahliannya dari Mak Dara tp boleh pulak dibenarkan mengundi..siap dicalonkan dan siap menang lagi.. hmmmm takpelah.. Mak Dara memang tak reti dengan teknik teknik "permainan" ni so Mak Dara senyum je le..


sesi mengira undi

Apa apapun apa .. Dapat mengundi ke tak, keahlian diterima atau keahlian dibeku ke tak, tak kisahlah.. Mak Dara senyumkan aja lah.. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek.. masuk kandang rimau mengaum.. Tak kisahlah apa yang berlaku pada Mak Dara pagi tadi yang penting Mak Dara harap semoga SWAM dapat mengangkat martabat seorang penulis..

1st video Mak dara via 1tube

testing testing.. Mak Dara try test cuba 1Tube.. hehe ni video masa Mak Dara di Hokaido Jepun tak lama dulu. Mak Dara belajar cara nak pakai kimono.. perghhh memang susah.. sama susah macam nak pakai sari.. =)



memang besttt time Mak dara di Hokaido Jepun tu.. maunya tak tengah 3rd honeymoonlah katakan ahaks..

hmmm.. besttt jugak 1Tube ni ek.. =)nanti nak godek godek lagi video yg ada di pc nak kasi upload >_*

Friday, February 11, 2011

Bila Mak Dara join 1tube



Selama ni Mak Dara hanya tahu akan kewujudan youtube. Tapi siapa sangka Malaysia juga sekarang dah ada "1Tube"sebuah komuniti Video Klip Malaysia. perghhh cayalah.. Mak Dara terus sign up tadi. Rasanya lebih baik kita sokong produk nagara kita sendiri betul tak =)

Hmm... video apa nak kasi upload kat acc 1Tube Mak Dara ni ek.. hmmm masa untuk menggodek godek file video di dalam pc.. tunggu ek.. bila Mak dara dah upload Mak Dara habaq mai na...hehehe

apa kata kita ramai ramai memeriahkan 1Tube.. sign up ler sekarang . klick jer kat logo kat atas untuk ke website 1Tube tu yer =)

Urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Mak Dara ni memang kaki berurut.. boleh kata sebulan-dua bulan sekali mesti Mak Dara gi berurut. Lenguh lenguh badan dan stress stress boleh hilang bila gi berurut ni. Yang bestnya suami Mak Dara pun suka berurut jugak. Tapi kalau dia nak berurut Mak Dara pastikan yang tukang urutnya lelaki le hehe. Tapi kami selalunya pergi couple massage. Senang nampak dia diurut di depan mata hehe.. Bukan tak percaya suami, tapi tak percaya pada yang mengurutnya tu wakakakaka..

Suami Mak Dara di pusat peubatan dan urutan Ayurveda di Kerala India

Nak dijadikan cerita, Mak Dara ke Kerala India 2 minggu lepas. Apa lagi.. kepala Mak Dara pikir nak merasa urutan cara orang india pulak.. Sebab sebelum ni di percutian Mak dara yang lepas lepas Mak Dara dah rasa Thai Massage di Bangkok , dan Mak Dara juga dah merasa Balinesse Massage masa Mak Dara ke Bali dulu.

Mak Dara dan suami pun pergilah ke tempat urutan Ayurveda yang terkenal di Kerala India. Tempatnya di tepi tasik dan hanya boleh kesana melalui house boat.

Setibanya kami disana, Kami ditanya apa yang sakit oleh seorang Doktor Ayurveda . Rupanya lain penyakit lain cara urutannya. urutan dia ada yang sejam, 2 jam dan ada sampai berhari hari. Nasib baiklah Mak Dara dan suami takde penyakit jadi kami ambik pakej yang sejam aje. bayangkan kalau ambik pakej yang berhari hari punya, mau lenyau badan kami haha


Mak Dara di bilik Doktor Ayurveda.
Lupa pulak nak ambik gambor doktor tu sekali hehe

Mak Dara dan suami di masukkan ke dalam bilik yang berasingan. Maka bermulalah sesi urutan ayurveda.

Perghhhhhhh satu pengalaman yang tak dapat dilupakan dan mengerikan bila "minachi' yang nak mengurut Mak dara tu meminta Mak Dara membuka semua pakaian Mak dara dan diberikan sehelai kain kechikkkkk untuk menutup apa apa yang patut. pada mulanya mak Dara rasa macam nak lari keluar dari bilik urutan tu.. tapi pikir balik lantak lah.. Mak dara takkan jumpa lagi minachi yang mengurut Mak Dara tu. So Mak dara turutkan jua.

Mak Dara kemudian dibaringkan di atas satu katil kecik khas untuk mengurut. Sekali lagi Mak Dara dikejutkan bila badan Mak Dara penuh dilumur minyah. Mak oiii rasanya macam 2 atau 3 paket minyak yang disapu kat seluruh badan Mak Dara ni. Pendek cerita Mak Dara ni diuli uli selama satu jam bagai menatang minyak yang penuh.. terasa badan ni nak kena salai jer bila penuh dengan minyak haha.

(ini bukan Mak Dara yer hehe) tapi macam ni lah minyak
yang disapukan di badan mau 3 kilo minyak untuk badan Mak dara yang gebu nih haha

Lepas sejam disalai err diurut hehe Mak Dara di bawa masuk kedalam bilik mandi. Mak Dara dikejutkan sekali lagi bila minachi tu memandikan Mak Dara. Mak oiiiii terasa macam budak budak pulak. Gamaknya, ni lah perasaan anak anak Mak Dara bila Mak Dara mandikan diorangkan..


Mak dara bersama tukang urut ayurveda

Bila semuanya dah selesai, Mak Dara dan suami naik semula ke house boat. Di sana kami bantai gelak sakan dengan pengalaman kami diurut. Tapi bagai orang kata, masuk kandang kambing mengembek, masuk ladang rimau mengaum.. masuk pusat perubatan ayurveda meminyak hehe.



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK