Friday, February 25, 2011

Mak Dara @ Universal Studio Singapore

Memang dah lama planing nak ke Universal Studio nih. Alhamdullilah akhirnya niat termakbul jugak Bila Mak Dara ke Singapore bersama hubby minggu lepas.

Mak Dara @ Universal Studio S'pore

Bila jejak jer kaki masuk kedalam Universal Studio tu .. fuhhh susah nak cerita.. macam ada kat Hollywood rasanya hehe.. Itu perasaan Mak Dara kalau budak budak yang pergi mau dia tak nak balik atau keluar dari Universal Studio tu kompom!!

Bila masuk jer pertama yang kita jumpa ialah zone MADAGASCAR dan SHREK. Memang besttt Mak Dara rasa macam budak budak pulak bila sampai situ. Maunya tak semua karektor dalam Madagascar dan semua karektor dalam Shrek ada kat situ. Siap ada castle princes Fiona lagi.

Mak Dara & Madagascar


Mak Dara & Shrek

Mak Dara depan rumah Shrek

Lepas tu Mak Dara terus ke zone Jurassic Park , The Mummy pulak. Perghh memang sebijik macam dalam filem hehe.

Mak Dara @ Jurassic Park

Mak Dara & The Mummy

Lepas tu mak Dara ke Sci Fi City dimana ada Battle Star galatica dan macam macam lagi dan last sekali Mak Dara ke Zone Hollywood.. mau tercabut jugak ler kaki Mak Dara dibuatnya.

Mak Dara @ Walk Of Fame

Mak Dara dan Hubby bersama Charlie Chaplin

Mak Dara bersama Woody Woodpecker

Mak Dara dicekik oleh Frankenstein

Sedar tak sedar 4 jam jugak Mak dara ronda ronda dalam Universal Studio tu.. Itu Mak dara dengan suami jer.. Kalau bawak semua 4 orang anak anak mak dara tu mau sampai 7-8 jam.. Lepas habis tu Mak dara terus ke airport dan balik KL.. Perghhh memang letih gilo.. Sempat tido pastu sempat update blog lagi tu haha.

tertido kat Changi Airport


Apa apapun memang best Mak Dara planing untuk ke sana lagi bersama anak anak hujung tahun ni.. Can't wait =)



Thursday, February 24, 2011

Mak Dara di Kota Singa

Mak Dara Di Hadapan Marina Bay Sands
Mak Dara dah ke Jepun, Cambodia, Vietnam, Indonesia ,Taiwan, Thailand , India, dan semalam mak Dara baru balik dari Singapore.. Memang tak plan langsung nak kesana tetiba jer hubby Mak Dara ada meeting kat sana bersama seorang producer yang mahu bincang tentang skrip filem terbaru dengan hubby Mak Dara tu. Apalagi.. Mak Dara tak lepas peluang dan terus pollowww..
Mak Dara ke S'pore menaiki keretapi KTM. Kami bertolak dr KL Sentral dalam pukul 11 malam dan tiba di sana pada 7pg dan kami menginap di tempat Backpackers di Little India Street. Tapi tempat dan bilik mmg cun.. Tak rasa macam backpackers punya tempat lah pulak .. Itulah kalau hubby dah presiden Malaysian Backpackers Club kan so gaya melancong memang tak lepas dari backpacking hehe



Mak Dara ke sana 2 hari satu malam aje. So memang tak banyak tempat yang dapat Mak Dara pegi. Nak pulak bila pegi last minute tanpa apa apa planing. Maka Mak Dara dan suami pakai jalan jer.Selepas meeting suami Mak Dara dah selesai, kami pun naik tour bas Hop On Hop Off. Lebih kurang macam bas yang kat KL tu jugak. bas tu bawak kami ke tempat tempat tourist attraction kat S'pore tu.. Memang worth it lah.

Mak Dara atas Bas Hop On Hop Off

Mak Dara di F1 Circuit & Di hadapan S'pore Flyer


Banyak jugalah tempat tempat menarik semasa Mak Dara ke sana. Mak Dara ke F1 Curcuit, ke S'pore Flyer, Sentosa , Universal Studio dan macam macam lagi.. memang bestt.. Tapi mahallllll..
Syukur alhamdullilah dapat melihat negara2 orang.. Tapi macam manapun Malaysia tetap terbaikkkk... =)

Wednesday, February 23, 2011

Mak Dara Bloging Dari Changi Airport SIngapore!!



Hi sumerrrrr... Mak Dara berbloging kat airport Changi Singapore nih.. perghhh.. airport ni memang cantik giler siotttttt... macam macam ada.. Alamak takleh nak cakap banyak sbb nak kena boarding lagi 5 minit.. Harap harap sumer sihat sihat yer.. tunggu kepulanganggg Mak Dara yer.. Macam macam cerita Mak Dara nak cerita... tungguuuuu....

Monday, February 21, 2011

Mak Dara Nak Berhenti Menulis Blog..



Hehe Jangan suspeng.. Jangan terperanjat.. Mak Dara Nak berhenti tulis blog untuk sehari dua ni je sebab Mak Dara nak ke singapore malam ni untuk menemani suami meeting di sana untuk skrip filem terbarunya bersama producer Singapore..

Jadi tolonglah menjenguk dan menziarah sambil tolong tengok tengokkan blog Mak Dara sehari dua ni yer..huhu Sehari tak berblog ni boleh membuatkan Mak Dara jadi goblok hahaha

Pada yang ingin menyertai GA Mak Dara, teruskan.. letakkan link tu pada komen link MAK DARA 1st GA ini atau klick di SINI ya.. Nanti mak Dara balik Mak Dara publishkan semua coment dan link2 uols ya..

ok guys.. Take Care..See you guys soon!!!!!

Senarai Peserta Mak Dara 1st Giveaway (GA)



Alhamdullilah sejak dari pelancaran Mak Dara 1st GA pada 17hb feb lepas sehingga hari ni Mak dara telah menerima penyertaan sebanyak 43 penyertaan. Satu angka yang amat Mak Dara tak sangka untuk satu blog yang baru jer bernafas selama sebulan 4 hari ni. Walau apa apapun tarikh tutup masih lambat lagi iaitu pada 3.3.2011.. pada siapa yang nak join GA mak dara atau nak tahu keterangan yang lebih terang sila bukak lampu hehe tak lah.. sila klick di SINI atau di banner di atas ya...

Yang telah menyertai GA ini :
1)
THE LEKAT LEKIT STORY
2) Azizah a.k.a N.a.z
3) Rose Johari
4) SyUhAdA
5) Miza Yusof
6) Shahazrin
7) Nana
8) SM Banjamin
9) my shaizhar blog contest
10) UmmiAsha
11) Pengiklanan
12) ♥♥ LiSsA♥♥
13) ika puk puk
14) Wawa Azmi
15) bjay69
16) suhaily
17) ♥ MiKa FasHa ♥
18) Fadzillah Kamarudin
19) leyzajamil
20) ♥WEIYDAWEINGWAFFA♥
21) mR. sMiLe
22) iza
23) eb ezrin2
24) EZAN IDMA
25) JZ Business World
26) nurul nabila bt medan
27) nanakimie
28) far:)
29) neyra shazeyra
30) Kehelan
31) Yiedpozi
32) fadwa
33) farah hairuddin
34) Bakri Hussin
35) misz l0vely
36) ArMie
37) dAYaHnANoHa
38) LittLeMyRsHMaLLoW
39) Mrs Sabri
40) nadiahbs
41) Puanbee
42) Piasara
43) wan nurul hezrina abd halim
44) Cute Mum
45) b a m b a m ' s 48) eman
49) DiriKu
50) YAYA AZURA
51) MamaEma
52) Rina AVAIL a.k.a cik betty
53) Sabihah
54) nisanabilah
55) sHaKiLa
56) Along Usop
57) fadhdeela
58) TheChekJah
59) arep_lockermonth
60) me220784
61) cikpuanhady
62) Adzriel AB
63) Kata Aku
64) budak kedah
65) FaRaLySsA
66) Shima Hishamuddin
67) KakNeng
68) NOOR FATIN
69) Sharifah nor
70) Elle Elyssa
71) sweetluvelia
72) LennMommaChubby
73) Blogger Girl
74) ♥Princess Delliza♥
75) ♥♥azatiesayang ♥♥
76) AMIRA ATIYA MYRA_ZOE
77) M a W a D D a H
78) ejulz
Jom kita terjah kesemua blog blog diatas jommm!!!

Ben Ashaari dan Follower ke 10 000 nya!!



Tahniah kepada blogger hebat Ben Ashaari kerana telah mempunyai follower yang ke 10 000.. Satu angka yang hebat. Bukan calang calang orang boleh mendapat follower macam tu. Mak Dara nak sampai ke angka 300 pun belum lagi ni hehe.. Tapi Mak Dara pasti untuk mendapat follower seramai tu bukanlah sesuatu kerja yang mudah. Tahniah Mak Dara ucapkan.

Dan follower bertuah itu adalah ❤MidFashionShop❤ http://www.midfashionshop.co.cc/


Semoga Ben Ashaari terus berjaya!

Mak Dara @ Anugerah Sri Angkasa 2010/2011

Anugerah Seri Angkasa kembali lagi lepas lama berehat. Kali terakhir Mak dara ke sana pada Anugerah Sri Angkasa 2005 . masa tu suami Mak Dara telah memenangi Anugerah Skrip drama terbaik. Dan drama karya suami Mak Dara iaitu Hari Hari seorang Wanita dan juga Anak Penarik Beca banyak memenangi anugerah malam tu seperti Pelakon Lelaki terbaik, Pelakon Wnita terbaik dan Anugerah Drama terbaik. Dan pada Anugerah Seri Angkasa kali ni juga Mak Dara teruja bila suami Mak Dara Martias Ali diberi penghormatan dan dijemput menjadi salah seorang penyampai hadiah di malam anugerah tu bersama pelakon Wan Hanafi Su dan Vanidah Imran. Suami Mak Dara menyampaikan hadiah bagi anugerah Skrip Terbaik.. Dan dia juga menyampaikan hadiah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik yang jatuh kepada pelakon Elain Daily.


Mak Dara dan suami, Martias Ali di Anugerah Seri Angkasa

my hubby Martias ALi menjadi penyampai hadiah di Anugerah Seri ANgkasa bersama sama dengan pelakon hebat Wan Hanafi Su dan Vanidah Imran.. bangga mak hehe

my hubby sedang menyampaikan hadiah Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Elain Daily

perghh bangga Mak nok hehe.. Apa apapun Mak Dara ucapkan tahniah kepada yang mengendalikan malam anugerah itu diharapkan lepas ni dapatlah diadakan setiap tahun ya. Di bwah Mak Dara kasi upkan gambar gambar sekitar malam anugerah itu =)

my hubby Martias ALi menjadi penyampai hadiah di Anugerah Seri ANgkasa

my hubby Martias ALi menjadi penyampai hadiah di Anugerah Seri ANgkasa
bersama Vanidah Imran

kiri- anak teruna Mak Dara - kanan Mak dara dan suami


kiri - Mak Dara, suami bersana Anis Kamal - kanan - mak Dara di ASA


kiri- Mak Dara dan kengkawan - Kanan- Mak Dara & "AKAK ZIANA"

kiri: Mak Dara bersama Shaz AF - Kanan Mak Dara bersama pelakon veteran


kiri - Mak Dara dan Zay Jurey - Kanan Zay jurey dan suaminya Jurey Rosli

Mak Dara bersama Iqwal Hafiz



D'ADZA BAND dalam Majalah Media Hiburan

Group D'ADZA dan D'ADZA BAND ni memang tak banyak bezanya cuma bezanya ahli kumpulannya aje. kalau D'ADZA terdiri dari adik beradik Mak Dara iaitu Adza Iyanie, Adza Tuty, Adza Rina dan Mak Dara sekali Adza Irda. kumpulan kami ni dah lama ditubuhkan sejak dari kami kecik kecik lagi.. Tapi sejak Mak Dara asyik dok produktif mengembangkan keluarga maka Mak Dara bersara dari D'ADZA dan selepas itu tertubuhlah D'ADZA BAND yang dianggotai oleh Adza Yanie, Adza Tuty, Adza Rina, Tengku Noor dan Amri. Sekarang D'ADZA BAND membuat persembahan di hotel Concord Shah Alam.

Alhamdullilah D'ADZA BAND telah dijemput oleh majalah Media Hiburan untuk dimasukkan dalam segmen "BAND PILIHAN" dalam majalah tu.. Maka keluarlah cerita mengenai D'ADZA di Media Hiburan =)

D'ADZA Band di Majalah Media Hiburan 12-18 feb

D'ADZA Band di Majalah Media Hiburan 12-18 feb

Pada sesiapa yang suka layan tengok Band.. bolehlah gi ke Crossroad @ Concord Shah Alam dan saksikan D'ADZA perform.. =)


Friday, February 18, 2011

Drama SONGKOK Merangkul 2 Anugerah Seri Angkasa

Drama berjudul SONGKOK - gambar oleh www.budiey.com


Anugerah Seri Angkasa 2010/2011


Klip dari Drama Songkok

Syukur alhamdullilah drama berjudul SONGKOK karya skrip suami Mak Dara Martias Ali dan idea asal oleh Mak Dara sendiri telah berjaya memenangi 2 anugerah di malam pertama ANUGERAH SRI ANGKASA dalam kategori "AUDIO TERBAIK" dan "EDITOR TERBAIK".

Tahniah kepada Juru Audio dan Editor drama ini dan juga kepada semua crew dan para pelakon dan terutama kepada producer En Jurey Rosli.. Tahniah!!!!!
Mak Dara masih teringat lagi masa dapat ilham buat cerita ni bila terpandang songkok kat dalam bilik.. alhamdullilah akhirnya berjaya dijadikan drama dan dapat disambung jadi drama bersiri.. lepas ni nak tengok apa lagi barang2 kat rumah yang boleh dijadikan ilham hahahaha

Mak Dara di Malam Rehearsal Anugerah Sri Angkasa

Semalam Mak Dara temankan suami Mak Dara, Martias Ali ke full dress rehearsal untuk Majlis Anugerah Sri Angkasa yang akan berlangsung esok.

Suami Mak Dara akan bergandingan bersama pelakon Wan Hanafi Su dan juga Vanidah Imran. Hubby Mak Dara akan menyampaikan hadiah kepada "Penulis Skrip Terbaik".. Hadiah itu akan disampaikan hampir dihujung majlis anugerah tu esok.


Mak dara duduk dihadapan Dato Sharifah Aini dan Anuar Zain.
(tapi sayangnya tak nampak sebab dilindung oleh budak yg berdiri tu hehe)


Suami Mak Dara, Martias Ali sedang rehearsal menyampaikan hadiah

So kalau free2 tu jangan lupa menonton Majlis Anugerah Seri Angkasa 2010 pada 19 Februari ini (esok) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), mulai jam 8.30 malam di siaran RTM, Astro, TV3, TV9, ntv7, 8TV, Hot FM, Suria FM dan Sinar FM..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK