Saturday, March 5, 2011

Post Ke 100!!!


pejam celik.. pejam celik... ketuk ketuk jari kat laptop tiba tiba sedar je rupa rupanya ini adalah post Mak Dara yang keseratos!!!!!!!!!!


Post keseratus dalam masa Sebulan 14 hari!!! perghhh apa la yang Mak Dara dah merapu meraban dalam 99 post yang lain ek hahahaha... Diharapkan semua yang baca post post Mak Dara tak mendapat apa apa jenis penyakit jiwa dengan bahasa dan cara penyampaian mak Dara menulis ye..


Ada jugak kawan kawan tanya.. Tak bosan ke asyikkk menulis aje.. Dah le hari hari tulis skrip pastu hari hari tulis blog... Jawapan Mak Dara Tidak Sama Sekali.. Sebab bila menulis skrip kita harus puaskan pihak producer pihak stesen TV dan banyak pihak lagi. Tapi bila menulis blog kita dapat kepuasan diri.. betul tak hehe..

Terima kasih Mak Dara nak ucapkan pada semua yang sudi layanzzzz danmembaca apa yang Mak Dara tulis dan merapukan.. Tankiuuu =)

Mak Dara dah Fenin Fenin lalat

Yup betullll.. Memang betul Mak Dara sekarang ada sikittt Fenin Fenin lalat.. Tapi bukan sebab berbadan dua atau berisi.. walaupun badan tu memang sentiasa berisi tapi berisi dengan makanan la kan haha.. Mak dara ni fenin memikirkan tentang GA Mak Dara ni... Perghhh memang sengit nak carik pemenangnya.. Samfai fusin fusin kepala Mak Dara dibuatnya hehe..

mak dara fenin2 lalat campor fenin2 beruk dah mlm ni haha

Akhirnya Mak Dara ambik keputusan untuk mengumumkan pemenang bg GA Mak dara ni esok. Harap semua senarai Finalist Top 10 Mak Dara bersabar ye..

Followers ke 444 !!!

Mak Dara nak ucapkan terima kasih dan tahniah kepada Adik Edi farid kerana telah menjadi Follower mak Dara yang ke 444!!!! wahhhh besttt number tu hehehe..



Edi ni mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Ketereh.seterusnya melanjutkan pelajaran di Sekolah Men Keb Ketereh dan Sekolah Men Teknik Tanah Merah...dan sekarang menyambung pengajiannya di Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu, dalam Jabatan Kesusasteraan dan Sosio Budaya. Jomlah terjah ke blog Edi.. Klik di SINI atau di pic atas ya =)

kepada adik Edie semoga maju jaya di dalam semua bidang yang adik ceburi ya.. Terima kasih sekali lagi.. kalau boleh selalu selalulah menjenguk Mak Dara di sini =)

Bila Anak Hari Hari Minta Dikahwinkan Dengan Akim AF..

Bila anak hari hari minta nak kahwin dengan Akim AF..Itulah yang terjadi pada anak bongsu Mak dara yang bongsu iaitu Adza Isabella yang amat minat gilerrr dengan Akim AF. Maybe dia tak tahu apa makna kahwin tu tapi sebab semua adik beradik dia dan semua makcik makcik dia yang tahu minat dia terhadap Akim selalu sangat sakat dia supaya kahwin dengan si Akim tu sbb tu hari hari si Isabella ni mintak nak kahwin dengan si Akim tu hahahaha..

So hubby Mak Dara pun ambik le video dan interbiew anak bongsu kami tu. Video di bawah ni tentang my youngest daughter Adza Isabella yang suka berceloteh dan bercerita tentang kakak kakaknya Kirana dan kasih dan abang dia Haiqal dan terutama sekali tentang bintang Idolanya iaitu AKIM, HAFIZ, ARIL dan YAZID AF... =)



Sebabkan hubby Mak Dara tu kerja kat Astro so selalu lah jumpa mereka jadi suami Mak Dara sempat merakamkan Video ucapan dari AKIM, HAFIZ & YAZID AF kepada my daughter Adza Isabella. A milion tks to Akim, Hafiz and Yazid for this sweetttttt video for Bella.. really appreciate it =) U guys rocks!!!!


Tapi sekarang Isabella dah beralih arah.. Dia sekarang tengah kena demam.. demam Bieber Fever pulak adoyai.. hahaha budak budak zaman sekarangkan =)

Friday, March 4, 2011

Mak Dara 1st GA (TOP 10)

Kini tibalah masanya Mak Dara mengumumkan Finalist TOP TEN untuk Mak Dara 1st GA.



1. THE LEKAT LEKIT STORY - Janji Sahabat

2. Rose Johari - tersingkap purdah cinta

3. eb ezrin2 - KETAR JEMARI IBU

4. JZ Business World - Diari Blog Biru

5. farah hairuddin bidadari sepi di ufuk barat

6. FaRaLySsA Qalam Cinta

7. LennMommaChubby Ketika Bulan Separa Penuh

8. Prince Halilintar Sekuntum Iman

9. anum shukri Secebis Kudrat

10. E-ra paSha Melunas Rindu Yang Tertunda


Nantikan Pemenang pemenang MAK DARA 1st GA yang akan Mak Dara umumkan esok pada 5hb mac ya.. tungguuuuuuu


MAK DARA VS JAMU MAK DARA

Sejak sebulan lebih Mak Dara membuka Blog BICARA MAK DARA ramai jugak antara kawan kawan Mak Dara tanya pasal jamu dan tips tips kesihatan luaran dan mostly dalaman.. Errkk terkedu MaK dara dibuatnya. Pikir punya pikir punya pikir baru Mak dara dapat tangkap.. Memang Sah! diorang ni semua konpius antara Mak Dara dan JAMU MAK DARA.. adoyai hahahaha


(MAK DARA VS JAMU MAK DARA huhu)

Patutlah mencurah curah dalam FB message bertanyakan tentang tip dan pandangan tentang penjagaan badan.. hahaha ghopa ghopanya silap orang.. di sini Mak Dara nak terangkan perbezaan antara MAK DARA dan JAMU MAK DARA

- Mak Dara tak jual Jamu - Jamu Mak Dara memang pengeluar Jamu
- Mak Dara dlm kategori gebu & kembang semangkuk - pengasas Jamu Mak Dara slim and slender jer

tapi kalau ada sesiapa yang nakkan juga tip tips dan petua dari Mak Dara.. silakan.. Mak Dara sedia membantu.. Tapi adakah anda sedia mengamalkan petua Mak Dara tu? haha

sila ambik nombor dan tanyalah petua apa yang anak anak nak tapi jangan lupa beli insuran dulu yer =)

Mak Dara 1st GA (TOP 20)


Alhamdullilah Mak Dara 1st GA telah tamat malam semalam dengan penyertaan diterima sebanyak 126 penyertaan. Terus terang Mak Dara nyatakan bahawa angka itu benar benar tidak pernah terlintas difikiran Mak Dara. Pada mula membuat GA ini Mak Dara harap agar ada lah 10 bloggers yang sudi join GA Mak Dara ni. Almaklumlah blog ni pun baru je bernafas sebulan setengah. Tapi tidak sekali kali menyangka bahawa angka itu melonjak ke angka 126.

Mak Dara ingin mengucapkan setiap seorang dari anda yang sudi menyertai GA Mak Dara ini. Uols memang terbaekkkk.. Sekarang Mak Dara berada dalam dilema sikit sebab kesemua 126 penyertaan memberikan tajuk tajuk drama yang best best.. Hmmm macam manalah Ben Ashaari dapat memilih pemenang bg setiap segmen dia tu ya. Memang tabik spring sama Ben Ashaari.

Akhirnya Mak Dara meminta pertolongan suami Mak Dara untuk menjadi juri jemputan dalam GA Mak Dara ni. Ciri ciri yang dititik beratkan dalam pemilihan pemenang adalah keunikan Tajuk Drama Yang diberi, Mesej Yang ada dalam tajuk itu, Komersial value tajuk itu sendiri. Dan kesesuaian tajuk itu untuk dijadkan sebuah drama. Dan suami Mak Dara juga mencadangkan supaya mencari pemenang secara berperingkat. Begitu juga yang disarankan oleh teman FB Mak Dara semalam. Jadi peringkat macam mana? Peringkatnya macam ni.. Mak Dara akan adakan 3 peringkat. peringkat pertama FINALIST TOP 20, peringkat kedua FINALIST TOP 10. dan diakhiri dengan peringkat terakhir iaitu mengumumkan PEMENANG. Harap anda dapat bersabar dengan cara Mak Dara ni yer hehe.. Ok Bagi peringkat pertama Mak Dara nak umumkan FINALIST TOP 20!!!

FINALIST TOP 20!!!

1. THE LEKAT LEKIT STORY - Janji Sahabat

2. Rose Johari - tersingkap purdah cinta

3. eb ezrin2 - KETAR JEMARI IBU

4. JZ Business World - Diari Blog Biru

5. farah hairuddin bidadari sepi di ufuk barat

6. Bakri Hussin Buih Buih Kasih

7. Mrs Sabri MAT LANUN TURUN KOTA

8. Puanbee kak tipah kawin muda !

9. sHaKiLa Azab Secangkir Madu

10. FaRaLySsA Qalam Cinta

11. KakNeng Kak Neng Sempoi

12. Sharifah nor Kepoh2 Spy Tingkap

13. Elle Elyssa Aku Facebook , Dia Blogger

14. LennMommaChubby Ketika Bulan Separa Penuh

15. Prince Halilintar Sekuntum Iman

16. Cik Dya Kekasihku Pan Asian, Kekasihmu Pan Cake

17. Abuya Hayat Senyum Di Bibir Selumbar Di Hati

18. anum shukri Secebis Kudrat

19. Sidratul Muntaha Belasungkawa

20. E-ra paSha Melunas Rindu Yang Tertunda

Terima kasih Mak Dara ucapkan kepada semua yang sudi menyertai GA Mak Dara ini dan kepada yang berjaya menjadi finalist TOP 20 tahiah.. Sekarang Mak Dara sedang membuat saringan kedua untuk mendapatkan finalist top 10.. tunggu ya


Thursday, March 3, 2011

Penyertaan Mak Dara 1st Giveaway Kini Telah ditutup!

Kini tepat jam 12 tgh malam 3hb March. Dengan bersyukur dan bangganya Mak Dara nak umumkan bahawa Penyertaan untuk Mak Dara 1st Giveaway kini telah ditutup dengan rasminya!




Mak Dara ingin mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada setiap sorang daripada 126 penyertaan dan rakan blogger yang sudi menyertai GA Mak Dara yang pertama ini. Penyertaan memang amat diluar jangkaan Mak Dara. Terima kasih sekali lagi.. Nantikan keputusannya esok 4hb Mac.. sehingga berjumpa lagi

Pak Guard Terlampau!!!

Mak Dara ke Wangsa Walk Mall dengan adik Mak Dara petang tadi. Kami kesana sebab adik Mak Dara nak belanja Mak Dara makan Subway yang dia kata sodapppppp sangat tu. Bila selesai makan kami terus ke guardian untuk beli beberapa barang pompuan hehe.

Tiba tiba kami terkejut mendengar suara seorang lelaki menjerit dengan kuat dan diikuti oleh jeritan seorang kanak kanak. Mak Dara bertambah terkejut bila tengok sorang Pak Guard tengah tangkap sorang budak sekolah rendah sebab mencuri.. Lagi lagi bertambah terkejut bila melihat riaksi Pak Guard tu. Cuba korang imagine. Pak Guard tu siap pegang tangan budak tu kuat kuat pastu pulas tangan budak tu sekuatnya pastu marah marah, jerit jerit . Macam nak wrestling dengan budak tu jer gayanya. Dah la badan dia tu besarrrr nak berwrestling dengan budak yang baru jer umo dalam 8 atau 9 tahun tu.. Tak berhenti di situ aje. pak Guard ni nak tunjuk kuasa dengan ambik walkie talkienya dan menjerit jerit panggil backup. Tak cukup guna walkie talkie dia menjerit jerit panggil beberapa pekerja cold storage tu untuk bantu dia tangkap budak kecik tu.. Kecohnya Pak Guard ni macam dia baru berjaya tangkap perompak Bank lagaknya! Adoyaii....
Cammonlah. Ok. Fine.. Memang budak tu salah .. Mencuri memang salah disisi undang undang dan agama. Mak Dara pun tak sokong dengan orang yang mencuri tapi takkanlah sampai OVERRRRRRRRR macam tu sekali. Budak tu just ambik coklat harga tak sampai RM3 tp apasal Pak Guard tu over sangat sampai memulas mulas tangan budak tu sampai budak tu menjerit dan menangis sebab terlalu sakit diperlakukan. Relax la macha.. apa salahnya kalau kau bawa budak tu masuk office then buatlah apa apa yang sepatutnya. Panggil ibubapa budak tu ker or serahkan aje budak tu pada polis sekurang kurangnya. Yang kau OVERRRRR sangat tu naper..

Yang best tu lagi ramai "penonton" lagi over Pak Guard tu.. geram tul. Rasa nak menangis bila budak tu menangis sbb sakit tangannya dipulas kuat. Memang OVERRRRRRRRRRRR.

AWARD BLOGWALKER TERHEBAT

Sejak Mak Dara bukak Blog Bicara Mak dara sebulan setengah ni.. Mak dara tengok macam macam award orang kasi dan orang dapat dalam dunia blog ni. Ada Followers Award. Ada friendship award. Ada Cute Blog Award.. ishh banyak lagilah kalau nak sebut.

Dan oleh sebab kepala otak mak dara ada sikit jamm pepagi ni untuk membuat snopsis drama yang dah lama diminta oleh producer, maka Mak dara pesongkan fokus Mak Dara pada keje keje yang boleh releasekan tension .. apa lagi BW ler hehe..

Seronok pulak bila Mak Dara BW dan tengok ada blogger yang dah banyak terima award. Tiba tiba macam ada satu mentol lampu kat ataih kepala Mak Dara bila tengok semua award award yang diterima dan dibagi oleh kengkawan di blog masing masing. Hmmm bukan senang nak terima satu award kan... Macam mana kalau bagi dan terima award dengan senang.. So maka otak pusing pusing dan dapat satu idea Maka lahirlah.. Jeng jeng jeng..

AWARD BLOGWALKER TERHEBAT

'Create
Copy this code to your website to display this banner!


Ha senang kan.. BW jer dapat award. Ok tak? Tak pasti pulak kalau dah ada orang buat. Tak kisah lah.. Yang penting Mak dara ikhlas...

BW bukan satu benda yang senang. Nak bukak setiap page.. Baca semua kandungan cerita pada setiap blog tu. Komen mengkomen. Itu belum kena tungguuuu lama untuk bukak blog yang berat dan sarat dengan lagu dan sumer widget widget tu. So Blogger yang buat BW memang patut diberi award atas kegigihan mereka tu.

So terimalah award yang tak seberapa ni dari Mak Dara yer

Wednesday, March 2, 2011

AKU MMG GILA TRAFIK ! SO WHAT ??



Errrr ni bukan Mak Dara Marah atau mengamuk. Ini sebab Mak dara nak masuk segmen si Ben Ashaari hehe. Dah banyak kali join segmen dia. dan ternyata memang best.. Bukan nak puji ek tapi benda baik mmg elok dipuji=)

ok Ben minta memberikan sebuah kisah tentang kematian. Actually memang dalam drama drama yang saya tulis banyak yang mengisahkan tentang kematian yang menyayat hati tapi itu semua hanya dalam skrip. Tapi satu kematian yang amat memilukan saya adalah kematian kenalan Ibu saya di Rawang 5 tahun lepas.

Arwah Ani ni seorang warga Indon dan dah mendapat PR Malaysia. Dia ni meniaga sayur di pasar Bandar Country Homes di mana kami tinggal dulu. Oleh kerana ibu Mak Dara ni selalu kesana dan dia jugak terlebih peramah macam mak dara maka hampir semua peniaga dia kenal tetapi dia paling rapat dengan Ani dan suaminya Hamid. Sejak dari situ lama kelamaan Ani dan keluarga dia jadi anak angkat pada Ibu mak dara. maka hampir hari hari Ani akan datang kerumah. Walaupun baru kenal tapi dia memang sayang pada anak sulung Mak dara iaitu Adza Haiqal. Hampir tiap tiap hari lepas meniaga dia datang bawak cekodok untuk anak Mak Dara ni sebab dia tau anak mak dara sorang ni memang gila makan cekodok.

Satu hari Mak Dara dengar Ani kena balik ke Indonesia sebab keluarganya sakit. Lamaaa betul dia balik kesana. tak ada khabar berita langsung.. Ibu Mak Dara pun sunyi sebab setiap kali ke pasar tempat meniaga Ani dan suaminya kosong aje. Bila ditanya semua kata yang Ani akan balik ke Malaysia minggu depan.

Seminggu berlalu tapi kami masih jugak tak nampak batang hidung si ANi dan suaminya. Suatu petang yang sunyi. Alangkah terkejutnya kami bila jiran sebelah rumah Ani datang dan menyatakan bahawa Ani baru sahaja meninggal sebentar tadi kerana kemalangan. lebih mengejutkan kami bila kami difahamkan mereka dilanggar dipersimpangan jalan dan bekas makanan berisi cekodok berlimpangan di atas jalan.... Masyaallah terdetik di hati Mak Dara bahawa pastinya mereka dalam perjalanan ke rumah Mak Dara untuk menghantar cekodok kegemaran anak mak dara tu.. Masyaallah..... Air mata berjujuran jatuh di pipi Mak Dara dan Ibu. Kami terus bergegas ke rumahnya . Bertambah sedih bila melihat 2 mayat terkubur kaku di ruang tamu. Kami dinasihatkan supaya tidak membuka kain menutup wajah mayat kerana kecederaan mereka amat teruk. Mereka terus dikebumikan di tanah perkuburan Rawang..

Itu antara peristiwa yang takkan dapat mak dara lupakan. Marilah sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada arwah ANi dan suaminya.. AL FATIHAH...

kepada yang nak join segmen En BEn ni sila klik di SINI atau di pic En Ben di atas .

Tuesday, March 1, 2011

YEAY!!!!! 400th Followers

Perghhh seronoknya Mak Dara hari ni.Maunya tak, Blog Bicara Mak Dara dah ada 400 followers!!! Mak Dara baru jer buka blog BICARA MAK DARA ni pada17hb Januari 2011 lepas dan hari ni 1.3.2011 mak dara dah ada 400 followers.. pergh!!! bagi uols maybe sikit tapi bagi Mak Dara kira banyak le tu bagi blog Mak Dara yang baru jer nak masuk sebulan lebih ni kan.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada QAMARUL SAHID kerana telah menjadi 400th Followers di blog Bicara Mak Dara ini. Tks Qamarul!!



Tahniah dan terima kasih QAMARUL SAHID. Mohle menjenguk ke blognya beramai ramai @ http://qamaruluramaq.blogspot.com/


Siapa Minat Nak Berlakon??

Siapa Minat Nak Berlakon?? Mesti ramai yang minat kan.. Mak Dara dulu ader la sikit sikit try bidang ni masa belom kawen dulu. Tapi berhenti bila rasa bidang di belakang tabir macam tulis skrip lebih sesuai untuk Mak Dara.. Okey.. okey.. Mak Dara mengaku.. Mak Dara mengaku yang sebenarnya lepas kawen Mak Dara asyik produktif mengembangkan keluarga dan mengembangggggkan badan maka kerja dibelakang tabir lebih sesuai untu Mak Dara hahahaha...

Di sebabkan Mak Dara dalam bidang ni dan berkawan dengan ramai producer, dan juga production house maka Mak Dara taulah kalau kalau kawan kawan Mak Dara ni ada yang nak pakai pelakon atau tak untuk drama atau filem terbaru mereka. Jadi akhirnya Mak Dara pun bukak lah satu group di FB yang Mak Dara gelarkan CASTING. Tapi Mak Dara BUKAN Casting Agency k.. Mak Dara tolong ikhlas.. Mak Dara tak ambil sebarang fee atau benefit untuk setiap casting call yang Mak Dara war warkan di group CASTING Mak Dara tu.



Banyak jugak job job baru dan casting casting untuk drama dan filem ada di wall group CASTING tu.

Terbaru seorang rakan Mak Dara iaitu En Zaid Producer drama sitkom popular ALAMAK mencari pelakon. En Zaid ni sedang mencari casting untuk shooting ( sample episod promo TV). Minggu depan ,di Setiawangsa, KL . Beliau memerlukan crowd extra ramai2. Ini hanya demo episod, utk tunjuk kpd TV station, maka tiada bayaran akan diberi, tetapi makanan & minuman disediakan. Mereka yg berbakat & tunjuk komitment, akan dijemput berlakon nanti ( setelah rancangan diconfirm oleh TV ).Siapa minat terus saja msg ke inbox En Zaid @ http://www.facebook.com/alamak. tapi kalau tak boleh pm dia tru tulis kat wall Fb dia or senang add dia terus.. =)


En Zaid - ALAMAK

So sekarang Mak Dara nak war warkan pulak pada rakan rakan Blogger Mak Dara. Pada sesiapa yang berminat terus ke page En Zaid dan PM dia dan tanyakan pasal Casting ni ek.. Dan pada yang minat berlakon boleh le join group CASTING Mak Dara dan klik di SINI atau di logo diatas.

Semoga berjaya!!!



Holiday cara Mewah atau Backpacking

Semua orang suka pegi holiday kan.. Kalau tak dapat pegi jauh jauh atau ke luar negeri kat dalam negeri pun best aper.. Tapi bagaimana uols pegi holiday? Uols pergi dengan cara mewah ke like book flight, book hotel berbulan bintang atau uol gi dengan cara selamber atau dengan nama tepatnya Backpacking..


Actually dua dua pun ok what.. Tak kisah dengan cara apa sekali pun ada holiday yang penting.... kerjasama.. ehhh salah.. yang penting happy.. kannn..

Bagi Mak Dara memang kaki gila berjalan. Mak Dara dan suami boleh dikatakan gila Backpacking. Sampailah hubby Mak Dara tubuhkan Persatuan iaitu MALAYSIN BACKPACKERS CLUB dan alhamdullilah ROS pun dah luluskan..


Dari tarikh persatuan ni ditubuhkan sehingga sekarang alhamdullilah dah hampir 8,280 dah menjadi ahli persatuan ini. Banyak jugak aktiviti telah dianjurkan. Kira memang besttt dan sempoi..

Ahli Malaysia Backpackers Club bersama Makassar Backpackers Club


Ekspedisi Backpacking

Malaysian Backpackers Club @ JB (Mak Dara bertopi)

Malaysian Backpacker's Club @ Homestay Sekinchan


Malaysian Backpackers Club di dalam rancangan ALAHAI FauFau

MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB ROCKS!!!


Malaysian Backpackers Club @ Sinar Harian

Selama terjebak dengan backpacking ni Mak dara dah ke Vietnam, Cambodia, Thailand, Indonesia dan baper tempat lagi.. Pendek kata memang seronok travel cara Backpacking ni . Duit pun save hehe Tapi tengok lah pulak dengan situasinya.

Macam kes Mak Dara, Mak dara akan backpacking jika hanya bersama dengan hubby. Tapi kalau nak bawak anak anak holiday sekali takkan nak backpacking jugak kan haha.. So tak kira macam mana cara anda berholiday asalkan selamat pergi dan selamat pulang cukup ler.. Yer tak =)

Bagi sesiapa yang suka backpacking tu kalau nak join MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB sila le klik kat SINI yer..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK