Saturday, March 26, 2011

Bergolap Gulita demi EARTH HOUR

Mak Dara dan family turut menyertai kempen Earth Hour yang baru jer habis sebentar tadi.. Sejam tanpa lampu rasanya sekejap ajer berlalu dengan keletah anak anak Mak Dara yang seronok bermain dalam gelap.

Anak teruna Mak Dara dengan pose ala ala greennya hehe

Mak Dara bersama anak anak semasa Earth Hour

keadaan ruang tamu rumah Mak Dara semasa Earth Hour.. huhu golapp

Anak anak main masak masak dalam golap
(gambor ni terang sbb pakai flash hehe)

Sikit lagi dah boleh bukak lampu yer darlingss hehe

lepas setengah jam terus diorang bosan main haha

Yeayyy akhinya kami berjaya menghabiskan sejam tanpa berlampu.. Sehingga tahun depan.. Save Earth .. Save Life =)

Jom Tengok Sama Ada Blog Korang Berat atau Ringan?

Seperti biasa Mak Dara akan memulakan senaman pagi Mak Dara dengan Blogwalking dan kalau rajin sikit buat blog jogging plus blog terguling guling hehe.. Eh kira senaman le jugak.. untuk jari tangan =)

Tetiba Mak Dara sampai ke blog adik . Tetiba mata Mak Dara tertarik dengan satu entry yang ditulis oleh Nour.. RINGANKANLAH BLOG KORANG... Yup bagi kaki blogwalking macam Mak Dara ni memang suka ke blog blog yang ringan.. Blog yang sarat sarat tu tengok mood jugak.. Kalau mood tengah baik akan Mak Dara tungguuuuu sampai page habis load.. Tapi kalau angin meroyan Mak Dara atak mali.. kalau page lambat sangat nak load Mak Dara atak kasi pangkah woo hehehehe..

Rupanya Nour ada share bagaimana nak timbang berat blog kita semua. Mak Dara dah buat dan hasilnya..


Wahh bangga neh nak tunjuk result hahaha.. Uols pun boleh tengok Sama Ada Blog Korang Berat atau Ringan. Err bukan dengan penimbang berat macam kat kedai runcit tu.. bukan.. Apa yang perlu anda buat ialah klik di link di bawah tu dan masukkan url anda dan tunggu resultnya. Di bawah sekali akan diberikan berapa masa diperlukan untuk membuka blog korang.. Cer Cuba.. Cer Cuba.. Cer Cuba yer.. wah ayat baru Mak dara reka nih.. sukerr hehe

http://www.iwebtool.com/speed_test
link ke speed test

Selamat mencuba.. dan ringan ringankan.. =)

Friday, March 25, 2011

Apa yang perlu dilakukan semasa EARTH HOUR

Earth Hour... Ia merupakan kempen memadamkan lampu selama sejam pada 26Mac dari pukul 8:30 malam sampai 9:30 malam ini. Satu dunia tengah berkempen sama. Ini adalah untuk menunjukkan keprihatinan manusia di bumi mengenai bumi yang semakin hancur disebabkan ‘global warming’,lapisan ozon semakin menipis dan macam-macam la yang akan merosakkan bumi ini.


Mak Dara turut sertai Earth Hour tahun lepas dan akan sertai juga pada tahun ni.. Nak nak pulak anak sulung Mak Dara tu memang kearah green.. green the earth katanya.. Tak padan dengan umor 13 tahun hehe.. Dia tak suka Mak Dara shoping dan ambil plastik bag bila membeli barang barang. Dia akan suruh Mak Dara bawak "green bag" yang boleh recycle dan guna banyak kali.. Dia jugalah yang paksa Mak dara beli bag tu haha.. Tapi kadang kadang kalau keluar shoping tanpa dia.. Kantoi jugak.. Ambik juga plastik bag bila dah siap bayar dan time nak ambil barang yang dah dibeli. Tapi bila balik cepat cepat simpan bag plastik di dapur kasi dia tak nampak haha. Ahamdullilahlah jika dia ada kesedaran macam tu dari usia muda.. Macam Mak Dara dah tua tua baru nak sedar tentang kempen kempen macam ni..


Mak Dara nak lebih bersedia untuk setai Earth Hour ni malam ni.. Dan dah siapkan list..

Apa yang perlu dilakukan untuk sambut EARTH HOUR

1) Beli lilin banyak banyak
2) siapkan kipas tangan
3) Charge Laptop sampai Full
4) Sediakan mainan yang boleh dimain bersama anak anak
di dalam gelap untuk elakkan diorang boring
5) Siapkan makan dan minuman ringan untuk anak anak
6) Tutup Lampu selama sejam
DONE!

Itu list Mak Dara ler.. Orang lain punya list dan aktiviti masa Earth Hour ni mungkin lagi adventure dari Mak Dara rasanya hehe. Uols join kempen Earth Hour malam ni? Bagi yang join sedialah apa apa yang patut yer.. =)

PERCUTIANG KE TERENGGANU

Minggu lepas Mak dara dan family pergi bercuti ke Terengganu. Di sana kami duduok kat Awana Kijal.. Memang awesome!! Tempat besttt..

Mak dara & Anak2 depan Awana Kijal Terengganu

bermain dam gergasi dengan anak anak
mama arah.. anak anak angkat.. senang keje haha

Hubby Mak Dara tengah relax2 di tepi pantai belakang hotel

Mak dara dan semua anak anak Mak dara di tepi pantai

my sayangsssssssssssssss

teringat masa time jadi model 17thn duluuu uwaaaa

Mak Dara dan anak anak di Pantai Kemasik

me with my darlings

Pendek cerita Mak Dara dan keluarga banyak habiskan masa di tepi pantai jer sepanjang percutiang kami ke terengganu tu.. Memang cantik.. memang bestttttt pegi sana.. harap dapat kesana lagi nanti =)

UPDATE STATUS DI BLOG

Sekarang Mak Dara dah jarang.. jarang.. kadang.. kadang... mengupdate status di Facebook.. Jangankan nak update nak bukak Facebook pun dah jarang sekarang dek kerana penangan blog ni.. kalau bukak FB pun sebab nak ping entry terbaru aje.. Tak baik kan haha.. Rasanya lebih nikmat berblogging dari berfacebook pulak sekarang. Tak tau lah kenapa..

Tapi bukan senang nak buang tabiat untuk update status.. Maka Mak Dara pun cari idea dan buat UPDATE STATUS DI BLOG!



Status Update Mak Dara

Hehehe ok gak kan..Mungkin dah ada orang buat.. Tak kisah ler kan, Mak Dara baru terpikir nak buat macam tu.. at least boleh gak update status kat sini ehehehe.. Nampaknya akan lagi jarang jarang dan kadang kadanglah menjenguk ke facebook lepas ni =)

Hilangkan Kemek Di Kereta Dengan Dry Ice


Kereta adik Mak Dara baru aje kene langgor minggu lepas.. Apa lagi teruslah masuk bengkel dan repair. Nasib baiklah semua kerosakkan ditanggung oleh orang yang melanggar keretanya tu, kalau tak mau ratus ratus jugak yang kena tu.

Tetiba Mak Dara baru dapat tahu dari Pakcik Mak Dara yang sebenarnya kalau kereta kemek dek kerana dilanggar atau melanggar boleh dihilangkan atau dibaiki dengan dry ice? uikk bior betul.. Setahu Mak Dara dry ice atau ice kering ni selalu diguna dalam drama tau filem untuk babak babak berasap asap ni. Tak tau pulak boleh kasi repair kemek di kereta.

Dry Ice yang digunakan untuk kasi effek berasap asap

Oleh kerana Mak Dara terlalu musyil maka bapa saudara Mak Dara emailkan satu klip youtube pada Mak Dara. Cuber uols tengok kat bawah yer..



Perghhh bior betul kan.. Gamaknya inilah yang selalu pemilik bengkel buat pada kereta kereta yang kemek tu kan? pastu charge harga repair tak hengattt.. Ini Mak Dara hanya nak share aje. Tak tau le boleh gunakan atau tidok cara ni sebab belum cuba lagi hehe.. Tapi kalau uols nak cuba silakan le yer hehe

Thursday, March 24, 2011

MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB

Mak Dara ni memang kaki berjalan.. Nak nak pulak bila suami Mak Dara pun memang suka berjalan maka memang sesuweiii la kan hehe.. Mak Dara selalu travel cara backpacking.. Tapi itu kalau travel dengan hubby aje. Kalau dengan anak anak travel macam biasa la..

Backpacking ni best.. kira sempoi aje.. Dah bertahun tahun kami berbacking sampailah hubby Mak Dara tergerak hati untuk buat satu group iaitu MALAYSIAN BACKPACKERS CLUB aka MBC kat facebook. Saje je memula tu ingat takde yang berminat untuk join group kami tu.. Tapi sejak dilancarkan sampai hari ni alhamdullilah sambutannya amat memberangsangkan.. Hampir 8292 orang join group ni =)

Banyak juga aktiviti yang dianjurkan oleh suami Mak Dara, Martias Ali dan group ini. Antaranya Backpacking ke Hatyai, Backpacking ke Vietnam, Backpacking ke Cambodia dan banyak tempat lagi di dalam dan luar negara.

dari kiri En Wira naib president MBC,
hubby Mak Dara Martias ALi president MBC dan Mak Dara @ Johor

MBC @ Ekspedisi HOME

MBC di dalam rancangan Farah Fauzana di TV9


Mak Dara dan suami bersama pengarah filem Azizi Chunk dan rakan2
backpacking di Vietnam

Mak Dara, suami, Azizi Chunk dan rakan backpacking di Vietnam

me and the guys @ ANGKOR WAT CAMBODIA

mak Dara di Terowong Chu Chi di Vietnam

Hujung tahun ni kami planing untuk Backpacking ke New Zealand. Pada sesiapa yang minat travel sevara backpacking ni bolehlah join group kami ni. just klik di logo di atas atau di SINI untuk ke page group ini ya =)

SEGMEN GAME ANTARA BLOG

NAMA KUMPULAN : GENG LEKATLEKIT
NAMA KETUA : LEKAT LEKIT GURL ( http://lekatlekitgurl.blogspot.com/ )

Nama Ahli :
1) http://woahhhpelangi.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
2) http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
3) http://brassgirlz.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
4)http://akubersamacahya.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html
5) http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2011/03/segmen-game-antara-blog.html

Ok.. cukup syarat yang di kenakan oleh Ben Ashaari. Terima kasih pada Geng Lekat Lekit dan all the best!

Wednesday, March 23, 2011

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

GAME ANTARA BLOGGER BERMULA

Jom join segmen terbaru dari Ben Ashaari GAME ANTARA BLOGGER BERMULA! klik di header atas atau di SINI untuk join!! jommmmzzz


Elizabeth Taylor Meninggal Dunia

Terkejut dan macam tak percaya Mak Dara bila dapat tahu yang pelakon terkenal Elizabeth Taylor baru saja meninggal dunia !

Elizabeth Taylor, legenda Hollywood telah meninggal dunia pada usia 79.Difahamkan bahawa beliau meninggal kerana serangan jantung. Elizabeth Taylor ni pernah berkahwin sebanyak 8 kali selama hayatnya. Beliau telah dirawat di sebuah rumah sakit di Los Angeles dan menjalani pembedahan jantung pada tahun 2009.

Beliau dianggap sebagai salah satu pelakon terbesar dari zaman keemasan Hollywood itu, Taylor memenangi dua Oscar pada tahun 1960-an .

Elizabeth Taylor sebagai Cleopatra

Semasa saat saat akhirnya. Elizabeth Taylor dikatakan bersama sama empat orang anak anaknya iaitu Michael Wilding, Christopher Wilding, Liza Todd, dan Maria Burton. Dan difahamkan bahawa 10 orang cucunya juga bersama samanya ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Teringat lagi Mak dara akan filem filem lakonannya terutamanya filem Cleopatra. Namun yang paling Mak dara ingat tentang persahabatan sejati antara Elizabeth Taylor bersama teman akrabnya Micheal Jackson.

Elizabeth Taylor dan Micheal Jackson

Hollywood telah kehilangan seorang lagi ikon dan lagenda. May you rest in peace Elizabeth Taylor...

Bangga Bila Sepupu Mak Dara Jadi Cover Majalah Cosmopolitan

Perghhhh mau tak rasa bangga.. Bukan semua orang boleh jadi muka depan atau cover untuk sesuatu Majalah kan.. Tahniah kepada sepupu Mak Dara Ramizah Nazurah aka Mieza kerana berjaya menjadi juara Cover Star Cosmopolitan Malaysia. Mieza join pertandingan Cover Star ni dan menang.. Tahniah Mieza!!!


Ha cun tak sepupu Mak Dara ni.. hehehe... Teringat masa zaman zaman Mak Dara jadi model catwalk dulu.. sekarang model pampers pun belum tentu ada yang nak kasi job hahahaha. Mieza adalah seorang Perunding Kejuruteraan untuk sebuah engineering company swasta di Kuala Lumpur. Kalau nak tahu lebih kenalah beli majalah Cosmo ni hehe.

Tahniah sekali lagi dari Kak Ida sekeluarga untuk Mieza.. Semoga sukses selalu dalam apa jua bidang yang diceburi

SEGMEN AKU DAN SEKOLAH

Mak Dara suka blogwalking dan blog jogging ke semua blogger yang meninggalkan jejak di blog mak dara ni.. Tapi Blog yang pasti Mak Dara kompom akan terjah hampir setiap hari ialah Blog Martias Mohd Ali, Meggiboy, Super Ibu, Tuty Cer Citer, Ben Ashaari, Lekat Lekit Gurl, Kak Pah, Mrs Sabri, Top Imagine, Mak Dara Terdiva, Bangku Kosong dan beberapa blog kawan dan saudara Mak Dara. Kejap tadi Mak Dara ke Blog BANGKU KOSONG dan terjumpa post BANGKU KOSONG menyertai segmen AKU DAN SEKOLAH oleh adik Aniss Si Kasturi. memang menarik.. Jadi Mak dara pun nak join dan nak jugak share pengalaman Mak Dara bukan saja kat sekolah rendah tapi alang alang sampai ke sekolah menengah.. hehehe biasalah terlebih rajin..


KISAH MAK DARA DAN 11 BUAH SEKOLAH!

Mak dara ni pesyen suka tukar2 sekolah.. hampir tiap2 tahun tukaq sekolah.. Jangan tak percaya.. Jumlah keseluruhan sekolah yang pernah Mak dara belajar dari sekolah rendah sampai sekolah menengah semuanya 11 buah sekolah...

Tapi kebelakangan ni alhamdullilah, dah banyak berjumpa balik dengan kawan kawan sekolah menerusi Facebook.

Antara sekolah sekolah yang pernah Mak Dara menutut:

1) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 1

2) Sek Ren Keb ( dah lupa) - Darjah 2

3) Sek Ren Kebangsaan Sungai Seluang - Darjah 3

4) Sek Ren Keb Sungai Taka - Darjah 4 (masuk balik sekolah tu hehe)

5) Sek Ren Keb Guar Lobak - Darjah 5

6) Sek Keb Permatang Tok Dik - Darjah 6

7) Sek Men Lunas - Tingkatan 1

8) Sek Men Putra (kangar-Perlis) Tingkatan 2

9) Sek Men Padang Serai 1 - Tingkatan 3

10) Sek Men Padang Serai 2 - Tingkatan 4

11) Sek Men Tungku Panglima Besar - Tingkatan 5


Mak Dara semasa di tingkatan 2
dari kiri Mak Dara(time tu anak dara) & Siti @ Sek Men Putra - Perlis

hehe.. banyakkan? so kalau ada school mate yang saya agak ingat2 lupa tu harap jangan marah lah ya.. sbb saya dah banyak berpindah randah masa time sekolah dulu.. Tapi kalau ada yang terbaca ni dan ingat akan saya tolonglah bagitau yer..

Pada sesiapa yang nak join segmen ni boleh klik di gambar di atas atau klik di SINI ya .

Followers ke 666 !!!

Alhamdullilah setelah bersiaran selama 2 bulan 6 hari.. Blog BICARA MAK DARA dah mendapat Follower ke 666!! Syukurrrr!!!

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan memberikan award kepada Cik EJA kerana telah menjadi ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA Ke 666 ! Tks Eja!

Serba sedikit tentang Eja..ANAK KE 4 (KEMBAR) DIPLOMA BUSINESS MANAGEMENT POLITEKNIK UNGKU OMAR + POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

Jom ramai ramai terjah ke Blog adik Mishiera.. Sila Klik di SINI atau di pic header di atas untuk ke blog beliau ya =)

Tuesday, March 22, 2011

Kaki Blogger Memang Sangatttttt Efisyen!!

Memang dah jadi kelaziman Mak Dara akan ping entry yang baru Mak Dara tulis. Yang pastinya Mak Dara akan pingkan entry terbaru Mak Dara di "KELAB BLOGGER" Ben Ashaari, BLOG MALAYSIA, Kelab Blog Walking, Gerila Penulisan Kreatif, Geng Blogger, Pembaca dan Pengkritik Blogger.

Tetiba tadi masa Blog Walking di blog teman Mak Dara si TOP IMAGINE mak dara dapati Top akan ping entry terbarunya di KAKI BLOGGER. Maka apalagi Mak Dara terus le search di Facebook dan jumpa. Rupanya nak join group ni kene request to join dulu.. Maka Mak Dara pun klik le request to join... Cuba teka berapa lama masa untuk diluluskan request Mak Dara tu...... 18 saat!!!! perghhhhhhh... memanggggg pantas dan cargasssss!! Tengkiuuuuu Cik Nurul Husna Mukhtar. memang terbaekkklah.. Memang efisyen.. Tabik spring satu.. Kata Cik Nurul Husna.. Buat macam blog sendiri yer.. Well sudah tentu hehehehe


We wrote. We Share

Jom le ramai ramai join dan ping entry uols di Group Kaki Blogger jommmzzz =)

Mak Dara Menang £750,000.00 british Pound

Bukak aje yahoo email kejap tadi Mak Dara terkejut bila dapat satu email dari Microsoft Headquarters.. Eh tak pernah pernah dapat email dr Microsoft Headquarters sebelum ni so apalagi dengan cargas dan pantas Mak Dara membuka email tu.. Naik juling Mak Dara membaca email tu.. Kalau nak join julingkan mata macam Mak Dara cubalah baca isi kandungan email yang Mak Dara terima seperti di bawah...

Microsoft Headquarters’

PO Box 1010,Liverpool

L70 1NL,United Kingdom.

Batch number....XYL/26510460037/05

Ref number...24/00319/1PD

Congratulation!!!

Your e-mail has won you £750,000.00GBP (Seven Hundred and Fifty Thousand Great British pounds) in just concluded Microsoft Headquarters’ (MH) promotion in conjunction with HP Incorporation held this March 2011. The draw no.2758 brought out your e-mail address from a data base of Internet email users and qualified you a bonafied winner of the stated winning amount. For claims process fill and contact claims manager via the mail id below,

Full Name:..........................

Address:..........................

Age:.......................

sex:.................

Phone Number (Home):.................

Mobile:..................

State:................

Country:..................

Present Occupation:.............

Winning email id:..............

Mr. Ernest Wilson.

errrrr.... sorryyyyy lah Mak dara takkan tertipu dengan scam scam macam tu.. Tetiba nak kasi orang £750,000.00 british Pound.. Gilo ko apo! Thanks but no thanks la.. Tak mungkin Mak Dara akan jadi macam kes tipah tertipu tu ... no way..

Errrr apa pendapat uols ttg hal ni.. cer cite.. cer cite.. cer cite hehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK