Saturday, April 2, 2011

SERI BAYU Dimasukkan Di Hospital PD

Teman Mak Dara dan suami Abang Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang merupakan seorang komposer penulis lirik yang terkenal satu ketika dulu kini telah dimasukkan ke hospital di Port Dikson. Berita ini disampaikan oleh Nazira Ghani penyanyi baru yang mendapat lirik istimewa dari Abang Seri Bayu untuk sebuah lagu untuk single album terbarunya yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

Bagaikan baru aje 4,5 hari lepas Mak Dara dan suami menemuinya di Concord Hotel Sah Alam. Memang terkejut Mak Dara melihat keadaan Abang Bayu. Jelas kesakitan yang dialaminya. Dia tidak lagi mampu berjalan mahupun bergerak tanpa bantuan. Pertuturannya pun sukar untuk difahami. Syukur alhamdullilah Nazira dan keluarga sudi menerima Abang Bayu dan menjaganya di rumah mereka.


Abang Bayu meminta untuk bertemu suami Mak Dara, Martias Ali untuk meminta suami Mak Dara mengarahkan video klip untuk Nazira. Katanya lagu yang ditulis lirik olehnya itu adalah lagu terakhir darinya. Mak Dara menahan aje air mata bila mendengarnya.

Semoga Abang Bayu sembuh segera. Semoga kita dapat menjayakan video klip ini bulam Mei nanti insyaallah.. Mari sama sama mendokan kesihatan Abang Seri Bayu ya.

Genap Setahun Pemergian Allahyarham Din Beramboi

Pejam celik pejam celik terasa sekejap bagi kita tapi rupa rupanya telah genaplah pemergian Allahyarham Din Beramboi. rasanya macam baru ajer arwah meninggalkan kita. Pagi kelmarin sedih juga Mak Dara bila mendengar radio ERA. Selalunya radio era penuh dengan suasana ceria dan gumbira namun pagi itu suasana sama sekali bertukar apabila ada segmen “Tribute to Din Beramboi dan mengimbas kembali drama sebabak bersama allahyarham din beramboi. Fuhh sungguh sedih.. Itu kita.. Bayangkan perasaan anak anak isteri dan keluarganya.. Fuhh pasti lebih sedih dari kita..

pusara allahyarham Din Beramboi

Mak Dara hanya sempat mengenali Allahyarham Din Beramboi ketika arwah berlakon dalam Filem SHHH.. DIA DATANG arahan pertama Saiful Apek. Skrip filem ni Mak Dara dan suami yang tulis jadi kami selalu le kena ke set lokasi penggambaran. Arwah memang seorang yang happy go lucky dan sungguh lucu..

 Filem SHHH.. DIA DATANG

Tapi sayanggggg sangat.. Filem ini tak dapat ditayangkan di pawagam kerana pihak Producer ada sedikit Masalah.. Memang amat sayang sekali kerana 2 orang pelakon filem ini telah kembali kerahmatullah tanpa sempat melihat hasil kerja mereka ditayangkan. Mereka adalah Allahyarham Din Beramboi dan Allahyarham Shukeri Hashim..

Mak Dara dan suami sempat ke pengkebumian arwah. Suasana di sana amat pilu dan sedih. Bertambah sedih apabila melihat anak bongsu arwah dipangkuan isterinya.
Mak Dara@ majlis pengkebumian allahyarham din beramboi..
pak nil memberikan penghormatan terakhir kepada sahabat karibnya..
Pak Nil sedang ditemuramah oleh wartawan

In Memory of Din Beramboi ( 1966 - 2010 ) Al-Fatihah
Suami Mak Dara sedang memberi penghormatan terakhir
di pusara allahyarham Din Beramboi

Semoga roh mu diletakkan di kalangan org2 yang beriman.. Al fatihah... U will be missed abg din

Wahhh Kak Pah K-Poh Dah Bertukar Wajah!

Wahhhh Kak Pah nampak lain le arini.. Dah bertukar wajah!!! Err jangan salah faham yer.. Kak Pah tak buat plastik surgery atau pun buat botox.. bukan.. Yang berubah wajah tu sebenarnya header blog Kak Pah tu.. Perghhh Cun!!!!! Tak percaya..? Cube tengok kat bawah..


Kan cun tuuuuu... Tahniah Kak Pah memang cun header tu.. I like bak kata omputih.. Sejak kenal dengan Kak Pah dalam 2 bulan lebih ni rasanya dah 3 kali Kak Pah bertukar Header. Tapi header kali ni memang cun.. Memang sesuai dengan pemiliknya yang cun tu =)

Moh ler terjah ke blog Kak Pah.. Siapa yang tak kenal dengan Kak Pah memang rugiiii.. Tak percaya? Cuba tanya Kak Pah.. Kan Kak Pah kan.. kannn hehehe

Klik di SINI untuk ke blog Kak Pah http://effa-k-poh.blogspot.com/

Friday, April 1, 2011

Pemenang LUCKY DRAW by MAK DARA

INI ADALAH STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK KE ENTRY TERBARU
DARI MAK DARA YA =)
 

Sebanyak 61 penyertaan telah Mak Dara terima sepanjang berlangsungnya LUCKY DRAW by MAK DARA ini. Kini tibalah masanya untuk Mak Dara mengumumkan...bahawa TIADA PEMENANG bagi LUCKY DRAW MAK DARA ini!!!!

 Wahaha jangan panik jangan marah marah dulu.. baca ini dulu k.. APRIL FOOL hehehe.. Saje je .Sajer je.. Serius sangat kang ada yang tension haha .Ok serius kembali. Baiklah.. Seperti yang dinanti-nantikan, entri ini adalah noktah terhadap penantian korang. Jadi, sila pasang tali pinggang keselamatan anda bagi mengelak daripada berlakunya sebarang perkara yang tak diingini. =)

Untuk memilih pemenang bagi LUCKY DRAW by Mak Dara ini,seperti yang sedia maklum Mak Dara memilih proses pemilihan pemenang melalui kaedah cabutan bertuah menggunakan service random.org. Maka nombor penyertaan anda adalah seperti nombor tiket kepada cabutan ini. Maka setelah selesai pemilihan pemenang dari random.org sebentar tadi maka di sini Mak Dara nak umumkan pemenang pemenang bagi LUCKY DRAW by MAK DARA  ialah..

PEMENANG PERTAMA : No 29 (hadiah wang tunai RM50)
HNMZ

PEMENANG KEDUA : No 53 (hadiah wang tunai RM30)
pucheh

PEMENANG KETIGA : No 1 (hadiah wang tunai RM10)
Cute MuM
Disini Mak Dara ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada setiap seorang dari 61 peserta yang sudi menyertai Lucky Draw Mak Dara ini. Anda memang sporting dan terbaik. Tahniah kepada para Pemenang. Sila email Mak Dara akaun bank dan number telefon untuk urusan penghantaran hadiah anda di email Mak Dara di mrs_martias@yahoo.com secepat mungkin.
Mak Dara memohon sepuluh jari memohon maaf sekiranya selama berlangsungnya LUCKY DRAW Mak Dara ini ada yang tersalah bahasa tersilap kata atau jika telah menyinggung mana mana pihak harap dimaafkan. Sehingga bertemu di GA atau Lucky Draw Mak Dara yang akan datang.. Assalammualaikum =)

LUCKY DRAW by MAK DARA


LUCKY DRAW by MAK DARA
Syukur Alhamdullilah hari ini 17, March sudah genap 2 bulan pembukaan Blog BICARA MAK DARA ni. Pada UlangBulan yang pertama Mak Dara telah mengadakan GA maka pada UlangBulan kedua ni Mak Dara nak adakan LUCKY DRAW pulak untuk blog Mak Dara yang kira masih Dara ni. Mak Dara akan buat yang simple, yang sempoi dan yang tak semput untuk disertai oleh semua rakan Blogers. Hadiah Wang Tunai menanti anda..

1) HADIAH TEMPAT PERTAMA RM50
2) HADIAH TEMPAT KEDUA RM20
2) HADIAH TEMPAT KETIGA RM 10
Apa lagi jom le sertai..Klik "read more" dibawah untuk mengetahui bagaimana untuk menyertai..Good Luck!

Post Ke 200!!

pejam celik.. pejam celik... ketuk ketuk jari kat laptop tiba tiba sedar je rupa rupanya ini adalah post Mak Dara yang ke dua ratos!!!!!!!!!!

Post kedua ratus dalam masa 2 bulan 15 hari!!! perghhh apa la yang Mak Dara dah merapu meraban dalam 199 post yang lain ek hahahaha... Diharapkan semua yang baca post post Mak Dara tak mendapat apa apa jenis penyakit jiwa dengan bahasa dan cara penyampaian mak Dara menulis ye..


Ada jugak kawan kawan tanya.. Tak bosan ke asyikkk menulis aje.. Dah le hari hari tulis skrip pastu hari hari tulis blog... Jawapan Mak Dara Tidak Sama Sekali.. Sebab bila menulis skrip kita harus puaskan pihak producer pihak stesen TV dan banyak pihak lagi. Tapi bila menulis blog kita dapat kepuasan diri.. betul tak hehe..

Terima kasih Mak Dara nak ucapkan pada semua yang sudi layanzzzz danmembaca apa yang Mak Dara tulis dan merapukan.. Tankiuuu =)

Penyertaan LUCKY DRAW by MAK DARA kKini Ditutup

 

Syukur alhamdullilah setelah hampir dua minggu berlangsungnya LUCKY DRAW by MAK DARA kini tibalah ke tarikh tamat penyertaannya tepat tepat pada pukul 12 tengah malam tadi 31. Mac. 2011. Mak Dara telah menerima sejumlah 61 penyertaan dari rakan rakan bloggers. Dan mereka adalah seperti senarai di bawah.

YANG TELAH MENYERTAI LUCKY DRAW by MAK DARA
1)Cute MuM
2) LittLeMyRsHMaLLoW
3) nanakimie
4)topimagine
5)Fadzillah Kamarudin
6)Syan_Neesa
7)amiey lee
8) mama zakuan
9) Nana
10)Kehelan
11) SyUhAdA
12)Gadish Lollipop
13) .::cintabungablogspot::.
14)MiSzy DiaN
15)iManAzRaf
16) my shaizhar blog contest
17) E-ra Pasha
18) ilhamny
19) aNiM
20) bun
21)Rose Johari
22)nurul nabila bt medan
23) eb ezrin2
24) Arol Mubin
25) Ein
26)NoRMa aZurA iSMaiL
27) aMyErInAiMiE
28) MaIzUrA
29) HNMZ
30) ummi anum
31) NOOR FATIN
32) ~MyLady~
33) misz l0vely
34) Fieda
35)The Pink Dot
36)muhammad fauzi
37)ShimaSalleh
38) shidah
39) Cik Reena Tan
40) syzarosli
41) Mama Zharfan
42) Saza Infineez
43) ♥CHaRa♥
44) Tina Othman
45) wan nurul hezrina abd halim
46) Liza Latip
47) tiefazatie
48)LyNn'Azlina
49) syufaa
50)Manja (let it be my sweet name)
51) echaRierie
52) Nureen
53) pucheh
54) Alinkiwi
55) Nida
56) ♥♥azatiesayang ♥♥
57) Anne
58) AkmaFaizal
59) Bib Abdul Hamid
60)cikpuanhady
61)polaris

Dengan ini Mak Dara nak umumkan yang penyertaan kini telah ditutup.. Terima kasih atas kesudian semua 61 rakan rakan yang sudi join lucky Draw Mak Dara ni..

Nantikan keputusannya esok ya (1st april 2011).. Good luck!!

Thursday, March 31, 2011

Yeay.. Follower ke 750!!

Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 2 bulan 2 minggu. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima follower yang ke 750 tepat jam 6:17 petang tadi.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Cik Mimie kerana sudi follower Mak Dara yang ke 750.

 
Mak Dara juga ingin ucapkan terima kasih kepada teman teman blogger yang follow blog Mak Dara hari ni.

... DALAM BOTOL

Suami Mak Dara sekarang sedang menjalani Master Class Penulisan Skrip yang dianjurkan oleh Finas. Yang datang mengajar di Master Class tu adalah pengarah hebat dari Indonesia iaitu JOKO ANUAR. Dialah yang menulis skrip dan mengarahkan filem JANJI JONNY, filem KALA dan beberapa buah filem lagi dan telah memenangi beberapa anugerah hebat di luar negara seperti di Berlin dan Sundance Festival. Difahamkan yang menyertai Master Clas itu juga bukan calang calang orangnya. selain suami Mak Dara, Sofea Jane, Rashidi Ishak, Raja Azmi, Wan Raja dan beberapa lagi penulis skrip, pelakon dan pengarah terhebat tanah air.

Maka semalam Puan Raja Azmi nak belanja semua rakan rakan yang menyertai Master Class untuk melihat filemnya ... DALAM BOTOL. Maka suami Mak Dara bawa le Mak Dara bersama sama. Semua berjumpa di TGV Wangsa Walk Mall dan terus masuk kedalam panggung dan menonton filem terbaru dari Raja Azmi ini.


Memang lain dari yang lain. Filem ini penuh dengan mesej mesej. Di setiap bait bait dialog yang diucapkan terdapat mesej tersirat dan tersuratnya. Memang kenalah filem ni dengan masalah gejala sosial yang banyak berlaku sekarang. Semoga yang menontonnya mendapat pengajaran dari filem ni. 

Banyak juga yang review dan mengkritik tentang filem ni. Bagi Mak Dara itu semua pendapat masing masing dan kita harus hormati pendapat mereka. Namun bagi peminat "art movie" macam Mak Dara pasti akan menyukai filem ni. Lain orang lain citarasanya kan =) Mak Dara rasa filem ini memang filem terbaik dari Raja Azmi. Tahniah kepada Raja Azmi all the cast and crew juga.. 

Mak Dara bersama hubby, Raja Azmi producer filem ... DALAM Botol, Raja Wan, pelakon ... DALAM BOTOL, Gambit, Joko Anuar penrah filem "JANJI JONNY" dan teman teman hubby yan lain sedang diner selepas menonton filem ... DALAM BOTOL di TGV di Wangsa Walk Mall.
 
hubby Mak Dara with Raja Azmi dan Wan Raja 
penerbit dan pelakon filem ... DALAM BOTOL

Mak Dara with JOKO ANUAR pengarah filem terkenal Indonesia

my hubby with JOKO ANUAR pengarah filemJANJI JONNY
Semalam Raja Azmi beritahu yang filem ini dah mencecah kutipan 1.3 juta.. Tahniah!! Jadi bagi yang belom menonton filem ni pergilah menonton yer. =)

PINTU TAUBAT

Sebentar tadi kawan Mak Dara ada call dan beritahu yang drama yang Mak Dara tulis tengah diulang tayang di Astro Oasis. Drama yang dimaksudkan oleh kawan Mak Dara tu ialah PINTU TAUBAT. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT
EPISOD 1 : TANGGANG

EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR

EPISOD 3 : RASUAH

EPISOD 4 : ANAK

EPISOD 5 : AIR NERAKA

EPISOD 6 : CURANG

EPISOD 7 : DUSTA

EPISOD 8: RAGUTAN MAUT

EPISOD 9: INSAF ZARINA

EPISOD 10 : SAMUN

EPISOD 11 : TEKSI

EPISOD 12 : PELANGGAN


EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT
Salah satu scene dalam drama PNTU TAUBAT
Rem antara pelakon yang menjayakan drama PINTU TAUBAT


lagu tema drama bersiri PINTU TAUBAT oleh Oja

Rimas Di Tag Menilik Nasib Berpandukan Jenis Darah

adoi... sebelum ni hari hari di Facebook Mak Dara akan ditag dengan gambar gambar seperti Mengetahui personaliti melalui bulan kelahiran dan macam macam jenis tilikan lagi.. Sekarang pulak asyik kena tag dengan Rahsia Personaliti Dari Jenis Darah pulakkkk..


Jenuh ler Mak Dara remove tag setiap hari.. Dah letih ler nak remove remove tag tag macam ni. Itu belum kena remove tag dengan gambar gambar baju untuk dijual oleh butik butik on9 dalam facebook tu.. Kalau gambar Mak Dara ada pada gambar gambar tu ok le jugak.. Ni gambar yang takde kene mengena...Jenis darah pun tak sama dengan Mak Dara.. Ni yang buatkan semakin malas nak login ke facebook ni.. Sekarang kalau login FB pun sbb nak ping entry je ahaha

HEADER SIMPLE TAPI MENARIK

Pagi ni bukak jer blog terbaca yang Mak Dara telah di Tag oleh THE LEKAT LEKIT GURL untuk menyertai satu contest iaitu HEADER SIMPLE TAPI MENARIK. Memang menarik contest ni jadi apalagi berdesuppp laju Mak Dara menjoinkan diri. Tks Suria kerana sudi tag yer =)


Dah lama jugak Mak Dara tak join mana mana contest atau GA , ni disebabkan Mak Dara sendiri tengah sakan menganjurkan LUCKY DRAW. Tarikh tutup LUCKY DRAW Mak Dara tu malam ni iaitu tepat pukul 12 tengah malam. Pada sesiapa yang nak join sila klik di SINI yer.. Ehhh terpromote Lucky Draw sendiri pulak haha. Ok berbalik pada contest ni. Mak dara nak pertaruhkan header Mak Dara seperti dibawah

 Mak Dara nak tag 5 org teman Mak Dara
1) meggiBOY
2) Martias Mohd Ali
3) Top Imagine
4) Rose Johari
5) eb ezrin2

Pada rakan rakan blogger sekalian yang nak join contest ni boleh klik di link dibawah yer 

Wednesday, March 30, 2011

Cara Mudah Untuk Bertemu Jodoh

Ingin mencari teman hidup? Mak Dara bukan ler pencari jodohnya yer hehehe.. Cuma nak share dengan kengkawan yang masih solo molo yang sedang menanti mr atau miss right mengenai sebuah group di FACEBOOK iaitu Group MENCARI TEMAN HIDUP . Group ini dibuka oleh teman karib Mak Dara iaitu En Azha Syazri Azizan. 


Ramai calon calon yang sedang mencari pasangan dan ada juga sekadar mencari teman di dalam group tu. dan mereka semua memang baik.. ramah ramah dan sporting orangnya So pada teman teman blogger.. all the single ladies..all the single man..terutama yang mencari bakal calon untuk menamatkan zaman bujang tu boleh ler join group ni yer. Pada yang dah berpunya tu kalau nak join pon boleh.. Ramai jugak yang sudah berkahwin join group ni. Anda boleh memberi nasihat atau pendapat kepada mereka mereka yang sedang mencari cinta tu.. Tapi kalau yang nak menambah cawangan tu errrr no komen hahahaha

klik di SINI untuk ke GROUP MENCARI TEMAN HIDUP

Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012

Berita baik kepada semua Film Maker.. terutama kepada pembikin Filem Pendek. Kini anda boleh menghantar karya karya filem pendek anda untuk dipertandingkan di Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012.Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 akan dianjurkan oleh En Jurey Rosli, En Yusof Kelana dan En Martias Mohd Ali.

Logo Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012


DECO DECO BENG BENG BOONG

Yaaaa Ben Ashaari ada buat segmen baruuu pagi ni.. Kali ni segmen DECO DECO BENG BENG BOONG.. Khas untuk blogger blogger baru.. Blog Mak Dara baru jer 2 bulan lebih bersiaran.. kira memang dalam kategori blogger baru la kan hehehe..

OK senang jer nak join..Untuk join segmen ni .. amat mudah sekali .. Cam biasa .. buat satu entri ... Letakkan header BEN ASHAARI BLOG .. Tajuk , DECO DECO BENG BENG BOONG ! hahahha.. ok ? Dan linkkan ke blog ini , WWW.BENASHAARI.COM .. bukan link ke entri nk tau ! ke blog ini .. ok ? senang je.. tu jer ..

Kemudian .. bila dh siap ... tinggalkan url korang di ruangan entri ini .. tu jer .. Ok .. url korang tu , cuma url blog korang .. bukan url entri korang tu.. ok ? Faham tak ?? Contoh , www.benashaari2.blogspot.com .. tu jer .. ok ? CUn ?

jommmmm join ramai2 =) klik di link ini utk join... http://www.benashaari.com/

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK