Wednesday, April 6, 2011

Berapa Kali Anda Update Entry Dalam Sehari?


Dalam Sehari, Berapa Kalikah Anda Update Entry Anda? Bagi Mak Dara, selalunya Mak Dara akan update 3-4 entry sehari bagi blog Bicara Mak Dara ni. Kecuali ada kerja kerja yang mustahak yang perlu disettlekan maka jumlah itu akan berkurangang le..

Tapi hari ni terlebih rajin.. terlebih idea dan terlebih gatal tangan dan dah buat sampai 6 post entry.. Dan termasuk post ni  jadilah 7 post entry dari Mak Dara hari ni hehe. Entah apalah yang Mak Dara merepek meraban hari ni yer.. hehehe .

So...Uols macam mana pulak yer.. Berapa kali update entry dalam sehari?

Berapa Nilai Blog Anda?

 Pagi tadi terbaca yang Ben Ashaari nak "jual blog"nya? biar betul.. rupa rupanya BA dah nilaikan blognya di http://bizinform.org dan setelah dihitung dan dinilai Website Value bagi blog BA adalah ..225,013,31.. Mak aiii tinggikan nilai blog BA ni kan hehe.. Ada sapa sapa beran nak beli? =)

Maka apa lagi Mak Dara pon gatalkan tangan dan klik di http://bizinform.org untuk tengok berapakah nilai blog picisan Mak Dara ni.. Dan jawapangnya.. jeng jeng..jeng..


 okey jugak ek nilai blog Mak ni rupernyer hehehe.. Moh le check.. Berapa Nilai Blog Anda? klik aje di link sini yer http://bizinform.org.

Bicara + Berbicara = pot pet pot pet

Ingatkan Blog Mak Dara aje yang gunakan Bicara.. rupanya ada sorang lagi teman Mak Dara si YaNa YassiN yang SUKA NAK BERBICARA

Bicara + Berbicara = pot pet pot pet  le jadinya.. Maka memang sesuai ler Mak Dara dan Yana ni berkawan yer tak hehe


YaNa ni  Simple, Suka Lawak, Jenis Blasah jerk.. Tak percaya? jom terjah ke blognya @ http://yanayassin.blogspot.com/

BEN ASHAARI KASI GEGAR 1000 BLOG ( 4 )


5 Blog Lelaki
1) http://uniqdarkside.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
2)http://emyonce.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
3)http://natsumiakira.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
4)http://jomkongsistory.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
5)http://siryezsir.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html

5 Blog Wanita
1) http://shahrihan.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
2)http://bibie-mumui.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
3)http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
4)http://nuruashia.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html
5)http://bloginimyblog.blogspot.com/2011/04/gegar-1-ribu-blog-april-bermula.html

dah penin dibuatnya hahaha.. entah le betul ke salah ni huhuhu..

TERJAH 100 BLOG!


Semalam Mak Dara dah terjahhh atau kata omputehnya, Blog Walking ke 100 blog dari senarai gegar 1000 blog oleh BA.  Hari ni Mak Dara nak terjah lagi.. kali ni giliran kumpulan ke 2 pulak. Senarai yang akan diterjah oleh Mak Dara hari ni ialah..
  1.  Cik Azizah
  2. Zulkifly Omar
  3. miss_neeya
  4. RuBiE ZaiNuDdin
  5. yna fazlyna
  6. kasturi jiwa
  7. fara_dikri
  8. seorangan bernama apulzafirul
  9. Syarifah Nornazrah Al Yahya
  10. cik yuz
  11. aliza
  12. Nizam
  13. mr_right
  14. Zaara Sophea Hayat
  15. Puteri Ketenangan^^
  16. Lilynana Lexy
  17. Tok Esah
  18. Cik Leen
  19. inaku79
  20. Mr.SteAltH 


Tahniah.. Pelakon Imuda Mendapat Anak Lelaki

Tahniah.. Mak Dara nak ucapkan kepada pelakon Imuda kerana baru sahaja menimang cahayamata baru . Isterinya baru sahaja melahirkan seorang anak lelaki beberapa hari yang lalu.


Ini merupakan anak pertama hasil perkahwinan kedua Imuda dan isterinya Zabarina Haja Mushadi Ali,yang merupakan adik angkatnya suatu masa dahulu. Dan merupakan anak ketiganya jika dikira secara total.

Imuda pernah mendirikan rumah tangga pada 1994 dengan Rozalina Rosli dan bercerai sepuluh tahun kemudian. Pada 23 Disember 2008 bekas isterinya itu meninggal dunia akibat barah payu dara. Imuda mempunyai 2 orang cahayamata bersama bekas isterinya itu iaitu Raihana, 14, dan Raezal, 8.

Tahniah Abang Imuda. Comel aje gambar abang Imuda berpegangan tangan dengan baby boy abang tu. Pada yang nak tengok boleh le tengok gambar tu ada dalam facebook abang Imuda yer.

Mak Dara pernah bekerjasama dengan Abang Imuda semasa Abang Imuda berlakon dalam sebuah filem hasil skrip Mak Dara dan suami iaitu Filem SHHH.. DIA DATANG suatu ketika dulu. Filem ni dah lama siap.. Tapi sayangnya tak dapat ditayangkan di pawagam kerana syarikat produksi mengalami sedikit masalah. Memang sayang sangat dan bertambah ralat apabila dua pelakon yang menjayakan filem ini telah pun kembali kerahmatullah tanpa dapat melihat hasil karya mereka. Mereka adalah allahyarham Syukeri Hashim dan Allahyarham Din Beramboi..


trailer filem SHHH.. DIA DATANG


Tapi mungkin semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya kan.. Apa apapun Mak Dara nak ucapkan tahniah sekali lagi pada Abang Imuda dan isteri semoga cahayamata yang baru ditimang itu membawa cahaya kebahagian kepada kalian.. Insyaallah..

Belajar Cara Membuat AUTOPOST

Mungkin ramai dah tau cara cara nak buat autopost ni. Tapi bagi blogger yang "senja" macam Mak Dara ni yang mengalami kerabunan IT baru jer nak belajor buat autopost..

Itupun lepas seorang blogger bernama Roi blogwalking ke blog Mak Dara dan tinggalkan komen di kotak menjerit Mak Dara semalam..

Jadi apa lagi... Mak Dara terus le terjah ke blognya iaitu Blog REMAJA BOROI @ http://mibas.blogspot.com/

Rupanya lagi senang pakai autopost ni.. Jadi kita boleh plan untuk publishkan entry entry kita.. Jangan kasi rapat rapat sangat.. Kang tak terbaca dek blogger blogger yang datang menjenguk blog kita.. Mak Dara memang amat amat memerlukan autopost ni.. Yer lah idea untuk buat entry kadang kadang mencurah curah banyaknyer.. Bayangkan ini adalah entry Mak Dara yang ke 213 dalam masa 2 bulan 3 minggu Mak Dara bersiaran di blog ni hahaha. Maknanya dalam sehari lebih dari 3 entry mak dara post entry terbaru hehe

Jadi malam ni 4.4.2011, Mak Dara buat 3 entry terbaru dan dah kasi autopost esok 5.4.2011.. Harap harap menjadi hehe

3 entry yang dah di scheduled untuk diautopost esok 5.4 2011


Pada yang satu kawasan ngan Mak Dara maksudnya yang agak rabun IT dan tak tau macam mana nak buat autopost sila le ke blog adik Remaja Boroi ini  klik aje link disebelah ni yer.. http://mibas.blogspot.com/2011/04/panduan-menuju-kebenaran-auto-post.html 

Dan bagi blogger yang memang terang IT tu kalau tau tips tips terbaru tentang blog ni share share le dengan mak dara yer.. tengkiuuu jasamu ku kenang =)

Tuesday, April 5, 2011

Yuyu Zulaikha: Ferrero Random Giveaway

Pertama tama kalinya Mak Dara nak join GA yang dianjurkan oleh Yuyu Zulaikha.. iaitu Yuyu Zulaikha: Ferrero Random Giveaway



Senang aje nak join Yuyu Zulaikha: Ferrero Random Giveaway ni...

1) Buat satu entry mengenai GA ini
DONE

2) Tepek header Yuyu di entry tersebut
DONE

3)  Review sikitt toek aje  .. Ok Mak Dara akan review sikit pasal blog si Yuyu seperti dibawah DONE

Review
Al kisah.. toib... Maka tersebutlah satu kisah.. toib.. Mak Dara dah pollow blog si cantik manis YUYU ZULAIKHA suatu ketika dolu toib... Sebenarnya banyak kali Mak Dara terdengar cerita pasal blogger yang muda rumaja ni. Tak lama dulu Mak Dara tertengok VLOG beliau dan terus Mak Dara pollow..



Mak Dara adalah pengikutnya yang ke 3611. Perghhhhh ramaiii tu..  Tapi sekarang follower Yuyu Zulaikha dah mencecah 5101.. Tahniah Mak Dara ucapkan.

4) Tag atau Tak Tag
Mak Dara nak tag semua teman teman blogger yang baca entry ni =)
DONE

5) Hantar url ke komen box Yuyu
DONE

Harap harap tuah berpihak pada mak Dara yer.. Insyaallah...

Pada kengkawan yang nak join Yuyu Zulaikha: Ferrero Random Giveaway sila klik di SINI

FOLLOWER KE 777!!!!

Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 2 bulan 19 hari. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima follower yang ke 777 tepat jam 3:17 petang tadi.

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada Cik Kejora kerana sudi follower Mak Dara yang ke 777!!!


Jom ramai ramai kita terjah ke blog Cik KEJORA.. klik di SINI yer..

TERJAH 100 BLOG!



Haritu Mak Dara ada buat segmen "Terjah Mak Dara" tapi terbengkalai seketika dek kebzian yang diluar kawalan.. Hari ni Mak Dara nak terjah lagi.. terjah maksudnya nak blogwalking nak melawat teman teman blogger.. senarai yang akan diterjah adalah dari senarai gegar 1000 blog ooleh BA.

Berikut adalah senarai mereka dari kumpulan 1 yang menyertai GEGAR 1,000 BLOG !
  1. Cik Diana
  2. syazwanizul
  3. Rockstar Chan
  4. syafiqsulaiman
  5. ♥yaya budak suka embun♥
  6. Pezol Stylez
  7. sicomot-comel
  8. Dim Benihana
  9. fenderofizbetalife
  10. Cik Myraa
  11. MyMye MyMya
  12. cutegurlzz93
  13. DeQdEq
  14. iPai
  15. dyba gula-gula
  16. Qaseh dalia adelia
  17. -hanyaaku-
  18. faizah
  19. Miss Ran
  20. micky eyqa 


Gambar Gambar Di Hari Pengkebumian Allahyarham Seri Bayu

2 hari telah berlalu. Sekarang baru Mak Dara ada masa nak upload gambar gambar di hari pengkebumian teman Mak Dara dan suami iaitu allahyarham Seri Bayu. Mak Dara ingin berkongsi gambar gambar di hari pengkebumian ini kepada teman teman bloggers. Ini kerana tidak ramai sahabat handal, teman teman  jauh dan dekat yang menghadiri hari pengkebumian allahyarham.

Syukur alhamdullilah keluarga allahyarham datang jua pada hari pengkebumian allahyarham. Ibu, adik, bekas isteri pertama, bekas isteri kedua dan anak anak arwah sempat memberi penghormatan terakhir pada arwah..Cuma anak bongsu arwah yang kini berada di Sarawak tidak dapat hadir melihat pemergian ayahnya itu. Namun... Syukur alhamdullilah kerana ahli keluarga berada di sisi sehingga tamat pengkebumian allahyarham. Dapat dirasai rasa kesedihan dan kehilangan pada mereka.

jenazah dibawa keluar dari rumah keluarga angkatnya di PD

jenazah allahyarham di masukkan ke dalam van jenazah

van jenazah menuju ke tanah perkuburan

Jenazah allahyarham Seri Bayu sedang dikebumikan

antara yang hadir di hari pengkebumian allahyarham Seri Bayu

Dato Fredy Fernandes turut hadir memberi penghormatan terakhir

ibu,anak serta bekas isteri isteri allahyarham

Penyanyi Shida di hari pengkebumian allahyarham

suami Mak Dara, Martias Ali sedang berbual bersama Dayang Erema
(bekas isteri kedua allahyarham)


Mak Dara di hadapan pusara allahyarham seri Bayu

pusara allahyarham Seri Bayu

 Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah kepada allahyarham Seri Bayu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH..

Monday, April 4, 2011

Pembakar Semangat Untuk Terus Berbloging

Kite Bako.. Kite Bako.. hahaha bukan kes Bako yang itu yer.. Citer in takde kene mengene dengan Usop Wilcha tu yer. Ni Mak Dara nak citer pasal keterujaan Mak Dara untuk terus berblogging.. Apa yang membakar dan pembakar semangat Mak Dara. Firstly mestilah sokongang hubby Mak Dara yang tak putus putus.. Dan juga kata kata semanagt dari family dan kawan kawan.. Dan paling best semalam bila ada teman FB Mak Dara komen ni pada Mak Dara..


Perghhh tengkuuuuuu sesangat le pada teman Mak Dara Farah Waheda Wahid. kata katamu itu mendorong mak dara untuk terus berblogging.. berblogging.. berblogggg selagi terdaya insyaallah.. Mudah mudahan idok le sampai goblog jadinye Mak Dara nanti haha..

Dan tidak ketinggalan Mak Dara jugak nak ucapkan jutaan lemon terima kasih pada beberapa teman blogger Mak dara yang hari hari memberi semangat tanpa jemu pada Mak Dara tak lain tak bukan SUPER IBU, Lekat Lekit Gurl , MeggiBOY, Kak Pah Kpoh.. Top Imagine, Mrs Sabri dan teman teman blogger yang lain jugak.. Nanti kita dinner ramai ramai yer.. Kak Pah belanjer hehehehehe...

Farah Waheda Wahid pun ada blognyer juga tau.. Blognyya ialah senorita diaries fArAh'S jUnKiEs oF LiFe



Jom ramai ramai terkah blog Farah jomzzzz... Klik di SINI untuk ke blog Farah yer

Moral of the story is.. selalulah memberi kata kata semangat kepada keluarga mahupun teman teman anda.. Anda tak tahu bertapa kata kata anda tak kisah banyak atau sedikit itu pasti akan memberi semangat dan pendorong kepada mereka . Siapa tahukan.. Insyaallah

UCOP WILCHA boleh menang Anugerah Bintang Popular Tahun Depan

Mak aih.. terkekek kekek.. terguling guling anak anak Mak Dara termasukler Mak Dara sekali melihat gelagat Ucop Wilcha dan Johan semalam.. rasa rasanya dalam semua persembahan.. baik persembahan pembukaan persembahan pertengahan, persembahan ella sekalipun,, rasanya persembahan Ucop Wilcha lebih menghiburkan dari persembahan mereka.. Tapi persembahan Dato Siti tetap meletop jugak.. Tapi rasanya yang paling menghiburkan adalah persembahan Ucop Wilcha..Maunya tak.. Siap satu Arena Of Star tu angkat tangan dan buat gaya tangan Ucop yang meliuk lentok tu.. Bukan semua orang boleh buat macam tu.. Rasa macam tak puas aje nak tengok gelagat Ucop semalam..



Klip Video gelagat Ucop Wilcha di ABP semalam

Pagi ni pulak bila bukak FB penuh status status mengenai Ucop Wilcha ni. Semua asyik puji puji dia.. Memang patut dipuji pon.. Bukan setakat dapat pujian aje.. Siap ada fanpage lagi tu.. Bukan fan page dari filem Hantu Kak Limah Balik Rumah tapi Fan Page Usop Wilcha glamor di pentas Abpbh 2010


Nahh engkau.. Baru semalam jer diorang buat fanpage ni dah ada 4221 fan yang dah like.. macam mana lah Awak tak cakap yang Ucop Wilcha boleh menang Anugerah Bintang Popular Tahun Depan kan hehehe..

Apa apapon.. Terbaiklah bang Usop.. oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin, saya Mak Dara, bekas penari kebudayaan ingin mengesyorkan supaya kita membuat undian, siapa-siapa di sini yang menyokong supaya kita undi Ucop Wilcha menang ABP tahun depan, SILA ANGKAT TANGAN MACAM SAYA!.... hahaha kita bako.. kita bako... hehe

Shaheizy Sam Juarai Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian jatuh kepada Shaheizy Sam... Dengan undian tertinggi yang diterimanya telah menumpaskan kesemua calon calon hebat yang lain.. tahniahhhhh..

Memang gempak ler Sam berlari membawa ibunya naik kepentas dengan dimeriahkan lagi dengan wheelcha. memang terkekek kekek Mak Dara tengok..


Tahniah juga kepada para pemenang yang lain Pada yang tak menang tu takper tahun depan ada lagi kasi bakorrrr yer nanti haha..

Senarai Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian:

Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian
Shaheizy Sam

Pengacara TV Lelaki Popular
Aznil Hj. Nawawi

Pengacara TV Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyampai Radio Lelaki Popular
Faizal Ismail

Penyampai Radio Wanita Popular
Fara Fauzana

Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular
6ixth Sense

Artis Komedi Lelaki Popular
Zizan

Artis Komedi Wanita Popular
Noorkhiriah

Artis Baru Lelaki Popular
Shahir

Artis Baru Wanita Popular
Ana Raffali

Pelakon TV Lelaki Popular
Remy Ishak

Pelakon TV Wanita Popular
Fasha Sandha

Artis Nasyid Popular
Rabbani

Penyanyi Lelaki Popular
Faizal Tahir

Penyanyi Wanita Popular
Yuna

Pelakon Filem Lelaki Popular
Shaheizy Sam

Pelakon Filem Wanita Popular
Lisa Surihani

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat
Dato’ Rosnani Jamil

tahniah kepada Kak Engku, Syarifah Shahira dan Zizan kerana berjaya mengacarakan malam ABPBH dengan jayanya..

Sunday, April 3, 2011

Allahyarham Seri Bayu Dalam Kenangan

Mak Dara dan suami merupakan antara teman allahyarham Seri Bayu. Sebaik mendapat berita tentang pemergian arwah, Mak Dara dan suami terus berdesup ke Pord Dikson ke rumah keluarga angkat arwah untuk menziarah allahyarham.

Mak Dara tiba di rumah keluarga angkat arwah 

 arwah Seri Bayu di kelilingi oleh keluarga angkatnya

keluarga angkat yang tidak putus putus membaca surah yasin untuk arwah

Mak Dara dan suami tiba di rumah keluarga angkat arwah pada pukul 11 malam. Setibanya di sana Mak Dara dapati keluarga angkat dan beberapa rakan arwah sudah berada di sana. Bacaan yasin tidak henti henti dibacakan oleh keluarga angkat arwah.

Tidak lama selepas itu penyanyi Fauziah Latiff tiba untuk melawat arwah. Fauziah Latif antara penyanyi yang mendapat khidmat arwah didalam penulisan lirik lagu lagu hits nya

 
Fauziah Latif menziarah arwah
Tidak ramai yang datang melawat allahyarham malam itu. Namun alhamdullilah allahyarham dikelilingi oleh keluarga angkat yang amat menyayanginya.

Malam itu Mak Dara dan suami bermalam di Tiara Beach Resort kerana mahu menghadiri majlis pengkebumian allahyarham Seri Bayu keesokkan harinya.

Semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas rohnya dan meletakkannya dikalangan orang orang yang beriman.. Al Fatihah

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK