Tuesday, April 19, 2011

Blog Bicara Mak Dara Has Been Removed!!

Blog Bicara Mak Dara Has Been Removed!! ini kisah betul.. bukan dugaan.. bukan cobaaann... Citer dia macam ni, pepagi semalam macam biasa, setelah setel semua yang patut, Mak Dara akan buka blog Mak Dara then kalau rajinnn terlebih baru buka facebook untuk ping entry entry terbaru.. Tetiba bila dok sakan blogwalking blog ini terlogout dengan sendirinya dan bila nak login blog balik tak boleh.. pastu keluar benda alah ni...

Blog has been removd
"Sorry, The blog at bicaramakdara.blogspot.com has been removed. This address is not available for new blogs"

Macam nak menjerittttt nak nangesssssssssssss dibuatnya.. Maunya tak.. Blog yang ku tatang bak menatang baby oil yang penuh tup tup kena removed..... Apa kes.. Rasanya Mak Dara takdelah meletakkan apa apa entry, post , cerita atau gambar gambor yang melampaui batas.
Apa lagi terus le Mak Dara meluahkan perasaang frust dan keciwaaa Mak Dara di FB..


Memang tak dapat digambarkan perasaan Mak Dara saat tu.. Rasa sia sia saja usaha keras Mak Dara selama 3 bulan dengan blog ni kalau kena removed macam tu saja tanpa sebab musabab yang Mak Dara sendiri tak baper paham... Last last teman teman FB Mak Dara si Syai dan Sue datang membantu..


Memang prihatin betul diorang ni.. Bila fikir fikir balik betul kata teman mak dara tu.. Mungkin Mak Dara banyak sangat blogwalking dan meninggalkan backlink ke blog Mak Dara maka sistem ini menganggap mak Dara menghantar SPAM... Waduhhhh serik nak blogwalking lagi..

Tengkiu la banyak banyak pada diorang... Setelah try setiap persatu apa yang dicadangkan oleh mereka.. Syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr alahamdullilahhhhhhhhhhh akhirnya Mak Dara dapat recover balik blog Mak Dara ni..

Lepas tu teman Mak Dara disyorkan oleh teman Mak Dara supaya Mak Dara beli domain untuk lebih securekan blog Mak Dara ni .. Mak Dara pun kurang arif tentang hal ni tapi Mak Dara terus je setuju tak mahu kehilangan sekali lagi blog kesayanganku ini. Mak Dara terus call adik angkat Mak Dara dan suruh belikan esok jugak..

Insyaallah Mak Dara akan terus bersiaran lagi lepas ni namun dalam lebih berhati hati.. insyaallah...

PUTERI SALAMIA bermula........

Penulisan skrip drama 5 episod berjudul PUTERI SALAMIA kini bermula...


Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Hari ni Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Emie akan mula menulis skrip untuk sebuah drama berepisod bertajuk PUTERI SALAMIA untuk Wide Angle Film Production Sdn Bhd

Pada pemenang MAK DARA 1st GA iaitu Rose Johari.. seperti yang dijanjikan nama anda ROSE akan kami masukkan dalam skrip drama ini =)

Dan tidak ketinggalan nama BEN ASHAARI akan dijadikan sebagai nama watak Hero untuk drama ni.. hehehe tungguuuuuuuuuuu!!!!!

Puhh kanan.. puhhhhhh kiri..
mehhh ler idea.. jangan kau lari lari hehe

Monday, April 18, 2011

Terujaa Bila Ben Ashaari Pilih Entry Mak Dara

Terujaa Mak Dara bila Ben Ashaari Pilih Entry Mak Dara.. Maunya tak terujaaaa... Dah lebih berbelas kali Mak Dara join segmen Ben Ashaari dan hari ni entry Mak Dara yang join segmen Jom Bikin Filem : The Bloggers antara yang terpilih oleh BA!!



Tengkiuuuu Ben.. Ini menambahkan lagi semangat Mak Dara untuk menjoinkan diri dalam segmen segmen you lagi dan lagi dan lagi hehehe.

klik sini kalau nak baca entry Mak Dara tu yer hehe http://bicaramakdara.blogspot.com/2011/04/ben-ashaari-bikin-filem-bloggers.html

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS

BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS

  1. Letak header ben ashaari blog .DONE
  2. Tajuk : BEN ASHAARI BIKIN FILEM : THE BLOGGERS dan linkkan ke entri ini .. Kemudian letak letak gambar tersebut ..DONE
  3. Korang dikehendaki mereka sebuah filem berdasarkan gambar dia atas .. Para pelakon / watak adalah blogger yang korang kenali .. Tulis nama dan linkkan ke blog mereka ... Ada 9 watak dalam tu bermakna 9 blogger ... Sila jelaskan kenapa blogger itu menjadi pilihan korang ... Kemudian buat satu cerita berdasarkan gambar dan watak tersebut .. Pandai pandai la korang eh .. Mesti lebih 4 perenggan dan tidak kurang dari 100 patah perkataan .. Yang tidak menepati piawaian , tidak akan di senaraikan ! OKeh ..DONE
  4. Sudah siap , sila tinggalkan link url korang ke ruang komen ini .. .DONE
Watak dan perwatakkan.
1) MARTIAS ALI
2) MEGGIBOY
3) TOP IMAGINE
4) SANDRA AZWAN
5) SUARA BAWAH TANAH
6)MOHD HANIFAH
7) SALAH KA?
8) ! KURASAKAN SOMETHING
9) FAIZAL ADRI

Mak Dara memilih semua blogger blogger diatas sebab setiap sorang dari mereka memiliki kekuatan yang amat luar biasa.. Dalam dunia blog dan juga dan juga di luar dunia maya. Memang dalam dunia perfileman memerlukan orang yang luar biasa dan mempunyai aura. Maka memang le tepat semua yang Mak dara pilih ni. Mak Dara ada dua versi untuk Filem Ben Ashaari ni hehe.. terlebih Idea..

VERSI 1

Filem ini mengisahkan tentang Siew Ling seorang remaja cina yang amat meminati seni khat. Ini membuatkan ayahnya Siew Boon naik berang, ini kerana kredibilitinya sebagai seorang penulis kaligrafi cina yang termasyur tercalar. Sudah berkali kali Siew Boon meminta supaya Siew Ling mempelajari seni kaligrafi namun Siew Ling enggan. Menambahkan kemarahannya apabila dia mengetahui bahawa Siew Ling telah terpikat kepada cikgunya yang mengajar seni khat kepadanya iaitu Cikgu Martias.

Siew Boon kini berusaha memisahkan anaknya dari Martias. Martias mempunyai teman karib iaitu MeggiBoy, Suara Dari Tanah dan Salah ka? Mereka kasihan dengan kisah cinta Martias itu namun mereka tidak dapat membantu teman mereka itu. Pelbagai rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Siew Ling dan Martias.

Faizal Adri pembantu kepada Siew Boon dalam diam diam menaruh perasaan cinta pada Siew Ling. Dia amat memusuhi Martias kerana berjaya merampas cintanya dari Siew Ling. Kini Faizal Adri tekad untuk melakukan apa sahaja untuk mendapatkan Siew Ling.Dia meminta bantuan teman temannya iaitu Ku Rasakan Something dan Sandra Azwan ungtuk membantu menghapuskan halangan cintanya itu

Top Imagine teman baik kepada Siew Ling amat kasihan dengan nasib dan musibah yang menimpa Martias dan temannya itu. Dia tahu akan niat jahat Faizal Adri dan cuba membantu Siew Ling namun gagal. Akhirnya Martiasterkorban apabila dia cuba mempertahankan Siew Ling dari diganggu oleh Faizal Adri, Kurasakan Something dan Sandra Azwan. Dan akhirnya Siew Boon menyedari bahawa cinta Siew Ling dan Martias adalah suci. Dia menyesal kerana termakan hasutan Faizal Adri. Di akhirnya Siew Ling menerima tulisan khat terakhir yang ditulis oleh Martias sebelum dia terkorban. Khat yangmeluahkan perasaan cintanya kepada Siew Ling

VERSI 2

Filem ini mengisahkan tentang seorang mafia terkenal di Kuala Lumpur iaitu MARTIAS ALI Dia amat terkenal dengan kekejamannya. Tiada sesiapa berani memasuki kawasannya. Martias mempunyai ramai pengikut namun yang paling setia adalah TOP IMAGINE, SUARA BAWAH TANAH dan MOHD HANIFAH. Kumpulan MARTIAS ALI amat dimusuhi oleh kumpulan mafia yang diketuai oleh SANDRA AZWAN. Sandra Azwan juga memiliki pengikutnya yang setia iaitu SUARA BAWAH TANAH, SALAH KA? ! KURASAKAN SOMETHING. Mereka mencuba pelbagai cara untuk menjatuhkan kumpulan Martias Ali itu namun semuanya gagal.

Satu hari Martias Ali telah secara tak sengaja bertemu dengan Santy gadis yang amat cantik dan penuh dengan sopan santun. Hati Martias Ali terpaut. Martias Ali dan kumpulannya terkejut apabila mengetahui bahawa Santy adalah anak kepada seorang Ketua Polis iaitu Encik FAIZAL ADRI.

Martias terus menyamar menjadi seperti seorang kerani biasa bagi memiliki cinta Santy dan akhirnya Santy percaya akan Martias Ali dan mereka sama sama jatuh cinta. Namun ayah santy seakan was was dengan identiti sebenar Martias Ali dan cuba menyelidik. Kisah cinta antara martias Ali dan Santy ini sampai kepada Sandra Azwan. Sandra Azwan menyuruh kuncu kuncunya menculik Santy dan terus mengugut supaya Martias ALi menyerahkan semua kawasannya kepadanya dan mengugut supaya Martias Ali undur diri sekiranya dia mahu Santy selamat. Oleh kerana terlalu cintakan Santy Martias setuju. Ini membuatkan semua pengikut Martias Ali yang merasakan diri mereka telah dikhianati oleh ketua mereka sendiri.Maka pertempuran terus berlaku antara kumpulan martias Ali dan Kumpulan Sandra Azwan.

Terkejut dengan kehilangan anaknya Tuan Faizal Adri terus menyiasat dan terkejut apabila mengetahui identiti sebenar Martias Ali. Dia terus menjejak anaknya .Akhirnya Tuan Faizal Adri tiba bersama beberapa pasukan Polis namun segalanya telah terlambat kerana Martias dan juga Santy telah terkorban apabila masing masing cuba menyelamat sesama sendiri dari terkena tembakan Sandra Azwan..

TAMAT hehehe


Norman Kamaru Tiru Cikgu Shida?

Norman tiru Cikgu Shida? Siapa Norman tu? Bukan Norman KRU ok hehe.. Ini Norman Kamaru seorang anggota polis Indonesia.

Norman Kamaru

Norman telah buat miming video ala ala Cikgu Shida dan upload videonya tu ke Youtube. Bayangkan.. dalam masa 2 minggu aje dah lebih sejuta orang menonton videonya tu.. Nak tengok... tengok di bawah..



Mak Dara tau cerita pasal Norman ni dari E NEWS tadi dan terus search.. Kelakau jugak tengok dia nyanyi lagu Hindustan tu.. Selamber je dengan baju uniform polisnya tu. Yang bestnya kawan dia kat sebelah tu buat derrkk je dengan si Norman yang tengah sakan miming kat sebelahnya tu.

Dengar cerita pada mulanya orang atasan tak suka dengan apa yang dilakukannya. Tapi akhirnya tidak memberikan sebarang hukuman kepadanya bila si Norman ni dah jadi orang paling glamour di Indonesia sekarang ni ..

Apa apa pun bagi Mak Dara masing masing baik Norman ataupun Cikgu Shida ada kelebihan masing masing.. layanzzzzz hehe

MOOD Bergantung Kepada Kelajuan Internet

MOOD Bergantung Kepada Kelajuan Internet? Betul ke.. Itulah gambaran yang Mak Dara dapat dari beberapa teman Facebook Mak Dara. Rata rata Mak Dara tengok teman teman Mak Dara banyak update status mereka tentang kelajuan atau kelembapan internet diorang.




Kebanyakkannya akan happy bila internet diorang lajuuuuuuuu dan akan jadi moody bila internet slowwww.. Ye lah nak ber FB tak boleh, tambah tambah lagi macam kakak Mak Dara yang memang tengah ketagih main Cafe Life tu.. Bengang je dia kalau internet slow..

Tapi memang betul la rasanya. Sebab itu lah yang berlaku pada Mak Dara.. Sejak dua menjak ni P1 Wimax jadi sangatttt lembabss di kawasan umah Mak Dara.. Mula le jadi moody bila susah nak buat blogwalking.. Nak bukak satu blog pun rasa macam berzaman lamanya.. So memang Mak Dara jarang berBW le sejak kebelakangan ni..

Harap harap tenet lajuuu le balik lepas ni baru le boleh senyummm sokmo balik hehe

Pencarian Pasangan Ideal


"Cutenya girlfriend you,hensemnya boyfriend you,tak percaya?betul girlfriend you cute,betul boyfirend you hensem".

Tak percaya?,mengapa tidak buktikan?
Buktikan pasangan anda cute dan hensem.
Dan berpeluang cerah memenangi hadiah 'Misteri'.
...Tidak rugi mencuba,betul kan?.
Jom sertai dalam program "Pencarian Pasangan Ideal VOLUME 1/2011"

Haaaaa... Ini bukan segmen, contest ataupun giveaway dari Mak Dara ye.. Walaupun memang 17hb April semalam genap 3 bulan anniverssary blog BICARA MAK DARA ni.. Tapi ni Mak Dara nak tolong promotekan contest kawan FB Mak Dara yer..

Ramai blogger blogger cute dan hensem kan.. Maka sangat sesuai le menjoinkan diri dalam contest ni.. Nak tau lebih lanjut boleh le klik di link ni..http://www.facebook.com/event.php?eid=160197244041913&index=1

All the bestttt uolss.. =)

Sunday, April 17, 2011

Bicara Mak Dara 3rd Month Anniversary


Yeayyyy!!! Syukur alhamdullilah hari ni 17 April 2011 maka genaplah 3 bulan blog BICARA MAK DARA!!


HAPPY BUFFDAY BLOGKU YANG TERCINTAN CINTUN muahh

Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan nak ucapkan ribuan terima kasih terutama pada hubby Mak Dara ang banyak mengongkong errr salah menyokong penglibatan Mak Dara dalam dunia blog ni.. Bersabar bila sejak dua menjak ni Mak Dara lebih melayan blog dari dia hahahaha.. Just kidding ahaks.. Pada anak anak Mak Dara yang selalu berebut menggunakan laptop untuk main games..

Dan terutama kepada AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA!!!!!!! Sayang korang ketat ketattttt... Terima kasih sebab selalu support blg picisan Mak Dara ni.. To Kak Pah selamat berpindah, To Top selamat merayap2, To Mrs Sabri selamat buat bloglist kategori Ibu, To Lekat Lekat Gurl selamat mengupas ngupis.. To BA selamat membuat segmen lagi dan lagi, To MEGGIBOY selamat makan meggi, To Belalang selamat merisik risik , To Jejari Runcing semoga tangan semakin runcing dan untuk semua rakan rakan blogger yang lain... selamat berblogging..

Amboi macam menang award le pulak hahahaha... tengkiuu semua yer.. Jassamu ku kenang..Terima kasih, Domo Arigato, Nandre, Sheshe kepada anda dan kepada yang bakal follow Mak Dara. !!!

Dah Nak Masuk Bulan Ketiga untuk Mak Dara

Baca tajuk jer mesti ada yang ingat Mak Dara dah mengandung 3 bulan kan hehehe.. Idok le macam tu.. Sebenarnya esok 17hb April Blog BICARA MAK DARA akan menyambut 3 bulan pembukaannya.. Wahhh cepatnyer rasanya dah masuk 3 bulan..


Tak macam anniversary sebulan dan anniversary ke dua bulan yang lepas lepas.. Kali ni Mak Dara tak buat sebarang GA ataupun LUCKYDRAW.. bukannyer majuk sebab tak ramai yang join Lucky Draw Mak Dara yang lepas.. Cuma kali ni Mak Dara agak sibuk dengan kerja kerja Mak Dara.. Insyaallah mungkin anniversary bulan depan ke.. Insyaallah...

ISABELLA ... adalah....

ISABELLA ... adalah.... Haaaaa bukannya Mak Dara nak k'oke tengah pepagi buta ni cuma.. ni Mak Dara baru balik dari klinik bawak anak bongsu Mak Dara si Isabella ni yang tak baper sihat..

Align Center
Isabella di klinik

Setengan jam tadi dah makan ubat dan sekarang dah zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz... Harap harap esok pagi bila dia bangun dia bertambah sihat sikit..

Adoiyaiiii tadi pagi Mak Dara tak sihat memalam anak pulak sakit. Bak kata teman FB Mak Dara, Bila musim buah memang macam tu lah...

Saturday, April 16, 2011

Iklan Arahan Pertama Suami Mak Dara

Syukur alhamdullilah akhirnya suami Mak Dara , semua cast dan krew terutama Two Tones production berjaya menamatkan shooting 2 buah iklan dalam masa 4 hari saja.. Memang terbaiklah..


disebalik tabir

Namun ini adalah pertama kali suami Mak Dara direct iklan.. Nak tengok tak iklan yang Mak Dara maksudkan?


Iklan NORTHPORT

Amacam ok tak.. Ini belum habis edit lagi dan belum dimasukkan lagu lagi hehe..

Mak Dara Kena Attact


Mak Dara Kena Attact.. migraine attact!!!!!!!!!! huhuh dari pagi sampai sekarang ni.. nak angkat kepaala pon tak boleh ni.. berpinau pinau raser..

karang karang bila dah ok mak dara hupdet blog yer..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK