Friday, April 22, 2011

OPERASI GUGUR!

Mak Dara baru je selesai menonton tirai akademi fantasia kejap tadi.. Akceli minat Mak Dara nak tonton akademi musim yang terakhir ni idok le berbunga bunga seperti musim musim yang sebelumnya ni.. Tapi minggu ni Mak Dara tertarik dengan OPERASI GUGUR yang diperkenalkan oleh Akademi Fantasia.. Satu kelainan.. So tertarik le balik nak tengok benda yang baru kan.. contohnya kalau hari hari makan nasi dengan ikan kering.. sesekali nak jugak rasa pizza kan .. errr apa kena mengena ikan kering dengan operasi gugur ni? hehe layanzz aje la ye..

Tapi Mak Dara rasa tak berapa best dengan apa yang Mak Dara tengok tadi.. Kesemua pelajar AF seakan menyampah dengan 4 calon pelajar yang bakal menggantikan tempat mereka tu.. Yelah memang Mak Dara faham.. Dok elok elok tetiba ada orang nak caras peluang kita untuk berjaya sure bengang punyakan.. Tapi cubalah fikir balik ini semua adalah yang dirancang oleh Astro. So bagi Mak Dara 4 calon peserta tu tak bersalah dan tak perlualah dibenci sebegitu sekali.. Dah Astro offer takkan keempat empat calon pelajar ni nak tolak kan... So.. Chill adik adik.. Insyaallah kalau dah ditakdirkan korang  menang..walau berapa pun calon yang dibawa masuk.. atau berapapun operasi gugur yang akan dilakukan , pasti kejuaraan ittu tetap akan jadi milik korang jugakkan.. Just tumpu dan buat yang terbaek esok.. Tak payah tension tension yer =)

p/s: Mak Dara harap Fina masuk le sebab suara dia memang terbaikkkk... sempat jugak tu ada iklan hehehe

Bangku Kosong Buat Mak Dara Terharu


Adussss..Blogger Bangku Kosong atau nama sebenarnya siapa yang tak kenal dengan beliau kan.,hari ni  beliau betul betul buat Mak Dara terharu sesangat... Manakan tidak..Tiba tiba hari  ni BK buat satu entry tentang Mak Dara maunya tak terharu.. Apa yang ditulis tentang Mak Dara? hehehe malulah nak citer hehehe.. kenalah baca di SINI yer

Satu penghormatan untuk Mak Dara.. BK merupakan antara blogger favorite Mak Dara.. Tiap tiap hari Mak Dara masuk ke blognya dan baca entry entry di blognya.. Banyak betul tips tips dan panduan yang diberikan oleh saudara Hasrul ni.. Memang semua petunjuk dan petua serta tips2 yang diberikan amat berguna terutama bagi blogger baru macam Mak Dara ni. Tapi selalunya Mak Dara jadi silent reader aje di blog beliau hehe Terima kasih BK... U really make my day... =)

MEGGIBOY Di Tangga Pertama WWWOW Fave Person Under 15 Award!


Salam satu malaysia huhuhu. Formal sungguh Mak Dara hari ni hehe.. Hari ni Mak Dara terujaaaa tersukaa dan sedikit tergediks haha.. Tapi sebelum tu Mak Dara nak khaborkan... Tahu tak korang.. DiGi ada anjurkan award show terbaru. iaitu Digi WWWOW award. Ada banyak kategori dalam tu.
Akceli Mak Dara pun ada join 2 kategori dalam tu sajer sajer test market.. Tapi jangan haraple boleh menang hahaha. Dan anak Mak Dara si Adza Haiqal pun join jugak.. Carl menaruhkan blognya MEGGIBOY dalam kategori Fave Under Person 15....

Percaya tak...MEGGIBOY Di Tangga Pertama Digi WWWOW Fave Person Under 15 Award!  Wah bangga nih bangga nih hehehehe..


Dapat jadi no 1 buat sementara. pun jadi la... sekurang-kurangnya dapat merasa jugak kan hehehe. Pada kengkawan Mak Dara, yg lawa yg ensem yg kacak yg manis, undilah  anak Mak Dara ni ye. Kalau menang Mak Dara belanja makan meggi.

Klik SINI untuk mengundi yer. Saya dulukan dengan ucapan terima kasih

Thursday, April 21, 2011

Puteri Oh Puteri

Hehehe jangan pulak ada yang bernama Puteri tersedak pula bila Mak Dara jerit panggil nama Puteri ni yer.. Sebenornya.. Mak Dara nak sambung buat skrip drama bersiri tu.. Belum habis habis lagi skrip Puteri Salamia ni.. Mak Dara pun heran naperlah liat bebenor Mak Dara nak habiskan skrip drama ni kali ni. Dulu lajuuu jer.. Satu hari boleh dapat satu episod.. Kali ni 2 hari pun tak habis lagi satu episod..

Last last Mak Dara dapat jawapannya.. Sebab masa Mak Dara menulis skrip dulu mak dara belum lagi bukak blog.. Sekarang ni konflik menulis skrip dan menulis blog hahaha.. Adoyaiii.. Tak leh jadini.. Nak kena fokus kembali.. Koje lebih penting hehe..

Ok Mak Dara sambung dulu kisah si puteri ni yer.. karang karang kita sembang lagi =)

Group Ping Entry Yang Tak Boleh Ping Entry

Pasti ada yang pening baca tajuk Mak Dara ni kan.. Sebenarnya Mak Dara sendiri pun pening kekekeke..

kisah dia macam ni... Petang tadi, macam biasa.. lepas habis jer buat satu entry terus le Mak Dara pingkan entry terbaru Mak Dara tu di beberapa group di Facebook yang menawarkan tempat untuk mempromosikan entry entry dari para blogger.. Tetiba baru Mak Dara sedar yang Mak Dara dah ditendang keluar dari satu group ni.. Tak perlulah Mak Dara beritahu apa nama group tu.. Tapi memang group itu  bertujuan untuk para blogger pingkan entry entry mereka. Hairan betul.. Kelaka pun ada hehehe..

Walaupun memiliki ahli hanya 200++ tapi group ni memang bagus. Itu Mak Dara tak sangkalkan.. Masa Mak dara nak join group ni hanya mengambil masa 3 saat je nak approve..So hampir setiap hari mak Dara pasti akan pingkan entry Mak Dara termasuklah group ni.. Tetiba hari ni kena tendang keluar.. Buatkan Mak Dara pikir.. Apa salah aku ek? Ada letakkan entry melampaui batas ke? tak.. post yang berbaur lucah ke? tak jugak..

Pikir punya pikir baru Mak Dara dapat tahu kenapa Mak Dara ditendang keluar.. Polisi utama group ini adalah mereka mengHARAMkan sesiapapun yang ping entry dan keluar tanpa beramah mesra.. Mak Dara baru je perasan undang undang diorang tadi.. Manalah Mak Dara tahu, sebab selama dok ping entry entry di beberapa group yang lain tak ada pulak undang undang macam tu.. 

Sedahsyat dasyat group KELAB BLOGGER BEN ASHAARI yang mempunyai 9,084 ahli pun tidak meletakkan sebarang syarat atau undang undang sebegitu.. malah tag line BA sempoi.. "Anda boleh mempromosikan blog anda disini tanpa rasa bersalah....sila sila..." 

So.. Takper.. Mak Dara tak ambil hati langsung.. Takde sikit pun perasaan marah.. Memang Mak Dara bersalahhhh dan telah melanggar undang undang anda  dan Mak Dara mengaku salah.. so memang layak ditendang keluar oleh adik adik sekalian.. All the best adik adik  semua...Semoga group adik adik tu maju jaya ye.. 

SHHH.. DIA DATANG

Bukak channel Astro 109 semalam tengok ada rancangan CERITA ARTIS MALAYSIA.. Kali ni mengenai Saiful Apek.. Huhuhu ex boss Mak Dara tu... Ekceli Mak Dara dulu panel skrip di GITU GITU PRODUCTION. Sebuah production house milik Abang Saiful Apek atau Mak Dara panggil Boss aje hehe. Dari situ Mak Dara tulis skrip untuk Boss . Mak Dara pernah jugak tulis skrip untuk sitkom SENARIO dulu hehe..

Ok berbalik pada rancangan CERITA ARTIS MALAYSIA ni.. Diorang tunjuk ler tentang Filem SHHH.. DIA DATANG.. Mak Dara dan suami Mak Dara adalah penulis untuk filem ni.

FilEm Shhh.. Dia Datang

Aaron Aziz , Imuda, Pak Uda, Allahyarham Din Beramboi, Allahyarham Syukeri Hasim dan beberapa pelakon yang lain pun ada berlakon dalam filem ni.Termasuklah adik Mak Dara sendiri iaitu Adza Rina hehe.


trailer filem Shhh.. Dia Datang

Tapi sayanggggg seribu kali sayangggggg.. Filem ni walaupun dah lama siap tapi tak dapat ditayangkan di pawagam oleh kerana syarikat penerbit ada mengalami sedikit masalah.. Memang frustt le karya kita tak dapat dipersembahkan pada orang ramai huhu..

Takpe nantikan sebuah filem yang Suami Mak Dara dan Mak Dara tulis yang akan ditayangkan dipawagam pada 15 September 2011 nanti. Filem yang bertajuk LIBAS.. hehe citer macam shoalin soaccer gitew.. tungguuu yer hehehe

Kisah Red Mummy , Hanis Zalikha Dan Mak Dara

Petang ni Mak Dara nak cerita tentang Red Mummy , Hanis Zalikha Dan Mak Dara. Red Mummy dan Hanis Zalikha memang antara blogger wanita yang amat berjaya.. Memang antara Idola Mak Dara le dalam dunia blog ni. Dah lama Mak Dara nak Follow blog  blog hebatt ni.. Tapi dari sehari ke sehari asyik jer terlupa.. Tup tup hari ni teringat.. apalagi terus ke page diaorang.. Destinasi pertama REDMUMMY...

 

Susah jugak yer nak follow blog beliau.. Kita kena register dan log in dulu..


Tapi kalau nak seribu daya kan.. maka Mak Dara terus register dan akhirnya Mak Dara berjaya menjadi ahli RED DIVA!! terujaaaa... Destinasi kedua Blog HANIS ZALIKHA

 

Perghhh memang hebat blog Hanis ni.. Bahasa Inggeris yang digunakannya memang superb...

Mak Dara adalah follower Hanis yang ke 25762... Perghhhhhhhhhhhh berpuluh puluh ribu lemon tu yang menjadi followernya. Memang terbaekkk lah dik... Tak sabar nak membaca entry entry yang best best dari kedua dua mereka.. ngeeee =)

FOLLOWER KE 900!!!!

Hari ini genap blog BICARA MAK DARA bersiaran selama 3 bulan 4 hari. Bertambah bersyukur apabila hari ini blog Mak Dara ni menerima AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA yang ke 900 semalam

http://quraishahir.blogspot.com/

Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Quraishia Shahir kerana sudi follower Mak Dara yang ke 900!! Jom ramai ramai kita terjah ke blog adik kiut ni dan klik di link http://quraishahir.blogspot.com/ atau klik di bawah..



Dan tidak dilupakan kepada semua Ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA kesemuanya. Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap sorang dari anda yang tidak putus putus terus mensupport blog picisan Mak Dara ini....

Daku Kesunyianggg...

Waduhhhh.. dah hampir 4 hari.. takde geng nak jerit jerit di shoutbox.. takde geng nak ajak gi makan makan.. takde geng nak kena pau untuk belanja Mak Dara dan geng geng makan.. Takde geng nak gosipp gosipppp huhuhuu.. Kak Pahhhhhhhhh where are you.. hehehe

Inilah jadinya bila bff Mak Dara di dunia blog si Kak Pah K-POH tak on9. Sunyi pulak rasanya.. Kalau tak, penuh le dashboard Mak Dara dengan entry entry dan review dari dia..

Takpe Kak Pah.. Mak Dara doakan semoga Kak Pah selamat berpindah ke rumah baru.. Dan semoga orang tenet tu cepat cepat le pasang semula line tenet di rumah baru Kak Pah tu yer.. Dont worry about your blog.. Saya, Top dan Mrs Sabri kasi jaga baekkk punya hehe


Mengidam Char Kuew Teow

Nak dekat seminggu dah Mak Dara teringin nak makan Char Kuew Teow.. Tapi dari sehari ke sehari tak dapat dapat jugak nak keluar pegi beli sebab terlalu sibuk dengan kerja.. Dari teringin sampai dah bertukar menjadi mengidam la pulak.. Jangan salah paham ye Mak Dara tak peknen, tidak mengandung cuma mengandungi lemak yang berlebihan aje kekeke..

Syukur alhamdullilah akhirnya tadi suami Mak Dara belikan Char Kuew Teow yang dah seminggu diidamkan.. Apa lagi terus sapuuuu sampai bersih.. hilang keayuan buat seketika haha.. tengkiuuuuu le cik abe wei... hehe . Idok le mata terbuko maso tido malam ni hehehehe

Wednesday, April 20, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Seniwati Mariani yang ke 79

Hari ini 20 hb April merupakan Hari Ulang Tahun Kelahiran Seniwati Mariani yang ke 79!! Happy Birthdayyyyy Ibu Mariani!! Seniwati Mariani ni memang antara pelakon idola Mak Dara.. Memang menjadi watak watak yang dibawanya.. Kalau bawa watak baik.. Baik tak ingatt punya.. Kalau bawak watak jahat beliau akan berlakon jadi sangat jahat.. Tapi yang terbaru aritu Ibu Mariani ada bawak watak sebagai Hantu Raya.. Perghhhh seram gilaaaaa. Memang Ibu Mariani bersungguh sungguh membawa semua watak yang diberi kepadanya..
antara Watak Ibu Mariani yang amat Mak Dara minati =)

Ibu Mariani dahulu



Ibu Mariani kini
Dah lebih berpuluh tahun Ibu Mariani terlibat dalam dunia seni ni.. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dan senantiasa dirahmati ALLAH swt... Amin..

Untuk ke wall FB Ibu Mariani klik di SINI ya

Malaysia's Top Female Blogger

 

Wahhh memang gempakk punyalah.. Malaysia's Top Female Blogger sebuah contest oleh Designer terkenal Sandra Azwan .

Kata Sandra.. Kita sedia maklum bahawa blogger seperti Hanis Zalikha, Fatin Liyana, Cik Epal dan Yuyu Zulaikha (these bloggers are truly the spokespeople for a new generation of women) mempunyai personaliti dan cara mereka yang tersendiri didalam arus dunia blog ini dan adakah anda juga memiliki 'x-factor' sama seperti mereka dan yang dicari oleh saya selama ini?

Ha jawap.. jangan tak jawap hehehe.. Nama contest ni gempak, penganjurnya gempak.. Dengar cerita hadiah yang bakal dimenangi pun lagi lagilah gempak dan eksklusif! Rugiiiii kalau tak join contest ni... Tapi contest ni belum berlangsung lagi. Mak Dara cuma nak tolong war warkan aje pada uols tentang contest ni bagi pihak Sandra...

Untuk keterangan yang lebih terang... sila bukak lampu hahaha.. Just kidding.. For more info click the link below.. all the best guys..


Jiran Kampung Nak Bertemu

Tadi Ibu Mak Dara call Mak Dara. Katanya mai la ghumah ni ada orang nak jumpa.. Rupa rupanya jiran lama Mak Dara yang dah 15 tahun tak berjumpa datang kerumah Ibu Mak Dara tu.. Kalau korang nak tahu rumah Ibu dan rumah Mak Dara ni hanya berselang 3 pintu aje.. Dekat kan dekat kan? hehe .. Kalau kata ada dialog "Hantar I kerumah ibubapa I" memang takde masalah sebab tak sampai 30 tapak pun untuk kerumah Ibu Mak Dara tu hahahaha.. 

Berbalik pada jiran yang datang tu.. dah berbelas tahun tak jumpa ni.. Ishh nak jumpa ke tak.. Nak jumpa ke tak.. Bukannya berlagak tak nak jumpa cuma Mak Dara kesiankan dia aje.. Ye la bila dia jumpa dan tengok Mak Dara kompommmm pengsan.. Maunya tak pengsan dulu last time jumpe masa Mak Dara masih di tingkatan 5.. sekarang dah beranak 4.. dulu slim melim sekarang nak bezakan Mak Dara dan peti ais pun susah hahaha..

Hmm... takpelah.. Baik jumpa.. terimalah ku seadanya ye .. Fuhhhhh bismilahhirahmannirahhim....... Mak Dara pergi dulu....huhu

Mak Dara Terima Award

waduhhhhhhhhhhhhhhhh makkk aiiii.. terujaaaaaaaaaaaa tersukaaaaaaaaaa terlikeeeeeee. Mak Dara hari ni. Maunya tak.. Mak Dara telah diberikan satu Award oleh blogger yang gojes, cantik manis.. si Farah Waheda

Haaaaa.. cute kan.. cute kan.. cute kan... Sebenornya award ni dah beberapa hari diberi oleh Farah namun Mak Dara baru hari ni ada free untuk buatkan entri.. Sorry ye dik akak tengah pening buat skrip terbaru akak tu hehehe..

Kata Farah.. Award ni dia berikan pada mereka-mereka yang rajin melawat blog sayer dan tak pernah jemu kowt bagi motivation untuk sayer terus merapu dan meraban di blog ini.

Terima kasih dik kerana sudi memberikan award yang sangat cumillll ini.. Reallyyy appreciate it. Teruskan berblog ye dik... Moh le ramai ramai terjah ke blog si cantik manis ni @ http://thesenoritadiaries.blogspot.com/

Tuesday, April 19, 2011

Rehat Menulis Kejap.. Layan Wrestling Dulu..

Susah beno buat skrip zaman dolu dolu ni.. dah tu kena guna bahasa istana pulak tu.. keliru betul dengan pangkat dan panggilan.. Tuanku, patik , hamba adinda kanda.. perghhhh pening jap..

Dalam drama bersiri PUTERI SALAMIA ni Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie . Jadi kami bahagi bahagikan kerja.. Mak dara buat episod permulaan.. Dia buat episod tengah sampai episod terakhir..

Now nak rehat jap dan layan wrestling jap.. Mak Dara bukanlah peminat wrestling tapi disebabkan hubby minat so layanzzzz aje.. Karang memalam buta le baru sambung balik buat skrip ni..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK