Wednesday, May 25, 2011

Hadiah Teristimewa Dari Yuyu Zulaikha

Ingat tak dulu Yuyu Zulaikha ada buat satu contest.. FERERRO ROCHE Contest.. ingat tak Mak Dara ada beritahu yang Mak Dara adalah salah seorang dari 33 orang pemenang dalam contest tu.. Dan beberapa hari yang lepas Mak Dara terima satu bungkusan...


Happynya Mak Dara bila tengok di belakang bungkusan itu dan melihat pengirimnya adalah dari Yuyu Zulaikha.. Bila buka aje bungkusan tu.. lagi lah happy dibuatnya... 
 

Inilah yang Mak Dara terima hadiah dari Yuyu Zulaikha berupa sebuah selendang yang sangat cantikkk secantik Yuyu Zulaikha jua.. =)


Mak Dara nak ucapkan terima kasihhhhhh kepada Yuyu Zulaikha kerana telah menghadiahkan tudung yg sangat cantikk ni.. Akak sukerrr sangat Dik.. Tengkiuuuuuu.. muahhhh =)


Aritu Akak dah wish di FB wall adik tapi hari ni akak nak ucapkan sekali lagi.. HAPPY BELATED BIRTHDAY DIK!!!! semoga adik ceria ceria selalu ya =)

SEDEY MAK DARA DIBUATNYA

Sedey memang sedey.. Maunya tak sedih.. Dah dua hari Mak dara berjalan jalan dari Sungai Wang, Berjaya Time Square ke Pavilion dan berpuluh lemon kedai baju yang Mak dara pegi tapi takde baju yang sesuai untuk Mak Dara .. Baju untuk jalan jalan tu banyaklah tapi baju untuk dipakai Mak Dara masa shooting video klip bersama D'ADZA dan Man Maharajalawak Jumaat nanti takde..

Semua baju yang cantik cantik, yang stylo milo tu memang banyakkk tapi semua untuk saiz badan besar patung kat kedai baju tu je.. Semua saiz kecik kecik aje.. Kalau yang bersaiz besar semuanya style macam ala ala ahso ahso dan untuk makcik makcik aje.. Itu ok lagi.. Ada satu kedai tu.. Mak Dara baru aje masuk dan pegang aje baju tu tetiba salesgirls tu datang depan Mak Dara dengan mata menjeling dengan penuh sinis terus cakap "sorry aa ini saiz kecik saje saiz orang besar besar takde' mak aiii rasa macam ada orang rentap aje hati Mak Dara ni.. oohh pedihnya terasa .. Kalaupun takde saiz.. tak boleh ke cakap elok elok sikit.. Hmmm inilah nasib orang gemuk macam mak dara ni... hmmm sedeyy sedeyyy..



Tuesday, May 24, 2011

Dah Jatuh Di Bawah Tangga

Bak pepatah Dah jatuh ditimpa tangga.. tapi dalam Mak Dara punya kes ni lebih kepada dah jatuh di bawah tangga hehe.. kisahnya pasal digi WWWOW award tu lah.. Dalam dua tiga hari ni entah kenapa Mak dara tak boleh bukak side ke link utk Vote mak dara tu.. tup2 hari ni bukak dah boleh tp sayangnya mak Dara dah jatuhhhh dari tangga keempat dah jadi tangga kelima.. uwaaaa sedey2..

Pada yang sokong Mak Dara please please please le undi Mak Dara ye.. pweaseee (sambil buat mulut kembong mata bulat ala ala nak kasi nampak comel hehe) plssss support me.. pada yg vote tolong habaq mai kat Mak Dara ye.. tangkiuuu sayang korang ketat ketat

klik di SINI yer..

ROMANTIK SAMBIL BUAT KERJA

Sapa kata kalau tengah buat keje tak boleh beromantik hehehe.. Contohnya suami Mak Dara ni sekarang tengah sakan nak habiskan membuat skrip drama terbarunya bertajuk PELITA.. sebuah kisah cinta yang menyayat hati.. So untuk mendapatkan mood romantik maka dipasangkan semua lagu lagu AIR SUPPLY dalam koleksinya tu.. Wahhh kompomm romatik punyalah semua babak babak dalam skripnya tu nanti.. =)

Mak Dara yang tengah layan blog pun terbuai buai ngan lagu lagu jiwang ni.. kuyu mata dibuatnya hahaha.. Jom layanzz Air Supply sama sama jomzzz


amik tajuk entri ni dan linkkan ke entri ini..



Salam dan selamat pagi sumer.. Ok Kalau dah tengok header kat atas tu taulah apa maknanyakan.. Kompomm le Mak Dara nak join Segmen Ben Ashaari =)

Rasanya nama mak Dara boleh dijadikan satu watak dalam filem NUR KASIH.. memang oklah mungkin boleh jadi watak makcik makcik busybody dan suka mengumpat tu kan.. Cuba bayangkan pulak nama Mak Dara dalam filem PIRATES OF CARRIBEAN . pastu watak Mak Dara jadi salah satu karektor di sebuah pulau di mana Mak Dara atau "MEK DERE" ikut loghat Jack Sparrow hehe telah bertemu dengan dengan Jack Sparrow ketika dia berlabuh di sebuah pulau terpencil didunia.. Mungkin dalam filem tu Mak Dara  dah jadi rupa macam sotong macam si Barbosa tu haaa itu pun ok gak

Tapi kalau boleh nama Mak Dara nak satu kelainan.. Kalau boleh Mak Dara nak nama Mak Dara jadikan dalam satu watak dalam filem FAST AND FURIOUS 5 : FAST 5!! Bayangkan Mak Dara berkain batik sambil racing bawak kete evo. Perghhh kompom orang akan ingat karektor tu sampai bila bila hahahahahahahaha .. pastu cuba imagine poster film dia kalau mcm ni




HAHAHAHAHAHA..... Adess angin meroyan Mak Dara dah sampai dah haha Err adeke producer atau penulis skrip yg sanggup nak pilih Mak Dara ni keke

Ada Orang Hack Blog Mak Dara

uik... header dah berubah.. Dari gambor header biasa pegi balik ke header yg animated tu.. Memang sebelum ni Mak Dara ada tempah header kasi dia animated bergerak gerak gitew tp sebabkan dengan adanya animated header tu blog Mak Dara lambat dan berat nak load maka Mak Dara pakai semula header Mak Dara yg dulu tu.. yang tak bergerak gerak.. Tup tup malam ni dah bertukar header pakai yg animated punya pulak... (Ok dah tukar balik ke header lama)

pastu dari boleh post 5 entry sekarang boleh post 2 entry aje...

 Pada yang pakar tolong tunjuk ajar sikit.. Mak Dara ni mmg betul2 rabun IT.. 

Uishhhh baik tukar password sekarang!! Sapa punya keja lah ni!!!!!


Monday, May 23, 2011

BIAR RAHSIA

alamak dah setengah dah huhu.. Apa yg terlepas? hehe Drama hasil skrip Mak Dara tajuk BIAR RAHSIA sedang ditayangkan kar RTM1 sekarang.. tinggal lagi setengah aje lagi ni hehe.. Takpe bg yang terlepas tu esok pun ada lagi hehe kalau free2 tu layanz le ye.. =)



Tontonlah drama BIAR RAHSIA hasil skrip Mak Dara, Martias ALi & Adza Emie di RTM1 pkl 9:00 mlm ini




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK