Wednesday, June 1, 2011

Sedih menonton Arwah Din Beramboi di Astro Prima

Bila gambar gambar di TV kurang besttt maka jarini pun mula lah menggatal nak picit picit aje remote control tu.. Tetiba jari terhenti. Mata terpusat di kaca TV.. Rancangan RAJALAWAK 4 diulang tayang di ASTRO PRIMA sekarang ni.. 


Sedih melihat arwah ketika itu bergurau senda bersama para peserta dan terutama sekali bersama teman sejuri dengannya iaitu Bob lokman dan Afdlin Shauki.. Kalau kita sedih.. bayangkan bagaimana perasaan isteri dan anak anak beliau.. pasti lagi terasa kan.. Hmmmm marilah kita sedekahkan Al fatihah kepada allahyarham Din Beramboi semoga dia ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Al Fatihah...

ANAK

Di satu kawasan tanah gersang, di bawah terik mentari, beberapa insan kelihatan mengendong anak. Namun, seorang wanita meratapi kematian anaknya yang baru saja dikebumikan. Apa yang berlaku menimbulkan pelbagai persoalan di kotak fikiran. Apakah yang sebenar terjadi kepada anak itu. Lebih menghairankan, tiada sebarang tumbuhan seperti pokok kelihatan di sekitar bandar raya. Apakah situasi ini adalah gambaran masa depan dunia menuju kemusnahan akibat pembangunan pesat?


Segala apa yang berlaku menjadi plot yang ingin disampaikan menerusi filem pendek ANAK, arahan Martias Mohd Ali iaitu suami Mak Dara hehe dan terbitan oleh En Amru Najmi dari syarikat Two Tones Sdn Bhd. Berbeza di dunia realiti, karya suami Mak Dara kali ini secara simbolik menggambarkan kemusnahan alam sekitar merujuk kepada isu pemanasan global. isu yang ingin diketengahkan membawa mesej penting setiap anggota masyarakat perlu menjaga alam sekitar. Menyampaikan isu global ini pada penonton, anak dijadikan subjek yang sebenarnya adalah pokok. Mungkin ada yang terpinga pinga dan tak faham apa yang Mak Dara maksudkan.. Kalau nak lebih fahami tontonlah filem pendek ini ya =)



Dah tengok? Apa pendapat anda tentang filem pendek ini ? =)

Blogger Blogger Ini Membuatkan Ku Terharu

Memang Mak Dara betul betul terharu dengan blogger blogger ini.. Mereka adalah Blogger Isteri Encik Bard dan Blogger khaleysa ellyana kerana sudi mempromote contest yang Mak Dara sertai iaitu DiGi WWWOW Award kategori Top Kay Poh di blog mereka.. Cuba tengok...


khaleysa ellyana's blog


Untuk teman Mak Dara blogger LIZA AB.. terima kasih kerana sudi vote Mak Dara dengan menggunakan 12 akaun setiap hari.. U really help me a lot sis.. tks you =) jom klik di SINI vote utk liza setiap hari  
Liza @ Adzriel AB

Terima kasih Liza..IEB aka Sue dan Khaleysa kerana sudi promote untuk Mak Dara!! Mak suka suka suka! Clap clap clap! Mak dara juga nak ucapkan terima kasih semua blogger yang sudi vote utk Mak Dara.. memang Mak dara terharu dan amat amat berterima kasih atas bantuan anda tu.. From the bottom of my heart.. I thank you!! 

Untuk tolong vote untuk Mak Dara klik di SINI ya..=)

Tuesday, May 31, 2011

Biar Rahsia

Sendiri tulis skrip.. sendiri boleh lupa bila drama ditayangkan di TV adoyaii hehehe.. Ok Malam ni tak nak lepaskan tengok drama BIAR RAHSIA yang Mak Dara tulis skripnya yang akan ditayangkan di RTM1 pukul 9 malam ni.. Dah tak tau episod ke berapa dah sebab banyak dah episod yang Mak Dara terlepas hehehehe

Drama bersiri ni akan keudara dari setiap hari Isnin hingga hari Selasa. So kalau uols free free tu sudi sudilah layanz yer =)



Nama nama watak dalam cerita ni habis mak dara pakai nama anak anak, adik beradik dan nama kawan kawan Mak Dara di FB.. Terbaru Mak Dara masukkan nama blogger Ben Ashaari, Rose, dan Isteri Encik Bard dalam drama terbaru Mak Dara.. Mungkin lepas ni Mak Dara masukkan lebih banyak nama blogger dalam drama Mak Dara yang akan datang.. Insyaallah =)


Jangan Biarkan Sampai "Anak" Itu Mati...

Anak... Anak adalah satu anugerah.. Jangan abaikan anak... bertanggungjawaplah terhadap anak dan sayangilah anak.. Mak Dara nak cerita tentang "ANAK" sebuah filem pendek arahan suami Mak Dara, Martias Ali terbitan En Amru dari syarikat Two Tones Sdn Bhd..

ANAK

Filem pendek ini telah memasuki beberapa festival filem dan terbaru telah memenangi Golden Halo Award, Script International Film Festival 2011 di Kerala India

suami Mak Dara tengah menerima anugerah =)

Mak Dara dan suami di Script International Film Festival 2011 di Kerala India
(bangga wooo pakai kebaya di majlis di luar negara hehehe)

paper cutting Harian Metro

paper cutting

paper cutting

Klik di SINI untuk menonton video filem pendek ANAK..diakhirnya anda akan faham dengan maksud "Jangan Biarkan Sampai "Anak" Itu Mati..."


Mencari pengacara rancangan wanita bertudung

Selamat tengahari... Ni Mak Dara nak sampaikan panggilan ujibakat/casting khas buat wanita wanita bertudung... Tapi apakata sebelum tu tolong klik di SINI dan undi Mak dulu.. boleh hehe tengkiuu

Ok.. ceritanya begini...Teman Mak Dara Mohd Yusof Bin Harun dari group CASTING sedang mencari pengacara rancangan wanita bertudung.. sesiapa yg berminat boleh hantar profile ke 

yusmanja@gmail.com


Pada yang minat nak berlakon tu boleh le join group CASTING ni. Di sana hampir setiap hari ada diumumkan  casting call / panggilan ke ujibakjat..


Klik di SINI untuk ke group ini ya =)

Putuslah Harapanku..

Putuslah harapanku.. seperti lagu 60an tu begitulah perasaan yang melanda Mak Dara sekarang.. Memang putus harapan.. putus anganan.. dan hampir hampir putus urat kentut.. waaaa itu takle kot huhuhu.. Tapi memang Mak Dara KUCIWAAA.. maunya tak.. ku sangka 5 rupanya 6... Apa yang lima apa yang enam? Ini bukan dialog dalam madu 3 ya.. Ini betul betul kejadian. cetengok di bawah..


Ya.. itulah yang terjadi.. Dari tangga ke 4 jatuh ke tangga ke 5 dan hari ni ke tangga ke 6.. Sedih dibuatnya.. Oh wahai le sahabat sahabat ku.. Memang Mak Dara tau anda pun dah letih mendengarnya tapi Mak Dara nak minta jua sekiranya sudi undilah diriku ini di SINI ya.. kerna den sangat memerlukannya..terima kasih semuaaaa... jap nak sambung nanges balik uwaaaaaa =|

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

rokok

 AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! 

Pada yang belum tidor lagi jom join segmen Ben Ashaari "Santai Bersama BEN ASHAARI: Segmen 24 jam !" Jom ramai ramai katakan TAK NAK kepada rokok dan NAK join kempen ini.. =)

Monday, May 30, 2011

Mak Dara & Suami dijemput Ke Majlis Jamuan Teh Diraja

Wahhhhhh gumbiranya rasa dihati.. Rasa bertuahhh sangat sangat.. Maunya tak suami Mak Dara, Martias Mohd Ali dan Mak Dara mendapat jemputan ke Majlis Jamuan Teh Diraja sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, bertempat di Istana Negara pada 4 jun depan..



Wahhh teruja ni nak masuk istana.. Tengok kad jemputan tu siap ada gambar gambar pakaian yang dibenarkan dan pakaian yang tak dibenarkan untuk para tetamu yang akan hadir di majlis itu nanti.. Ni tak boleh jadi ni.. Nak kena gi beli baju kurung yang baru ni..yang sesuai untuk dipakai ke istana nanti .. Wahhhh terujaaaaaaaaaaaaa =)

Chef Wan Bakal Timang Cucu Lagi..

Wahhh pasti gembira Chef Wan dikala ni bila dia akan menimang cucu baru tak lama lagi. Mak Dara dapat tahu ni pun dari fanpage anak Chef Wan sendiri iaitu Serina..



Di fan page tu Serina menyampaikan berita gembira bahawa dia sedang berbadan dua. Dan kandungannya kini baru mencecah 1 bulan.. Tahniah untuk Chef Wan, Serina dan suami kerana bakal menerima orang baru tahun depan. Sebelum ni Serina telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Tristan Tareef dan sekarang Tristan bakal bergelar abang..

gambar dari google

Mak Dara nak ucapkan tahniah kepada seluruh keluarga Chef Wan terutamanya Serina dan suami ya.. Hmm adik Mak Dara, blogger SUPER IBU pun baru juga mengandungkan anak keduanya dan sekarang pun baru sebulan.. Entah entah  mereka akan lahir pada bulan yang sama agaknya kan  =)



Sunday, May 29, 2011

Kung Fu Panda Memang Best!!

Mak Dara baru balik dari menonton wayang Kung Fu Panda 2 bersama family sebentar tadi di Wangsa walk Mall.. Apa yang Mak Dara dapat katakan tentang filem ni adalah.. BESTTT!!!


Memang tak rugi menonton filem ni.. Ada suka ada duka.. Mak Dara paling suka babak masa PO masih baby.. Mak aiiii cuteeeenyerrrrr... Memang cukup cukup menghiburkan. Pada yg belom tgk lagi jangan le lepaskan pelkuang menonton film ni tau.. =)

Bila Suami fan Barcelona VS Isteri fan MU

Haaa ni nak citer sikit pasal Suami VS Isteri... Cerita kisah benar ni.. Akceli kisah Mak Dara dan suami.. Kisahnya bila suami Mak Dara fan Barcelona dan Mak Dara fan MU.. Masing masing sibuk nak menang . Mula tadi barcelona dah jaring 1 gol.. bukan main tersengih aje cik Abang Mak Dara tu.. Tup tup tak baper minit pastu Rooney pulak score satu gol.. Mak Dara pulak yang tersengih...

Tapiiiii lepas tu.. diorang masuk lagi.. masukkkk lagi.. ayakkkkk kalahhhh 3-1 uwaaa.. Hmmmm yang bestnya teman Mak Dara di FB yg memang dari team team yang terdahulu kecundang tetiba malam ni dah jadi team Barcelona.. Adesss hehehe takpe asal uols bahagia hahaha.. takperlah sekurang kurangnya MU sampai jugak ke final kan.. Ok nak sambung jerit balik.. uwaaa=p

Saturday, May 28, 2011

Penyanyi Sean Kingston Kemalangan dan Cedera Parah

Siapa tak kenal dengan penyanyi Sean Kingston kan yang menyanyikan lagu hitsnya "FIRE BURNING" tu.. Khabarnya Sean kemalangan semasa sedang menaiki jet ski di sebuah pantai di Miami bersama seorang rakan wanita. Jet ski yang dipandu oleh Sean dikatakan telah melanggar sebuah jambatan.

Sean Kingston: Seriously Injured in Jet Ski Crash

Kesiankan.. muda lagi Sean ni.. Kalau tak silap mak Dara umurnya baru 18-19 tahun macam tu.. Oleh kerana kecederaan yang dialami oleh Sean amat parah dia kini dirawat di wad trauma. Moga moga dia cepat sembuh...

Belakang Tabir Video Klip D'ADZA bersama Man Maharajalawak =)

Adoyaiii.. Dah berkurun rasanya Mak Dara tak duduk depan kamera.. Sekali semalam Mak Dara dan adik beradik Mak Dara (D'ADZA) kena shoot video klip untuk lagu APA KAU RASA bersama Man Maharajalawak.. Berderau jugak darah ni dibuatnya.. Tapi Man memang betul betul tarak sombong punya.. Memang best dan sempoi shooting dengan dia..

Video klip ini juga akan dimasukkan di dalam drama "MAN POS MASUK KAMPUNG" lakonan Man. Hari ni diorang akan sambung shooting di Terengganu.. Ni beberapa gambar di belakang tabir Video Klip D'ADZA lagu APA KAU RASA bersama Man=)

Adza Rina adik Mak Dara sedang dimakeup

Krew penerbitan sedang set up set

Mak Dara tengah buat rambut sambil adik adik yang lain tenggah tunggu untuk dimakeup

Abang Yusof Kelana (director) sedang bincang bersama
Adza Yanie(kakak Mak Dara) dan Mak Dara

Abang Yusof sedang bincang bersama Adza tuty(adik) Adza Yanie & Mak Dara

D'ADZA bersama Man Maharajalawak posing sebelum mula shooting =)
(Mak Dara paling kanan hehe)

Ini gambor gambor sebelum mula shooting... Nanti nanti Mak Dara upload pic yg tengah shooting ye =)

Friday, May 27, 2011

BALAS Tersingkir MAHARAJALAWAK

BALAS telah tersingkir dari MAHARAJALAWAK minggu ke 9.. Memang sayang sekali.. Sebab dah terlalu hampir untuk ke final Maharajalawak.. Nak buat macam manakan.. Mungkin dah takde rezeki..




Persembahan BALAS malam ni dengan artis undangan mereka Ngasrizal Nazri mungkin tak ngam..Takpe walaupun tersingkir kompom kompommm dah ramai pihak producer yang sedang menanti untuk mengambil BALAS untuk membintangi drama drama mahupun filem mereka.. Mak Dara ucapkan all the best semoga berjaya dan terus berjaya...

Apa apapun jangan lupa terus mengundi Nabil dan Jozan ye =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK