Friday, June 3, 2011

Di Mana Nak Beli Domain?

Ya.. Entry Mak Dara hari ni entry membawa hajat besarrrr.. Bukan berhajat nak masuk meminang ye tapi hajat nak membeli domain.. Wahhhh tinggi betul hasrat dan hajat ku ini kan kan kan.. Hajat tu tinggi tapi buta IT .. Jadi sebab tu lah nak tanya pada kengkawan dimana nak beli benda alah domain tu.. Ada sesiapa yang jual atau boleh tolong belikan atau tolong bagitau kat mana untuk beli.. pastu lepas guna tu blog kena pakai wordpress ke..


Pada sesiapa yang dah pakain domain sendiri tu tolong le explain sikit pada Mak Dara yang tak berapa celik IT tapi berhajat tinggi ni bolehhh.. hehe sambil membuat muka pipi kembung mulut muncung hehehe

Entry Istimewa Untuk Blogger Istimewa

Yup.. Blogger ini memang istimewa.. Dia banyak memberi sokongan pada blog Mak Dara sedari mula Mak Dara berkecimpung dalam dunia blog ni.. Boleh dikatakan setiap entry yang Mak Dara post kan pasti beliau akan tinggalkan komen.. Fuhhhh susahhhhhhh nak dapat teman blogger yang best macam dia.. Tahu siapa yang Mak Dara cakapkan? Orangnya ialah...


Ya betullll.. tak lain dan tak bukannnnn.. drum rolll please.. Adik Taufik Ariffin atau nama yang lebih dikenali ramai Top Imagine!!! Dan hari ni 3hb Jun adalah hari ulangtahun kelahirannya!! Sebab tu Mak Dara buatkan entry Istimewa ini untuknya.. Moh nyanyi ramai ramai jommmm...

Happy Birthday to you...

Happy Birthday to you...
Happy Birthday to TOP!!! 

Happy Birthday to you.....
Happy buffday dik!!!!!!


Selamat harijadi dik.. Semoga dimurahkan rezeki dan sihat selalu.. Terima kasih kerana selalu support akak selama ni.. Adik memang terbaekkkkk lah.... Klik di SINI jika nak ucapkan Happy Birthday kepadanya =)


ber"SONGKOK" di hari Jumaat

Salam Jumaat kepada rakan rakan blogger sekelian... Mak Dara nak war warkan yang drama bersiri "SONGKOK" akan  ditayangkan di RTM1 pukul 3:30 petang ni (Jumaat).. Pada yang free free tu kalau sudi tontonlah drama hasil tulisan skrip Mak Dara ni yer...


Idea asal drama ni dari Mak Dara dan Mak Dara tulis skrip ini bersama suami Mak Dara Martias Ali, Adik Mak Dara Adza Nasya emie dan teman kami MF Kencana.. Skrip Drama ni adalah Skrip ke 58 yang telah Mak Dara tulis..

Kalau sudi tu tengok le drama ni yer =) Kalau nak tahu sinopsis panjang lebar tentang drama ni klik di SINI yer =)


Semua Dah Siap.. Tunggu Untuk Dipublishkan Aje

Yup.. Esok Mak Dara akan sibukkkkk membuat persedian terakhir untuk pergi ke Majlis Jamuan Teh Diraja 4hb Jun nanti (esok) ..

Syukur dah beli baju kurung baru petang tadi dan suami Mak Dara pun dah beli baju melayu dan songkok baru .. terasa macam nak sambut raya pun ada hahahaha.. Esok mak gi cari selendang pulak.. Sebab dah ditetapkan pakaian tetamu wanita kena pakai selendang atau bertudung.. Rasanya Mak Dara nak gi bertudung kot.. Insyaallah... 

So untuk langkah berjaga jaga.. Mak Dara dah siapkan beberapa entry untuk esok selama Mak Dara takde.. Kira semuanya dah siap tunggu untuk di auto publish kan aje... Tolong tengok tengokkan blog Mak semasa Mak Takde bolehhh ? hehehe terima kasih anak anak hehe rasa macam cekgu pulak hahaha

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK