Wednesday, June 8, 2011

Terkomen Kawan Suami

Uwaaaaaaaa sebelum Mak Dara nak mulakan apa apa.. biar Mak Dara hentuk2 dulu kepala di dindingg pastu jerit sekuat kuatnya untuk 753987 saat...pastu nak menyorok bawah meja ni ha..  ishhhhhhh memang sengal betul.... Ok tolong imaginekan babak ini ya... Mak Dara tekan  "home" di FB.. ada banyak news feed yang keluar.. yelah friendlist dalam blog dah 4000 lebih dah nak cukup kuota dah.. pastu dalm banyak banyak tu keluar lah sekeping gambor. Memang Mak Dara kenal benar gambar ni.. Gambar ni Suami Mak Dara yang upload ke FB sehari sebelum tu.. Rasa bersalah pulak bila teringat yang Mak Dara belom komen gambar dia tu.. Takut dia terasa pulak.. Jadinya dengan lajuuu dan pantassss terus Mak Dara menaip.. "So proud of you laling" .. pastu tekan enter.. then terus baca news feed yang lain. Hairan jugak kenapalah laki Mak Dara ni tak balas komen Mak Dara.. Merajuk ke.. Hmm Mak Dara  biarkan aje lepas tu mula le kembali berbloging seperti biasa...

TUP TUP hari ni baru Mak Dara perasannnnnnnnnnnn... gambar yang Mak Dara komen tu memang suami Mak Dara yang uplaod tapi telah di share oleh kawannya!!!!!!!!!!!!!!!!!! kiranya mak dara "berlaling" dengan kawannyalah... Ahhh sudahhhhh... sengal+bengap+blur++++++ semuanyalah... Jap nak hentuk kepala kat dinding sikit je lagiiiii... Apa lagi Mak Dara terus remove komen Mak Dara tu sambil tangan menggigil... Aduss malunya.. Kompom kawan suami Mak Dara dan isteri dia ingat Mak Dara ni nak menggatalkan huhuhu.. Kalau Mak Dara pun tetiba ada orang tulis laling kat wall suami Mak Dara mau bukak kuda kuda terus.. Aduss apa nak buat! Last last mak Dara beranikan diri.. gi balik kat gambor tu dan explain everything dan mohon maaf.. Syukur alhamdullilah kawan suami Mak Dara ni memang dah sangka yg Mak Dara dah salah komen dan dia faham.. Fuhhhhh lega... Dah semua settle Mak Dara pun bagitahulah pada suami Mak Dara pasai insiden ni.. Dia bantai gelak je... Uwaaaaa ..

Ok pengajarannya disini.. Cakap siang pandang pandang.. Lain kali tulis komen tu waktu tak ngantuk di tengah siang.. errr bolehke.. ahh bantai ajelah... Adusss nak masuk bawah meja balik lah huhuhuuhu

JOM KRITIK BLOG AKU !

Santai Bersama BEN ASHAARI

Errrr jap tarik nafas dulu.. lepas.. Nak pikir jap.. betul ke nak join.. Ada berani untuk mendengar kebenaran.. Ishh tapi selagi tak berani selagi tulah berada di takuk yang lamakan.. Jadi dengan  perasaan separuh berani dan separuh kecut Mak Dara menjoinkan diri sertai segmen Ben Ashaari JOM KRITIK BLOG AKU !

Tenangkan hati... Bukakan minda... Buang semua aura negatifiti dan silalah beri pendapat yang ikhlas seiklasnya mengenai blog Mak Dara ini yer.. 

PENDETABUROK Membuka Langkah..

Hiahhhh Haip haip.. hiahhhh... Haaaaaa ini hari ni Mak Dara nak bukak kuda kuda sebagai pembuka kata.. Amacam ada gaya tak? hehe kompom sumbang kan haha.. Hehe bertenang .. Angin meroyan Mak Dara dibawah paras tahap bahaya hari ni.. So dont be khuatir ya semua hehe.. Okeh.. Mak Dara nak bercerita tentang PENDETABUROK.. Pasti ada yang tertanya tanya.. Apa dan siapakah PENDETABUROK ni kan.. Sebenarnya PENDETABUROK adalah blogger baru.. Dan pemilik blog ini adalah ayah Mak Dara iaitu En Adenan Arshad.. Haaa jangan tak tau.. hampir seluruh isi keluarga Mak Dara dah demam berblog dah gara gara Mak Dara le ni hehe..



Ayah Mak Dara ni memang penggemar semua bacaan bahan bahan sejarah melayu.. Dan sudah semestinyalah permulaan blognya dimulakan dengan entry entry mengenai sejarah..

Ayah dan Ibu Mak Dara (Adenan + Zaleha = ADZA)

PENDETABUROK, Mak Dara pun kurang yakin kenapa Abah Mak Dara nak gunakan nama tu.. Dah dia minta Mak Dara buat, buat ajelah kan.. So pada penggemar sejarah bolehle singgah ke blog abah Mak Dara di SINI ye.. =)

Tuesday, June 7, 2011

Pengarah Terkenal Sedang Mencari Pelakon Bakat Baru

Salam semua... Hmmm Mak Dara nak tanya.. Ada yang minat berlakon? Kalau ada memang baguslah.. Kenal tak dengan pengarah filem terkenal iaitu Encik Azizi Chunk Adnan . Alah yang dulu mengarahkan drama bersiri AWAN DANIA 1st season.. Pastu arahkan filem KAPPOWW dulu tu dan banyak lagilah.. Haa itulah orangnya.. 

Azizi Chunk Adnan

Mak Dara nak war warkan disini bahawa teman Mak Dara ni iaitu Azizi Chunk sedang mencari bakat bakat baru untuk drama bersiri komedi English terbaru beliau.. Nak tahu kriteria yang diperlukan.. Ada dibawah ye

1) Boleh berbahasa Inggeris
2) Berumur 10-60 tahun
3) Kelakar dan selamba
4) terbuka kepada semua kaum (Cina, Melayu, India dan lain lain)

Encik Azizi bakal mengadakan ujibakatnya pada 13-14 Jun depan di Fuzestudios Sdn Bhd, Damansara Perdana Business Center.. So kepada sesiapa yang berminat bolehlah PM beliau di blog beliau secepat mungkin ye.. Klik ke SINI untuk ke blog beliau..

Mak Dara Di Jamuan Majlis Teh Diraja part 2

Yaaa bertemu kita kembali ke rancangan bersama Mak Dara.. hehehehe perasan kejap.. Ok ni sambungan kepada part 1 semalam.. Bukan sengaja nak buat part 1 part 2.. Gambor banyak nak buat satu entry karang pening pulak nak tengok kan hehehe.Pada yang nak baca entry part 1 mak Dara semalam boleh le klik kek SINI ye hehe..Dimana berenti tadi ek.. Ok.. Pada pukul 4 petang YDP Agong dan Permaisuri serta semua VVVIP tiba..

ketibaan YDP Agong dan Permaisuri serta semua VVVIP

Setelah nyanyian Negaraku dinyanyikan maka acara pun bermula.. Acara apa lagi kalau bukan acara makan kan.. Perghhh beratur punyalah panjangggg.. Tapi berbaloi sebab makanan yang disediakan oleh Hotel Istana tu memang sedap sedap belaka terutamanya satay.. tapi cuma buah buahannya aje yang sedikit masam.. Mungkin dah dipotong dari semalam agaknya.. hehe

beratur untuk mengambil makanan

Mak Dara dan Maggiboy menjamu selera
nasib baik takde dijamu Maggi kalau tak kompom anak mak dara beratur plg depan haha

Suami Mak Dara dan satay hehe

Ziana Zain dan Aizad dipanggil untuk membuat persembahan di majlis itu.. Memang sedap gilaa suara Ziana Zain bila dengar live. Aizad pulak dah semakin slim melim dah.

.
Aizad sedang membuat persembahan

Ziana Zain turut membuat persembahan di majlis itu.



Tengah layan lagu nyanyian Ziana Zain =)

Jam menunjukkan pukul 5 lebih. Ramai tetamu yang dah gelisah nak balik . Tapi tak seorang pun dibenarkan balik selagi YDP Agong belum berangkat.. Betullah tu.. Dah datang ke event baginda takkan nak balik sebelum dia kan.. Kene le hormat betul tak. Akhirnya dihujung acara semua yang hadir dibenarkan untuk bersalaman dengan YDP Agong, Permaisuri dan def def terhormat.

YDP Agong dan Permaisuri serta semua VVVIP sedang bersalaman dengan tetamu

YDP Agong berbaju melayu kuning air

YDP Permaisuri Agong bertudung kuning

Mak Dara tengah nebes sambil beratur untuk bersalaman bersapa YDP Agong & Permaisuri

Maggiboy tengah suspen.. Giliran dia dah dekat 

Dan syukur alhamdullilah Mak Dara , suami dan anak dapat bersalaman dengan semua mereka.. Terus hilang rasa letih tu.. Wajah YDP Agong dan Permaisuri tersenyummm aje... Naik menggeletor juga dibuatnya masa Mak Dara nak pegi salam tu.. Kekok juga nak menyembah daulat tu.. Ye lah ni first time le katakan..

Mak Dara dan suami baru selesai bersalaman dengan YDP Agong dan Permaisuri
PM & Wife.. Dua dua muka letih sebab beratur panjang hehe


Muka exited lepas selesai bersalaman hehe




ramaikan yang hadir..


Selalu lalu aje depan istana.. Sekali masuk istana wahh seronotnyer hehe


Wahhh anak Mak Dara ni buat laman di istana tu macam laman kat rumah dia pulak
siap jalan jalan lagi.. adoyai hahaha






Para pengawal sedang bersiap sedia untuk keberangkataan YDP Agong


Semua menunggu untuk melihat YDP Agong berangkat pulang





YDP Agong dan Permaisuri sedang berjalan untuk berangkat pulang



YDP Agong sedang berjalan untuk berangkat pulang


YAB Dato Seri Najib sedang berangkat pulang


YAB Tan Sri Mohyidin Yasin sedang berangkat pulang

Akhirnya bila dah semua selesai maka YDP Agong dan permaisuri serta semua VVVIP beredar maka semua pun bersurai le termasuk Mak Dara..

dah selesai.. masa untuk pulang


Memang satu pengalaman yang amat bernilai lah.. Harap harap tahun depan dapat undangan lagi hehe.. Dibawah ni ada clip dari majlis itu.. 

Video Mak Dara di majlis itu

keadaan di akhir majlis

Sekian terima kasih kerana sudi membaca entry Mak Dara yang panjang tak hengattt ni yer hehe

MAK DARA NAK TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG DENGAN MEREKA MEREKA INI =)

Salam dan selamat sejahtera.. bertemu lagi didalam rancangan mencari jodoh.. Ehhh bukan ek hehehe.. Nak kene sekeh juga Mak Dara dengan incik hubby karang ni haha.. Ok semalam Mak Dara dah sertai segmen Ben iaitu segmen JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG .. Ok Maka disini Mak Dara sudi nak bertukar dengan para blogger blogger ini iaitu...






Terima kasih yer kerana sudi nak bertukar suka sama suka link dengan Mak Dara.. Ini untuk hari ni.. mungkin akan ditambah lagi nanti insyaallah... Jom kasi tukarrrrrr 

Kursus Penulisan Skrip TV & Filem bahagian UTARA


Bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang penulisan skrip atau mahu memperlajari teknik penulisan dan pemasran skrip Tv dan Filem di jemput untuk menghadirkan diri di UITM Pulau Pinang pada 18-19hb June dari jam 9pagi - 5 petang.


Kursus ini akan di kendalikan oleh suami Mak Dara, Martias Mohd Ali dan Zaidi Omar dan di anjurkan oleh FINAS. Yuran sebanyk RM 150 (Pelajar cuma RM100) termasuk makan minum serta siji penyertaan dari FINAS.



Sila hubungi Cik Habibah di bahagian latihan FINAS di talian 03-41041300 atau hp 018-2099747 (Habibah) 014-3729561 (Martias ALi) untuk pendaftaran.

Wanita dikafankan namun masih hidup mengganggu Mak Dara

Masyaallah... tak pernah terjadi dalam hidup Mak Dara selama ni.. Semalam Mak dara diganggu didalam mimpi.. Dalam mimpi tu seorang wanita tua yang sedang dikafankan oleh beberapa orang wanita namun dia masih hidup dan meronta ronta untuk membuka kafannya tu... Dia mula memanggil manggil Mak Dara.. Katanya dia nak serahkan "benda" pada Mak Dara.. Mak Dara cuba untuk tidak menerima apa yang diserahkan tu tapi tiba tiba rasa badan Mak Dara lain macam.. Rasa panasssss.. Kepala Mak dara terus pening dan Mak Dara terus menjerit... Masyaallahhhhhh.. punya lah reallll mimpi Mak Dara tu.. Sampaikan Mak Dara terjerit jerit dalam tidur sehinggalah suami Mak Dara kejutkan Mak Dara.

Memang tak pernah mimpi sengeri itu dalam sejarah hidup Mak Dara.. Maka Mak Dara terus bertanyakan pada teman teman Mak Dara.. Ada yang kata ada orang nak hantar benda tak baik dan bertujuan tak baik kepada Mak Dara.. Ada pula yang kata kemungkinan dalam keluarga Mak Dara ada mempunyai Saka dan kini sedang mencari tuan..Ish setahu Mak Dara dalam keluarga takdelah benda benda macam tu.. Masyaalllah... takutnya mak dara dengar.. Tapi kata suami Mak Dara semua mimpi hanyalah mainan syaitan.. Lain kali Mak Dara akan membaca sebanyak mungkin ayat ayat dan doa doa sebelum tidur.. Tolong doa doakan semoga tiada apa apa yang buruk menimpa Mak Dara ya.. :(



Blog Mak dara berada di dalam Bloglist Ben Ashaari!!!!

Makkkkk aiii.. rasa nak menjerittt pun ada.. Nak terkinja kinja pun ada.. Tapi Mak dara kena maintain cool karang anak anak cakap Mak Dara ni dah dapat balik sakit meroyannya.. tapi tak kiraaaaa... Nak menjerittt jugaaa.. Kenapa? kerana ini!!!!!


Ya betul.. Sila jangan betulkan kaca PC dan laptop anda.. Ini bukan cobaan ini benar benar kejadian.. Blog Mak dara berada di dalam Bloglist Ben Ashaari!!!! Wahh terharuu .. Sukaaa.. Clap Clap.. Clap.. Tak sangka dengan menyertai segmen Saya nak boleh ? dan dengan jawapan...KENAPA Ben Ashaari PATUT LETAK BLOG MAK DARA DALAM BLOG LIST DI BLOG BELIAU sebab Mak Dara nak juga blog blogger "kertu" macam mak Dara dapat diterima dan dibaca oleh semua.. Ye lah sekarang siapalah sudi nak dengar celoteh makcik makcik macam Mak Dara ni.. Semua nak baca blog dari blogger yang mantop bergotah jo kan hehe.. Kiranya Mak Dara dipilih tu dapatlah mewakili beberapa peratusan bagi blogger blogger dari kaum "kertu" , kaum ibu ibu dan juga kaum surirumah tangga sepenuhnya.. 

bisa membolehkan blog picisan Mak Dara ni dimasukkan di bloglist ben Ashaari itu bersama beberapa blog yang turut tersenarai.. Terima kasih Ben Ashaari yang tak putus putus membantu blog Mak Dara ini darilah blog ini dibuka sehinggalah kini dan hari ini..  Tak kisah le jika berada di dalam bloglist itu untuk sejam, sehari atau semalam atau lebih dari itu.. Asalkan dapat merasa berada di sanapun mak dara amat bersyukur dan berterima kasih pada Ben..... Really really and trulyyy appreciate it.. U dont know how much this means to me and my blog. From the bottom of my heart I thank you...

So pada para ibuk ibuk.. warga kertu seperti Mak Dara dan tidak ketinggalan semua wanita surirumah.. There's always hope for us to move forward.. never give up.. never loose hope.. we can do it... Ha nah kau.. terkeluar terus bahasa omputih di tengah pagi ni.. Kompom tersengih sampai kepagi ni heheheheheehe WWOWWWW!!

Ingin Menjadi Penyanyi?

Ada bakat terpendam? Pandai menyanyi? Berumur diantara 18 hingga 23 tahun? Wanita? Kalau anda memiliki kritiria kritiria ni boleh le menyertai ujibakat untuk menjadi penyanyi.. Kawan Mak Dara puan Jasmin Looi dari syarikat Eight Tones Communications Sdn Bhd sedang mencari penyanyi baru untuk syarikat rakaman miliknya dan suami iaitu En Hadi Hassan ( Adik kepada penyanyi popular Salamiah Hassan)..

Puan Jasmin Looi bersama suaminya En Hadi Hassan

Mak Dara pasti ramai teman teman blogger yang ada bakat terpendam.. Apa kata pi cuba try test tengok.. Manalah tau ada rezeki jadi penyanyi fofuler satu hari nanti.. pasti gempak... Pada yang berminat sila hantar msg kepada Puan jasmin di facebooknya ya.. Klik di SINI untuk ke page FB beliau..

Dengar cerita ujibakat akan diadakan tak lama lagi jadi apa lagi.. Join jangan tak join =) all the best ya..





Monday, June 6, 2011

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI

Adesssssss dah terlambat... Tadi Mak Dara pergi mengantor Ibu Mertuaku pulang ke rumahnya di Rawang setelah lebih seminggu bercuti kerumahku.. Bila balik aje bukak blog baru tahu yang ada segmen ni.. Tapi tadi dah join segmen Saya nak boleh ? Rugi pulak kalau tak join segmen tukar tukar link ni kan.. Takpe Mak Dara cuba nasib.. Kalau diterima terima lah.. kalau tak terima pun Mak Dara terimalah.. sambil menulis sambil mengembungkan pipi dan memuncungkan mulut bagi nampak kiut supaya diterima wahahahahaha boleh gitew =)



Saya nak boleh ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

Ya Ibuk Ibuk bapak bapak yang jauh mari rapat.. yang rapat tu.. makn jamu mak dara ke hahaha.. melawak je ye.. jangan marah... Ha ok.. Kalau dah nampak header kat atas tu tau lahkan apa maknanya... Ya ada dua makna satu makna jom ramai ramai undi Ben Ashaari sebagai BLOGGER OF THE YER.. Sila klik di SINI yer.. Dan kedua.. tak lain dan tak bukan SEGMEN!! Kali ni bukan main bestttt.. 5 yang berjaya akan dipilih dan dimasukkan ke dalam bloglistnya.. Ada Beran.. jom join di SINI..

KENAPA Ben Ashaari PATUT LETAK BLOG MAK DARA DALAM BLOG LIST DI BLOG BELIAU sebab Mak Dara nak juga blog blogger "kertu" macam mak Dara dapat diterima dan dibaca oleh semua.. Ye lah sekarang siapalah sudi nak dengar celoteh makcik makcik macam Mak Dara ni.. Semua nak baca blog dari blogger yang mantop bergotah jo kan hehe.. Kiranya Mak Dara dipilih tu dapatlah mewakili beberapa peratusan bagi blogger blogger dari kaum "kertu" , kaum ibu ibu dan juga kaum surirumah tangga sepenuhnya.. 

rasanya dah cukup 50 patah perkataan.. kalau boleh nak tulis 500 patah perkataan untuk meyakinkan BA hehe... Fuh.. bismillahhirahmannirahim.... 


WWWOW Pick Of The Day

Waduhhhh tadi tengah vote untuk diri sendiri (hehehe takde cover cover cerita terus terang punya) tiba tiba mata terlihat sesuatu..



Tak tau pulak ada WWWOW Pick Of The Day.. Terujaaaa gilaaa bila penyertaan Mak Dara dalam kategori Top Kay Poh Award dipilih antara WWWOW Pick Of The Day ni.. Wow mak suker.. clap clap clap hehe

Sudi sudilah vote utk Mak Dara ye.. Tarikh tutup dah nak dekat dah ni.. Klik di SINI untuk membantu mak yer.. terima kasihhhhhhh =)

Mak Dara Di Jamuan Majlis Teh Diraja part 1

Dah dua hari Jamuan Majlis jamuan Teh Diraja telah diadakan tapi baru hari ini Mak Dara ada kelapangan nak updatekan di blog hehe.. Ok cerita bermula .. Al kisah... toib.. Al kisah maka tersebutlah kisah di mana Mak Dara bersama suami dan anak kami Adza Danial Haiqal atau dalam dunia blog dia jadi si MAGGIBOY memenuhi jemputan ke Majlis Jamuan Teh Diraja pada 4 hb lepas. Mak Dara bertolak awal kerana dalam kad jemputan katanya kena tiba sebelum pukul 2:30 petang.

Mak Dara dalam kereta otw ke Istana =)

Bila tiba aje di hadapan Istana, mak aiii banyaknya kereta.. Walaupun dah diberikan sticker parking tapi memang takde parking. Maka kami terpaksa parking nun dibelakang istana tu.. Nasib baiklah Mak Dara ambik keputusan untuk pakai pump shoe aje kalau tak mau pengsan.. Setibanya di pintu masuk Istana kami diperiksa.. Agak ketat juga protokolnya.. Ada wanita datang tanpa berselendang tak dibenarkan masuk.. Ada lelaki berbaju melayu tapi tak cukup 5 butang baju melayu pun tak dibenarkan masuk.. Nasib baik Mak Dara lepas.. Huh kalau tak nak kena tunggu tahun depan pulak le nak merasa masuk istana hehe

Jauhnya parking hehe

Di Hadapan kediaman Rasmi di Istana

Setelah jauh berjalan akhirnya tiba jua

MAGGIBOY @ majlis

Setiba di majlis Mak Dara disuruh ke canopy berwarna biru. Ini mengikut kod yang berada di kad jemputan yang kami terima tu.. Punyalahhh ramai sampaikan tak cucup tempat duduk. terpaksalah kami berdiri.. Lenguhnya tak payah cakap le tapi tetap control ayu haha..

Kek Diraja



Kek Diraja

Di canopy di depan tulah dimana YDP Agong dan Permaisuri berada.
Dekat bebenor dengan tempat Mak Dara hehe




antara tetamu yang hadir

Mak Dara dan suami

Memang ramai yang hadir di majlis diraja tu.. Dan pada pukul 4 petang YDP Agong, Permaisuri dan semua def def terhormat tiba maka majlis terus bermula.. Haaaa ni kira baru ceita mukadimahnye.. Selebihnya kena tunggu part 2 nanti..wahh to be continue gitew hehehe

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK