Sunday, June 26, 2011

Sesi Menangkan Diri

Di hujung minggu ini.. Suami mak dara membawa Mak Dara dan semua anak anak kami serta 2 orang anak buah dan juga ibu mertuaku berehat di De Palma Ampang.. Memang tak jauh pun dari rumah dalam 15 minit aje kot.. tp rasa macam pegi holiday lah jugak hehe..

Setelah seminggu stresss dan tension maka kami melakukan sesi menendang kan diri.. errr menenangkan hehe... Kira hilang le semua stress dan tension tension tu...

Mak Dara & family

Ok semua.. selamat malam.. jumpa lagi esok ye =

Saturday, June 25, 2011

Kalau Pelakon tu Pelakon Juga

(Entry ni bukan ditujukan kepada semua pelakon ya... mak hanya tujukan entry ini pada 
sorang pelakon itu aje harap maklum =)

Kalau menjadi pelakon.. perlukah berlakon senantiasa..Mak Dara nak ceritakan sedikit tentang pengalaman tak berapa manis dengan sorang pelakon ni.. Kira dah lama jugak le berlakon tapi tak glamour sangat la kan.. Dia ada banyak juga berlakon dalam skrip yang Mak Dara dan suami Mak tulis tu...

Dia ada datang kerumah masa shooting dulu.. Dan bukan setakat tu aje.. Suami Mak Dara ada juga membantunya ketika beliau dilanda masalah... tapi alih alih tup tup siang tadi Mak Dara terlihat dia menulis komen di page "kawan makan kawan" mak di FB dan menulis fitnah pebagai terhadap mak dara dan suami.. Aiiiii heran jugak mak.. Takde pun mak cari gaduh dengannya.. Dan semua yang ditulisnya memang tak benar belaka.. Kenapa jadi macam tu ye... Memang mak hairan.. Namun Mak dapat mengawal emosi mak dan tak cepat melatah.. mak cuma klik like aje di komen yang mengutuk mak kaw kaw tu... tup tup dia terus delete komennya tu.. dah tu terus di blocknya mak.. hahaha nape nak takut kalau tak buat salah.. Kenapa nak delete dan block mak.. Adoyai.. berani buat berani lah tanggung.. Kalau benar apa yang kau tulis tu kenapa nak takut... mak tak takut kerana mak tahu apa yang ditulisnya adalah fitnah.. Aduhhhh komennya seolah olah dia menjadi mangsa.. tapi mangsa yang sebenarnya adalah mak... Kenapa nak berlakon.. perlukah berlakon setiap masa hanya kerana kau seorang pelakon...Tapi too late le kalau delete pun sebab mak dah baca semuanya.. dunia seni ni kecik je.. nanti kita pasti bertemu jua kan.. Namun mak nak ucapkan terima kasih atas segala fitnah yang dilemparkan tu... kerana di situ kita boleh tahu bertapa hebatnya lakonannya itu.. tahniah.. tahun depan harap dapat menang award ya.. all the best....

SEPAH Juara MAHARAJALAWAK

Wahhhhhhhhhhhhhhh agak sedih bercampur gumbira la dengan keputusan kemenangan MAHARAJALAWAK ni.. Memanggggg Mak minattttttt dengan JOZAN!!! tapi terbukti persembahan mantop SEPAH telah berjaya memenangi gelaran juara MAHARAJALAWAK....

Berikut adalah keputusan kemenangan maharajalawak..

Jambu Pemenang tempat ke empat
RM 50,000

Nabil pemenang tempat ketiga
 150,000

Jozan pemenang tempat kedua
RM 250,000

Dan JUARA MAHARAJALAWAK adalah milik....
SEPAH Juara Maharajalawak
 RM 350,000

Tahniah kepada SEPAH kerana telah berjaya menjuarai Maharajalawak... Takpe lah Jozan dapat tempat kedua pun ok what... semua adalah pemenang tiada pengalah bak kata vince AF 1.. =) Tapi dalam kesemua mereka.. Nabil lah pemenang paling banyak wang tunai... RM 150.000 utk dia sorang aje hehehehe ...

Friday, June 24, 2011

Kenangan Bersama AC & Saiful Apek

Tengah layan tengok MAHARAJALAWAK final ni tetiba Mak Dara teringat kenangan Mak dara dan adik beradik Mak Dara D'ADZA pernah ke rancangan AC DISINI suatu ketika dulu bersama big boss saiful Apek dan Angah Rajalawak... 

D'ADZA sedang diinterview oleh Abg AC.. ;-)

kakak Mak Dara Adza Yanie sedang menjawab soalan dari abg AC

Mak Dara paling kiri bersama adik adik Mak Adza Tuty & Adza Rina

Abg AC sedang promot album saiful Apek & family.. 

Mak Dara paling kiri hehehe tengah menyanyi bersama D'ADZA dan berduet dengan Boss Saiful Apek..

Dapat bertemu dan masuk dalam rancangan AC DISINI memang antara kenangan termanis dalam hidup Mak Dara.. Abang AC memang sporting dan memang besttttt.. Selama recording episod tu kami memang tak kering gusi dengan keletahnya... Simple the best memory ever hehehe

JOZAN Pasti Jadi Juara MAHARAJA LAWAK Malam Ni =)

Wahhh macam ahlil nujum pulak Mak Dara malam ni. Maunya tak.. Maharaja Lawak Final belum bermula dan akan bersiaran langsung pukul 10 malam karang tapi Mak Dara dah cakap JOZAN yang akan juarai MAHARAJA LAWAK malam ni kan hehehe..Mak Dara cakap macam tu sebab Mak Dara memang minat dengan gandingan hebat Johan dan Zizan ni..


Tak sabar Mak Dara nak tengok persembahan Zizan dan Johan pada pertandingan akhir Maharaja Lawak Malam ni.. Mudah mudahan diorang menang.. Tapi kalah ke menang ke tak kisah ler.. yang penting Raja Lawak dapat mencungkil bakat bakat baru yang bagus bagus bagi mencari pelawak pelawak pada zaman ini kan..

Tapi ini semua pendapat Mak Dara aje yer.. Pada yang meminati peserta yang lain jangan hangenn dengan Mak Dara pulak yer hehehe.. Jom sokong kesemua mereka yer.. Jangan lupa tnton MAHARAJA LAWAK FINAL kejap lagi ye.. Jommmmmm!!!!

Jangan Menulis Bila Dalam Keadaan Marah

Ini berlaku pada Mak Dara hari ini.. hari ini dan semalam beberapa insiden benar benar telah menguji tahap kesabaran dan keimanan Mak Dara.. Pada mulanya semuanya Mak Dara tuliskan segala isi hati Mak dalam entry itu.. Segala kekecewaan.. kemarahan dan segala kesedihan telah mak masukkan dalam entry tu... Namun syukur alhamdullilah.. Mak masih waras dan dapat mengawal perasaan dan emosi mak itu..

Memang jika kita dikaburi dengan perasaan marah segalanya tidak kita peduli lagi asalkan dapat melepaskan segala amarah.. namun mak bersyukur pada tuhan kerana mak masih dapat berfikir dan terus mendelete entry itu.. Ini bukannya satu jalan penyelesaian.. Ia pasti akan menambahkan lagi perbalahan.. 

Mak terima semua ini sebagai satu dugaan dari allah swt.. dan mak redha.. dan alhamdullilah semuanya kembali tenang kini.. Jadi... pada yang mengalami hari buruk "bad day" jangan dan jangan melampiaskan api kemarahan dalam blog atau dimana jua.. kerana kesannya akan terkena pada kita jua nanti.. Tawakal semuanya kepada allah dan banyakkan doa semoga allah dapat melindungi kita dari segala keburukan insyaallah..

V.I.B ~ Very Important Bloggers

Anda seorang blogger? Maka anda adalah VERY IMPORTANT BLOGGER...

V.I.B  ~ Very Important Bloggers Club

ADZA COOKIES & HAMPERS

Haaaaa.... jangan tak tau.. Mak Dara sekarang tengah menjoinkan diri dalam business adik Mak Dara , Adza Tuty.. Business apa? Busines buat hamper raya.. jangan terkejut.. Memang le raya jauhhhh lagi.. Puasa pun belum kan.. Tapi oleh kerana semangat yang berkobar kobar maka kami mula awal hehe.. Nak tengok hamper raya kami? Jap kasi upload hehe..


Code: ADZA HAMPER 1
RM19
1 Bekas Kuih
Kuih boleh dipilih dari 14 jenis

Code: ADZA HAMPER 2
RM49
1 botol kuih Tart Apple
1 botol kuih Sakura
1 botol kuih Black Forest
1 Bakul beserta hiasan

Code: ADZA HAMPER 3
RM85
1 kotak kuih Sakura
1 botol kuih Black Forest
1 botol kuih Brownies
1 Bakul beserta hiasan

Code: ADZA HAMPER 4
RM115
1 kotak kuih Tart Apple
1 kotak kuih Sakura
1 kotak kuih Brownies
1 kotak kuih Black Forest
1 Bakul beserta hiasan

Code: ADZA HAMPER 5
RM 150
1 kotak kuih Tart Apple
1 kotak kuih Sakura
1 kotak kuih Brownies
1 kotak kuih Black Forest
1 kotak kuih Toasted
1 kotak kuih Hawaian
1 Dulang kayu berukir beserta hiasan

Code: ADZA HAMPER 6 (side tepi)
RM 170
1 botol kuih Tart Apple
1 botol kuih Sakura
1 botol kuih Brownies
1 botol kuih Black Forest
1 botol kuih Toasted
1 botol kuih Hawaian
1 kotak kuih Cuscuden
1 kotak kuih Chocolate Oat
1 kotak kuih Hazel Ball
1 Dulang kayu berukir beserta hiasan

Code: ADZA HAMPER 7
RM 200
1 botol kuih Tart Apple
1 botol kuih Sakura
1 botol kuih Brownies
1 botol kuih Black Forest
1 botol kuih Toasted
1 botol kuih Hawaian
1 kotak kuih Cuscuden
1 kotak kuih Chocolate Oat
1 kotak kuih Hazel Ball
1 Dulang kayu berukir beserta hiasan

Code: ADZA HAMPER 8
RM 220
1 Kotak besar kuih Tart Apple
1 botol kuih Sakura
1 botol kuih Black Forest
1 botol kuih Hawaian
1 botol kuih Hawaian
1 kotak kuih Cuscuden
1 kotak kuih Chocolate Oat
1 Dulang kayu berukir beserta hiasan

Haaaaa.... Ok tak.. kalau ada nak tanya atau nak pesan sila silalah ke blogshop kami @ http://adzashop.blogspot.com/ ye hehehe

Jangan terlalu selesa..

Semakin hari berlalu semakin aku memahami akan erti kehidupan.. Mungkin pendapatku berlainan dari pendapat orang lain.. Tapi inilah yang ku rasa...

jangan terlalu selesa dengan apa yang kita ada..
kerana pasti akan ada yang tidak selesa melihat apa yang kita miliki itu..
jangan terlalu selesa dengan kebahagian yang kita kecapi
kerana akan ada yang tidak selesa melihat bahagia yang kita nikmati..
jangan terlalu selesa dengan masa depan..
kerana pasti ada yang cuba mengambil kesempatan untuk mengubahnya...

makanya jangan terlalu selesa sehingga kesemuanya terlepas hilang begitu saja.....

Kawan Makan Kawan

Hati hati dengan spesis seperti ini.. Memang susah nak mengenali mereka mereka ini.. Tapi bila dah terkena baru tahu .. mak dara tahu sebab mak dara baru terkena... Ingatkan kawan tapi sebenarnya musuh dalam selimut... Kenal keluarga.. kenal semuanya tak semestinya kenal hati budinya... Sebaik saja kita leka dia terus menikam belakang tanpa belas kasihannya... Pasti kau gembira melihat aku sengsara.. pasti kau berpesta melihat aku derita.. sesungguhnya tuhan itu maha mengetahui apa yang kau lakukan....

Thursday, June 23, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY


WE FORGIVE..
BUT CAN WE REALLY FORGET...

SPONTANEOUS THURSDAY

Memetik Durian

Haaaaa... Suka makan durian? Mari bersama sama Mak Dara petik durian nak tak... hehehe Sebenarnya idok le nak betul betul pegi petik durian.. Durian pun bukan boleh dipetikkan.. Tapi sebenarnya Mak dara nak cerita pasal blog MEMETIK DURIAN 


Memang cumilllllll sangat blog ni.... Mak Dara tengok ramai "Pencari Durian" dan "Penchenta Durian" di blog adik manis ni. Kalau anda peminat durian moh le terjah ke sana ye.. klik di SINI untuk kesana hehehe

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI

Haaa kalau nampak header tu dah kompom kompom korang tahu apa maknanya kan... Kali ni Mak nak join segmen AKU TERINGIN NAK HACK BLOG.

Terus terang Mak Dara katakan kalau Mak Dara nak hack blog orang pertama sekali dalam kepala Mak akan hack blog ini..

LEKAT LEKIT GURL STORY

Yup blog Abbyfunny The lekat Lekit Gurl memang bestttt.. Macam macam ada dalam blog adik Suria ni.. Dari cerita kisah hidupnya sebagai wanita, isteri dan bakal ibu hingga ke cerita gossip dan cerita panazz.. Memang bestttt sangat.. Suria juga merupakan antara pemberi sokongan paling kuat pada Mak Dara masa mak mula mula nak aktif semula dalam bidang blogging ni.. Tks Suria... Really appreciate it.. 

Tapi ini hanya le segmen dari BA bukan betul betul nak hack blog si Suria ni ye hehehehehehe. Tunggu apa lagi moh le sama sama memeriahkan segmen terbaru ben ini segmen AKU TERINGIN NAK HACK BLOG.

Projek Baekkk Punya...

Mak Dara sekarang dah jarang jarang.. kadang kadang.. update entry kan.. kalau dulu sehari 3-5 entry tapi dalam seminggu ni nak buat satu entry pun susahhhhh.. Bukan kering idea... bukan... Idea mak banyak lagi ni.. tambah tambah kalau angin meroyan melanda.. lagi banyak benda yang Mak nak tuliskan... 

Kalau nak tahu Mak Dara sekarang tengah join satu Projek Baekkk Punya... Projek ni mengambil masa Mak Dara dari melakukan aktiviti riadah yang lain.. Termasuklah aktiviti berfesbuk dan berblogging.. Memang tak takde masa dan terkejar kejar masa bila dah join projek ini.. Projek apa..... Kejap nak kasi clue..


Haaa sapa dapat teka projek apa yang Mak Dara join ni hehehehe

TNB Hutang Dengan Mak Dara?

Memang terkejut dibuatnya... Memang sangkaanku tepat belaka.. Apa yang tepat? Haa meh mak Dara nak habaq mai.. Dalam minggu lepas orang dari TNB datang kerumah Mak Dara.. Mak Dara cemas jugak ingatkan diorang nak potong api tp bila pikir pikir balik baru aje pegi bayar bil haritu.. Maka Mak Dara pun tanyalah apekehenye diorang datang ushar ushar meter depan rumah Mak Dara tu.. kata salah seorang pegawai TNB tu yang mereka nak tukar meter lama di rumah Mak Dara tu.. Bila Mak Dara tanya kenapa, katanya ada aduan tentang kerosakkan meter.. Maka mak dara dengan separuh faham dan separuh tidak tu membiarkan kedua mereka melakukan tugas mereka.. Setelah selesai mereka bersurai.. Maka bermulalah meter letrik terbaru di rumah Mak Dara ni..

kalau nak tahu bil elektrik di rumah Mak Dara ni tak pernah kurang dari RM250 sebulan.. Nak tahu berapa bil letrik yang Mak Dara terima hari ni setelah menggunakan meter baru? Cetengok dibawah..


Nampak tak?? Haaaa jangan betulkan mata anda.. memang betulll angka tu.. Kini setelah meter baru dipasang bukan Mak Dara berhutang dengan TNB tapi TNB yang berhutang RM709.50 dengan Mak Dara.. Memang tepat sangkaan Mak Dara tentang meter lama tu.. Memang rosak!! Selama 4 tahun Mak Dara tinggal di rumah ni selama itulah kami tertipu dengan meter rosak tu.. So pada kengkawan yang rasa bil letriknya agak tak munasabah bawak bawak le ke TNB dan minta di periksa ye.. Kalau tak naya kita....

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK