Friday, July 1, 2011

Mak lagi Nervous Dari anak..

Ok sayang sayang semua.. Mak dah nak gerak ni.. Nak membawa anak mak, Adza Danina Kirana untuk rakankan suaranya untuk iklan Colgate... Mak tengok si Nina ni relaxxxx aje.. Masa practise pun asyik sengih memanjang.. Yang Mak ni hati dok dup dap dup dap menunggu detik pukul 8 malam nanti untuk Nina memulakan sesi rakaman... Waaaaaa Mak lagi nervous dari anak nampaknya ni hehehe... Doa2kan semoga anak mak dapat buat yang terbaik ye.... fuhhhhhh bismillahhirahmannirahhim...


Blog Nina 
Kisah Mizz Nina Kirana

GEGAR BLOG JULAI 2011

Santai Bersama BEN ASHAARI

Jom join Gegar blog Julai BA.. Follow aje syarat2 di bawah ye..

  1. Buat satu entri khas.. DONE
  2. Letak header BEN ASHAARI.COM DONE
  3. Tajuk : GEGAR BLOG JULAI 2011 dan linkkan ke entri ini ..DONE
  4. Tulis apa saja yang mana aku boleh jadikan soalan pada contest akan datang nanti..
    Tulis ape ye.. Ok Mak Dara seorang penulis skrip drama dan telah menulis hampir 63 buah drama yang telah disiarkan di kaca TV hehe
  5. Tinggalkan url entri korang di ruangan komen ini ..DONE

    Nak join slik klik di SINI ye =)

Semoga Blog Tidak Goblog Hari ini

Mudah mudahan Blog Spot tidak menjadi GOBLOG hari ni... Semalam punyalah susah nak menghampdet blog... Mak Dara sorang ajeke yang kena atau korang juga mengalami benda yang sama?



Kalau jadi goblog juga mehhh sumer kita gi layan angry bird lagi bagussss kekekekeke

Bila somi outstation.. Isteri...

Hari ni suami Mak Dara akan berangkat ke Pulau Pinang bersama abang Zaidi Omar.. (Yup pelakon tu hehe) mereka ke Penang untuk menjalankan Bengkel Asas Penulisan Skrip TV dan Filem . Tenaga pengajar bagi bengkel ini adalah suami Mak dan juga abang Zaidi dan dianjurkan oleh FINAS... Suami mak akan outstation selama tiga hari.. maka bila Bila somi outstation.. Isteri... Isteri pegi shoping..?? 

Ishh Idok sama sekali.. Minggu ni memang mak busy.. Walaupun tanpa somi tapi mak kena pergi menolong kakak ipar mak yang nak membuat majlis pertunangan anak sulungnya Shasha.. mak bersama ipar duai yang lain akan buat hantaran dan pelamin sehinggalah tiba di hari pertunangan itu berlangsung Ahad kelak.. Bukan itu saja.. Sambil sambil tu mak kena siapkan skrip drama bersiri yang dah lama tertunggak tu.. Bukan tu saja.. Di samping tu juga Mak dan adik beradik mak kena siapkan 3 hamper yang telah ditempah oleh pelanggan kami yang juga kena dihantar pada hari ahad nanti... waaaa mak aiiiii.. Ohhhhh lupa malam ni Mak kena temankan anak mak si Nina untuk merakamkan lagu untuk iklan colgate di Damansara.. perghhhhh 3 hari ni kompom le mak tak sempat nak update blog.. uwaaaaaaa.. boleh pinjam tangan korang tak.. mak tak cukup tangan ni hehehe

Thursday, June 30, 2011

Makcik cari anak makcik ke?


Pahit untuk ditelan.. kelakor bila dikenang itulah yang berlaku pada Mak Dara bila ke sekolah anak sulung mak Adza Danial Haiqal aka MEGGIBOY harini.. Kesemua ibubapa kena ke sekolah untuk mendapatkan report card anak anak masing masing.. Maka mak terus kesana.. Rasa cemas pulak bila nak berdepan dengan cikgu anak mak tu.. Rasa macam mak pulak yang nak ambik report card mak hahaha... Sesampai je di sana.. Mak terus ditegur oleh beberapa orang pelajar.. Haaa part ni paling bestttt.... 

student:Makcik cari anak makcik ke?
(Adessssss... baru betul betulllll rasa tua.. tapi mak tersenyum dan layan je..)
mak: Ya.. Makcik nak cari anak Makcik.. Adza Danial Haiqal..
Student: Oh jom saya bawak gi kelas dia.. Tapi kelas dia
tinggiiiiii makcik..Tingkat 3. Atas sekali tu haa... Boleh ke Makcik?
mak: takpe makcik boleh naik insyaallah.....

Adess mesti budak tu rasa kesian untuk suruh "makcik" ni naik tangga tinggi tinggi kan huhuhuu... Baik betul budak tu. Haaa kalau dah kena macam ni tapi tak nak mengaku dah tua.. tak tahulah apa nak cakapkan lagi kan hahaha...

Akhirnya Mak bertemu dengan cikgu kelas haiqal . Setelah berbincang dengan cikgu mengenai prestasi Haiqal .. Semuanya ok cuma cuma haiqal perlu lebih berusaha dalam matapelajaran sains dan math.. Isnyaallah cikgu akan saya kerah anak saya untuk lebih tekun dan rajin belajar.. =)

Sesi Terjahan Bermula

Mak Dara telah memulakan semula sesi Terjah Mak Dara pada pukul 10 malam tadi.. Dan dari situ Mak telah memilih blog Mrs Yie dan kesemua blogger yang lain yang telah turut sama join untuk diterjah malam ni...

RAFINAMIMI DOT COM

adza irdawati nama di beri..
Seorang blogger penulis skrip yang kami segani
panggilan MAK DARA lebih dekat di hati..
orangnya baik,manis sekali.. ~Mrs Yie

Terima kasih Mrs Yie aka Mimi kerana buat pantun 4 kerat ni.. Mak sukerr hehe.. Ok mari mak cerita serba sedikit tentang Blog Mrs Yie ni.. Beliau seorang yg simple,rockers sikit..jiwang sikit.Blog Mrs Yie rajin menukar backgroundnya.. Memang seronok tengok kreatifiti Mrs Yie dalam mengemaskini blognya tu..  Mrs Yie juga sering membuat entry tutorial. Pada sesiapa yang suka tutorial tu memang sesuai keblognya.. =) Orangnya sangatlahhh peramah dan baik hati.. Blog Mrs Yie merupakan salah satu blog yang wajib mak terjah hampir setiap hari hehe.. 

Di bawah adalah senarai mereka yang turut menyertai sesi terjah mak sebentar tadi.. Tunggu ye Mak datang terjah kejap lagi.. Pada sesiapa yang belum buat aktiviti wajib dalam blog iaitu blogwalking.. Tak payah susah susah terjah je senarai semua blogger dibawah ni yer =)



Jutaan terima kasih sekali lagi kepada ACIK TOPI,☀ Izzaty Hedry☀, mama shifa , Mrs.Yie & Balqis Nazid, Risa , Maiza Love, lulu dan Saiazuan kerana sudi join sesi terjah mak ini yer.. muahhhhhhhh =) 

Wednesday, June 29, 2011

WORDLESS WEDNESDAY # 5


Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that 
the photo itself says so much that it
doesn’t need any description.

Mak Dara Dan Taipei

Tengah sakan teman somi Mak tengok perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Chinese Taipei tetiba mengungkap kembali kenangan Mak dara dan suami semasa ke Taipei Taiwan pada 2 tahun lepas...


Mak Dara dan suami ni memang gila jalannn.. Pantang ada promosi di air asia akan kami cepat cepat book..  Memang murah.... i like.. hehehe..

tengah pening nak cari bas ke tempat destinasi.. Semua bahasa cina aje hehe

Suami mak dara di tengah kota Taipei


Shoping di Taipei

Taipei memang cantekkk.. tapi agak sukar untuk cari makanan halal di sana.. Nasib baik le bawak maggie.. memang penyelamat mak dara dan suami.. Shopping pun ok ok ajelah.. Mungkin masa mak kesana tak berapa plan maka kami tak ke tempat2 yang best.. lain kali kena plan baik2.. Apa apapun mak harap pasukan kita dapat mengalahkan pasukan Taipei!!!!!! Malaysia Boleh =)


Terjah Mak Dara


Lama rasanya Mak Dara tak buat "TERJAH MAK DARA" ni kan... Malam ni terpikir nak buat semula lah.. Senang aje nak sertainya.. Tak perlu buat entry.. tak perlu nak pollow blog mak.. tak perlu tepek header.. Untuk malam ni cuma buat satu ayat menggunakan ayat "Mak Dara" dan tulis di komen box dibawah.. Mak akan pilih yang paling kreatif dan mak akan terjahhh ke blognya.. Kalau dapat 5 orang join pun dah cukup le tu .. Ok jommmmmm..

Anak Mak Dan Iklan Colgate

Terkojuttttttt mak bila terima panggilan dari somi mak sebentar aje tadi.. Katanya ada kawannya nak tawarkan anak mak Adza Danina Kirana untuk menyanyikan satu lagu untuk iklan colgate... uwaaaaaaaaaaaaa... 


NINA + COLGATE = HAPPY MOMMY ngeeeee

Ishhh biar betul.. Teruja betul mak.. Tapi dia kena nyanyikan lagu "Madu Tiga" .. adesss nak kena suruh dia hafal dan practice lah bila dia balik sekolah nanti... Huhuhuhuu terujaaaaaaaaaaaaaaaaaanyer mak hehehe
Rakaman akan dibuat jumaat nanti.. Tak jadi model iklan tapi jadi suara latar  untuk iklan pun takpe le Nina.. Mama so proud of you =)

Blog Nina 
Kisah Mizz Nina Kirana

WORDLESS WEDNESDAY # 4


Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that 
the photo itself says so much that it
doesn’t need any description.

Blog Dan Mereka..

Syukur alhamdullilah.. Memang Mak tak sangka betul.. Ada yang sudi join soal jawab mak di entry " BLOG DAN AKU" anjuran mak siang tadi... Seronok betul membaca semua jawapan mereka mengenai blog blog kesayangan mereka terutama part soalan terakhir.. Ucapan untuk blog anda.. Macam macam jenis ucapan di berikan.. Ada yang serius.. ada yang feeling dan tak ketinggalan yang kelakor. Haaa bukan mudah untuk kita ucapkan perasaan sebenar kita kepada blog ni kan.. Jom kita tengok antara jawapan jawapan mereka..

Terima kasih ye kerana sudi join kaji selidik mak ni... Memang besttttt setiap semua jawapan korang tuuu... Pada anda yang nak tahu apa jawapan mereka moh le gi terjahhhh ye =)

Tuesday, June 28, 2011

SYUKUR ALHAMDULLILAH!!!!!! Top Kay Poh here I comeeeee!!!

Syukurrrrrrr alhamdullilahhhhhhhhhhhhhh.. Nak menjerittttt aje mak bila dapat email dari DiGi tadi... Nak tahu apa isi kandungannya..?


Yup.. Mak Dara telah terpilih  antara 6 orang calon untuk kategori TOP KAY POH DiGi AWARD!!!!...  OMG!!!! tak menang pun tak kesah asal dapat jadi top 6 pun dah bersyukurrrrr sangat!!!!! OMG!!!!! sooooo exited!!!!! Hah kau terkeluar cakap omputih.. 

Mak Dara nak ucapkan jutaaaaaannnnn terima kasih kepada semua yang tak putus putus mengundi untuk Mak..   tak perlu sebut sesiapa kerana anda tahu siapa anda hehehehehehe...

from the bottom of my heart... THANK YOU.. TERIMA KASIH... =)
Tks DIGI!!!

BLOG DAN AKU

Hari ni Mak Dara terpanggil untuk buat satu soal jawab bersama rakan rakan bloggers.. Mengenai blog dan anda.. Nak join? mudah aje...

1) Letak tajuk "BLOG DAN AKU"
2) Tepek header Mak.. =)
3) Jawab soalan soalan dibawah
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..

SOALAN

1) Apa nama blog anda
2) Kenapa anda memilih nama itu
3) Tema warna blog anda
4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
7) Blogger Idola (kalau ada)
8) Target follower untuk blog anda
9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
10) kata kata ucapan untuk Blog anda

ini hanyalah untuk suka suka aje.. Jika sudi joinlah ye.. sekurang kurangnya dapat korek rasa dan perasaan kita terhadap blog yang amat kita sayangi ni kan..

Naluri Wanita

Pagi yang indah ini.. Mak Dara terpanggil untuk menulis tentang NALURI.. Naluri atau kata hati seorang wanita.. Setiap kita mempunyai naluri yang tersendiri.. Cuma kepekaan kita untuk mendengar kata hati yang membezakannya.. Ada yang sering mengikut kata hatinya dan ada yang tidak ambil berat tentang apa yang cuba disampaikan oleh kata hatinya itu....

Jangan abaikan apa yang nak disampaikan oleh naluri kita.. Kemungkinan ia sedang memberitahu sesuatu.. Sesuatu yang mungkin dapat menyelamatkan hubungan kita, keluarga kita dan selainnya.. ia juga mungkin cuba menyuarakan apa yang dirasa di hati kita... Dengarlah pada naluri kerana ia sering kalinya tepat..

Namun ini semua hanyalah pendapat, perasaan dan naluri mak.. Mungkin naluri anda lain dari naluri mak.. bak pepatah rambut sama hitam hati lain lain kan ... 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK