Sunday, July 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?

Santai Bersama BEN ASHAARI

Haaa kalau dah nampak header si BA kompom semua dah tahu apa maknanyakan.. Masa untuk menjuinkan diri dalam segmen la.. Ok hari ni Mak nak join segmen Singgah blog aku sat , bleh ? 

Meh mak kenalkan diri mak sikit pada yang belum pernah bertandang ke teratak mak ni yer.. Nama mak Adza Irdawati tapi panggil Mak Dara atau Mak pun boley hehe.. Mak ni suri rumahtangga, isteri dan ibu kepada 4 org cahayamata dan juga penulis dan baru saja masuk ke dunia blog ni... selamat berkenalan ye =)

Pada yang nak join klik di SINI k. =)

Suami Mak Dara, Martias Ali @ Berita Minggu

Pagi ni bukak aje surat khabar tersengih je mak.. Maunya tak muka somi ade terpampang kat depan mata hehe.. 

Syukur alhamdullilah akhirnya artikel mengenai Kuala Lumpur Short Film Festival yang dianjurkan oleh suami mak Martias Ali bersama En Yusof kelana dan En Jurey Rosli disiarkan juga...Doakan semoga festival filem ini berjalan dengan lancarnya ya..  =)


SMILEY SUNDAY

Terdapat Wordless Wednesday , Spontaneous Thursday.. Kini Mak Dara nak mulakan "SMILEY SUNDAY" Untuk menyertainya amat mudah.

1. Buat entry bertajuk "SMILEY SUNDAY"

2. Letakkan smiley yang mewakili mood atau perasaan anda pada waktu ini (contoh: gembira,marah, sedih dll)

3. Letakkan(copy-paste) penjelasan/quote ini dibawah smiley anda "
SMILEY SUNDAY: Adza Irdawati aka Mak Dara has created a new fun thing to post on our blog. All u need to do is to  post a photograph of "smiley" that represent your mood at that time"

4. Dah selesai letakkan url anda di sini ye..


pic by google



Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH

Bicara Mak Dara

Salam semua warga blogger.. Haaaaaa rata rata teman teman Mak Dara hari ni banyak yang tak keluar rumah terutama yang berada di kawasan Kuala Lumpur ni kan.. Jadi Mak terpanggil nak buat satu segmen ringkas pada yang tengah boring yang tak dapat keluar menjalankan aktiviti hujung minggu anda tu.. Nak join senang aje.. 

1) Letak tajuk Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH
2) Tepek header Mak.. =)
3) Berikan sekeping gambar yang memperlihatkan aktiviti anda di rumah
(tak kisah le gambor tengah masak ke, tengah tengok TV ke, tengah bersihkan rumah ke hehe)
4) Lepas siap tinggalkan url link di ruang komen dibawah ye..

Pada yang takde gambor tu takpe.. jangan gusar boleh join jugak ambik le gambar logo kuali ke kalau tengah masak, gambar penyapu ke kalau tengah mengemas atau apa saja.. segmen pun santai je kan hehehe.. Teruja jugak nak tengok apakah aktiviti anda di rumah ni.. =)

SLEEPLESS SUNDAY

Haa.. sebelum ni ada wordless Wednesday kan tp pagi ni mak pulak nak buat Sleepless Sunday hehehe.. maunya tak sleepless jam dah menunjukkan pukul berapa pagi tapi anak bongsu mak, Adza Isabella ni tetap cargas aje..

 Bella main2 di tangga


Ni lah padahnya bila petang tadi semua anak beranak termasuk somi mak dan mak dara sendiri tertidur sampai ke petang.. Al maklumlah semua boring tak dapat keluar pada hujung minggu kan.. Maka setelah bateri dicharge ke maksimum maka ini lah yang terjadi huhuhu.. Bella bella... jom sleep jom.. uhuk..

Saturday, July 9, 2011

Nantikan "Aktiviti Ku Di Pejabat"

Syukur alhamdullilah.. Penyertaan bagi segmen picisan mak iaitu Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH mendapat sambutan diluar jangkaan mak.. Terima kasih semua kerana sudi join segmen mak tu yer.. Banyak yang mengupload gambar dan menunjukkan aktiviti mereka di rumah masing masing.. Ada yang menjaga anak anak buah, ada yang menjaga kucing, ada yang memasak, membersih halaman, ada yang layan SinChan dan ada juga yang tido dan layan fb dan blog hehe..

Tiba tiba tercetus satu idea untuk membuat satu lagi segmen tapi bukan untuk hari ni tapi segmen ni akan hanya dibuka pada hari Isnin nanti.. segmen apa? segmen "AKTIVITI KU DI PEJABAT"  haaa now faham le kan kenapa segmen ni hanya akan dibukak pada hari isnin nanti kan .. hehe

Sengaja je mak bagitau awal awal.. mana tau boleh anda semua boleh standby kamera bila ke pejabat isnin nanti atau carik gambar gambar anda yang sedia ada dan masukkan dalam segmen tu nanti.. dibawah ni antara aktiviti mak di pejabat.. Ni masa sesi ujibakat yang syarikat suami mak, Martias Entertainment lakukan satu masa dulu.

Suami mak, Martias Ali(kemeja hitam) sedang membuat ujibakat kepada 
seorang pelakon.. manakala mak(kemeja hitam jugak) bekerja di belakang tabir hehe

Jadi.. nantikan Segmen "Aktiviti Ku Di Pejabat" pada hari Isnin nanti yer .. Di hari lain pulak mungkin mak akan buat aktivitiku di sekolah atau aktivitiku di shopping mall pulak mana tahukan hehe

AKTIVITI PARA BLOGGER DI RUMAH

Syukur alhamdullilah.. Penyertaan bagi segmen picisan mak iaitu Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH mendapat sambutan diluar jangkaan mak.. terima kasih juga Mak Dara ucapkan pada Ben Ashaari kerana sudi join dan mempromot segmen mak ni.. Tankiuuuu =)

Ok marilah kita terjah dan tengok apakah aktiviti para blogger apabila mereka berada di rumah..


Memang menarik sangat aktiviti aktiviti mereka di rumah ada yang menjaga anak anak buah, ada yang mengemas rumah, ada yang menyapu sampah, ada yang memasak , ada yang layan tengok Sin Chan dan banyak lagi.. nak tahu kena terjah le mereka mereka semua di atas tu ye.. Pada kesemua yang menyertai segmen mak ni terima kasihhh ye uols mmg terbaekkkk. Pada yang nak join Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH sila klik di SINI yer.. Nantikan segmen mak pada hari isnin nanti ye "Segman Aktiviti ku Di Pejabat" hehe =)

Jom tengok Aktiviti Blogger ini dari pagi hingga ke Malam.. =)

Cik  antara yang menjuinkan diri dalam segmen mak Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH . Yang bestnya Cik Farah ni dia nyatakan aktivitinya dari sejak bangun tiddur sehinggalah tidur.. wahhhh kira kasi laporan penuh le tentang aktivitinya di rumah.. mak suker.. clap3 hehehe.. Nak tahu apa aktivitinya...

aktiviti pertamanya kemas bilik

aktiviti kemas rumah

on9 blog dan fb =)

baby sit dan ajar adik

tido time

Haaaa kan complete tu semua aktivitinya.. Tapi kalau nak tahu lebih lanjut kenalah ke blog tuan ampunya aktiviti ni yer.. Klik di SINI untuk ke blog adik Farah Hanim.. 

untuk join  Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH sila klik di SINI ye..

Jom tengak aktiviti Ben Ashaari Di Rumah =)

Sebelum tu Mak Dara nak ucapkan jutaaaaaaaannnn terima kasih kepada Ben Ashaari kerana sudi join  Segmen: AKTIVITIKU DI RUMAH picisan mak ni.. Rasa macam menang lucky draw hadiah berjuta juta lemon dibuatnya hehe.. Very the unSANGKArable lah.. 


Haaaa nak tahu apakah aktiviti Ben dirumah....Boleh tengok gambar di bawah ye.. =)

[IMAG03003.jpg]

Kata Ben dia sekarang tengah melayan anak anak buahnya di rumah.. Baiknya Ben ni.. Tengok anak anak buahnya jugak baik je duduk diam diam sambil tengok TV.. Terima kasih banyak banyak Ben.. Ramai yang join segmen I datang dari ur blog.. Really appreciate it.. Terima kasih kerana sudi membantu blogger2 baru macam saya ni ye.. You really help me a lottt =)

Pada yang nak join dalam segmen mak ni sila klik di SINI ye .. huhu tak boleh berenti sengih lagi ni =)

555...

Ketuk ketuk punya ketuk keyboard ni setiap hari.. Bila sedar sedar aje.. Ini adalah post Mak Dara yang ke 555! Mak ai biar betul..


Lady in Red

6 bulan 3 minggu 555 post hahaha apalah yang mak dok meraban pun tak tahulah kan.. Mak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi layanzzzzz dan baca segala nukilan mak ni.. Harap2 tiada yang turut terkena jangkitan penyakit meraban dan meroyan mak cukup la ye hehehe...

APA PLAN ANDA ESOK?

Pada semua warga kota...seperti yang semua maklum apa yang bakal berlaku esok.. Jadi apa plan atau rancangan anda untuk esok? Ada yang join ke? Ada yang duduk rumah aje ke? hehe 

pic dr cik google

Untuk Mak Dara dan family.... memandangkan kebanyakkan jalan akan ditutup atau akan jemmmmmmm tahap dewa maka kami sebulat suara ambik keputusan duduk di rumah aje le.. Esok Mak Dara dah standby banyak VCD VCD untuk tonton dengan anak anak.. Kalau dah habis menonton ingat nak ajak anak anak main badminton kat depan rumah.. Rasanya lagi ada pekdahnyakan.. Dapat jugak kurangkan lemak yang dah lama diternak ni kan.. Anda pulak bagaimana? 

Friday, July 8, 2011

Abang hidung comel…I Follow

Malam ini bermulalah rancangan Salih Yaacob Show…I Follow .... Mak teringin jugak nak tengok apa yang bakal dihidangkan dalam rancangan yang di hoskan oleh Abang hidung comel ni hehehehe

pic dr acik google

Pada peminat dan yang menjadikan Abang hidung comel ni sebagai Idola anda jangan lepaskan peluang untuk menonton rancangan ini yang sedang keudara sekarang ye.. =)

Pelancong Takut Untuk Datang Ke Malaysia.. Tahniah!!!

Adesssss.. Sebenarnya Mak Dara memang malassssssssssssssss sangat nak tulis isu isu macam ni.. Tapi dek kerana geram maka Mak nak tulis jugak... Tiga hari lepas teman Mak Dari Saporro Jepun Midori Tamate telah datang ke Malaysia.. Dia ni penggiat filem di Jepun.. Katanya setibanya dia di Malaysia dia seronok melihat kepelbagaian bangsa , agama dan adat adat yang terdapat di negara kita ni.. memang bangga la mak bila dengar kan.. Sapa tak bangga.. Katanya dia gembira mengambil keputusan ke Malaysia selepas dengar cerita dari Mak tentang keindahan dan kecantikan Malaysia masa Mak ke Saporro beberapa tahun lepas . 

Tapi semalam tiba tiba Midori bertemu Mak dan suami di majlis pelancaran KLIS dan memberitahu bahawa dia akan ke Melaka pagi tadi.. Bila ditanya kenapa,  katanya dia takut untuk berada di KL pada hari Sabtu atas berita yang didengar dari teman2nya di sini.. Katanya lagi.. Mak tak pulak ceritakan hal ni masa di Saporro dulu.. Gulp.. Tak tertelan air liur mak tu wahai anak anakku sekalian... Macam mana mak nak jawab.. Puaslah somi mak jawabkan dengan menceritakan apa yang sebenarnya yang berlaku.. Namun oleh kerana dia kelihatan benar benar risau akan keselamatannya maka Mak dan suami mak pon bersetuju dengan keputusannya untuk keluar dari KL pada tarikh "panas" tu.. tapi katanya dia kemudian akan terus ke Singapura dan Thailand untuk meneruskan percutiannya di mana dia akan merasa lebih selamat di sana.. Tak habis di situ kini teman mak di Brunei pulak . Mak malas nak terangkan apa kata uols baca ke lah ye..



Bagi mak politik adalah hak masing masing.. Mak tak kisah kau nak sokong atau bangkang itu pilihan msg2 tapi jangan sampai memburukkan negara sendiri dengan tindakan yg dibuat tu. Betapa ramai pelancong takut untuk datang ke Malaysia sekarang ni..kita sendiri boleh nilaikan pandangan mereka terhadap negara Malaysia sekarang. renung renungkan lah... Haaaaaaaaaa semputt..

Selesai Sudah Pelancaran KLIS


Syukur alhamdullilah.. Akhirnya selesai sudah pelancaran Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 yang bertempat di The Rootz Rooftop Lot 10. Moh tengok gambar gambar sekitar majlis tu nak.. ngeee

Suami mak @ the event

Mak at the event

Dato Mohd Sidek Khalid merasmikan pelancaran KLIS

Sesi soal jawab bersama wartawan

sempat lagi curik2 posing masa tengah bz hehe

Dari kiri kak Rozie, Adza Tuty, En Yusof Kelana, Adza Rina dan mak

dari kiri Adza Rina, suami mak Martias Ali, Adza Tuty dan Adza Emie

mak bersama suami dan Pn Roslina

Suami Mak sedang diinterview oleh wartawan dr Berita Awani

Sesi bergambar bersama wartawan

Sebelum berlangsung acara ini hujan bukan main lebat lagi di KL membuatkan kesemua kami gabra takut takde yang datang namun syukur alhamdullilah hampir kesemua jemputan menghadirkan diri walaupun terpaksa meredah jamm dan hujan lebat. 

Rupa rupanya tengah sakan mak menulis sekarang ni, suami mak baru je dapat call dari kawannya menyatakan yang temuramahnya semalam telah ditayangkan dalam berita ASTRO AWANI semalam.. Aisehhhh melepas le nak tengok hehehe.. Takpe tunggu surat khabor punya write up le nanti hehehe

Kepada penganjur festival ini iaitu suami mak Martias Ali, Encik Yusof Kelana dan Encik Jurey Rosli tahniah diucapkan.. It was a great launch and a great event.. Kepada Kak Rozie, Fendi, adik adik mak iaitu Adza Tuty, Adza Rina dan Adza Emie yang tengah "memboyot" itu jutaan terima kasih kerana sudi membantu bagi menjayakan majlis ni.. jasamu ku kenang.. =)


Thursday, July 7, 2011

Teruja Untuk Pelancaran KLIS Esok

Esok adalah hari perasmian dan pelancaran KLIS iaitu singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang akan bertempat di The Rootz Rooftop Lot 10. Penganjur bagi Festivalk filem pendek ini terdiri daripada Encik Yusof Kelana, Encik Jurey Rosli dan juga suamin mak Martias Ali..


 Suami Mak, Martias Ali bersama bunting/banner KLIS

Mak juga akan kesana untuk membantu apa apa yang patut dalam majlis ini.. Terujaaaa wooooo...Doakan semoga majlis perasmian dan pelancaran Kuala Lumpur International Short Film Festival berjalan dengan lancar ye... tankiuuuu semua..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK