Thursday, July 14, 2011

Smile.. Smile.. Smile...

Ohhhhhh tiada kata dapat diluahkan.. tiada sengih yang lagi tersengih dari sengihan Mak Dara sekarang ini.. Tiada suka dari lebih dari keterujaan mak dara pada saat ini tatkala melihat ini..


Mata macam tak percaya apa yang dilihat.. Blogger femes emes Mia Liana telah meletakkan gambarnya bersama Mak dara sebagai headernya!! OMG OMG... sungguh WWWOW!!!!!!!! Terkenang lagi saat pertama kali terlihat Mia di DiGi WWWOW Award tu.. Mula mula Mak Dara segan nak tegur..

Mia dan suami sedang beratur untuk mendapatkan pass masuk

akhirnya Mak Dara beranikan diri jua untuk menegur Mia

Saat mula berkenalan dengan Mia memang besttttttttttt.. sempoiiiii.. seramah mana Mia di blog lebih ramah bila kita berjumpa.. Very humble and nice person.. Segala keseganan untuk menegur blogger femes emes ni hilang tatkala bertemu Mia dan suami.. 



Smile.. Smile.. Smile..

Mak Dara tabik spring sama Mia kerana berada di dalam top 6 TOP BLOGGER OF THE YEAR AWARD!.. No matter what you are still a winner.. Tks for the friendship.. And hope to see you soon! 

Al Fatihah untukmu diharijadimu..

Tiada hadiah dapat diberikan.. tiada ucapan dapat disampaikan.. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah menyedekahkan al fatihah untuk mu.. Hari ini merupakan hari ulang tahun allahyarham Seri Bayu..

allahyarham Seri Bayu

Allahyarham merupakan teman Mak Dara dan suami. Abang Seri Bayu atau nama sebenarnya Jamaludin Sulik yang merupakan seorang komposer penulis lirik yang terkenal satu ketika dulu telah meninggal dunia pada 4hb Februari 2011 yang lepas..

Mak Dara tiba di rumah keluarga angkat arwah 

 arwah Seri Bayu di kelilingi oleh keluarga angkatnya

Mak Dara di hadapan pusara allahyarham seri Bayu

Marilah sama sama kita sedekahkan al fatihah kepada allahyarham Seri Bayu. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan di kalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH..

Wednesday, July 13, 2011

Terima Kasih Murai.Com

Waduhhhh terima kasih kepada Murai.Com kerana menyiarkan artikel mengenai Kuala Lumpur International Short Film Festival 2012 (KLIS)

Penganjur Klis Dari Kiri En Jurey Rosli, Datok Mohd Khalid, En Yusof Kelana
& Martias Ali (somi mak ngeeee=)

Terima kasih kepada Syafiqah Jalal & Mazlan Photography kerana menulis artikel ini. Di dalam artikel itu menulis tentang festival yang bakal berlangsung pada Fenruari tahun depan nanti.. Untuk membaca artikel penuh mengenai KLIS sila klik di SINI ya...

Video Pemenang DiGi WWWOW Top Kay Poh Award

Salam semua.. Mak Dara nak kongsikan video yang mak tangkap semalam di majlis Digi tu.. Video ini adalah video untuk kategori Top Kay Poh.. Pada yang nak tengok bagaimana suasana di malam anugerah tu boleh le sama sama layanzz le...

Video pencalonan untuk Top Kay Poh Category

Video Pemenang kategori Top Kay Poh

Ucapan tahniah untuk pemenangnya Lee Zi Wen... Sekarang Mak Dara tengah upload video untuk kategori Top Makan Makan Award dan Top Blogger Of The Year Award.. tungguuuuu

Projek Skrip Filem Terbaru Mak Dara & Co

Salammm semua.. Waaaaaa demam DiGi WWWOW kian kebah.. Kini Mak kembali kepada kerja mak semuala.. Yaaaa marilah mari.. kita menulisss.. hehe Syukur alhamdullilah.. Suami Mak Dara, Martias Ali mengajak Mak bersama adik Mak iaitu Adza Emie bersama sama untuk brainstorming berbincang tentang sebuah skrip untuk sebuah filem!! waduhhhhhhhhhhhhhhh Filemmm.. Mak sukaaaa... 

Sebelum ni Mak pernah bekerjasama dengan suami Mak Dara menulis untuk 3 buah filem namun sayangnya dua antara 3 filem itu tak dapat ditayangkan dek kerana terdapat masalah di pihak production.. Antara filem2 itu adalah.. SEREEM , SHHYY DIA DATANG..



Takpe sekurang kurangnya ia merupakan pembuka jalan untuk mak masuk ke bidang perfileman pulak setelah 15 tahun asyik menulis skrip drama aje kan.. Tapi tak lama lagi filem yang mak tulis bersama suami akan ditayangkan di pawagam pada 21hb September tahun ni.. Filem apa? cetengok ngeee


Yup.. Filem bertajuk LIBAS... Lakonan Rosyam Nor dan Scha!! Wahhhh tak sabar nak tengok.. Namun nama mak tak dimasukkan dalam filem ni .. tapi takpe nama somi mak ada.. Kira dah bersyukur dah tu hehe.. Lagipulak mak hanya menulis untuk draf pertama sahaja untuk filem ni dan filem ni telah diolah sebanyak lebih 5 kali oleh somi Mak Dara tu.. Tapi yang pasti hampir semua nama karektor dalam filem ni Mak yang kasi.. 

Oklah banyak pulak Mak membebel.. Mak nak kena pegi meeting dah ni.. Doakan semoga perbincangan kami untuk projek skrip filem terbaru ni berjalan lancar ye... =)

WORDLESS WEDNESDAY # 8



Terujaaaaanya Mak Dara dapat bertemu dengan blogger femes emessss Ujang dan Yana 
semalam di DiGi WWWOW Award.. Sweeettt couple.. mak suker suker suker!!

WORDLESS WEDNESDAY # 7



(Besttttt dapat jumpa Yana dan Ujang semalam!!! Memang terbaekkkkkkkkk. Mak suka =)

BLOG DIPERLUKAN ..SEGERA !

Santai Bersama BEN ASHAARI

JOM JOIN!!! Klik di SINI!

Gambar Semua Pemenang DiGi WWOW AWARD

Rata rata semua telah mengetahui senarai pemenang bagi DiGi WWWOW Award yang telah berlangsung malam tadi kan... Namun di sini Mak Dara nak siarkan semua gambar gambar beberapa pemenang.. Alang alang mak dah kesana dan dah ambil banyak gambor kan lebih baik mak sharekan untuk semua betul tak hehe.. baru lah special sikit entry ni kan =)


Best Internet for all idea Juara: A.Fo Radio


Best Internet for good Award Juara: Petfinder.my


Blogger Of The Year Juara: ANWAR HADI

Video Of The Year Juara: ANWAR HADI


Top Makan Makan expert Juara : Oh Malaysia 

Fave Tech Head Juara: The Techno Hut

Top Kay Poh Award Juara : Lee Zi Wen

Walaupun Mak Dara tak menang dalam kategori Top Kay Poh namun mak tetap syukur terpilih dalam top 6.. syukurr alhamdullilah...Tahniah kepada semua pemenang ! Uols Memang terbaekkk lah... Tahniah terutama kepada adik Anwar Hadi kerana telah berjaya membolot 3 hadiah pada malam itu.. Tahniah dik.. all the bestttt...

Perjalanan Mak Dara ke Digi WWWOW Award

Salam semua teman teman.. Wahhh lewat betul Mak Dara nak update blog malam ni.. Sebenarnya Mak Dara baru saja balik dari majlis DiGi WWWOW AWARD dimana Mak Dara antara calon top 6 untuk kategori TOP KAY POH AWARD... Banyak betul yang mak nak updatekan.. Jadi mak buat dalam berperingkat ye ngeeee..

Ok mari mak mulakan dari perjalanan Mak untuk ke Digi WWWOW Award tu boleh? kira boleh lah ye hehe.. Ok Mak Dara ke sana ditemani oleh somi Mak Martias Ali.. kami bertolak dari rumah pukul 6 petang..

dlm kereta otw ke KLPAC

akhirnya tiba jua di hadapan KLPAC dalam pukul 6:30 petang

alamak kena lalu depan bapak bapak sukarelawan pulak haha

Adesss panjangnya kena beratur untuk mendapatkan pas masuk

ternampak blogger Mialiana(bertudung pink) bersama suami

Tengah tunggu giliran untuk dapatkan pas masuk

akhirnya mak dara terima pas untuk masuk woohooo

fuhhh masih ramai yg beratur di bawah

Mak mengorak langkah ke majlis tu..naseb baik tangga tu tak baper tinggi ngee

bertemu dengan blogger Mia Liana


Waduhhhh mata betul2 betul dah berattt ni rasanya tak mampu nak bertahan lagi hehehe.. Baiklah Mak undur diri dulu ya.. Esok mak akan sambung cerita yang belum sudah ini.. Apa apapun mak idok le menang dalam kategori Top Kay Poh tu namun mak amat amat bersyukur kerana berada dalam top 6 untuk kategori tu hehehehehe.. Tahniah mak ucapkan pada semua pemenang ye... ok kita sambung esok ye anak anak selamat malam.. errr pagi hehe

Tuesday, July 12, 2011

Nantikan Kemunculan Filem Flat 3A

Satu lagi Filem bergenre seram terbitan Metrowealth Production akan ditayangkan di pawagam tak lama lagi iaitu Filem berjudul "FLAT 3A" dan yang bestttnya salah seorang dari pelakon utama filem ni adalah rakan baik Mak Dara iaitu Ery Zukhairi dengan memegang watak sebagai "Wahyu" disamping Intan Ladyana, Adey Syafrien dan ramai lagi.


Ery Zukhairi "Wahyu" dalam satu babak Flat 3A

Ery dalam satu babak Flat 3A
Ery dalam satu babak Flat 3A
Ery dalam satu babak Flat 3A
Ery dalam satu babak Flat 3A
Mak Dara, Ery & Affiey =)

Haaa di atas antara gambar milik peribadi Ery semasa beliau shooting filem FLAT 3A ni yang dibenarkan oleh Ery untuk Mak masukkan dalam blog Mak ni.. Tapi gambor yang last tu gambar Mak, Ery dan teman kami Afiey.. Gambar tu aje takde kene mengena dengan film tu ok hehe seje je nak menepek jugak hahaha.

Meh Mak nak ceritakan serba sedikit tentang jalan cerita filem ni. Filem FLAT 3A mengisahkan tentang pengalaman ngeri dan seram Fikah (Intan Ladyana) dan teman lelakinya Anas setelah Fikah berpindah ke rumah baru. Tanpa diduga rumah tersebut adalah sebuah rumah tinggal yang cukup berpuaka dan mula menghantui Fikah. Pada penggemar filem genre seram jangan lepaskan peluang menonton Filem ini di pawagam bermula 14 Julai 2011.. untuk keterangan lanjut sila ke http://www.sinemamalaysia.com.my.. Esok filem ini akan ada preciew di TGV SUNWAY PIRAMID moh le kesana jika mahu bertemu dengan semua para pelakon film ni yer.. Selamat menonton!!


Tak Sabar Menunggunya Esok Hari


Waduhhhh.. Tak sabar rasanya menunggu tibanya hari esok.. Ya esok yang menjanjikan kengerian.. kesuspenan dan keterujaan yang teramat bagi Mak dara dan Blog Bicara Mak dara ini.. Ya.. Esok bakal berlangsungnya majlis DiGi WWWOW AWARD... Jantung berdegup lajuuuu je malam ni.. Lagi difikir lagi berdegup degap.. Mak dah tahu yang mak pastiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii takkan menang untuk kategori Top Kay Poh award esok namun Mak Dara amat amat bersyukur kerana menjadi top 6 bagi kategori itu.. memang tak masuk dek akal blog picisan macam mak boleh berada dalam top 6 tu.. Sampai sekarang rasa macam nak cubit cubit je diri ni untuk sedar dari lamunan ni.. haha

Pasti diriku terasa kerdil di majlis itu nanti bila bertemu dengan para otai otai blogger yang turut kesana esok.. Huhu nervous mak dibuatnya.. Namun Mak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan rakan Mak yang sudi mengundi untuk mak.. Ada yang siap promot hari hari di semua group ping blog.. ada yang sanggup menggundi mak menggunakan hampir 12 akaun miliknya dan semua ahli keluarganya.. terima kasih kepada family mak juga kerana tak putus putus terus menyokong pembabitan mak dalam dunia blog ni.. Terima kasih semua.. Ehhh dah macam ucapan lah pulak haha.. Oklah sebelum meroyan mak datang di tengah malam buta ni baik Mak masuk tidur dulu .. Selamat malam semua.. Untuk blogger Mialiana dan Ben Ashaari.. jumpa anda di sana di sana di sana =)

Mak Dara bertukar RSS bersama Blogger Bangku Kosong

Wahhhhh terujaaaaa betul Mak Dara malam ni..Ini disebabkan Mak Dara telah terpilih untuk bertukar RSS bersama Blogger Bangku Kosong! Wahh selalu tengok pada blog Ben Ashaari aje bila dia meletakkan rss blog Cik Mat Gebu di blognya dan begitu juga sebaliknya. Kini rss Mak berada di blog hebat blogger Hasrul Hassan atau lebih dikenali sebagai blogger Bangku Kosong.. 

RSS Mak Dara di Blog Bangku Kosong

RSS Bangku Kosong di Blog Mak Dara

Wahhh rasa bertuah betul dapat bekerjasama dengan blogger otai otai ni.. Selain terpilih dalam top 6 digi wwow award, Ini juga antara pengalaman manis Mak selama berblogging.. Terima kasih kepada Hasrul Hassan aka Bangku Kosong .. really appreciate it.. =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK