Saturday, July 23, 2011

Otromen Menonton perlawanan Malaysia VS Singapura

Haaa.. jangan tak tahu.. Otromen pun menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Singapura yang sedang berlangsung sekarang ni.. Tak percaya..? Mak tak tipu.. Mak ada bukti.. Nak tengok??


Haaa inilah ultraman yang Mak maksudkan tu.. Hahahahaha.. Ok oklah... itu somi mak pakai topeng otromen hehehe.. Waduh baru sarung je topeng tu Harimau Malaya dah dapat gol pertama di saat ke 18.. Cayalah Harimau Malaya.. Kalau atau menang malam ni.. HARIMAU MALAYA TETAP MENJADI POJAAN HATIKU.... =)

Nama Isteri di Handphone Suami

Hmmm.. Tadi store number telefon kawan kawan Mak ke dalam handphone.. Semua nombor kawan kawan baru Mak tu semua dalam name card je.. Sekali nak call mak aiii susahnya.. Jadi Mak pun store le dalam handphone kasi senang bila nak calling calling kan.. Tetiba Mak Dara terfikir akan sesuatu .. Apa nama anda di telefon suami anda  agaknya ek.. Moh kita tengok senarai yang Mak reka..

Nama Isteri di Handphone Suami - Quote by Mak Dara

1 - Baru menikah : ISTERI TERSAYANG 
2-3 thn menikah : SAYANG 
4- 5 thn menikah : YANG/MAMA
6- 10 thn menikah : RUMAH
11- 15 thn keatas menikah : JANGAN ANGKAT!!!

Hehehe ni semua hanya rekaan mak semata mata.. Senda gusi di petang hari sambil makan cekodok namanya ni hehe... Ada juga pasangan suami isteri yang loving walaupun telah berpuluh tahun kawen pun masih bersayang berdarling lagi kan. Tapi kan alang alang dah terkeluar topik ni.. Mak teringin jugak nak menyibuk petang petang hari ni.. Boleh Mak tahu apa nama Isteri/suami/bf/gf yang anda store dalam handphone anda.. =)

PUASA NAK DEKAT DAH NI..!!!


Salam dan selamat hari minggu kepada semua rakan rakan.. Haaaa... Puasa dah nak dekat dah ni..!! Ada terhutang tak puasa pada tahun lepas.. Kalau ada tu jangan le buat buat lupa ya.. Kasi bayar k.. Ok masa yang dinanti nanti telah tiba.. Teman Mak Dara Rafina Mimi Zairul Murni Abdullah atau nama ringkasnya Mimi telah buat segmennya yang pertama.. Aiseyman semalam asyik dok bikin hamper sampai tak sempat nak berblog. Tup tup pagi ni baru terbaca tentang segmen beliau so terus menjuinkan diri.

Ok meh Mak ceritakan antara pengalaman Mak Dara berpuasa masa zaman zaman Mak masih kecil dulu.. Masa dulu ibu mak cakap bila baru nak belajar puasa belajar suku hari.. dah tu setengah hari.. lepas dah boleh buat setengah hari kena habiskan sehari berpuasa. So mata masa tu asyik tengok jam aje.. bila sampai suku hari atau setengah hari , kenyang atau lapar Mak tetap nak bukak puasa jugak.. Tapi ada masa yang mak tak tahan sangat lapar tau apa mak buat.. Mak pegi mandi lama lama sambil sambil mandi tu mak minum air shower tu sekali.. Bila habis mandi perut kenyang dengan air hahaha... Marah Ibu mak bila dia tau tektik nakal mak tu.. 

Pengalaman belajar berpuasa memang antara pengalaman yang paling terpahat dalam kepala mak ni sebab tu Mak suka buat skrip drama hari raya.. Antara drama hari raya yang mak tulis bersama suami mak, Martias Ali dan adik mak Adza Nasyaemie ialah..


Drama KERANAMU IBU (lakonan ayah MTT En Azman Jantan)

Drama AIDILFITRI DIBULAN SYAABAN

Drama GITULAH RAYA

Drama SELAMAT HARI RAYA CINTA


Drama RAYA SENDIRIAN

Memang feel gila bila tulis skrip raya ni.. Banyak pengalaman raya Mak selitkan dalam drama drama tu.. Oklah.. dah lari topik pula.. Jom le ramai ramai join segmen dari Mimi ni.. memang bestttt.. Klik di SINI untuk turut serta ya.. Disini Mak nak ambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan yang mulia ini... Salam...


Friday, July 22, 2011

Semalam Biru.. Hari ni pepel kaler pulak..

Semalam Mak Dara siapkan tempahan warna biru.. Hari ni Mak Dara buat hamper warna purple pulak.. Hamper kali ni telah ditempah oleh teman Mak Dara Kak Maizura Hamzah atau nama glamer dalam blog ACIK TOPI hehe.. Jap Mak kasi upload gambor gambor nye ye..

bahagian dalam code : ADZA HAMPER & COOKIES -NO .8

(bahagian depan) code : ADZA HAMPER & COOKIES -NO .8

 code : ADZA HAMPER & COOKIES -NO .9

 code : ADZA HAMPER & COOKIES -NO .10

(bahagian hadapan) code : ADZA HAMPER & COOKIES -NO .10

Untuk Acik Topi, Mak Dara membuat 3 design untuknya.. Harap harap Acik Topi berpuas hati dengan tempahannya ni hehe.. Pada yang berhajat nak beli hamper ingat ingatle pada Mak Dara ye.. Kalau nak cuci cuci mata boleh le ke page kami di FB dan juga di blog kami @  http://adzashop.blogspot.com/


Selamat mencuci mata ye kalau ada yg berkenan tu bagitau le Mak ye.. Kalau beli dalam kuantiti yang banyak Mak kasik diskaun baekkk punya hehe

Angkasawan Negara Dr Sheikh Muszaffar kini bergelar ayah

Wahhhhh Tahniah Mak Dara ucapkan kepada Dr Sheikh Muszaffar kerana kini telah bergelar ayah .. Tahniah juga kepada isterinya Dr Halina kerana selamat melahirkan puteri sulung mereka dan selamat bergelar Ibu...

pic Dr Halina semasa beliau pregnant by google

Berita ini Mak Dara baca dari teman Mak Dara di facebook.. Katanya  Dr Halina selamat bersalin anak  perempuan seberat 3.6 kg pada jam 8:30 malam semalam.. Dengan kehemseman dan kejelitaan kedua ibubapa ini pastinya puteri sulung mereka ini cumilllllllllllllllllllll... Semoga dengan kehadiran cahayamata ini menambahkan lagi kasih sayang dan keceriaan bagi kedua mereka hendaknya... Tahniah.. Tahniah......

Thursday, July 21, 2011

Malaysia VS Chealsea.. Apa sebenarnya yang ditonton oleh kaum wanita..


Ok malam ni Mak nak layanzzz bola Malaysia VS Chealsea!! Jangan ingat orang perempuan tak tahu apa apa pasal bola ok.. Mak tahu tentang kaki yang berotot otot.. rambut yang stylo.. dan aksi aksi lincah.. ehhhh tu pasal pemain bukan pasal bola ek.. hehehe takdelah.. kaum perempuan bukan le nak tengok bola hanya kerana nak tengok pemain bola tu tapi kami juga amat meminati sukan hokay.. ngeeee

Tak kisah le menang atau kalah malam ni yang penting Mak nak doakan semoga satu hari nanti pasukan bola tanah air akan digeruni oleh semua pemain bola sedunia seperti di zaman kegemilangan allahyarham Mokhtar Dahari suatu ketika dulu.. Ok mak nak sambung layanzzz bola babai...
HARIMAU MALAYA BOLEHHHH!!!! grrrrrrrrrr....

Cun jugak ehh kaler biru ni..

Sebelum ni Mak Dara terima tempahan buat kaler hijau tapi hari ni dapat tempahan kaler biru pulak.. Tempahan apa? Hamper.. Ya Sempena bulan puasa ni Mak Dara dan adik Mak Dara Adza Tuty buat business jual hamper raya.. Tapi syukur alhamdullilah belum pun mula puasa kami dah menerima banyak tempahan... 

masih dalam proses pembikinan kuih pun belom masukkan dlm botol lg hehe

Baru siap separuh jalan.. 

Gambar gambar diatas tu hamper yang belum siap lagi.. belum masukkan kuih.. belum balut lace belum taruk reben reben lagi.. Tapi bila dah siap nanti ia akan kelihatan macam ni...


Kalau siap nanti nampak macam tu lah tapi biru kaler le hehe.. Ni sbb tak sabar punya pasal le hamper belom siap tapi tangan gatal jugak nak update hehehe.. Ok pada sesiapa yang berhajat nak beli hamper boleh le ke online shop kami @ http://adzashop.blogspot.com/ .. Selamat mencuci mata di sana ye hehe

OMG!!!! Linda Onn komen kat wall FB Mak ...

OOO EMMM GEEE... Sambil dok menulis ni sambil tersengih sengihhhh je Mak Dara tatkala ini.. Gila tak sengihhhh... Pengacara fofulerrrrrrr LINDA ONN komen status FB Mak Dara jap tadi.... Sebenarnya ceritanya bermula bila Mak Dara dah tak boleh Like page atau orang dah tak boleh add Mak di FB lagi dek kerana friendlist Mak Dara hampir cecah 5k.. jadi Mak pun luah lah kat status FB mak.. Tup2 Linda kasi komen.. Nak tau apa yang ditulis.. jeng jeng jeng...



Perghhhhh memang terujaaaaaaaaaaa betul Mak hari ni... Memang Linda Onn seorang yang sangat humble and veryyyyyyyyyyyyy sweet!!!!! Memang dah lama Mak ikuti perkembangan Linda tu tak sangka she is so awesome!!!!!! To Linda Onn.. Tks for the sweet comment sis.. truly appreciate it.. u really make my day.. Harap2 satu hari nanti Linda sudi putarkan lagu D'ADZA Apa Kau Rasa di radio hehehee.. Muahhhhhh

BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER

Santai Bersama BEN ASHAARI

Yezzerrr seperti biasa Mak Dara menjuinkan diri dalam segmen Adik Ben Ashaari kali ni segmen BEN ASHAARI CARI BLOGGER BARU JER .. 

Yup Mak Dara memang dalam kategori blogger baru.. Blog ni pun baru sahaja bernafas selama 6 bulan 4 hari.. cuma yang tak baru hanyalah Mak hehehe.. Dah kertulah katakan..Kata Ben "Tulis apa saja nak tulis di entri korang tu .. kasi tau pembaca yang blog korang tu layak di follow dan baca selalu .. haa.."

Alamak Mak ni fail sikit bab nak pomot pomot ni..terutamanya bab pomot diri.. Kalau mak teror kompom dah lama Mak dah join geng MLM tu hehehe... Panjang cerita sebenarnya tapi Mak pendekkan jadilah.. Blog Mak ni memang blog santai tapi idokle duduk di tepi pantai.. dan bukanlah blog blog yang serius.. Blog ni amat sesuai kepada pembaca pembaca yang "gila gila" macam Mak ye.. Memang tiada paksaan untuk follow blog mak ni.. Kalau rasa nak join meroyan Mak ni amat amat dialu alukan.. Kalau tak sudi apa Mak boleh buatkan... (sambil muncungkan mulut dan kembongkan pipi kasi kiut sikit hehe)

So... selamat datang ke BLOG BICARA MAK DARA kepada yang pertama kali kesini ye... Pada yang selalu ke sini.. Jom mak belanja cekodok panas jommmm... =)

Anak Malaysia Pertama Menjadi Pensyarah di Universiti Oxford

Selamat pagi.. Pagi ni Mak Dara nak share satu story dengan anda.. Mungkin dah ada yang tahu dan mungkin ada yang belum.. Kisah tentang kejayaan seorang anak Malaysia pertama yg menjadi pensyarah di Universiti Oxford. Universiti Oxford ok.. Nak sambungkan pelajaran kat sana pun masyaallah punyalah susah inikan pulak jadi pensyarah di sana.. Mak Dara memang salut habis la pada Dr Muhammad Afifi al-Akiti ni.. Umurnya sama dengan Mak Dara juga 34 tahun.. Memang genius lah.. Dia dapat bertutur dalam 7 bahasa iaitu bahasa melayu, bahasa inggeris, bahasa arab, bahasa german, bahasa perancis dan bahasa yunani . Hmmm kalau Mak Dara banyak jugak bahasa yang dapat mak tuturkan.. Bahasa Malaysia.. Bahasa Inggeris, Bahasa kedah, Bahasa Perlis, Bahasa Perak.. bahasa.. errrr itu tak tergolong ek.. hehe sorry sorry sorry =) Sebelum Mak meraban lagi jomm tengok kisah Dr Muhammad Afifi al-Akiti ni..


Sebagai rakyat Malaysia.. Mak pun turut bangga dengan kejayaannya ini.. Jadi the moral of the story is.. Usaha tangga kejayaan.. Nothing is impossible.. Usaha dan usaha lagi insyaallah pasti akan berjaya.. renung renungkan ye..


Wednesday, July 20, 2011

Lagu iklan Radio COLGATE nyanyian anak dara Mak Dara telah keudara!!

Tengah Mak Dara dan suami pulang dari meeting bersama seorang producer di Shah Alam semalam tiba tiba terdengar sesuatu di radio SINAR FM... Apa yang kami dengar? Lagu iklan Radio COLGATE nyanyian anak dara Mak Dara dan beberapa temannya telah keudara!! waaaa terjerit Mak Dara dibuatnya.. Walaupun iklan untuk radio aje dan hanya dengar suara saja namun Mak Dara banggaaaaa wehhhh eheee

Lagu iklan Colgate itu ala ala seperti lagu Madu Tiga tapi liriknya yang telah diubah seperti dibawah..

 Hei Senangnya dalam hati..
Pack COLGATE amal ku beli..
Sumbangan yang diberi.. 
Ikhlas di hati...

Lagu iklan tu dinyanyikan oleh anak Mak Dara Adza Danina Kirana bersama 3 orang kanak kanak yang lain..    Iklan ini untuk bulan puasa nanti dimana hasil penjualan colgate itu akan disumbangkan kepada org yg memerlukan kalau tak salah Mak...

Danina sedang merakam iklan Colgate pada beberapa minggu lalu

Danina dalam studio rakaman..

Soooo proud of you Danina!!!! muahhhh

WORDLESS WEDNESDAY # 9


ngeh ngeh ngeh..

Wordless Wednesday: On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph 
with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that 
the photo itself says so much that it
doesn’t need any description


Alhamdullilah selesai jua akhirnya..

Hampir 2 hari 2 malam Mak Dara tak dapat lelapkan mata . Ini kerana Mak dara mahu menyiapkan sebuah proposal sinopsis untuk sebuah filem komedi romantik. Mak ai.. susahnya nak buat cerita romantik ni.. Mak Dara selama ni jarang menulis kisah kisah cinta ataupun kisah romantik.. Mungkin sebab Mak Dara ni bukanlah jenis yang romatik maka sedikit fail disitu haha. Tapi kalau bab komedi dan cerita hantu memang peberet genre untuk Mak Dara tulis. Namun rezeki jangan ditolak.. Bila mendapat offer dari seorang  pengarah yang merupakan seorang kenalan lama Mak Dara yang mahu cerita romantik komedi terus je Mak Dara cakap boleh buat hehe

Mak Dara telah menulis dua versi sinopsis untuk filem ini.. Satu ditulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Emie.. Satu lagi idea sepenuhnya dari Mak Dara.. Tapi tajuknya tak dapeklah Mak Dara nyatakan disini.. Tapi kalau pihak producer dan pengarah setuju dan terima proposal Mak Dara tu.. akan Mak Dara kaypohkan nanti ye... 

Tolong doa doakan untuk Mak Dara ye... =)

Tuesday, July 19, 2011

Masyaallah.. Wanita hamil lapan bulan maut itu adalah kenalan keluarga Mak Dara

Tersentap dan terkejut Mak Dara semalam apabila mendapat mesej dari teman Mak semalam dan menyampaikan berita sedih tentang kemalangan yang telah meragut nyawa adik bongsunya Shalini Mohd Yusof pada 16hb Julai lepas.. Mak dalam sehari dua ni memang sangat sibuk dengan menulis skrip dan mmembuat hamper raya sehinggakan tidak sempat melihat berita ataupun membaca surat khabar.. Terkejut Mak Dara dibuatnya.. Bila Mak Dara google terlihat berita kemalangan ini di beberapa surat khabar online dan beberapa blog.. (berita penuh disini)
 
 
Ibu dan ayah Mak Dara merupakan kawan rapat kepada Ibu dan ayah allahyarham masa mereka semua masih bujang lagi.. Kemudian persahabatan itu sampailah kepada kepada anak anak.. Shalini atau kami panggilnya Nini masih kecil masa Mak Dara tinggal di Kulim Kedah dulu.. Namun setelah Mak Dara berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur maka kami terus terputus hubungan selama 17 tahun.. Tup tup dengar berita sedih ini.. Memang sedih sangat mendengar bahawa bayi 8 bulan yang berada di dalam kandungan Nini turut terkorban..

suami allahyarham Nini dibawa keluar dari kereta (pic google)

Lori pasir yang terbabas dan menghempap kereta allahyarham(pic google)

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.. Semoga Haji Yusof sekeluarga tabah dan redha dengan pemergian ini.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletakkan dikalangan orang orang yang beriman.. AL FATIHAH.....

BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Santai Bersama BEN ASHAARI

Selamat pagi dan salam sejahtera.. Haaa bila dah nampak header kata atas tu kompommm le semua tahu apa maknanya kan.. Yup Mak Dara menjoinkan diri untuk segmen terbaru Adik Ben Ashaari.. kali ni segmen BEN ASHAARI AJAK PILIH BLOG

Ok serba sedikit mengenai Blog Bicara Mak Dara.. Blog Bicara mak Dara ni dilahirkan pada 17hb Januari 2011.. Baru saja menyambut ulang bulan yang ke 6 bulan beberapa hari lepas.. Apa ada pada dengan blog Mak Dara ni.. takdelah yang super menarik.. cuba ada le sikit besttnya.. boleh gitu hehe.. Mak Dara seorang isteri, Ibu dan penulis skrip drama dan filem dan sekarang teringin nak jadi blogger tegar lagi ketegar (ketegaq kata orang kedah) Mak Dara banyak menulis tentang diri mak dara, anak anak, kehidupan, gossip dan adakalanya menulis tentang drama drama hasil skrip yang Mak dara tulis di dalam blog ni.. Blogger Idola Mak Dara ramai.. kalau nak tulis satu persatu mau esok habis.. tapi antaranya adalah yang tertepek headernya di atas tu hehe

Kenapa blog Mak Dara patut dipilih sebagai blog yang patut di singgah setiap hari?Kalau sudi dan tak kisah berkenal dengan blog Mak Dara yang kertu lagi meroyan ni.. silakan ye.. Err tapi bila dah baca blog Mak Dara ni ... bil kaunseling nanti jangan hilangkan nanti boleh claim pada Mak Dara =)

Pada yang nak join sila klik di SINI ye.. 

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK