Wednesday, September 14, 2011

Ibu Mak Dara Selamat menjalani Pembedahan..

Ramai yang dah tahu atau yang belum tahu yang ibu Mak dara telah dimasukkan di wad di hospital HUKM kerana sakit dibahagian kakinya.. Setelah diperiksa dan membuat x ray doktor mengesahkan bahawa terdapat nanah di bahagian kaki Ibu mak Dara itu namun syukur kerana keadaan masih dalam terkawal dan membuat keputusan untuk membuat pembedahan membuang nanah itu sebelum ia merebak keseluruh kaki Ibu mak dara tu.. Ini antara kes dan simptom pesakit kencing manis.. Syukur alhamdullilah masih dalam di stage awal kata doktor jika dibiarkan tanpa rawatan dikhuatiri terpaksa dipotong.. Syukur alhamdullilah...

Keadaan agak panik juga tengah hari tadi bila waktu melawat dibuka namun bila kami sekeluarga masuk namun Ibu mak dara tiada di katilnya.. Kami dimaklumkan oleh nurse yang bertugas bahawa Ibu mak Dara telah dibawa ke bilik bedah. Hairan juga kami kerana mengikut kata doktor bahawa mereka akan membuat pembedahan keatas ibu mak dara malam semalam. namun nurse menerangkan bahawa mereka terpaksa menunggu kandungan gula dalam badan ibu turun dahulu baru mereka akan menjalankan pembedahan itu.. Maka kami semua terus turun ketingkat bawah dan menunggu dihadapan bilik bedah.. Setelah lebih setengah jam masa berlalu tiba tiba pintu bilik dibuka dan kelihatan ibu mak Dara dibawa keluar..



Syukur alhamdullilah pembedahan itu berjalan lancar. Ibu Mak Dara sempat melemparkan senyuman kepada kami namun kami tetap risau sebab badan Ibu menggigil dengan teruk sekali. Bila ditanya nurse kata memang keadaan di dalam bilik bedah amat sejuk bagi membasmi kuman ini kerana kuman susah untuk hidup dalam keadaan sejuk.. ohh baru kami faham.. lalu Ibu mak dara pun di bawa ke wadnya semula..


Di wad nurse terkejut apabila mendapati bahawa Ibu mak dara demam yang agak panas maka terus diberikan ubat.. Dan kami semua diminta untuk menunggu diluar kerana doktor mahu memeriksa ibu.. Sayangnya waktu melawat telah tamat maka kami terpaksa beredar dari situ. Namun kami merasa lega bila doktor berkata bahawa tiada apa yang perlu kami risaukan kerana Ibu mak Dara akan diberi perhatian sebaiknya oleh nurse dan doktor yang merawatnya.. Syukurlah semua nurse dan doktor disana sangat baik dan friendly.. Kami akan melawat lagi ibu esok.. Mudah mudahan Ibu semakin sihat dan boleh segera pulang....

Preview Filem LIBAS di TGV Wangsa Walk Mall

Masa yang dinanti akhirnya telah tiba.. Malam nanti Somi dan Mak Dara akan menghadiri preview Filem LIBAS yang akan diadakan di TGV Wangsa Walk Mall..


Masih teringat lagi Mak Dara bila somi mak Martias Ali, menulis skrip filem ini 7 tahun lalu pada tahun 2004.. Mak juga ada membantunya sedikit dalam menulis di draf pertama skrip itu namun somi mak telah menulis kembali skrip itu berkali kali bagi memenuhi permintaan pihak penerbit filem dan akhirnya setelah menulis sebanyak 5 draf skrip dan skripnya diluluskan maka lahirlah final skrip yang telah direalisasi dan dijadikan sebuah filem... 

Semuanya bakal terjawab malam ini di preview filem ini nanti. Semoga kerja keras kesemua krew produksi dan semua para pelakon dan  juga somi mak diterima ramai... Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 29hb September 2011.. Jangan lepaskannya ya...

Pada somi mak.. Im sooooo proud of you sayang....

Hanya Tuhan Saja Yang Tahu..

Hanya tuhan saja yang tahu..
Bagaimanakah keadaan ibuku tatkala ini..
Sudahkah dia menjalani pembedahan itu..
Bagaimanakah keputusannya..

Hanya tuhan saja yang tahu..
Bagaimana seluruh keluarga berdebar di dada..
tertanya tanya mengenai keadaannya...
Baikkah dia...

Hanya Tuhan saja yang tahu..
Apa yang dilaluinya..
Apa perasaannya..
Sakitkah dia...

Hanya tuhan saja yang tahu..
bertapa kami terlalu sayangkannya..
Kasih kan nya
cintainya...

Hanya tuhan saja yang tahu........


Tuesday, September 13, 2011

Malaysia's Next Top Female Blogger

Finally.. Malaysia’s Top Female Blogger 2011 Contest is here!!!
Organize by the one and only SANDRA AZWAN...


1) Tell us about your blog in 70 words or less. (When and why you started it, how often you update, and your viewers)

BICARA MAK DARA was aired on 17th January 2011. It is my
personal blog. It is all about my activities, thoughts, inspiration, ideas, and everything that happened around me. Ok.. Ok.. the truth is... it's mostly about me.. myself.. and I haha.. This blog is like a hideout for me from my busy and hectic life as a script writer, a wife and a mother for my four beautiful kids . I update my blog everyday!! It's like an addiction.. really.. The topic in my blog can be from my day activities to gossip, tutorial, gossip, my kids, my drama and more gossip... I have all kind of viewers from teenagers to the elderly.. from a single persons to a married couples.. And I love them all...

2)
What is your personal style?

My style? Mostly I'll wear Joutfit (Jean Outfit) when outing with my kids. I love to buy a "pret-a-porter" outfit
(ready-to-wear) But unfortunately it's kinda hard to find something like that for my size. Those gorgeous Jimmy Choo's glitter shoes are completely "presh" and I love to have them but unfortunately I can't afford it.. So most of the time I will wear my "Fugly" (F'in Ugly) pump shoe lol.. But I will definitely will avoid wearing something "festive" or something "faddish".

3) A picture of you in one of your favorite outfits:

I really love this picture of me wearing my most favorite outfits.. The good news is.. I really feels like a
fashionista when I wear something like this..But the bad news is.. This picture was taken 2 years ago and now with my new condition..(toooo fat) i couldn't wear this dress any longer or otherwise I will look like a fashion victim.. lol



4)
Are you the next Malaysia’s Top Female Blogger 2011? Why?

DEFINITELY!! wow that really sound sooo over the top and over confident huh.. But to be a
Malaysia’s Top Female Blogger, ones need to be confident.. Right? To achieve great things, we must first dream ~ Coco Chanel =)

Ok ok now back to the question WHY should I be the next Malaysia's Top Female Blogger? It's because I'm a "blogger-friendly" or at least I try to be one. I work hard to improves my Blog. I blog 24-7! And most of all.. because I LOVE TO BE A BLOGGER!!!

5)
I love to read ‘Life with Sandra…..’ because?

I love to read ‘Life with Sandra because
Sandra Azwan's blog has such an amazing collections!! His creations and designs look soo couture soooo Avant-garde, so ahead of its time and looks like it comes straight off the runway.

FEMALE BLOGGER ROCKS!


Tks Sandra for this great opportunities .. You're simply the best!!! =)

Ibu Mak Dara akan dibedah malam ini..

Sayu.. sungguh sayu apabila melihat ibu Mak Dara terbaring di atas katil wad sebaik mak melangkah masuk ke dalam wad Ortopedik di Hospital HUKM sebentar tadi.. 

Ayah melawat Ibu 

Ibu Mak dara cuba utk melemparkan senyuman walaupun dalam kesakitan

Kami benar benar tidak menyangka bahawa aduan mengenai sakit dikakinya begitu serius sekali.. Setelah dilakukan x ray didapati terdapat nanah di bahagian kaki Mak dara itu . Disebabkan Ibu mak dara pengidap penyakit kencing manis dikhuatiri sekiranya dibiarkan akan lebih parah.. Hampir 8 orang pakar datang membuat pemeriksaan ke atas Ibu mak Dara dan akhirnya mereka bersetuju untuk menjalankan pembedahan keatas kaki Mak Dara bagi mengeluarkan kesemua nanah dan luka di kakinya itu.. 

Memang di wad itu terdapat ramai pesakit kencing manis yang dipotong jari dan juga kaki akibat penyakit kencing manis mereka itu. dan kami amat amat amat bersyukur kerana Ibu tidak lagi sampai ketahap itu.. Syukur alhamdullilah..

Ucapan ribuan terima kasih kepada setiap nurse dan doktor pakar yang menjaga dan merawat Ibu mak Dara dengan baik sekali.. Terima kasih ... dan semoga pembedahan keatas Ibu Mak dara malam ini berjalan lancar dan mak cepat sembuh.. amin.. 

Ibu Mak Dara dimasukkan ke Hospital

Ibu Mak Dara Puan Zaleha telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur sebentar tadi.. Memang Ibu Mak dara tak sihat sehari dua yang lepas maka kami ambil keputusan untuk membuat check up di klinik dan terus dihantar ke hospital.. Ok mak tak dapat bercerita panjang.. Tolong doa doakan semoga Ibu Mak dara segera sembuh ya... terima kasih semua..