Tuesday, September 20, 2011

Piapppppp.. Piapppp.. Meh Sini Mak LIBAS....

Piapppp.. Piappppppp.. Haaaa apa pula libas libas ni.. Siapa pulak yang Mak nak libas.. Hehehe jangan takut.. Mak tak libas sapa sapa.. Sebenarnya ini adalah dari keratan akhbar Berita Harian mengenai Filem LIBAS.

somi Mak Dara, Martias Ali
(barisan belakang,nombor dua dari kiri)

Waduhhh somi mak pun ada dalam gambar tu.. Fuhh tumpang bangga.. Semoga filem Libas iaitu hasil skrip filem sulong suami mak mendapat sambutan yang menggalakkan. Filem ini bakal melibas di semua pawagam tanah air bermula dari 29hb September depan di.. Moh le kita sokong produk orang kita ya..

border=0


Kempen RM10 Seorang

As Salam kepada semua teman.. Hari ni Mak Dara nak share tentang satu kempen yang diadakan oleh teman Mak Dara Puan Balqis.. Puan Balqis ni memang banyak terlibat dalam kerja kerja amal dan membantu pada mereka yang memerlukan. mak dara rasa amat berbesar hati dan bertuah dapat seorang teman seperti Puan Balqis ni.. Ok kali ni Puan Balqis bersama Grup Ukhwah telah mengadakan Kempen RM10 Seorang.. Sila baca keterangan lanjutnya di bawah ya..
Sahabat-sahabat yang saya kasihi...dengan rendah hatinya saya minta kita sama-sama membantu Puan Ramlah dah suaminya Amir... Suami Puan Ramlah memerlukan hati baru bagi menggantikan hatinya yang telah rosak.. Sahabat-sahabat kisah Puan Ramlah sudah beberapakali disiarkan Di Harian Metro... Tolong saya untuk membantu Saudara kita ya Sahabat-sahabat....Seringgit bagi kita mungkin tiada nilai..tapi untuk yang memerlukan sangat besar nilainya....Sahabat-sahabat mari kita menyumbang kepada Puan Ramlah..


Marilah kita sama sama membantu mereka yang memerlukan.. Jika tak dapat membantu dengan wang ringgit pun tak mengapa niat dan doakan semoga Encik Amir dapat mengutip jumlah wang yang diperlukan bagi pembedahan pemindahan hatinya sudah amat amat kami hargai.. Jika sudi silalah sharekan entry ini bersama sama .. Copy paste je ya.. 

Jutaan terima kasih dan tahniah kepada Grup Ukhwah dan terutamanya kepada Balqis kerana tidak henti hentinya mengadakan kempen amal ini.. Your the best... 

Nombor Baekkkkk Punya

Haaaa ni mak dara nak habaq mai.. Dalam dok tak dok (kata orang kedah) rupa rupanya ini adalah entry Mak Dara yang ke 777!!! wahhhh nombor baek punya.. Nombor peberet Mak ni kalau uols nak tahu.. Sebab mak lahir pada tahun 1977.. Apa saja yang bersangkutan dengan nombor 7 memang mak suka.. 


Hmmm 777 entry dalam masa 8 bulan 3 hari berblog.. Entah apalah yang mak merepek dalam 776 entry yang lain tu yer.. Harap takde yang serik atau termuntah pink membaca entry entry meroyan mak ni ye.. Kalau ada yang tersalah cakap atau tulis, tersinggung mana mana pihak mak mintak maaf ye.. Al maklumlah dah kertu macam ni tak terkecuali dalam membuat kesilapan.. Mak akan cuba tingkatkan penulisan mak pada masa akan datang ye.. 

kepada semua pembaca dan terutama sekali kepada ahli ahli mesyuarat tingkap Mak.. I lap yu.. =)


Monday, September 19, 2011

Tuty Turban Tutorial - Inspired by Yuna

Haaa... malam ni Mak Dara nak sharekan video tutorial oleh adik Mak Dara Adza Tuty. Tutorial untuk memakai turban ala ala Yuna tu... presenting Tuty Turban Tutorial


Dalam tutorial ini adik Mak Dara, Tuty menggunakan selendang dari jenama "iamjetfuel Scarves" dari jenama Yuna sendiri. Harga sehelai scarves ini ialah dari RM45 hingga RM49 sehelai... Untuk membeli selendang ini anda boleh la ke blog Yuna sendiri @ http://iamjetfuelshop.blogspot.com/ Selamat mencubaaa =)

Penangan Yuna...

Haaaa penangan si Yuna dah merebak ke dalam keluarga Mak Dara.. Penangan apa? Penangan style hijab terbarunya.. Turban... Sekarang adik Mak Dara Adza Tutyrianti dah gian pakai serban.. errr turban hehe...



Tuty

Yuna

Memang stylo mylo la Yuna ni.. Pasti ada yang minat dan teruja dengan angin perubahan fesyen yang dibawa oleh Yuna ni dan pasti juga ada yang sebaliknya.. Itu adalah hak masing masing.. Walaubagaimanapun mak nak ucapkan tahniah kepada Yuna kerana telah memberi nafas baru dalam dunia fesyen muslimah dan tahniah Tuty you look gorgeoussss...

Tuty ada membuat video tutorial cara memakai turban ni.. tungguuuu ya nanti mak kasi upload sini..

Makanan Hospital Boleh Kuruskan Badan..

As salam kepada semua blogger.. seperti yang sedia maklum Ibu Mak Dara telah berada di wad HUKM lebih dari seminggu kerana penyakit kencing manis dan pembedahan yang terpaksa dilakukan di kakinya tu kan.. haa hari ni Mak nak cerita tentang makanan di hospital.. makanan yang disediakan oleh pihak hospital kepada semua pesakit di hospital. Jap ek mak kasi upload itu pic..



Haa tengok tu.. ada sayur, ada ikan, ada sup ada ayam siap ada buah lagi.. itulah makanan yang diberikan pada ibu Mak Dara semalam.. Bila tengok semua makanan yang berada di dalam pinggan tu rasanya itulah contoh makanan seimbang yang terbaik.. ada carbo ada protein semua cukup.. Rasanya makanan seperti ni kalau diikut dan diamalkan hari hari kompom boleh kurus punya kan.. Nak cubalah tengok macam mana.. Boleh pakai atau tak teori Mak Dara ni hehe

Sunday, September 18, 2011

Mak Dara di Rumah Terbuka Dato Yusof Haslam

As Salam kepada semua teman.. Apa bikin di hujung hujung minggu ni? Mak Dara apa lagi ke Hospital melawat ibu lah jawapnya.. Tapi Mak nak cerita apa aktiviti mak malam semalam.. Semalam Mak dan keluarga ke rumah terbuka Dato Yusof Haslam.. Setibanya kami di sana terkejut jugak Mak Dara dibuatnya.. Terkejut melihat kereta yang banyak parking.. Terkejut melihat terlalu banyakkan tetamu dan banyakkan khemah yang telah di pasang.. Dah tak rupa open house dah macam kenduri kahwin aje meriahnya.. Sungguh hebat....

Ramai artis artis, wartawan, pelakon dan juga orang orang belakang tabir macam mak dara dan somi di majlis itu. Memang meriahhhhh sangat... Siap ada band lagi.. Dah tu ramai artis dan penyanyi yang menyumbangkan lagu lagu terasa macam di konsert pun ada..

anak mak dara Adza Isabella & Faizal Hussein dan family

Mak Dara tengah berbual bersama teman Mak Iera
(isteri kepada pelakon Zazly )

Somi dan anak

khemah khemah untuk buffet

Isabella, Somi dan Zazly

mak dara dan Isabella di hadapan rumah dato Yusof Haslam

Perghhhh apa yang dapat mak dara katakan tentang majlis rumah terbuka dato adalah "WOWWW!!" memang meriah dan terbaik... Itu belum bab rumah Dato lagi tu.. Perghhh terpegun Mak Dara melihat ke arah kolam renang, court badminton dan banyak lagi.. Memang hebattt.. Apa apapun terima kasih kepada Dato dan datin kerana sudi menjemput somi dan mak ke majlis yang gemilang itu.. =)

Kenapa Suka Nak Mengayat Pasangan Orang

Haaaaa tengah tengah malam sojuk ni Mak nak buat satu entry yang agak panasss sikit ... Ini tak lain dan tak bukan kes facebook le dan yang terjadi pada teman Mak Dara sendiri.. Fuhhh kalau kau baca ni "E" be strong bro.. 

Ok ni kes comment mengcomment di wall fb.. Boleh kata hampir setiap hari ada saja lah si hamba allah ni menulis sesuatu di wall pasangan teman mak dara ni.. Perkara biasa anda kata.. Ya memang perkara biasa.. Tapi kalau apa yang ditulis tu berbaur seperti mengayat.. adakah itu perkara biasa.. Kalau sekali dua aje ok lah kot.. tapi kalau hari hari.. tak terbakor hati pasangannya tu. Kalau mak sendiri pun kompom menyirap darah punya... Hairan betullah mak.. Kenapa Suka Nak Mengayat Pasangan Orang.. Sedangkan wall pasangannya sendiri takde pun dia nak tulis apa apa.. Hmmm...

Apa yang berlaku seterusnya tak mahulah Mak tuliskan disini.. Tapi apa yang Mak Dara nak sampaikan ialah.... Jagalah BATASAN.. Tak kiralah batasan sebagai seorang suami, batasan sebagai seorang isteri.. batasan sebagai GF/BF batasan padi sawah ke tak kira apa jua batasannya.. Jagalah.. Jangan sampai ada hati yang terluka.. Berfikir sebelum bertindak.. Wahhh dah macam rancangan semanis kurma.. Manis kah kurma itew hehehe... 

Hmmm ok ni entry autopublish sebab esok Mak nak ke Hospital HUKM untuk melawat Ibu Mak Dara di sana.. Hari ni balutan di kakinya akan dibuka setelah 3 hari menjalani pembedahan.. Harap harap dapat bawak Ibu pulang hari ni.. miss her soo muchhh.. Selamat berhujung minggu semua... Untuk "E" banyakkan bersabar pasti ada hikmah disebaliknya insyaallah..


Saturday, September 17, 2011

Dah Masuk 8 bulan.. Syukur Alhamdullilah

Haa.. Mungkin ada yang baca tajuk di atas kompom ingat Mak ni mengandung atau berisi lagi.. Yelah dah 4 orang anak dah macam kilang je ghopenye kata makcik makcik Mak Dara yang suka menyakat haha.. Tapi hakikatnyanya Mak Dara tidak le mengandung atau berisi namun cuma berisi lemak dan kolesterol aje haha Ok sebenarnya...hari ni 17 September 2011 maka genaplah 8 bulan blog BICARA MAK DARA!! 

HAPPY BUFFDAY BLOGKU YANG TERCINTAN CINTUN muahh

Di sini Mak Dara nak ambik kesempatan nak ucapkan ribuan terima kasih terutama pada hubby Mak Dara yang banyak mengongkong errr salah menyokong penglibatan Mak Dara dalam dunia blog ni.. Bersabar bila  sejak dua menjak ni Mak Dara lebih melayan blog dari dia hahahaha.. Just kidding ahaks.. Pada anak anak Mak Dara yang selalu berebut menggunakan laptop untuk main games..

Dan terutama kepada AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA!!!!!!! Terima kasih sebab selalu support blog picisan Mak Dara ni .. Sayangggggg semuaaaa.. sambil muncungkan mulut dan kembungkan pipi kasi nampak kiut sikit hahahaha

Ramai Unfollow Blog Semalam..

Mula mula tak perasan.. Tiba tiba anak Mak Dara si Meggi Boy yang perasan dulu.. Perasan apa? perasan hensem.. bukannnn hehehe.. Perasan yang ramai unfollow blog Mak Dara semalam dan terus dia bagitahu pada mak.. Erkkkk tersentap jugak le mak dibuatnya.. Kenapa? Apakah yang Mak Dara dah buat? Hmmm pikir punya pikir punya pikir akhirnya mak dara dah tahu jawapannya kenapa mereka tak sudi nak follow blog Mak lagi... semuanya kerana entry INI...


Waduhhhh terkejut jugak Mak.. kenapalah sampai ada yang nak terasa.. Salah ka apa yang mak tulis.. Jika salah dan telah menyinggung mana mana pihak Mak mohon maaf.. Namun di sini Mak nak tekankan bahawa entry mak itu tidak bersifat menyindir atau apa apa yang berkaitan dengan negatif. Mak menulis apa yang Mak rasa dan tengok.. Rasanya mungkin mereka hanya membaca tajuk entry tersebut aje. Tapi kalau diorang meluangkan sedikit lagi masa dan baca isi entry yang ringkas tu mungkin mereka akan faham maksud mak tu... Tapi tak apalah.. Itu hak masing masing kan....

Pada yang masih sudi follow dan menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap Mak tu.. Mak ucapkan jutaan terima kasih pada anda.. Korang memang sempoiii dan terbaekkkk... Sayanggg korang.. Lepas ni nak buat entry pasal bulan dan bintang takpun pasal burung ajelah huhuhuu

Jom Layan Video Sebelum Tido..

As Salam.. Semua dah tido ke? Errr kalau yang dah tido menjawap soalan mak ni haru jugak kan hehe.. Ok lah bagi yang belum rasa nak tido apakata layan dulu video yang mak buat ni.. Haaa memang mak sekarang suka edit video sendiri.. Sejak gunakan tool One True Media memang senang nak bikin video sendiri.. Yelah dulu dulu ada jugak teringin nak jadi model video klip tapi nan adoooo maka mak pun buat le video sendiri hehe.. So sila lah layanzzz jika sudi ye.. Video ini dedikasi kepada insan yang amat mak sayang dan cintai...


Happy Birthday Adza Danial Haiqal & Adza Danina Kirana!!!



Friday, September 16, 2011

Sambut Birthday Dalam Hospital

As salammualaikum kepada semua .. Haa hari ni dan tarikh ini 16hb September merupakan tarikh keramat tarikh penting juga pada semua rakyat Malaysia iaitu tarikh HARI MALAYSIA.. Namun tarikh ini amat bermakna dalam keluarga Mak Dara sendiri bukan kerana Hari Malaysia tetapi kerana ia juga merupakan tarikh hali lahir dua orang anak Mak Dara iaitu Adza Danial Haiqal(13thn) dan Adza Danina Kirana(10thn).. Yaaa Mak telah lahirkan kedua dua anak mak tu pada tarikh yang sama cuma tahun je lain lain hehe.. Kata kawan, mak ni terror haha tapi bagi mak ini semua satu kebetulan dan kebetulan yang amatttt le best sekali.. Mau tak best dah le abang dan adik sama tarikh lahir.. sama pulak dengan Hari Malaysia dah tu tiap kali harijadi diorang adalah cuti umum.. Gilaa tak bestt.. kompom best kan hehehe... Cuma yang tak bestnya tahun ni Ibu Mak Dara tidak dapat menyambut harijadi cucunya ni bersama dek kerana berada di Hospital. Kalau tak Ibu Mak Daralah yang akan sibuk sekali memasak semua hidangan di Birthday Party semua cucu cucunya ni.. 

Terharu dan sedih juga bila mak dara dengar jawapan dari anak anak Mak tentang apakah hadiah yang mereka nak pada harijadi mereka pada tahun ni.. Mereka berdua jawab nak celebrate dengan Tok di hospital.. Perhhhh sayu beb dengar jawapan mereka tu.. Lebih syahdu dari masa memohon maaf di pagi raya haritu.. Jadi Mak dan somi mak tunaikan permintaan kedua dua mereka..

Ibu Mak Dara sedang dirawat petang tadi

dari kiri Adza Danina Kirana, Ibu Mak Dara & Adza Danial Haiqal

 
kesemua anak anak Mak Dara bersama Ibu Mak Dara
Seronok betul bila Mak Dara melihat riaksi Ibu bila dapat bersama cucu cucunya tu.. Yang bestt tu dia siap tanya mana kek birthday depa.. Mak terus le jawap.. Mana boleh bawak mai sini mak oi.. Kat sini semua pesakit kencing manis takut depa terlioq tengok kek" hehehehehe. 

Apa apapun sambut harijadi di hospital atau dimana sekalipun tak kesah asalkan kita dapat bersama yang tersayang.. betul tak.. Harap harap Ibu Mak Dara dapat pulang kerumah pada minggu depan amin.. Dan kepada anak anak Mak Dara Nina & Carl.. Mama luvss you guys so muchhh..Happy Birthdayyyy!!

Membeli sambil beramal

Bertempat di NSTP Jalan Riong Bangsar pada Sabtu 17hb September 2011 ni (esok) teman saya blogger BALQIS NAZID bersama-sama sahabat Kembara Ukhwah ke Utara (KUKU) akan mengadakan jualan amal bagi membantu Suami Puan Ramlah yang mengidap  masalah hati yang kritikal dan perlu diganti dengan segera.RM 150,000 diperlukan bagi tujuan ini dan jumlah ini bukan lah sedikit. Balqis bersama-sama pihak Harian Metro dan beberapa selebriti akan mengadakan jualan amal ini.Kisah Puan Ramlah dan suaminya di Harian Metro Puan Ramlah

Untuk KUKU kami akan menjual novel-novel dari penulis terkenal Norhayati Berahim. Yang mana sebahagian dari hasil jualan ini akan didermakan kepada Puan Ramlah.Novel-novel dan majalah terpakai melayu/enggeris juga ada dijual. Baju-baju terpakai dewasa dan kanak-kanak dengan berbagai jenama
(yang masih dalam keadaan baru dan ada yang masih baru dan belum digunakan) akan dijual dengan harga yang amat berpatutan.Bagi mereka yang keletihan dan kelesuan muka kami ada penawarnya..Refreshing facial yang akan dibuat sendiri oleh saya dengan harga yang sangat menarik RM 20 sahaja.Menarik kan..???
 
Selain itu GPS dan Al-Quran Ipad turut dijual.Bagi mereka yang berminat mendapatkan  GPS dan Al-Quran Ipad dengan harga yang amat berpatutan. Dijemput datang beramai-ramai. Antara beberapa selebriti yang terlibat ialah Along Raja lawak & Didie Alias sebagai hos, Pelakon popular Shaheizy sam, Intan ladyna, Deja Moss, Eja, Farah Fauzana, Aznil Hj Nawawi, Azlan Typewriter, Catriona Ross, Ani Mayuni, Ana Rafali, Lyana Samsudin, Juliana Ibrahim, Aizat, Fauziah Ghaouse dan beberapa artis lagi.
 
Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak..
Amin..amin..amin...

KUKU pernah ke Utara sebelum ini Teratak Rahmat - Perlis & Ummu Sofia - Perak
Cerita KUKU ke Utara juga ada disiarkan di Harian Metro KUKU di Harian Metro

Mari hilangkan keletihan dan kelesuan pada wajah anda. 

Murah-murah

Saya dengan rendah diri menjemput semua sahabat-sahabat datang ke majlis amal ini agar dapat membantu Puan Ramlah dan suaminya. Seringgit mungkin tiada makna bagi kita, tapi sangat besar bagi yang memerlukannya...Mudah-mudahan jariah kita sedikit sebanyak dapat membantu kita disana kelak.. Amin..amin..amin...
 
Akhir sekali ribuan terima kasih Mak Dara ucapkan kepada Balqis kerana sudi share info tentang event ini.. Untuk keterangan yang lebih lanjut boleh terus ke blog Balqis @ http://balqisnazid.blogspot.com/2011/09/membeli-sambil-beramal.html

Tolak Ketepi fahaman politik masing masing dan mari menyambut HARI MALAYSIA bersama..

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Haaa jangan pula ada yang salah sangka.. Tidak.. ini bukan entry mengenai politik... Ini cuma luahan perasaan Mak Dara semata mata.. Apa yang Mak Dara rasa dan nampak. Seronok bila mak melihat rata ratanya di facebook status dan gambar gambar rakyat Malaysia sambut HARI MALAYSIA.. Rakyat Malaysia bersatu bagi menyambut hari yang amat bermakna ini.. Ini lah semangat yang kita mahu. Tolak ketepi sebentar fahaman atau ketidakfahaman politik kita masing masing dan mari menyambut HARI MALAYSIA bersama sama.. Sayangilah Malaysia tanah tumpah negara kita..



Seronoknya bila hari jadi sama dengan tarikh Hari Malaysia

As Salam kepada semua.. Seronokkan bila hari jadi adik beradik atau pasangan jatuh pada tarikh yang sama.. Ya itulah yang berlaku dalam keluarga Mak Dara dimana Anak sulong Mak dan anak kedua mak dilahirkan pada tarikh yang sama namun ditahun yang berlainan.. Meh Mak nak story sikit.. Once upon a time.. hehe yoyo oo je kan mak ni ..

Pada 16hb September 1998 Mak Dara telah selamat melahirkan anak sulong Mak iaitu Adza Danial Haiqal di Klinik Sejahtera Specialist Kulim Kedah... 
 
Pada 16hb September 2001 Mak Dara telah melahirkan anak kedua Mak iaitu Adza Danina Kirana di Klinik Subang Specialist Selangor.


Dan lebih meriah bila kedua dua tarikh harijadi anak anak mak tu jatuh pada tarikh HARI MALAYSIA.. Perghhh macam triple celebration lah jadinya. Dan bertambah bestttt bila setiap kali harijadi mereka adalah cuti umum... Memang bestttt sangat.. 

Disini Mama nak ucapkan selamat harijadi kepada Carl & Nina.. May all ur birthday wish comes true.. Lob\ve both of you more than anything.. Jadilah anak yang soleh dan solehah dan semoga berjaya di dunia dan akhirat insyaallah... amin.....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK