Thursday, November 10, 2011

PINTU TAUBAT

Sebentar tadi baru saja ditayangkan drama PINTU TAUBAT episod ke 12 di Astro Oasis. Drama ni merupakan skrip ke 45 yang telah Mak Dara tulis. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama suami Mak Dara, Martias Ali.


Drama ni dah ditayangkan di Astro Oasis pada oktober 2010 tak sangka akan diulang tayang lagi pada tahun ni. Syukur alhamdullilah.. Drama ini adalah terbitan Jurey Rosli dari World Evolution Brain Sdn Bhd. Dan lagu tema drama ini dinyanyikan oleh Oja.

Mak dara snap pic di TV tadi hehe






Drama bersiri PINTU TAUBAT ini adalah rantaian cerita-cerita tantang kisah kisah manusia yang insaf dan mencari pengampunan daripada Allah SWT atas keterlanjuran dosa yang dilakukan. Penampilan khas Ustaz Ismail Kamus untuk menterjemah ayat-ayat Al-Quran sebagai pedoman.

TAJUK TAJUK EPISOD dalam PINTU TAUBAT

EPISOD 1 : TANGGANG
EPISOD 2 : NOMBOR TERAKHIR
EPISOD 3 : RASUAH

EPISOD 4 : ANAK

EPISOD 5 : AIR NERAKA
EPISOD 6 : CURANG
EPISOD 7 : DUSTA
EPISOD 8: RAGUTAN MAUT
EPISOD 9: INSAF ZARINA
EPISOD 10 : SAMUN
EPISOD 11 : TEKSI
EPISOD 12 : PELANGGAN
EPISOD 13 : MALAIKAT MAUT



Pinky Ladies Ahli Mesyuarat Tingkap ke 1700

Jutaan terima kasih Mak Dara ucapkan kepada blogger Pinky Ladies kerana telah menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap Mak Dara yang ke 1700!!!!!




Syukur Alhamdulilah blog Bicara Mak Dara telah mendapat followers ke 1700!! Amin.. syukur.. Ini lebih membuatkan Mak Dara lebih bersemangat untuk lebih gigih untuk berbloging. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada adik Pinky Ladies  kerana sudi follower Mak Dara yang ke 1700!! Jom ramai ramai kita terjah ke blog adik kiut ni dan klik di link http://pinkystorymory.blogspot.com/


Dan tidak dilupakan kepada semua Ahli AJK MESYUARAT TINGKAP MAK DARA kesemuanya. Setiap seorang dari anda adalah amat amat bererti dan amatttt bermakna bagi Mak Dara. Mak Dara ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada setiap sorang dari anda yang tidak putus putus terus mensupport blog picisan Mak Dara ini....






Ada Jugak Ek Lagu Pasal BULU...

Pagi tadi teman mak sharekan satu video pada wall dia. Tengok tajuk je dah pelik.. BULU?? Ada jugak ye yang buat lagu tentang bulu bulu ni hahahaha.. Mak terus tekan dan play.. Ohhh rupanya lagu CINTA MUKA BUKU nyanyian Najwa Latiff dah diorang tukarkan jadi CINTA MUKA BULU.. Lawak jugak videonya tapi yang mak suka vokalnya tu.. Walaupun liriknya lawak tapi suara penyanyinya tetap control ayu dan sedap.. Mungkin dah ada yang tahu dan dah tengok tapi pada yang belum tengok tu meh Mak Dara sharekan video serta lirik pada uols ye..


Lirik Cinta Muka Bulu

Kita berkenalan hanya dalam laman muka bulu
Kau hantar bulu dan suruh aku terima kamu
Ohh.. hatiku rasa berbulu
Dan pabila kau kata kau mahu bulu aku
Ku gelisah berdebar hati rasa berbulu
Ohh.. kenakah rasa itu

Chorus:
Bagaimana harus bersua
Ku rasa berbulu tapi bahagia
Perlukah kita cari bulu pertama
Walaupun kita tak pernah sebulu
Banyak bulu-bulu yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan bulu pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini bulu

Banyak soalan banyak juga berbulunya
Kata hati dan rasa tak di biar saja
Setiap yang berbulu ada kebaikannya
Harus pejam mata dan berbulu apa saja

Pabila kau renung tajam-tajam bulu aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu oo
Ini cinta berbuluku

Dan bila kau katakan kau suka bulu
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju oo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka bulu

(Chorus)

Pabila kau katakan kau suka bulu
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju oo
Itulah cinta yang satu
Cinta di muka bulu


Wednesday, November 9, 2011

Testing testing 123...

Wahhhh ni first time mak dara guna ipad milik somi mak dara ni.. tak taulah macam mana rupanya bila dah publish nanti.. Nampak macam senang je ni.. Kalau macam ni boleh le mak selalu update entry dimana dan bila bila masa saja kan......

Cuma tengah pikior macam mana nak upload gambor masuk dalam entry ni.. Haaa part tu cikgi mak dara belum ajar lagi hehehe.. Ok meh nak try publish... Mari kita tengok siapa yang kenaaaa

Somi Mak Dara Tercalon Dalam Festival Filem Malaysia ke 24

Syukur alhamdullilah.. Somi Mak Dara Martias Ali telah tercalon dalam Festival Filem Malaysia ke 24.. Dalam kategori CERITA ASAL TERBAIK... 

somi Mak Dara Martias Ali


Gambar diatas diambil ketika Majlis Sidang media pengumuman calon calon terbaik FFM 24 . Jujur dan ikhlas Mak Dara katakan yang kami amat amat bersyukur kerana somi mak turut tercalon pada FFM kali ini bersama sama 4 orang calon yang hebat hebat belaka.. Meh kita tengok senarai calon bagi Cerita asal terbaik ini...

Top 5 Cerita Asal Terbaik

Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat

Syamsul Yusof – K.L. Gangster

Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie


Menang atau kalah tolak ketepi.. Dah tersenarai dalam 5 terbaik pun kami amat bersyukur sangat sangat... Fuhhh tak sabar rasanya nak ke Festival Filem Malaysia 24 yang akan berlangsung pada 20hb Nov depan... 


Tuesday, November 8, 2011

Kegiatan Paranormal Di Blog Mak Dara

Pagi pagi ni buka lappy seperti biasa bukak Facebook.. buka Blog dan aktiviti terbaru bukak page dRbuku hehehe.. Tetiba Mak Dara perasan satu kejadian aneh.. kejadian paranormal di Blog Mak Dara ni... Haaaa jangan ingat kejadian paranormal hanya berlaku di dalam hutan.. di rumah tinggal.. di tepi jalanraya aje ye.. di blog pun berlaku juga.. Mak dara siap print skrin lagi kejadian paranormal yang telah berlaku di blog Mak Dara ini.. Jap kasi upload.. 


Haaaa nampak tak kejadian paranormal yang Mak Dara katakan tu? Tak nampak? Aisey yang berwarna merah tuuuuuuu... Ya angka 25 tu!! Memang aneh memang tak normal sebab jarang jarang kadang kadang je kejadian macam ni berlaku susah untuk mendapat kunjungan sebegitu di blog picisan Mak Dara ni hehehe.. Tapi bila pikir pikir balik macam mana boleh jadi begitu last last Mak Dara dapat klue nya...



Sahhh kompommm.. Semua pembaca datang dari blog anak buah Mak iaitu Elia... Dengan entrynya Karipap Karipap Cinta Untul Si Dia hehe

Mak Dara dan anak2 buah mak Elia dan Erin =)

Moh le baca entry beliau ramai ramai @ http://jejariruncing.blogspot.com/2011/11/karipap-karipap-cinta-buat-si-dia.html... Untuk Ya, Erin dan Kak Girl si Isabella ni asyik dok mintak karipap pulak sekarang ni... tolonggg hahahah



Monday, November 7, 2011

Mak Dara Jadi Doktor Gigi

Ya bermula dari hari ini Mak dara akan bertukar profession dari penulis skrip kepada doktor gigi!!! Kenapa? Tak percaya?? hehehe

Anak ketiga Mak Dara Adza Kasih ni gigi susu dia didepan tu memang dah longgar beberapa hari kebelakangan ni.. Dan Mak Dara dapati yang ada gigi baru yang tengah nak tumbuh dibawahnya.. Kata ayah mak Dara kalau gigi yang dah nak tercabut tu tak dicabut cepat cepat nanti gigi yang akan tumbuh tu akan jadi jongang.. Ye lah dah takde tempat untuk ia tumbuh maka dia kona cari port lain untuk tumbuh kan..

Mendengar aje perkataan jongang mak dara terus nekad!!!! Mak Dara akan jadi gigi Doktor hari ni.. Lepas berapa lama mak dara pujuk dan macam macam janji telah Mak dara taburkan pada anak mak tu akhirnya dia setuju kasi Mak cabut giginya tu.. 

Muka suspen Kasih sebelum giginya Mak Dara Cabut..

Fuhhhh nebessss gila time nak cabut gigi anak mak tu.. tapi demi masa depan dia  agar tak jongang mak dara kuatkan semangat dan cabut!

Yeay berjaya dicabut akhirnya.

Mak dara cabut pakai tangan dan towel je ok.. Lagi teror dari doktor gigi kata samo mak hahaha.. Nasib baik le cuma beberapa kali aje ditarik terus tercabut.. Mula mula nangis juga anak mak tu.. tapi bila nak tangkap gambar terus lap airmata dan senyum hehe

Kasih.. Hehehe dah tak ada gigi 

Hmmm nak dijadikan cerita Kasih bakal sambut harijadinya yang ke 7 minggu depan 14hb Nov.. Mak Dara dah bagitau dia supaya senyum tanpa nampakkan gigi masa birthday party dia nanti hahahaha.. Pada sesiapa yang nak cuba cabut gigi dengan Mak Dara sila ambil nombor giliran ye.. Ada beberapa kaedah lagi yang mak belum gunakan untuk cabut gigi ni iaitu ikat gigi dengan tali dan ikat tali ke pintu dan byk lagi heheh


Sunday, November 6, 2011

Mak Dara Terima Cucu...

Oh Mak Gayah!! Mak Dara baru aje terima cucu kedua 11 hari yang lalu.. Ya cucu.. Kiranya Mak Dara dah boleh bergelar Nenek Dara dah hehehehe..

Anak buah somi Mak Dara telahpun selamat melahirkan anak perempuannya pada 11 hari yang lalu.. Mengikut pangkat Somi mak dara Datuk saudara dan Mak dara nenek saudara kepada baby yang diberi nama Amni Nur Zahirah.. Jadi petang tadi somi mak membawa Mak Dara dan keluarga pergi lah melawat cucu kami tu

Anak mak dara Adza Isabella bersama anak saudaranya Amni =)

Tiba tiba terasa tua pulak bila dah bercucu ni hehehe... Anak anak mak dara pun dah jadi makcik makcik dan pakcik dengan kehadiran Amni ni hehe... welcome to the family Amni.. muahhh sayang diaaaa =)


Selamat Hari Raya Aidil Adha


As salam kepada semua teman teman.. Mak Dara ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam.. Semoga berbahagia hendaknya bersama keluarga tercinta.

Anak anak Mak Dara

Mak dara dan somi (Butang baju aku mana daaaa hahahaha)


Kambing bakar bersos tiram
Sungguh nikmat untuk santapan.
Allahu akbar walillaahil hamd
Selamat Aidil Adha Mak Dara ucapkan...



Saturday, November 5, 2011

Karipap Karipap Cinta Dari Erin dan Elia

Memang seronok bila ada ramai anak anak buah perempuan ni.. Nak nak pulak yang pandai memasak.. Makcik Makcik macam Mak Dara ni memang suka le bila anak anak buah yang pandai masak ni datang melawat dan bawak buah tangan mereka... Semalam dua anak buah Mak Dara datang bersama ibu mereka iaitu sepupu Mak Dara Kak Ani.. Erin Elia membawa karipap untuk Mak Dara sekeluarga.. karipap buatan mereka sendiri hokeyy hehe.. Macam dah tau tau peberet aktiviti makcik diorang ni ialah makannn kan hahaha

Mak Dara bersama anak anak buah mak Elia dan Erin

karipap karipap cinta

Perghhhh memang sodappppppp.. Cukup rasa cukup semuanya.. Boleh dibuat meniaga.. Memang sweet betul anak anak buah Mak ni.. Insyaallah nanti aunty pulak masakkan sesuatu special untuk u guys pulak ye.. Huhu kene beli masakan cepat cepat ni hehe


Thursday, November 3, 2011

HASRULHASSAN.COM - Keajayaan Manis Blog Saya


As Salam kepada semua rakan rakan.. Pagi ni Mak terpanggil untuk menjoinkan diri dalam segmen teman Mak Dara iaitu Hasrul Hassan dalam segmennya HASRULHASSAN.COM - Keajayaan Manis Blog Saya..

Mak Dara mula berblogging pada 17hb Januari 2011 maknanya hampir 11 bulan dalam dunia ni . Dan dalam 11 bulan menjadi blogger ini terdapat beberapa kejayaan manis atau mak dara lebih suka katakan sebagai kenangan manis yang telah Mak Dara lalui.. antaranya..

# Blog Mak Dara telah terpilih menjadi antara 6 orang calon untuk kategori TOP KAY POH bagi ANUGERAH WWWOW DiGi AWARD




# Ben Ashaari Pilih Beberapa Entry Mak Dara


# Blog Mak dara berada di dalam Bloglist Ben Ashaari


# Gambar Mak Dara bersama blogger hebat Mia Liana pernah menjadi Header blog Mia selama hampir beberapa minggu..

# Artikel Mengenai Mak Dara @ MAJALAH NONA






Dan kenangan paling manis bila dapat bertemu blogger blogger hebat..

Ben Ashaari

Ujang & Yana

Mia Liana

Budiey

Anwar Hadi

Cik Epal

Red Mummy

Apa yang boleh Mak Dara katakan bahawa berada dalam dunia blog adalah antara kenangan manis dalam hidup mak dara.. Dan mak akan terus berblogging selagi ada yang sudi menerima dan membaca coretan Mak...


Video Somi Mak Dara @ Berita Astro Ria

As Salam.. Al kisah semalam somi Mak Dara ada masuk dalam berita Astro Ria malam semalam.. Bukan pasal kena tangkap.. bukan pasal kena saman dan bukan jugak sebab kes Mak Dara bulinya.. Oh tidak.. Somi mak telah ditemuramah oleh pemberita mengenai acara MC PITCH yang telah dianjurkan oleh somi mak dara perstuan GAFIM dan persatuan SWAM.
 
Meh Mak Dara kongsikan petikan berita itu ye




Ada Idea Kreatif Untuk TV, Filem, Novel? Jom Pitch Idea Terus Kepada Producer /Penerbit! Kepada yang ada idea, tak kiralah penulis ka, pemandu teksi ka, doktor ka, suri rumah ka, tukang masak ka, cikgu ka... asalkan ada idea nak tulis buku ka, novel ka, drama tv ka, filem ka, duko ka, apa-apa sajalah idea... tapi tak tahu kat mana dan macam mana nak jual idea tu, silalah ke Program Malaysia Creative Pitch nanti. INGAT! Bukanlah proposal yang tebal-tebal tu, tapi just idea... sekeping pun tak apa... atau cerita terus pun okay... Datang saja ke Finas pada 17hb nanti dan bentangkan idea anda kepada penerbit buku/novel atau produser TV/Filam... kalau diaorang suka idea anda, maka adalah hasil untuk anda. Mana tau idea anda sesuai untuk filem... mungkin rezeki anda RM20K.... atau rezeki anda untuk jadi novelis..... Jumpa anda di sanaaaaaa



Wednesday, November 2, 2011

Somi Mak Dara Martias Ali @ Berita Astro Ria

Wahhh teruja Mak Dara bila tengah tonton berita du Astro Ria sebentar tadi.. Tengah dok tengok berita dengan anak anak tiba tiba anak mak menjerit Papa! Papa!! Terkejut juga mak sebab somi mak pada saat itu tengah meeting di Morib Sepang. Tiba tiba bila Mak Dara tengok jari yang ditunjuk oleh anak mak.. Oh Mak gayah.. Memang betul le dia nampak papa dia.. di dalam berita Astro Ria hehehe

somi Mak Dara Martias Ali Penolong Pengarah Festival Filem ke 24




Somi Mak Dara telah diinterview oleh pemberita Astro Awani mengenai MC PITCH yang akan berlangsung tak lama lagi ... Apa apapun Mak Dara doakan semoga acara MC PITCH berlangsung dengan jayanya.


Bila Mak Dara Bertemu Dengan Cik Epal

Fuhhhh siapa tak kenal dengan blogger hebak Cik Epal kan.. Mak Dara dah lama follow blognya.. Bagi Mak Dara Cik Epal ni amat sincere dalam penulisannya itu antara sebab mak dara dan puluhan ribu lagi sering menunggu setiap entry terbaru darinya..

Mak Dara pernah bertemu dengan Cik Epal pada acara DIGI WWWOW AWARD tak lama dulu tapi Mak Dara segan nak tegur Cik Epal masa tu.. Cuma Mak Dara sembat bertemu dengan Adik Ben, Azila, Mia Liana dan beberapa lagi blogger yang lain.. Namun pada malam acara yang dianjurkan oleh Nuffnang dan Astro iaitu Ke Astro B.yond IPTV Hollywood and Celebrities Night . Mak Dara perasan akan kehadiran Cik Epal. Fuh memang cantik dan Ayu lagi.. Dan kali ni Mak nekad untuk menegurnya..


OH MAK GAYAH!!.. memang sweet sangat Cik Epal ni.. Tak sombong langsung hokey... Masa mak tegur dia siap dia ingat lagi yang dia pun pernah jumpa Mak Dara di malam anugerah DiGi WWWOW tu.. Tapi tak perasan dengan Mak pada malam acara nuffnang tu.. Ye lah Mak malam tu datang dengan "penampilan baru" hehe.. Asal dia ingat lagi dengan nama Mak tu pun dah happy oiiii hehehe..


dari kiri Mak Dara, Yana Yassin dan Cik Epal.. 
wahhh citarasakita sama kan hehe

Memang cantikkkk sangat penampilan Cik Epal malam tu.. Stylo!! I like... Terima kasih kepada Cik Epal kerana sudi layanzzz meraban Mak Dara malam tu.. Nasib baik angin meroyan mak tak datang malam tu kalau tak lagi parah dia nak layanz hehe.. Apa apapun thank you and stay gorgeous always Cik Epal =)






Tuesday, November 1, 2011

Pertemuan Mak Dara dan Red Mummy

As Salam.. Fuhhhh akhirnya dapat juga Mak Dara bertemu dengan blogger idola Mak Dara iaitu Red Mummy di event Nuffnang Astro Beyond Hollywood Night tempoh hari.. Perghh malam tu Red Mummy merahhh habis uols.. Memang sesuai dengan namanya RED MUMMY.. Walaupun dalam sarat mengandung namun red Mummy pandai bergaya memang stylo habis.. Glowing aje wajah Red Mummy malam tu.. Seri orang berbadan dua lah katakan.. Namun kesian juga padanya malam tu sebab acara berubah tempat jauh jugak kena jalan sampai letih Red mummy dibuatnya.. 

Sebenarnya Mak Dara dah banyak kali bertemu dengan Red Mummy di beberapa buah event seperti preview filem LIBAS di TGV Wangsa Walk dan beberapa event lagi tapi time tu Mak Tak berani nak tegur... Ye lah siapalah kita nak gi tegur blogger hebak ni kan.. Namun entah macam mana malam tu Mak beranikan diri untuk menegurnya.. Atau pun mungkin sebab red mummy duduk sebelah Mak Dara aje malam tu.. kalau tak tegur memang le rugii..


Mak Dara kemudian terus mendekatinya dan bertegur sapa.. OH MAK GAYAH... Memang baik sungguh orangnya.. tarak sombong hokay... Mak Dara kemudian meminta untuk bergambar dengannya  . Mak kata tak payah bangun lah mesti Red Mummy letih.. Dia siap kata tak apa dan terus bangun dan bergambar dengan Mak Dara.. Memang baik dan ramah betul Red Mummy. Siap kata yang macam dia pernah dengar nama blogger Mak Dara.. Aicewahhh terkembang kejap mak dara dibuatnya haha..


Memang gorgeous.. memang sweet.. memang humble.. Itulah Red Mummy... Tks Red Mummy semoga kita dapat bertemu lagi di event yang akan datang ye..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK