Tuesday, November 15, 2011

Para Blogger Jom Ke Majlis Pembukaan FFM 24 Esok!

FFM24


Para BLOGGERS!!!! Anda semua di jemput untuk menghadiri Malam Anugerah Gemilang Cipta dan Majlis Pembukaan Festival Filem Malaysia ke 24 pada 16hb November 2011 di Panggung Anniversary Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur. Jam 7:30 malam esok!!!!

Namun anda haruslah mengikut tema pakaian untuk ke majlis ini iaitu pakaian bertemakan warna Hitam Dan Emas. 


Tak perlu tiket tak perlu jemputan .. datang aje... Tempatnya dengar cerita adalah open.. Digalakkan untuk membawa rakan rakan dan juga ahli keluarga.. Namun Mak Dara rasa kanak kanak tak digalakkan kot.. Part tu betul betul Mak tak sure hehe...


Kehadiran adalah dialu-alukan. Lagi ramai.. Lagi Meriah.. Jumpa anda di sana.. Di sana.. Di sana..... =)



Kenapa Banyak Benor Gambar Lucah Di Facebook Sekarang ni..

Waduhhhhhh.. Sekarang ni nak bukak Facebook pun dah rasa macam nak buka laman porno pulak.. Ye lah.. Banyak benor gambar gambar lucah diupload dan terpampang di Facebook tu.. Ishhhhh rasa Mak Dara peratusan remaja pun lebih kurang sama banyak menggunakan lama Facebook seperti golongan yang dah berumah tangga.. Macam mana kalau budak budak ni tengok.. Adoyai....


Kalau kawan Facebook yang sedikit rasanya boleh lagi dihidekan atau removekan orang orang yang tak bertanggungjawap ni dari friendlist.. Tapi kalau beribu ribu lemon friendlist jenuh jugak nak buang satu persatu.. Tolonglah jangan nak sebarkan lagi gambar gambar tak senonoh itu di Facebook.. Biarkanlah facebook kembali bersih seperti dahulu kala..

Ada teman Mak Dara kata yang ianya virus.. Kalau kita komen di gambar tu maka tanpa kita ketahui kita turut sama menyebarkan gambor 18SX tu.. Maka jauhkan le dari komen mengomen ye.. Karang orang ingat anda pulak yang sebarkan benda tak senonoh ni.. Hishhh virus pun dah pandai gatal ye sekarang ni...




Somi Mak Dara @ SINAR FM

Sebentar lagi somi Mak Dara Martias Ali akan keudara di SINAR FM.. Dia dijemput ke sana untuk membincangkan tentang acara MC PITCHnya tu.. Fuhhhh semoga somi mak dapat lakukan yang terbaekk kejap lagi.. Bini pulak yang nebes kan hahahaha


Jom layan SINAR FM ONLINE... Klik di sini untuk mendengar SINAR FM secara online ye http://www.sinar.fm/Capsule/muzik.aspx



Asyik Nak Keje Ngantuk.. Ngantuk Aje Kene Keje..

Ohhh why oh why.. Asyik Nak Keje je terusssss Ngantuk.. Asal Ngantuk Aje Kene Keje.. Bantal pun macam asyik memanggil manggil nama Mak Dara adesssss

Funny Animation, Animated Pictures and Comments

Dah asyik terkebil kebil mata Mak Dara jadinya.. Macam mana ni.. Skrip episod terakhir drama bersiri Mak Yong belom siap siap lagi ni... ohhh dugaan hehehe


Pasangan Lesbian Bercumbu Di Tempat Permainan Kanak kanak.. APAKAH??

As Salam... Semalam Mak Dara pergi menyambut harijadi anak keetiga Mak dara si Adza Kasih safea.. Mula mula makan makan di KFC Wangsa Maju then ke Superstar Karaoke di Wangsa Walk.. Jenuh dengar lagu ABC dan ba ba black ship dan banyak lagi lagu kanak kanak di dalam karaoke tu haha kemudian diteruskan lagi sambutan harijadi itu di tempat permainan kanak kanak di aras 3 wangsa walk..

Kasih di tempat permainan kanak kanak @ Wangsa Walk Mall

Adza Isabella (anak bongsu) mak dara turut berada di taman permainan itu

Anak mak dan anak buah Mak Dara sedang bermain di taman permainan itu

Tengah seronok anak anak Mak Dara tengah main tiba tiba anak mak tunjuk sesuatu dan kata.. Eeee tak malu.." Ehhh terkejut mak dara dengan apa yang dikatakan oleh anak mak.. mak sempat berpaling ke arah yang ditunjuk dan tempat tu bersebelahan aje dengan tempat anak anak Mak Dara main bola seperti dalam gambar di atas.. Maka sempat le Mak melihat satu adengan panas pasangan Les ni.. Mak ai.. terbukanya kome berkissing kat public ek.. Dah tu pulak kat tempat permainan kanak kanak.. Agak agak le adik adik oi.. Kalau nak jadi les ke apa ke itu terpulang kepada diri masing masing tapi yang membuat mak marah dan nak masuk campur ialah apabila perbuatan korang tu dilihat oleh anak Mak .. Apa yang nak Mak jelaskan pada anak Mak tu dek non ooi! 

pic by google
(mak tak sempat nak snap pic diorang kalau tak mmg kasi up dah grrr)

Lepas diorang perasan yang mak melihat diorang dengan wajah mak macam nak lempor kasut je kat diorang terus diorang tarik seorang kanak kanak yang bersama mereka keluar dari tempat permainan itu..  Adesss kalaupun tak malu nak bercumbu di hadapan orang dan kanak kanak tak dikenali tapi malulah sikit pada anak korang tu.. (Errr musykil jugak macam mana boleh ada anak). Banyak jugak pasangan ibu bapa dan couple dalam taman tu tapi takde lah nak buat show macam diorang tu.. 

Adesss sekarang nak bawak anak anak ke tempat permainan pun dah tak selamat.. APAKAH???


Gambar Somi Mak Dara, Martias Ali @ Malaysia Hari Ini

As salam dan selamat pagi.. Fuhhh syukur alhamdullilah akhirnya somi Mak Dara Martias Ali telahpun selesai ditemuramah di alam rancangan Malaysia Hari Ini sebentar tadi (8:20pg). Somi Mak Dara dijemput bersama sama En Jurey Rosli Pengerusi GAFIM dan juga Eja dan mereka semua diinterview mengenai mereka yang masing masing menjadi calon top 5 bagi Festival Filem ke 24 yang akan berlangsung pada 20hb November nanti..

Ok .. Meh Mak Dara sharekan gambar gambar somi mak di MHI itu ye =)



somi Mak paling tengah


Eja

En Jurey Rosli

Sedutan filem Libas

pengacara MHI


Haa itulah serba sedikit gambor somi mak di HMI.. Pic ni Mak snap snap kat TV je hehe.. Mereka banyak membincangkan tentang festival filem. Somi Mak Dara Martias antara calon untuk kategori CERITA ASAL TERBAIK FFM 24 bersama sama Mamat Khalid, Mira Mustaffa dan juga Shamsul Dato Yusof Haslam.

Top 5 Cerita Asal Terbaik
Mamat Khalid – Hantu Kak Limah Balik Rumah
Syamsul Yusof – Khurafat
Syamsul Yusof – K.L. Gangster
Martias Ali – Libas
Mira Mustaffa – Nur Kasih The Movie

Fuhhh ikhlas Mak dara katakan yang kami tidak mengharapkan apa apa kemenangan namun kami bersyukur kerana tersenarai bersama penulis penulis hebat negara. Dah tercalon ni pun dah syukur alhamdullilah.. Semuanya bakal terjawap pada FFM ahad ini...




Somi Mak Dara, Martias Ali @ MHI pagi Ini!

Fuhhhh teruja betul Mak Dara kerana sekejap lagi somi Mak Dara Martias Ali akan bersiaran langsung di rancangan Malaysia Hari Ini bersama Encik Jurey Rosli bagi membincangkan tentang acara MC PITCH pada pukul 8:20 pagi ini.


somi Mak Dara (plg kiri) @ rancangan 8TV QUICKIE

Gambor di atas ni  masa somi Mak Dara diinterview di rancangan 8TV QUICKIE pada beberapa minggu yang lalu hehe. Pada sesiapa yang bangun awal tu boleh le layan tonton Malaysia Hari Ini pukul 8:20 pagi nanti ye =) Somi mak yang nak kene inteview tapi Mak pulak yang nebes.. 



Monday, November 14, 2011

FACEBOOK Akan Ditutup Pada 15th, 2012!



Mark Zuckerberg mengumumkan bahawa Facebook akan ditutup pada bulan Mac 2012"Facebook telah berada di luar kawalan," kata Zuckerberg dalam sidang akhbar di pejabat Palo Alto beliau, "dan tekanan menguruskan syarikat ini telah merosakkan hidup saya. Saya perlu menghentikan semua kegilaan. "

Zuckerberg seterusnya menjelaskan bahawa bermula 15 Mac tahun depan, pengguna tidak lagi akan dapat mengakses akaun Facebook merekaYang memberikan pengguna(dan penagih Facebooksetahun untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tanpaFacebook.

"Selepas 15 mac 2012 seluruh laman web akan di ditutup," kata Avrat HumarthiNaib Presiden Hal Ehwal Teknikal di Facebook"Oleh itujika anda mahu melihat gambar-gambar anda sekali lagi, saya cadangkan anda mengambil mereka dari internetAnda tidak akan mampu untuk mendapatkan mereka kembali selepas Facebook ditutup. "

Zuckerberg berkata keputusan untuk menutup turun Facebook adalah sukartetapi diatidak fikir rakyat akan menjadi marah.

"Secara peribadi, Mak Dara pun dah rimas mendengar spekulasi bahawa Facebook ini yang dah banyak kali nak ditutup tapi tak tutup tutup pun.. Kompom salah satu dari publisti murahan je ni kannnn.. Apa ada kes.. BLOG kan aderrrr hehehehe


Jemputan Khas Para Bloggers Ke MC PITCH

Ada Idea Kreatif Untuk TV, Filem, Novel? Jom Pitch Idea Terus Kepada Producer /Penerbit! Kepada yang ada idea, tak kiralah penulis ka, pemandu teksi ka, doktor ka, suri rumah ka, tukang masak ka, cikgu ka... asalkan ada idea nak tulis buku ka, novel ka, drama tv ka, filem ka, dukomentari ka, apa-apa sajalah idea... tapi tak tahu kat mana dan macam mana nak jual idea tu, silalah ke Program Malaysia Creative Pitch nanti. INGAT! Bukanlah proposal yang tebal-tebal tu, tapi just idea... sekeping pun tak apa... atau cerita terus pun okay... Datang saja ke Finas pada 17hb nanti dan bentangkan idea anda kepada penerbit buku/novel atau produser TV/Filam... kalau diaorang suka idea anda, maka adalah hasil untuk anda. Mana tau idea anda sesuai untuk filem... mungkin rezeki anda RM20K.... atau rezeki anda untuk jadi novelis di event MC PITCH yang akan berlangsung pada 17hb November 2011 (Quote)



Pihak MC PITCH akan memberikan Jemputan kepada para Blogger untuk menyertai acara ini.. . Kepada Blogger yang mahu memeriahkan majlis ini juga pun boleh join.. Bawak ahli keluarga.. kawan kawan.. lagi ramai lagi bagus... Bagi meriah sikit majlis kan dan support rakan rakan.. Senang aje untuk menyertainya.. APa yang perlu anda lakukan adalah...


1) Buat satu entry "Jemputan Ke MC PITCH"

2) letakkan logo MC PITCH seperti diatas

3) Copy paste "quote" seperti di atas.

4) Sertakan bersama alamat email anda (untuk urusan penghantaran jemputan)

5) Setelah selesai sila letakkan link di entry ini..


6) Tarikh tutup penyertaan 15hb Nov 2011

Itu sahaja.. Mudah bukan.. Semoga anda mendapat jemputan ke acara MC PITCH yang akan berlangsung di FINAS Hulu Kelang pada 17hb nanti ya.. Dan semoga di sana anda bisa menyampaikan story atau cerita anda kepada semua penerbit dan semoga cerita anda dapat dijadikan drama, novel ataupun Filem insyaallah.. Untuk Maklumat lanjut tentang MC PITCH sila klik di SINI

Para BLOGGER yang telah menyertai acara ini:
http://pupel.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://ayung-join-contest.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://daxmanje94.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://www.munnafendy.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://bilakukatacinta.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://queeninthecastle.blogspot.com/2011/11/cik-ainsyah-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://mamaemacyg.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://amirastudio.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://amirazoe155.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html#axzz1dQI5huLs
http://www.ieyra.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html
http://tintateratakerapung.blogspot.com/2011/11/saya-mahu-jemputan-ke-mc-pitch.html






SELAMAT HARI LAHIR KASIH...

Hari ini 14hb 11 2011 maka genaplah umur anak ketiga Mak Dara iaitu ADZA KASIH SAFEA 7 tahun..

Kasih di harijadinya tahun lepas..

Kejap aje masa berlalu dah pun 7 tahun berlalu.. Mak Dara ingat lagi saat saat melahirkannya pada 7 tahun yang lalu... Betul betul pada pagi hari raya aidilfitri.. Masa tu orang tengah sibuk beraya Mak Dara sibuk bergegas ke Klinik Bersalin Subang.. Siap dengan pakai baju raya lagi hehehe.. Ohhh memang lain pengalaman bila bersalin di hari raya ni.. Mak dara lahirkan Kasih secara C-Section/ pembedahan. Lepas aje bersalin siap semua adik beradik datang melawat pun dengan berpakaian baju raya.. Dah macam open house dah kat klinik tu.. Penuh dengan adik beradik Mak Dara .. 

Tapi paling sedih pun masa bersalin time raya jugak sebab apa? Sebab lepas balik aje dari klinik kena pantang kan.. Habis tu orang tengah raya.. tau tau ajelah menu hari raya ohhhh terliurrr wooo.. Sedangkan Mak Dara hanya dapat makan nasi, sayur ngan ikan kering aje huhuhu.. Dah tu air pun Ibu mak dara suruh minum sikit sikit je.. Fuhh seksa berpantang ni hehehe...

Dalam banyak banyak anak.. Kasih yang paling manja dengan Mak Dara.. Mungkin ini kerana Mak menyusukannya selama hampir 3 tahun.. So bonding tu kuat .. Hmm Ok lah Mak Dara terpaksa undur diri dulu.. Mak kena siapkan birthday party untuk Kasih petang ini..

Untuk anak mama ADZA KASIH SAFEA.. Mama luvssss you so much sayang.. Selamat Hari Jadi Yang Ke Tujuh sayangku...


Sunday, November 13, 2011

Belajar Membaca ABC Dulu Dan Sekarang

Zaman kita sekolah sekolah dulu kita diajar ABC seperti ini.. A for Apple.. B for bird... Tapi kanak kanak sekarang dah advanceeeeee... semua dah celik IT ... Moh kita tengok perbezaan antara belajar ABC dolu dolu dan zaman sekarang


(DAHULU)


(SEKARANG)https://www.facebook.com/ohlawak

Hehehe Tak tahulah macam mana pulak rupanya ABC pada 10-20 tahun akan datang hehe


Facebook Punca Penceraian


Fuhhhhhh memang sukar dipercayai tapi percayalah ia memang berlaku.. Penceraian berpunca dari salahgunakan laman sesawang seperti Facebook memang semakin banyak berlaku diluar dan juga di dalam negeri... Maka janganlah kita sesekali menyalahgunakan laman laman web ini kerana nescaya dengan niat yang tidak baik pastinya diakhiri dengan perkara yang tidak baik juga.. 



Saturday, November 12, 2011

Senarai Pemenang Anugerah AIM ke 18

AIM 18

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI)
  1. Anuar Zain – Sedetik Lebih
  2. Azlan & The Typewriter- Jeritan Batinku
  3. Black – Sofea Jane
  4. Reza Salleh – What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure
  5. Tam Spider – Kitasatu
PEMENANGNYA IALAH : Anuar Zain – Sedetik Lebih

PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA)
  1. Anita Sarawak – Asmara
  2. Jaclyn Victor – Noel
  3. Najwa – How Long Must I Wait
  4. Yuna – Penakut
  5. Yuna – Gelora Jiwa
PEMENANGNYA IALAH : Yuna

PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU
  1. Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan
  2. A.P.I – Pelita
  3. Caipifruta – Menceceh Bujang Lapok
  4. Dayang Nurfaizah & Marcell – Sayang
  5. Inteam – Salamun Salam 2
PEMENANGNYA IALAH : Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah – Beribu Sesalan

ARTIS BARU TERBAIK
  1. James Baum
  2. Kyoto Protocol
  3. Najwa
  4. Project Pistol
  5. Reza Salleh
PEMENANGNYA IALAH : Najwa

RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam
  1. Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
  2. Adam Sofian – Indah (Atilia)
  3. Ully Muhammad – Lonely Soldier Boy (Hujan)
  4. Audi Mok- Dewa (Ning Baizura)
  5. Keith Yong – Realize (Reza Salleh)
PEMENANGNYA IALAH : Keith Yong – Realize (Reza Salleh)

VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah
  1. Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
  2. DJ CZA – Kotarayaku (Altimet feat Noh Hujan)
  3. Yusry KRU – Sedetik Lebih (Anuar Zain)
  4. Tan Chee Meng- Karma (Faizal Tahir)
  5. Ahmad Farish – Inspektor Remos (Hujan)
PEMENANGNYA IALAH : Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)

LAGU POP ETNIK TERBAIK
  1. Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati
  2. Amirah Ali – Katakanlah
  3. Castury feat Ayati Tasrip – Santun Berpesan
  4. Mawi & Akhil Hayy – Hambamu
  5. Zalee Redang – Falsafah Laksamana
PEMENANGNYA IALAH :Adibah Noor – Joget Tak Senang Hati

LAGU NASYID TERBAIK
  1. Devotees – Hadirnya Cahaya S.A.W
  2. Nazrey Johani – Permata Hati
  3. Nora feat VOU – Pedoman
  4. Rabbani, Inteam, Saujana & Nowseeheart – Bebas Palestin
  5. Saujana- Pahlawan Gaza
PEMENANGNYA IALAH : Nora feat VOU – Pedoman

LAGU ROCK TERBAIK
  1. Pelita – A.P.I
  2. Ekstravaganza – Bunkface
  3. Pokok – Meet Uncle Hussain feat Hazama
  4. Wanita Seluruh Dunia – Project Pistol
  5. Kitasatu – Spider
PEMENANGNYA IALAH : Pelita – A.P.I

LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK
  1. Years From Now – Aizat Amdan
  2. Innocent Soul – Najwa
  3. Got To Go – Najwa
  4. What The Hell Just Happened I’m Not Really Sure – Reza Salleh
  5. Stracciatella – Reza Salleh
PEMENANGNYA IALAH : Got To Go – Najwa

LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA
  1. Insha Allah – Maher Zain
  2. Indahnya CInta – Nidji
  3. Sahabat Selamanya – Padi
  4. Ku Menunggu – Rossa
  5. Bunga Mimpi – Sandhy Sondoro
PEMENANGNYA IALAH : Ku Menunggu – Rossa

ALBUM TERBAIK
  1. 3 Suara – Jaclyn Victor, Ning Baizura & Shila Amzah
  2. Urusan Aizat Amdan – Aizat Amdan
  3. Sayang & Cahaya – Dayang Nurfaizah
  4. Dewa – Ning Baizura
  5. The MPO Celebrates 25 Years of Sheila Majid – Sheila Majid
PEMENANGNYA IALAH : SHEILA MAJID




ALONG GEDEBE

Wahhhhhh drama hasil skrip drama yang telah mak dara tulis tak lama dulu berjudul ALONG GEDEBE sedang ditayangkan sekali lagi di ASTRO WARNA sekarang.. Fuyooo teruja.. Kalau sudi tontonlah drama Along Gedebe ni ye..

Meh Mak Dara sharekan sedikit sinopsis drama ni



Skrip ke 59

Tajuk Drama: ALONG GEDEBE
PRODUKSI: A Aida Production Sdn Bhd
PRODUSER: A Aida
PEMBANTU PRODUSER: Zed Zaidi
TARIKH SIARAN:11,15 Januari 2011
SIARAN: Astro Warna
PENGARAH: Abd Latif Ismail
SKRIP: Adza Irdawati Adenan
IDEA ASAL: saiful apek & martias ali

SINOPSIS

Along seperti tak keruan ketika berjalan di sebuah laluan premis bangunan. Dia ditimpa masalah kerana kereta ditarik syarikat kewangan gara-gara gagal melunaskan bayaran ansuran bulanan. Malah, tiga adik kesayangan, Angah (Yus Raja Lawak), Alang (Wan Zalif Naquiyudin) dan Achu (Nazatul Shima) meninggalkan rumah tanpa pengetahuannya mencari ayah mereka.
Sambil bercakap dalam diri sendiri, dia hanya memikirkan nasib tiga adik kesayangan meninggalkannya kerana menyangka dia marah kepada mereka kerana banyak kerenah dan kuat makan hingga menyusahkannya. Dengan kekusutan fikiran mencari jalan mengatasi masalah, Along disapa Aida (Wan Sharmila) kebetulan sedang memandu, memujuk untuk menghantarnya pulang ke rumah.

Pada mulanya Along jual mahal, tetapi akhirnya menerima pelawaan menaiki kereta. Aida, jurusolek syarikat produksi tempatnya bekerja memang sudah lama menaruh hati terhadap Along. Sewaktu dalam kereta, Zed menceritakan masalahnya menyebabkan Aida bersimpati. Dia meminati Along, tetapi hanya bertepuk sebelah tangan. Disebabkan kedaifan, Along menganggap tiga adiknya dan cita-cita menjadi produser berjaya lebih penting daripada memikirkan lamunan cinta. Itu antara babak terakhir bagi Along dan Aida telefilem Along Gedebe di sekitar Hulu Klang. Along Gedebe telefilem komedi menceritakan pengorbanan abang terhadap tiga adiknya. Kata Abd Latif ketika ditemui Rap, telefilem mengisahkan rasa sayang dan tanggungjawab tinggi anak sulung sebagai ketua keluarga menjaga tiga adiknya berbadan besar berikutan ketiadaan ibu dan bapa yang berpisah sejak kecil. "Achu, paling bongsu, 17, bertubuh besar seperti Syanie. Angah pula seperti Bob Kuman. Alang bertubuh besar, bersifat romeo dan senang cair pada kejelitaan perempuan hingga selalu dipermainkan

"Along kurus seperti tak cukup makan. Bagaimanapun, didikan sejak kecil supaya menghormati Along menjadikan mereka semua takut dan hormat pada Along. Along berjanji kepada arwah ibu menjaga adik-adiknya dan hidup bersama walau di mana mereka berada.
"Dia berkorban walaupun tidak bersekolah tinggi. Along bekerja pengurus produksi bebas. Kalau ada masa lapang, Along ke pasar seni menjadi pemuzik jalanan menampung keperluan harian tiga adiknya memerlukan makanan melebihi paras normal manusia biasa.

"Pada masa sama, Angah, Alang dan Achu tersilap langkah apabila memandu van ditinggalkan seketika oleh penculik. Tanpa disedari, ada seorang kanak-kanak dalam van dijadikan tebusan sekumpulan penjenayah.
"Babak lain memaparkan ketua penculik (Redzuan Hashim) memarahi konco-konconya kerana tebusan lesap. Mereka membuat misi mencari tiga budak gemuk melarikan tebusan.

"Ada juga babak tembak dan mencemaskan. Secara keseluruhan, saya berpuashati Along Gedebe tidak memerlukan terlalu banyak aspek teknikal, lagipun penggambaran spontan banyak dilakukan 'outdoor' yang memudahkan gambar jelas dirakam dalam masa yang ekonomikal. Nasib baik hujan turun selepas penggambaran selesai," katanya.

Latif berpengalaman mengarahkan pelbagai drama dan telemovie untuk siaran RTM sejak lebih 20 tahun lalu, berkata, cerita Along Gedebe berkisar mengenai kasih sayang, kekecewaan, patah hati, tamak, kerinduan terhadap ibu-bapa dan pelbagai lagi.

"Jalan cerita mendapat pandangan panel skrip Astro, Mathias Mohd Ali. Apa lebih menarik, ada dialog dalam telefilem ini menggunakan loghat Kelantan memandangkan tajuk cerita pun mengenai Gedebe iaitu 'samseng'. "Ada unsur komedi mencuit hati antaranya telatah penculik yang cuba menangkap tiga beradik terbabit. Saya harap penonton terhibur apabila ia bersiaran pada Januari 2011 di Astro Warna,


Entry untuk gadis yang mempunyai BF Miang..

Haaaa entry ni khas untuk para si gadis gadis yang mempunyai boyfriend atau kekasih yang miang.. Yang asyik suka melihat fizikal seperti dada, peha dan kaki anda saja haaaa ini ada pesanan dari Mak Dara dan pesanan dari penaja.....


Hantor aje boyfriend atau kekasih anda tu kat KFC kat sana dia boleh renung dan siap boleh order mana mana bahagian pun yang dia suka hehehehe



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK