Saturday, November 19, 2011

Filem LIBAS Memenangi Anugerah Pengarah Harapan Terbaik

Syukur alhamdullilah.. Filem LIBAS telah berjaya merangkul ANUGERAH PENGARAH HARAPAN TERBAIK dan dimenangi oleh pengarahnya iaitu En Jurey Rosli.. 

Mari Mak Dara sharekan gambar gambar yang Mak Dara snap sendiri pada malam itu di saat saat Kemenangan En Jurey itu ya..










Sekalung tahniah kepada En Jurey Rosli atas kejayaan memenangi Anugerah Pengarah harapan Terbaik FFM 24 dan tahniah juga kepada syarikat MDAG kerana telah menerbitkan filem hebat LIBAS..


MC PITCH Di Finas Berjalan Lancar

Syukur alhamdullilah acara MC PITCH yang telah diadakan di FINAS pada 16hb Nov lalu berjalan dengan lancar... Oleh kerana acara ini julung julung kalinya diperkenalkan dan dibuka kepada umum pihak penganjur agak sedikit gusar sekiranya acara ini tidk mendapat sambutan dari orang ramai.. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali apabila sambutan yang diterima amat luar bisa dan diluar jangkaan.. Hampir 50 penerbit menyertai cara ini termasuk SKOP Production milik Dato Yusof Haslam, Line Clear Production milik Prof Razak , MIG milik David Teoh, TV3, RTM, NTV7 , TV9 dan hampir 500 hingga 700 orang hadir untuk acara MC PITCH ini.. Meh Mak Dara share gambar gambar sekitar acara ini berlangsung ya..






Sekalung tahniah kepada semua warga kerja yang telah menghempas pulas bagi menjayakan acara ini.. Dan tahniah juga kepada yang telah berjay menjadikan idea anda menjadi novel drama dan filem tahniah.. Bagi yang tidaak dapat hadirkan diri bolehlah menyertainya di tahun hadaapan insyaallah .




Bapak Teruna Datang Melawat..

Oh mak dara...bapak teruna datang melawat nih... hehehe ketawa Mak Dara bila terbaca komen yang ditinggalkan oleh blogger ini di kotak jerit Mak Dara .. 


Rupa rupanya blogger itu adalah blogger daddy cool aka pemilik blog dcj online 


DCJ Online

Terima kasih ye kerana sudi melawat dan menjenguk ke blog Mak Dara.. =)

Friday, November 18, 2011

Gambar Gambar Kemenangan Adik Mia Sara Pelakon Kanak Kanak Terbaik

Pada 16hb Nov lepas Mak Dara bersama somi dan adik Mak dara ke Taman Tasik Perdana untuk ke Majlis Malam Anugerah Gemilang Cipta sempena Festival Filem ke 24 . Pada Malam tersebut 10 anugeragh telah diberikan antaranya ialah.. Poster Filem Terbaik , Kesan Khas Visual Terbaik ,Pelakon Harapan Lelaki Terbaik, Pelakon Harapan Wanita Terbaik dan tidak ketinggalan Anugerah Pelakon Kanak Kanak Terbaik. Dan seperti yang telah di sangka sangka Adik Mia Sara telah dinobatkan sebagai pemenang kategori itu... 

Masyaallah.. Sungguh comelnya Adik Mia Sara naik kepentas bagi menerima anugerah itu.. Meh Mak Dara sharekan gambar gambar saat saat kemenangan Adik Mia Sara yang Mak Dara snap sendiri..






Abang Harun Salim Bachick menyerahkan trofi kemenangan itu pada Adik Mia Sara lepas tu serahkan cek RM10 ribu kepadanya.. Kiuttt betul bila adik Mia Sara seakan terpinga pinga kerana tidak tahu apa yang harus dilakukannya pada saat itu.. Ye lah kalau suruh anak Mak Dara yang sebaya Mia untuk naik kepentas dan semua mata tertumpu padanya pon kompom dah nangis dibuatnya.. Tapi adik Mia tetap cool.. Memang dia dilahirkan untuk menjadi selebriti dan artis.. tabik spring dik..

Tidak lama kemudian ayah Mia turut naik kepentas bagi membantu anaknya menerima trofi yang agak berat itu.. Fuhhh pasti ayah Mia bangga dengan anaknya yang berbakat besar tu..



Di akhir majlis kesemua para pemenang di jemput naik ke pentas bagi melakukan sesi foto bersama Timbalan Perdana Menteri Dan Mia menjadi tumpuan semua. TPM juga memanggil Mia untuk berdiri dihadapannya semasa sesi foto itu.. Fuhhhh memang bertuah kau dik... 









Setelah selesai mengambil gambar mia turun dan kembali semula kepada ayahnya yang menantinya di bawah pentas... Apa yang dapat Mak Dara katakan ialah kita telah menemui sebutir berlian dan sebutir bintang yang akan menerangi industri filem kita.. Tahniah kepada Adik Mia Sara kerana telah memenangi Anugerah Pelakon kanak kanak terbaik ....


Thursday, November 17, 2011

Ramainya Pengulas Sukan Di FB

As Salam.. Pastinya sekarang ramai yang tengah sakan menonton bola perlawanan antara Malaysia dan Indonesia kan.. Fuhhhhh penuhhhhhhhhh di dada dada wall facebook dengan status status mengenai perlawanan bola malam ni.. Tak sangka Mak Dara ramai juga ye pengulas sukan di fb hehehe.. 

Diharapkan peminat peminat sukan dari kedua dua negara dapat menjaga hati dalam setiap update status anda tu ya.. Jangan pula ada yang terguris.. Kita kan serumpun hehehe


Walau bagaimana pun Hasbullah Awang juga menjadi pojaan hatiku.. Pengulas sukan paling sinonim di malaysia.. rasa macam tak puas kalau tengok sukan tanpa suaranya mengulas kan =)

DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA

As Salam kepada semua teman.. Hari ini Mak Dara nak berkongsi kepada semua yang bergelar isteri isteri.. iaitu DOA SUPAYA SUAMI SETIA HINGGA KE AKHIR HAYATNYA...


pic oleh Pak google

Mak Dara telah membaca mengenai doa ini di FB yang telah disharekan oleh teman FB Mak Dara dan rasanya baik juga jika dikongsikan bersama teman teman blogger yang bergelar isteri.. Sharing is caringkan... 


MAKSUDNYA: Katakanlah (wahai Muhammad): "jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutlah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." SURAH ALI IMRAN: AYAT 31

"Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 31 dari surah ini, nescaya suaminya akan setia dan kasih kepadanya"caranya: Baca doa ini setiap kali selepas solat. InsyaAllah,Nescaya Allah SWT makbulkan doa tersebut.

Marilah kita amalkan doa ini bersama sama semoga ikatan dan hubungan kita bersama suami tercinta berkekalan hingga ke akhirnya insyaallah...


Jom Ramai Ramai Ke Finas Hari Ni!

As Salam.. Jom kawan kawan kita ke FINAS hari ini bagi memeriahkan acara MC PITCH yang berlangsung sekarang hingga pukul 6 petang nanti. Bagi yang ada idea atau story untuk buat drama atau filem.. Jangan lepaskan peluang.. Terdapat hampir 50 penerbit sedang menanti cerita anda . Jika mereka suka dengan cerita anda maka cerita anda akan terus dijadikan drama, novel ataupun filem.. Perghhh bestt tu.. 

sekitar Majlis MC PITCH pada pagi tadi

sekitar Majlis MC PITCH sekarang (11 pg)

Mereka mereka yang sedang "menjual" cerita mereka kepada penerbit

Ini adalah gambar yang sedang berlangsung sekarang di Finas. Dijangka akan ramai lagi yang akan datang pada waktu tengah hari dan petang nanti.. Antara penerbit dan stesen TV yang berada di sana ialah dari RTM, NTV7, TV9, TV3 dan Astro.. Tidak ketinggalan Metrowealth, Line Clear production milik Prof razak Mohheiddin dan juga Skop Production. Jika tidak silap mak dara Dato Yusof Haslam akan hadir di acara ini pada pukul 2 petang nanti.. Jadi apa lagi jom terus bertemu dengan mereka dan melontarkan idea idea kita..

Pada yang tak ada idea pun di jemput hadir terutama pada para blogger.. Boleh le datang dan cover event ni.. Dijangka ramai blogger yang akan hadir untuk memeriahkan acara ni juga.. Boleh le hang out atau berjumpa dan berbual bual di sana nanti .. Bawak teman dan keluarga bersama ya.. Lagi ramai lagi bagus.. lagi meriah... Jumpa anda di sanaaaaaaa....


Senarai dan Gambar Gambar Pemenang Anugerah Gemilang Cipta FFM24


Sempena Majlis Festival Filem Malaysia ke 24, satu majlis Malam Anugerah Gemilang Cipta telah diadakan di Taman Tasik Perdana malam semalam. Ini kiranya acara part 1 dan acara part 2 iaitu acara penuh FFM akan berlangsung pada ahad depan.

Di acara Anugerah Gemilang Cipta , 10 buah Anugerah telah disampaikan. Dan di sini Mak Dara akan senaraikan nama pemenang pemenang pada malam itu ya..

Kategori Poster Filem Terbaik 
Pemenangnya Poster Filem Hikayat Merong Mahawangsa


Kategori Kesan Khas Visual Terbaik 
Pemenangnya Filem Hikayat Merong Mahawangsa
Erdy KRU menerima anugerah

Kategori Pelakon Kanak Kanak Terbaik
Pemenangnya Adik Mia Sara

Kategori Pelakon Harapan Lelaki Terbaik
Pemenangnya Salehudin Abdul Bakar (Filem Hantu Bonceng)

Kategori Pelakon Harapan Wanita Terbaik
Pemenangnya Nadia (Filem Cun)

Kategori Lagu Tema Asal terbaik
Pemenangnya Edry KRU Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain

Kategori Pengarah Harapan Terbaik
Pemenangnya En Jurey Rosli (Filem Libas)

Kategori Filem Pendek terbaik
Pemenangnya Filem Bertajuk The Other Side

Kategori Filem Animasi terbaik
Pemenangnya Mushroom Head (Multimedia University)



Mak Dara dan Somi di Malam Anugerah itu =)

Mari kita sama sama nantikan 22 buah anugerah lagi yang bakal dinobatkan di Malam Festival Filem Malaysia FFM ke 24 pada 20hb Nov depan....

Wednesday, November 16, 2011

11 Blogger Yang Berjaya Mendapat Jemputan Ke MC PITCH


As Salam.. Syukur alhamdullilah akhirnya 11 orang blogger bertuah telah dipilih untuk mendapat jemputan ke acara MC PITCH yang akan berlangsung esok.. Antara Blogger yang bertuah itu adalah..




Kesebelasan blogger blogger ini bukan saja bakal menerima sekeping tiket untuk pitching malah mereka juga bakal menerima satu buku voucher yang bernilai lebih dari RM500 dari pihak penajaKepada 11 blogger diatas boleh print kan jemputan diatas ataupun datang terus ke majlis ini esok dan mengambil tiket dan buku voucher hadiah tajaan dari penaja di tempat pertanyaan di Finas esok ya.. Tahniah dari Mak Dara dan kita berjumpa esok ya...



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK