Tuesday, November 22, 2011

Fesyen Mak Dara ke Festival Filem Malaysia FFM24

Syukur alhamdullilah Festival Filem Malaysia FFM ke 24 telah pun melabuhkan tirainya dan somi Mak Dara telah berjaya membawa pulang Anugerah Cerita Asal Terbaik Amin amin ya rabbal alamin.. Bagi mak acara itu berlangsung dengan jayanya sama seperti yang Mak harapkan.. Namun yang paling mak berpuas hati adalah baju Mak Dara yang telah disponsor oleh teman baik Mak DD atau nama penuh dia Fazreen Azrin Shah dari D'ULEK CREATION . DD juga merupakan Make up artist untuk Filem LIBAS..

Pada mulanya Mak Dara pening juga dengan apa yang nak Mak pakai pada malam FFM tu ye lah tema malam itu ialah hitam keemasan.. Mak bukan takde dress warna hitam namun dengan "imej terbaru" mak sekarang rasanya semua dress dress yang dulu dah tak sesuai lagi dengan Mak. Dan pada satu hari tu Mak ada menonton EMMY AWARD dan mak terus jatuh cinta bila mak melihat satu artis hollywood ni dan dressnya yang sangatttttt cantik.. Buat tak tidor mak beberapa malam.. Seriusss sangat berkenan.. 


Haaaa cantik kan... Dan Mak Dara ada ceritakan hal ini pada DD dan DD terus cakap yang dia bisa membuat dress seperti itu untuk Mak Dara.. Apa lagi dia terus datang rumah untuk mengambil ukuran.

DD tengah mengukur.. Cukup tak tali tu nak ukur pinggang akak haha


DD tengah mencatat ukuran 

sketch oleh DD

 
Tadaaaaaaa 


Dan tepat pada pagi FFM tu DD akhirnya siapkan baju itu dan terus Mak pakai di majlis FFM malam itu. Memang sangat puas hati dengan apa yang telah dihasilkan oleh DD itu.. Sungguh terperinci dan detail.. Thank you DD.. Luvssssssss the dresssssss!!! Tahun depan kita buat dress baru lagi ye hehe

Pada sesiapa yang memerlukan khidmat make up, andaman ataupun wedding planner boleh le bertemu dengan DD. Pasti berbaloi baloi... Klik di SINI untuk ke FB DD ye.. 


Malaysia Menang Mak Dara dapat Habuannya

pic oleh Acik Google

Kompom kesemua peminat sukan bola sepak Malaysia sedang menyambut dan meraikan kejayaan kemenangan pasukan Harimau Malaysia kita yang telah berjaya menumpaskan Garuda pada malam ini.. Termasuklah Mak Dara sekeluarga.. Ada jiran jiran yang sakan celebrate dengan bermain bunga api.. Waduh dah macam nak sambut raya pulak rasanya hehehe...

Di dalam kemeriahan tu tiba tiba Anak Teruna Mak Dara Adza Haiqal atau Mak gelarkan dia MAGGIBOY datang ke arah Mak Dara sambil membawakan sesuatu kepada Mak.. Katanya Malaysia menang so Eqal masakkan special untuk Mama... Terkejut Mak Dara dengar.. Ye lah Malaysia Menang Mak Dara dapat Habuannya hehehehe.... Nak tahu apa yang dimasak oleh anak bujang ku itu..

surpriseeeee oleh si MAGGIBOY ni hahaha


Ya tepat jangkaan anda.. Apa lagi yang dimasak oleh si Maggiboy ni kalau bukan MAGGI hehehe.. Fuhhh pedas dan sedap ... Waduh waduh anakku.. Terima kasih sayang.. Sejuk perut mama lahirkanmu... =)


Monday, November 21, 2011

BIBIK VS MAJIKAN


Wahhhh malam ni perlawanan bola antara Malaysia dan Indonesia.. Di rumah Mak Dara tatkala ini kami semua sedang menonton perlawanan ni dan tidak ketinggalan juga bibik Mak Dara si Yull ni.. Dari jeritan anak anak Mak dan juga sesekali terkeluar suaranya yang gumbira melihat pasukan negaranya menjaringkan gol sebentar tadi seperti dah bertukar kepada perlawanan Bibik VS Majikan jadinya hahaha... Anak Mak yang sulung jeling aje kat bibik yang over exited masa Indonesia gol tadi kekekeke..

Lagi kuat suara anak teruna Mak tu menjerit Harimau Malaya.. Harimau Malaya.. Adesss lawan le korang. mak ni migrain tak boleh nak layan sangat bola bila kepala asyik berdenyut denyut ni.. 


Syukur Alhamdullilah Atas Kemenangan Somi Mak Dara di FFM24

As Salam.. Syukur alhamdullilah.. Somi Mak Dara Martias Ali telah memenangi Anugerah Cerita Asal Terbaik Festival Filem Malaysia FFM24 semalam. Mak Dara dan seluruh keluarga ingin memanjatkan syukur dan berterima kasih atas sokongan dan doa dari keluarga dan teman teman semua... 

Memang tidak disangka sangka.. Memang macam tak percaya bila nama somi Mak Dara disebut sebagai pemenang.. Masing masing tengok muka masing masing dan terpinga pinga kami semalam.. hehe.. Ye lah.. Memang macam mimpi ... Syukur alhamdullilah.. Ini semua rezeki dariNya amin...

Meh Mak Dara sharekan gambar gambar Mak dan Somi di acara itu ya..

 
Mak Dara dan somi Martias Ali

anak teruna mak Adza Haiqal


saat saat nama disebut sebgai calon nebessss gilaaa hehe

Bila saja nama Martias Ali disebut oleh bang Aziz M Osman.. Seperti masa terhenti je rasanya dan kenangan manis buat mak bila sebelum somi mak bangun untuk mengambil trofinya di atas pentas dia sempat mengucup dahi mak dara.. ohhhhhhh terasa macam masa di akad nikah dan untuk membatalkan air sembahyang aje mak rasakan.. Waduhhh sayang jugak somiku ini padaku ya hehehe.. Dn lepas tu terus mak blur dan tak ambik gambarnya semasa dia mengambil hdih di pentas adesss exited punya pasal hahahaha...

Somi mak bersama trofinya syukur alhamdullilahhhh 


Mak Bersama BFFFF Zay Jurey muahhh

Mak Dara, Somi dan anak

Martias & Budiey

Mak Dara dn Budiey


Eija, Martias & Mak Dara


Ada teman Mak semalam berkata "mungkin ini rezeki you "berhijrh" hehehe syukur alhamdullilah semua rezeki datang dariNya dan juga berkat usaha somi mak yang telah menceburkan diri dalam dunia penulisan skrip hampir 17 tahun itu .. 

Terima kasih sekali lagi dri Mak dan juga somi atas ucapn dan doa kalian.. From the bottom of my heart I thank you... 




Sunday, November 20, 2011

Mak Dara di Malam Anugerah Gemilng Cipta

As Salam.. Wahhh asyik sibuk terlupa Mak Dara nak update entry mengenai acara Malam Anugerah Gemilng Cipta yang telah berlangsung di Taman Tasik Perdana pada 16hb November lalu hehe.. Ok meh mak nak story sikit tentang malam tu ye..

Pada malam acara itu sebanyak 10 buah anugerah telah disampaikan kepada pemenang. Dan antara perangkul anugerah yang banyak ialah dari KRU dengan filem HIKYAT MERONGMAHAWANGSA.. Tahniah memang hebat daan layak untuk menang pun.. Meh Mak Dara share gambar yaang sempat Mak Dara snap di sana ye..

Mak Dara dan somi sebelum acara bermula

Anak teruna Mak Adza Haiqal pun turut hadir sama

dri kiri adik Mak Dara Adza Emie, Mak Dra dan Adza Haiqal

gandingan hebat hos Linda Onn dan Haalim Othman

Edry KRU menerima hadiah

Adik Mia Sara menerima hadiah

AR Badul memang terbaek lah 
dengan lawak selambanya menyampaikan hadiah

Mak Dara sempat bergambar dengan Halim Othman =)

Adik mak pun tak lepaskan peluang hehe

Acara ini berjalan dengan lancar alhamdullilah .. Dan semoga acara Festival Filem Malaysia ke 24 yang bakal berlangsung pda malam ni pun akan berjalan lancar jua hendaknya insyaaallah.. Ok mak dara nak siap siap untuk ke FFM dulu ya.. Nanti malam tontonlah FFM secara langsung di kaca tv ya..





MAK YONG

Syukur alhamdullilah akhirnya siap juga skrip drama bersiri 13 episod bertajuk MAK YONG.. Skrip drama ini Mak Dara tulis bersama adik Mak Dara iaitu Adza Nasyaemie dan cerita asal drama ini adalah somi Mak Dara Martias Ali.


Drama Mak Yong ini adalh musim yang kedua.. Musim pertama drama bersiri Mak Yong telah pun ditayangkan di RTM pada Disember 2010 yang lepas.. Dek kerana sambutan yang menggalakkan maka pihak stesen TV meminta supaya drama ini disambung ke musim kedua.. Syukur alhamdulliah rezeki namanya ni hehe..

Drama bersiri Mk Yong ini bakal menjalani penggambarannya tidk lama lagi.. Doa doakan semoga penggambaran drama ini berjalan lancar ye.. Mak Dara difahamkan yang drama ini akan ditayangkan pada awl tahun depan insyaallah.


Satu Malam Tak Boleh Tido.. FFM Punya Pasal..

gambor cik google

Adessssss satu malam Mak Dara tak dapat nak lelapkan mata.. Bukannya sebab ternampak hantu ke apa.. Ni semua gara gara Festival Filem Malaysia (FFM) yang akan berlangsung pada malam ni di PICC Putrajaya. Mana taknye.. Somi mak, Martias Ali antara calon bagi Cerita Asal Terbaik dengan filemnya LIBAS dan bertanding dengan Mamat Khalid(Hantu Kak Limah Balik Rumah), Shamsul Yusof Haslam(Khurafat dan Gangster) dan Mira(NUR KASIH THE MOVIE).. Harapan untuk menang amat tipis le kan bila tengok senarai calon yang lain. Tapi sebagai isteri sokongan moral untuk suami harus lah jitu kan hehehe.

Mak Dara masih menanti baju yang dijahit oleh teman Mak Dara iaitu DD dari D'Ulek Creation. Katanya baju mak dah siap pagi tadi.. Sekarang menunggu dia hantarkan saja baju tu untuk Mak Dara fitingkan sekali lagi.. 

Jangan ketinggalan ye menonton siaran langsung FFM ke 24 malam nanti =)


Saturday, November 19, 2011

Filem LIBAS Memenangi Anugerah Pengarah Harapan Terbaik

Syukur alhamdullilah.. Filem LIBAS telah berjaya merangkul ANUGERAH PENGARAH HARAPAN TERBAIK dan dimenangi oleh pengarahnya iaitu En Jurey Rosli.. 

Mari Mak Dara sharekan gambar gambar yang Mak Dara snap sendiri pada malam itu di saat saat Kemenangan En Jurey itu ya..










Sekalung tahniah kepada En Jurey Rosli atas kejayaan memenangi Anugerah Pengarah harapan Terbaik FFM 24 dan tahniah juga kepada syarikat MDAG kerana telah menerbitkan filem hebat LIBAS..


MC PITCH Di Finas Berjalan Lancar

Syukur alhamdullilah acara MC PITCH yang telah diadakan di FINAS pada 16hb Nov lalu berjalan dengan lancar... Oleh kerana acara ini julung julung kalinya diperkenalkan dan dibuka kepada umum pihak penganjur agak sedikit gusar sekiranya acara ini tidk mendapat sambutan dari orang ramai.. Namun sangkaan mereka meleset sama sekali apabila sambutan yang diterima amat luar bisa dan diluar jangkaan.. Hampir 50 penerbit menyertai cara ini termasuk SKOP Production milik Dato Yusof Haslam, Line Clear Production milik Prof Razak , MIG milik David Teoh, TV3, RTM, NTV7 , TV9 dan hampir 500 hingga 700 orang hadir untuk acara MC PITCH ini.. Meh Mak Dara share gambar gambar sekitar acara ini berlangsung ya..






Sekalung tahniah kepada semua warga kerja yang telah menghempas pulas bagi menjayakan acara ini.. Dan tahniah juga kepada yang telah berjay menjadikan idea anda menjadi novel drama dan filem tahniah.. Bagi yang tidaak dapat hadirkan diri bolehlah menyertainya di tahun hadaapan insyaallah .




Bapak Teruna Datang Melawat..

Oh mak dara...bapak teruna datang melawat nih... hehehe ketawa Mak Dara bila terbaca komen yang ditinggalkan oleh blogger ini di kotak jerit Mak Dara .. 


Rupa rupanya blogger itu adalah blogger daddy cool aka pemilik blog dcj online 


DCJ Online

Terima kasih ye kerana sudi melawat dan menjenguk ke blog Mak Dara.. =)

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK