Wednesday, December 7, 2011

ROMEO DAN MAKCIK JULIET

Tika dan saat ini Mak Dara tengah layan tonton drama ROMEO DAN MAKCIK JULIET yang sedang keudara di TV9 sekarang.. Perghhhhhh menengok ke tajuk drama aje telah membuahkan minat kepada Mak Dara untuk menontonnya. Memang catchy dan amat menarik minat untuk mengetahui apakah kisah di sebalik tajuk itu..

Ku Fridah dan Kak Cik dalam drama ROMEO DAN MAKCIK JULIET

Itulah yang selalu berlaku pada Mak Dara setiap kali mahu menulis skrip drama.. Untuk memberikan judul untuk sesebuah drama bukan lah mudah.. Kalau jalan cerita hebat namun tajuk kurang menarik juga akan memberi impak untuk menarik penonton untuk menonton sesuatu drama itu. Tapi kalau tajuk gahh tapi jalan cerita kureng juga tak best jugak kan hehe..

Namun setakat setengah drama ni berlangsung ia amat menarik.. Pada yang free free tu moh le tengok ramai ramai . P/S: alang alang dah ada di blog Mak Dara ni, apa kata join le GA "MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY" ye.. Ia juga ada kena mengana dengan tajuk tajuk juga.. Cuma perlu berikan sebuah tajuk Filem.. tarikh tutupnya adalah pada pukul 12 tengah malam ini.. Hadiah2 menarik menanti anda..



Skrip Drama Terbaru Mak Dara - MAN POS MASUK KAMPUNG (musim ke2)




As Salam kepada semua teman.. Waduhhhh syukur alhamdullilah Mak Dara terima satu lagi job untuk menulis skrip drama.. Kali ini Mak Dara dan team penulis yang terdiri dari somi mak dan adik mak diminta untuk membuat sambungan kepada Drama MAN POS MASUK KAMUNG lakonan Man Maharajalawak dan Yatt.. Haaa ada yang dah menonton drama ni? Drama ini ditulis skripnya oleh somi Mak dara dan syukur alhamdullilah drama ini menerima rating yang sangat tinggi di Astro Warna maka pihak Astro mahukan drama ini disambung dan dijadikan drama bersiri 13 episod!! Syukur alhamdullilah rezeki.. amin..

Mak Dara bakal memasukkan nama pemenang GA Mak Dara  yang sedang berlangsung sekarang di dalam drama ni .. Fuhhh siapalah yang bertuah itu kan hehehe... Pada yang ingin menyertai MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY jangan lepaskan peluang k.. Tarikh tutupnya pukul 12 malam ni.. Hehehe siap promote lagi kan hahaha..

Ok berbalik kepada drama MAN POS MASUK KAMPUNG.. Mak Dara akan mula menulis sinopsis drama dulu dan setelah sinopsisnya diluluskan oleh penerbit En Jurey Rosli dan pengarahnya En Yusoff Kelana barulah Mak Dara akan proceed bikin skripnya.. Doa doakan semoga semuanya berjalan lancar ye...

Pada yang belum menonton drama ni.. Moh Mak dara sharekan video ni ya... 





kenangan D'ADZA bersama Man Maharajalawak di set penggambaran
Man Pos Masuk Kampung


dari kiri Adza Yanie, Man, Adza Rina, Adza Irda(Mak Dara)


Mak Dara dan Man hehehe


MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY (TOP 10)

Kini tibalah masanya Mak Dara mengumumkan Finalist TOP TEN untuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY. Sebelum itu ingin Mak Dara tekankan disini ialah Ciri ciri yang dititik beratkan dalam pemilihan pemenang adalah keunikan Tajuk Filem yang diberi, Mesej yang ada dalam tajuk itu, Komersial value tajuk itu sendiri. Dan kesesuaian tajuk itu untuk dijadkan sebuah Filem.






9. http://www.mialiana.com/- KERAMAT CINTA TERAGUNG
10.http://kzoeozk.blogspot.com/ - ROMEO ROMEO TERAKHIR


Terima kasih Mak Dara ucapkan kepada semua yang sudi menyertai GA Mak Dara ini dan kepada yang berjaya menjadi finalist TOP 10 tahiah.. Kepada yang tidak tersenarai.. Harap dapat bertemu lagi di GA Mak Dara yang akan datang ya.. Anda memang sporting habessssss.. Ok Sekarang Mak Dara sedang membuat saringan ketiga untuk mendapatkan pemenang bagi GA ini.. ini tunggu ya

Mak Dara juga ingin berterima kasih kepada pihak penaja AMEE PHILIP JEWELERY , GENTING RESORT dan Blogger Hazman Fadzil kerana sudi menaja hadiah bagi GA Mak Dara ini.. terima kasih daun keladi kalau boleh sponsor lah lagi ye hehe


Nantikan Pemenang pemenang MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY yang akan Mak Dara umumkan nanti ya.. tungguuuuuuu...


Tuesday, December 6, 2011

Blogger Hazman Fadzil ingin Menaja GA Mak Dara.. Alhamdullilah


As Salam.. syukur alhamdullilah.. Ini yang dinamakan tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu kan.. Mak dara memang tak sangka ada insan yang sudi untuk menaja hadiah berupa wang tunai untuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY ini... Mak Dara menerima komen yang ditinggalkan oleh En Hazman Fadzil di blog dan entry GA Mak Dara sebentar tadi. Dan komennya berbunyi begini..

"Salam.. Kalau saya berminat nak jadi sponsor CASH... boleh tak?
Nanti minta nombor akaun untuk saya bank.."

Fuhhhhh gumbiraaanya Mak Dara membaca apa yang tertulis itu.. Mak Dara sememangnya amat amat mengalu alukannya sebarang tajaan dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian dari pihak encik Hazman Fadzil untuk menjadi penaja bagi GA Mak Dara ini..

Mak Dara baru sahaja menghubungi cik Hazman Fadzil untuk keterangan lebih lanjut mengenai tajaan beliau itu.. Nanti Mak Dara akan updatekan hadiah tajaan yang bakal dimenangi oleh pemenang MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY ya..

Apa kata kita terjahhh ke blog Encik Hazman Fadzil ini beramai ramai.. Klik di SINI untuk ke blog beliau ya..

P/S: alang alang dah ada di blog Mak Dara ni, apa kata join le GA"MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY" ye.. esok adalah tarikh tutupnya.. Hadiah2 menarik menanti anda..


Senyummmm... Masa Untuk Tangkap Gambar..

Semalam Mak Dara telah ke pejabat Imigresen untuk renew passport somi Mak Dara yang akan bertolak ke London pada minggu depan atas urusan kerja.. jadi dah alang alang ke sana kami buat keputusan untuk buat sekali passport untuk keempat empat anak kami.. Jadi pertama sekali kenalah tangkap gambor dulu kan.. 

tengah sikat2 rambut anak anak hehe

anak sulong Mak Dara Adza Danial Haiqal

anak kedua Mak Dara Adza Danina Kirana

anak ketiga mak Dara Adza Kasih Safea

anak bongsu Mak dara tengah tunggu gilirannya hehe

anak bongsu Mak Dara Adza Isabella

Somi mak dara =)

sesi photostat semua sijil2 kelahiran anak anak

Setelah siap siap semua gambar di print dan semua borang telah diisi maka kami terus le ke pejabat Imigresen yang berada di sebelah aje kedai gambar ni.. Sesampainya disana alangkah hampanya kami sekeluarga bila dimaklumkan yang tiket nombor giliran telah habis.. Maka kami harus datang sekali lagi ke pejabat itu keesokannya.. Waduhhhhh huhuuhuhu

P/S: alang alang dah ada di blog Mak Dara ni, apakata join le GA"MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY" ye.. esok adalah tarikh tutupnya.. Hadiah2 menarik menanti anda..


Sedutan Filem - Lelaki Islam mempertahankan agama Islam

Sebelum kita tidur pada malam ini apa kata anda tonton dulu video ni.. Mak Dara cukup suka cara lelaki Islam ni mempertahankan agama Islam dari tuduhan dan tohmahan pihak barat yang tidak putus putus melabelkan Islam sebagai agama yang mengamalkan terrorism...


Dah tonton? Haaa ambik kau terdiam budak Amerika tu yang asyik nak menghentam agama Islam tu kan.. Video ini adalah sedutan dari Filem Hindustan bertajuk KURBAAN... Fuhhh bilalah dapat Mak Dara hasilkan filem filem yang bergenre begini kan.. Insyaallah mudah mudahan dapatlah merealisasikan impian Mak Dara ini satu hari nanti.


Monday, December 5, 2011

Puasa Di Bulan Muharram


Barang siapa berpuasa pada 9-10 Muharram itu seolah-olah ia telah melakukan ibadah selama 2 tahun, dan siapapun yang mengingatkan orang lain hal ini seolah-olah ia telah melakukan ibadah selama 80 tahun. اِ نْ شَآ ءَ

Teringat lagi zaman kecik kecik dulu selalu buat bubur asyura dengan Ibu Mak Dara.. Sekarang dah tak ingat dah macam mana membuatnya.. Hmm kat mana ek yang ada jual bubur ni hehehe.. Kalau korang ada kemusykilan tentang puasa Asyura ni, boleh la refer Soal Jawab Puasa Asyura ni ye.


Miss Equador - Ratu Bumi

Wahhhhh lambat betul Mak Dara tidur malam ni.. Bukan sebab buat skrip.. bukan jugak sebab dek insomnia tetapi sebab sakan layan menonton rancangan MISS EARTH 2011 yang berisiaran di STARWORLD Astro.. Tak tahulah siaran ulangan ka apa.. Tapi rasanya berzaman jugak Mak tak layan miss miss Earth ke world ni.. So malam ni mak layan aje lah.. Fuh nasib baik somi Mak Dara tengah sibuk menulis skrip filem barunya tu.. kalau dia tengok Miss Earth ni tadi kompom ke laut le kejenya tu hehehe... Semua peserta memang cantik cantik belaka.

Dan pemenang MISS EARTH 2011 telah jatuh kepada Miss Equador!!

Miss Equador dipakaikan tiara Miss Earth oleh bekas Miss Earth 2010


Tahniah kepada Miss Equador kerana menjadi RATU BUMI 2011..  


Sunday, December 4, 2011

Penyanyi Sarah Raisudin selamat Melahirkan Bayi Lelaki


Tahniah kepada pasangan Sarah raisudin dan Shuib (Sepahtu) kerana baru sahaja menimang cahaya mata sebentar tadi. Pada mulanya Mak Dara membaca status yang diupdate oleh komposer Aidit Alfian memohon supaya mendoakan agar Sarah Raisuddin selamat menjalani pembedahan ceasereannya. Ini kerana jantung bayi dalam kandungan Sarah lemah maka harus pantas dioperasi..


Tidak lama kemudian pulak Mak Dara membaca berita terbaru di status abang Aidit yang dicopy pastenya dari status Shuib dengan mengatakan yang Sarah telah selamat melahirkan pada pukul 10:19 pagi tadi dan bayi itu adalah anak lelaki..



Siti Sarah
gambar oleh Media Harian Online

Haaaa inilah wajah anak lelaki Sarah dan Shuib!!! Comellllll sangat kan.. Matanya macam mata Sarah aje kan hehe.. Syukur dan tahniah Mak Dara ucapkan kepada Sarah dan Shuib semoga dengan kehadiran cahayamata ini bakal membahagiakan lagi perkahwinan kalian amin...



Saturday, December 3, 2011

Blogger Hebat Anastasyea Buat Mak Dara Terharu

anastasyea

Ohhhhh memang tak sangka memang tak didugaaaa.. Rasa macam nak cubit cubit aje pipi mak ni untuk dibangunkan dari mimpi yang indah.. Ohhh Blogger Hebat Anastasyea Buat Mak Dara Terharu.. Maunya tak terharu..... Blog picisan Mak Dara ini telah dimasukkan ke dalam bloglist beliau...

senarai bloglist Anastasyea 

(zoom in) blog Mak Dara pun ada!!! wohooo

Sekalung dan setinggi terima kasih dari Mak Dara atas pernghargaan yang tidak sehingga ini.. Memang tersengih ajelah Mak Dara tidor minggu ni hehehehe.... Ohh lupa nak habaq mai yang Mak Dara antara Ahli Majlis Tingkap (follower) Puan Anastasyea yang terbaru hehehe..



Terima kasih Anastasyea !!! Dan syukur atas segalanya.. Amin..


Sambutan Hebat Dari Para Blogger Membuat Ku Terharu

Tidak ku sangka.. Tidak ku duga... GA yang was was untuk Mak buat pada mulanya telah menerima penyertaan diluar jangkaan Mak Dara... GA MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY telah mendapat sebanyak 80 penyertaan dari rakan rakan blogger setelah berlangsung selama 5 hari .. Syukur alhamdullilah...


Bagi yang dah tahu tentang GA Mak Dara ni jangan le lupa join ya.. Dan pada yang belum tahu tentang giveaway Mak Dara ni meh Mak Dara nak story sikit tentangnya ok.. Jadi apa yang perlu anda lakukan untuk menyertai Mak Dara 1st Giveaway (GA) ni ialah....

"BERIKAN SATU TAJUK FILEM"

Mudah je kan.. Tak perlu slogan tak perlu sinopsis atau jalan cerita just berikan sebuah tajuk Filem aje.. Jadi jom lah sertai beramai ramai.. Hadiah menarik menanti anda.. Tarikh tutup adalah pada 7hb Dis 2011.. 2 hari aje lagi..

# Klik di SINI untukmenyertai MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY
# Klik di SINI untuk melihat senarai peserta

Ok meh Mak Dara share antara skrip drama drama yang telah Mak Dara hasilkan dan telah pun ditayangkan di kaca TV enjoyyy hehe =)

Hadiah Istimewa Dari Blogger Hebat Mia Liana


Terdiam dan termanggu Mak Dara seketika tatkala menerima hadiah istimewa dari teman Mak Dara dan juga merupakan seorang Blogger Hebat dan Otai Mia Liana.. Walaupun baru bertemu Mia dalam waktu jangka masa yang singkat namun persahabatan kami terus menerus selaku telah berkenalan bertahun lamanya..

Pagi ini Mak Dara dikejutkan dengan hadiah istimewa dari Mia.. Nak tahu apa hadiahnya lihatlah di bawah...

Bicara Mak Dara

Ya sebuah banner hasil air tangan Mia sendiri.. Sungguh terharu Mak Dara dibuatnya.. Bukan sahaja banner itu sangat cantik tetapi amatttt menepati citarasa Mak Dara. Terima kasih yang tidak terhingga buat sahabatku Mia.. It's really means a lot to me...

Banner hadiah dari Mia ini adalah banner terakhir Mia sempena blognya yang telah melebihi 6000 follower. Mak Dara amat berterima kasih dan bersyukur menjadi antara penerima banner bertuah dari Mia ini.. Tks Mia I justtttt lovesssssssss it!!!!!!!!



Friday, December 2, 2011

Kesiannya Dato Siti Hilang Suara di MAHARAJALAWAK MEGA

MAHARAJALAWAK MEGA sedang berlangsung pada saat dan ketika ini.. Dan kesiannya Mak Dara apabila melihat Dato Siti yang kelihatan kurang sihat pada saat ini ditambahkan lagi dengan "kehilangan suaranya" itu. Dato Siti terpaksa menggunakan IPAD sebagai ganti untuknya bersuara bagi memberi kritikan..

Dato Siti memberi kririkan melalui IPADnya

Dato Ac terpaksa membacakan kritikan yang telah ditulis oleh dato Siti di IPADnya itu.. Namun tahniah dan syabas kepada Dato Siti kerana masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai juri untuk MAHARAJALAWAK MEGA ini dan turut hadir walau pun dalam keadaan kurang sihat.. Syabas Dato

Mak Dara Mahu Join Bloglist Setahun Dari Anastasyea

anastasyea

As Salam dan selamat petang kepada semua teman.. Hari ni Mak Dara nak mencuba nasib untuk masuk ke Bloglist Setahun Dari Anastasyea | Terbuka Kepada Semua Blogger..Perghhh blog beliau memang mantap... Rugi kalau tak join .. Moh kita lihat syarat syaratnya..

Syarat pertama: Buat satu entri bebas. Janji ada SATU link dari entry korang ke Entri ini.
DONE Syarat kedua: Perlu LIKE Facebook dan klik butang Google+ untuk Entri ini : Kamera DSLR Nikon D90 Gadget Idaman Aku DONE

Bukti saya dah like hehe

Syarat ketiga: Retweet Entri ini :Kamera DSLR Nikon D90 Gadget Idaman Aku ! Yang nie terpulang kepada korang nak tweet atau tak. Kalau ada Twitter. Retweet k ! Berkali² setiap hari sampai tarikh tutup pun tak apa. Yang nie aku kira sebagai bonus. Nak tahu apa yang aku nak bagi. Haahhh .. rahsia. Tunggu je kejutan dari aku k!
DONE

saya dah retweettttt =)
Syarat keempat: Last sekali .. capture \ print screen syarat kedua macam contoh dibawah dan letak di entry tersebut sebagai bukti korang telah menjalankan tugas yang diberikan. Sila pastikan nick name akaun facebook anda tertera disitu.
DONE


Mudah mudahan Mak Dara telah dapat menunaikan kesemua syarat syarat seperti yang telah diminta.. Kepada anda anda jangan le ketinggalan moh le sertainya.. klik di sini ok http://www.anastasyea.com/2011/11/bloglist-setahun-dari-anastasyea.html


Mak Dara Terima Jemputan Ke NUFFNANG ASIA PACIFIC BLOG AWARD 2011

OH MAK GAYAH.. Macam nak terbuntal keluar bijik mata mak bila dapat email dari Nuffnang.. Buatkan lagi Mak nyaris nyaris kena heart attact bila mak baca isi kandungan email itu.. Syukur alhamdullilah Mak Dara mendapat jemputan ke NUFFNANG ASIA PACIFIC BLOG AWARD 2011..

jemputan dari Nuffnang

Borang RSVP

RSVP Mak Dara telah pun selamat dihantar =)

Syukur alhamdullilah... Mak tak sangka dengan mempertaruhkan video yang mak bikin membolehkan Mak mendapat jemputan ini.. Tak sia sia bersengkang mata membuatnya hehe..

"Nuffnang Blog Awards, Here I Come" VIDEO !!!!

Ohhh sungguh terujaaaa... Cuma satu aje masalahnya.. Undangan ini terhad untuk seorang aje.. Maknanya Mak Dara kena pergi sendiri sendiri tanpa berteman.. Aiseymen itu yang membuatkan Mak Dara ada sedikit was was untuk menghadiri majlis ini atau tak.. Ada sesiapa yang dapat undangan untuk ke majlis ni tak? Moh pegi sama sama nak huhuhu

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK