Thursday, December 15, 2011

OH MAK GAYAH! Mak Dara Pemenang Contest Blog eazy izzudin!

Mak Aih ! Contest Blog Eazy Izzuddin ?!

OH MAK GAYAH! Mak Dara adalah Pemenang Tempat Pertama dalam "Mak Aihh Contest Blog eazy izzudin" iaitu sebuah contest dari blogger Eazy Izzuddin . Tanjat mak!!! Memang terkejut Mak Dara bila mendapat komen dari adik Eazy di blog Mak tadi..

Syukur alhamdullilah.. Akhirnya berjaya juga menang contest ni .. Memang berbaloi baloi Mak Dara mengadap komputer bagi membuat video khas untuk menyertai contest ni.. Nak tengok video tu? Moh kita tengok ramai ramai ye hehe

Mempersembahkan Video Mak Aih! Contest Blog Eazy Izzuddin?!


Emmm ok tak video mak ni hehe.. Hadiah hadiah yang bakal Mak Dara terima pun memang mantop mantop belaka..


hadiah2
antara hadiah2 untuk semua pemenang
(termasuk Mak Dara le hehe)

Terima kasih kepada Eazy Izzuddin kerana telah mengadakan GA yang sungguh menarik ini.. Kalau boleh buatle selalu ye hehe..


CINTA ANTARA BENUA

Pejam celik pejam celik dah 5 hari somi Mak Dara Martias Ali outstation.. Aduhhhh makin meroyan mak dibuatnya hahahaha.. Hanya panggilan telefon ajelah pengubat rindu.. dah ghope macam drama CINTA ANTARA BENUA pulak rasanya hahahaha



Perghhh jelesnya bila terima gambor gambor dari somi mak ni.. Kan besttt kalau Mak pun ada kat sana tika dan saat ni.. Mau ajak jalan jalan sampai lebam hehehe... Dah alang alang baca entry meroyan Mak ni apakata jom layan lagu Cinta Antara Benua oleh Arni Nazira ni ramai ramai hehehe




Lirik Lagu Cinta Antara Benua Arni Nazira
Tiada kata harus kulafazkan
Untuk menyatakan cintaku padamu
Hembusan rindu antara benua
Ternyata syahdu membelai
Aku jua sepertimu kasih
Merindumu sepanjang hayatku
Sabarlah menanti hadirku
Walau berjauhan… walau kesunyian
Kutetap menantimu hingga akhir nanti
Itulah sumpah kita yang terpatri
Tak mungkinkan terlerai selamanya
Tiada kata harus kulafazkan
Asyiknya debar cintaku padamu
Riak asmara yang mengusap hati
Ternyata hebatnya cinta…

HARI RABU TANPA KATA... Shyyyyyyy



Wednesday, December 14, 2011

Mak Dara mencari Geng Untuk ke NAPBAS


As Salam kepada semua teman blogger yang di kasihi.. Mak kini dalam misi mencari geng.. ohh bukan geng bas sekolah.. ataupun geng gengster.. bukan bukan.. Mak Dara sekarang sedang dalam misi mencari teman untuk ke Majlis Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 yang akan berlangsung pada 16hb iaitu hari Jumaat ini..

Yelah selalunya bila dapat jemputan pastinya dapat dua tiket.. Tapi kali ni satu jemputan hanya khas untuk seorang aje.. Habesss mati kutulah mak dara dibuatnya.. Mula mula dah plan tak nak pergi tapi bila difikir fikirkan balik rugi pulak rasanya kan.. Bukan senang nak bertemu dengan 500 blogger hebat dari seluruh Asia kan.. 

Untuk menambah kepeningan mak ni ialah transportation.. Somi mak kan otstesen maka takde yang nak hantor mak ke nunnn di putrajaya tu.. Tapi tadi Mak terima email dr Nuffnang katakan yang ada shuttle bus dari Kl ke event tu.. Mak dah balas email tu tapi tak tahulah mak dapat ke tak sbb tempat duduk terhad hanya utk 40 orang je huhu

Soooo jadinya mak nak tanya.. Ada sesiapa di sini atau blogger blogger yang anda kenali yang mendapat jemputan ke acara ni? Kalau ada boleh le kita jumpa di sana.. Baru ada geng.. Takde lah mak dara ke sana sorang sorang tanpa berteman..

Sekarang Mak Dara baru temui seorang teman blogger iaitu Zoe.. Harap harap dapat lah bertemu kami disana .. mudah mudahan.. amin...


p/s: siapa2 yg pegi tu emailkan le nombor telefon anda pada mak dara .. boleh le kita roger2 di majlis tu nanti nak.. email mak dara ... mrs_martias@yahoo.com


Ribut Di Kawasan Perumahan Mak Dara Semalam

Semalam hujannnn lebat di KL dan kawasan perumahan Mak Dara iaitu Lembah Keramat tidak terkecuali .. Rasanya bukan hujan tapi dah ribut.. Sampaikan air masuk ke dalam carrefour wangsa maju... Memang lebat sungguh...

Pagi tadi Mak Dara ke kedai untuk beli roti canai untuk breakfast anak anak Mak dan terkejut tengok banyak pokok pokok tumbang di kawasan Mak perumahan Mak Dara ni.



Kerja kerja membersihkan jalan sedang dilakukan. Syukur alhamdullilah tiada kemalangan berlaku.. Tiada kereta kena hempap dek pokok pokok itu.. Amin...


Jom Naikkan Traffik Blog Bersama Sama!


Semalam Mak Dara telah adakan " Jom Naikkan Trafik Blog! "  Dan sebanyak 39 blogger telah menyertainya.. Dan di bawah adalah semua link peserta, boleh le kita terjah menerjah ke blog masing masing. Apa yang penting kerjaaaaasama bak kata wonder pets .. Sama samalah kita berkenalan dan menaikkan traffick sesama kita ya...


Pada yang suka buat blog walking ke blogjogging ke blog shuffling ke haaaa senarai dah ada jom terjah ramai ramaii kasi up trafik mereka dan trafik anda bersama sama jommmm....

18) http://sejutarasamakusu.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
19) http://msieda.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
20)  http://tsarleenee.blogspot.com/
21) http://missedamisha.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
22) http://hans-mohd.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
23) http://daygkunurhayati.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
24) http://mzneo.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-traffik-blog.html 
25) http://daygcakapcakap.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
26)  http://azlinda-menitikehidupan.blogspot.com/
27)  http://qyrndishdush.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
28) http://nurfatimahkhairudin.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
29) http://ceritapen-ungu.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
30) http://karyaayuinsyirah.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
31) http://ayuinsyirah.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
32) http://lifewifvanessa.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
33) http://cintakukini.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
34)  http://adramycien.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
35) http://sekencangangin.blogspot.com/2011/12/kencang-jom-naikkan-trafik-blog.html 
36) http://sukehatiakuokey.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
37) http://storymoryluahanku.blogspot.com/2011/12/ini-blog-sayajom-naikkan-traffik-blog.html
38) http://hjan-pnas.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html
39) http://ilovethatmoment.blogspot.com/2011/12/jom-naikkan-trafik-blog.html

Tuesday, December 13, 2011

CARREFOUR WANGSA MAJU DIMASUKI AIR!


Lebat.. Memang lebatttttt.... Hujan turun dengan lebat sekali di Wangsa Maju tatkala dan tika ini.. Mak Dara pun dari luar terus batalkan rancangan plan nak jalan jalan dengan family dan terus pulang kerumah saja sebentar tadi. Sepanjang perjalanan kami balik kerumah pun tengok terdapat banyak pokok pokok yang dah tumbang dan ada yang tumbang di atas jalan.. Mujur tiada kereta yang lalu terkena hempap pokok pokok tu..

Tapi kesiannya adik Mak Dara yang ke Carrefour Wangsa Maju terkandas di sana sebab tak dapat balik dek kerana hujan yang lebat.. Dah le dia rabun so dia tak nak le balik kerumah dalam keadaan hujan lebat macam ni kan..

Tup tup Mak Dara terima gambar MMS dari dia . Terkejut Mak Dara bila tengok air dah masuk ke dalam carrefour tu.. Mak ai... Jangan banjir sudah le.. Sekarang mak difahamkan para pekerja carrefour sedang bekerja keras bagi menghalang lebih banyak air memasuki carrefour tu..Harap harap adik Mak Dara dapat pulang dengan selamatnya.. amin..


5 Blog Cool Pilihan Ku 2011

BEN ASHAARI

Dah lama Mak Dara tak join segmen dari Adik Ben ni.. Maka hari ni dengan cargas dan pantas mak nak join..

K-POH / ahli kabinet dapur / spy tingkap
Blog Kak Pah ni memang sempoi dan memang santai habis.. 

Life with Sandra.....
Blogger Sandra Azwan memang mempunyai niche yang lain dari yang lain.
Blognya mengenai fesyen.. Luvsss this blog

impianku dalam mimpiku
Blogger Top ni antara blogger peramah dan humble yang pernah Mak Dara kenali

Scarlett's Petals
Blogger Scarlerr ni memang misteri orangnya.. Maka makin lama makin 
membuatkan ingin tahu siapakah identiti sebenarnya =)

Mia Liana seorang blogger yang otai namun sangat baik dan humble.. 
Selalu support blog Mak Dara =)



DJ GOMO FM (Kak Pah) Review Blog Mak Dara

As Salam kepada teman blogger.. Perghhhh pagi ni memang terkejut dan tersenyum Mak Dara tatkala dapat tahu teman Mak Dara iaitu Kak Pah yang kini telah bergelar DJ di radio GOMO FM telah mereview blog Mak Dara..... Wooohooooooo.

Waduhhhhhh super bangga bila melihat kejayaan teman teman blogger seperti Kak Pah ni.. Bukan senang nak jadi DJ hokayyyy.. Cayalahhhhh Kak Pahhhhh...

http://komuniti.gomofm.org/beta/news.php

Pertama kali dapat mendengar sora kak pah keudara di GOMO FM sebentar tadi.. Perghhhh dah macam DJ OTAI.. Cayalah kak Pah.. Yang besttt tu Kak Pah sempat promote blog Mak lagi hokayyy.. Mak aiiih teruja mak dibuatnya.. Nasib baik dapat mengawal lagi tahap meroyan mak ni hahahaha.. Tks Kak Pah...

Moh le ramai ramai terjah ke Blog Kak Pah @ http://effa-k-poh.blogspot.com/ dan juga Gomo FM.. boleh mintak lagu dan dengarkan suara blogger hebat kita ni sebagai DJ ... Kepada Kak Pah.. Saya doakan semua yang terbaik untuk Kak Pah...


Monday, December 12, 2011

DATIN GHAIRAH...

datin ghairah

Tengah hari tadi sepupu Mak Dara ada mengajak Mak Dara menonton DATIN GHAIRAH.. Mak Dara adalah tengok posternya sekali dulu tapi tak pasti apakah kisah yang terdapat dalam filem ni.. Namun Mak Dara pada masa tu tengah temankan adik bongsu mak ke klinik untuk check up kandungannya yang dijangka akan meletop tak lama lagi maka kami tundakan untuk menonton filem ni pada masa yang lain..

Balik aje dari klinik terus le Mak Dara search pasal filem ni .. Pasal sinopsis atau jalan cerita tu Mak Dara tak dapat nak komen sebab belum tengok pun lagi.. Tapi yang penting ada Abe Aaron hokeyyyy hehehe.. Harap harap akan dapat menonton bersama sepupu Mak Dara iaitu Mak Lady tak lama lagi.. Pada yang belum tengok moh Mak Dara sharekan klip trailer filem ni ye..



Penggambaran Drama MAK YONG Bermula Hari Ini..


Drama bersiri 13 episod berjudul MAK YONG Hasil skrip Mak Dara dan adik mak iaitu Adza Nasya Emie , terbitan En Jurey Latif akan memulakan penggambaraan/shooting pada hari ini di Kelantan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar amin...

Drama Mak Yong ini adalh musim yang kedua.. Musim pertama drama bersiri Mak Yong telah pun ditayangkan di RTM pada Disember 2010 yang lepas.. Dek kerana sambutan yang menggalakkan maka pihak stesen TV meminta supaya drama ini disambung ke musim kedua.. Syukur alhamdulliah rezeki namanya ni hehe..

set penggambaran Mak Yong musim 1 (pic oleh Aizad Rosli)



Mak Dara difahamkan yang drama ini akan ditayangkan pada awl tahun depan insyaallah. Doa doakan semoga penggambaran drama ini berjalan lancar ye. Kepada semua crew WORLD EVOLUTION BRAIN, En Hazreen Hakim, En Jurey Rosli, Aizad Rosli dan dan semua cast.. all the best dan selamat menjayakan MAK YONG di Kelantan tu ya amin amin amin..



Sunday, December 11, 2011

Separuh Jiwaku Pergi..... Sob sob sob...

Separuh jiwaku pergi..... Ohhh sedeyyy dibuatnya.. Pagi tadi tepat pukul 10 maka bertolak le somi Mak Dara outstesen ke negara orang... sedey ditinggalkan pun jugak.. sedih tak boleh ikut rasanya yang lebih tu hahahha...

Somi Mak Dara bersiap nak keluar dari rumah

Anak teruna mak sedang tolong masukkan bag2 papanya

@ KL SENTRAL

Penerbangan ke London memakan masa selama 14 jam.. Makanya bila bertolak pagi tadi pukul 10 akan sampai disana dalam pukul 2 pagi waktu Malaysia.. Fuhhhh mauuu kebass dibuatnya tu kan.. Mak Dara balik kampung Mak di Kulim Kedah 5 jam pun dah letih hehe.. Apa apapun BON VOYAGE ye wahai somiku... Have a safe trip.. Balik jangan lupa bawak ole ole hehe


Sedih Bila Packing Baju Somi.. sob sob sob..

Mak Dara baru je selamat pack baju baju somi Mak yang akan berlepas ke London pada pukul 10 pagi esok.. Sedihhhhhh tatkala memasukkan baju satu persatu di dalam bag tu.. Bukannya sedih untuk berpisah selama seminggu tapi sedih sebab makin banyak baju dimasukkan dalam bag semakin  nipis harapan mak untuk masuk dan menyorok dalam bag tu.. Kononnya angan nak menyeludup masuk kelondon untuk bersama sama somi di sana hahahahaha... Tapi manakan mungkin badan Mak Dara yang ala ala bersaiz dua pintu peti ais ni muat dalam bag tu ha.. Maka batalkan ajelah niat nak main salji kat sana ye huhuhu..

antara yang dibawa somi...

Jenuh le juga masukkan baju baju yang tebal tu.. Dengar khabornya London sejukkkkk sekarang.. Tapi yang paling best dibawa oleh somi mak dara ialah.......

can food

Haaaaa meggi dan makanan dalam tin tidak dilupa dan turut dibawak bersama.. Mana lah tau kalau kalau tengah tengah malam lapor pulak kan hehehe... Hmmm oklah Mak Dara nak pack kan toiletries pulak . Karang nak beli satu berus gigi disana kena 5 kali ganda duit kita hahaha.. Semoga somi mak selamat pergi dan pulang dari menjalankan kerjanya di sana.. Amin...



Blog Blog Pilihan Malam Ini

Momento AkmaFaizal

About CiKema..
Assalamualaikum, Selamat Menjalin Perhubungan Sesama Kita. CiKema baru belajar jadi blogger. terimalah seadanya yer...suka giler ga, contest & lucky draw. blogwalking dan komen kat blog korang klau korang tinggalkan jejak di blog ini.


Joel tryin' to be #hebat

About Joel...Hi! Saya blogger dari Miri, Sarawak. Baru 14 tahun. Boleh bercakap dalam bahasa BM, English dan Kayan. Dan yes, Joel tryin' to be #hebat! I live life. Don't you?

Nabila Medan

About Nabila Medan

Nurul Nabila bt Medan, 15 Years Old

Birthday : 30 Oct 2011
Status : Budak Sekolah Menengah
Start Blogging Since : 15 Jan 2011
Another Sibling : AthirahMedan | FatihaMedan
From : Selangor

Hobby : Blogging | Reading
About Azha
You cannot plan for tomorrow if you don't know where your money is today" "Success is not measured by what you do compared to what others do, but is measured by what you do with the ability God gave you" to http://www.pakarinsurans.com/

Mereka adalah blogger yang menjadi blogger pilihan Mak Dara pada malam ni.. Moh le kita terjah beramai ramai ye.. Esok Mak Dara plan nak pilih lebih banyak blog dalam "BLOG PILIHAN" ni.. kita tengok siapa yang terpilih ye hehe.. Selamat malam semua...

Saturday, December 10, 2011

10 bulan berblogging.. 1000 Entry.. 100 000 pageview.. OH MAK GAYAH!

OH MAK GAYAH! pejam celik.. pejam celik... ketuk ketuk jari kat laptop tiba tiba sedar je rupa rupanya ini adalah post Mak Dara yang ke SERIBU !!!!!!!!!!



Post keseribu dalam masa 10 bulan 23 hari!!! Kiranya 100 post sebulan la kot.. perghhh apa la yang Mak Dara dah merapu meraban dalam 999 post yang lain ek hahahaha... Diharapkan semua yang baca post post Mak Dara tak mendapat apa apa jenis penyakit jiwa dengan bahasa dan cara penyampaian mak Dara menulis ye..

Dan yang besttttnya pulak bila Mak Daa perasan yang pageview Mak dah pun menjangkau 100000 pageview!!!!  Dah rasa macam menang award gitewwww... Syukurrrr Alhamdullilah.. Amin..


.

Ada jugak kawan kawan tanya.. Tak bosan ke asyikkk menulis aje.. Dah le hari hari tulis skrip pastu hari hari tulis blog... Jawapan Mak Dara Tidak Sama Sekali.. Sebab bila menulis skrip kita harus puaskan pihak producer pihak stesen TV dan banyak pihak lagi. Tapi bila menulis blog kita dapat kepuasan diri.. betul tak hehe..

Mak dara nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang sudi menjenguk Mak di rumah orang tua tua ni.. errr i mean di blog Mak Dara ni ehehe.. Selalu selalu lah datang melawat ye.. Insyaallah penyakit meroyan Mak Dara tak berjangkit jadi jangan risau untuk kerap ke sini ye hehehe... 



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK