Thursday, December 22, 2011

Cara Orang Moden Melipat Baju..

Kegiatan paling malas Mak Dara adalah melipat baju.. Terutama sekali bila balik dari bercuti dan bila baju berbakul bakul harus dicuci dan dilipat hehe..

Rupa rupanya cara melipat baju pun ada bezanya.. Memang berbeza cara melipat baju cara biasa/old school dan cara budak budak moden sekarang melipat baju mereka moh tengok video dibawah =)



Nak try le lipat baju cara orang jepun tu kejap lagi hehehe


Mak Dara Di Bilik Bersalin

Ruang yang kecil.. Sebuah katil.. pisau.. sarung tangan.. gunting dan alat alatan untuk memotong cantik di simpan di satu sudut dalam bilik bersalin di Klinik Pusrawi Damansara tatkala Mak Dara menemani adik bongsu Mak Dara Adza Emie yang sedang kesakitan untuk melahirkan anak keduanya..

Ohhhh situasi dan keadaan itu mengimbas kembali kenangan semasa Mak melahirkan keempat empat anak mak dara suatu ketika dulu.. Memang mak tak nafikan.. Adik mak yang nak bersalin tapi mak pulak yang terlebih nervous darinya.. Adik mak tu punyalah relax boleh buat lawak dan sembang sembang macam takde apa apa aje... hahaha.. Moh layan gambor kami beberapa jam sebelum saat kelahiran ank buah Mak Dara malam tadi..

Boleh senyum senyum lagi mak buyong ni

Masa gambar di atas diambil doktor menyatakan baru 3-4cm je tapi dek kerana contraction tak kuat mereka suruh adik mak berehat di bilik wadnya dan tukar baju dulu...

siap boleh update status lagi hahaha

sebelum tukar baju siap boleh posing lagi hokayyyy haha

bilik wad adik mak dara

Selesai tukar baju Emie sedang mencatat setiap contraction yang 
dialaminya time ni dah selang 5  minit

Lepas aje dari gambar ni diambil tak berapa lama kemudian adik Mak dibawa masuk kembali ke dalam wad bersalin... Waduh mak yang menunggu di dalam bilik wadnya macam ayam berak kapor je kekdahnya.. Mak yang dah 4 kali mengalami sakit nak bersalin ni dapat rasa apa yang bakal ditempuhi oleh adik mak ni.. Jam kat dinding rasa macam lambat je bergerak.. Setiap saat berjalan macam berjam jam je.. Dari sejam ke jam kedua dan seterusnya jam ketiga.. Mak belum terima apa apa berita..

Tiba tiba doktor beritahu mak yang jantung baby semakin lemah dan drop.. Kalau keadaan tu berlarutan dalam 10 min maka mereka harus melakukan pembedahan.. Mak oiii macam nak luruh jantung mak mendengarnya.. Apa yang berlaku seterusnya? Ok nanti mak sambung balik di lain entry ye... Letih pulak sebab lebih 8 jam menunggu di wad bersalin tadi hehehe... tungguuuuu...


Wednesday, December 21, 2011

Jon Bon Jovi Meninggal Dunia

Kecoh benor di Twitter tentang kematian bintang lagenda Jon Von Jovi.. Bukan hanya di twitter malah juga telah berjangkit di facebook juga... Terkejut jugak mak membaca cerita ni.. Jon Bon Jovi ni antara penyanyi peberet mak jugak... Dengar khabar dia ditemui koma di sebuah hotel dan kemudiannya telah meninggal dunia..

Biar betul nih.. Maka dengan rasa tak puas hati mak pun google untuk mendapatkan kepastian.. Search punya search punya search.. Ternyata khabar angin tentang kematian Jon Bon Jovi itu hanyalah satu berita yang tak benar.. Kawan tu dok elok lagi bernafas di New Jersey tu.. Tak baik le kome mengata dia dah takde.. Beliau sendiri siap menjelaskannya di laman Twitter nya


He's alive! The 49-year-old singer announced he was still rocking via his Twitter page

Heaven looks a lot like New Jersey: Jon Bon Jovi tweets that he's alive and well after death rumours cropped up today

Ishhhh tak baik le diorang ni menyampaikan khabar angin pelesu ni.. Kan lebih baik pegi buat cekodok ke.. pengat pisang ke dari memalsukan kematian orang.. Kesian kawan tu nak sambut raya pun tak senang hati dibuatnya... Apa apapun Merry Christmas Jon Bon Jovi hehehe




"Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak"

blogwalking


Baru sebentar tadi Mak Dara menjalankan aktiviti senaman jari iaitu blogwalking dan antara blog yang harusss Mak Dara terjah dan singgah adalah blog SMILE SMILE SMILE milik Mia .. Dan satu entry menarik minat Mak Dara ialah entry Mia mengenai "Jom Join Blogwalking 2012 by JiwarOsak"... 

Wahhhh sangatttt menarik jadi Mak pun nak menjohenkan diri le jugak.. Tapi dengar ceritanya walaupun tarikh tutup segmen ni adalah pada 1.1.12 tapi dek kerana sambutan hebat maka tempat atau slot untuk menjoinkan diri hampir tamat.. Namun tak salah kan kalau Mak nak mencuba.. Kira tempat pun dah hampir tamat rasanya Mak pun macam Mia juga rasanya tak perlulah nak tag mana mana teman blogger lagi kan. Karang takut tag uols tapi slot dah penuh hehe.. Oklah.. apa apapun mudah mudahan diterima =)


Tuesday, December 20, 2011

KERANAMU IBU


As salam Mak Jah.. Kak Bedah.. Pak Sood dan semuanya.. Tiba tiba memalam ni mak terasa macam nak pegi kedai buku untuk beli novel.. Ye lah sejak demam novel dijadikan filem ni membuatkan Mak pun nak juga explore dunia penulisan novel hehe.. Asyik asyik tulis skrip drama aje hari hari sekali sekala nak jugak le berubah arah ye tak..

Tapi dalam leka mak godek godek fail dalam pc mak ni banyak jugak skrip skrip yang mak dah tulis.. Tapi antara skrip peberet yang mak pernah tulis bertajuk KERANAMU IBU pada tahun 2004 dulu.. Drama ni tak ditayangkan di TV tapi dijual melalui VCD..  Zaman tengah top top bikin VCD dulu selepas vcd Aku Kaya dulu ingat tak hehe..Drama ni adalah drama ke 17 dari 61 buah skrip drama yang telah pun ditayangkan. Tetiba terasa macam nak share je skrip drama mak tu pada uols.. Kalau sudi bacalah ye... Namun diingatkan memang panjang berjela jela ya.. Semuanya mempunyai sebanyak 68 scene/babak.. Tapi begini lah ghope skrip drama yang selalu dibaca oleh pelakon pelakon tu hehehe..Kalau sudi menjulingkan mata dan nak layan cerita sedih amat amat dialau alukan... Terimalah skrip Mak Dara Kerana Mu Ibu.....


KERANAMU IBU


SC 1 : KAWASAN KAMPUNG / SUBUH 


Est shot kawasan rumah kampung yang bermandikan cahaya lampu berwarna warni dan juga peilta pelita menerangi rumah rumah kampung itu untuk menyambut Aidil fitri. Di suatu sudut tidak jauh dari situ kelihatan sebuah rumah usang yang agak muram kerana keadaan rumah yang uzur dan tidak berhias. 


CUT TO: 


SC 2 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : ALIF DAN NEK TIMAH 


Kelihatan Nek Timah sedang tidur hanya beralaskan tilam yang sudah buruk dan koyak. Di tepi tingkap kelihatan Alif tidur juga beralaskan tilam yang kotor. Dia hanya berselimutkan kain pelikat. Insert bunyi ayam berkokok. 


Tidak lama kemudian kelihatan Nek Timah sedar dari tidurnya selepas terdengar kokokan ayam itu dan perlahan lahan duduk. Nek Timah bangun dan seakan akan meraba raba mencari sebuah jam loceng yang ticak bercermin lalu meraba raba jarum jam itu untuk mengetahui masa. Nek Timah lalu bangun. 


CUT TO: 


SC 3 : RUMAH ALIF / SUBUH 
WATAK : NEK TIMAH 


Est kaki Nek timah berjalan perlahan lahan menuju ke dapur. Nek Timah mencari cari sesuatu akhirnya ia berjumpa dengan bekas beras. 


Dengan perlahan lahan Nek Timah membuka penutup bekas itu dan meraba raba kedalamnya. 
Est. tangan Nek Timah memegang beras yang sangat sedikit di dalam bekas situ. Nek Timah terdiam seketika. Nek Timah menghela nafas panjang dan kemudian mengambil beras yang sedikit itu dan dicuci. 


CUT TO: 



Pulang Rumah? Rumah Isteri Muda? Cari ISteri Lagi?


Para bapak bapak.. Para somi somi sekalian... 
Haaaaa jika anda diberi pilihan untuk memilih jalan jalan seperti diatas.. 
Jalan mana yang kalian akan pilih?



Fikir dulu jawapannya betul betul ye wahai para bapak bapak hehehehehe.. =) 

Sorry ye entry meroyan dari Mak Dara sambil menunggu bekalan air di kawasan perumahan mak dara kembali semula.. Susah betul kalau anak anak ramai bekalan air takde ni huhuhu..


Sofa Maroon Tiba Juaaaaaaaaaaaa

Akhirnya masa yang dinanti tiba jua.... Sofa yang Mak tempah dari kedai Carvin Furniture Ulu Kelang akhirnya tiba jua di rumah... 

para pekerja tengah mengangkat sofa ke dalam rumah


Waduhhhh suka suka suka dan terujaaa mak hari ni.. Tapi sayangnya baru hantar yang 3 seater.. Yang sofa two seater akan siap dan akan dihantar esok.. Waduhhh tak sabar nak tunggu kasi cukup korum.. Harap harap le somi mak suka dengan pilihan mak ni.. Ye lah sofa ni mak beli untuk kasi surprise pada dia.. Hope he likes it .. Emmm kalau tak suka pun kenalah suka jugak.. ai dah bayar habis hokayyy hahaha.. Terima kasih le kepada penerbit En Jurey Latf Rosli sebab dengan menjual skrip drama bersiri Mak Yong 13 episod ni kepada syarikat productionnya membolehkan mak make over ruang tamu rumah mak .. WORLD EVOLUTION BARIN SDN BHD memang terbaekkk hehehe... Tak sabar untuk tulis skrip yang seterusnya boleh le mak make over bilik mak pulak nanti hehe...




Bloger Bloger Pada Tahun Lepas, Tahun Ini, Tahun Hadapan



As salam duhai teman.. Pagi ni Mak nak review 4 orang blogger yang sudi menjoinkan diri dalam segmen Mak iaitu Saya Pada Tahun Lepas, Tahun Ini, Tahun Hadapan...

Azamnya tahun lepas?
berazam nak dapat kerja
Azamnya tahun ini?
nak dapat kerja yang tetap untuk menjamin masa dpan aku.
Azamnya tahun hadapan?
nak dapat kerja yang stabil.. dan simpan duit untuk kawen.. target kawen 2 or 3 tahun lagi kut...
Klik SINI untuk membaca keseluruhan entrynya

Blogger DEQNOOR
Gambar tahun lepas

gambar tahun ini

Azamnya tahun lepas?
untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya
Azamnya tahun ini?
berazam untuk duduk sendiri, tidak mahu berkepit dengan mak ayah je. Finally, tahun ini DN sudah berpindah dan duduk di rumah sendiri... Best2!
Azamnya tahun hadapan?
Azam tahun baru DN, DN nak cari boipren.... DN sudah semakin tua (oopppsss!!! meningkat usia..) tapi masih tiada boipren tau. Huhu... Kesian kat DN kan... So DN berazam untuk cari boipren dulu.... Cari laki, lambat sikit pun takpe. Hee.... Dan DN ingat nak bertahun baru di tepi pantai bersama siapa lagi kalau bukan kawan-kawan.. Harap-harap time ni ada lah boipren yang boleh DN bawa. Expresssss!!! Haha... :p
Klik SINI untuk membaca keseluruhan entrynya

Blogger ONLY ME (AKU FIZA)
Gambar tahun lepas

gambar tahun ini

Azamnya tahun lepas?
Mau maintain berat badan 50kg. Alhamdullilah target tercapai dengan gemilangnya wee
Azamnya tahun ini?
Maintain 50kg. setakat ini alhamdullilah masih dalam kawalan
Azamnya tahun hadapan?
Mau maintan 50kg diberi kesihatan yang baik kewangan yang bagus.
Klik SINI untuk membaca keseluruhan entrynya


Blogger Qishi Okawa
Gambar tahun lepas

gambar tahun ini

Azamnya tahun lepas?
Nak jadi ibu...
Azamnya tahun ini?
menjadi yang terbaik... 
Azamnya tahun hadapan?
1) jadi ibu yang terbaik 
2) naik pangkat..amin.. 
3) nak beli handphone samsung s 2..kalau dapat...huhu 
4) tambah ahli keluarga kot..ha6.. 
5) nak pi disneywood kat singapore tuh..

Klik SINI untuk membaca keseluruhan entrynya

Terima kasih kepada Top, Deqnor, Aku Fiza dan Qishi Okawa kerana sudi join segmen Mak Dara ni.. Dan terima kasih kepada Qishi Okawa kerana masukkan mak dalam senarai 5 BLOG PILIHANKU 2011... suka suka sukaaaaaaaa... muahhh


Video Lamaran Pertunangan Yang Sangat Sweet..

As Salam.. Rata rata di facebook semua teman teman Mak Dara pakat pakat share video Lamaran pertunangan yang sangat sweet ni.. Mak pun salah sorang yang sukaaa dengan video tu.. soooo sweeetttttttt gilerrrrr....


Video ini telah diupload oleh Adik Dena pada 18hb Dis 2011.. Memang toching betullll melihat bagaimana cerita kisah cinta mereka berdua tu.. Tiba tiba Mak teringat sesuatu... Uihhh Mak Dara pun ada juga buat video lebih kurang macam ni khas untuk suami Mak Dara sempena ulang tahun perkahwinan kami yang ke 14 pada 13hb September 2011.. Tapi takdelah secantik video adik Dena tu hehehehe...


Memang berbeza kan antara video orang orang muda dan orang orang dah senja macam mak.. Mak tak sekreatif anak anak muda sekarang main staright to the point je hahaha... Mak memang tabikkkk dengan Dena.. Seriusss memang video Dena tu amat amat Mak tabik..

Ucapan Mak kepada adik Dena dan tunangnya semoga selamat ke jinjang pelamin dan semoga kekal ke anak cucu insyaallah.. Amin...

Monday, December 19, 2011

Saya Pada Tahun Lepas, Tahun Ini.. Tahun Hadapan


As Salam kepada semua teman.. Pejam celik pejam celik dah hampir ke penghujung tahun 2011.. Rasanya macam baru sambut tahun baru 2011 je kan.. Ok sempena nak menyambut tahun baru ni.. Mak Dara terpanggil nak buat satu segmen.. Nak join? jommm..

1. Buat entry bertajuk : Saya Pada Tahun Lepas, Tahun Ini.. Tahun Hadapan
dan tepekkan bersama banner Mak Dara di atas tu ye..

2. Jawab soalan2 di bawah..

TAHUN LEPAS 2010
a) Sertakan gambar anda di tahun lepas 2010 (jika ada)
b) Dimana anda sambut tahun baru (jika ada)
c) Apakah azam anda tahun lepas?
d) Tertunaikah azam anda itu?

TAHUN INI 2011
a) Sertakan gambar anda pada tahun ini 2011 (jika ada)
b) Dimana anda sambut tahun baru (jika ada)
c) Apakah azam anda tahun ini?
d) Tertunaikah azam anda itu?

TAHUN DEPAN 2012
a) Dimanakah anda bercadang untuk sambut tahun baru 2012? (jika ada)
b) Apakah azam anda tahun hadapan 2012

3. Bila selesai tinggalkan link entry anda di sini...

Haaa itulah dia.. Teringin jugak nak tengok gambar gambar anda pada tahun lepas dan tahun ini.. Dan nak juga tahun apakah azam anda pada tahun lepas tahun ini dan tahun hadapan.. Part yang "jika ada" tu jika ada gambar atau jawapan taruk le.. Kalau takde abaikan hehe.. Tarikh tutup malam ini 12 tgh malam =)

Mak Dara @ Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS)


As Salam wahai teman.. Hari ni Mak Dara nak habaq mai cerita ceritu mengenai acara Nuffnang Asia Pacific Blog Awards 2011 (NAPBAS) yang Mak hadiri pada 16hb Disember yang lepas.. Syukur alhamdullilah walaupun mendapat satu jemputan dan tak berteman namun mak gagahi juga kesana seorang diri.. Siap naik shuttle bas yang  Nuffnang  sediakan lagi dari zouk ke Hotel Marriot Putrajaya. Dalam satu bas yang besar tu cuma 4 orang blogger aje termasuk mak yang naik.. Perghh terasa sungguh VVIP hehe.. Bertolak dari sana dan tiba ke hotel dalam pukul 4 petang lebih.. Memang agak azab menunggu acara yang bakal bermula pukul 8 malam tu.. Nasib baik lah makin lama makin ramai blogger yang datang dan bertegur sapa.. Ok lah dah jadi karangan bahasa malaysia untuk final exam le pulak panjangnye kan.. Ok lets the gambor tell all the story mory k... Layanzzzzzzz

4 dara pingitan.. Errr minus 1 mak dara ye hehe (blogger yg menaiki shuttle bus nuffnang)

sesi pendaftaran

Mak Dara dan Zoe




Cik Epal



Ibu Nanirostam (Ibu Hanis Zulaikha)




XiaXue



Acara bermula


Acara berakhir

time bayar parking sempat bertemu dgn blogger reeneeraaid

Pendek cerita.. Mak Dara dapat bertemu dengan ramai kenalan blogger yang hebak hebak.. Dan malam tu memang AWESOME!!!! Nasib baiklah mak pergi juga ke sana walaupun dalam hati 70% dok memujuk suruh batalkan niat tu hehe.. Kepada semua teman teman blogger yang hadir dan bertemu pada malam tu nice meeting u guys!!! Tinggalkanlah link anda di sini ye supaya Mak boleh menjejak kasih hehe..

To Nuffnang tks for the invitation.. Can't wait to attent your next event!! sekian...


Sunday, December 18, 2011

Filem SONGLAP.. OK ke?



As Salam semua teman... Sejak dua menjak ni Mak Dara dah kena "Demam Panggung".. Demam sakan tengok filem di panggung wayang.. Kalau boleh hari hari nak layan filem filem terbaru...

Terbaru dan terpanas di panggung buat masa ni rasanya Filem Songlap.. Dari trailer filem ni macam menarik tertarik kau memang the bom je kan...


"PERTAMA KALI KE DIK? NAK TENGOK AJE PON BOLEH..." Oh Mak Gayah!!! Tak tahan dengar dialog tu hahahaha


Tapi apa apapun macam selalulah.. Sebelum pergi terjah ke panggung Mak Dara selalu baca review kengkawan blogger dan tanya orang dulu.. Rasa rasa Kak Bedah.. Mak Jah semualah.. Filem SONGLAP.. OK tak? Ceciter ceciter... Kalau ok Mak plan nak terjah TGV Wangsa Walk esok..

Pada teman teman yang ada buat review pasal filem ni kasi tinggalkan link ye.. 


Lelaki Berdarah Di Pantai Irama Kelantan

Oh Mak Gayahhhh... Gamat jugak di Pantai Irama Kelantan dengan terdamparnya seorang lelaki yang berdarah...


Ohhh jangan telefon 999 dulu ya.. Ini adalah salah satu babak dalam drama terbaru Mak Dara iaitu Drama bersiri 13 episod bertajuk MAK YONG.. Skrip drama ni Mak Dara tulis bersama adik Mak Adza Emie.. Drama ini merupakan skrip drama ke 61 Mak hehehe..



Yang baju putih ni tuan directornya Hazreen Hakim

Penggambaran drama Mak Yong masih lagi berlangsung di sekitar Kelantan.. Orang orang kelantan yang ternampak shooting shooting di kawasan anda tu drama Mak Yong le tu ye hehehe.. Semoga perjalanan drama ini berjalan dengan lancar hingga ke akhir mudah mudahan.. Kalau tak silap Mak drama ni akan disiarkan di RTM awal tahun depan.. tungguuuuu ye..



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK