Tuesday, January 3, 2012

Segmen YY | Mengapa saya Berblogging

Assallammualaikum.. Yeayy Mak Dara telah ditag oleh teman mak iaitu Yana Yassin untuk menyertai segmen beliau iaitu segmen Segmen YY | Mengapa saya Berblogging


Kenapa Mak Dara nak Berblog? hmm satu soalan yang sungguh best.. sebenarnya Mak Dara memang gila menulis. Mak Dara dapat tahu yang Mak Dara berbakat dalam bidang penulisan semasa mak dara sekolah rendah lagi. Bila cikgu Bahasa Malaysia Mak Dara minta Mak Dara dan satu kelas buat karangan dengan ayat bermula dari... Suatu hari ketika dalam perjalanan pulang dari sekolah, saya telah... semua rakan sekelas Mak Dara tulis kena kejar anjing lah.. tersesatlah dan macam macam cerita yg "cliche" .. tapi mak dara tulis bagaimana Mak dara telah diculik oleh sekumpulan penculik dan menceritakan pengalaman menjadi tebusan dan bagaimana akhirnya diselamatkan dan malangnya kerana ayah terkorban dalam adengan tembak menembak antara polis dan penculik. hahaha cikgu puji meleleh leleh membuatkan Mak Dara kembang semangkok.

Bila dah besar Mak Dara bertemu suami , Martias Ali seorang Penulis Skrip drama yang amat berbakat. Setelah berkahwin akhirnya Mak Dara terus ikut jejak langkah suami dan turut jadi penulis skrip drama dan filem. Setelah 16 tahun Mak Dara terlibat dalam dunia penulisan kini hampir 62 buah skrip drama dan telah ditayangkan di TV.

Menulis skrip selalunya Mak Dara terpaksa ikut jalan cerita pihak producer. Tapi banyak yang tersurat dan tersirat yang tak dapat Mak Dara luahkan. Cari punya cari punya cari akhirnya Mak Dara dapat jawapannya.. BLOG!!

Mak Dara telah mula berBLOG dari tahun 2006 lagi. Blog pertama Mak Dara iaitu mengenai band mak dara iaitu D'ADZA. Blog kedua mengenai semua skrip skrip yang pernah Mak Dara hasilkan. Tapi kedua duanya macam terlalu formal dan Mak Dara masih tak dapat meluahkan apa yang selalu bermain di kotak fikiran Mak Dara. Maka hari ni Mak Dara ambik keputusan untuk buat BLOG baru dan nak tulis apa saja yang bermain di kepala ni tanpa ada batasan..Semoga anda enjoy membaca BICARA MAK DARA..

Mak Dara nak tag Deqnoor dan Aku Fiza

Klik di SINI untuk menyertai segmen ini..


Siapakah Gerangan Blogger Itu

Ohhhh berdebar Mak Dara menantikan siapakah gerangannya Blogger yang bakal menjadi Ahli Mesyuarat Tingkap Mak Dara yang ke 2000 tu ye... Sekarang dah 1998 hehe.. Errr itu pun kalau  tiada yang unfollow blog meroyan mak ni la hahaha


Memang antara azam tahun baru 2012 untuk mak tu kalau boleh nak ahli mesyuarat tingkap mak genap 2K sebelum ulang tahun pertama blog ini pada 17hb Januari depan.. Waduh pejam celik pejam celik dah hampir setahun Mak berblogging.. Kalau benda yang kita suka memang tak terasa masa berlalunya kan..

Ohhhhhh adakah yang sudi menjadi ahli mesyuarat tingkap mak yang ke 2000 ek huhuhu nebesss mak hehehe



Monday, January 2, 2012

Dari Karya Mak Dara

As Salam dan Selamat tahun baru kepada semua teman.. Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu bahawa pekerjaan Mak Dara sebenarnya ialah seorang penulis skrip drama.. Mak Dara dah berkecimpung dalam dunia penulisan hampir 16 tahun dan telah menghasilkan drama sebanyak 62 buah. Hampir setengah dari 62 drama drama itu Mak Dara tuliskan bersama team panel skrip mak iaitu terdiri dari somi mak Martias Ali, adik Mak Adza Emie dan teman Mak Fairuz Kenchana..

Dan bermula dari hari ini mak merancang untuk sharekan setiap drama hasil karya mak tu kepada semua.. Mak akan sharekan gambar dan sinopsis setiap drama hasil karya mak satu pada setiap hari.. Dan mak akan masukkan dalam entry DARI KARYA MAK DARA.. Fuhh boleh pegi 2 bulan jugak le ni ye hehe.. Harap harap tak ada yang muntah pink membacanya nanti ye hehe



this is my card


Dibawah adalah show reel kesemua drama drama yang telah mak dan team mak hasilkan.. 




Mak akan mulakan entry DARI KARYA MAK DARA dengan skrip yang pertama tama sekali mak tulis iaitu drama yang berjudul FAIL 578 yang telah ditulis pada 1996 sebentar lagi.. Tungguuuuu.....


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK