Thursday, January 12, 2012

Dari Karya Mak Dara - BLUES UNTUK JONET

Skrip ke lima yang Mak Dara telah tulis merupakan sebuah skrip drama komedi bertajuk BLUES UNTUK JONET.. Mak Dara menulis skrip ini bersama sama somi Mak Dara Martias Ali..


Drama ini telah dutayangkan di RTM pada awal tahun 2000 dulu.. Sebelas tahun yang lalu.. Perghhhh lama betul kan... Kalau tak silap Mak Dara.. Heroin drama ini ialah Nor Khiriah dan ini merupakan drama pertama beliau sebagai heroin.



LELAKI XY

As salam.. Beberapa hari yang lepas somi Mak Dara iaitu Martias Ali telah pun memenuhi jemputan wartawan dari suratkhabar Berita Harian untuk mengadakan photoshoot di sekitar Kuala Lumpur untuk sebuah ruangan kolum yang terdapat dalam berita harian iaitu ruangan LELAKI XY..

ruangan LELAKI XY keluaran lalu

Maka somi mak pun menjalani sesi phtografi itu di lokasinya bertempat di dewan bandaraya kuala lumpur. Meh Mak share gambar gambarnya ya..

somi mak tengah posing sambil wartawan ambil pic nye hehe



mak suka gambor ni hehe

somi mak dan wartawan2 dari Berita Harian

Setelah selesai photoshoot di luar bangunan Dewan Bandaraya KL tu mereka terus ke sesi temuramah kali ni indoor dewan bandaraya tu..



Mereka temuramah somi mak mengenai Kuala Lumpur Short Film Festival yang dianjurkan oleh somi mak yang akan berlangsung pada 30hbJan hingga 1 hb feb nanti.. Di dalam dewan inilah bakal berlangsungnya festival filem ni..  Nanti mak nak jemput ramaiiiiiiiiiiiiii blogger ke festival ni.. Dan kami juga nak mencari ramaiiii sukarelawan kalau ada yang sudi jadi volunteer tu bagitau kat mak ye.. 
Kata wartawan artikel mengenai somi mak ni akan keluar minggu depan.. Ohhh terujaaa mak hehehe.. To my somi.. sooo proud of you yanggg... =)


Jodoh Telah Ditentukan Allah swt Sewaktu Kita 4 Bulan Dalam Kandungan


Semasa proses janin ditiupkan roh pada minggu ke 16 (4 BULAN) ketika itu Allah telah tentukan empat perkara iaitu:

1.Umur/usia kita semasa hidup di dunia
2.Rezki kita semasa di dunia
3..Amalan kita yang kita lakukan dan kumpulkan semasa di dunia.
4.Arah dan hala tujuan kita selepas kematian.

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri.

Jadi pada yang belum bertemu jodoh itu bersabarlah.. Sudah tertulis untuk anda bertemunya jua nanti insyaallah...


Wednesday, January 11, 2012

Persamaan Dato Siti Nurhaliza dan Isabella

Satu Malaya pasti kenal dengan Dato Siti Nurhaliza kan.. Tapi siapa pula Isabella.. Dan apa pula persamaan antara mereka...


Dato Siti Nurhaliza                                     Isabella

Ok jangan biarkan diri anda diselubungi misteri lagi ye.. Isabella tu anak bongsu Mak Dara.. Wahhh ada hati Mak Dara nak samakan anak mak dara dengan penyanyi nombor satu Malaya tu ye.. kata kau bedah.. Hahaha bukan nak perasan tapi memang ada persamaan antara mereka tapi di mana.. Wajah jauh sekali le nak sama.. Senyuman lagi le tak sama sebab gigi si Bella banyak yang rosak haha...Sudah pasti le bukan umur yang menjadi persamaan antara sebab anak mak tu baru cukup 5 tahun.. under age lagi.. tapi persamaan antara mereka ialah..... Tarikh lahir mereka...Ya kedua dua mereka lahir pada 11hb Januari!!!


SELAMAT HARIJADI BUAT
DATO SITI NURHALIZA
&
ISABELLA!!!!!!!


WAKTU TAUBAT TIDAK LAGI DITERIMA ALLAH S.W.T

As salam kepada semua teman.. Sebentar tadi Mak Dara baru aje terima email dari teman mak.. Dan Mak Dara rasa molek dan ingin sekali mak kongsikan untuk renungan kita bersama... Email itu adalah mengenai Waktu Taubat Tidak Lagi Diterima Allah swt.. Teringat kembali sebuah drama bersiri yang Mak tulis dua tahun lepas yang bertajuk PINTU TAUBAT.. Ok mari Mak dara sharekan isi email tersebut ya...

drama hasil skrip Mak Dara

WAKTU TAUBAT TIDAK LAGI DITERIMA ALLAH S.W.T . Apabila seseorang hamba bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan beserta dengan hati yang ikhlas, sudah pasti Allah akan menerima taubat hamba-Nya. Tetapi terdapat beberapa keadaan dan masa tertentu yang mana pada ketika itu, taubat seseorang hamba TIDAK AKAN diterima oleh Allah S.W.T.Ingatlah akan pesanan Allah S.W.T. dalam Al-Quran agar kita segera bertaubat sebelum tiba masa dan keadaan di mana taubat tidak lagi diterima.

Seperti firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

1. NAZAK
Manusia sememangnya sentiasa lalai. Lebih-lebih lagi apabila banyak nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka. Kelalaian inilah yang membawa manusia kepada azab Allah S.W.T. yang amat pedih di akhirat nanti kecuali pada mereka yang sedar akan nikmat Allah S.W.T. Mereka sentiasa bersyukur tidak kira masa senang mahupun waktu susah, waktu sihat mahupun waktu sakit.Tetapi ramai manusia yang akan mengingati Allah S.W.T. apabila datangnya sakit. Pada saat dan ketika inilah mereka akan ingatkan Allah S.W.T. Pada saat inilah mereka akan bertaubat, akan meninggalkan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan dan apabila mereka sihat semula, mereka lupa akan janji mereka semasa sakit.Ingatlah Allah S.W.T. tidak akan menerima taubat hamba-Nya apabila roh sudah sampai ke kerongkong atau dalam keadaan nazak. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesunggunya Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.”

2. TERANCAM NYAWA
Manusia yang telah berada dalam bahaya dan dirasakan akan mati, dan pada ketika itu, mereka bertaubat kepada Allah, maka Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nissa ayat 18, maksudnya:
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini.” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

3. HAMPIR KIAMAT
Apabila Kiamat bakal menjelma, Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya. Antara tanda Kiamat Kubra adalah apabila matahari terbit dari arah tempat terbenamnya ia, iaitu barat. Dan apabila matahari terbit dari barat, ketika itulah Kiamat menjelma dan ketika itu jugalah taubat hamba-Nya tidak diterima oleh Allah S.W.T.

Jadi renung renungkan bersama ya... Jika anda juga nak sharekan entry ni just copy dan paste ye.. Benda ilmu ni harus dikongsi ye tak...


Khas Buatmu Adza Isabella


Tepat jam 12 tengah malam tadi iaitu 11hb Januari 2012 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 5 tahun!!! Sekejap aje masa berlalu.. Rasanya macam baru semalam aje Mak Dara melahirkannya dan hari ini Bella dah pun 5 tahun dan dah mula bersekolah...

Namun dek kerana Bella sekolah pagi jadinya dia dah pun tidur awal... Tak macam tahun tahun sebelumnya dimana time time macam begini kompom dia tengah sakan main dan tengok tv hehe.. 

Birthday girl sedang nyenyak tidur....

Tapi tidur ke tak.. Mak tetap pegi bisik dan nyanyikan lagu birthday buat bella tadi.. Entah entah tengah mimpi makan kek kot hehe..  HAPPY BIRTHDAAYYYY BELLAAAA.. Mama luvssss you so muchhhhh Babyyyyyyy... Esok kita celebrate birtday Bella ok.... 


Tuesday, January 10, 2012

Dari Karya Mak Dara - KERANA RAMLI


SKRIP Keempat yang telah Mak Dara tulis ialah sebuah drama bertajuk KERANA RAMLI. Drama ini dilakonkan oleh Allahyarham Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar dan Hamid Gurkha . 
Drama ini telah keudara di RTM pada awal tahun 1997
.


SKRIP KEEMPAT
Tajuk Skrip: KERANA RAMLI
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
Lakonan: Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar, Hamid Gurkha dll


Drama "KERANA RAMLI" berkisahkan tentang Ramli seorang jutawan yang diberitahu mempunyai penyakit kronik dan mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup telah berkecil hati dengan anak anaknya kerana mendesaknya untuk memasukkan nama mereka dalam wasiatnya namun tidak seorang pun yang berbincang untuk menjaganya di saat saat akhirnya itu. Kelakuan anak anaknya seperti tidak sabar saat kematiannya. Ini membuatkan Ramli melarikan diri dan akhirnya dia memasukkan dirinya sendiri di sebuah rumah orang orang tua yang sangat terpencil.

Disana dia berkenalan dengan Ajis dan Din. Dia merasa gembira dengan persahabatan yang terjalin di antara mereka. Ramli sedih mendengar cerita Ajis dan Din yang senasib dengannya. Anak anak mereka tidak mahu menjaga mereka setelah mereka tua. 

Akhirnya anak anak Ramli dapat menghidu dimana kedudukan Ramli dan mereka terus menyerbunya disana. Ramli enggan dibawa balik kerana dia tahu anak anaknya pasti akan memaksanya menyerahkan harta hartanya kepada mereka. Di dalam pergaduhan itu Ramli menyatakan bahawa ia telah pun membuat surat wasiat dan meminta anak anaknya supaya tidak mengganggunya lagi. Anak anaknya gembira dan terus meninggalkannya di situ. Ajis dan din sedih melihat kejadian itu mereka cuba menenangkan Ramli namun kerana terlalu sedih dan sakit yang makin bertambah teruk akhirnya Ramli meninggal dunia. Pihak rumah orang tua tua yang menjalankan pengkebumian itu dan pada masa yang sama anak anaknya pergi menemui peguam ayahnya itu. Mereka terkejut apabila ayahnya menyerahkan semua harta hartanya kepada Ajis dan Din.

Ajis dan Din juga terkejut dengan pemberian itu. Berita itu tersebar luar sehingga diketahui oleh anak anak Ajis dan Din yang kini kembali mahu menjaga mereka semula. namun Ajis dan Din tahu bahawa anak anak mereka hanya mahu mengejar harta mereka sahaja.

Anak anak Ramli akhirnya menjadi bankrup dan jatuh miskin ini kerana semua harta mereka kini menjadi milik Ajid dan Din.. Dengan kebijaksanaan Ajis dan Din mereka berjaya menyedarkan anak anak mereka dan juga anak anak allahyarham Ramli bahawa wang bukanlah segala galanya. Dan kesemua mereka insaf. 

Akhirnya setelah percaya kepada anak anak mereka dan juga anak anak Ramli, Ajis dan Din memberikan harta harta itu kepada anak anak Ramli dan kembali semula di rumah orang tua tua.. Ini kerana Ajis dan Ramli lebih selesa berada di sana bersama teman teman mereka yang lain. Kesemua mendapat pengajaran masing masing dan semua ini adalah KERANA RAMLI.


Punca Kurang Rezeki

As salam kepada semua teman.. Sebentar tadi Mak Dara baru aje terima email dari teman mak.. Dan Mak Dara rasa molek dan ingin sekali mak kongsikan untuk renungan kita bersama... 

pic by google

Punca Kurang Rezeki:



1. Tidak mengingati Allah swt

2. Meninggalkan solat 5 waktu

3. Enggan membayar zakat

4. Derhaka kepada ibu-bapa

5. Mengelak melangsaikan hutang (jika berhutang)

6. Banyak dosa besar

7. Makan harta riba

8. Makan harta anak-yatim

9. Suka berbohong/ menipu

10. Terlibat dgn rasuah (memberi atau menerima)

11. membiarkan ahli keluarga derhaka

12. Cuai ketika membuang air kecil (ini beliau khususkan jika orang lelaki – jangan membuang air kecil sambil berdiri: mengikut kajian sains, kencing berdiri akan menyebabkan pelupa, sakit batu karang, etc…

13. Sorok . kedekut ilmu (iaitu orang yg berilmu tapi tidak mahu berkongsi/mengajar orang lain)

14. Suka mengadu-domba

15. Suka menabur fitnah

Petua Menambah Rezeki:

1. Patuh perintah Allah & banyakan berdo’a

2. Banyakkan bermunajat kepada Allah – di waktu malam

3. Taat/patuh kpd orang tua

4. Banyakkan membaca Al-Qur’an setiap hari (Imam Al-Ghazali ada menyebut 4 perkara : solat, berdoa dan zikir, membaca Al-Qur’an dan bertafakur mengingati Allah)

5. Selalu lakukan solat Taubah dan istighfar tiap2 malam (dengan bertaubat hati akan menjadi bersih, hati yang bersih akan menarik rezeki)

6. Melakukan Solat sunat Isra’ dan solat sunat Dhuha (pintu rezeki terbuka – masalah selesai – hati menjadi lapang)

7. Tawakkal kepada Allah

8. Banyak bersedekah dengan ikhlas

9. Menolong orang miskin / anak yatim / dan mereka yang menyambung pelajaran

10. memberi makan kpd binatang dengan ikhlas

11. Menunaikan haji dan umrah

12. Membentuk silaturrahim

13. Berumahtangga (bagi yg belum)

14. Berhijrah ke Jalan Allah

15. Amalkan doa-doa utk murah rezeki (Al-Ikhlas, Al-Waqiah, Al-Kauthsar, Al-Fatihah, doa dlm AL-Mathurat…



Jika anda juga nak sharekan entry ni just copy dan paste ye.. 
Benda ilmu ini harus dikongsi ye tak.. 


BEN ASHAARI : PESAN DIA , IBUKU ..


Dah lama Mak Dara tak join segmen Adik Ben ni.. Mungkin dek kerana agak sibuk kebelakangan ni dengan persekolahan keempat empat anak Mak Dara.. Namun malam ni mak tak nak lepaskan peluang untuk turut serta dalam segmen PESAN DIA IBUKU..


Hari ini di rumah keadaan agak suram.. Mungkin kerana hari ini merupakan hari ulangtahun arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah Adza Suzyriani... Sekiranya arwah masih ada umurnya genaplah 34 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah mempunyai anak anak......

Sebentar tadi sebelum Mak Dara pulang ke rumah kata kata terakhir yang Ibu ucapkan pada mak ialah.. Jangan lupa hujung minggu ni panggil semua balik kita buat kenduri arwah untuk Gee (panggilan kepada arwah adik mak dara).. Selama 18 tahun arwah adik mak meninggalkan kami selama itu jugalah setiap ulang tahun kelahirannya pasti Ibu Mak dara akan pasti membuat kenduri arwah untuk arwah.. Walaupun kecil.. walaupun hanya menghantar pisang ke rumah jiran atau surau namun Ibu mak dara akan pastikan walau sekecil mana pun namun niat untuk mengadakan kenduri untuk allahyarham pasti mahu dilakukannya...


Adik Mak Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu. Maka kena buat few major operation dan dalam salah satu ketika operation tu arwah boleh sedar masa doctor sedang tanam kulit dari peha kiri ke peha kanan dia.. Doktor lalai tak kasi ubat bius yang cukup.. Disebabkan panik maka Doktor tu beri ubat bius secara over dose sehingga menyebabkan otak arwah kembang dan pemikiran dia menjadi tidak ubah seperti bayi sampai lah ke akhir hayatnya..  .Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 10hb April 1994 pada umurnya 16 tahun kerana demam panas... Walaupun sudah 18 tahun berlalu namun serasa seperti kami baru sahaja kehilangannya..

Ibu mak dara di pusara allahyarhamah Adza Suzyriani

Sebalik balik aje ke rumah mak dara terus telefon adik beradik dan beritahu pesan Ibu mak dara tu dan seperti setiap tahun kami pasti akan berkumpul untuk adakan kenduri untuk arwah.. Insyaallah Ibu tahun ini kami akan buat seperti tahun tahun yang lalu.. Semoga arwah Gee tenang disana dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman amin...


Monday, January 9, 2012

Kisah Somi Mak Dara dan LELAKI XY

Mak Dara & somi Martias Ali

Tentu ada yang tertanya tanya apakah kaitannya Somi Mak Dara Martias Ali dan LELAKI XY? Sebenarnya somi mak dara telah dijemput oleh wartawan suratkhabar Berita Harian untuk dimasukkan artikel mengenainya di ruangan LELAKI XY untuk surat khabar itu... Terkejut juga somi dan mak mendengar jemputan itu yelah selama ni asyik baca aje ruangan tu tak terlintas pula somi mak akan dimasukkan ke dalam ruangan tu..

ruangan LELAKI XY keluaran lalu

Mak Dara akan temankannya ke sesi photoshoot tu pada pukul 12 tengahari esok dan mak baru aje siapkan pakaiannya untuk ke sesi fotografi tu.. Mak tengok somi mak relax aje tapi mak pulak yang nebes hahaha... 

Mak tanya somi kenapa tak nampak nervous pun dia cakap sekarang belum lah hehehe.. Mungkin perasaannya tatkala ini sama seperti perasaan mak masa mak berphotoshoot untuk Majalah Nona pada bulan 11 tahun lepas kot.. malam semua boleh nyenyak lena tapi bila jejak aje kaki ke lokasi photoshoot mula lutut terketar ketar hahahaha..


Harap Harap semuanya akan berjalan lancar esok... amin.... Kepada somi mak.. soooooo proud of you sayang.. =)


Al Fatihah buat arwah adikku Adza Suzyriani

Dari pagi hingga kini.. Berkali kali Mak Dara cuba untuk menulis entry ini namun berkali kali juga ia terhenti henti... Terlalu berat untuk disampaikan terlalu sebak untuk mak luahkannya... Sebenarnya.... Hari ini tanggal 9hb Januari 2012 merupakan hari ulangtahun kelahiran arwah adik Mak Dara iaitu Allahyarhamah Adza Suziriani.. 

dari atas kiri- Adza Irdawati(mak dara), Adza Nasyaemie, Allahyarhamah Adza Suziriani,
Adza Adzriyati dan Adza Edie Izwan
hadapan - Adza Rinawati dan Adza Tutyrianti

Sekiranya arwah masih hidup umurnya genaplah 34 tahun hari ini.. Mungkin sekiranya dia masih hidup dia mungkin telah bekerja.. berumahtangga atau mungkin juga telah mempunyai anak anak......

Adik Mak Dara ni sebenarnya dilahirkan normal tapi satu insiden masa umurnya 4 tahun bila meja dapur patah dan air panas yang ada atas tu jatuh dan terkena pada arwah yang ada di dapur saat tu . Air panas tu terkena ke seluruh peha kirinya dan hampir semua kulit kulit luruh ke lantai. Tak dapat mak kenangkan kembali jeritan kesakitan yang ditanggung arwah pada saat itu.

Arwah terus dibawa ke hospital. Beberapa siri pembedahan harus dilakukan untuk menyelamatkan kakinya itu. Tapi di satu sesi pembedahan dimana doktor membuat pembedahan menanam kulit peha kanan ke peha kiri tiba tiba arwah terjaga.. sebab kelalaian doktor tak berikan ubat bius yang secukupnya.. Arwah menjerit sampai ke luar bilik pembedahan then doktor panik dan berikan dia suntikan ubat bius tapi amat berlebihan sampai otak arwah kembang. Selepas dari operation itu otak arwah develop slowwwwly walaupun masa tu umur dia 4 tahun tapi pemikirannya seperti bayi.. Ramai orang kampung dan jiran jiran kata arwah terencat akal sedih kami sekeluarga dibuatnya.. Kami dah buat macam macam untuk saman hospital dan doktor tu . Doktotr itu merupakan doktor dari India dan tidak lama selepas itu dia terus pulang ke India. Pada zaman tu ahak sukar untuk memanggil kembali doktor itu untuk pulang ke Malaysia . Peguam kata susah untuk teruskan kes jika nak teruskan juga kena gunakan banyak wang sebab dah membabitkan negara.. Kami yang tak berapa tahu akan hal undang undang pun terkejut dengan kata kata lawyer tu.. tahun 1970an time tu pun family memang hidup susah maka proses tu terbiar begitu saja.. Kami bukanlah hadapkan wang cuma kami mahu nasib arwah terbela dan kami mahu pihak hospital bertanggung jawab akan kelalaian pekerja mereka dan kami mengharapkan semoga mereka memberi rawatan yang sepatutnya kepada arwah namun semuanya hampa... Arwah menderita sejak dari itu.. Dia tidak seperti dahulu.. walaupun pada usianya telah meningkat ke 14, 15.. 16 tahun namun dia masih seperti bayi.. Memang tak tertanggung penderitaannya itu...

Pelbagai cara telah kami lakukan untuk perubatan arwah namun....Allahyarhamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada petang 10hb April 1994 pada umurnya 16 tahun kerana demam panas... Arwah telah dikebumikan di tanah perkuburan melayu Guar Lobak Lunas Kedah...Walaupun arwah telah meninggalkan kami 18 tahun yang lalu namun tidak sekali kali setiap ahli keluarga pernah dan akan melupakannya..

Gee reallyyyyyyy miss your voice.. your laugh.. your everything.. miss to be around you.. missssssss everything about you... But I know.. Tuhan lebih sayangkan Gee.. Semoga aman disisiNya...

Ibu mak dara di pusara allahyarhamah Adza Suzyriani



Adza Suzyriani 9hb Jan 1977 - 10hb April 1994

Jariku tak dapat terus menari bagi menulis mengenaimu
Mataku cuba untuk menahan takungan airnya tatkala menatap gambarmu
Otakku tidak dapat terhenti dari mengingati kenangan bersamamu
Hatiku tidak dapat menahan perasaan rinduku padamu
sebak hatiku terkenangkanmu

Tiada lagi derita buatmu
Tiada lagi kesakitan buatmu
Tenang lah kau di sana
Amanlah kau di sisiNya
Ketahuilah bahawa kami terlalu cintakanmu
namun tuhan lebih sayangkanmu
Alfatihah buatmu 
wahai adikku.....


Somi Mak Martias Ali @ TV AL HIJRAH

Semalam Mak Dara temankan somi mak ke stesen TV AL HIJRAH di KL. Suami Mak Dara menjadi tetamu jemputan dalam sebuah rancangan ASSALAMMUALAIKUM yang telah keudara secara langsung semalam pada pukul 9 hingga 11 pagi kelmarin. Rancangan ini dihoskan oleh Irma Hasmi dan Amin.. Dan topik yang dibincangkan oleh mereka ialah Filem Pendek.. Moh mak share gambar gambar di sekitar siaran itu berlangsung ye. Tapi kualiti gambar kurengg sikit sebab mak tangkap pakai handphone je semalam hehe..

sedang diinterview


Abang abang kamera man

comersial break utk 2minit

touch up dulu nasib baik tak kasi somi mak pakai liptik hehehe



dah selesaiiiiiii legaaaaaaaa hehehe

beginilah rupanya pejabat AL Hijrah.. memang cunnn

Syukur alhamdullilah semuanya berjalan dengan lancar dan setelah semuanya selesai kami pun pulang.. Itulah kisahnye hehe..


Sunday, January 8, 2012

Somi Mak Dara Martias Ali Di TV AL HIJRAH Pagi Ini..

Assalam.. Tatkala anda membaca entry ini.. Mak Dara mungkin sudah dalam perjalanan ke Studio TV Al Hijrah. Mak Dara kesana kerana menemani somi Mak Dara yang dijemput menjadi tetamu undangan dalam rancangan ASSALAMMUALAIKUM yang akan bersiaran langsung pada pukul 9 pagi hingga pukul 11 pagi ini 8hb Jan 2012..

Martias Ali, Somi Mak Dara semasa diinterview oleh wartawan Astro Awani dulu


Pada teman teman yang tengah free free tu moh le nengok rancangan Assalammualaikum ini ramai ramai ye..

Klik pada logo TVALHIJRAH  untuk mula menonton.


Saturday, January 7, 2012

Selamat Ulangtahun Ke-5 Buat Budiey.com

Selamat Ulangtahun Ke-5 Buat Budiey.comhttp://www.budiey.com/ yang jatuh pada hari ini, 7 Jan 2012. 


Dengar khabarnya Budiey akan membuat Party Ulangtahun Budiey.com ke 5 di di Zouk Kuala Lumpur pada 21hb Januari nanti. Dan Banyak hadiah untuk korang Budiey akan berikan termasuklah iPad2 utk hadiah utama cabutan bertuah. Waduhhhhhhhhhhh nakkkk pergiiiiiiii hehehehehehe...

 
Mak Dara & Budiey di FFM 24 yang lalu =)

Mak Dara doakan semoga blog budiey bertambah tambah meletops dan terus menjadi blog paling sensasi di Malaysia... Dan semoga party ulangtahun di Zouk Kl nanti akan berlamgsung dengan jayanya ya amin... Tak sabar Mak pulak nak sambut ulang tahun blog mak yang pertama pada 17hb januari ini hehehe...

Selamat Ulangtahun Ke-5
Budiey.com !!


Dosa gugur bila suami-isteri bersalaman

Mak Dara terima email dari teman mak mengenai Dosa gugur bila suami-isteri bersalaman.. Sesuatu yang amat menarik untuk dikongsi bersama anda.. Jom baca dan renungkan bersama...

Dosa gugur bila suami-isteri bersalaman:



Dosa gugur apabila suami, isteri bersalam RASULULLAH saw bersabda, yang bermaksud: “Seorang isteri yang bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya.”


Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya kerana senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan yang sebenarnya dikehendaki suami ketika pulang dalam keletihan.

Muka yang masam bukan saja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah turut murka dan kemurkaan Allah itu berkekalan hingga isteri berjaya mengembalikan suasana gembira serta memohon keampunan daripada suami.

Sesungguhnya keredaan Allah terletak pada keredaan suami. Justeru, apabila suami pulang segeralah bukakan pintu, persilakan masuk dengan penuh hormat dan ciumlah tangan suami sebagai tanda hormat serta meminta maaf,walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu.

Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari celah-celah jari mereka berdua.

Andai mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya kerana kelaziman akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua.

Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna layanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga.

Oleh itu wahai isteri, hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertakwa, berakhlak mulia dan taat kepada suami.

Rasulullah bersabda, yang bermaksud: “Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung- burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya.”

Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas, maka banyakkan mencari keredhaan Allah melalui keredhaan suami.



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK