Sunday, January 15, 2012

Dari Hati Wardina Safiyyah

Wahhhh Mak Dara baru tahu mengenai blog Wardina Safiyyah... Baru je tahu kejap tadi.. lambat betul mak ni kan hehehe.. Wardina seorang selebriti terkenal Malaysia yang mempunyai pengaruh serta peminat dari pebagai lapisan masyarakat khususnya remaja, wanita dan kanak-kanak. Wardina mahu berkongsi bersama rakan-rakannya lebih dari apa yang mereka lihat di kaca TV. Luahan hati melalui tulisan mengenai pelbagai isu juga aktiviti serta vlog dan gambar terkini dikongsi bersama. Kisah hidup suka dan duka, tangis dan tawa dilalui oleh semua manusia. Kekuatan harus dicari dari dalam diri untuk memperbaiki diri.




Bermacam macam topik terdapat dalam blog Wardina termasuk juga Vlog olehnya.. Memang bestttt sangat blog beliau.. Jadi jom le terjah ke sanaaaaaaa http://www.wardinasafiyyah.com/


Mak Dara Rempit

Adoiii siapalah punya keje pegi search pasal Mak Dara rempit tu di blog mak ni.. Beginilah ghopenye kalau MAK DARA MEREMPIT...

pic oleh nenek google


Hahaha adoiiiii Mak tak merempit wahai dik non.. Kalau mak kaki rempit kompom dah merah merah telinga mak kena piat piat dengan somi mak...Nak bawak motor pun tak tahu inikan nak merempit hahahaha...


Saturday, January 14, 2012

MARTIAS BIKIN FILEM

Bangun pagi aje Mak Dara dikejutkan dengan panggilan telefon dan sms bertalu talu dari teman dan keluarga terdekat.. Kata mereka kirim salam pada LELAKI XY.. Erkkk tanjat jugak Datin Maimon dibuatnya.. siapakah lelaki XY tu.. Baru Mak Dara tahu bahawa artikel mengenai somi Mak Dara iaitu Martias Ali telah keluar di surat khabar BERITA HARIAN di ruangan LELAKI XY.. Apa lagi terus le pegi beli..

Bila buka buka aje surat khabar tu Datin Maimon tanjat lagi.. Kenapa? Yelah sampai dua muka surat besar artikel pasal somi mak dengan tajuk MARTIAS BIKIN FILEM.. Waduhhhh speechlessssss kami dibuatnya....

My Hubby @ Harian Metro 14hb Jan 2012
ms/19 XY ikon lelaki



Artikel ini mengenai somi Mak yang anjurkan sebuah festival filem pendek KLIS yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb depan.. Ia juga menceritakan serba sedikit tentang latar belakang somi mak yang pernah menjual kuih dalam keretapi masa kecilnya.. bagaimana minatnya dalam dunia filem berputik dan bagaimana dia melayari hidup sebagai seorang anak seni... Sesungguhnya bukan mudah untuk berada di dalam bidang yang sungguh mencabar ini dan syukur somi mak dapat bertahan amin...

Terima kasih kepada wartawan Fairuz Zaidan kerana sudi membuat artikel ini dan kepada somi mak tahniah yang so proud of you..


10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T

Mak Dara menerima email dari teman Mak Dara mengenai 10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T dan mara rasa elok dan molek untuk mak sharekan untuk renungan kita bersama ..

solattidakditerimaallah 10 Jenis Solat Yang Tidak Diterima Allah
pic oleh google

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;
"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi penunjuk dan jalan selamat baginya"


Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.


2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.


3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.



4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).


6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.


7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.


8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.


9. Orang-orang yang suka makan riba’.


10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar”



Bersama samalah kita ambil ikhtibar dan memelihara solat kita agar diterima oleh Nya insyaallah... amin....


Friday, January 13, 2012

Suami Atau Isteri Curang? Ini Cara Mengetahuinya..


Time tengah jam nak ke KL semalam mak dara ternampak iklan ni di belakang sebuah teksi.. Menarik.. Jadi Mak terus snap gambornye... Jadi pada yang mengalami masalah pasangan yang selingkuh iaitu suami Atau Isteri Curang? Ini Cara Mengetahuinya.. Haaaa cepat ambik nombor yang tertera kat belakang teksi ni.. Nombor spy hehehe.. Good luck =p


Askar Amerika Kencing Atas Mayat Orang Islam


Terkejut dan geram tatkala Mak Dara membaca surat khabar Harian Metro hari ini tentang perbuatan terkutuk askar Amerika yang kencing ke atas mayat orang islam.. 

Menurut dari sumber harian metro online kejadian itu berlaku di Afghanistan. Tindakan tidak bertamadun tentera laut AS itu terdedah selepas rakaman dimuat naik di laman web YouTube menunjukkan empat askar AS berpakaian celoreng kencing di atas mayat tiga lelaki yang didakwa anggota Taliban. Semasa melakukan perbuatan memalukan itu, seorang daripada tentera dalam video itu dapat didengar mengeluarkan kata-kata “semoga bergembira, kawan” kepada mayat tersebut sementara seorang lagi askar membuat jenaka memualkan mengenai tindakan mereka. Masyaallah...


DOA KE SYURGA

Baru sebentar tadi teman Mak Dara beritahu yang drama hasil skrip Mak iaitu drama DOA KE SYURGA telah ditayangkan di RTM1 pada pukul 10 pagi tadi...


Waduhhhh Mak tak sempat nak tengok drama mak tu dek kerana sibuk dengan beberapa kerja...Di dalam 62 buah drama yang mak hasilkan.. Drama ini yang paling mak sukar untuk menulisnya kerana Mak menulisnya berdasarkan kisah benar perjalanan hidup arwah adik Mak iaitu Allahyarhamah Adza Suzyriani dari saat kelahirannya sehingga saat dia meninggal dunia..  namun lakon layarnya terpaksa ditambah lagi bagi membantu jalan cerita drama ini. 

Para pelakon drama ini ialah Hanis Kamal, Raihan Kamal, Puteri Fatin Nasuha, Esma Daniel dan ramai lagi... 


Sinopsis penuh drama DOA KE SYURGA http://adzairda.blogspot.com/2010/12/doa-ke-syurga.html

Lagi Keganasan Dan Pembunuhan Kejam Di China

Tahun lepas kita dikejutkan dengan pembunuhan kejam seorang pemandu lori yang melanggar kanak kanak berusia dua tahun sehingga mati . Semalam mak dara terlihat sebuah video you tube yang di share oleh teman Mak Dara dimana satu lagi pembunuhan kejam di China.


Memang kejam dan tidak berperikemanusian.. Lelaki itu menarik seorang wanita yang tidak dikenalinya dan kerana wanita itu enggan mengikutnya maka wanita itu telah dipukul dan ditikam berkali kali sehingga mati . Lelaki itu membunuh wanita itu di tempat awam dan terdapat beberapa orang disitu tidak membantu dan hanya melihat pembunuhan kejam itu. Setelah menikam dan membunuh wanita itu lelaki kejam itu memijak mijak mayat wanita yang telah dibunuhnya tanpa belas kasihan.. Masyaallah gramnya melihat video ini... masyaallah...


Thursday, January 12, 2012

Dari Karya Mak Dara - BLUES UNTUK JONET

Skrip ke lima yang Mak Dara telah tulis merupakan sebuah skrip drama komedi bertajuk BLUES UNTUK JONET.. Mak Dara menulis skrip ini bersama sama somi Mak Dara Martias Ali..


Drama ini telah dutayangkan di RTM pada awal tahun 2000 dulu.. Sebelas tahun yang lalu.. Perghhhh lama betul kan... Kalau tak silap Mak Dara.. Heroin drama ini ialah Nor Khiriah dan ini merupakan drama pertama beliau sebagai heroin.



LELAKI XY

As salam.. Beberapa hari yang lepas somi Mak Dara iaitu Martias Ali telah pun memenuhi jemputan wartawan dari suratkhabar Berita Harian untuk mengadakan photoshoot di sekitar Kuala Lumpur untuk sebuah ruangan kolum yang terdapat dalam berita harian iaitu ruangan LELAKI XY..

ruangan LELAKI XY keluaran lalu

Maka somi mak pun menjalani sesi phtografi itu di lokasinya bertempat di dewan bandaraya kuala lumpur. Meh Mak share gambar gambarnya ya..

somi mak tengah posing sambil wartawan ambil pic nye hehe



mak suka gambor ni hehe

somi mak dan wartawan2 dari Berita Harian

Setelah selesai photoshoot di luar bangunan Dewan Bandaraya KL tu mereka terus ke sesi temuramah kali ni indoor dewan bandaraya tu..



Mereka temuramah somi mak mengenai Kuala Lumpur Short Film Festival yang dianjurkan oleh somi mak yang akan berlangsung pada 30hbJan hingga 1 hb feb nanti.. Di dalam dewan inilah bakal berlangsungnya festival filem ni..  Nanti mak nak jemput ramaiiiiiiiiiiiiii blogger ke festival ni.. Dan kami juga nak mencari ramaiiii sukarelawan kalau ada yang sudi jadi volunteer tu bagitau kat mak ye.. 
Kata wartawan artikel mengenai somi mak ni akan keluar minggu depan.. Ohhh terujaaa mak hehehe.. To my somi.. sooo proud of you yanggg... =)


Jodoh Telah Ditentukan Allah swt Sewaktu Kita 4 Bulan Dalam Kandungan


Semasa proses janin ditiupkan roh pada minggu ke 16 (4 BULAN) ketika itu Allah telah tentukan empat perkara iaitu:

1.Umur/usia kita semasa hidup di dunia
2.Rezki kita semasa di dunia
3..Amalan kita yang kita lakukan dan kumpulkan semasa di dunia.
4.Arah dan hala tujuan kita selepas kematian.

Jodoh ditentukan oleh Allah sewaktu kita berumur 4 bulan di dalam kandungan ibu. (Malaikat akan tulis nama kita, rezeki, kerja, kahwin dengan siapa, cerai atau tidak, anak berapa dan semuanya tentang diri.

Jadi pada yang belum bertemu jodoh itu bersabarlah.. Sudah tertulis untuk anda bertemunya jua nanti insyaallah...


Wednesday, January 11, 2012

Persamaan Dato Siti Nurhaliza dan Isabella

Satu Malaya pasti kenal dengan Dato Siti Nurhaliza kan.. Tapi siapa pula Isabella.. Dan apa pula persamaan antara mereka...


Dato Siti Nurhaliza                                     Isabella

Ok jangan biarkan diri anda diselubungi misteri lagi ye.. Isabella tu anak bongsu Mak Dara.. Wahhh ada hati Mak Dara nak samakan anak mak dara dengan penyanyi nombor satu Malaya tu ye.. kata kau bedah.. Hahaha bukan nak perasan tapi memang ada persamaan antara mereka tapi di mana.. Wajah jauh sekali le nak sama.. Senyuman lagi le tak sama sebab gigi si Bella banyak yang rosak haha...Sudah pasti le bukan umur yang menjadi persamaan antara sebab anak mak tu baru cukup 5 tahun.. under age lagi.. tapi persamaan antara mereka ialah..... Tarikh lahir mereka...Ya kedua dua mereka lahir pada 11hb Januari!!!


SELAMAT HARIJADI BUAT
DATO SITI NURHALIZA
&
ISABELLA!!!!!!!


WAKTU TAUBAT TIDAK LAGI DITERIMA ALLAH S.W.T

As salam kepada semua teman.. Sebentar tadi Mak Dara baru aje terima email dari teman mak.. Dan Mak Dara rasa molek dan ingin sekali mak kongsikan untuk renungan kita bersama... Email itu adalah mengenai Waktu Taubat Tidak Lagi Diterima Allah swt.. Teringat kembali sebuah drama bersiri yang Mak tulis dua tahun lepas yang bertajuk PINTU TAUBAT.. Ok mari Mak dara sharekan isi email tersebut ya...

drama hasil skrip Mak Dara

WAKTU TAUBAT TIDAK LAGI DITERIMA ALLAH S.W.T . Apabila seseorang hamba bertaubat kepada Allah S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan beserta dengan hati yang ikhlas, sudah pasti Allah akan menerima taubat hamba-Nya. Tetapi terdapat beberapa keadaan dan masa tertentu yang mana pada ketika itu, taubat seseorang hamba TIDAK AKAN diterima oleh Allah S.W.T.Ingatlah akan pesanan Allah S.W.T. dalam Al-Quran agar kita segera bertaubat sebelum tiba masa dan keadaan di mana taubat tidak lagi diterima.

Seperti firman Allah dalam Surah Az-Zumar ayat 54 yang bermaksud:
“Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepada-Nya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.”

1. NAZAK
Manusia sememangnya sentiasa lalai. Lebih-lebih lagi apabila banyak nikmat yang Allah S.W.T. kurniakan kepada mereka. Kelalaian inilah yang membawa manusia kepada azab Allah S.W.T. yang amat pedih di akhirat nanti kecuali pada mereka yang sedar akan nikmat Allah S.W.T. Mereka sentiasa bersyukur tidak kira masa senang mahupun waktu susah, waktu sihat mahupun waktu sakit.Tetapi ramai manusia yang akan mengingati Allah S.W.T. apabila datangnya sakit. Pada saat dan ketika inilah mereka akan ingatkan Allah S.W.T. Pada saat inilah mereka akan bertaubat, akan meninggalkan segala perbuatan dosa yang telah dilakukan dan apabila mereka sihat semula, mereka lupa akan janji mereka semasa sakit.Ingatlah Allah S.W.T. tidak akan menerima taubat hamba-Nya apabila roh sudah sampai ke kerongkong atau dalam keadaan nazak. Rasulullah S.A.W. bersabda: “Sesunggunya Allah akan menerima taubat seseorang hamba selama belum sampai saat ghargharah.”

2. TERANCAM NYAWA
Manusia yang telah berada dalam bahaya dan dirasakan akan mati, dan pada ketika itu, mereka bertaubat kepada Allah, maka Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya.
Firman Allah S.W.T. dalam Surah An-Nissa ayat 18, maksudnya:
“Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang-orang yang selalu melakukan kejahatan, hingga apabila salah seorang dari mereka hampir mati, berkatalah ia: “Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini.” (sedang taubatnya itu sudah terlambat), dan (demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang-orang yang demikian, Kami telah sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

3. HAMPIR KIAMAT
Apabila Kiamat bakal menjelma, Allah tidak akan menerima taubat hamba-Nya. Antara tanda Kiamat Kubra adalah apabila matahari terbit dari arah tempat terbenamnya ia, iaitu barat. Dan apabila matahari terbit dari barat, ketika itulah Kiamat menjelma dan ketika itu jugalah taubat hamba-Nya tidak diterima oleh Allah S.W.T.

Jadi renung renungkan bersama ya... Jika anda juga nak sharekan entry ni just copy dan paste ye.. Benda ilmu ni harus dikongsi ye tak...


Khas Buatmu Adza Isabella


Tepat jam 12 tengah malam tadi iaitu 11hb Januari 2012 maka genaplah umur anak bongsu Mak Dara iaitu Adza Isabella 5 tahun!!! Sekejap aje masa berlalu.. Rasanya macam baru semalam aje Mak Dara melahirkannya dan hari ini Bella dah pun 5 tahun dan dah mula bersekolah...

Namun dek kerana Bella sekolah pagi jadinya dia dah pun tidur awal... Tak macam tahun tahun sebelumnya dimana time time macam begini kompom dia tengah sakan main dan tengok tv hehe.. 

Birthday girl sedang nyenyak tidur....

Tapi tidur ke tak.. Mak tetap pegi bisik dan nyanyikan lagu birthday buat bella tadi.. Entah entah tengah mimpi makan kek kot hehe..  HAPPY BIRTHDAAYYYY BELLAAAA.. Mama luvssss you so muchhhhh Babyyyyyyy... Esok kita celebrate birtday Bella ok.... 


Tuesday, January 10, 2012

Dari Karya Mak Dara - KERANA RAMLI


SKRIP Keempat yang telah Mak Dara tulis ialah sebuah drama bertajuk KERANA RAMLI. Drama ini dilakonkan oleh Allahyarham Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar dan Hamid Gurkha . 
Drama ini telah keudara di RTM pada awal tahun 1997
.


SKRIP KEEMPAT
Tajuk Skrip: KERANA RAMLI
Skrip Oleh: Adza Irdawati Adenan & Martias Ali
Lakonan: Dato Ahmad Jais, Dato Aziz Satar, Hamid Gurkha dll


Drama "KERANA RAMLI" berkisahkan tentang Ramli seorang jutawan yang diberitahu mempunyai penyakit kronik dan mempunyai beberapa bulan sahaja untuk hidup telah berkecil hati dengan anak anaknya kerana mendesaknya untuk memasukkan nama mereka dalam wasiatnya namun tidak seorang pun yang berbincang untuk menjaganya di saat saat akhirnya itu. Kelakuan anak anaknya seperti tidak sabar saat kematiannya. Ini membuatkan Ramli melarikan diri dan akhirnya dia memasukkan dirinya sendiri di sebuah rumah orang orang tua yang sangat terpencil.

Disana dia berkenalan dengan Ajis dan Din. Dia merasa gembira dengan persahabatan yang terjalin di antara mereka. Ramli sedih mendengar cerita Ajis dan Din yang senasib dengannya. Anak anak mereka tidak mahu menjaga mereka setelah mereka tua. 

Akhirnya anak anak Ramli dapat menghidu dimana kedudukan Ramli dan mereka terus menyerbunya disana. Ramli enggan dibawa balik kerana dia tahu anak anaknya pasti akan memaksanya menyerahkan harta hartanya kepada mereka. Di dalam pergaduhan itu Ramli menyatakan bahawa ia telah pun membuat surat wasiat dan meminta anak anaknya supaya tidak mengganggunya lagi. Anak anaknya gembira dan terus meninggalkannya di situ. Ajis dan din sedih melihat kejadian itu mereka cuba menenangkan Ramli namun kerana terlalu sedih dan sakit yang makin bertambah teruk akhirnya Ramli meninggal dunia. Pihak rumah orang tua tua yang menjalankan pengkebumian itu dan pada masa yang sama anak anaknya pergi menemui peguam ayahnya itu. Mereka terkejut apabila ayahnya menyerahkan semua harta hartanya kepada Ajis dan Din.

Ajis dan Din juga terkejut dengan pemberian itu. Berita itu tersebar luar sehingga diketahui oleh anak anak Ajis dan Din yang kini kembali mahu menjaga mereka semula. namun Ajis dan Din tahu bahawa anak anak mereka hanya mahu mengejar harta mereka sahaja.

Anak anak Ramli akhirnya menjadi bankrup dan jatuh miskin ini kerana semua harta mereka kini menjadi milik Ajid dan Din.. Dengan kebijaksanaan Ajis dan Din mereka berjaya menyedarkan anak anak mereka dan juga anak anak allahyarham Ramli bahawa wang bukanlah segala galanya. Dan kesemua mereka insaf. 

Akhirnya setelah percaya kepada anak anak mereka dan juga anak anak Ramli, Ajis dan Din memberikan harta harta itu kepada anak anak Ramli dan kembali semula di rumah orang tua tua.. Ini kerana Ajis dan Ramli lebih selesa berada di sana bersama teman teman mereka yang lain. Kesemua mendapat pengajaran masing masing dan semua ini adalah KERANA RAMLI.


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK