Wednesday, January 25, 2012

Somi Mak Dara di Malaysia Hari Ini

Assalam duhai teman.. Waduhhhhh hampir dua hari mak dara tak menyentuh dan membuka blog mahupun FB.. Mak dara memang dah plan untuk 100% bersama keluarga dan yang tersayang selama dua hari satu malam sempena hari jadi Mak Dara pada 24hb Jan yang lepas... Ye lahhh hari jadi bukannya hari hari kan.. Lagipun macam macam boleh terjadi.. Tiba tiba kalau tertulis ini adalah hari jadi mak yang terakhir.. Mak nak le berada bersama keluarga mak dari mak dok dalam bilik ngadap lappy sorang sorang kan huhuhhu... Sejak dah beransur usia senja nan merah otak ni asyik pikior yang bebukan aje.. Fuhhhh kompom dah tuaaaaaaaaa hahahaha...

Ok dah lari tajuk.. Ya mak nak habaq mai yang pagi tadi Mak Dara temankan somi Mak Martias Ali ke TV3. Somi mak telah dijemput menjadi tetamu untuk rancangan Malaysia Hari Ini bersama dengan temannya Dato Azrai Jamaluddin.

somi mak Martias Ali (tengah)

Rancangan ini telah pun keudara pada pagi tadi 25hb Jan. Somi mak dan Dato Sri Azrai dijemput ke rancangan itu bagi mempromosikan acara Kuala Lumpur Short Film Festival (KLIS) anjuran mereka yang bakal berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi..



Jutaan terima kasih kepada TV3 kerana sudi menjemput pihak KLIS ya.. Namun debaran tidak terhenti di situ saja.. Esok pagi pulak somi Mak akan keudara di rancangan THE BREAKFAST SHOW secara live pada esok pagi.. Haaa ni mak paling nebes.. Sebab rancangan ni adalah dalam bahasa Ingeris.. Semoga somi mak dapat menjawap semua soalan dengan lancar mudah mudahan amin.. Pada yang free free tu tengok le THE BREAKFAST SHOW esok pagi ye hehehe


KLIS FABULOUS GIVEAWAY


KLIS adalah nama singkatan kepada Kuala Lumpur International Short Film Festival yang telah dianjurkan oleh syarikat KLIS NETWORK yang terdiri daripada somi Mak Martias Ali dan temannya En Jurey Rosli dan Yusof Kelana. Mak Dara diberi penghormatan oleh KLIS untuk membuat satu giveaway dan hadiah hadiahnya sangat best! Jom lihat apa yang perlu anda lakukan.


Tuesday, January 24, 2012

BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana ..

BEN ASHAARI

Haaaaaaa Hari ni Mak Dara nak join segmen berani mati.. Maunya tak berani.. tengok le tajuk segmen adik Ben kali ni... BLOG AKU LAGI BEST DARI BLOG BEN ASHAARI kerana .. Haaaaa tanjat datin maimon ko bila baca segmen Ben kali ni hehehehe... Ben minta tuliskan apa KELEBIHAN blog kita berbanding Blog beliau.. Haaa ada berani mak jemah semua nak join? mak pun nebessss ni... OK Kelebihan Blog Mak Dara ialah.......

Ok antara KELEBIHAN antara blog Mak Dara dan Blog milik Adik Ben ialah... Pemilik Blog BICARA MAK DARA mempunyai lemak yang BERLEBIHAN/ Gemuk.. dan lebih mempunyai "otot otot lemak" berlebihan dari pemilik blog adik ben wahahahaha KELEBIHAN lah jugak tu kan dik hahahaha...


Ini namanya menternak LEMAK

Ben Ashaari
Ini menternak OTOT hehehe
(pic dr Ben Ashaari)

Dan yang lebih lagi ialah gambar header Mak ada 6 keping lebih 5 keping dari header blog ben... Errrr itu kira kelebihan jugak ke hentam aje lah ye asal kan lebih ye tak Kak Kiah..

Bicara Mak Dara
header Mak

BEN ASHAARI
Header adik Ben

Kemudian blog Mak ni background penuh dengan nama blog mak.. Ala ala gila kuasa dan over promotion gitew .


Errrrrr Gambor Ben akak kidnap dar fb Ben ye..Kan Ben ada kata letak gambar bagi mengambarkan kelebihan hehehe... Fuhhhhh memang berani mati betul le mak ni menjoinkan diri segmen adik Ben kali ni.. Dalam duk tulis ni pon banyak kali delete tulis balik tulis delete hahaha... Gile ko mak jemah mana boleh lawan sifuuu... Adik Ben sifu Mak tu... hehe.. Adik ben jangan marah ye...

Kalau ada rasa berani tahap power rangers silalah join segmen ni ya klik di SINI utk join


Monday, January 23, 2012

Pertemuan Pertama Para Sukarelawan

KLIS Volunteer 1st Meet Up

Pagi ini Mak Dara akan bertemu dengan semua para sukarelawan yang sudi untuk volunteer bagi Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb tidak lama lagi.. Syukur alhamdullilah ada yang sudi untuk menjadi sukarelawan untuk embantu menjayakan KLIS.. Semoga semuanya berjalan lancar insyaallah...


Sunday, January 22, 2012

Makan Busarrrrrrr

Happy Chinese New Year kepada rakan yang meraikannya.... Malam ni Mak Dara dan anak anak juga turut makan busarrrrrrrr.... Sesi menternak lemak bak kata mak jemah hehehe



Its Pizzaaaaaaa timeeeeeee!!!!! Fuhhhhhhh memang konyang kami anak beranak. Tak sangka dapat habiskan ketiga tiga pizza tu.. selalunya beli dua je .... Nasib baik habis semuanya.. Semestinya aktiviti peberet ni tak dapat dilakukan selalu kalau tak bertambah le saiz mak dara dari peti ais dua pintu kepada peti ais tiga pintu hahahaha..

Hadiah Istimewa Dari Blogger Hebat

As salam.. Waduhhhh sejak kebelakangan ni mak agak sibuk membantu somi mak untuk Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb jan hingga 1hb jan depan sampai dah jarang jarang dan kadang kadang untuk check blog mak ni ha..

Dalam dalam kesibukkan itu syukur Mak Dara dapat bertemu dengan blogger hebat Mia Liana ketika dia datang ke KL beberapa hari yang lalu. Dan memang mak dara tak sangka bila Mia memberikan hadiah istimewa untuk Mak Dara sempena hari lahirnya.. Haaa hebatkan birthday Mia tapi Mia yang berikan hadiah. Soooo sweet kan.. Dan hadiahnya adalah...


STICKER Mialiana.com!!!! Waduhhhhhh terujaaaa mak dara menerimanya.. Dan yang bestnya bukan Mak Dara sorang aje yang dapat sticker tu adik beradik Mak Dara pun dapat juga..



semua gambar telah dikidnap dari album FB Mia hehe

Terima kasih Miaaaa!!!!! Kami semua sukaaa sangat dengan sticker pemberian Mia tu.. Sukaaa sangat dapat bertemu Mia.. Harap lepas ni dapat jumpa Mia lagi.. muahhh...


Mencari Sukarelawan.. Masih adakah yang SUKA dan RELA..

As salam kepada semua teman .. Hari ni mak dara ingin mencari SUKARELAWAN ataupun dalam bahasa omputih VOLUNTEERS untuk sebuah acara yang julung julung kalinya di adakan di Malaysia iaitu KUALA LUMPUR SHORT FILEM FESTIVAL... Tapi di zaman kini masih adakah yang SUKA dan RELA.. Kalau tak tanya tak tahu kan hehehe.. Maka disini mak nak tanyalah ada ke yang sudi? Biar mak terangkan sedikit tentang acara ini ya.. 

KLIS adalah singkatan kepada Kuala Lumpur Short Filem Festival . Penganjuran Festival Filem Pendek seperti ini adalah yang pertama dilakukan di Malaysia. Festival ini akan bermula pada 30hb Jan hingga 1 hb Feb depan.

Pada individu yang ingin menjadi VOLUNTEERS ataupun SUKARELAWAN untuk acara ini bolehlah datang beramai ramai ke perjumpaan pertama iaitu di "KLIS Volunteer 1st Meet up"



Acara: KLIS Volunteer 1st Meet up
Tarikh: 23hb Jan 2012
Masa: 11 pagi hingga 1 tengah hari
Tempat: Panggung Bandaraya Kuala Lumpur (Hadapan Dataran Merdeka)

Tiada kriteria yang diperlukan untuk menyertai group volunteer ini cuma keihlasan dan kesudian dan kerelaan hati amat diutamakan.. Untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut silalah datang beramai ramai ye.. Untuk keterangan lanjut sila klik di link ini 

Saturday, January 21, 2012

Si Kecil Bakal Pengganti Najwa Latif

Terkejut Mak Dara bila melihat video youtube yang tersebar luas di wall wall facebook teman mak dara... Video apa? kejap mak dara share ye..


Dah dengar? Perghhhhhh merdunyaaaaa suara si kecil ni kan .. Macam kata teman mak dara bakal pengganti najwa latif ni hehe.. Apa apapun diharapkan adik ini dapat menumpukan perhatiannya pada pelajarannya dahulu sebelum terlibat di dalam bidang nyanyian ni ye...


Hentikan Khabar Angin Tentang Kematian Azean Irdawaty

Terkejut Mak Dara tatkala membaca bbm status mengenai kematian seniwati Azean Irdawaty yang tersebar berleluasa di bbm dan twitter pagi tadi...


pic oleh google

Apa lagi terus le mak dara cuba mencari kebenaran asas khabar angin ini.. Dan akhirnya semuanya terjawap apabila mak membaca ini...


Masyaallah siapalah punya kerja yang menyebarkan khabar angin seperti ini.. Benar seperti apa yang dikata oleh Zuan Melodi TV3 tu.. Benda meninggal dunia ni jangan buat main main...Apa apapun marilah kita sama sama berdoa agar seniwati Azean Irdawaty sihat selalu ya .. aminnnn...


Air Tangan Adza Danina Kirana

Anak Mak Dara yang kedua iaitu Adza Danina Kirana ni memang gemar melukis.. Boleh katakan kertas kertas A4 yang mak nak print skrip drama suku darinya habis telah dilukis oleh Nina haha.. Terbaru tadi dia melukis gambar dirinya.. Meh Mak upload ye..

Bolehlah kan hehehe.. Tapi part kaki tu kelakar sikit nak kena masukkan ke kelas melukis ni..


Friday, January 20, 2012

Penyanyi Izwan Pilus Meninggal Dunia.. Al Fatihah

Terkejut Mak Dara tatkala menerima bbm dari adik Mak Dara dengan berita tentang pemergian penyanyi muda Izwan Pilus.. Macam susah aje nak percaya pada mulanya.. Namun makin lama makin banyak teman bbm Mak Dara turut update status yang sama.. Maka semuanya benar belaka...

allahyarham Izwan Pilus

Allahyarham Izwan Pilus dikatakan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 6.20 petang tadi . Sumber menyatakan beliau mengidap lung infection.. Mari sama sama kita sedekahkan Al fatihah kepada arwah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman. AL FATIHAH....

Blogger Ini Telah Di"Kidnap" Pada Hari Jadinya

Seorang blogger popular telah dikidnap oleh Mak Dara pada hari jadinya.. Ye ni bukan cobaan.. Ini betul betul kejadian.. Siapa blogger yang Mak Dara dah kidnap itu....


Tak lain dan tak bukan blogger hebat Mia Liana hehehe... Ya semalam mak dara dah plan untuk bertemu dengan Mia somewhere in KL. Ini kerana Mia ada urusan di KL maka dia datang dari Johor bersama 2 gadis practical di pejabatnya yang kiut miut untuk urusan itu.. Mulanya nak plan untuk jumpa sekejap aje.. Alih alih bila berjumpa aje mak dara terus kidnap Mia dan membawanya ke Shah Alam hehehehe... 



Mak Dara membawa mia untuk melihat persembahan band adik beradik D'ADZA Band di Crossroad Concord Shah Alam.

D'ADZA BAND

Di sana D'ADZA telah menyanyikan lagu Happy Birthday untuk Mia. Namun sayangnya Mak Dara tak bawa kamera dan tak dapat snap gambar gambar itu .. Takpe nanti Mak Dara kidnap gambar dari Mia sebab dia tangkap banyak gambar pada malam tu hehe..

Mak Dara nak ucapkan HAPPY BIRTHDAYYYYYYY dan selamat ulang tahun kepada Mia.. Luvsss you soo muchhh hope to see you again soon.. Semoga tak fobia dikidnap akak lagi ye hehehe


Thursday, January 19, 2012

Sukarelawan aka Volunteer Sila Fahami Maksudnya

As salam kepada teman blogger sekalian.. Hari ini Mak Dara terpanggil untuk buat satu entry mengenai SUKARELAWAN... Meh Mak Dara sharekan makna dan maksud sukarelawan dalam kamus ye..


Perkataan “sukarela”, menurut Kamus Dewan, bermakna “dengan kehendak sendiri, tidak dipaksa-paksa, tidak dikerah dan dengan rela hati” dengan niat yang ikhlas atau setulus kudus dan dengan tidak mengharapkan apa-apa pulangan kepada diri sendiri.

Baru baru ini Mak Dara sedang giat mencari para sukarelawan/volunteer untuk Kuala Lumpur Short Film Festival yang akan berlangsung pada 30hb Jan hingga 1hb Feb akan datang.. Syukur alhamdullilah ramai yang sudi untuk menyertai comunity sukarelawan ini dan tidak kurang juga mak berhadapan dengan masalah seperti dibawah..


Hehehehe Adoiiiiii pening kepala mak nak jawapnye... 


Blogger Chef Faizal Masuk Majalah!


Sekalung tahniah buat teman Mak Dara iaitu Faizal seorang Chef dan juga seorang blogger yang telah berjaya masuk ke Majalah MEDIA SUKSES bil 004 baru baru ini.. Wahhhhh tumpang bangga bila melihat kejayaan teman teman.. Mintak signnnnnnn boleh hehe...

Chef Faizal ni merupakan Executive Chef di The Summit Hotel Subang USJ. Selalu aje Chef faizal ni tag gambor gambor makanan yang dimasaknya pada Mak Dara.. memang selalu buat Mak dara terliur dengan gambar gambar masakannya yang sedap sedap tu hahaha..


Mak Dara adalah followernya yg pertama =)

Chef Faizal ni bukan sahaja seorang chef, beliau juga meminati bidang fotografi maka di dalam blognya bukan hanya anda akan disajikan dengan resepi resepi masakan malah anda juga akan dihidangkan dengan gambar gambar hasil karya Chef Faizal ini juga... Dengar khabar Chef Faizal akan mengeluarkan buku masakannya tidak lama lagi.. Mak Dara doakan semoga Chef Faizal terus maju jala dalam setiap bidang yang diceburinya.. Jangan lupa belanja I nanti k hehe. Nak tahu lebih lanjut mengenai Chef Faizal jom le ramai ramai terjah ke blognya.. sila klik di SINI ye


Bibik Dan Majikan Main Sex (18sx)

Entry ini khas untuk 18 tahun ke atas aje ye.. 



Tersedak Mak Dara tat kala membaca Bibik Dan Majikan Main Sex ... Adoiii siapalah punya keje pegi search pasal benda benda macam ni kat blog Mak Dara ni...



Tahulah malam ni malam jumaat tapi sampai pegi search benda benda begini di blog mak ni tak sesuai le dik non.. Lebih baik search entry pasal entry makan makan , menternak lemak ke tutorial ke.. entry ilmu agama ke .. Ini benda tu yang di cariknya.. Adoyaiiiiiii hahahaha


Tapi berbalik kepada topik ni memang ada yang berlaku.. Teman mak sendiri pernah mengalaminya tapi tidak le sampai ke tahap itu.. Cuma sominya dah tertarik menarik kau memang da bom sama bibiknya.. Nasib baik le bini dia dapat hidu awal awal tarikan antara somi dan maidnya tu lantas terus minta tukar dengan agensi pekerjaan itu.. Makanya nasihat mak kalau nak cari pembantu tu kenalah berhati hati ya jangan sampai tergigit jari.. Tak semua yang datang bekerja di sini ikhlas.. Tak juga mak suruh cari maid yang dah tua tua bangka karang kita pulak yang nak kena jaga dia..  so renung renungkan ...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK