Tuesday, March 6, 2012

Kicap Mejik Cantik Cap Berok Hensem..

Rata rata sekarang penuh di wall wall di facebook mengenai promosi kecantikan kan.. Banyak online shop asyik dok iklankan pelbagai bagai jenis produk kecantikkan.. Macam makeup lah.. Jamulah.. produk pelansingan badanlah.. Namun yang paling mendapat perhatian Mak Dara ialah iklan ini!!!

Iklan produk Kicap Mejik Cantik Cap Berok Hensem..

Hahahaha siapa nak cuba produk ni.. Tengok aje dari gambar sebelum dan selepasnya.. MAGIK kannnnn hehehe.. Adoyaiiii naik tegang urat kentut mak tatkala melihat iklan ni.. Memang kelakor habisssss kan hahaha... Gambar ini telah dipetik dari blog ini http://www.isuhangat.net//.Waduhhhh cayalah memang kelakor bangettt hahaha


MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER! Ramalan Mereka..

Semalam Mak Dara telahpun adakan sebuah segmen bertajuk MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER dan syukur alhamdullilah ada yang sudi menjohenkan diri dalam segmen picisan mak ini.. Setiap mereka telahpun memilih 3 blogger yang mereka rasa bakal menjadi seorang blogger yang hebat.. bakal menjadi blogger yang famous dan terkenal.. Seseorang di mata anda yang layak bergelar MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER. Di bawah Mak Dara listkan senarai peserta bagi segmen ini ya..

header

AWIE OMAR

"phat corner"

❤Sihatimerahjambu❤




Untuk ketahui siapakah blogger blogger pilihan mereka jom terjah ke blog mereka sekarang jom!!!!!


Monday, March 5, 2012

Model Gemuk.. Sila Ambil Gambar Anda Sendiri..

Hahahaha... Hari ni memang hari meroyan mak yang melampau lah.. Ye lahhh.. Hari ini sepatutnya mak siapkan proposal untuk sebuah rancangan REALITY SHOW terbaru yang mak nak hantarkan pada pihak ASTRO.. Dek kerana Ilham dah lariiii jauh dan tak datang datang sejak 2 hari lepas maka mak pun takde idea untuk siapkan proposal ni.. Sampai hati betullah si "ilham" tu kan.. Maka dek kerana kemeroyanan di tahap puaka maka mak pun buatlah benda benda yang tak berpekdah kekdahnya seperti.. Tangkap gambar sendiri.. Ini pun datang idea bila layan fb tadi.. Penuh wall wall dengan gambar gambar model model cun cun yang ligat membuat photoshoot bersama photographer photographer yang hebat hebat.. Terfikir oleh mak.. Model cun cun macam tu ramai le yang berebut nak buat photoshoot.. Model bersara dan gemuk macam mak dara ni..??? Haaaaa Model gemuk lagi meroyan macam mak ni silalah ambil gambar sendiri ye hahahaha..Oleh itu inilah hasil tangkapan mak.. macam ayat nelayan dapat tangkap ikan pulak kan hahaha







Mula mula ok lama lama bila meroyan menyerang......



Dan gambar yang seterusnya idok le dapat mak uploadkan dalam entry ni takut ada yang muntah pink dan dikhuatiri juga akan ada ibu ibu yang mengandung terkenan akan wajah mak ni nanti hehehe...


MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER!

Assalamualaikum dan salam sejahtera duhai teman.. Hari ni Mak Dara terpanggil untuk buat satu segmen bertajuk MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER!.. Segmen ini untuk anda berikan pendapat siapakah blogger blogger yang anda rasa bakal menjadi seorang blogger yang hebat.. bakal menjadi blogger yang famous dan terkenal.. Seseorang di mata anda yang layak bergelar MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER.. Boleh jadi diri anda sendiri.. teman teman blogger anda ataupun mana mana saja blogger yang anda nampak potensinya untuk berjaya dalam bidang blog.. Nak join? Sila tengok dibawah..

1) Buat Entry bertajuk MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER! 
dan tepekkan header Mak..

2) Namakan 3 orang Blogger dan link blog mereka yang anda rasa bakal menjadi Blogger Yang Hebat.. Famous dan Berjaya pada masa yang terdekat ini.. Yang anda rasa bakal menjadi Malaysia's Next Top Blogger!  dan berikan alasan kenapa anda memilih mereka..

3) Selesai.. sila tinggalkan link anda di kotak komen di bawah..

Mudahhhh bukan.. Setakat sekarang belum ada tarikh tutupnya lagi so silalah join tanpa was was ye... Tak sabar untuk melihat siapakah MALAYSIA'S NEXT TOP BLOGGER! pilihan anda...

Sunday, March 4, 2012

TUAH TERTIPU di RTM 1 sekarang!!

Waduh waduh... Drama hasil skrip Mak Dara iaitu drama bertajuk TUAH TERTIPU sedang keudara di RTM 1  sekarang.. Sayangnya Mak Dara langsung tak tahu mengenainya ye lah sebab anak anak ni asyik dok layan cartoon aje.. Nasib baik belom habis lagi..



Bagi yang sudi nak menonton drama hasil tangan Mak boleh le layannn ye.. Tengah keudara sekarang ni hehe

Hari Bermalas Malasan..

Hari minggu datang lagi.... Selalunya hari hari cuti begini kita penuhi dengan aktiviti kekeluargaan.. Hari dimana pasangan bercinta membawa bakal bakal mereka bertemu.. Hari dimana ibu bapa membawa anak anak jalan.. Namun pada hari ini bagi mak dan keluarga mak ialah hari bermalas masalan kami.. Maknanya hari takde aktiviti yang spesifik.. Dek kerana semalam kami telah ke 4 kenduri kahwin maka kami sekeluarga dah overloaded dengan nasi minyak.. Sampaikan pagi ni pun masih demam nasi minyak hahaha... Jadi hari ni rancang duduk rumah saja dengan anak anak... Nak buat macam dibawah tu...

























Haaaaa sesuai tak gambar ni dengan Mak Dara.. Badan dia pon dah lebih kurang macam badan mak ni haha.. Sooo apa plan anda untuk hari ini.. Selamat berhujung minggu ya....


Saturday, March 3, 2012

BLOGGER PILIHAN MAK DARA Malam Ini!!

Malam ini Mak dara ada dua orang blogger yang Mak dara pilih sebagai Blogger pilihan mak dara.. Yang pertama..


sesuka suki blog

Blogger Nana Damanhuri.. Mak Dara dah lama kenal dengan nana sejak dari zaman myspace lagi.. nana antara teman mak dara yang hampir hari hari terjah ke blog dan melayan kerenah meroyan mak hehehe... Reallyyyyyyyy appreciate it sooo muchhhhh... dan lebih membuatkan Mak Dara terharu dengannya ialah apabila nana sudi menulis sebuah entry istimewa untuk Mak.. Sila baca di sini ye.. http://crystlirish.blogspot.com/2012/03/blog-siapa-yg-tiap2-hari-anda-terjah.html.. Terima kasih banyak banyak sis.. really appreciate it... Jom kita terjah ke blog Nana 


Blogger kedua .. Mak Dara terharu betul dengan blogger ini yang telah sudi melawat mak dara di rumah orang tua tua ini errr i mean di blog picisan mak ini hehehe.. Dan bukan itu saja dia juga sudi meninggalkan komen di hampir semua entry Mak Dara terutamanya pada hari ini.. Dan blogger yang Mak Dara maksudkan ialah..

TheTimelines

Terima kasih Sam Banjamin atas semua komen komen itu.. Semoga jangan jemu jemu untuk datang melawat mak dara selalu ye.. Jommmmm terjah ke blog Sam beramai ramai jom @ http://thetimelines2u.blogspot.com/

Jom ramai ramai kita terjah ke blog mereka jommmmmmmm =)


Nasi Minyak Oh Nasi Minyak...

Hari ni merupakan antara hari sibuk bagi keluarga sebelah somi mak dara apabila hari ini terdapat 3 kenduri kahwin ahli keluarganya dimana 2 orang sepupu dan sorang anak buah somi mak akan melangsungkan perkahwinan mereka hari ini.. Maka 3 kenduri kahwin bersamaan dengan 3 kali makan nasi minyak le nampak gayanya hehehe...

Apa apapun Mak Dara nak mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada mereka semua semoga kekal hingga ke akhir hayat insyaallah amin.. Ok Mak nak kena gerak dah ni.. Nasi minyak sedang menunggu kuuuuuuuuu =)





Wajah Mak Dara Pada Usia 70 Tahun!

Ohhhhhhh pejam celik pejam celik umur Mak Dara dah pun masuk 35 tahun pada januari lepas... Rasa macam semalam je baru gi ambik exam SPM.. hahahaha perasannnnn kannnnn .. Mak Dara merasa bertambah tua bila anak anak mak sekarang ni suka sangat main handphone di permainan baru iaitu Aging booth dimana software itu dapat men"tua"kan wajah kita.. Nak tengok bagaimanakah wajah Mak pada usia 70 tahun.. Kejap mak kasi up..

Adza Irdawati
Mak Dara skrg 35 tahun

Mak Dara pada umur 70 tahun..

Hahahaha begitulah gambar wajah mak bila dah tua nanti.. (Errr macam tak nak mengaku aje yang sekarang pun mak sebenarnya dah tua hahahaha) yang telah dibuat menggunakan Agingbooth tu.. Waduhhhhh itupun kalau umur mak masih panjang la hehe..

Haaa pada sesiapa yang nak tengok bagaimanakah wajahnya bila dah tuo errr "matured" (hehe takmo guna perkataan tua haha) boleh le ke link ini dan cuba yahttp://www.piviandco.com/apps/agingbooth/.. Bila dah cuba kasi up le dalam entry boleh juga mak tengok gambarnya nanti hehe



Testing Pelamin Duluuuu...

Waduhhh demam kenduri kahwin betul mak dara dan somi apabila 3 kenduri kahwin ahli keluarga kami jatuh pada hari ini... Namun mak dara dan somi sempat testing pelamin dulu.. hahahahaha

hahaha Mak Dara dan somi testing pelaminnya dulu 

Haaaa ini bukan apa nak make sure yang pemain itu selamat untuk bakal pengantin nanti... hahahahaha 

Friday, March 2, 2012

Sebelum Dan Selepas... Banyak Bezanya...

Sebentar tadi somi mak dara menerima sebuah email dari temannya yang memintanya untuk membaik pulih sebuah gambar lama milik keluarganya.. Memandangkan hari ni somi mak tak masuk ofis dek kerana banyak meeting di waktu malam karang maka dia pun terus teruja untuk menolong temannya itu.. Dan mak dara pun temankan somi mak tolong touchupkan gambar lama milik kawannya tu..  Gambar tu gambar dolu dolu kalaaa.. Jap mak kasi up kan gambarnya ya...


Gambar sebelum

Itulah rupanya gambar sebelum ditouch up oleh somo mak dara.. Memang klasikkkk gambar ni kan.. Dan setelah lebih sejam somi mak dara membetulkan gambar itu menggunakan photoshop dan hasilnya seperti dibawah....

gambar selepas

Haaaaa amacammmm ok tak sentuhan pembetulan dari somi mak hehehe banggaaa wooo.. hehe.. Harap harap temannya itu suka dengan hasil tangan somi mak tu....


Cik ANON menyerang di Facebook!

Fuhhhh jangan ingat di blog sahaja cik anon anon ni datang menyerang.. Di Facebook pon ada!!! Tapi di facebook versi ada gambar fake dan nama fake.. Namun bila nama sebenar dan identiti sebenar tidak dapat diketahui maka dia pun sama lah dengan si anon kan... Mak baru aje terkena semalam apabila fake acc ni dengan menggunakan gambar pelakon terkenal hollywood telah masuk ke salah satu group mak dan telah buat kecoh di sana.. Fuhhh gerammm berderau darah mak dibuatnya... 

Bagi mak.. Kalau berani nak berkata kata kenapa harus menyorok di belakang topeng itu.. Menggunakan nama samaran dan gambar yang fake.. Kalau rasa apa yang nak dikatakan itu benar apa harus ditakutkan.. 

Yang bestnya boleh dia terkantoi!! Kerana dari apa yang dikatakannya hanya diketahui oleh teman mak sahaja.. Dan sah memang mak kenal benar dengan orang itu.. Sedih bila kawan sendiri boleh tikam belakang begini.. masih tak faham apa puncanya dia bertindak begitu.. Dia antara teman yang mak dan suami percayai.. masyaallah.. 

Maaf tak dapat nak meneruskan entry ini lagi.. tangan tak daya menulis hati tak dapat menerima kenyataan bahawa seorang TEMAN boleh melakukan sebegini....


Thursday, March 1, 2012

2222!!!! Biar Betul!!!! Waduh Terujaaaaaaaa....

Syukur alhamdullilah setelah mak bersiaran di saluran channel MEROYAN TV(blog bicara mak dara) selama setahun 2 bulan akhirnya Blog Mak Dara menerima follower yang ke 2222!!!   syukur alhamdullilah tak sangka ramai juga yang sudi memfollow blog meroyan mak ni ye.. Jangan terjangkit sudah le penyakit ni ye.. Ohhh susah tau nak berubat mau kena bertapa atas bukit fraser lapan ratus pablas hari sambil berkemban baru boleh baik hehehe.. Ok mari kita tengok siapakah yang telah menjadi ahli terbaru dalam ahli mesyuarat tingkap Mak Dara tu ye..

Pupel LiyaNa Official Blog


Yaaa dan pemilik kad ahli 2222 adalah milik Cik Pupel Liyanaaaaa!!!! Terima kasihhhhh cik pupellll.. kerana sudi follow blog mak dara ye.. Terharuuuuuu dibuatnyaaaaaaaaaa... Semoga ikatan ukhwah antara kita berkekalan ya.. Jom ramai ramai kita terjah ke blog PUPEL LIYANA jommmmm


Gambar Anak Mawi Dan Ekin!! Oh comelnyaaaaaa...

Akhirnya saat saat dinanti telah pun tiba.. pasti semua dah tahu bahawa Mawi dan Ekin telah pun menyambut kelahiran puteri sulung mereka kan.. Namun ramai yang ternanti nanti nak melihat wajah anak pasangan itu kan termasuk lah dengan Mak Dara sendiri.. Tup tup tadi pihak ASTRO di fan page fb nya telah pun menguploadkan gambar baby girl itu.. Nak tengok? Kejap mak kasi up....

Baby girl Mawi dan Ekin

Mawi dan puterinya...

Ohhhhhh comellllllllllllllnya kannnnnnnnn.. Putih comellll macam ibu dan ayahnya... Pihak Astro menyatakan bahawa Mawi telah menamakan puterinya itu dengan nama CAHAYA MALAIKA.. ohhh sungguh indah dan unik nama tu kan..

Semoga dengan kehadiran Cahaya Malaika akan menyerikan lagi kehidupan mereka kini insyaallah...


WORDLESS MARCH



WORDLESS MARCH

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK