Saturday, March 10, 2012

Para Bloggers! Jom Vote Untuk Baby Cute Ujang Dan Yana

As salam para blogger dan teman teman sekalian... Hari ini jom ramai ramai kita support rakan bloggers kita iaitu blogger otai Ujang dan Yana dengan vote gambar baby kiuttttt mereka iaitu Aimy Zafirah dalam Pertandingan a breastfeed baby contest!!!!

Baby Aimy Zafirah

Start voting NOW!!

First STEP : Click "LIKE" - 

Second STEP : Click "LIKE" my baby photo -

Jom semarakkan semangat "blogger support blogger" !! =)
(kalau nak copy dan paste entry ini amat3 dialu2kan hehe)



Jemputan Ke DiGi WWWOW AWARD 2012

Waduhhhh super exited Mak Dara tatkala menerima email dari pihak DiGi WWWOW Award yang menghantar jemputan REUNION kepada semua pemenang, finalis dan semua yang terlibat dalam DiGi WWWOW tahun lepas..


Teringat lagi kenangan Mak Dara ketika menjadi finalis bagi salah satu kategori TOP KAY POH AWARD dulu... memang kaypoh betul hehe.. Di bawah adalah video video dan gambar kenangan Mak Dara ketika majlis award night itu.. layanzzzzz

video promo Mak Dara


Penyampaian Award untuk DiGi WWWOW TOP KAY POH AWARD


Mak dara pada penghujung tahun 2011 =)


Mak Dara dan Mia

Mak Dara bersama Adik Ben Ashaari dan Budiey


Mak Dara bersama Adik Anwar Hadi

Memang banyakkkkk betul kenangan kenangan manis Mak Dara bersama DiGi WWWOW AWARD ni.. Di harap Mak Dara terpilih untuk ke REUNION ni nanti dan dapat bertemu dengan semua mereka kembali... 


Tiada si bujang di dalam syurga

Rasullullah SAW bersabda:
“Tiada si bujang di dalam syurga” – (HR Muslim).



1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
- Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga.

2. Wanita meninggal dunia setelah diceraikan & tak berkahwin sesudahnya.
- Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
- Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan seorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
- Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
- Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
- Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga.


Friday, March 9, 2012

Fuhhhh Bagai Nak Luruh Jantung..

Fuhhhhh syukur alhamdullilah akhirnya drama PUTERI SALAMIA episod pertama telah pun di tayangkan di RTM2 petang tadi.. Bagai nak luruh jantung tatkala menonton drama hasil skrip Mak Dara dan adik Mak iaitu Adza Emie tu dan telah diterbitkan oleh Puan Zay Haji Datuk Basalie.. Ye lah maunya tak gabra dalam drama tu ada mak masukkan nama nama blogger blogger otai sebagai watak watak utama drama itu.. Antara nya ialah Ben Ashaarinama anak saudara Mak Dara iaitu Elia blogger Jejari Runcing dan blogger ke tiga yang telah mak masukkan dalam drama ini ialah nama Blogger Rose Johari..

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Ebi Kornelis membawa watak sebagai Kesatria Qalif/Ben (Ben Ashaari)
Ridah Malanjang membawa watak sebagai Rose (Rose Johari)
Arbaya Suni membawa watak sebagai Elia ( Aimi Harmelia)

Namun watak watak seperti watak Ben dan Elia akan mula muncul pada episod yang kedua.. Watak Rose dah pun muncul pada episod pertama tadi.. Jadi kalau sudi tontonlah episod kedua drama PUTERI SALAMIA ini pada Jumaat depan di RTM2 pada pukul 3 petang ya.. Terima kasih atas sokongan andaaaaa =)


Nama Blogger Terkenal Jadi Watak Hero Drama Puteri Salamia..

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Akhirnya saat saat yang dinanti nanti telah pun tiba dimana sebuah skrip drama bersiri bertajuk PUTERI SALAMIA akan mula ditayangkan pada hari ini pada pukul 3 petang nanti di RTM 2.. Skrip drama ini adalah hasil skrip Mak Dara dan adik mak iaitu Adza Emie.. Drama ini telah diterbitkan oleh Puan Zay Bt Hj Datuk Basalie... Drama ini adalah drama ke 62 yang telah mak dara hasilkan selama 15 tahun berkecimpung dalam dunia penulisan ni...

Photo: Skrip ke 62

Tajuk Drama:PUTERI SALAMIA
Durasi : 5 episod x 1 jam
PRODUKSI: Wide Angle Sdn Bhd 
PRODUSER:Zay Datuk Zay Basaliei 
SKRIP: Adza Irdawati Adenan & Adza Nasya Emie
Siaran: Akan mula ditayangkan di RTM2 9hb mac setiap hari Jumaat pada pukul 3 petang
Barisan Pelakon
Puteri Salamia : Mardiana Alwi
Kesatria Qalif/Ben : Ebi Kornelis
Embun/Nenek Kebayan : Hasnah Ibrahim
Rose : Rydah Malanjang
Putera Sulu : Azrie Basalie
Permaisuri Indera Saputra : Azean Juzeanty
Raja Indera Saputra : Rodih Madun
Dr. Donny : Marlin Malalin
Elia : Affy Jacklynda Entawin
Penyiasat : Amirul Abdul
Ibu Ben : Puan Jurinah

Drama Bersiri Puteri Salamia adalah produk terbitan Wide Angle Film Production Sdn Berhad untukstesen TV nasional, RTM. Drama ini telah diadaptasi dan diubahsuai menjadi cerita dongeng daripada cerita rakyat tempatan Bajau Semporna. Drama ini diilhamkan oleh penerbitnya Zay Datuk Hj Basalie dan telah ditulis oleh Adza Irdawati dan Adza Nasya Emie Adenan. Drama ini berkisar seorang Puteri
bernama Puteri Salamia dari Kerajaan Indera Saputra yang telah ditunangkan kepada Putera Sulu sejakkecil lagi. Bagaimanapun, ketika menginjak usia dewasa, Puteri Salamia telah jatuh hati pada Kesatria
Qalif,  Kesatria Istana Kerajaan Ayahandanya. Dalam drama ini, Puteri Salamia telah mengembara merentas masa dan telah sampai ke zaman sekarang. Bermulalah pengembaraan Puteri Salamia seorang
diri di zaman berbeza dan secara kebetulan beliau telah berjumpa dengan Ben seorang pemuda yang seiras dengan wajah kekasihnya.

Dan yang paling istimewanya watak hero dalam cerita ini yang telah dilakonkan oleh Ebi Konelis AF telah diambil dari nama seorang blogger terkenal iaitu BEN.. yup Ben Ashaarihehe.... 


BEN ASHAARI


Namun diingatkan bahawa mak hanya menggunakan namanya sahaja.. Watak serta karektor "BEN" di dalam drama ini tiadalah berkena mengena dengan adik Ben ye hehe =) 


Dan seorang lagi nama blogger yang Mak Dara telah masukkan dalam drama ini ialah nama anak saudara Mak Dara iaitu Elia blogger Jejari Runcing.. Elia merupakan watak utama dalam drama ini hehe

Blogger ke tiga yang telah mak masukkan dalam drama ini ialah nama Blogger Rose Johari.. Namanya diambil kerana Rose telah pun memenangi salah satu GA anjuran Mak Dara suatu ketika dulu dan antara hadiahnya ialah meletakkan nama pemenang dalam skrip terbaru mak.. Maka janji telah pun ditunaikan hehe

Terima kasih kepada Puan Rose dan Adik Ben kerana sudi mengabadikan nama anda dalam drama ini ya.. Kepada adik Ben.. Nanti boleh le akak letak nama baby Ben dan Azila pulak sebagai nama dalam salah satu watak dalam drama akak yang akan datang ye hehe..

Marilah sama sama tonton Drama PUTERI SALAMIA yang bakal ditayangkan petang ini ya... =) Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/


Thursday, March 8, 2012

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Syed Wafa

Syed Yusof Wafa Syed Nordin.. Siapa yang tidak kenal dengan Syed Wafa? Di kalangan wartawan,ramai tahu Syed Wafa dulu pernah bekerja beberapa akhbar dan majalah hiburan tetapi sekarang dia sudah berkecimpung dalam bidang penganjuran majlis untuk badan korporat dan kerajaan. Dia juga pernah melukis potret dan bertemu ramai artis antarabangsa seperti Michael Jackson, Mariah Carey dan Celine Dion.

Mak Dara ada pertama kali bertemu dengan beliau semasa sesi fotogrfi Saiful Apek, CD Naz, Angah Rajalawak, Diarra dan ketika Mak Dara bersama band Mak Dara D'ADZA. Fotografi itu dikendalikan Oleh Majalah Media Hiburan dan diketuai oleh Syed Wafa sendiri. Ketar jugak Mak Dara dan anggota D'ADZA yang lain.. Maunya tak sbb pertama kali bertemu dengan Syed Wafa yang amat kami kagumi. Namun kami terkejut dengan layanan baik dan sikap rendah diri yang ditunjukkan oleh beliau.. Beliau menjaga kami dengan sebaiknya.. Dari makeup , ke fotografi hingga ke makan semuanya diteliti olehnya. Alhamdullilah fotoshoot tu pun berjalan dengan lancar dan dah diterbitkan tak lama selepas itu.


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)
(Mak Dara paling kanannnn hehe itu imej lama ya )


Masa ni Abg Saiful duduk atas meja mmg kelakar


D'ADZA bersama Syed Wafa dan orang2 kuat Majalah Media Hiburan.. ;-)

CERITA RAYA APEK, Diarra, CD Naz & D'ADZA @ MAJALAH MEDIA HIBURAN
(tankiuu to Syed Wafa kerana sudi menjemput kami =)

Itulah Syed Yusof Wafa Syed Nordin setakat yang Mak Dara kenali.. Dan hari ini 8hb Mac Mak dara nak ambil kesempatan untuk ucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran semoga dipanjangkan umur dan dimurahan rezeki kepada Syed Wafa. Insyaallah.. Amin


Allah Selamatkan Kamu.... Fauzi Nawawi

Ini adalah video yang mak dara ambik selasa lepas semasa sambutan harijadi pelakon Fauzi Nawawi di Crossroad Hotel Concord Shah Alam...


Di dalam video itu kelihatan Lisdawati bersama anak anaknya bersama Band D'ADZA sedang menyanyikan lagu Allah Selamatkan Kamu kepadanya.. Sayanggg sebab ada orang kat depan tu sedikit terlindung wajah Lisdawati yang gojes tu kan hehe... Happy Birthday Fauzi Nawawi!!!


Tolong Adik Terunaku Gila Kartun!!!

Haaaa nampak tajuk di atas.. ia adalah sambungan dari filem Tolong awekku pontianak hahahaha... Takdelah sebenarnya entry Mak Dara kali ini ialah entry nak mintak tolong.. Aaaaa dengar aje ayat "tolong" tu tolonglah jangan tekan pangkah lagi.. jangan tinggalkan blog mak dulu hehehehe . Begini kisahnya.. Satu satunya adik teruna Mak Dara Adza Edie Izwan...

inilah mamat wanted itu hehehe

Dia ni memang minat melukis.. Sejak pandai pegang pensel tu boleh katakan habih satu rumah kami penuh dengan lukisan kartun dia tu.. Tapi bila dah besor dia dah pandai lukis di kertas dah hehehe.. Dan terbaru Edie telah memasuki satu pertandingan melukis karektor kartun..


Haaa itulah karektor kartun yang dipertandingkan olehnya . Nama karektor tu ialah Aput The Super Village Boy.. Kebolehan Aput ialah membantu orang orang kampung dalam menyelesaikan masalah.. membantu kanak kanak yang dibuli, membantu binatang binatang dalam bahaya.. membantu awek awek dari dingorat.. membantu adik adik buat homework.. membantu beruk ambilkan kelapa.. membantu mak buat nasi lemak.. errrrr hahaha...

Jadi bagi yang sudi nak tolong tu... Tolonglah dengan vote untuknya ya.. Cara cara untuk vote ialah..

1) Klik di link INI
2) Klik butang LIKE pada gambar itu

Itu saja.. Pada yang sudi untuk membantu mengundi jutaan terima kasih mak ucapkan.. Pada yang sudi nak buat entry (copy paste je ye) itupun kalau ada yang sudi hehe.. nanti mak kasi review blognya... Pada yang nak bertukar undi silalah vote untuknya dan mak akan pastikan dia akan vote anda kembali.. Pada yang sedang baca entry mak ni sampai ke ayat yang terakhir hehehe... Terima kasihhhhhh semuaaa.... Sayang korang ketat ketat...


Remaja maut dalam kejadian tanah runtuh akibat banjir

Seorang remaja berusia 13 tahun maut dalam kejadian tanah runtuh akibat banjir malam tadi.. Mangsa Raja Mohd Irfan Raja Mohd Azlan . meninggal dunia kerana tertimbus. Mangsa yang tertimbus separuh badan termasuk bahagian kepala selama kira kira 10 minit berjaya dikeluarkan namun meninggal dunia beberapa jam selepas itu di Hospital Kuala Lumpur. Al Fatihah.



Video Terbaru: Banjir Di Bukit Belacan Lembah Jaya Utara Ampang

Video Terbaru: Banjir Di Bukit Belacan Lembah Jaya Utara Ampang


400 Penduduk Kampung Di Ampang Dipindahkan Akibat Banjir

Hampir 400 penduduk sekitar Ampang telah dipindahkan malam tadi rata ratanya penduduk yang tinggal sekitar kawasan sungai.. Mereka dipindahkan kerana air telah menaiki ke rumah mereka dan dikhuatiri mengancam keselamatan mereka..

Banjir kilat di kawasan lembah klang sejak dari petang tadi turut menyebabkan beberapa rumah di sekitar kawasan sungai telah dihanyutkan. Dua kampung yang terjejas teruk ialah Kampung Lembah Jaya Utara dan Kampung Pinggir Tiga yang membabitkan 150 buah rumah.

Banjir besar itu adalah akibat limpahan sungai di Taman Rimba Ampang yang turut menyebabkan tebing sungai itu runtuh.Kebanyakkan mangsa tinggal sehelai sepinggang.

sumber: BERNAMA

Banjir Kilat Di Kuala Lumpur 7hb Mac 2012

Seharian hujan membasahi bumi.. Bagi yang tinggal di Kuala Lumpur telah mengalami hujan yang amat lebat sedari petang tadi.. Di rumah Mak Dara sendiri mengalami kebocoran siling dan menyebabkan air membasahi bilik kami.. Ingatkan keadaan di kawasan rumah mak aje yang teruk dilanda air rupa rupanya keadaan di KL berkali kali ganda teruknya . Terkejut Mak apabila menonton video dari My Metro ini sebentar tadi..


Banjir kilat melanda KL sehingga menyebabkan ada yang terpaksa menggunakan kayak di kawasan kampung baru... Kawasan anda bagaimana? Ada yang terlibat dalam banjir?


Wednesday, March 7, 2012

Kejutan Harijadi Buat Fauzi Nawawi..

Semalam pelakon yang gorjes lagi ayu Lisdawati telah membuat kejutan SURPRISE BIRTHDAY PARTY buat suaminya yang tersayang Fauzi Nawawi di Hotel Concord Shah Alam.. Ramai yang datang ke "Crossroad" itu termasuk keluarga, teman teman mereka, bikers bikers, pengunjung crossroad dan juga mak dara dan keluarga.. Mak Dara memang selalu ke sana sebab adik beradik mak dara iaitu BAND D'ADZA memang perform di hotel itu hehe..Lisdawati kelihatan anggun pada malam itu. Mereka semua mengenakan baju bertemakan merah dan hitam. 

Fauzi Nawawi yang tidak tahu akan rancangan isterinya itu telah hadir ke concord terkejut dengan kejutan itu.. Bertambah terkejut apabila menerima hadiah yang sangat istimewa daripada Lisdawati iaitu sebuah MOTOSIKAL berkuasa tinggi berwarna merah.. Fuhhhh bertuah le Fauzi mempunyai isteri seperti Lisda kan.. Ok jom layan gambar gambar di sekitar birthday Fauzi Nawawi di Concord Hotel ya..

Fauzi nawawi meniup birthday cake bersama Lisdawati,anak anak mereka
dan bersama Band D'ADZA

Fauzi nawawi memberikan ucapannya

Birthday Boy diminta menyanyi bersama Syawal AF

Lisdawati menyanyikan lagu fauziah latiff khas untuk suaminya

ohhh sooooo sweetttt pasangan ini

Lisdawati bersama family Mak Dara

Lisda, Fauzi bersama family Mak Dara

Lisdawati bersama Mak dara

Kesimpulannya malam itu sungguh meriah dan sweet.. Kemesraan antara Lisda dan Fauzi memang terserlah.. Selamat Harijadi kepada Fauzi nawawi semoga terus suksessss ya....


3 Jenis Makanan Dalam Neraka (Seram!)

Neraka merupakan suatu tempat yang wajib diyakini oleh umat Islam sebagai satu tempat pembalasan yang mempunyai kesengsaraan abadi setelah mati. Jika baik amal seorang manusia itu, dengan rahmat Allah, dia akan masuk ke syurga dan jika buruk amal seseorang manusia itu, dia akan dihumban ke dalam neraka dan diberi 3 jenis makanan yang mengerikan ini. Apakah 3 jenis makanan di neraka itu?
 
pic by google

1. ZAQQUM

Firman Allah swt: Sesungguhnya pohon zaqqum itu, makanan orang yang banyak berdosa. Ia bagaikan kotoran minyak yang mendidih di dalam perut, seperti mendidihnya air yang amat panas. (43 – 46 : ad-Dukhan)
Firman Allah swt: (Makanan surga) itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum.? Sesungguhnya Kami menjadikan pohon zaqqum itu sebagai ujian bagi orang-orang yang zalim (samada mereka percaya atau tidak). Sesungguhnya ia adalah sebatang pohon yang tumbuh dari dasarneraka. Buahnya seperti kepala syaitan-syaitan. Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakan sebagian dari buah pohon itu sehingga memenuhi perutnya dengan buah zaqqum itu.(62 – 66 : as-Saffat).
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya Nabi saw membaca ayat ini: “bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.”
Rasulullah saw bersabda: “Sekiranya setitis zaqum menitis ke dunia nescaya akan merosakkan seluruh kehidupan ahli dunia. Bagaimana keadaan orang yang setiap hari buah zaqum menjadi makanannya?
Hadis riwayat Tirmizi, Nasaie, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban. Syekh Syuaib menyatakan sanad hadis ini sahih.
Imam Ibnu Kathir berkata: “Allah swt menyatakan mereka memakan pokok ini walaupun rupanya sangat buruk dan sangat hodoh. Tambahan lagi dengan rasanya yang tidak sedap dan bau yang busuk. Mereka terpaksa makan kerana tidak ada yang lain.”

2. GISLIN

Firman Allah swt: Maka tiada seorang temanpun baginya pada hari ini di neraka ini Dan tiada (pula) makanan sedikitpun (baginya) kecuali dari darah dan nanah. Tidak ada yang memakannya kecuali orang-orang yang berdosa. (35-37 : al-Haqqah).
Ulama berselisih pendapat terhadap hakikat Gislin seperti berikut:
1. Nanah ahli neraka yang keluar dari luka dan kemaluan mereka. (Ibnu Abbas)
2. Pohon yang menjadi makanan ahli neraka. (Dahhak dan Rabie bin Anas)
3. Air dari basuhan daging dan darah ahli neraka. (Akhfasy)

3. DARIE’

Firman Allah swt: Mereka tiada memperoleh makanan selain dari pohon yang berduri. yang tidak menggemukkan dan tidak pula menghilangkan lapar. ( 6 dan 7 : al-Ghasiah)
Para Ulama berselisih pendapat terhadap Darie’. Diantaranya adalah seperti berikut:
1. Tumbuhan yang berduri yang melata di tanah. (Pendapat Ikrimah, Mujahid dan kebanyakan ulama tafsir).
2. Batu (pendapat Said bin Jubair).
3. Tumbuhan hijau yang busuk. Ianya dilemparkan laut ke daratan. (pendapat Khalil).
4. Pohon berasal dari api neraka. (Pendapat Ibnu Abbas)
Pendapat yang dipilih adalah seperti yang dinyatakan oleh Imam Qurtubi:
“Pendapat yang lebih jelas adalah ianya pokok yang berduri seperti ianya di dunia. Daripada Ibnu Abbas ra, Nabi saw bersabda: “ Darie adalah sesuatu yang ada dalam neraka. Ia meyerupai duri. Lebih pahit dari pokok lidah buaya. Lebih busuk dari bangkai. Lebih panas dari api. Allah swt namakannya sebagai Darie.” (Hadis riwayat Ibnu Mardawiyah – sanadnya lemah)

MAKANAN YANG SUKAR UNTUK DITELAN

Karena sesungguhnya pada sisi Kami ada belenggu-belenggu yang berat dan neraka yang menyala-nyala. Dan makanan yang menyebabkan tercekik di kerongkong dan azab yang pedih. (12 – 13 : al-Haqqah)
Ibnu Abbas berkata: “Makanan yang tidak boleh ditelan dan tersangkut di halkum. Tidak boleh turun ke perut dan tidak boleh dikeluarkan. Makanan ini adalah Gislin, Zaqqum dan Dharie.

KELAPARAN YANG MENYEKSAKAN

Abu Darda berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Dicampakkan rasa lapar kepada ahli neraka. Kelaparan yang mereka rasai menyamai azab yang mereka alami dalam neraka. Lalu mereka menjerit meminta tolong dan mereka pun diberikan Darie yang tidak menghilangkan kelaparan mereka. Lalu mereka menjerit meminta makanan dan mereka pun dibawa makanan yang menyebabkan mereka tercekik. Mereka teringat kalau tercekik didunia mereka hilangkan dengan air. Mereka pun meminta air minuman. Lalu mereka diberi air yang sangat panas dengan besi-besi panjang yang berkapala sabit. Muka mereka hangus terbakar apabila air ini menghampiri mereka. Segala isi perut terputus apabila masuk kedalam perut mereka.
Hadis riwayat Tirmizi dengan sanad yang lemah. Kebanyakan apa yang disebut dalam hadis ini ada disebut dalam ayat Quran dan Hadis sahih yang lain.
RUJUKAN:
Tafsir Qurtubi, Tafsir Ibnu Kathir, Tuhfatul Ahwazi, Sunan Tirmizi tahqiq syeikh Syuaib, Muntaqa oleh Dr Yusuf Qardawi, Tazkirah oleh Qurtubi, Buhur Zahirah oleh Imam as-Safirani.
Sumber: Bloggermuslim 


Tuesday, March 6, 2012

Projek 100 Bloggers | Bro Framestone

Mak Dara baru aje terbaca satu entry  dari blogger gojess Cik Lily Putih tentang Projek 100 Bloggers | Bro Framestone.. Wahhhh nampak menarik tertarik memang da bom.. Maka Mak Dara pun nak le mencoba.. 



Untuk projek ini Bro Framestone akan mengumpulkan
  1. 100 blog Malaysia dan pemiliknya warga negara Malaysia.
  2. Blog yang mempunyai trafik dalam 500 uv dan keatas dalam sehari. (bukti statistik blog amat diperlukan)
  3. Blog berbahasa melayu atau english.
  4. Blog yang berkualiti (bukan copy paste & setiap post mendapat feedback yang menggalakan dari pembaca).
  5. Seminggu sekurang-kurangnya 4 kali blog di update.
  6. Tidak terikat dengan mana-mana syarikat pengiklanan.
  7. Dan sanggup memberi komitment dalam menjaya Projek 100 Bloggers
(bukti statistik blog Bicara Mak Dara)

Nak join? Mudah sahaja. Anda hanya perlu :-
  1. Promote projek ini di blog anda (dalam bentuk blog post – pastikan anda memenuhi syarat di atas), maklumat korang copy paste je la dari entry ini. Bubuh link ke entry ini dan juga borang pendaftaran.
  2. Kemudian isi borang ini.
  3. Tunggu feedback – email/call dari bro
  4. Jika layak, anda akan di pilih. Itu sahaja.
Hehe pic bro diatas telah mak kidnap dan kasi edit dan buat banner tu.. Harap bro tak marah ye hehe.. Fuhhh nebes juga mak dara .. Yelah.. dah le blog mak ni WORST BLOG OF THE YEAR.. layakkah terpilih nanti hehe...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK