Tuesday, March 20, 2012

Senarai Pelakon Popular 2012

Pagi tadi Mak Dara ada buat satu Segmen iaitu segmen JIKA AKU PELAKON POPULAR dan syukur alhamdullilah ada juga yang sudi joinkan diri.. Meh kita lihat senarai bakal bakal PELAKON POPULAR 2012

 

Perghhhhh memang best best betul jawapan yang mereka berikan sekiranya mereka bergelar PELAKON POPULAR.. Nak tahu? Jom terjah kesemua senarai di atas jom!!!

Terima kasih kepada semua yg telah menyertai segmen mak ni ye.. You guys are the best!!!!


Siti Nur Fatihah Diculik

Baru sahaja kita dikejutkan dengan kehilangan dan kematian kanak akanak malang Dirang.. Kali ini kita dikejutkan lagi dengan kehilangan adik Siti Nur Fatihah yang dikhuatiri telah diculik semalam.

 

Adik Siti Nur Fatihah dikatakan telah keluar untuk membeli reload coupon telefon di sebuah kedai berdekatan bersama dua orang adiknya namun tiba tiba sebuah kereta tiba tiba berhenti sebelah mereka dan seorang lelaki keluar dari kereta itu dan terus menarik adik siti masuk ke dalam kereta itu secara paksa. Adik siti menjerit meminta tolong . Kedua adiknya cuba membantunya namun tidak berjaya. Difahamkan kereta yang digunakan oleh penculik untuk menculik adik Siti adalah sebuah kereta Honda berwarna Ungu gelap dan dipandu oleh seorang wanita. Kejadian berlaku di Taman Tas.

Mak Dara tak pasti jika adik Siti telah ditemui atau belum.. Tapi jika belum...pada sesiapa yang ada maklumat atau terlihat kanak kanak ini silalah hubungi pihak polis atau ahli keluarga adik Siti secepat mungkin di talian parents at 019-9813361 and 019-9897807.

Sila copy and share entry mak ini jika mahu membantu ya..


JIKA AKU PELAKON POPULAR

As salam duhai teman.. Haaa buat masa dan ketika ini mak dara sedang menulis sebuah skrip terbaru mak bertajuk "BISIKAN HAJAR ASWAD" dan tatkala ini juga idea agak kering.. Makanya mak nak bikin segmen dulu lepas tu baru sambung buat skrip.. Namun segmen pun ada kene mengenalah dengan industri perfileman hehe.. Ok segmen Mak Dara kali ini ialah " JIKA AKU PELAKON POPULAR" haaa nak join? senang aje.. Tengok le apa yang perlu dibuat dibawah ye..

pic oleh Adza Rinawati & Adza Edie Izwan (adik2 mak dara hehe)


1. Buat satu entry dan letak kan tajuk : JIKA AKU PELAKON POPULAR dan tepekkan header mak sekali ye hehe
2. Sila jawap soalan soalan berikut.. JIKA AKU PELAKON POPULAR....
* Nama glamour anda di dalam dunia perfileman
* Genre filem yang anda mahu lakonkan.. seram,aksi, cinta dll?
* Watak yang diidamkan? 
* Siapakah yang anda mahu menjadi Hero atau Heroin untuk berlakon di samping anda dalam filem itu?

senang je kan segmen Mak Dara ni.. lg senang dari buat meggi kan hehehe.. Join jangan tak join yer.. Meh nak tengok macam mana ropanya jika Anda seorang pelakon popular =)


Tarikh tutup petang karang.. Nanti mak akan senaraikan semua peserta yang join segmen ini di satu entry istimewa ye =)


Monday, March 19, 2012

Worls Blogger & Social Media Awards 2012

As salam duhai teman.. 

Haaa hari ini baru Mak Dara ada kelapangan untuk menulis full entry mengenai World Blogger And Social Media Award yang telah Mak Dara hadiri pada minggu lepas.. Syukur alhamdullilah Mak Dara telah berjaya menggondol anugerah WORST BLOG OF THE YEAR...

Ramai yang tanya mak kenapa WORST? Dan di dalam kategori itu mak ada tulis alasan kenapa mak masuk kategori itu dan ianya berbunyi..

This blog is own by old lady name Adza Irdawati
or I call myself as "Mak Dara"
to make things worst im FAT!!!!
now tell me the truth who really wants to reads a blog from
an old and triple XL lady with the history of meroyan..

Hehe ok tak alasan mak tu hehe.. lagipun bila difikir balik kalau semua masuk dalam kategori the best habis siapa yang nak masuk kategori the worst ye dak hehe.. Dan di sini mak cuba nak buktikan bahawa tidak semua yang WORST itu "busuk" bak kata Sheila Rusli.. I wanna brings AWESOMENESS to the WORST.. =) Ok meh Mak Dara sharekan gambar gambar sekitar majlis World Blogger And Social Media Award itu ya.. Layanzzzz

Di Sunway Putra Hotel @
Sempat lagi Mak update blog sebelum keluar dari bilik hotel 

 
Baru sampai terus posing dulu haha

 
Bertemu dengan Blogger otai Adik Eqbal Zack

 

 
somi Mak Dara Martias Ali letih berdiri ehehehe

 
Pertemuan dengan Cik Bihah dan Fatin Liyana dan Ibunya =)

Ramaiiii bebenor blogger otai yang hadir pada malam itu.. Dirimak terasa sungguh kerdil tatkala itu.. Tapi amat terkejut dengan ke sweetan blogger Fatin Liyana yang sungguh humble dan chomell itu.. Sedikit pun tak sombong dan dibibir tidak lokek dengan senyuman.. Sweet sangat sangat.. Lepas dah berjumapa dan minggle minggle dengan para blogger. Kami diminta untuk memasuki dewan.

 
keadaan di dalam dewan

 
pentas 

 
Mak Dara duduk di meja bernombor 4 utk para penerima award =)

 
Wahhhh dah siap nama mak huhuu

 
ketibaan Dato Seri Utama Dr Rais Yatim bersama isteri

 
Dato Seri Utama Dr Rais Yatim  sedang memberi ucapan

Dan yang paling mengejutkan Mak Dara tatkala Dato Seri Utama Dr Rais Yatim mulai bercakap mengenai AWARD kategori WORST BLOG O THE YEAR.. ANtara kata katanya.. He or She who wons this award is very smart person.. Ohhhh time tu rasa macam nak luruh jantung dibuatnya... Rasa sungguhhhh terharu dengan kata kata dari Dato Seri itu.. Syukur....

 
seorang wartawan sdg interview mak =)

 

Mak menjadi semakin nervous apabila masa utk mengambil award semakin hampir.. Dan apabila nama Mak disebut.. Kaki mulai menggeletar untuk berjalan dan menaiki pentas

 
Getaq kaki nak naik pentas hahaha

 

Ketika menerima award dari Dato Seri terdengar dia berbisik pada Mak.. "very smart.. very very smart" Waduhhhh macam tak percaya apa yang didengar di telinga mak pada ketika itu.. Coming from somebody like him it is an honor!!!!!!!

 
Nak turun stage pun getaq masih belom habis hahaha

 
sedang bergossip dengan Fatin Liyana hehehe

 

Di akhir acara semua pemenang diminta untuk naik kepentas untuk sesi fotografi bersama Media.. Maka mak pun naik le ke pentas...


Semua pemenang diminta berdiri di belakang kerusi VIP.. Tiba tiba President MSMW telah memanggil " Where's the worst blog of the year?" time tu mak menjadi bertambah getaq.. Mak angkat tangan perlahan dan cakap" Yes sir"... Bertambah terkejut mak apabila presiden MSMW meminta mak untuk duduk di sebuah kerusi yang telah disediakan pada mak.. Erkkkkk sampai mak bertanya "Are you sure sir? Dia ketawa dan terus panggil mak kehadapan.. 

 
Mak baru duduk di kerusi yg telah tertera nama mak huhu

 

 

 

 

 
kerusi yg telah disediakan untuk mak di atas pentas itu

 

 

 
Mak Dara bersama Ultimate

 
Mak Dara dan Adik Eqbal Zack

 
Mak Dara bersama orang kuat MSMW

 
Mak Dara sedang ditemuramah oleh wartawan =)

 
 

Waduhhhhh rasanya ini adalah antara entry Mak Dara yang paling memaparkan gambar yang paling banyak.. Harap harap tiada yang muntah pink pening dek kerana layan tengok gambar gambar mak ini ya.. Apa apapun Mak Dara ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga MSMW atas segalanya.. U guys are AWESOME.. Kepada teman teman blogger yang temui malam itu terutamanya Eqbal Zack, Cik Bihah dan Fatin Liyana.. u guys are sooo cool.. hope to see you guys again... Kepada semua teman teman yang telah vote mak dara dan support mak.. Jutaan terima kasih mak ucapkan.. Tanpa anda siapalah mak dara kan... Sayang korang ketat ketat.. Muahhhhhhhh


RTM Oh RTM

Nak pegi RTM.. Nak Pegi RTM... Nak pegi RTM.. Nak Pegi RTM... hehehe kalau orang dulu dulu nak kena carik kayu pepagi ni.. Mak Dara pulak kena pegi RTM bersama somi dan adik Mak Dara Adza Emie.. Blogging blogging jugakkan tapi kerjaya kami sebagai penulis skrip harus diutamakan kan hehe..

Maka nya pagi ni Mak dara and the team akan membentangkan kertas kerja dan proposal kami untuk sebuah rancangan majalah 13 episod bertajuk WARNA WARNI HIJAB KOMUNITI terbitan Puan Zay Haji Dato Basalie dari Widw Angle Filem Production Sdn Bhd.. Haaa kerja penulis ni bukannya mudah.. Bukan main ketuk ketuk aje keyboard dah dah siap skrip oh tidak.. Kena perahkan otak bikin proposal.. kemudian bentangkan pada panel panel RTM kemudian kena yakinkan mereka bahawa program yang bakal disiarkan ini bagus.. Barulah yang terakhir menunggu keputusan pihak RTM lulus atau tidak. Kalau lulus barulah proses penulisan skrip dijalankan .. Susah jugak kan hehe..

Ok wish us luck ya.. Dah nak kene keluar dah ni sesi pembentang dihadapan panel panel akan berlangsung pukul 10:30 pagi nanti..

Sunday, March 18, 2012

Bila Ben Ashaari tanya aku

BEN ASHAARI

Wahhhh dah lama Mak Dara tak masuk segmen adik Ben ni.. Malam ni segmennya mengenai persekolahan.. Ya ya.. Mak Dara dah lamaaa meninggalkan zaman persekolahan namun anak anak Mak Dara ada 4 orang semuanya yang bersekolah.. Jadi agak relevan lah untuk Mak Dara joinkan diri kan hehehe.. Senang aje untuk join segmen ni cuma jawab satu soalan.. Dan soalannya berbunyi....

Apakah perkara yang paling membosankan anda bila dengar ESOK SEKOLAH ? Mengapa ? “

Ok bagi mak perkara yang paling membosankan bila dengar ESOK SEKOLAH ialah apabila time anak anak baru last minit nak buat homework yang cikgu bagi dah lama dulu.. Saja je tunggu last last minute baru nak buat.. Lagi satu ialah bila nak cari barang barang sekolah.. Ha mulalah hilang itu dan ini.. pensel lah.. pemadam lah.. Mula lah dok berebut barang barang sekolah dengan abang ngan adik adik .

Haa senang je kan segmen ni.. Jom join ramai ramai.. Klik di SINI untuk menyertainya ya..



Oh Mak Gayah.. Mak Dara Di Entry Fatin Liyana...

Waduhhh patutlah mak dara heran kenapa le dari semalam banyak benor orang masuk ke blog mak.. Rasanya semalam seperti hari hari yang biasa blog mak dipenuhi dengan entry meroyan mak aje takdelah entry seo ke apa kan..Pelik.. maka mak pun siasat.. Rupa rupanya setelah di belek.. diteliti dan dikaji.. perghhhh bunyi macam rumit je kan.. Baru mak terbaca di blog Fatin Liyana yang chomellllll itu terdapat entry mengenai Blogger & Social Media Awards 2012 dimana mak dara juga turut hadir di acara gilang gemilang tu dan nak pula dijadikan bestnya bila mak dan fatin duduk semeja dan kerusi sebelah menyebelah aje... Kesianlah juga dengan Fatin sebab kena layan kerenah "meroyan" mak ni malam tu.. Maaflah.. mak ni kalau dah mula bercakap susah nak stop hahahaha...

dari kiri Ibu Fatin, Fatin Liyana, Cik Bihah dan Mak Dara

Bercerita tentang Ibu Fatin pula... Ohhh Mak gayahhhhhh... Sweet dan humble benar orangnya.. Baru tahu ke"sweet"an Fatin pastinya datang dari ibunya hehe.. Ibu fatin nampak sungguh awet mudaaa... Mula2 ingatkan kakak fatin rupanya ibunya.. Fuhhh kena minta petua dari Ibu Fatin untuk awet muda ni hehe



dari kiri Mak Dara, Fatin Lityana Shahabudeen Jalil, dan isteri

Waduhhhh sweetnya kata kata Fatin pada Mak Dara di entry itu.. Naik kombang bermangkuk mangkuk mak dibuatnya hehehe... Terima kasih Fatinnn... Harap harap kita dapat jumpa dan berborak lagi ye.. Dan tahniah sekali lagi atas kemenangan BEST CELEBRITY BLOG..

Nak baca tentang entry yang mak maksudkan? Klik di SINI ye.. =) Nantikan entry penuh mak mengenai Blogger & Social Media Awards 2012 ya..


Saturday, March 17, 2012

Shooting ANAKKU RAZALI

Pada tika dan saat ini sedang berlangsungnya shooting penggambaran short film ANAKKU RAZALI .. Short film ini adalah projek adik mak dara bersama teman temannya.. Diorang menggunakan rumah Mak Dara sebagai lokasi penggambaran mereka.. Jom layan gambar gambar mereka yang sedang shooting ni jomm....







anak teruna mak pon ada belakon sekali hehe




Adoiiii.. Pecah perut mak dengan lakonan diorang yang tak hengatttt ni.. Asyik cut je sebab semua sakan dok bantai gelak.. Mau sampai pagi karang baru habis shoot ni hehe.. Antara yang turut membintangi short filem ini ialah anak mak dara Adza Haiqal dan Mohd Hanifah..

Sebenarnya Adik mak dara iaitu Adza Edie ni memang suka buat short film.. Banyak dah videonya telah diupload di youtube.. Antaranya ialah seperti video di bawah..


Kiranya ini adalah projek short filmnya yang ke 20 lebey kot.. Nanti bila dah siap edit semua.. Mak Dara akan sharekan videonya bersama anda ye...



THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK