Friday, March 23, 2012

PUTERI SALAMIA Episod Ke 3

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Drama PUTERI SALAMIA episod ke 3 sedang ditayangkan sekarang (pada pukul 3 petang) di RTM 2.. Pada sesiapa yang terlepas menonton episod pertama dan kedua tu takpe.. Boleh je terus nonton episod ke tiga ni.. hehe




 



Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/



Pelakon Adik Shafimie Saedon Buat Mak Dara Terharu...

As salam..Waduhhhhh terharu betul lah Mak Dara dengan pelakon Shafimie Saedon ni.. Anda kenal dengan beliau?Mestilah kenal kan...  Kejap kasi up gambornya ye...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/185920_203642946318184_100000174402008_895434_3905241_n.jpg 
Inilah dia Fimie..

Part mana yang membuatkan Mak Dara terharu? Part  dimana bila pagi tadi Adik Fimie telah postkan sesuatu di FB anak teruna mak si Adza Haiqal . Dan dia tulis.... 


Alaaaa sooooo sweettttttt.... Ya Adik Fimie memang ada berlakon dalam salah satu skrip yang mak dara tulis iaitu sebuah drama bertajuk CUCU SEORANG PRIMADONA di mana beliau berlakon menjadi cucu kepada seorang diva dan primadona zaman 60an lakonan Wan Maimunah.. 




Waduhhhhh rasa amat berbesar hati bila kerja kita dihargai kan.. Bukan semua penulis skrip dihargai.. Ye lah orang belakang tabir la katakan hehe.. Terima kasih Fimie.. Mak memang sukaaaaaaa sangat lakonan mantap fimie dalam drama tu.. Sungguh memberi impak yang mendalam. Penghayatan dan lakonan fimie melebihi dari yang dibayangkan oleh mak semasa penghasilan skrip drama ini.. Semoga kita dapat bekerja sama dalam drama drama yang akan datang.. Semoga terus suksessss ya...


Sambungan Sekuel Filem Adnan Sempit 2 Mungkin Hingga ke ‘Adnan Sempit 10"

Adnan Sempit 2 telah pun ditayangkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia baru baru ini . Difahamkan bahawa filem ‘Adnan Sempit 2’ telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi filem sekuel pertama yang mendapat kutipan lebih tinggi, mengatasi filem pertamanya. Fuhhhh masyukkkkkk le syarikat MIG ni kan hehehe... 


 

Gembira dengan kutipan box office yang diterima  Mejar David Teo telah pun memulakan penggambaran untuk filem ‘Adnan Sempit 3’ pada 17 Mac lalu dan sekiranya ia juga mendapat sambutan yang baik daripada penonton, tidak mustahil sekuelnya akan berterusan sehingga ke ‘Adnan Sempit 10’,” ujarnya penuh keyakinan. Ini lah yang baru mak dara baca dari majalah Media Hiburan . Fuhhhh Adnan Sempit 10.. Pasti time tu dah cerita mengenai anak anak Adnan atau kisah cucu cucunya pula yang merempit kan hahaha..

Mak Dara dah tengok filem ni... Anda dah tengok? Apa komen anda mengenai filem ini?


Jemputan ke Press Conference of DiGi WWWow Awards 2012

As salam duhai teman.. Waduhhh super exitednya mak pagi ini apabila menerima satu email dari pihak DiGi. Mereka telah menghantar jemputan untuk Mak menghadiri  Press Conference of DiGi WWWow Awards 2012 pada Sabtu ini..


Sebelum ini Mak telah menerima jemputan ke acara official soft launch Digi.. Tak sangka pulak turut menerima untuk press conferrencenya =)


Terima kasih kepada pihak DiGi atas jemputan jemputan ini.. Kompom mak akan sampai punya ehehe.. Ada sesiapa lagi yangpergi ke acara ni? Jumpa anda di sana ya....


Thursday, March 22, 2012

Benarkah Timeline Facebook Akan Berkuat Kuasa Pada 29hb March 2012

Sudah ramai yang telah bertukar ke TIMELINE di facebook kan.. namun mak dara antara yang tegar yang masih tidak mahu berubah.. Ketegaq kata orang Kedah hahaha.. Namun pagi tadi bila mak bukak aje facebook mak terkejut apabila facebook mak kelihatan seperti dibawah.. Namun mak belum lagi tekan butang publish...


Namun tertera "Click Publish Now or wait until your timeline goes live on March 29" Adakah ini bermakna tak kira jika kita mahu atau tidak.. Timeline Facebook akan tetap berkuat kuasa pada 29hb March 2012 ini?

Oh tidakkkkkkkkkk.. Mak memang tak suka benar dengan feature timeline ni.. Hmmm makin banyak lah masa mak di blog berbanding di fb nanti huhu..


Ini Link Saya.. Sila Promote!

Hari ni Mak Dara nak cuba promote blog uols secara lintas langsung.. Nak sertai? Senang aje Tinggalkan url link anda di komen box di bawah.. Dan Mak akan masukkan dalam senarai list di bawah entry ni. Terbuka hanya sampai pukul 3:30 petang aje.. Tapi semua yang join diminta untuk terjah menerjah ke semua yang telah mak senaraikan ok. Harus terjah tau! hehe Pada yang tak join boleh le blogwalking ke blog blog yang akan mak senaraikan tu ye.. Ok jom mulakan =)

1) http://notamanjaku.blogspot.com/
2) http://notamanjaku.blogspot.com/ 
3) www.nurul-izwa.blogspot.com
4) http://ladybirdakaluply.blogspot.com/
5)  http://prettywrite.blogspot.com/
6) http://iranadhiraversion.blogspot.com/
7) http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/
8) http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com
9) http://www.mialiana.com
10) http://dabelaa.blogspot.com/ 
11)  http://crystlirish.blogspot.com/
12) http://memorifd.blogspot.com/
13) http://www.nraihana.blogspot.com
14)  http://www.mynameisaimii.blogspot.com
15) www.eerashera.blogspot.com 
16) http://kayyana85.blogspot.com
17) http://queenofbuttefly.blogspot.com
18) http://masrinasidek.blogspot.com/
19)  http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/
20)  http://puangojes.blogspot.com 
21) http:lieynanilaz.blogspot.com
22) http://yanayassin.blogspot.com


* Kini tepat jam 3:30 petang maka masa telah tamat.. 
Terima kasih kepada 22 blogger yang sudi join ye.. Saja je mak nak try buat dalam masa yang singkat setengah jam aje.. nanti nanti buat yang lama sikit ye hehe.. Saja nak test tengok Ok seperti yang telah termaktub kini masanya untuk acara terjah menerjah!! semoga ukhwah terjalin antara kita ye...


Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik.. Errrrk What?

Waduh terkedu dan terkejut Mak Dara tat kala melihat satu iklan di surat khabar semalam.. Kenapa? Moh lihat sama sama...

Dialaog suami 68 tahun:
"Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik Tonik ini lelaki punya selera
Kalau dari dulu ada tonik tenaga batin macam ni. 4 dah bini abang"

Dialog isteri pertama 63 tahun:
"Dah takdir, buat apa nak sedih. Suami sayang dengan Mak ngah 
dapat cucu dapat madu.. redha je lah. Mak ngah nak payung emas
kat syurga nanti"

Dialog isteri kedua 48 tahun:
"Sayang.. makan sekedar perlu aje tonik tu..!! 
Risau saya abang kahwin lagi"

Mak Dara tak mahu komen lebih lebih mengenai produk ini.. Ini iklan mereka.. ikut suka hati mereka lah bagaimana mereka mahu mengiklankannya tapi mak cuma tak setuju part "Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik" ..  Kalau semua suami berfikir begini maka banyaklah kes kelaparan para isteri dan keluarga kerana si suami asyik pentingkan tonik dari beras untuk keluarganya... Tiadakah cara yang lebih baik untuk iklankan produk... adoiiiaiiii


Wednesday, March 21, 2012

Panjang umur jika memeluk isteri setiap hari

Sebentar tadi Mak Dara baru je baca salah satu post dari teman facebook mak dan mak terpanggil untuk sharekan bersama anda... Mengenai seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI akan panjang umurnya LIMA TAHUN.

 


Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan.

“Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk ENDORFIN yang baik untuk kesihatan tubuh"


Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah.....


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan.


Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah S.A.W.


Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri.


“Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan peluk isterinya lebih kerap,”

Rajin2lah peluk isteri anda sekelian....

HARI HARI TERAKHIR SEORANG PEREMPUAN

As salam duhai teman.. kalau sudi tontonlah drama bertajuk HARI HARI TERAKHIR SEORANG PEREMPUAN yang sedang ditayangkan di ASTRO OASIS sekarang.. Skrip drama ini telah ditulis oleh suami Mak Dara iaitu Martias Ali dan drama ini telah memenangi beberapa award di Anugerah Seri ANgkasa pada 2006. Antara award yang dimenangi ialah DRAMA TV TERBAIK , Pelakon Pembantu Lelaki TV Terbaik- lakonan Sharonizam . Pelakon Wanita TV Terbaik lakonan Safura dan juga Pengarah Drama TV Terbaik - Jurey Rosli... Rasanya ini antara karya masterpiece somi mak hehe





gambar diatas adalah antara babak yang paling mak dara suka ialah apabila seorang pelacur yang insaf dan mahu sembahyang di bilik di mana berlaku semua kemungkaran...lalu menyamak bilik itu ..lakonan safura

Kalau sudi jom le tonton ramai ramai jommmm...

DOODLE PELAJAR SEKOLAH

As salam.. Hari ni Mak Dara nak berikan Doodle untuk pelajar perempuan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah ye.. Doodle pelajar lelaki mak belum sempat nak buat hehe...  Sila lah kidnap jika ada yang berkenan ye...

 






Jika sudi ambik lah tanpa was was ye.. Cuma kasi le link ke blog mak ni ye tu jer.. =)




KEYWORD Panassss Untuk Hari Ini

Mak Dara sesungguhnya dan sejujurnya tidak arif langsung tentang SEO SEO ni tapi Mak Dara mendapat Tips dari seorang Otai blogger seo tapi namanya tidak mahu disebut mak atas permintaannya hehe .. Bagus juga hatinya yang mahu membantu blogger baru dan picisan macam mak ni.. Jadi bila diberitahu.. Mak pun nak kongsikan dengan anda.. Buat apa nak simpan sorang sorang kan.. Bak kata teman mak ni tak bawa ke kubur pun.. Waduhh kalau lah semua orang baik hati dan berfikiran sepertinya pasti dunia blogging akan lebih maju.. Ok sudah lah pot pet pot pet.. Mari mak sharekan keyword panassss untuk hari ini mengikut teman mak dara itu ye..

KEPUTUSAN SPM 2012
KEPUTUSAN TERKINI SPM 2012
SPM 2012
RESULT SPM 2012
SEMAK KEPUTUSAN SPM 2012
STATISTIK KEPUTUSAN SPM 2012
SEMAKAN SPM 2012
SPM RESULT 2012

Kepada pakar seo sila abaikan entry mak ni hhahaha . Kepada teman blogger baru macam mak cubalah kalau mahu ya.. Itulah yang diberitahu kepada mak.. Katanya jika mahu carian terus ke blog anda gunakanlah keyword ni di dalam entry you hari ini.. Tapi bukannya tulis keyword tu aje tulis le sekali dengan entry yg berinformasi yang berkaitan dengan spm ye.. Karang kalau letak keyword aje tapi pengisian takde kena mengena dengan spm karang orang geram pulak kan haha...   Betul jugak kan hari ini kan result spm keluar.. Mesti ramai yang search kan.. Hmmmm Mak cuma share apa yang mak tahu je..Cuba lah try test  tengok ye.. Kepada para otai SEO tolong jangan ketawakan mak ye.. hehe

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger

Perghhhhhhh.... Bukan 5 ringgit.. Bukan 50 ringgit.. bukan lima ratus ringgit tapiiiiiiiiii....

Wang Tunai RM5000 untuk Blogger 
Janganbetulkan mata anda ye.. Memang benar apa yang anda baca itu.. Sempena ulang tahun ke 2 Blogger Wanita.. mereka menawarkan RM5000 Ringgit Malaysia kepada para blogger!!!!!!! Siapa tak mahu kan.. Kalau nak tunggu duit nuffnang maunya bertahun tahun jugak tu kan hehehehehe

Apa yang perlu dilakukan? 
Program Wang Tunai RM5000 ini hanya dibuka untuk 100 blogger terawal yang berdaftar sahaja. Cara berdaftar adalah rakan blogger hanya perlu buat post tentang program RM5000 dan linkkan ke laman post ini dengan tajuk “Wang Tunai RM5000 untuk Blogger”. 

100 blogger yang terpilih akan bersaing sesama mereka untuk menjadi Top 10 Referrrel ke blog ini iaitu 10 blog yang membawa trafik tertinggi ke blog BloggerWanita.com dengan mengikut pengiraan Google Analytic. Saingan rakan blogger tidak banyak untuk berpeluang mendapatkan wang tunai ini. 

Jadi apa tunggu lagi.. Moh le mencuba nasib... Klik di SINI untuk menyertainya ok.. 


Tuesday, March 20, 2012

Senarai Pelakon Popular 2012

Pagi tadi Mak Dara ada buat satu Segmen iaitu segmen JIKA AKU PELAKON POPULAR dan syukur alhamdullilah ada juga yang sudi joinkan diri.. Meh kita lihat senarai bakal bakal PELAKON POPULAR 2012

 

Perghhhhh memang best best betul jawapan yang mereka berikan sekiranya mereka bergelar PELAKON POPULAR.. Nak tahu? Jom terjah kesemua senarai di atas jom!!!

Terima kasih kepada semua yg telah menyertai segmen mak ni ye.. You guys are the best!!!!


Siti Nur Fatihah Diculik

Baru sahaja kita dikejutkan dengan kehilangan dan kematian kanak akanak malang Dirang.. Kali ini kita dikejutkan lagi dengan kehilangan adik Siti Nur Fatihah yang dikhuatiri telah diculik semalam.

 

Adik Siti Nur Fatihah dikatakan telah keluar untuk membeli reload coupon telefon di sebuah kedai berdekatan bersama dua orang adiknya namun tiba tiba sebuah kereta tiba tiba berhenti sebelah mereka dan seorang lelaki keluar dari kereta itu dan terus menarik adik siti masuk ke dalam kereta itu secara paksa. Adik siti menjerit meminta tolong . Kedua adiknya cuba membantunya namun tidak berjaya. Difahamkan kereta yang digunakan oleh penculik untuk menculik adik Siti adalah sebuah kereta Honda berwarna Ungu gelap dan dipandu oleh seorang wanita. Kejadian berlaku di Taman Tas.

Mak Dara tak pasti jika adik Siti telah ditemui atau belum.. Tapi jika belum...pada sesiapa yang ada maklumat atau terlihat kanak kanak ini silalah hubungi pihak polis atau ahli keluarga adik Siti secepat mungkin di talian parents at 019-9813361 and 019-9897807.

Sila copy and share entry mak ini jika mahu membantu ya..


JIKA AKU PELAKON POPULAR

As salam duhai teman.. Haaa buat masa dan ketika ini mak dara sedang menulis sebuah skrip terbaru mak bertajuk "BISIKAN HAJAR ASWAD" dan tatkala ini juga idea agak kering.. Makanya mak nak bikin segmen dulu lepas tu baru sambung buat skrip.. Namun segmen pun ada kene mengenalah dengan industri perfileman hehe.. Ok segmen Mak Dara kali ini ialah " JIKA AKU PELAKON POPULAR" haaa nak join? senang aje.. Tengok le apa yang perlu dibuat dibawah ye..

pic oleh Adza Rinawati & Adza Edie Izwan (adik2 mak dara hehe)


1. Buat satu entry dan letak kan tajuk : JIKA AKU PELAKON POPULAR dan tepekkan header mak sekali ye hehe
2. Sila jawap soalan soalan berikut.. JIKA AKU PELAKON POPULAR....
* Nama glamour anda di dalam dunia perfileman
* Genre filem yang anda mahu lakonkan.. seram,aksi, cinta dll?
* Watak yang diidamkan? 
* Siapakah yang anda mahu menjadi Hero atau Heroin untuk berlakon di samping anda dalam filem itu?

senang je kan segmen Mak Dara ni.. lg senang dari buat meggi kan hehehe.. Join jangan tak join yer.. Meh nak tengok macam mana ropanya jika Anda seorang pelakon popular =)


Tarikh tutup petang karang.. Nanti mak akan senaraikan semua peserta yang join segmen ini di satu entry istimewa ye =)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK