Sunday, March 25, 2012

Ogy Ahmad Daud Menerima Panggilan Ugutan Kerana Mentor

Kronterversi telah melanda sebuah rancangan realiti yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Mentor . Difahamkan bahawa Kak Ogy Ahmad Daud telah menerima panggilan ugutan dari seorang lelaki yang mahukan beliau untuk mengundur diri dari menjadi mentor di rancangan itu. Waduhhhh panasssss betullll..


Namun surprisingly Kak Ogy menerima itu sebagai satu cabaran dan tidak mudah melatah. Difahamkan bahawa Kak Ogy telah pun memaklumkan mengenai ugutan itu kepada penerbit mentor iaitu En Sufian Isa .

Semoga tiada lagi ugutan dilemparkan kepada kak Ogy dan semoga Kak Ogy terus tabah menghadapi cabaran menjadin anak seni ini ya.. 

Selamat Bertunang Irma Hasmi

Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmi kerana telah melangsungkan pertunangannya pada 24 hb mac yang lalu bersama seorang ahli perniagaan Rezza Shah Azmeer Datuk Mohd Redzuan.

 
pic oleh google

Irma kelihatan manis tatkala mengenakan busana berwarna biru dan putih pada hari pertunangannya itu.

Teringat kembali pertemuan Mak Dara bersama irma pada penghujung tahun lepas di NZ Garden KL. Irma datang bersama teman rapat Mak Dara dan di sana kami berkenanalan.. She is sooooo sweet and so humble and very down to earth..

 
Mak Dara dan Irma Hasmi

Sekalung tahniah diucapkan kepada Irma dan juga pasangannya Rezza semoga jodoh mereke kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu dan hingga ke syurga amin....



Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya Secara Live di PROPAGANZA

Episod pertama Rancangan Propaganza telah berlangsung pada tengah hari tadi.. Rancangan ini telah dihoskan oleh Rezza Mohammed dan Marsha Londoh . Dan rancangan ini telah berlangsung dengan baik sekali namun tiba tiba Awal Ashaari telah masuk ke dalam set dan telah mengejutkan semua orang termasuk krew, pengacara dan terutama sekali kekasih hatinya Scha Al yahya dengan melutut dihadapannya dan memberikan Shya sekotak cincin.. Jelas kelihatan Scha sungguh terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Awal itu... Scha menganggap bahawa ini adalah salah satu dari babak di dalam rancangan ini namun tanggapannya meleset sekali apabila Awal menyatakan ia benar benar mahu melamar Scha sehingga kedua dua mereka menitiskan air mata..


 
pic oleh google 

Terdahulu sebelum bermulanya rancangan ini bermula, Awal ada menyatakan di lama twitternya bahawa dia akan melakukan satu kejutan di rancangan Propaganza itu namun merahsiakan apa yang bakal dilakukannya. Rupa rupanya beliau telah pun bersiap sedia untuk melamar Shca secara di rancangan itu dan ditayangkan secara langsung..

Tweet oleh Awal Ashaari

Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu..


Ah Wing - Malaysia's Number 1 Salesman

As salam duhai teman.. Hari ni Mak nak berbicara tentang Ah Wing - Malaysia's Number 1 Salesman. Oh no no no Mak Dara bukan lah nak menjual atau meniaga tapi nak bercakap tentang sebuah video yang telah diupload di laman Youtube di mana video ini telah menjadi terpanas dan ditonton oleh ratusan ribu orang dalam masa yang sangat singat. Anda pernah lihat video itu. Kalau belum mari lihat dibawah..



Mak Dara telah berkesempatan untuk bertemu dengan pengarah pelakon dan DJ Jini dari HITS FM iaitu pemilik JinnyboyTV di acara Press Confference DiGi WWWOW Award semalam.. 

 
dari kiri DJ Jini , Mak Dara dan Rueben (pengarah)

 
Mak Dara bersama Joseph Germani - pelakon

Mereka bermula bergabung membuat beberapa video pada penghujung akhir tahun lepas dan kini walaupun baru beberapa bulan sahaja video mereka telah menjadi antara video sensasi di youtube.. 

Ada banyak lagi video video yang best dan kelakar oleh mereka.. Jom layan video mereka di http://www.youtube.com/user/JinnyboyTV.. Jommmm



Saturday, March 24, 2012

Tua Tua Pun Nak Ada Report Card ngee

Sekarang ni musim anak anak bawa balik report card.. Teringat zaman mak dara sekolah sekolah dulu kalau ada merah merah aje dalam report card mulalah cuba sorokkan dari ayah Mak Dara tapi sebabkan ayah mak Dara tu sorang cikgu makanya dia memang dah masak sangat dengan alasan pelajar pelajar dan memang le siappppp anak anak dia yg bawak balik buku laporan yang ada tanda merah(fail) hehe.. Tapi dah tua tua ni mana ada report card lagi dah.. yang ada report pun page view aje lah.. Maka inilah report untuk blog mak dara dalam seminggu.. huhuhu

 
Adessss ada turun naikk kan hehehe.. Terima kasih ye pada yang sudi melawat mak dara di rumah tua tua ni erkkk di blog mak ni ye.. Datang dan datang le lagi yeee.... sayang kkorang ketat ketat..muahhhhhh


Ada Lembu Mak Dara Nak Jaga Parody

As salam duhai teman.. Mak Dara baru aje pulang dari DiGi WWWOW Award Press Conference and work shop yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga hampir pukul 4 petang.. Pelbagai bagai acara telah disediakan oleh pihak Digi termasuk PC workshop dari ramai ikon blogger, blogger dan blogger retis.. Antara yang ramai ramai tu.. Biar mak ceritakan dulu tentang pertemuan Mak Dara bersama team TWITTERJAYA.. Mereka ni lah yang buat video CINTA MUKA BULU dan ADA LEMBU NAK JAGA.. Haaa kompom anda semua dah pernah tengok video diorang kan.. Kelakar habis kan... Di acara itu juga semua yang hadir diminta membuat persembahan parody dimana Digi memberikan lagu dan para peserta kenalah tukar sikit lirik liriknya.. Errr persembahan kumpulan mak dara pon ada le buat persembahan tapi idok le mak mahu komen apa apa hahahaha minta minta lah pihak Digi tak uploadkan video kitaorang ke website mereka....Uwaaaaa...

Ok berbalik kepada Twitter Jaya.. Mak dara dapat bertemu dengan Alim (yg berlakon jaga lembu tu hehe dan his team.. Memang best dan sempoilah mereka ini..

Mak Dara dan Alim

Mak dara bersama geng Twitter Jaya dan para bloggers

Diorang ni memang muda dan amatttt talented.. Kisahnya mereka bertemu di laman twitter dan disana mereka bertukar tukar idea hinggalah mendapat idea untuk membuat video Cinta Muka Bulu hinggalah ke Video Ada lembu nak jaga... Perghhhh its an honour to meet them.. video tu dah lebih sejuta dah org view.. Terbaekkklah Twitter Jayaaaaa..

nantikan entry mak dara mengenai DiGi WWWOW Award lagi ya.. Tungguuu...Ok alang alang dah ada kat sini jom layan video mereka ADA LEMBU NAK JAGA jommmmm...




FAVE KAY POH - DiGi WWWOW AWARD 2012

Pada tika dan saat ini Mak Dara sedang berada di acara DiGi WWWOW AWARD 2012 yang berlangsung di D'House Subang Hi Tech Industrial Parck Shah Alam .. Mak Dara telah dicalonkan oleh pihak DiGi untuk kategori Fave Kay Poh hehehe.. Pergh dicalonkan bersama blogger blogger otai pulak tu waduhhhhhhhh hehehe



Mak Dara berada di sini bersama somi mak Martias Ali, anak Mak Adza Haiqal , sepupu akak Kak Girl, Anak buah akak Erin dan juga bersama teman blogger Mak Mia Liana

Mak akan updatekan semuanya mengenai acara ini dan mengenai DiGi WWWOW AWARD 2012.. Tungguuuuuuuu yaaaaaa


Mia Liana In Da House!!

Yeayyyy sebentar tadi teman blogger Mak Dara dan seorang blogger otai iaitu MIA LIANA baru tiba dari Johor... Mia dan Mak Dara akan ke acara  Reunion of DiGi WWWow Awards 2012. Macam tak percaya aje Mia berada di rumah mak .. Berparty tupperware lah kami pagi ni.. keh keh keh.. Tika dan saat ini kami tengah sakan update blog untuk di outopublish kan esok hari.. Al maklumlah esok seharian akan sibuk di event Digi tapi entry tetap mesti berjalan kan..

 
lappy Mak Dara dan Mia

Haaaaaa macam yang lihat di atas adalah lappy kami berdua .. Dah macam kat internet cafe kan hahahahahahahaha... 

Tak sabar untuk ke acara event Digi esok bersama Mia dan sepupu Mak Dara iaitu Kak Girl dan anak buah mak iaitu Erin... Ok lah jam dah pukul 2 pagi... tidur dulu ye.. good nite all...


Friday, March 23, 2012

PUTERI SALAMIA Episod Ke 3

As salam kepada semua sahabat.. Selamat berhari Jumaat.. Drama PUTERI SALAMIA episod ke 3 sedang ditayangkan sekarang (pada pukul 3 petang) di RTM 2.. Pada sesiapa yang terlepas menonton episod pertama dan kedua tu takpe.. Boleh je terus nonton episod ke tiga ni.. hehe




 



Bagi pengguna internet, you can watch via http://www.rtm.gov.my/tv2/



Pelakon Adik Shafimie Saedon Buat Mak Dara Terharu...

As salam..Waduhhhhh terharu betul lah Mak Dara dengan pelakon Shafimie Saedon ni.. Anda kenal dengan beliau?Mestilah kenal kan...  Kejap kasi up gambornya ye...

https://fbcdn-sphotos-a.akamaihd.net/hphotos-ak-snc6/185920_203642946318184_100000174402008_895434_3905241_n.jpg 
Inilah dia Fimie..

Part mana yang membuatkan Mak Dara terharu? Part  dimana bila pagi tadi Adik Fimie telah postkan sesuatu di FB anak teruna mak si Adza Haiqal . Dan dia tulis.... 


Alaaaa sooooo sweettttttt.... Ya Adik Fimie memang ada berlakon dalam salah satu skrip yang mak dara tulis iaitu sebuah drama bertajuk CUCU SEORANG PRIMADONA di mana beliau berlakon menjadi cucu kepada seorang diva dan primadona zaman 60an lakonan Wan Maimunah.. 




Waduhhhhh rasa amat berbesar hati bila kerja kita dihargai kan.. Bukan semua penulis skrip dihargai.. Ye lah orang belakang tabir la katakan hehe.. Terima kasih Fimie.. Mak memang sukaaaaaaa sangat lakonan mantap fimie dalam drama tu.. Sungguh memberi impak yang mendalam. Penghayatan dan lakonan fimie melebihi dari yang dibayangkan oleh mak semasa penghasilan skrip drama ini.. Semoga kita dapat bekerja sama dalam drama drama yang akan datang.. Semoga terus suksessss ya...


Sambungan Sekuel Filem Adnan Sempit 2 Mungkin Hingga ke ‘Adnan Sempit 10"

Adnan Sempit 2 telah pun ditayangkan di seluruh pawagam seluruh Malaysia baru baru ini . Difahamkan bahawa filem ‘Adnan Sempit 2’ telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila menjadi filem sekuel pertama yang mendapat kutipan lebih tinggi, mengatasi filem pertamanya. Fuhhhh masyukkkkkk le syarikat MIG ni kan hehehe... 


 

Gembira dengan kutipan box office yang diterima  Mejar David Teo telah pun memulakan penggambaran untuk filem ‘Adnan Sempit 3’ pada 17 Mac lalu dan sekiranya ia juga mendapat sambutan yang baik daripada penonton, tidak mustahil sekuelnya akan berterusan sehingga ke ‘Adnan Sempit 10’,” ujarnya penuh keyakinan. Ini lah yang baru mak dara baca dari majalah Media Hiburan . Fuhhhh Adnan Sempit 10.. Pasti time tu dah cerita mengenai anak anak Adnan atau kisah cucu cucunya pula yang merempit kan hahaha..

Mak Dara dah tengok filem ni... Anda dah tengok? Apa komen anda mengenai filem ini?


Jemputan ke Press Conference of DiGi WWWow Awards 2012

As salam duhai teman.. Waduhhh super exitednya mak pagi ini apabila menerima satu email dari pihak DiGi. Mereka telah menghantar jemputan untuk Mak menghadiri  Press Conference of DiGi WWWow Awards 2012 pada Sabtu ini..


Sebelum ini Mak telah menerima jemputan ke acara official soft launch Digi.. Tak sangka pulak turut menerima untuk press conferrencenya =)


Terima kasih kepada pihak DiGi atas jemputan jemputan ini.. Kompom mak akan sampai punya ehehe.. Ada sesiapa lagi yangpergi ke acara ni? Jumpa anda di sana ya....


Thursday, March 22, 2012

Benarkah Timeline Facebook Akan Berkuat Kuasa Pada 29hb March 2012

Sudah ramai yang telah bertukar ke TIMELINE di facebook kan.. namun mak dara antara yang tegar yang masih tidak mahu berubah.. Ketegaq kata orang Kedah hahaha.. Namun pagi tadi bila mak bukak aje facebook mak terkejut apabila facebook mak kelihatan seperti dibawah.. Namun mak belum lagi tekan butang publish...


Namun tertera "Click Publish Now or wait until your timeline goes live on March 29" Adakah ini bermakna tak kira jika kita mahu atau tidak.. Timeline Facebook akan tetap berkuat kuasa pada 29hb March 2012 ini?

Oh tidakkkkkkkkkk.. Mak memang tak suka benar dengan feature timeline ni.. Hmmm makin banyak lah masa mak di blog berbanding di fb nanti huhu..


Ini Link Saya.. Sila Promote!

Hari ni Mak Dara nak cuba promote blog uols secara lintas langsung.. Nak sertai? Senang aje Tinggalkan url link anda di komen box di bawah.. Dan Mak akan masukkan dalam senarai list di bawah entry ni. Terbuka hanya sampai pukul 3:30 petang aje.. Tapi semua yang join diminta untuk terjah menerjah ke semua yang telah mak senaraikan ok. Harus terjah tau! hehe Pada yang tak join boleh le blogwalking ke blog blog yang akan mak senaraikan tu ye.. Ok jom mulakan =)

1) http://notamanjaku.blogspot.com/
2) http://notamanjaku.blogspot.com/ 
3) www.nurul-izwa.blogspot.com
4) http://ladybirdakaluply.blogspot.com/
5)  http://prettywrite.blogspot.com/
6) http://iranadhiraversion.blogspot.com/
7) http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/
8) http://azlinamy-bigeyes.blogspot.com
9) http://www.mialiana.com
10) http://dabelaa.blogspot.com/ 
11)  http://crystlirish.blogspot.com/
12) http://memorifd.blogspot.com/
13) http://www.nraihana.blogspot.com
14)  http://www.mynameisaimii.blogspot.com
15) www.eerashera.blogspot.com 
16) http://kayyana85.blogspot.com
17) http://queenofbuttefly.blogspot.com
18) http://masrinasidek.blogspot.com/
19)  http://blueranger-theonlyone.blogspot.com/
20)  http://puangojes.blogspot.com 
21) http:lieynanilaz.blogspot.com
22) http://yanayassin.blogspot.com


* Kini tepat jam 3:30 petang maka masa telah tamat.. 
Terima kasih kepada 22 blogger yang sudi join ye.. Saja je mak nak try buat dalam masa yang singkat setengah jam aje.. nanti nanti buat yang lama sikit ye hehe.. Saja nak test tengok Ok seperti yang telah termaktub kini masanya untuk acara terjah menerjah!! semoga ukhwah terjalin antara kita ye...


Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik.. Errrrk What?

Waduh terkedu dan terkejut Mak Dara tat kala melihat satu iklan di surat khabar semalam.. Kenapa? Moh lihat sama sama...

Dialaog suami 68 tahun:
"Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik Tonik ini lelaki punya selera
Kalau dari dulu ada tonik tenaga batin macam ni. 4 dah bini abang"

Dialog isteri pertama 63 tahun:
"Dah takdir, buat apa nak sedih. Suami sayang dengan Mak ngah 
dapat cucu dapat madu.. redha je lah. Mak ngah nak payung emas
kat syurga nanti"

Dialog isteri kedua 48 tahun:
"Sayang.. makan sekedar perlu aje tonik tu..!! 
Risau saya abang kahwin lagi"

Mak Dara tak mahu komen lebih lebih mengenai produk ini.. Ini iklan mereka.. ikut suka hati mereka lah bagaimana mereka mahu mengiklankannya tapi mak cuma tak setuju part "Biar Kurang Beras Jangan Kurang Tonik" ..  Kalau semua suami berfikir begini maka banyaklah kes kelaparan para isteri dan keluarga kerana si suami asyik pentingkan tonik dari beras untuk keluarganya... Tiadakah cara yang lebih baik untuk iklankan produk... adoiiiaiiii


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK