Monday, March 26, 2012

TRAGEDI DOMINOS PIZZA


Waduhhhhh tengah panas panas cerita tentang staff KFC hari ni Mak Dara pula terkena dengan beberapa pegawai di DOMINOS PZZA area Wangsa Maju.. Ceritanya begini... 

Mak Dara telah menelefon dan membuat tempahan order pizza yang berjumlah RM37 dan dijanjikan oleh pihak dominos bahawa pizza akan sampai dalam masa setengah jam.. Namun sejam berlalu namun piza belum tiba. Maka Mak menelefon sekali lagi untuk bertanya kenapa pizza belum belum tiba dan pegawai bertugas berjanji akan memaklumkan pihak atasannya untuk menelefon mak kembali. 20 minit berlalu namun tiada panggilan diterima. Mak dara menelfon kali ketiga untuk membuat aduan dan diminta sekali lagi untuk menunggu panggilan dari mereka namun hampeh jua adanya. 

Mak menelefon beberapa kali lagi namun dimatikan panggilan mak begitu sahaja . Now it is not because of the pizza any more.. Mak betul betul menjadi marah kini.. Sudahlah anak mak demam dan tak lalu nak makan apa apa dia minta untuk makan pizza dan dominos pizza pulak buat hal begini.. Siapa tak marahkan...

Akhirnya setelah hampir 2 jam pihak atasan mereka menelefon namun sayangnya memberi alasan bahawa dominos menghadapi sedikit kesulitan. kesulitan?? Itu je??? Rasa rasanya alasan itu dapat menyelesaikan masalah mak. Dan cara mereka handle kes mak ini seperti mak meminta sedekah dari mereka dengan menelefon mereka berkali kali... Sedih sungguh dengan service macam ni.. Mak dah pun buat aduan kepada E-Aduan Pengguna. Semoga tiada lagi yang terkena macam Mak ni.. 


Namun ingin mak tekankan disini.. Mak hanya bengang kepada pegawai pegawai Dominos yang mengangkat panggilan dan yang menerima tempahan mak itu dan juga kepada pegawai atasan yang tidak menyelesaikan kes mak ni dengan cara yang berkhemah dan ia tidak ada kena mengena dengan pekerja pekerja lain di DOMINOS PIZZA itu ya harap maklum.


Eddie bekas suami nabila huda menjadi penyanyi


Rata rata mengetahui tentang kisah perpisahan antara puteri kesayangan Amy Search iaitu Nabila Huda dengan bekas suaminya Eddie kan.. Namun Mak Dara tidak mahu membicarakan tentang hal itu.. Soal jodoh ajal dan maut ini diytangan tuhan hanya DIA yang  menentukan.. Kita ni sebagai hambanya hanya mampu merancang kan..

Difahamkan bahawa Zaidy atau Eddie kini mula menjinakkan diri dalam dunia muzik tanah air dengan menganggotai kumpulan Tiga Swagger bersama Cat Farish, Bee.Ru dan Dj Krates.

Dengar ceritanya salah satu lagu dari Kumpulan TIGA SWAGGER ini telah menjadi salah satu lagu tema bagi drama APA CELOP.. Tahniah diucapkan.. Semoga Eddie terus suksess bersama kumpulan Tiga Swagger dan dalam kehidupan..



RUMAH MAWI DIROMPAK




Terkejut apabila menonton berita di BULETIN 1:30 di TV3 berita tentang rompakan yang berlaku di kediaman Mawi dan Ikin pada jam 4 pagi tadi. Difahamkan ketika kejadian Mawi, Ikin, anak kecil mereka Cahaya Malaika yang baru berusia 3 minggu serta ibu mertua mawi sedang nyenyak tidur.

Khabarnya Mawi telah diikat oleh perompak itu. Namun syukur alhamdullilah kesemua mereka selamat dan tidak diapa apakan. Dipercayai perompak telah berjaya melarikan barangan bernilai hampir 10 ribu ringgit.

Masyaallah nasib baiklah mawi dan keluarga terutamanya bayi yang baru dilahirkan dan Ekin yang masih berada dalam pantang tidak disakiti.. Wang boleh dicari namun nyawa lebih pentingkan.. Mak Dara doakan semoga mawi dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini dan semoga perompak itu dapat diberkas dengan segera. 


RABUNNYA CINTA

As salam duhai teman.. Tengah buat apa tu.. Kalau free free tu boleh le tonton drama RABUNNYA CINTA lakonan Johan Rajalawak, Angah Rajalawak dan tauke Rajalawak yang sedang ditayangkan sekarang di ASTRO saluran 105. 


Skrip drama bersiri ini adalah hasil karya Mak dara dan juga adik mak iaitu Adza Emie.. Pada yang di pejabat tu dan tak dapat menonton di TV takpeeee.. Mak Dara ada letakkan video video drama ini ketiga belas episod semuanya yang telah diupload di youtube untuk tatapan anda.. Enjoyyyy =)

Rabunnya Cinta Episod 1

Rabunnya Cinta Episod 2

Rabunnya Cinta Episod 3

Rabunnya Cinta Episod 4

Rabunnya Cinta Episod 5

Rabunnya Cinta Episod 6

Rabunnya Cinta Episod 7

Rabunnya Cinta Episod 8

Rabunnya Cinta Episod 9

Rabunnya Cinta Episod 10

Rabunnya Cinta Episod 11

Rabunnya Cinta Episod 12

Rabunnya Cinta Episod 13 (akhir)

KAKA Tidak Menumpang Populariti Ratu Rock Ella


Di corong corong radio kini kerap dimainkan lagu BAWAKU PERGI. Namun tahukah anda bahawa penyanyi lagu ini KAKA adalah anak saudara kepada Ratu Rock Ella.. Patutlah suaranya pun sedap seperti makciknya itu.. Di dalam lagu itu Kaka berduet bersama Zizan Raja lawak. Mari lihat biodata Kaka

Nama Penuh: Nor Atiqa Noor Azraff
Umur: 23 Tahun
Mula menyanyi pada umur 8 tahun
Single Terbaru: Bawaku Pergi (Feat Zizan Raja Lawak) 



Akui Kaka, meskipun minat menyanyi setinggi gunung namun dia mengambil masa yang lama untuk melangkah masuk ke lapangan seni suara. Salah satu alasannya, Kaka bimbang tidak mampu mengendalikan kontroversi kerana dia pernah melihat ibu dan ayah saudaranya, Ella & Korie dihambat dengan gosip menyakitkan. 

Setiap kali jika terdapat artis baru yang mempunyai pertalian darah dengan artis artis yang telahpun  popular, mereka selalu dicop sebagai menumpang populariti artis popular itu kan. Namun bagi Mak Dara perkara ini tidak berlaku pada Kaka ini kerana lagu Kaka telah diterima ramai dan lagu itu telah menjadi hits sebelum semua mengenali siapakah Kaka yang sebenarnya . Ini bermakna lagu yang dinyanyikan oleh Kaka amat bermutu dan tidak perlu menumpang populariti sesiapa.. All the best kepada Kaka semoga akan tampil dengan lebih banyak lagu hits...




DiGi WWWOW AWARD 2012

Assalammualaikum duhai teman.. Baru baru ini Mak Dara telah menerima beberapa email dari pihak Digi dengan beberapa berita gembira.. Satunya ialah apabila mereka menghantar email menyatakan pihak mereka telah memilih blog Mak untuk kategori FAVE KAY POH di DiGi WWWOW Award 2012. Keduanya apabila mereka menghantar email meminta mak untuk hadir di Press conference mereka dan juga bertambah bertuah apabila dapat menyertai bengkel yang telah diberikan oleh pihak Digi kepada hampir seratus blogger bertuah yang telah dijemput. Mak kesana bersama somi Martias Ali, anak mak Adza Haiqal, Sepupu Mak Kak Ani, anak buah mak, Erin dan teman mak Mia Liana.. Mari mak sharekan gambar gambar mak di sana ye..

 

baru tiba di D HOUSE

alien attacttttt hehehe

perghhh mak dara ada laaaa hehehe

mendengar penerangan dari org kuat DiGi

bersama Maria Elena.. Shee is superr coollll

bersama Nisa Kay yang sangatttt okkkkkkk hehe

bersama TWITTERJAYA dan teman2 blogger

DiGi WWWOW AWARD REUNION



Video photo session @ Reunion =)

Pendek kata acara yang dianjurkan oleh DiGi pada hari itu memang terbaekk.. Bertambah best bila dapat bertemu dengan ramai blogger blogger.. bloger retis seperti Maria Elena, Nisa Kay dan lain lain lagi... Kini difahamkan DiGi WWWOW AWARD telah terbuka kepada semua . Maknanya kini yang tidak dipilih awal oleh pihak digi juga boleh menominasikan blog anda untuk memasuki majlis anugerah yang sungguh berprestij ini.. So jangan lepaskan peluang ok..








Sunday, March 25, 2012

Video Awal Ashaari Malamar Scha Al Yahya di Propaganza

Satu Malaysia kini telah pun kecoh dengan lamaran yang telah dibuat oleh Awal Ashaari kepada kekasih hatinya Scha Al Yahya di rancangan Propaganza siang tadi.. Ada yang melihat saat saat manis dan detik detik romantik itu dan ada juga yang tidak berpeluang untuk melihatnya.. Namun jangan gusar.. Pihak GuaTv.com telah pun uploadkan video detik detik dimana Awal melamar Scha di laman you tube.. Ok jom saksikan..

Video Awal Ashaari Malamar Scha Al Yahya di Propaganza GuaTv.com

Sweet sangatkan lamaran itu... Bertambah touching tatkala kedua dua mereka menitiskan air mata tanda kegembiraan atas perhubungan mereka yang semakin hampir ke tujuan yang murni itu iaitu ke pintu gerbang perkahwinan. Awal menyatakan bahawa beliau akan mengadakan sidang akhbar mengenai tarikh perkahwinan mereka pada 27hb mac nanti.. 


Ogy Ahmad Daud Menerima Panggilan Ugutan Kerana Mentor

Kronterversi telah melanda sebuah rancangan realiti yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Mentor . Difahamkan bahawa Kak Ogy Ahmad Daud telah menerima panggilan ugutan dari seorang lelaki yang mahukan beliau untuk mengundur diri dari menjadi mentor di rancangan itu. Waduhhhh panasssss betullll..


Namun surprisingly Kak Ogy menerima itu sebagai satu cabaran dan tidak mudah melatah. Difahamkan bahawa Kak Ogy telah pun memaklumkan mengenai ugutan itu kepada penerbit mentor iaitu En Sufian Isa .

Semoga tiada lagi ugutan dilemparkan kepada kak Ogy dan semoga Kak Ogy terus tabah menghadapi cabaran menjadin anak seni ini ya.. 

Selamat Bertunang Irma Hasmi

Tahniah diucapkan kepada Irma Hasmi kerana telah melangsungkan pertunangannya pada 24 hb mac yang lalu bersama seorang ahli perniagaan Rezza Shah Azmeer Datuk Mohd Redzuan.

 
pic oleh google

Irma kelihatan manis tatkala mengenakan busana berwarna biru dan putih pada hari pertunangannya itu.

Teringat kembali pertemuan Mak Dara bersama irma pada penghujung tahun lepas di NZ Garden KL. Irma datang bersama teman rapat Mak Dara dan di sana kami berkenanalan.. She is sooooo sweet and so humble and very down to earth..

 
Mak Dara dan Irma Hasmi

Sekalung tahniah diucapkan kepada Irma dan juga pasangannya Rezza semoga jodoh mereke kekal hingga ke jinjang pelamin seterusnya ke anak cucu dan hingga ke syurga amin....



Awal Ashaari Melamar Scha Al Yahya Secara Live di PROPAGANZA

Episod pertama Rancangan Propaganza telah berlangsung pada tengah hari tadi.. Rancangan ini telah dihoskan oleh Rezza Mohammed dan Marsha Londoh . Dan rancangan ini telah berlangsung dengan baik sekali namun tiba tiba Awal Ashaari telah masuk ke dalam set dan telah mengejutkan semua orang termasuk krew, pengacara dan terutama sekali kekasih hatinya Scha Al yahya dengan melutut dihadapannya dan memberikan Shya sekotak cincin.. Jelas kelihatan Scha sungguh terkejut dengan apa yang dilakukan oleh Awal itu... Scha menganggap bahawa ini adalah salah satu dari babak di dalam rancangan ini namun tanggapannya meleset sekali apabila Awal menyatakan ia benar benar mahu melamar Scha sehingga kedua dua mereka menitiskan air mata..


 
pic oleh google 

Terdahulu sebelum bermulanya rancangan ini bermula, Awal ada menyatakan di lama twitternya bahawa dia akan melakukan satu kejutan di rancangan Propaganza itu namun merahsiakan apa yang bakal dilakukannya. Rupa rupanya beliau telah pun bersiap sedia untuk melamar Shca secara di rancangan itu dan ditayangkan secara langsung..

Tweet oleh Awal Ashaari

Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan hingga ke anak cucu..


Ah Wing - Malaysia's Number 1 Salesman

As salam duhai teman.. Hari ni Mak nak berbicara tentang Ah Wing - Malaysia's Number 1 Salesman. Oh no no no Mak Dara bukan lah nak menjual atau meniaga tapi nak bercakap tentang sebuah video yang telah diupload di laman Youtube di mana video ini telah menjadi terpanas dan ditonton oleh ratusan ribu orang dalam masa yang sangat singat. Anda pernah lihat video itu. Kalau belum mari lihat dibawah..



Mak Dara telah berkesempatan untuk bertemu dengan pengarah pelakon dan DJ Jini dari HITS FM iaitu pemilik JinnyboyTV di acara Press Confference DiGi WWWOW Award semalam.. 

 
dari kiri DJ Jini , Mak Dara dan Rueben (pengarah)

 
Mak Dara bersama Joseph Germani - pelakon

Mereka bermula bergabung membuat beberapa video pada penghujung akhir tahun lepas dan kini walaupun baru beberapa bulan sahaja video mereka telah menjadi antara video sensasi di youtube.. 

Ada banyak lagi video video yang best dan kelakar oleh mereka.. Jom layan video mereka di http://www.youtube.com/user/JinnyboyTV.. Jommmm



Saturday, March 24, 2012

Tua Tua Pun Nak Ada Report Card ngee

Sekarang ni musim anak anak bawa balik report card.. Teringat zaman mak dara sekolah sekolah dulu kalau ada merah merah aje dalam report card mulalah cuba sorokkan dari ayah Mak Dara tapi sebabkan ayah mak Dara tu sorang cikgu makanya dia memang dah masak sangat dengan alasan pelajar pelajar dan memang le siappppp anak anak dia yg bawak balik buku laporan yang ada tanda merah(fail) hehe.. Tapi dah tua tua ni mana ada report card lagi dah.. yang ada report pun page view aje lah.. Maka inilah report untuk blog mak dara dalam seminggu.. huhuhu

 
Adessss ada turun naikk kan hehehe.. Terima kasih ye pada yang sudi melawat mak dara di rumah tua tua ni erkkk di blog mak ni ye.. Datang dan datang le lagi yeee.... sayang kkorang ketat ketat..muahhhhhh


Ada Lembu Mak Dara Nak Jaga Parody

As salam duhai teman.. Mak Dara baru aje pulang dari DiGi WWWOW Award Press Conference and work shop yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga hampir pukul 4 petang.. Pelbagai bagai acara telah disediakan oleh pihak Digi termasuk PC workshop dari ramai ikon blogger, blogger dan blogger retis.. Antara yang ramai ramai tu.. Biar mak ceritakan dulu tentang pertemuan Mak Dara bersama team TWITTERJAYA.. Mereka ni lah yang buat video CINTA MUKA BULU dan ADA LEMBU NAK JAGA.. Haaa kompom anda semua dah pernah tengok video diorang kan.. Kelakar habis kan... Di acara itu juga semua yang hadir diminta membuat persembahan parody dimana Digi memberikan lagu dan para peserta kenalah tukar sikit lirik liriknya.. Errr persembahan kumpulan mak dara pon ada le buat persembahan tapi idok le mak mahu komen apa apa hahahaha minta minta lah pihak Digi tak uploadkan video kitaorang ke website mereka....Uwaaaaa...

Ok berbalik kepada Twitter Jaya.. Mak dara dapat bertemu dengan Alim (yg berlakon jaga lembu tu hehe dan his team.. Memang best dan sempoilah mereka ini..

Mak Dara dan Alim

Mak dara bersama geng Twitter Jaya dan para bloggers

Diorang ni memang muda dan amatttt talented.. Kisahnya mereka bertemu di laman twitter dan disana mereka bertukar tukar idea hinggalah mendapat idea untuk membuat video Cinta Muka Bulu hinggalah ke Video Ada lembu nak jaga... Perghhhh its an honour to meet them.. video tu dah lebih sejuta dah org view.. Terbaekkklah Twitter Jayaaaaa..

nantikan entry mak dara mengenai DiGi WWWOW Award lagi ya.. Tungguuu...Ok alang alang dah ada kat sini jom layan video mereka ADA LEMBU NAK JAGA jommmmm...




FAVE KAY POH - DiGi WWWOW AWARD 2012

Pada tika dan saat ini Mak Dara sedang berada di acara DiGi WWWOW AWARD 2012 yang berlangsung di D'House Subang Hi Tech Industrial Parck Shah Alam .. Mak Dara telah dicalonkan oleh pihak DiGi untuk kategori Fave Kay Poh hehehe.. Pergh dicalonkan bersama blogger blogger otai pulak tu waduhhhhhhhh hehehe



Mak Dara berada di sini bersama somi mak Martias Ali, anak Mak Adza Haiqal , sepupu akak Kak Girl, Anak buah akak Erin dan juga bersama teman blogger Mak Mia Liana

Mak akan updatekan semuanya mengenai acara ini dan mengenai DiGi WWWOW AWARD 2012.. Tungguuuuuuuu yaaaaaa


Mia Liana In Da House!!

Yeayyyy sebentar tadi teman blogger Mak Dara dan seorang blogger otai iaitu MIA LIANA baru tiba dari Johor... Mia dan Mak Dara akan ke acara  Reunion of DiGi WWWow Awards 2012. Macam tak percaya aje Mia berada di rumah mak .. Berparty tupperware lah kami pagi ni.. keh keh keh.. Tika dan saat ini kami tengah sakan update blog untuk di outopublish kan esok hari.. Al maklumlah esok seharian akan sibuk di event Digi tapi entry tetap mesti berjalan kan..

 
lappy Mak Dara dan Mia

Haaaaaa macam yang lihat di atas adalah lappy kami berdua .. Dah macam kat internet cafe kan hahahahahahahaha... 

Tak sabar untuk ke acara event Digi esok bersama Mia dan sepupu Mak Dara iaitu Kak Girl dan anak buah mak iaitu Erin... Ok lah jam dah pukul 2 pagi... tidur dulu ye.. good nite all...


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK