Tuesday, April 24, 2012

Gaya Fesyen Terkini - High Waisted Long Skirt

Salam Dolls,

Hari ini Mak Dara nak share salah satu style fesyen popular beberapa tahun lepas yang kembali menjadi popular pada Musim Luruh 2012. Ianya kegilaan kaum wanita tanpa mengira saiz badan, bertudung ataupun tidak. Apa lagi kalau bukan fesyen memakai skirt labuh di atas paras pinggang, personally Mak Dara belum lagi ada kesempatan nak cuba style ini disebabkan masalah perutku yang amat 'seksa'. LOL. Tapi Mak Dara memang suka sangat melihat kaum wanita lain memakai gaya ini, ia sopan dan yang lagi penting, menambahkan ketinggian seseorang wanita hal ini disebabkan skirt yang dikenakan dari atas paras pinggang memberikan ilusi yang seseorang itu lebih tinggi, dan bagi mereka yang ada masalah perut buncit seperti Mak Dara ini, jangan lupa kenakan gurdel / under garment / spandex yang boleh bantu mem'flat'kan bahagian-bahagian yang tak flat, hehe.

Contoh-contoh gaya High Waisted Long Skirt yang dikenakan adalah seperti berikut.. Boleh cuba-cuba ikut gaya mereka ini.

 Bagi yang meminati gaya Hippi Chic boleh kenakan dengan topi fendora yang boleh
menambahkan karekter menawan bagi si pemakainya

 Untuk yang tidak bertudung dan berani boleh gayakan high waisted long skirt
bersama singlet dan aksesori rantai yang menarik, dan jangan lupa 
kenakan bersama kasut tinggi kegemaran anda

 Dan bagi yang bertudung seperti Mak Dara bolehlah gayakan high waisted long skirt
bersama kemeja pilihan dan tudung yang boleh dikenakan pelbagai gaya

 Najwa Latif juga bijak gayakan trend terkini
dengan pilihan warna blaus dari tona warna yang sama.
Gambar dari Google

Menarik bukan gaya terkini High Waisted Long Skirt, banyak dijual di kedai-kedai pakaian, dari harga yang murah seperti di kedai RM20-30 di Sg Wang & Times Square hinggalah di kedai lebih berjenama seperti Variante (Pavillion), Cotton On, Forever 21 & banyak lagi..

Jangan lupa sertai segmen Mak Dara melalui akaun twitter anda dan twit gambar terbaik anda mengayakan fesyen skirt labuh ini ya, ke @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD 

Plus, sudilah kiranya mengundi Mak Dara setiap hari untuk Digi Woww Award 2012 bermula sekarang hingga 13 Mei untuk NuffNang Top Fav Kay Poh ( link ) Digi Woww Awards Nuff Nang Fav Kay Poh 

Bloglist WWWOW


 Assalammualaikum duhai teman.. Waduhhh hujan lebat sungguh malam ini kan .. Namun dalam hujan hujan pun bahang DiGi WWWOW AWARD semakin membara.. Sesi undi mengundi.. promot mempromosi berlangsung dengan ganaz oleh semua yang menyertai contest ini sejak pagi tadi.. Syabas Mak Dara ucapkan kepada yang menyertai Digi WWWOW pada tahun ini.. Rasanya persaingan sangat sengit pada tahun ini berbanding dari tahun lepas kan... Bagus.. persaingan sihat namanya tu kan.. 

Namun dalam bersaing,, jangan lupa untuk saling bantu membantu.. Pada tahun ni mak nak vote rakan rakan mak setiap hari.. (termasuk blog mak juga lah kan hehe) Dan mereka yang akan mak undi setiap hari dah pun mak masukkan dalam Bloglist WWWOW di side bar mak itu.. bukan apa senang sikit nak vote nanti.. klik klik aje dan terus vote tak perlu le tercari cari lagi kan.. Dan peserta yang akan dan pasti mak vote setiap hari adalah seperti dibawah...

Bloglist WWWOW
1) http://bit.ly/J524dI (Ida Fave Kay Poh)
2) http://bit.ly/Jk2e5D (Ida Funniest Video Of The Year)
3) http://bit.ly/JuqByC (Yazz Social Media Gathering)
4) http://bit.ly/JqgR9L (Eqal- Under 15)
5) http://bit.ly/IkYAIk (Bella- Under 15)
6) http://bit.ly/I56loc (Mia Blogger Of The Year)
7) http://bit.ly/IjCLsc (Eqba- Blogger Of The Yearl)
8) http://bit.ly/IjCTIj (Ben - Blogger Of The Year)
9) http://bit.ly/JMdTXD (Feroz-Most Inspiring For Good Award)
10) http://bit.ly/IjIjmo (Misz Mirror- Fave Makan Makan Expert)
 


Monday, April 23, 2012

LELAKI dan PINK. Macho Ape...

Assalammualaikum.. 
Merah jambu atau PINK memang sangat sinonim bagi kaum perempuan . Dah di tune di kepala bila sebut warna pink ini pasti otak membayangkan ciri ala ala gegurl gitu kan.. Namun bagi Mak Dara.. LELAKI DAN PINK macho ape.... Jom lihat gambar gambar MEN IN PINK ok..

somi mak dara, Martias mengenakan kemeja Pink =)
adik ipor mak dara Amrizal mengenakan baju melayu pink
 

“Seorang lelaki yang memakai warna merah jambu menunjukkan dia seorang berkeyakinan dan berani kerana memakai ton warna yang sering dilabel feminin,” kata Stan Williams, pengarah Maxim, sebuah majalah gaya hidup lelaki.Keberanian seorang lelaki itu mengenakan warna pink itu sendiri sudah menunjukkan kejantanannya.. Keyakinan yang tinggi tanpa mempedulikan soal lain patut dijadikan contoh untuk lelaki di luar sana mendapat keyakinan yang tinggi..So kepada kaum adam di luar sana tak perlu le segan segan lagi untuk mengenakan pakaian dan busana yang bertema warnakan PINK ok..

*Terima kasih kepada semua yg membenarkan Mak Dara kidnap pic2 anda untuk dimasukkan dalam entry ini ya.. Pada sesiapa yang ada gambar anda dalam busana atau fesyen terkini sila emailkan pada mak dara di mrs_martias@yahoo.com ye. Kalau sesuai mak akan masukkan gambar anda dalam entry mak yang akan datang..

PILIHLAH DAKU..

Pilihlah daku... jadi temanmu.. hehe Assalammualaikum duhai teman pepagi ni asyik teringat lagu allahyarham Latif Ibrahim aje.. Ok.. Bahang DiGi WWWOW AWARD kini mulai membara apabila sesi mengundi telah bermula pagi tadi.. Jadiiiii.. Bapak bapak, ibuk ibuk.. semua yang ada di sini.. Mak Dara nak minta tolong vote untuk mak dara dalam kategori Nuffnang Fave Kay Poh pweaseeee sambil kembungkan pipi dan muncungkan mulut kasi nampak kiut sikit hehe. Cara caranya mudah aje.. 

1) KLIK BANNER DI BAWAH


2) LEPAS ITU KLIK


3) Anda akan diminta untuk login acc FACEBOOK anda 
kemudian tekan VOTE.

Mak Dara amat amat berharap anda dapat membantu untuk mengundi Mak Dara kalau boleh setiap hari dari 23hb April hingga 13hb Mei 2012.. Itupun kalau sudi.. kalau tak sudi vote setiap hari...everyday pun takpe hahaha.. Pada yang telah buat entry untuk tolong promote vote utk mak jutaan terima kasih.. Mak akan masukkan anda dalam bloglist mak dan juga akan promote blog anda ye.. Bagi yang nak bertukar vote boleh je.. sila tinggalkan link url vote anda di komen box di bawah ye..Muahhh sayanggggg ketat ketat..


Saturday, April 21, 2012

#twitpicpilihanMD - Myravea Blogger Ayu

Salam Dolls,

Bagi sesiapa yg ada follow entri-entri lama Mak Dara tahulah yang Mak Dara sekarang adakan segmen terbaru iaitu #twitpicMD. Besttt jugak tau buat segmen dan peserta join segmen ni melalui TWITTER.. Rasanya ini yang pertama kali dibuat kot sebab tak de pun tengok blogger blogger lain yang buat hehe.. Jutaan terima kasih kepada sifu Mak Dara iaitu Adza Emie dengan idea bernas dia tu.. Its briliant.. Pada entri Mak Dara tentang fesyen terkini iaitu jaket, Mak Dara ada terima banyak #twitpicMD yang cun-cun dan di sini Mak Dara masukkan #twitpicpilihanMD yang datangnya dari seorang blogger yang muda, ayu dan gojes lagi hebat iaitu Myra Vea


Terima kasih Myravea kerana sudi support  segmen Mak Dara ni ye.. Terharuuuuu sangat sangat.. Apa yang boleh Mak Dara katakan tentang jaket dan fesyen Myra ialah ia sangat terkini dan moden.. Jaket yang dikenakan bersesuaian dengan gaya dan penampilan Myra yang berhijab. Sangattttt ayuuuuuuuuuu...

Terima kasih kepada semua yang sudi join segmen terbaru Mak Dara ini ya.. Dan bagi sesiapa yang belum join, jomlah hantarkan gambar anda bergaya dengan fesyen terkini ke #twitpicMD ya. Yang terpilih akan mak masukkan dalam blog mak asap =)

Alang alang sedang baca entry ini jom kita terjah ramai ramai ke Blog Myravea jom @ http://myravea.blogspot.com/


Friday, April 20, 2012

Fesyen Terkini dan Terpanas Oleh J-LO

Salam Dolls,

Kebanyakkan anda mungkin perasan tak dengan entry Mak Dara yang sejak kebelakangan ni berunsurkan fesyen kan.. Hehe saja nak beralih angin kejap boleh kan.. So Mak dara nak kupas tentang fesyen atau trend bak kata omputih "Whats hots and whats not".. Tak kiralah trend fesyen di dalam atau luar negara mak nak share bersama anda..

Maka rasanya sesuai untuk mak Mak Dara bincangkan tentang baju yang dipakai oleh Jeniffer Lopez di American Idol semalam. Terpukau sekejab bila buka TV untuk menonton rancangan kegemaran Mak Dara itu semalam apabila melihat J-Lo keluar pakai baju yang va va voom...


Kompom menangis Marc Antony tengok gambar ex wife dia ni, hehe, tapi J-Lo skrg tengah panas bercinta dengan back up dancer dia.. Downgrade bagi Mak Dara lah, hehe..


Untuk pengetahuan anda semua J-Lo pakai baju Hervé Léger by Max Azria Spring 2012 dress. Hots from the runway.. Khabarnya trend seperti ini tengah HOT di America sekarang.. Mak Dara lebih suka baju ini digayakan oleh JLo berbanding model ni. Bagi anda yang berkenan untuk gayakan baju ni boleh check it out dekat kedai BCBG / Max Azaria di Suria KLCC ataupun Pavillion.

Tapi rasanya artis luar negara sesuai le dengan fesyen ni kan.. Orang timur macam kita ni rasanya banyak lagi fesyen fesyen yang lain yang jauh lebih sesuai dengan gaya ni kan kan kan hehehe

Stay tuned for more info on the latest fashion, do & dont's and much more from me, Mak Dara. Pada anda yang ada picture yang mengenakan fesyen terkini yang stylo milo bolehlah twitpic / instagram / yfrog / etc gambar anda ke twitter mak dara iaitu @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD Gambar terpilih akan Mak Dara masukkan ke entri special #twitpicMD.


Thursday, April 19, 2012

#twitpicpilihanMD

Salam Dolls,

Bagi sesiapa yg ada follow entri-entri lama Mak Dara tahulah yang Mak Dara sekarang adakan segmen terbaru iaitu #twitpicMD. Dalam setiap entri Mak Dara akan datang Mak Dara akan fokuskan kepada satu trend fesyen terbaru pilihan Mak Dara dan sesiapa yang ada mencuba trend tersebut boleh hantarkan gambar-gambar mereka melalui twitter Mak Dara - @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD

Pada entri Mak Dara tentang fesyen terkini iaitu jaket, Mak Dara ada terima banyak #twitpicMD yang cun-cun dan di sini Mak Dara masukkan 2 gambar pilihan Mak Dara..

Mak Dara suka sangat jaket hijau ni.. Dibeli dkt Sunway Piramid RM78


Jaket sama dengan Mak Dara.. Dibeli di Cotton On Pavillion RM149

Terima kasih kepada semua yang sudi join segmen terbaru Mak Dara ini ya.. Dan bagi sesiapa yang belum join, jomlah hantarkan gambar anda bergaya ke #twitpicMD ya. Boleh hantar gambar anda gayakan jaket kegemaran dan lipstick pink.. 

Stay tuned for more trendy fashion tips, do & dont's from Mak Dara.


Gaya Si Teruna


Salam.. Kali ini Mak Dara nak menampilkan Gaya si teruna.. Siapakah si teruna itu? Anak teruna Mak Dara le si ADZA DANIAL HAIQAL hehe.. Mari kita lihat gayanya bila lensa kamera diarahkan kepadanya..

  
 

Amboiiii sakan kan anak teruna mak sorang ni bila suruh bergaya hehe.. Umor Carl baru 14 tahun.. Tapi sejak dua menjak ni tup tup tumbesarannya menjadi berlipat lipat kali ganda.. Saiz kasut pun dah lebih besar dari papanya.. Somi mak bersaiz 8 dan Carl saiz 10 jadi tak boleh le pinjam kasut papanya tu.. Tapi baju dan seluar sama saiz haha..

Tujuan utama mak tangkap gambarnya tu pertama untuk tukar header di blognya tu.. Ye lah dia masuk DiGi WWWOW Award category under Astro Top Online Over-Achiever Under 15 tapi header blognya sebijik macam header blog mak ni.. Tak percaya boleh klik di SINI.. Kan sebijik tuuu dah nampak tuaaa sangat pulak karang kan.. so nanti akan pilih pilih mana yang sesuai untuk jadikan header blog baru untuknya.. Bagi sesuai dengan umur dia tu kan..

Ok lah alang alang di sini moh le layan video promo si teruna mak dara sempena pencalonannya dalam DiGi WWWOW AWARD tu ya =)


Wednesday, April 18, 2012

Fesyen Terkini Musim Bunga 2012 / pink lipstick

Salam Dolls,

Semalam Mak Dara dah ceritakan tentang trend jaket, hari ni Mak Dara nak bagitahu tentang trend terbaru musim bunga 2012 iaitu pink shade lipstick!! Tahun-tahun lalu warna merah dan nude sering menjuarai pilihan para pereka fesyen sebagai warna bibir model-model mereka, kini warna PINK muncul sebagai pendahulu.. 

Mak Dara sendiri memang suka warna PINK ni, bagi anda yang baru-baru hendak mula cuba pakai lipstick warna pink ini, tak payah beli yang mahal-mahal seperti jenama MAC atau ANNA SUI, cukup dengan jenama ELIANTO sahaja, dengan RM21 anda kini boleh miliki trend lipstick yang terbaru iaitu PINK..


PINK BERRY 3204032901

Gaya lipstick Pink ini boleh digayakan dengan pelbagai jenis make up, sama ada tebal ataupun nipis.. Mak Dara tunjukkan contoh-contoh selebriti barat yang bijak mengayakan trend terbaru ini.

Kelly Osborn mengayakannya dengan make up nude

Emma Stone mengayakannya dengan make up natural dengan eyeliner hitam yang tebal / geisha look

Kim Kardashian pula mengayakannya dengan make up tebal / smokey eyes

 Oops, Mak Dara pun suka posing pakai pink lipstick jenama
Elianto Pink Berry macam Mak Dara post gambar dekat atas tadi..

Jadi apa yang ditunggu lagi, ayuh gayakan trend terkini musim bunga 2012 iaitu pink lipstick. Dan jika anda ada cuba trend terbaru ini jangan lupa twitpic / instagram / yfrog / etc gambar anda ke twitter mak dara iaitu @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD Gambar terpilih akan Mak Dara masukkan ke entri special #twitpicMD

*pic by google

Gaya "LIVING DOLL" Ikutan Remaja Masa Kini



Fenomena "Gaya Anak Patung" atau lebih dikenali sebagai "Living Doll" Fenomena telah menjadi ikutan para remaja kini. Gaya LIVING DOLL ini adalah mengikut gaya ala ala patung Barbie. Dari segi makeup, pakaian dan segalanya. Dan peneraju utama bagi gaya ini di masa kini ialah seorang gadis bernama MAGARET PALERMO. Gadis ini berusia 15 tahun dan berasal dari London.


Fesyen LIVING DOLL yang ditampilkannya telah membuatkannya terkenal di internet. Di laman youtubenya sahaja terdapat seramai 30.000 yang melanggan salurannya rasminya itu. Video video tutorialnya ditonton lebih dari 10 juta kali. Dan bukan itu sahaja lebih 20.000 follower di laman sosial facebook dan twitternya.

Haaa anda berani menggayakan ala Living Doll ni? Mak dara tak berani karang bukan nampak macam Barbie Doll tapi teddy bear pulak dengan ke"gebuan" mak ni hehehe

*pic by google


MAJALAH HIJABISTA - MAJALAH UNTUK WANITA BERHIJAB

Tak lama dulu pada penghujung tahun lepas Mak Dara telah pun dijemput oleh wartawan Majalah Nona iaitu Nursuziana atau mak panggilnya Suzi to be featured in Nona Magazine(entry Ini)... Dan majalah itu telah diterbitkan pada keluaran November 2011 about   5 month ago..Ohhhh terkejut Mak Dara tatkala terlihat nama Mak Dara (Adza Irdawati) terdapat di paling atas cover majalah itu. Ini merupakan julung julung kalinya nama terpampang di cover magazine.. Waduh gembira sokmo Mak dibuatnya... Dan Mak benar benar tak sangka apabila Suzi sudi feature mak di dalam majalah terbarunya iaitu sebuah majalah bernama HIJABISTA! pula.. Fuhhh pisang memang berbuah dua kali hehehe dan inilah gambarnyaa.. tadaaaaa..



mukasurat 177

Gambar mak yang paling kiri tu yang pakai tudung rimau gitew hehe.. Segan jugak jadi orang paling tua dalam ruangan "Cantik Dan Sihat Cara Anda" ni yang lain lain semuanya muda muda 22 tahun.. 20 tahun.. yang mak umur 35 tahun huhu ohh terasa diriku sungguh kertu kecuali jika dibandingkan dengan Catherin zita jones di atas tu lah dia tua sikit kot dari mak haha nak jugak perasan muda kan hehe

Dalam ruangan CANTIK & SIHAT CARA ANDA ni mak dara diminta untuk beri sedikit petua kecantikkan.. dan inilah petua yang mak dara berikan..

Akhir sekali mak nak ucapkan jutaan terima kasih kepada Editor Majalah Hijabista iaitu Nursuziana atau mak panggilnya Suzi kerana sudi menjemput mak dara sebanyak dua kali to be featured in Nona Magazine dan kali ini di Majalah Hijabista pula.. Muahhhhhh tankiuuuuuuuuuu sangat sangat!!!!

Majalah Hijabista ni memang bagus kepada semua wanita yang bertudung terdapat beratus tip dan fesyen berhijab memang harus dimiliki oleh kita semua sebagai panduan dalam berfesyen . Jom dapatkan sekaranggg =)


Tuesday, April 17, 2012

Fesyen Terkini Musim Bunga 2012 / Jaket

Salam Dolls,

Hari ini mak Dara akan bagi tips untuk fesyen terkini musim bunga 2012 dengan skop pilihan minggu ini, Jaket. Ramai artis sekarang ni yang suka menggayakan Jaket, dan gaya ini sesuai untuk semua wanita zaman kini, dan Hot Picks Artis mak Dara minggu adalah : Kim Kardashian...

Siapa yang tidak kenal dengan selebritri realiti yang berketurunan Armenian dan yang baru-baru ini mengemparkan dunia dengan kisah perkahwinannya yang kekal hanya 72 hari, serta terkini Kim sedang dating dengan rapper popular Kanye West...

Jom kita curi style jaket Kim Kardashian yang penuh warna warni sesuai dengan musim bunga 2012.


 Sekarang Mak Dara nak kenalkan kepada anda semua segmen baru Mak Dara iaitu Twitpic Pilihan MD.. Dolls semua boleh sent gambar dimana anda mengayakan fesyen pilihan mingguan Mak Dara dimana minggu ini adalah jaket.. So cepat cepat cari gambar anda yang mengenakan jaket dan tweet pada Mak Dara ok. Hantar saja guna Instagram, YFrog, Twitpic & etc ke twitter - adzairdawati dengan hashtag #twitpicpilihanMD

Gambar yang cun-cun semua Mak Dara akan masukkan ke entri berikutnya.. Dan mak Dara juga nak tunjukkan dekat Dolls semua gambar Mak Dara gayakan jaket pilihan Mak Dara..

Jadi hantarkan #twitpicpilihanMD sekarang..

pic by X17 Online

Monday, April 16, 2012

HIJABERS BLOGGERS PILIHAN Mak Dara


As salam duhai teman.. Sejak kebelakangan ni mak dara lihat komuniti Hijabers semakin berkembang pesat.. Menggunakan jilbab atau Hijab memang menjadi kewajiban setiap muslimah namun itu tidak menghalang kita untuk berfesyen selagi tidak melanggar batas batas aurat yang telah ditetapkan dalam Alqur’an dan Hadith kan..

Mak Dara terpanggil untuk buat entry entry HIJABERS BLOGGERS PILIHAN iaitu entry mengenai para blogger yang bijak menggayakan fesyen pakaian ala ala hijabers gitu.. Mak Dara akan mula masukkan gambar gambar anda di entry mak dan sekaligus akan mempromosikan blog atau pun blogshop anda. Sedikit gambaran dalan entry entry yang akan datang adalah seperti gambar dibawah


Haa macam mana ok tak? Gambar di atas adalah milik Adik Shieffa dan beliau merupakan ahli keluarga mak dan juga antara ahli Malaysian Hijabers Community. Jika anda berminat boleh le join segmen ni ye.. Mudah aje caranya

1) Buatkan satu entry bertajuk: HIJABERS BLOGGERS PILIHAN dan tepekkan header mak di entry itu.
2) Tepekkan gambar gambar anda/keluarga/teman anda yang mengenakan pakaian/tudung/hijab/alat aksesori ala ala Hijabers ataupun gambar makeup yang sesuai untuk para hijabers dan terangkan fesyen yang anda/keluarga/teman kenakan di gambar itu
3) Selesai. Tinggalkan link anda di kotak komen di bawah ini.. 

14 atau lebih peserta yang bertuah dan terpilij akan mak promote kaw kaw di entry mak mulai 23 april hingga 13 May nanti. Tarikh tutup segmen ini akan diumumkan tak lama lagi.. Apa tunggu lagi jomm join =)


Gambar Mak Dara Di Dalam Majalah Hijabista

Oh gumbira.. gumbiranya mak malam ini bila tiba tiba sebentar tadi Mak Dara telah ditag sekeping gambar oleh teman FB Mak Dara yang sangat gojesssss iaitu Raja Fazwani Syakila . Gambar yang ditagnya ialah gambar Mak Dara dan gambar Raja Fazwani sama sama berada di dalam satu mukasurat dalam sebuah majalah keluaran terbaru Karangkraf iaitu sebuah majalah bernama HIJABISTA!! Ohhhh terujaaaaaaaaa... Nak tengok gambar tu.. Kejap mak kidnap dari Raja hehehe...

pic oleh Raja Fazwani

Gambar mak yang paling kiri tu yang pakai tudung rimau gitew hehe.. Dan gambar Raja yang ditengah.. Sebenarnya mak ingat majalah ni akan dikeluarkan pada 17hb April yakni esok rupa rupa majalah ni dah pun ada terjual mulai hari ini di beberapa kawasan di sekitar lembah kelang..

Jutaan terima kasih kepada wartawan Karang Kraf iaitu Nursuziana atau mak panggilnya Suzikerana sudi menjemput mak dara sebanyak dua kali to be featured in Nona Magazine dan kali ini di Majalah Hijabista pula.. Muahhhhhh tankiuuuuuuuuuu sangat sangat!!!!

Fuhhh tak sabar nak dapatkan majalah ni esok pagi hehehehe...
 


Sunday, April 15, 2012

Bila Somi Nak Shoot Filem Pendek, Habis Anak Anak Jadi Pelakon hehe

Angin tak ribut tak tiba tiba somi mak dara nak shoot sebuah filem pendek.. Tu lah jadinya bila tiba tiba datang idea.. kalau tak terus dilaksanakan kompom takkan terbuatnya nanti.. 

Dek kerana takde plan dah terus nak main shoot aje makanya tak sempat le nak panggil mana mana pelakon kan.. Namun nasib baiklah filem pendek ni memerlukan hanya pelakon kanak kanak dan apa lagiiiiiii habislah anak anak dan anak anak buah Mak Dara akan dijadikan pelakon dalam filem pendek ini ..

Ok lah nak bersiap siap untuk ready for shoot kejap lagi.. Nanti mak updatekan tentang perkembangan shooting ni ye..

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK