Monday, May 7, 2012

Wawa Tasliman Blogger Hijabers Pilihan

As salam duhai teman.. 


Sejak kebelakangan ni mak dara lihat komuniti Hijabers semakin berkembang pesat.. Menggunakan jilbab atau Hijab memang menjadi kewajiban setiap muslimah namun itu tidak menghalang kita untuk berfesyen selagi tidak melanggar batas batas aurat yang telah ditetapkan dalam Alqur’an dan Hadith kan..
Mak Dara terpanggil untuk buat entry entry HIJABERS BLOGGERS PILIHAN iaitu entry mengenai para blogger yang bijak menggayakan fesyen pakaian ala ala hijabers gitu..Dan Hijabers Blogger Pilihan Mak Dara hari ini ialah WAWA TASLIMAN . Mari kita lihat gaya dan fesyen yang dikenakan oleh si manis ayu Wawa ini ya...


(1) Mix + Match = fashion

 

(2) holiday and fashion..


(3) shopping untuk fashion..


 (4) fesyen buat anda lebih berkeyakinan (are this picture confident enough?)



(5) Simple yet elegant with baju kurung



 (6) fashion itu pilihan warna


(7) sense of fashion comes from within


Haaaa macam mana? Sungguh ayu dan cantikkan gaya dan fesyen Wawa ini. Walaupun berhijab dan bertudung tidak bermakna kita tidak dapat berfesyenkan.. Mak sukaaa sangat dengan gaya gaya yang ditampilkan olehnya.. Mak memang terpegun dengan penampilan Wawa sejak dari pertemuan pertama kami di Nuffnang Asia Pacifik Blog Awards 2011 tak lama dulu lagi..


 Mak Dara dan Wawa @Nuffnang Asia Pacifik Blog Awars 2011

Jutaan terima kasih kepada Wawa yang sudi join segmen BLOGGER HIJABERS PILIHAN MAK DARA ya.. pada yang ingin sertai klik di SINI ye. Alang alang dah ada disini moh le terjah ke blog rina di SINI ye.
Dah vote mak untuk hari ini? kalau belum klik la VOTE ni ye.. sayanggggggg koranggggg muahhhhh


Saturday, May 5, 2012

Tudung Pearl Haya Pilihan Blogger Mia Liana

Salam duhai teman..

Hari ini Mak Dara nak tampilkan fesyen tudung yang gemar digayakan oleh teman Mak iaitu Mia Liana . Jenama tudung yang menjadi pilihannya ialah Tudung Pearl Haya.


Kata Mia " Bila asyik tengok teman sekerja pakai tudung Pearl Haya hari-hari pergi kerja, tentulah tergoda. Sebab Mia suka tengok pelbagai designnya yang berbeza dengan tudung-tudung lain dan kualitinya yang amat memuaskan hati pengguna"

Ok jom kita lihat gaya Mia dan Tudung Pearl Haya koleksinya..


Haaa cantik dan ayuuu kan Mia mengenakan tudung Pearl Haya ni kan.. Apa lagi moh le kita pun cuba tudung pearl haya dengan koleksi dan design design terbarunya jom.. Atau jom terjah ke blog nya di http://pearlhaya.com/ ... Mia juga menyertai DiGi WWWOW AWARD dalam kategori BLOGGER OF THE YEAR 


Apa kata alang alang anda di sini tolong vote untuk Mia dengan klik di SINI dan alang alang dah ada mood nak vote tu vote le mak sekali di SINI ye.. sayanggggggg korang semuaaaa muahhhhh...


Friday, May 4, 2012

Bloggers Hijabers Pilihan - Eina Eliena


Salam duhai teman..

Hari ini Mak Dara telah memilih blogger ayu lagi gorgeous iaitu IENA ELIENA sebagai Blogger Hijabers Pilihan Mak Dara.


Kenapa Mak memilih Eina? Waduhhh sudah pasti kerana Eina Eliena seorang fashionista yang bijak bergaya dengan fesyen fesyen terkini walaupun dia berhijab..  Ok mari kita lihat fesyen yang digayakan oleh beliau jom....

1 . Jubah + Inner Ayunar + Pashmina


Fashion nie sesuai untuk ke majlis kenduri kawen atau mungkin untuk g Dinner ke..heheh tu pun tgk tema dinner tu lh yer..kalau xbersesuaian xblh la..

Jubah yg dipakai dikenakan dengan inner ayunar dan pashmina yg di lilit ditambah dengan aksesori untuk menambah kelaian dan seri pada tudung


2. Selendang dari Rina Salleh 


 Selendang nie cik iena beli kt Rina Salleh mase cik iena g kelas mekap dkt De Palma Ampang.Mase tu Rina Salleh jadi cikgu tuk ajar style2 tudung 

cantik kn selendang nie ade 3 layer. Baju cik iena pakai baju lengan panjang bese tu + vest. Pastu pakai seluar slack + short skirt yg warna nye sama dgn vest..huhu xselesa klu nmpk punggung..sb tu pki short skirt tu


3. Inner Ayunar + shawl ala2 ct


Inner ayunar nie ade 3 layer(3 color) dan blh pakai dgn pelbagai gaya..cik iena pakai inner ayunar + shawl ala2 ct..ehh tp kene la pakai outer syia klu x nty nmpk plak leher kn ..lepas tu cik iena pakai sedikit aksesori kt kepala..hairben je

4. Inner Ayunar + shawl hitam


simple je..pakai inner ayunar + selendang hitam di lilit kan dan tambah siket aksesori nak bagi nampak serasi dgn baju pakai belt warna hitam

5. Hoodies

yg ni plak cik iena pakai jubah ala2 hoodies so da xpayah nk pakai shawl lain dh..pakai inner je

6. Tudung Ct + kaftan

Ouchh sgt suke baju nie..kaftan + tudung ct simple but nice

7. Jubah + syria + shawl

Cik iena mengenakan jubah polkadot merah hiam dan tudung syria merah di lilit dgn shawl hitam ditambah dengan aksesori d kepala untuk menambah kelainan.. Kwan cik iena plak pakai jeans + jaket and shawl.

8. Kebaya + syria

Simple je cik iena pakai kebaya hijau + kain batik dengan tudung syria. kawan cik iena plak kebaya pepel + kain batik dengan shawl

9. Selendang Zulaika Butik Mama


Cik iena dan kwn cik iena kedua2 nya pakai selendang zulaikha dari butik mamaopss nie tgh shoot product butik mama menyempat je snap pic
Waduhhhhhhh terpukau mak melihat gaya dan fesyen yang digayakan oleh Iena Eliena ini.. Memang cantik dan ayu sekali bukan.. Apa lagi.. Apa kata kita cuba gaya gaya dan tips yang diberikan oleh Cik Eina ini.. Dan alang alang disini moh le terjah terus ke blog beliau.. Klik di SINI untuk ke blog cik Eina ye..

Jangan lupa untuk vote mak dara untuk DiGi WWWOW juga ya.. hehehe sambil kembungkan pipi dan muncung kan mulut kasi nampak kiuttt sikit hehehe.. klik di SINI untuk vote mak ye.. sayangggg semuaaaa...


Kenangan Bersama Allahyarham Abang Bob Kuman

Assalam duhai teman..

Terkejut Mak Dara apabila baru mendapat tahu tentang pemergian allahyarham Abang Bob Kuman sebentar tadi.. Memang agak lewat mak mengetahui mengenai berita sedih ini disebabkan oleh mak terlalu sibuk menjaga anak mak, Adza Isabella yang sakit terlantar di hospital ampang beberapa hari lalu akibat penyakit rubella dan kini baru saja dibenarkan pulang dari hospital memang mak tak online langsung dan tak tahu apa yang berlaku.. Namun somi mak yang mendapat tahu tentang berita ini dari temannya.. 

Masyaallah mak baru sangat sangat berbincang dengan adik beradik mak (D'ADZA) yang bercadang untuk melawat arwah selepas anak mak sembuh sedikit nanti.. Memang tiada jodoh untuk bertemu dengannya apabila mendapat berita mengenai penniggalan arwah sehari selepas anak mak keluar dari wad..

Teringat lagi pertemuan pertama Mak dan adik beradik mak (D'ADZA) iaitu Adza Yanie, Adza Tuty dan Adza Rina yang bernaung di bawah syarikat Gitu Gitu Sdn Bhd milik Abang Saiful APek pada tahun 2005 dulu.. Kami kemudian berlakon dan membuat kompilasi album bersama sama.. Sungguh macam tak percaya bahawa Abang Bob sudah tiada di dunia ini.. Masih terngiang ngiang ditelinga dengan lawak dan jenakanya di set pengambaran dan juga di studio rakaman dahulu... sayu rasanya... ingin mak berkongsi kenangan Mak bersama allahyarham suatu ketika dahulu bersama anda...

Keluarga Gitu Gitu Production (Mak Dara bersama D'ADZA , Saiful Apek, Yassin,
CD Naz, Chicken DIsk dan juga bersama allahyarham Abg Bob)
lakonan mak bersama D'ADZA , Saiful Apek, Yassin, CD Naz, Chicken DIsk dan juga bersama allahyarham dalam drama OK pada tahun 2005
Mak Dara bersama D'ADZA, Apek, Yassin, CD Naz allahyarham abag Bob
 dalam salah satu babak "OK"
 Lakonan CD NAz, Saiful APek, Yassin dan arwah Abg Bob dalam
 salah satu babak "OK"


Mak bersama D'ADZA sempat merakamkan album kompilasi bersama
allahyarham Abg Bob bersama sama Boss Saiful Apek, yassin, CD Naz,
Along dan Angah Rajalawak dll 
CD Album kompilasi
allahyarham juga sempat berlakon dalam beberapa buah drama raya hasil skrip mak
antaranya berjudul Gitulah Raya dan juga Selamat Hari Raya Cinta

Mak Dara bukan sahaja mengenali allahyarham malah mak juga mengenali keluarga isterinya sejak mak masih bersekolah lagi.. Masih teringat saat saat mak menghadiri majlis perkahwinan arwah dahulu.. Memang banyak kenangan manis Mak Dara dan adik beradik mak D'ADZA bersama allahyarham .
Salam takziah kepada keluarga allahyarham Abang Bob dan semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh mu bang dan menempatkanmu bersama2 dengan orang2 yang beriman...Al Fatihah... Amin...

Thursday, May 3, 2012

Rina Hamid Hijabers Bloggers Pilihan

As salam duhai teman.. 

Sejak kebelakangan ni mak dara lihat komuniti Hijabers semakin berkembang pesat.. Menggunakan jilbab atau Hijab memang menjadi kewajiban setiap muslimah namun itu tidak menghalang kita untuk berfesyen selagi tidak melanggar batas batas aurat yang telah ditetapkan dalam Alqur’an dan Hadith kan..
Mak Dara terpanggil untuk buat entry entry HIJABERS BLOGGERS PILIHAN iaitu entry mengenai para blogger yang bijak menggayakan fesyen pakaian ala ala hijabers gitu..Dan Hijabers Blogger Pilihan Mak Dara hari ini ialah RINA HAMID . Mari kita lihat gaya dan fesyen yang dikenakan oleh si manis ayu Rina Hamid ini ya...

Fesyen pakaian:
Trend Palazzo sekarang sangat femes di mana2 memandangkan ia selesa sopan dan tidak menjolok mata

Long cardigan juga adalah fesyen sopan dan selesa dipakai pada bila2 masa mahupun ke pasar malam sekalipun
2) Fesyen Tudung:
itu bukan shawl tapi pario...pario yang dibuat as shawl...

 Leopard print and polkadot print sangat 'in' sekarang :)

trend ini sangat digemari ramai pada zaman sekarang kerana nampak seorang perempuan itu lebih berani dan yakin
Haaaa macam mana? Sungguh ayu dan cantikkan gaya dan fesyenRina Hamid ini. Walaupun berhijab dan bertudung tidak bermakna kita tidak dapat berfesyenkan.. Mak sukaaa sangat dengan gaya gaya yang ditampilkan oleh Rina ini.. Anda bagaimana? Moh le cuba tip tip fesyen yang dah ditunjukkan oleh Rina ini ye..

 Jutaan terima kasih kepada Rina yang sudi join segmen HIJABERS BLOGGER PILIHAN MAK DARA ya.. pada yang ingin sertai klik di SINI ye. Alang alang dah ada disini moh le terjah ke blog rina di SINI ye.

Dah vote mak untuk hari ini? kalau belum klik la VOTE ni ye.. sayanggggggg koranggggg muahhhhh

Wednesday, May 2, 2012

Anak Mak Dara Dimasukkan ke Hospital Ampang

As salam duhai teman

Maaf.. mak dara dah berhari hari tidak menjenguk ke blog, ini kerana Mak Dara kini berada di wad pedeatrik Hospital Ampang bagi menemani anak bongsu mak Adza Isabella yang sakit measle atau orang melayu panggil rubella.. Hari ini merupakan hari ke 3 Bella di masukkan di wad..

Teruk juga measle yang Bella alami ni.. demam pun 7 hari belum kebah kebah.. Bengkak bengkak dimuka.. Air drip dah tiga hari masuk di tangan dia.. darah pun dah ambil dua kali.. menjerit dia sakit.. sekrang tak lalu minum dan makan.. menangis mak bila lihat anak mak terlantar begini..tuhan saja yang tahu..

Jutaan terima kasih kepada para sahabat yang mendoakan untuk kesihatan bella di facebook dan juga di twitter. Mak hargai sangat sangat..Dan terima kasih juga kepada teman yang post di wall fb katakan yang mereka tak putus putus votekan untuk Mak Dara dan Isabella di Digi Wwwow tu .. Mak amat hargainya.. 
Kepada teman blogger mak..Mak mohon kepada anda untuk tolong doakan semoga anak mak cepat sembuh ya...


Monday, April 30, 2012

Colour Block - Gaya Wanita Kini

As salam semua..
Hari ini mak dah bincangkan tentang fesyen yang bertemakan COLOUR BLOCK . TIDAK ramai yang berani memakai pakaian yang bertemakan color block. Pakaian color block adalah pakaian yang dipakai serentak seperti baju, skirt, kardigan, kasut, tudung dan sebagainya yang terdiri daripada pelbagai warna terang. Contohnya baju merah dipakai bersama skirt biru, kardigan ungu, kasut jingga dan tudung kuning. Beranikah anda?

Apabila bercakap mengenai color block, jangan bimbang mencampurkan warna-warna yang tidak sepadan bersama. Biru, hijau dan oren mungkin nampak seperti warna kombo yang tidak munasabah tetapi ia akan memberikan anda gaya color block yang sepadan. Sebenarnya menggayakan pakaian color block tidaklah susah malah sebenarnya cara ini akan lebih memudahkan kerana anda tidak perlu memadankan pakaian yang sama warna serentak. Anda juga dapat menjimatkan masa tatkala memilih pakaian sebelum keluar rumah.Mari lihat beberapa fesyen COLOUR BLOCK yang digayakan oleh teman blogger Mak Dara iaitu Amalina Zainal dan juga oleh D'ADZA BAND..

ayuuu Amalina mengenakan dress pink dan cardigan birunya tu kan

Cantik dan berani bukan mereka mengenakan pakaian yang bercampur warna sebegitu.. Anda tak nak cuba ke hehe.. Di sini mak berikan sedidkit tips aksesori dan penggayaan kasut yang sesuai untuk gaya ini ya..

Aksesori bersesuaian
Pakai aksesori yang ringkas sahaja atau aksesori stail gypsi atau 'tribe style' bagi pakaian kasual. Untuk ke pejabat atau majlis makan malam, memadai dengan tambahan aksesori yang berkonsepkan mutiara atau berlian supaya penampilan nampak lebih glamor.

Penggayaan kasut
Sesuai digayakan bersama stiletto, wedges atau jenis gladiator.

Sehingga bertemu di entry yang lain ya.. Sambil sambil tu Mak Dara nak minta tolong sikit boleh.. Klik la di SINI dan bantu Mak Dara ye pleaseeee sambil muncungkan bibir dan kempungkan pipi kasi nampak kiuttt hehehehe


Friday, April 27, 2012

AREA 27 Kebangaan Dato' Bernard Candran

Salam Dolls,

Sebut saja Dato' Bernard Chandran pasti semua orang kenal akan pereka pakaian terkenal lagi kacak ini kan, resume nya penuh dengan kejayaan yang pastinya banyak melonjak nama industri fesyen Malaysia ke persada dunia. Mungkin ramai yang tak tahu tapi Dato Bernard pernah menjadi juri jemputan dalam rancangan popular Britain Next Top Model, musim ke 6, episode ke 12 dimana top 3 model akan mengayakan fesyen rekaannya di London Fashion Weeks.

Awal minggu ini Dato Bernard telah turun padang sempena pembukaan rasmi butik pakaiannya yang dinamakan Area 27 di Bukit Bintang, ramai artis terkenal seperti Deborah Henry, Jehan Miskin, Debbie Goh, Joanne Rozario dan Dennis Lau  menghadiri majlis pembukaan tersebut

Ini adalah gambar-gambar sekitar majlis perlancaran tersebut yang Mak Dara perolehi daripada emmagem.com :







Mak Dara sendiri pun dah pasang niat siap bagitahu dengan somi mak lagi yang nak menjengah ke kedai Dato Bernard dalam masa terdekat, jadi sesiapa lagi yang berminat, pergilah ye ke Area 27, alamat penuhnya Lot D3, Basement Floor (Street Level) Block D, Fahrenheit 88, 179, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Kita support industri fesyen tempatan!!

Jangan lupa undi Mak Dara dalam DiGi WWWOW Award 2012 untuk kategori Nuffnang Fav Kay Poh : ikut saja link yang Mak Dara bagi dan ingat boleh buat 2 undian dengan acc FB serta Twitter : Bicara Mak Dara - Nuffnangs Fav Kay Poh

Thanks Dolls!

Thursday, April 26, 2012

Gaya Wanita Terkini : Masculine Looks

Salam Dolls,

Jika dalam entri yang lepas Mak Dara khabarkan  tentang style fesyen yang begitu kewanitaan High Waisted Long Skirt,  kali ini Mak Dara nak update korang tentang style fesyen terbaru 2012 yang kian panas, iaitu Masculine Looks dimana para wanita yang berani mengayakan blazer, kot dengan seluar slack.

Gaya ini bukan saja boleh digayakan ke pejabat, malahan boleh digayakan untuk berlibur di hujung minggu, acara rasmi, black tie dan banyak lagi. Mak Dara sudah lama nak tulis entri mengenai gaya Masculine Looks, sejak Mak Dara melihat artis jelita Nur Fazura mengayakannya dengan penuh class dengan sepatu tinggi dan seluar paras lutut yang melengkapkan gaya ini hingga dikatakan 'perfection'


Lihat saja ke bow tie, blazer sequins, pulled up hair, lipstick merah
memang jelita sekali, Mak Dara terpukau memandangnya..

Antara top 12 pilihan para editor majalah-majalah terkenal seperti Harpers Bazzar, Vouge untuk Spring 2012 adalah masculine looks ini, jadi apa salahnya jikalau mencuba gaya berani dan fashion forward ini korang.

 Nampak 'kerlassss' bukan gaya ini, bagi mereka yang berbadan 
besar juga boleh gayakannya cuma ingat perlu ada under garment @ gurdel


Halle Berry  juga tidak ketinggalan mengayakan gaya
 MasculineLooks baru-baru ini di tayangan perdana filem terbarunya di L.A

 Antara jenama-jenama pereka fesyen terkenal
 yang mengetengahkan gaya Masculine Looks di pentas peragaan mereka

Segak juga jika gaya Masculine Looks ini dikenakan
dengan tona warna Putih, bagi menambahkan keanggunan dan sifat feminin ke dalam gaya ini

Bagi mereka yang meminati gaya ini, boleh mix & match warna pilihan supaya nampak lebih ceria, warna yang sesuai untuk di 'mix & match' adalah seperti warna kuning & oren dengan kemeja dalam berwarna hitam, merah dan biru juga dengan tona kemeja yang gelap, dan sebagainya.

Di mana boleh dapatkan gaya ini, banyak.. Seperti di Zara Women, Ralph Lauren, dan di merata lagi, harga yang murah-murah juga banyak, cuma perlu bijak mencarinya.

Anda mempunyai pakaian gaya Masculine Looks? Jom hantarkan gambar anda mengayakannya ke Twitter Mak Dara @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD, boleh guna aplikasi dari twitpic, instagram, lockers, yfrog & sebagainya.

Jangan lupa tolong undi Mak Dara untuk DiGi WWWOW Awards 2012, kategori Fav Kay Poh. Tekan saja ke link ini.. Bicara Mak Dara - Fav Kay Poh


*semua gambar diatas adalah oleh GOOGLE. Terima kasih google (:


Eyraa Suhaimi #twitpicpilihanMD

Salam Dolls,

Bagi sesiapa yg ada follow entri-entri lama Mak Dara tahulah yang Mak Dara sekarang adakan segmen terbaru iaitu #twitpicMD. Dalam setiap entri Mak Dara akan datang Mak Dara akan fokuskan kepada satu trend fesyen terbaru pilihan Mak Dara dan sesiapa yang ada mencuba trend tersebut boleh hantarkan gambar-gambar mereka melalui twitter Mak Dara - @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD.

Rasanya Mak Dara blogger yang pertama buat segmen dan penyertaan dihantar melalui Twitter kot hehe.. Itu setahu mak dara le.. Tak tahu pulak kalau ada orang lain pun dah buat dulu..

Ok kali ini entri Mak Dara tentang fesyen terkini iaitu PINK LIPSTIC, Lipstik berwarna pink atau merah jambu kini menjadi trend terbaru musim bunga 2012 !! Tahun-tahun lalu warna merah dan nude sering menjuarai pilihan para pereka fesyen sebagai warna bibir model-model mereka, kini warna PINK muncul sebagai pendahulu..  Mak Dara ada meminta kepada pembaca blog mak sekiranya mereka ada gambar yang mengenakan lipstik supaya tweetkan gambar mereka itu ke twitter mak @adzairdawati dan mak terima banyak #twitpicMD yang cun-cun dan di sini Mak Dara masukkan gambar pilihan Mak Dara..


Terima kasih kepada adik Eyraa Suhaimi yang sudi join segmen twitpicpilihanMD ini ya.. Memang kena sangat warna lipstik itu dengan adik Eyraa!!! Ayuuuuuuu bebenor hehe.. Ok dah alang alang ada di sini moh le kita terjah ke blog adik Eyraa ni di SINI jommmm...

Rasanya nanti Mak Dara nak buat untuk fesyen lelaki pula.. tungguuuuuuuu.... by the way.. sayang sayang mak semua dah buat senaman belum hari ini? Apa kata kita buat senaman jari dengan klik di SINI untuk vote mak dara bolehhhhh hehehe tankiuuuu




THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK