Thursday, June 7, 2012

Tulis Entry Tanpa Gambar Ok Ke?


lain padang lain lalangnya.. lain orang lain blognya.. err boleh ke adjust pepatah ikut suka suki makcik jiran sebelah punya sepupu Mak Dara je kannn haha.Waduhhh angin meroyan mak datang awal jugak hari ni rupanya ye haha..  Yup mak dara nak bincang pasal entry.. entry bergambar atau entry yang tidak bergambar, mana lagi best?


Bagi Mak Dara macam tak cukup korum aje bila mak tulis entry tapi tidak diselitkan dengan sekeping dua gambor. Entah le rasa macam makan kari kepala ikan tanpa kepala ikan.. macam minum milo tanpa serbuk milo.. macam tidur tak peluk bantal busuk hehe. Ada kebaikan dan keburukannya menulis entry bergambar dan tidak bergambar ni dan meh lihat teori meroyan mak ni jom.

KEBAIKAN ENTRY BERGAMBAR

* pembaca lebih memahami apa yang cuba disampaikan
contohnya tengah tulis tentang baby yang comel, macam mana pembaca nak tahu baby tu betul betul comel atau tidak kalau tak diletakkan gambarnya kan. 

*pembaca tak perlu imagine lebih lebih
contohnya jika ada entry mengenai percutian yang best kalau ada gambar boleh le pembaca lihat tempat tempat yang menarik yang telah anda pergi tu. Makanya dia tak perlu le imagine je bagaimana rupanya pantai tu, resort tu dan sebagainya

Yang Tak Berapa Best  ENTRY BERGAMBAR

* masalah copyright
karang tak pasal pasal kena marah atau kena saman jika terambil gambar milik orang lain tanpa tidak disedari.

Ini selalu terjadi bila kita copy paste gambor di google atau di mana mana lah dan lupa atau tersalah tulis kredit pada tuan ampunya gambar. Kalau tuan ampunya gambor tu cool aje takpe lah tapi kalau sebaliknya kompom akan keluar entry entry marah lepas itu seperti yang terjadi pada anak buah mak dara baru baru ini walaupun dia telah pun meletakkan kredit pada google namun tetap dihamburkan dengan kata kata, entry dan komen yang sungguh menusuk kalbu.. Kesian anak buah mak dara tu. 

Tapi kalau di setiap entry di blog tu pakai gambar sendiri takde lah masalah itu kan..

* Entry yang hanya meletakkan gambar sahaja.
susah juga kalau buat entry hanya letak gambar aje tanpa sebarang tulisan atau penjelasan. seperti yang selalu mak buat di "wordless wednesday" Karang tak pasal pasal ada yang tersalah anggap..  Macam kes mak dara hari tu letak gambar lebih kurang macam ni 


Berderet deret ucapan tahniah yang mak dara terima kerana mereka sangka mak dara hamil lagi tapi yang sebenarnya yang hamil anak buah mak dara dan mak dara bakal bergelar nenek tak lama aje lagi hehe. Terus kasi delete entry itu ahaks.

Hmmm ini semua adalah teori dan pendapat Mak Dara tiada yang kena mengena sama ada yang masih berblog atau yang tidak hehe..Semuanya terpulang kepada keselesaan sendiri nak letak gambar atau tidak. Tepuk dada.. ishh tepuk dada dapat apa ye dak.. baik tepuk bantal tanya mengantuk ke tak haha..  Pendapat anda pulak bagaimana? Yang mana menjadi pilihan anda ketika menulis blog? Entry bergambar atau tidak Bergambar?


Wednesday, June 6, 2012

50% naughty 50% Nice


Anak bongsu mak Dara si Isabella ni memang le selalu mencabar kesabaranku.. Petang Mak Dara jerit jerit panggil dia suruh mandi tapi tak timbul timbul rupa rupanya dia pegi pakai google dulu baru nak mandi.. Oh anak ku rumah kita mana ada swiming pool nak oi.. hahaha memang sesuai le t shirt tu dengan dia hahaha


Blog Skema Atau Blog Meroyan?


As salam duhai teman.. Ada yang perasan dan ada juga mungkin tidak perasan akan perubahan drastik yang telah berlaku di blog Mak Dara dalam sebulan dua ni..Dari blog meroyan telah berubah menjadi blog skema dengan entry entry yang sungguh skema dan formal? Ada perasan tak? hehe perubahan itu telah mak dara lakukan demi mematuhi syarat syarat penyertaan Mak Dara dalam sebuah contest yang tidak mahu Mak sebut lagi namanya.. Memang mak menyesal betul membuat perubahan yang amat sia sia itu.. Disebabkan perubahan itu trafik blog mak ni merudum jatuh tapi itu tak penting sangat pada mak..Namun tetapi yang paling Mak Dara ralat ialah apabila ramai reader Mak Dara dah jadi malas nak menjenguk dan melawat blog mak ini dengan entry entry skema mak itu .. Benarkah apa yang Mak Dara rasakan ini?

Emmm mak dara nak tanya anda semua sesuatu? Anda semua lebih sukakan blog mak ini bertemakan "meroyanz" ataupun "skema" ?

Tuesday, June 5, 2012

ORANG BESAR BESAR NI KIUT PE!


As salam duhai teman.. Nak dikhaborkan bahawa masuk hari ni dah beberapa hari anak anak mak dara asyik ajak Mak Dara untuk menonton filem Hoore Hoore... Almaklumlah anak anak Mak Dara ni peminat nombor 1 si Akim lah katakan.. Tapi kekangan masa mak dan somi belum boleh membuat kami memenuhi permintaan anak anak lagi.. Tapi anak  anak mak dara tetap tak putus asa.. Asal teringat aje mesti tanya.. Bila nak pegi tengok hoore hoore ma... kejap lagi tanya lagi.. tak lama lepas tu tanya lagi.. Sampai naik meroyan mak.. Haaaaa dah le lama mak dara tak meroyan kannnnn.. rindu jugak nak meroyannnn .. Dan hasilnya lihat le poster yang telah mak dara make over kan di atas.. Ok tak?  hahaha tiba tiba muka akim bertukar wajah somi mak dan heroin jadi muka mak dara hehehehe...

Ada teman mak dara kata yang kita perlu bawa bekalan tisu  yang banyak jika nak menonton filem ni.. Ada juga yang kata salah satu filem yang wajib ditonton.. Dan banyak lagi puji pujian mak dara baca mengenai filem ini di beberapa blog. dan yang paling menarik hati mak dara untuk menonton ialah tagline filem ini iaitu "ORANG BESAR BESAR NI KIUT PE! memandangkan mak dara dalam kategori itu maka mak setujuuuu sangattt hehehe.. dan  campur tolak kesemua itu semakin menambahkan ketidak sabaran mak untuk pergi menonton filem ini bersama anak anak... Hoore Hoore tunggu dakuuuuuuu...


To Blog Or Not To Blog?


To Blog Or Not To Blog? Itulah persoalannya sekarang.. Dunia blog ini ada turun ada naiknya.. Bila tengah seronok satu hari tujoh entry pon boleh publish sambil geget kuaci aje..

Tapi bila mood untuk berblogging dah turun bak bunga yang layu nak publish setengah entry pun rasa berat sangat macam kena makan nasi briyani tujuh pinggan.. Eh ada ke pepatah macam itu hehe.. Hmmm adakah anda pernah merasai apa yang Mak Dara rasa ini?


Monday, June 4, 2012

Online Shopping Memang Best!!


As Salam duhai teman..

Kini Online Shop semakin berkembang pesat saban hari makin ramai yang menceburi diri dalam membuka perniagaan secara online . Perniagaan ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.. Dari menjual makanan, make up, barangan rumah,  pakaian hingga kepada servis bak kata astro "macam macam adaaa..." Antara penyebab yang membuatkan Mak Dara kata membeli belah secara online ni memang best ialah tak perlu keluar rumah untuk pegi shopping.. Bila tak perlu keluar rumah maka tak perlu isi minyak kereta.. tak perlu meredah jalan yang jemm, tak perlu bayar parking yang mahal.. dah tu kalau keluar mesti pegi makan makan dan minum minum sekali.. Itu kalau keluar sorang kalau keluar ramai ramai mau kopak.. last last beli sehelai baju kat kedai RM25 tapi duit yang keluar dekat seratus kan hehe

Antara sebab sebab di atas maka Mak Dara antara yang selalu membeli secara online.  Antara online shop yang selalu Mak Dara beli ialah dari online shop CLOSETS OF AMYAMY , SUPERMODEL SECRETS, AZHARNOVIE dan beberapa online shop lagi..

CLOSETS OF AMYAMY adalah milik anak buah mak Dara iaitu Aimie Hazerin yang merupakan kakak kepada Jejari Runcing.. Di online shopnya terdapat berbagai jenis barang yang dijual dari bag tangan key chain, bag tangan dan macam macam lagi tapi yang mendapat permintaan ramai sekarang ialah pakaian tidur hehe..


Closets Of AmyAmy juga pernah sponsor Mak Dara menggunakan bag tangan dari kedai mereka untuk Mak Gayakan di majlis World Bloggers and social media awards beberapa bulan yang lalu.

Mak Dara bersama bagtangan dr closet of amyamy ;)

Seterusnya online shop yang selalu Mak Dara beli barangan ialah daripada online shop SUPERMODEL SECRETS..
online shop SUPERMODEL SECRETS ni memang besttt sangattt.. Banyak barangan kecantikan dijual oleh mereka. Kebanyakkannya barangan yang digunakan oleh model model dan juga artis artis . Kiranya mereka membocorkan rahsia kecantikan para artis dan model itu. Mak Dara telah membeli beberapa barangan daripada mereka dan amat berpuas hati dengan kualiti barangan mereka itu.

Satu logi online shop yang terbaekkkk bagi mak dara ialah online shop JZ BUSINESS WORLD.


Mak Dara mengatakan online shop in terbaek bukan hanya kerana pemiliknya adalah sepupu Mak Dara tapi oleh kerana barangan yang dijual olehnya sangat berkesan.. Dari barangan jamu, produk kecantikan sehinggalah penjagaan luaran dan dalaman memang terbukti berkesan. Dan dengar khabarnya yang menjadi top seller mereka buat masa kini ialah Jamu Ratu Dara.. Haa nak tau lebih lanjut boleh ke blogshop ini ya =)

Jamu Ratu Dara

Online shop terakhir yang memang selalu Mak Dara ushar ushar dan ushar semua produknya ialah Velove Design & Couture


Pemilik online shop Velove Design & Couture adalah Shieffa.. Haaaa shieffa ni merupakan model yang sering Mak Dara masukkan gambarnya dalam entry entry Mak Dara yang bersangkutan dengan fesyen fesyen hijabers terkini tu.. Memang stylo gaya dan pakaian Shieffa ni.. Maunya tak bergaya.. dia pemilik online shop pakaian hehe...Shieffa ada menjual shawldimana setiap manik yang dijahit di shawl itu adalah hand made. Terdapat vintage dress, barangan makeup dan banyak lagi.. Kalau nak cantik dan bergaya seperti Shieffa boleh la ke online shopnya @ Velove Design & Couture ye 

Ok itu sajalah online shop yang sering menjadi pilihan Mak Dara jika mahu membeli belah secara online. Anda ada pengalaman membeli dari onlineshop boleh le kongsikan pengalaman anda or anda mempunyai business online shop? Kasi le link di kotak komen di bawah meh Mak Dara kasi pomot hehe..

Friday, June 1, 2012

Ramai Pengguna Facebook Hilang Akaun Mereka Hari Ini


Ramai pengguna facebbok telah kehilangan akaun facebook mereka hari ini.. Pada mulanya somi Mak Dara tak boleh buka FBnya.. Di tulis di situ bahawa akaunnya telah DISABLE akibat "FAKE ACCOUNT" heran juga kami dibuatnya.. Bila masa pulak somi mak fakekan akaun facebooknya.. Agak frust jugak somi mak seharian tadi sampaikan dia buka akaun fb yang baru..


Tak lama lepas tu Mak Dara lihat ramai teman Mak Dara antaranya seperti Sulu Sarawak, Feroz dan juga Cik Mat gebu ada menyatakan bahawa mereka juga mengalami perkara yang sama. Rupa rupanya somi mak tidak keseorangan mengalami masalah ini.

Syukur alhamdullilah akhirnya facebook somi mak dan teman teman yg mengalami masalah ini telah dapat kembali mengakses akaun facebook mereka..

Ada antara anda yang mengalami masalah ini? Dah dapat belom akaun FB anda itu? kalau belom dapat banyakkan bersabar ye insyaallah anda akan dapat semula akaun anda dalam beberapa jam selepas itu ye..


RED CARPET - ELLE 2012 Style Award

Salam Dolls..

Terbaru di Hollywood adalah majlis penyampaian hadiah untuk penggerak fesyen di hollywood dan serata dunia yang dihoskan oleh majalah fesyen terkemuka dunia ELLE MAGAZINE.. Ramai selebriti selebriti yang hadir pada majlis yang sungguh hebat ini. Mari kita lihat antara artis yang berjalan di red carpet acara itu jomm..

Host pada malam itu Alexa Chung mengayakan suit Stella McCartney

 Christina Handricks yang memenangi Best TV Star mengayakan dress vintage Carrolina Herrera

Christina Ricci cantik mengayakan Jonathan Saunders






*picture by google

Thursday, May 31, 2012

Gaya Maternity Selebriti Popular


Salam Dolls,

Sekarang ni dah macam musim mengandung para selebriti terkenal, lepas seorang seorang seleb yang mengandung, terbaru hangat memperkatakan tentang Fasha Sandha bunting pelamin, dan ramai lagi.. 

Jadi jom kita lihat gaya selebriti mengayakan 'baby bump' mereka.. Boleh ambil idea untuk bakal-bakal ibu yang membaca entri Mak Dara ini..

 Alexandra Ambrisio

Siapa kata mereka yang mengandung tidak boleh gayakan kasut bertumit tinggi, adik bongsu Mak Dara tidak lepas dari mengayakannya setiap kali keluar, tetapi peringatan para doktor tidak mengesyorkan kepada ibu-ibu untuk memakainya kerana bimbang akan menyebabakan sakit belakang, serta takut jatuh dan sebagainya, namun bagi yang dah biasa itu tak apalah. Mak Dara sendiri tak suka pakai kasut tumit tinggi..


 Kourtney Kardashian

Satu lagi tips yang penting dimana kini ramai orang mengandung tidak hanya boleh membeli pakaian di kedai / butik mengandung namun baju yang besar seperti yang digayakan oleh Kourtney Kardashian ini juga ada dalam closet Mak Dara tau, ia selesa dan comel untuk digayakan oleh mereka yang mengandung dengan legging hitam :-) 

 Reese whiterspoon


Gaun Maxi juga selesa digayakan ketika mengandung, tidak lagi perlu risau tentang seluar dan sebagainya, one piece dress ini menjadi pilihan Mak Dara ketika MD mengandung dahulu, dan kini di mana-mana banyak menjual dress Maxi seperti ini, yang penting ianya strechable:) boleh digayakan dari awal kandungan hinggalah ke hujung trimester




Dress pendek juga comel jika digayakan oleh ibu-ibu yang mengandung, kerana pasti ketika mengandung diri sentiasa panas dan mahukan sesuatu yang selesa, dan bonusnya ia boleh dipakai selepas mengandung.. 

Jadi bagi bakal ibu, janganlah jadikan 'baby bump' anda itu sebagai satu halangan untuk bergaya, kerana ketika mengandunglah anda boleh pakai apa sahaja pakaian / dress yang anda inginkan tanpa perlu risau nampak gemuk.. :)

*pic by X17 Online

Sebelum itu, bagi ibu-ibu comel yang sedang mengandung, apa lagi jom twit Mak Dara di twitter @adzairdawati dengan hashtag #twitpicMD hantarkan gaya anda mengandung yang paling comel, dan yang terpilih akan dimasukkan ke entri seterusnya.. Boleh twit menggunakan @twitpic, @yfrog, @instagram, @lockers dan sebagainya...

Wednesday, May 30, 2012

Bag Tangan Hermes Antara Termahal Di Dunia - $2 Juta US Dolar


WHAT' HOT RIGHT NOW????

Terpanassss , terkiniiii dan yang menjadi bualan ramai di masa kini ialah apabila sebuah syarikat terkenal dunia mengeluarkan sebuah bag termahal pernah dikeluarkan. Bag tangan termahal di dunia kini disandang oleh bag yang telah dikeluarkan oleh HERMES yang bernilai $2 juta US dollars yang diperbuat dari rose gold ,berlian, kulit buaya Birkin. dan sebanyak 11,303 diamonds of 86.24 carat turut dihiasi di bag tangan itu.


Pierre Hardy yang telah design kan bag ini untuk koleksi terbaru Hermes haute bijouterie collection. Difahamkan masa untuk menghasilkan bag ini ialah selama 2 tahun. Fuhhhh macam nak siapkan sebuah rumah pulak kan. Dan pihak Hermes hanya mengeluarkan 3 buah bag sahaja dari jenis ini. Maknanya bag ini hanya ada 3 sahaja di dunia.. Patut lah mahalllll kannnnnn... Fuhhhh siapalah yang terlebih duit yang bakal membeli bag termahal di dunia ini agaknya ya...

*pic by http://globalgrind.com/


Tuesday, May 29, 2012

Mak Dara Di Kidnap Oleh Si Jejari Runcing


Waduhhhhh tengah hari tadi Mak Dara telah dikidnapppppp... Bukan seorang tapi dua orang yang telah mengkidnap Mak Dara... Bukan itu sahaja setelah menculik Mak Dara kidnaper Mak siap updatekan di blognya..


Tapi kidnaper Mak Dara ni memang sungguh baik hati siap bawak pegi makan makan dan jalan jalan di Wangsa Walk Mall lagi.. Nak tahu siapa yang Kidnap Mak Dara? Inilah orangnyanya

Kak Ani dan Elia :)

Hehehe gojessss gojessskan kidnaper yang mengkidnap Mak Dara ini hehehe.. Mereka adalah sepupu dan anak saudara Mak Dara iaitu Kak Ani dan juga Elia si Jejari Runcing hehehe.. Memang family kitaorang gelarkan jemput bawa pegi jalan jalan sebagai aktiviti mengkidnap hahaha... 

Mak Dara dan Elia ;)

Kitaorang duduk makan makan dan jalan jalan di Wangsa Walk Mall dari tengah hari sampai ke petang.. Sambil membincangkan gosip gosip terkini dan juga mengenai kejayaan Elia dalam menjadi Top 10 DiGi WWWOW Award dalam dua kategori iaitu kategori BLOGGER OF THE YEAR dan juga kategori FAVE KAY POH.. Sambil sambil kami bersembang tu terkejut juga bila hari ini keoh gosip mengenai Elia di beberapa blog.. ;) bertambah ligat le mesyuarat tingkat kami hehehe.. Namun mak tidak mahu berikan apa apa komen selainkan "biarlah rahsia" haaaa gitew hehe

Walau apapun terima kasih ucapkan pada sepupu Mak Kak Ani dan juga anak buah Mak Si Ya kerana sudi kidnap Mak Dara yang memang sedang boring hari ini.. Kalau boleh kidnapler selalu ye hehehe

Gaya Santai Blogger Pilihan Mak Dara


As salam duhai teman..

Sekarang bermulalah musim cuti sekolah.. Maka pasti semua anda ada membuat plan dan rancangan untuk pergi bercuti.. Bersempena dengan musim cuti ni makanya Mak Dara ada buat satu segmen semalam iaitu segmen GAYA SANTAI ku.. Mereka yg menyertai segmen ini diminta untuk hantorkan sekeping gambor mereka yang tengah bersantai santai.. Mari kita lihat gambar gambar santai mereka jom....

GAYA SANTAI ENY ABDULLAH

Kata Eny... Bergaya santai di Gunung Jerai bersama my friend from Singapore. Gaya ber T shirt dan cardigan dan bertudung shwal simple ni selalu digayakan ketika bershopping dan berjimba bersama rakan-rakan, atau ketika ada outing photography sebab selesa dan kemas, senang nak buat kerja :D

GAYA SANTAI ZAMANI
http://zamani84.blogspot.com

Aku selesa dengan hoodies kalau keluar berjalan2 dengan kawan @ seorang diri.. Senang, kalau nak masuk shopping mall & tengok wayang lepas tu, tak lah kesejukan.. Kebetulan sekarang ni kat airport Kuching pun aku pakai hoodies biru ni (antara hoodies kegemaran aku).. Aku tak leh tidur dalam flight kalau sejuk.. Kira praktikal penggunaan hoodies ni bagi aku :)
 
 GAYA SANTAI E'RAZ FADLI

Ini salah satu gaya kalau buat aktiviti luar atau bercuti.. Jika tidak E'raz pilih bert-shirt atau pakai jaket je.. Gambar ni diambil masa dalam flight ke KL..!

  GAYA SANTAI CIK LYEEN

"Gambar ini diambil time shopping dengan abang dan anak-anak buah...Santai pada pakaian kat sini ialah...Lyeen belasah je baju murah itu then sarung cardingan...Tudung yang dipakai tanpa anak tudung then hujung blah kiri tudung baling kat bahu kanan manakala hujung tudung blah kanan campak kuat-kuat kat bahu kiri...Sarung pulak skirt yang akan memudahkan langkah sebesar kaki big foot supaya senang nak belanja..Santai pada gaya sebab time ni tengah santai-santai je duduk dalam fitting room..HAHAHA..time ni kat The Store Temerloh dan cuba beraksi sesantai mungkin..:)*hakikatnya anak buah aku yang buat gambar ni santai kan?kan?kan?"

  GAYA SANTAI  JUNAINA

Santaikan gambar ini. Santai gaya pemancing tegar di sawah menghijau. Sambil memancing atau kata orang Perlis mengai sambil-sambil jamu mata dengan orang yang lalu lalang kat jalan serta cuci mata dengan pemandangan yang hijau. Lepas tu boleh layan perut pulak dengan hasil tangkapan. Gaya Santai Ku sebagai anak kampung.

Wahhhhh seronok betul melihat gaya santai mereka kan.. Memang santai habiss.. Terima kasih Mak Dara ucapkan pada setiap sorang dari anda kerana sudi join dan share gambar gaya anda bersantai.. Nanti join le segmen Mak lagi ye.. Ok apa kata alang alang dah baca entry ni jom kita terjah ke blog mereka ramai ramai jommm...


Monday, May 28, 2012

ASCIA Fashionista Dari Kuwait


As salam duhai teman..

Pagi tadi adik Mak Dara, Adza Tuty telah memperkenalkan Mak dengan seorang Fashionista Dari Kuwait bernama ASCIA .. Adik Mak Dara menunjukkan gambar gambarnya kepada Mak dan Mak sungguh terpegun melihat kecantikkan dan gaya gaya yang sungguh trendy dan terkini oleh gadis berusia 22 tahun ini. Apa lagi terus mak follow blog beliau..

Ascia tinggal dan menuntut di Kuwait. Ayahnya adalah orang Kuwait manakala ibunya orang Amerika. Beliau memang gemar mengenakan fashion fashion terkini. Mari kita lihat antara gambar gambar dari blognya iaitu Hybrid In A Headpiece

The Golds & Creams
Jeans: Topshop
Jacket: Random find
Shoes: Urban Outfitters
Necklace: H&M
Ring: Topshop
Jeans: Zara
Jacket: DarUsha Kuwait
Bag: River Island (his name is Jose. Don't forget!)
Stripped shirt: New Look
Necklace: Gifted
Shoes: Christian Louboutin

Skirt: Vintage
Shirt: No brand
Feather collar: Twenty/Ten by AKF
Shoes: Nicholas Kirkwood
Cuffs: Topshop
Armor ring: Topshop
Black ring: Gift
Charm Bracelet: Thomas Sabo





Isn't she GORGEOUS!!!!!!!!!! Ini hanya sebagian dari gambar yang terdapat di blog Ascia. Pada anda yang ingin melihat fesyen fesyen terkini oleh Ascia boleh le blog beliau @ http://www.hybridheadpiece.blogspot.com/ atau ke Lookbooknya @ http://lookbook.nu/a_k_f

To Ascia... I luvss luvsss luvsss you style dear.. Keep inspire us!!! Cant wait to read ur new entry!!!!

*all pictures are from ASCIA Blog and Lookbook

THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK