Friday, June 22, 2012

Kain Batik Masihkah Dipakai Setiap Hari


Pagi pagi ni terasa lain dan semacam pula jadinya mak dara.. Kenapa? Dek kerana mak dara mengenakan kain batik dan bukannya seluar jeans atau seluar slacks atau skirt panjang macam yang selalu Mak dara pakai hehe.. Entah kenapa hari ni mood nak berkain batik dan merasakan diri ala ala perempuan melayu terakhir gitu..

Memang paling selesa adalah memakai kain batik di rumah namun mungkin batasan waktu dan kerja membuatkan mak jarang jarang kadang kadang pakai kain batik.. Dan bila dah pakai ni terdetik juga dihati.. masih adakah wanita yang memakai kain batik setiap hari? Pastiiiiii ramaiii kan.. atau ada yang macam mak hanya pakai sekali sekala ataupun time mak mertua datang aje baru kalut nak sarung kain batik tu haha.. Anda macam mana?

Hmmm rasanya jap lagi nak buat segmen AKU , KAIN PELIKAT DAN KAIN BATIK..haaa senang lelaki dan wanita boleh join nanti. cepat tangkap gambar anda pakai kain pelikat atau batik dan nantikan segmen ini tak lama lagi hokayyy hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6

Thursday, June 21, 2012

Sehari Bersama Makeup Artis Selebriti Epie Temerloh

Epie Temerloh adalah satu nama besar dalam bidang tatarias di dalam dunia seni tanah air.. Kebanyakkan artis artis popular tak kira pelakon mahupun penyanyi telah mendapat sentuhan makeup oleh Epie antaranya Rozita Che Wan, Ramlah Ram, Fasha Sanda, Maya Karim dan ramaiiiii lagi semuanya yang top top gitu tau..

Tak lama dulu Mak Dara dan band mak dara iaitu D`ADZA telah mendapat sentuhan makeup Epie untuk cover album kami.. Tapi itu duluuu le hehe..

Hari ini adik mak dara di makeupkan lagi oleh Epie dalam satu photoshoot untuk sebuah jenama tudung yg bakal dilancarkan tak lama lagi..

sekarang mak dara di rumah epie bersama adik mak si tuty untuk sesi fotografi ni... sktg maaih sedang dimakeupkan.. nanti mak dara update tentanh photoshoot itu kelak.. tungguuuuu hehe

Published with Blogger-droid v2.0.6

KARIPAP LORI Mengatasi Kehebatan Burger Bakar ?

Tak lama dahulu demam burger bakar memang menjadi jadi fenomenanya kan.. sampai ada yang sanggup beratur berjam jam bagi membeli burger bakar itu.. Mak Dara pun antara yang terkena demam burger bakar itu namun mak dara tak berkesampaian untuk membelinya kerana tidak bertahan kaki dan lutut untuk berdiri menanti selama itu.. Namun kini difahamkan bahawa ada satu lagi fenomena yang telahpun mengatasi kehebatan burger bakar iaitu KARIPAP LORI! perghhhhh macam tak percaya aje apabila mendengar bahawa ramai pelanggan yang beratur panjanggggg semata mata untuk membeli KARIPAP LORI yang dijual di sebuah kedai di cyberjaya. Namun itulah yang berlaku di mana teman Mak Dara sendiri telah ke sana dan terpaksa beratur panjang untuk membeli KARIPAP LORI itu..

Mesti anda tertanya tanya apakah KARIPAP LORI itu.. Mak pun mulanya ingat lori yang menjual karipap namun sebenarnya karipap itu dijual di sebuah kedai dan nama kedai itu KARIPAP LORI.. Dengar khabar resepi karipap itu diperolehi turun temurun oleh keluarga pemilik kedai itu.. Perghh patutlah hebattt kannn...


Mak Dara ni jenis yang pantang dengar makanan yang sedap sedap kompom mak akan terjah walaupun jauh.. Jadi beberapa hari lepas mak ada mesyuarat di Ibu Pejabat SPRM mengenai sebuah drama yang berkisarkan pegawai SPRM alang alang berada di Putrajaya on the way mak nak pulang tu Mak singgah le ke kedai Karipap Lori namun kedai pada waktu itu baru saja di buka dan orang pun belum banyak lagi yang datang.. Cantekkk lee tak payah beratur panjang panjang hehe.. Apa lagi terus mak mencuba KARIPAP LORI yang famous amos itu..

 
Man Maharajalawak pun antara pelanggan Karipap Lori ni tauuu ;)

Apa yang Mak Dara boleh katakan tentang KARIPAP LORI ini.. memangggggggg sedapppppp sebijik pun dah boleh kenyang bila dimakan.. memang melatopsss..Apa lagi kalau anda berada di kawasan Cyberjaya jangan lupa untuk ke kedai ini di 49A, Neocyber, Cyberjaya,, 63000 atau nak tahu lebih lanjut tentang Karipap Lori ini boleh le ke page fb nya @ https://www.facebook.com/karipapLori . Selamat menjamu seleraaaaaa ;)



Levi's Anjurkan Award Khas Untuk Para Blogger


As salam duhai teman.. Pernah dengar jenama Levi's?  ate kompom le semua pun pernah kan.. Rasanya rakyat satu malaya setiap mereka pasti dalam semumur hidup pernah pakai sekali seluar jeans jenama levi's kan.. Kalau tak pernah tu pun kena juga baca entry mak ni sampai habis hahaha paksaaaaa nampak mak dara pepagi buta ni kan.. jangan marah mak gurau aje ye.. Haaa cube dengor ape Mak Dara nak khabor kan ni.. ate nape cakap perak pula mak dara pepagi bute ni hahaha... Alkisahnya... LEVIS'S telah anjurkan satu contest Award khas untuk Para Blogger yang dipanggil... drum roll please...

levis


Nak dijadikan cerita anak saudara Mak Dara iaitu Elia si JEJARI RUNCING  telah dijemput oleh majalah EH! untuk join contest ni. 

PERINGATAN: Gambar yang telah di submit oleh Elia ni sememangnya gambar yang lama sebelum "penghijrahan" nya lagi. Mak Dara difahamkan bahawa Elia tak sempat nak edit apa sebab dah memang kelam kabut masa tu. hope anda faham la ye. Harap anda sudilah undi Elia setiap hari untuk tempoh masa 9 hari ni ye 

Cara VOTING adalah:

~Mula mula Klik LINK ni


~Lepas tu klik VOTE kat gambar Elia seperti di bawah ni


~lepas tu anda scroll down dan klik lagi butang VOTE


~Sebelum vote kena register dulu yang mana belum pernah register lagi
(buat sekali je lepas dah register lain kali nak vote just login je)


~lepas dh register dia akan hantarkan email link ke your email then anda klik je kat link tu dan akan membawa kepada voters login form mcm kat bawah ni


~lepas tu setiap kali anda nak vote just login je. mudah kan?

Mari pakat pakat ajak sedara mara sepupu sepapat adik abang kakak jiran scandal anda semua VOTE elia untuk contest ni. VOTE SETIAP HARI TAU!(9 hari je lagi) sampai 28 JUNE...pweaseeee.. (sambil muncungkan bibir dan kembungkan pipi kasi nampak kiut sikit hehehe)


Aiseymen banyak kali mak cuba tapi tak jadi .. maka mak hantorkan wakil ajelah ye .. ni anak mak si isabella tolong muncungkan mulut dan kembongkan pipi bagi pihak maknye yang kurang kiut ini hahahaha

* Pengundi yang bertuah bakal memenangi baucer Levi's bernilai RM300 wooo! Mana tahu anda adalah salah seorang dari pengundi bertuah itu kan.. Tuah ayam nampak di kaki.. Tuah manusia nampak di.. seluar levis nye hehe

P/S: Kepada Ya.. Aunty dah pun kerahkan bala tentera aunty siapa lagi kalau bukan si Eqal untuk vote semua akaun akaun adik beradik, tok, wan, makcik makcik yang lain untuk vote Ya.. All the best ye ;) 

Wednesday, June 20, 2012

Cinta Ku Di Gunung Kinabalu

Wahh tajuk entry Mak dara kali ni dah macam boleh dijadikan tajuk drama dah kan.. Yup cinta hati mak dara iaitu somi mak Martias Ali kini sedang berada di Gunung Kinabalu.. Waduh waduh besttnya nengok gambar somi mak yang shooting di sabah itu dan antara lokasi penggambarannya ialah di kawasan gunung kinablu..




Hari ni merupakan hari pertama penggambaran dokumentari yang diarahkan oleh somi mak . Katanya esok lusa akan ada shooting underwater fuhhhh pasti bestttt ni.. Wish i was there hehe.. kawan kawan tolong doakan semoga shooting somi mak itu berjalan dengan baik ya. terima kasih...


Mesyuarat Bersama Serina Redzuawan Di Rumah Mak Dara

Semalam Mak Dara telah menerima satu lawatan istimewa dari anak selebriti Chef Wan iaitu Serina yang telah datang bertandang ke rumah Mak Dara untuk bincangkan projek terkini untuk saluran Astro. Mak Dara dah beberapa kali bertemu Serina tapi ini merupakan pertama kali Serina datang ke rumah Mak Dara.

Rupanya Serina ni memang banyakkkkk ideanya.. Dia mahu membuat 2 rancangan memasak di mana dia menjadi host rancangan itu dan seorang cef selebriti dari Moroco menjadi chef di rancangan itu.. Fuhhh memang hebatttt... Serina juga meminta Mak Dara untuk buatkan sebuah rancangan dokomentari 13 episod mengenai sambutan perayaan.. Kalau Mak nak buat sorang sorang memang tak sempat le nasib baik adik Mak Dara Adza Emie akan membantu mak untuk siapkan semua proposal itu bersama sama..

Mak Dara sedang berbincang dengan Serina di meja makan ;)

Bincang punya bincang sampai makan pun kami masih berbincang.. Fuhhhh memang best la dapat bekerjasama dengan Serina ni sebab dia memang banyak idea and she is soooo sweet .. Sayangnya perbincangan kami tak boleh lama lama sebab Mak kena pergi ke sambutan hari jadi Ibu Mak dara yang ke 61 semalam.

Mak Dara bersama Serina

Ibu Mak Dara bersama Serina

Sebelum Serina pulang sempat juga ia mengucapkan selamat harijadi kepada Ibu Mak Dara.. Happyyyyy le Ibu mak dara sebab dia memangggg minat Chef wan hehe..

Ok doakan semoga Mak dan adik Mak Dara berjaya siapkan proposal proposal rancangan memasak dan rancangan dokumentari itu ya.. ;)



Tuesday, June 19, 2012

Selamat Tinggal....

Waduh pepagi ni emo pulak Mak Dara dibuatnya.. Kenapa? Maunya tak emo, somi mak Martias Ali telah pun bertolak sebentar tadi ke LRT Sri Rampai seterusnya ke KL Central.. seterusnya ke Airport dan seterusnya ke Sabah pada pagi ini.. 

Somi mak ke sana kerana untuk arahkan sebuah rancangan dokumentari di sebuah tempat di Sabah.. Dah lama juga dia tak jadi pengarah sejak kebelakangan ni asyik sibuk dengan projek projek menulis skrip yang tak habis habis itu hehe.. Sebelum somi mak bertolak sempat le mak snap beberapa keping gambar untuk tatapan anak anak yang pasti akan rindukan papa mereka yang akan pergi selama seminggu itu.. errr sebenor benornya untuk tatapan mak juga lah hahaha sapa tak rindu somiii oiiiii seminggu tuuuu hehehe

haa tangan tu better means peace 
bukan tanda nak cari cawangan ke dua ye bang hahaha...


time ni rasa macam nak nyanyi lagu akademi fantasia pun ada haha

selamat tinggal.. tata titi tutu

Somi mak akan shoot dokumentari mengenai SISTEM TAGAL di Sungai Morroli Sabah.. Mengenai ikan ikan yang dilindungi di sebuah sungai di sabah.. Dokumentari ini untuk disiarkan di RTM tak lama lagi .

Apa apapun selamat tinggal dan bon voyage untuk somi mak.. semoga shooting nanti akan berjalan dengan lancarnya insyaallah...



Monday, June 18, 2012

Selamat Hari Papa


As salammualaikum kepada semua teman Mak Dara terutama kepada yang bergelar Ayah, Bapa, Papa & Daddy sekalian SELAMAT HARI BAPA mak ucapkan kepada anda.. Bagaimana anda atau keluarga anda menyambut hari bapa.. Bagi keluarga Mak Dara kami biasa biasa saja.. Yang penting kami bersama pada hari istimewa itu.. Meh Mak Dara sharekan gambar gambar mak dan anak anak mak buat surprise pada somi mak pada Fathers Day semalam ;)

 Surprise!! Happy Fathers Day..

 Mak Dara dan somi


 bersama anak sulong Adza Danial Haiqal

  bersama Adza Danina Kirana

 Bersama Adza Kasih Safea

 bersama Adza Isabella

bersama hadiah mug fathers day

Hehe simple aje kan tapi yang penting kasih sayang kannnn... Mak Dara sedar ada yang sambut dan ada juga yang tidak sambut akan hari bapa ini namun bagi mak ini terpulang kepada masing masing.. Untuk tunjukkan kasih sayang kepada yang bergelar ayah tidak seharusnya hanya disambut pada hari bapa aje rasanya kalau tunjukkan kasih sayang pada ayah tiap tiap hari lagi bagus kan.. 

Apa apapun selamat hari bapa kepada semua kaum ayah ye..


Saturday, June 16, 2012

JOM BIKIN FILEM - Episod Finale

Syukur alhamdullilah sambutan yang mak dara terima pada segmen yang Mak Dara adakah beberapa hari lalu iaitu segmen  SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara amat mengujakan.. Memang berbakat betul mereka bila Mak minta para peserta untuk menunjukkan daya kreatif mereka untuk membuat poster filem mereka sendiri.. Banyak nama nama Filem rekaan mereka dan juga hasil editing poster yang hebat telah ditunjukkan oleh mereka. Mak Dara telah pun revealkan beberapa poster filem oleh rakan rakan blogger yang telah menyertai segmen ini di entry Bila Blogger Jadi Producer Filem.. #Part 1 dan Jom Bikin Filem Bersama Blogger #2 . Dan kini tibalah masanya untuk melihat kesemua poster peserta lain..  nak tengok poster kreatif mereka..? jomm...

Sebuah Filem Oleh Mia Liana berjudul SUDAH JODOH TAK KE MANA

Sebuah Filem oleh Nal berjudul ADNAN HIMP-IT

Sebuah Filem oleh IdaZaidi bertajuk Kekasih Gelapku

Sebuah Filem Oleh Nukilan Gadis Kampung bertajuk HANTU LAGI KER?

Sebuah Filem Oleh Permata Biru Berjudul I LOVE MAMA THE MOVIE


Sebuah Filem oleh Top Imagin bertajuk LAKI KU BIN KU GANGSTER

Sebuah Filem oleh Makwe Kintan berjudul MALBAT

Sebuah Filem oleh Mr & Mrs S bertajuk BOT CINTA KE PARIS

Wahhhh hebat hebat bukan ke semua poster oleh teman blogger Mak yang menyertai segmen Mak Dara.. Terharuuu benar mak melihat usaha dan kesungguhan anda untuk support segmen mak ini. Mak benar benar menghargainya...Semoga kita bertemu lagi di segmen yang akan datang ya..

Pada rakan rakan jom le terjah kesemua blog blog di atas ni dan baca sinopsis kisah filem mereka ni.. Memang besttt sangat ada yang sedih ada yang patriotik, ada seram dan ada juga yang romantik dan jiwang anda pasti menyukainya.. Jom terjahhhh...


Friday, June 15, 2012

Mencari Ilham Di Bawah Pokok

Mencari ilham bukan sahaja di meja pejabat sahaja bagi Mak Dara ilham ada di mana mana dan lebih banyak ilham jika mak dara berada di outdoor.. Terbaru Mak Dara mencari ilham di bawah pokok di Taman Tasik Titiwangsa hehe


Projek skrip terbaru yang mak dara tulis bersama adik mak dara Adza Emie dan somi mak Martias Ali bertajuk OPERASI D6 sebuah drama bersiri 13 episod bertemakan penyiasatan . Based on SPRM kisah rasuah rasuah..

Fuhhhh besttt benor cari ilham di bawah pokok tu.. lajuuu je tangan tulis jalan cerita.. Dah lama tak buat kerja gunakan pen selalu petik je jari jeri ke komputer . Tapi yang selamatnya bila buat kerja tak gunakan komputer ini ialah dapat jauhi diri tangan gatal klik ke internet terutamanya FB dan blog hehehe sebab tu lajuu je keje mak..

Esok esok kalau idea makin kering mak dara planning nak buat keje atas pokok pulak lah amacam kompommm banyak idea yang datang kann hehe


Jom Bikin Filem Bersama Blogger #2

Syukur alhamdullilah sambutan yang mak dara terima pada segmen yang Mak Dara adakah beberapa hari lalu iaitu segmen  SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara amat mengujakan.. Memang berbakat betul mereka bila Mak minta para peserta untuk menunjukkan daya kreatif mereka untuk membuat poster filem mereka sendiri.. Banyak nama nama Filem rekaan mereka dan juga hasil editing poster yang hebat telah ditunjukkan oleh mereka. Mak Dara telah pun revealkan 5 poster filem oleh 5 rakan blogger yang telah menyertai segmen ini di entry Bila Blogger Jadi Producer Filem.. #Part 1 Dan kini tibalah masanya untuk 5 lagi poster peserta lain..  nak tengok poster kreatif mereka..? jomm...

Sebuah Filem Oleh Joel Leslie bertajuk CUCILAH GIGIKU

Sebuah Filem oleh Nana Dmnhuri Berjudul LELABAH LOVE

Sebuah Filem Oleh Cik Honney berjudul JIKA AKU SEORANG CHEF

Sebuah Filem Oleh Permata Perjuangan bertajuk SEINDAH NAMA AISYA

Sebuah Filem oleh  themoonshadowz berjudul TIADA TEMUJANJI


Ini adalah antara sebahagian peserta yang menyertai segmen Mak Dara.. Nantikan PART #3 di mana Mak Dara akan revealkan lagi peserta selebihnya yang menyertai segmen Mak Dara ini ye.. Pada yang sudi nak join tu boleh lagi join. Traikh tutup adalah pada tengah malam 15hb Jun 2012.. Klik di SINI untuk join ye.. Jom terjah ke blog blogger blogger hebat dan kreatif ini jommm...

Thursday, June 14, 2012

Bila Blogger Jadi Producer Filem.. #Part 1

Blogger antara orang yang kreatif dalam bidang penulisan.. Kreatif dari segi penyampaian dari segi startegi untuk menarik minat pembaca . Cuba bayangkan jika blogger menjadi Producer Filem... Perghhhhh.. memang gempak! Mak Dara cuba mencungkil bakat bakat teman blogger mak dalam satu segmen yang Mak buat beberapa hari lepas iaitu segmen SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara 


Syukur alhamdullilah sambutan yang mak dara terima amat mengujakan.. Memang berbakat betul mereka bila Mak minta para peserta untuk menunjukkan daya kreatif mereka untuk membuat poster filem mereka sendiri.. Banyak nama nama Filem rekaan mereka dan juga hasil editing poster yang hebat telah ditunjukkan oleh mereka nak tengok.. jomm...

Sebuah Filem oleh Mazri Khairil Mazri CUTI CUTI CINTUN

Sebuah Filem oleh Candy Blossom berjudul AWEK AWEKKU SAMSENG


Ini adalah antara sebahagian peserta yang menyertai segmen Mak Dara.. Nantikan PART 2 di mana Mak Dara akan revealkan lagi peserta selebihnya yang menyertai segmen Mak Dara ini ye.. Pada yang sudi nak join tu boleh lagi join. Traikh tutup adalah pada tengah malam 15hb Jun 2012.. Klik di SINI untuk join ye..

Pada yang telah menyertai segmen mak ini mak ucapkan ribuan terima kasih anda semua memang kreatif, sporting dan terhebatttt lah =)


Sehari Bersama Mia Liana

Mia.. Mak Dara... bergabung meletops ahh hehe

Semalam Mia Liana datang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyauaratnya di Sentul dan Mia bermalam di rumah Mak Dara . Mak memang selalu nantikan kedatangan teman karib Mak ni ke KL..Kalau mak tahu aje Mia bakal jejakkan kaki ke KL teruslah pasang niat nak kidnapnya datang rumah hehe.. 

Setibanya di rumah apa lagi acara pot pet pot pet pun berlangsung lah dari topik berkenaan blog hinggalah ke topik keluarga.. Dalam dok rancak bersembang tu sempat  pulak si Mia ni join segmen Mak iaitu SEGMEN JOM BIKIN FILEM Bersama Mak Dara Di pertengahan dan dalam kerancakkan sesi pot pet pot pet kami itu Mia perlu hadiri ke sebuah meeting bersama sponsor hebat iaitu Artic Ice satu jenama hebat yang telah banyak menyokong Mia dlam sebuah contest yang baru sahaja berakhir baru baru ini.. Perghh memang bertuah Mia mempunyai penaja yang begitu hebat dan supportive begini kan..

Selesai aje meeting Mia dengan pihak penaja Mak terus bawa Mia keluar minum minum dan di sana acara pot pet kami diteruskan sehingga pukul satu pagi lebih . Kemudian kami pulang semula ke rumah Mak.. Jika anda rasa acara pot pet kami berakhir di situ sangkaan anda salah belaka kerana kami terus menyambung acara kami hingga ke pukul 3 pagi lebih hahaha..Memang itu lah jadi tiap kali Mia ke rumah mak pasti adaaa saja perkara yang nak dibualkan..

Pada pukul 7 pagi tadi somi mak telah menghantar Mia ke stesen LRT di mana Mia akan ke KL seterusnya di jemput oleh drivernya untuk ke tempat mesyuaratnya di Sentul kejap lagi.. The bestttt partnya setiap kali Mia ke sini pasti kami terlupa nak snap snap gambar bersama hahaha ni mungkin disebabkan kami sibuk asyik bersembang aje hahaha.. Takpe next time mia ke sini lagi kita snap snap gambar bebanyak k..

To Mia all the best untuk meeting sebentar nanti and have a safe jorney back to Johor.. Hope to see you again sooooooooonnn... ;)


THE ZISTERS @ ASTRO AWANI

Mak Dara @ IKLAN MAYBANK